Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Sunday, April 28, 2013

Saya rasa tidak benar sangat, apabila ada yang mengatakan tanpa banyak soal, saya tidak lagi bergaul dengan orang, semenjak saya memakai niqob.  Cuma saya mungkin kurang bercakap.  Lebih tepat kurang bergurau senda.  Tapi tidak juga benar sangat, saya masih bergelak ketawa dengan separuh manusia. 

Agak aneh, sementara saya dikomen dengan kata-kata bisa (bonar) tentang penampilan niqob yang 'menghalang' saya bergaul, bapa saudara yang dah lama tak berjumpa memeluk saya.  Dia mengampai kedua-dua tangan di bahu saya ketika kami beratur mengambil makanan.

Oh, saya tak perlulah terasa sangat sebenarnya.  Semoga kita semua beroleh hidayat petunjuk dari Allah bagaimana untuk melangkah di dunia sementara ini.

Saya dihujani soalan demi soalan.  Tetapi anehnya dan syukurlah suami saya tidak menghalang saya memakai niqob.  Saya selesa dan dia selamba.  Dia telah memulakan lebih dahulu sebenarnya, menjaga janggutnya agar panjang segenggam dan mencukur misai nipis-nipis. 

Sudah lama tak menjenguk blog ini.  Rindu juga.  Tetapi lebih baik daripada saya mengadapnya setiap hari.  Wifi sudah tiada.  Anehnya saya rasa lega.  Tiada facebook dan tiada blog.  Hanya sesekali sahaja.  Ada banyak hal lain yang saya tinggalkan, kini saya mulai semula.  Membaca buku. 

Dan mengemas buku ke dalam kotak.  Ops!

Oh apa yang saya nak tulis sebenarnya ni ... hmm.  Eloklah berhenti dulu.  Semoga bertemu lagi insyaAllah.

* Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing