Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, March 27, 2013

DUTA KASIH SAYANG

Semuanya dengan izin Allah jua
selamat jalan buat Ayu tersayang
kini kau menjadi duta kasih-sayang
untuk bertautnya dua ruang hati
yang saling berjauhan.

kini Ayu menjadi warga desa
terpinggir nun di celah rimba
ada suara kongkang merayu
ada suara katak berlagu
ada suara ayam mutiara menjerit
itulah kawan-kawanmu, Ayu.

keletah Ayu yang comel
mata Ayu yang cemerlang
perilaku Ayu yang sopan
kini hanya jadi kenangan
yang tak mungkin terlupakan.

pergilah Ayu
menjadi duta kasih sayang
semoga Allah menyelamatkan Ayu dari mara bahaya
dari hati yang meradang
dari aniaya penuh dosa
dari buruk sangka yang membusung dalam dada.

Nanti kita akan jumpa lagi, Ayu
kami tentu akan rindukan dering rantaimu
kelibat Ayu yang putih polkadot kuning
ekor yang panjang dan bulu yang tebal
tapi tak mengapa
kerana kini Ayu adalah penyambung ceria
dari Sijangkang ke Negeri Sembilan.

Terbayang di mata
Ayu berkejar-kejar dengan anak ayam idamanmu
panjat pokok manggis pokok rambutan pokok durian
panjat loteng kejar tikus yang lari lintang-pukang
selamatlah bantal-bantal mak dari gigitan.

Hmm Ayu
kenyanglah engkau makan kibbles hari-hari
pagi dan petang
tentu kau rindu nak makan nasi lauk ikan rebus
rindu pada kakak angkat kau, si Mizi
sebenarnya Ayu, baru sebentar kau pergi
suasana di rumah ini mula berubah cuaca
ada yang tak sempurna ...

Oh ya Ayu, jaga Tom baik-baik
dia memang budak nakal
dia baru je baik sakit perut
tapi dia kawan yang ceria
tak payah nak berebut lagi makan dalam dulang
cuma dia agak kurang sopan
masuk empat-empat kaki semua
moga-moga dia belajar berakhlak mulia


ok Ayu yang manis manja
semoga hidupmu ceria bahagia
sentiasa dalam lindungan Allah dari segala mara
yang di sini entah apa nasibnya
pagi tadi sudah ada ura-ura
ah, mak pun menyokong sama
sangat derita dan sakit hati aku dibuatnya
tapi sabarkan sahaja
kerana Allah akan bersama dan menolong orang-orang yang sabar
semoga kita dipilih Allah menjadi golongan as-sobirin
ameennnnnnnnn.

hai Ayu!
entah bila akan bersua ...

* hari ini mak balik kampung bersama Ayu dan Tom.  Keras-keras kerak nasi, kena sentuhan bulu Ayu yang gebu, mak cair hati.  Semoga Ayu dan Tom selamat sejahtera sentiasa.  Dan mak abah ceria dan sentiasa dalam hidayah Allah.  InsyaAllah ameen.

Thursday, March 14, 2013

sepagi bersama budak bulu-bulu


pantang dengar bunyi berketik kat dapur, muncullah si hitam ni!

seboleh-boleh nak masuk.  "Tak boleh! Tak boleh!"

nak panjat jugak!  Cantek tukang bukak sliding dah tobat datang ke area ni sejak sliding disendal dengan kerusi. Putam tak reti bukak sliding hehe ...

ok makan time!  Sian makcik stray tak de nama ni, duk jejauh tunggu tuan umah mamam dulu.

Laa ... kucen yang soleh (Putam n Muezza) bagi budak2 ribena mamam dulu, tapi Ayu ko belum abis tahap ribena pun jual mahal eh!

nyam nyam ... Mizi bolat je yang tak peduli pape ... time mamam mesti mamam.

minum dulu la, malas nak berebut.  "Oii mana ada berebut, banyak pinggan tu, ngada!"

dah tenang, bapak pulak makan.  (Puan Cantek dah lama tak jenguk muka.)

tengah2 minum nampak pulak hiburan ... cengkerik dalam air haihh ...

jilat jilat ... dah kenyang ke Panter?  Alhamdulillah.

fav.spot Ayu.  Lepas mamam gi ngendap rama-rama kat pokok.  Jangan Ayu, tak bek noo!  Ko bukan buleh makan rama-rama tu.

spot santai

campur sume nasi, masuk satu bekas.  Eh eh datang balik sambung mamam.  Tengok nasi banyak, makan lagi!

Mizi, mummy-to-be ... perutnya makin gendut.  Agak2 berapa ekoq? 

TUNJUK bukan beritahu



Tuesday, January 18, 2011 Posted by Azmah Nordin
Kata orang, seorang guru (sifu?) yg baik, bukan mengajar apa yg dia tau. Tapi menunjukkan cara bagaimana dia memperoleh ilmu itu, supaya pelajar dia boleh memperolehi ilmu itu sendiri - mungkin dgn lebih baik lagi. Betulkah? Wallahualam. Tapi, yang pasti, sebuah karya yg baik, bukan memberitahu maklumat/informasi secara melulu begitu saja, sebaliknya dia akan menunjuk/gambarkan maklumat/informasi itu supaya boleh `hidup' di dalam minda pembaca. Jom bezakan antara ayat `tunjuk' dgn ayat `beritahu' dan cuba teka yg mana satu yg hidup, yg mana satu mati.

Anda rasa karya anda harus lahir dlm bentuk yg bagaimana, antara dua di bawah ni?


Ok, contoh ayat `beritahu';


Suli yg berada di Kuala Tempasuk itu, sangat sedih. Dia selalu teringatkan kebakaran yg di kampungnya dulu. Dia selalu terbayang-bayangkan orang2 kampung yang menangis semasa kebakaran itu berlaku. Dia sentiasa berdendam dengan orang yg menyebabkan kebakaran rumah2 kampungnya. Dia berjanji pada diri dia sendiri, dia akan menuntut bela. Dia lalu berlari pantas ke arah kudanya yg sedia menanti. Dalam senja itu, dia nampak bulan sabit.


Contoh ayat `tunjuk';

"Suliii...!"

Dengan himpunan segala kekuatan, dlm kengiluan apabila terdengar ratapan dan raungan yang ngeri, dalam suasana langit yang terserlah cahaya cerlang pada kesuraman senja, disertai kepulan asap hitam campur merah yg bergawang-gawangan mengintari alam, dia berkejar pantas ke arah tempat kuda terunanya tertambat. Cuping telinganya sempat menangkap bunyi daun-daun pohon pari-pari mempari yg menjulang tinggi itu, bergeseran dipuput bayu dalam cuaca yang kering-garing, seperti mencuba membelai hatinya yang kering-garing dibakar bara dendam yang lama terpendam.

Gerak langkahnya dipercepat, biarpun terasa daun kering pohon pari-pari mempari dan bunganya yang berjambak-jambak, berguguran dan ada yang melayah turun, menyentuh kepalanya, seperti mencuba menyentuh alam kesedaran yang dipacu sejuta nafas tersepit. Begitu dia meneruskan lariannya, menyusuri pinggiran pantai Kuala Tempasuk, di daerah Kota Belud itu, dia membulat tekadnya. Biarlah bulan sabit yang tinggi melewati puncak Kinabalu dengan cahaya cerah menerangi jagat raya itu, menjadi saksinya. Dia pasti akan menunaikan suatu pengharapn, suatu keinginan yang bangkit menatang keharuan, suatu janji pada diri sendiri yang bertolak dari titik-titik derita.

"Pastiii...!



(ayat-ayat di atas tu, adalah petikan drpd novel Dari Dalam Cermin yg memenangi tiga hadiah berturut2. 1) Pemenang Hadiah Pertama Peraduan Menulis Novel, Kerajaan Negeri Sabah & DBP, Hadiah Sastera Sabah, Hadiah Sastera Malaysia)


Menggambarkan Secara Kreatif;

Apabila diminta menggambarkan suasana, peristiwa, perasaan dan sebagainya, anda sebenarnya bukan saja diminta utk mengait-sulatkan bait-baik indah ke dalam karya anda, setiap perkataan itu seharusnya tepat dan mempunyai kaitan dan makna yg mendalam. Juga, pelbagaikan.


Penggunaan Ayat Yg Pelbagai

Untuk mempastikan supaya pembaca dapat mengalami sepenuh ttg apa yg anda tulis, mereka seharusnya mampu melihat, mendengar, merasa, menghidu, menyentuh dunia di sekeliling mereka. Cuba gunakan bahasa2 yg pelbagai dan indah, untuk membangkitkan pelbagai `rasa' - bukan hanya pemandangan - dalam karya anda.

Bagaimanapun, dalam membuat gambaran dlm karya anda, jgn sekali2 menggunakan bahasa2 yg bombastik k. Nanti, pembaca2 akan termuntah2 pula bila membacanya!

Bagi penulis yg baru berjinak2 dlm dunia penulisan kreatif, mungkin akan rasa keliru juga dgn perkataan seperti `tunjuk, bukan beritahu' atau, bagaimana mahu menulis supaya karya anda hidup dan sebagainya. Mungkin saja, ada antara anda yg tidak faham pun apa maksudnya `tunjuk, bukan beritahu' dlm dunia penulisan itu. Ataupun mungkin anda percaya, bahawa sebenarnya, selama ini anda sudah pun `tunjuk' dlm karya anda, tp sebenarnya anda memberitahu. Mungkin sajalah, tapi mungkin juga tidak.

Walaupun `memberitahu' itu, pada ketika2nya penting juga, tapi tidak semua orang menyedari bahawa dgn `tunjuk', sesebuah cerita mahupun essei, atau blog post, karya anda akan menjadi lebih berkesan. `Tunjuk' sebenarnya, mengizinkan pembaca `mengikuti' pengarang pada detik penting itu, untuk melihat dan merasa apa yang dialami oleh pengarang. Menggunakan `tunjuk dan beritahu' secara seimbang dan betul, boleh membuatkan karya anda lebih menarik dan hidup.

Selain daripada contoh di atas, saya boleh beri beberapa tip lagi utk `tunjuk' dlm penulisan anda.

1. Gunakan Dialog Hidup.

Seorang peserta bengkel online kita ini, pernah bertanya, "Apa itu dialog hidup?" Dialog Hidup, bermakna, bukan ayat skema yg digunakan dialog. Ia membenarkan pembaca mengalami suasana atau episod dlm cerita itu, seperti yg sepatutnya, seperti di alam nyata. Daripada buat ayat seperti, `Dia sedang marah.', anda harus buat pembaca `dengar' sendiri akan kemarahan watak itu:

“Awang!” Ibu membentak," Baik kau datang sini sekarang juga, cepat!"

Dialog sebenarnya, dapat membuatkan pembaca mengenali watak dlm cerita anda dengan lebih dekat, dari segi perwatakannya, emosi dan moodnya.

2. Biar Penat Sedikit Buat Pengisian Yg Tepat, Daripada Bukan Kabur

Tentu anda pernah jumpa dialog yg sebegini kan?;

"Saya tak pernah merasa sehebat ini seumur hidup saya, sebelum berjumpa si Bunga!"


Lelaki itu tersenyum lebar. Arrh, Bunga yang baru dikenalinya itu, mampu menerbitkan dan menciptakan suatu pijaran cahaya dalam dirinya. Cahaya itu menyatu sukma - pada pagi pagi hari ketika matahari menguak dan menyerap ke seluruh nadinya. Terasa begitu indah segala-galanya, bagaikan dia berada dalam lingkaran jutaan bunga dari syurga.


(ayat kat atas tu, adalah sedutan daripada Dari Dalam Cermin juga)

selangkah demi selangkah



Thursday, March 19, 2009 Posted by Azmah Nordin
Sdr2.


Bagi yang belum lagi berjinak2 dlm penulisan kreatif berunsur sastera - tp yakin anda berbakat dan amat berminat untuk menghasilkan cerpen atau novel - barangkali kita boleh memulakannya selangkah demi selangkah seperti di bawah ini dahulu.

Tidak kisahlah kalau langkah itu dan tindak balas anda seperti tidak selari, dan saling tidak mempunyai hubung-kait antara satu sama lain. Kadangkala, hubungan yang seperti tidak logik, akan menimbulkan hasil karya yang lebih menarik dan asli.

Daripada latihan/bengkel penulisan kreatif lewat blogspot ini, tiada sesuatu yang benar atau salah dalam memulakan langkah dalam bidang penulisan. Jika ada sudah memulakan langkah pertama dengan menulis sesuatu pada mswords anda, bererti anda sudah berjaya.


Jom kita cuba dengan teknik ini pula;


1. Fokus fikiran dan gambarkan muka seseorang dalam tulisan anda.


2. Gambarkan riak muka (mimik muka, mungkin sedih, marah, gembira, bingung) orang itu.

3. Kemudian, gunakan metafora untuk menggambarkan suatu tempat yang indah (warna, bau, udara, cuaca, fauna dan floranya).


4. Gambarkan anda menegur orang itu, dengan menggabungkan no 2 & 3 di atas.

5. Gambarkan orang itu berpaling ke arah anda, dan bagaimana reaksinya apabila melihat wajah anda, cuba menjawab teguran anda tp tidak begitu mendengar apa yang dikatakan anda sepenuhnya.

6. Sekarang, bentuk semula tindak-balas (perasan, pemikiran) anda terhadap orang itu dalam bentuk Cerpen.


7. Atau, mungkin anda boleh menulis dari sudut pandang orang itu pula. Pasti lebih menarik, rasanya :)


Untuk itu, silalah melangkah...

proses penulisan kreatif- melayari bahtera digital



Saturday, May 09, 2009 Posted by Azmah Nordin


"Alangkah bertuahnya kalau saya boleh menulis novel berkualiti… satu pun jadilah, asal ada. Tapi, alangkah sukarnya proses penulisan novel!”



Begitulah luahan hati seorang wanita korparat lanjut usia, dengan rendah hati, lewat artikel di akhbar yang pernah saya baca suatu ketika dahulu. Pada mulanva, memang sukar memahamiya. Lewat artikel dan gambar yang disertakan dalam akhbar itu. jelas menggambarkan wanita itu bukan calang-calang orang. Wanita itu memiliki segalanya. Punya kerjaya cemerlang sebagai Ahli Lembaga Pengarah di syarikat kewangan terkemuka di peringkat antarabangsa. Naik jet, macam naik bas ke sana sini. Punya unit-unit kondominiun dan banglo-banglo bak istana kayangan yang bertaburan di pelbagai pusat peranginan di serata dunia. Punya deretan pelbagai kenderaan impot dan pelbagai jenama. Punya kuda peliharaan bagi memenuhi hobi bersukan kudanva. Punya suami dan anak-anak tercinta yang berjaya dalam bidang masing-masing, tapi masih beranggapan dirinya tidak cukup bertuah?

Bagaimana tu, ya?

Termenung saya memikirkannya Barangkali, apa yang koporat itu maksudkan adalah
tentang keinginannya untuk meninggalkan sesuatu lebih bererti, setelah ketiadaannya
kelak. Sesuatu yang berbentuk khazanah yang Iebih bermakna dan rakaman nurani yang
lebih murni kepada anak bangsa dan negara. Rupanya kerja memproses karya kreatif
novel bukan saja boleh dianggap sebagai suatu profesyen yang menarik. tapi setanding
dengan kerjaya yang lainnya - jika tidak ebih pun!

MEREALISAS1KAN IMAGINASI

Persoalannva, barangkali, bagaimanakah era teknologi maklumat dapat dimanfaatkan
sepenuhnya dalam proses kreatif penulisan novel? Dan kini, setelah turut tenggelam timbul dalam suasana ekonomi negara yg sekejap tenang sekejap bergelora, dan kerap pula terseret atau terhimpit oleh masalah keperluan asas, contohnva barangan untuk proses penulisan seperti stem, envelop, kertas, ink computer yg bagaikan tidak tertangguh-tangguh untuk dinaik-lambungkan harganya oleh para pekedai, (itu tak termasuk bil elektrik, telefon, internet), apakah penulis masih punya harapan unluk terus merealisasikan imaginasi dengan sempurna?

Bagaimana mahu berkreatif dengan tenteram, jika di sana sini pihak-pihak penerbit juga yang turut dilanda suasana ekonomi yang sekejap tenang dan sekajap bergelora seperti ini, hingga banyak mengistiharkan bahawa mereka akan mengurangkan/memotong jumlah penerbitan buku karya kreatif? Bagaimanakah hendak 'memelihara' ilham yang mercup tanpa waktu itu, agar tidak menggolek lari kegerunan (kerja mencatat ilham bukan suatu tabii vang lumrah bagi semua penulis), kalau tidak pun terus mengecut kelayuan, sebelum sempat dikembang-mantapkan dalam minda. Dan, yang paling penting, apa yang perlu dibuat agar semangat untuk berkarya - tidak diibaratkan bak daun-daun yang berguguran pada musim semi, atau macam saham yang bertumbangan dan ekonomi yang bagai sentiasa dilambung di atas titian gelora, hingga ada yg remuk-parah?
Bagaimana meladeni fakulti otak agar tidak turut terperangkap, terpulas-simpul-kusut hingga lunyai-daam pusaran arus gelombang tsunami yg masih sekejap menyurut reda dan sekejap bergelora menggila itu kembali? Bagaimana?

BUKA PUSAT MAKLLMAT

Jika tidak terlalu terhimpit oleh gelombang ekonomi yg tidak menentu, proses kreatif penalisan novel dalam era teknologi mak'lumat ini, sesungguhnya amat mencabar lagi menyeronokkan, ia boleh digarap dengan lebih mudah, yakni dibandingkan dengan sebelumnya Contohnya, cukup dengan berkurung di dalam rumah, seseorang boleh tahu segala maklumat tentang sesebuah negara atau tokot-tokoh terkenal, perkembangan berita terkini, bahan2 yg boleh digunakan sebagai ilmu bantu utk novel anda dan sebagainya - berada di hujung jari-jemari, biarpun akhbar-akhbar tempatan belum menyiarkannya lagi. Dan dapat berhubungan pula ke seluruh dunia. Tinggal lekan dan buka pusat maklumat, itu saja.

Caranya juga cukup sederhana. Segala aktiviti yang lazim, mampu diiakukan lewat
internet. Menakjubkan, memang. Seorang pengguna penulis cukup menghubungi provider local lokal. Dan, terserah pada pengguna penulis untuk melayan bahtera digital semahunya. Kelik saja beberapa kalimat yang diperlukan; sekelip mata, penulis akan dapat menjaring pelbagai informasi/maklumat pada paparan skrin komputer yang bak telaga yang berwarna-warni. Melalui Webcam, forum dan sebagainya, seseorang penulis buleh berdiskusi tentang berbagai-bagai hal termasuk tentang proses kreatif penulisan novel, secara beramai-ramai dengan teman-teman siber. Tidak seperti sebelum memasuki era teknologi maklumat, kini anda tidak perlu lagi terlalu kerap ke perpustakaan untuk membuat persediaan rapi, sebagai memulakan proses kreatif penulisan novel. Tapi memadailah dengan menghubungi World Wide Wen utk memperolehinya.

Hanya setelah rapi persediaannya’, maka barulah proses 'pengeraman' ilham boleh
anda laksanakan. Namun. dalam era teknologi maklumat ini, proses `pengeraman' pun
tidak lagi praktikal dilakukan secara berlama-lamaan. Kerana, dikhuatiri, anda akan
ketinggalan zaman di ruang siber – kecuali jika anda mahu menulis novel bertema sejarah.


KASIH SAYANG SESAMA INSAN


Persoalannya, antaranya (begitulah yang perlu difikir-timbangkan oleh anda, tentunya)
adalah bukanlah apa yang hendak ditulis, sebaliknya kenapa anda hendak menulisnya.
Apa matlamat atau nawaitu yang wajar digarapi di sebalik apa yang tersurat tapi tidak tersurat dalam karya itu nanti? Bagaimanapun, jauh di lubuk hati, sama seperti kebanyakan penulis lain, seharusnyalah, faktor utama anda menulis adalah kerana ingin menyalurkan `Kasih Sayang Sesama Insan’, tanpa mengira ras, asal usul keturunan, fahaman agama, ideologi dan sebagainya, menerusi setiap karya seboleh mungkin.

Lazimnya, dorongan untuk menghasilkan karya kreatif tercetus apabila ada sesuatu yg menyentuh atau menggores-lukakan perasaan anda. Contohnya, mungkin, apabila anda terlihat sesuatu peristiwa yang menyayat atau menyakitkan hati, terdengar cakapan orang lain yang penuh simbolik, terbaca sesuatu yang menakjubkan sama ada lewat artikel atau berita secara lisan atau yang diterbitkan oleh pelbagai media massa, termasuk lewat internet. Di samping, anda juga seharusnnya begitu cenderung untuk mengikuti perkembangan semasa, contohnya, tentang pergolakan politik dalam dan luar negara, pembangunan insan dan agama, kemasyarakatan. kemanusiaan, kebudayaan dan sebagainya. Percayalah, waktu-waktu seperti inilah, lazimnya, ilham akan rnercup tiba bak paparan ilmu di skrin komputer dan boleh disalinkan ke dalam memori komputer atau dicetak untuk dirujuk-kembangkan isi ilmunya apabila diperlukan. Namun, jika terleka sedikit, ilham yang muncul sepantas kilat akan berubah bak munculan buih-buih sabun di udara - belumpun sempat diraih-gapaikan, ia sudah pun meletup pecah dan lenyap dari penglihatan. Jika terleka. Tapi, Jika tidak leka, barangkali berbagai-bagai cerita boleh diproses sebagai penulisan kreatif daripada tema berlatarkan sejarah hinggalah ke tema yang berlatarkan
sains fiksyen.

Dalam proses penciptaan, pertama-tama sekali, anda perlu berusaha membina keyakinan
dalam diri sendiri dulu
. Pada zaman sekarang, lewat internet, kita sudah boleh dpt maklumat dengan mudah. Bagi yg tidak boleh berbahasa inggeris, anda boleh dapatkan kamus pelbagai bahasa secara percuma dan dengan mudah, seluruh blog tmpt yg anda mahu dapatkan ilmu/disiplin bantu yang releven dengan apa yang hendak tulis itu, dialih bahasakan ke bahasa Indonesia. Begitulah hebatnya apabila anda mampu melayari bahtera digital alam maya!

Sebelum anda mula duduk utk berkarya, anda perlu betul-betul memahami fahaman agama, latar budaya sesebuah masyarakat, psikologinya, falsafahnya, masalah dan sebagainya - yg ingin anda angkat-kembangkan dalm karya anda nanti. fahaman agarnanya dan sebagamya. Jika anda ingin mengungkap-tonjolkan pergolakan hidup mereka, anda perlu berhati-hati tentang ini, demi mengelakkan daripada tersinggung mana-mana golongan masyarakat.

Sesungguhnya, setelah memasuki era maklumat mi, anda pasti dapati makin mudah memperolelu ilmu/disiplm bantu tentang pelbagai profesyen yang diperlukan untuk menggarap karya kreatif penulisan novel. Contohnya, tentang dunia Islam, perubatan, perundangan, perfileman, perhotelan, pengiklanan, pengkopratan dan sebagainya Saya hanya perlu mengetik beberapa kalimat pada keyboard komputer, menyelami ruang siber yang bak lautan dalam tidak terukur dalamnya; dipenuhi dengan beraneka ilmu, berwarna-warni. Dan, berdasarkan bahan ilmu/disiplin bantu, seboleh mungkin, anda seharusnya akan berusaha menggarap tema cerita dan cuba mempersembahkan teknik penulisan yang berbeza daripada novel-novel sebelumnya.
ini penting dilakukan, kerana anda tidak mahu membosankan diri sendiri sewaktu dalam proses kreatif penulisan novel tersebut.
Apatah lagi kepada pembaca, apabila diterbitkan nanti. Mata fikir anda harus mampu melihat makna budaya, objek-objek yang boleh difahami, watak-watak ciptaan yang dilengkapi dengan pengucapan, warna, mood perlakuan yang simbolik dan sebagainya - seolah-olah ia benar-benar hidup dalam alam realiti atau mcm tengok wayang gitu, sepanjang waktu melewati proses kreatif penulisan novel itu.

Detik-detik inilah, anda harus tanyakan pada diri sendiri, sesuaikah watak-watak itu dirudupkan dengan tema novel ini? Apakah imbas muka bersesuaian dengan jalan cerita? Tidakkah aksi dramatik utamanya nanti akan dianggap begitu klise dengan novel penulis lain? Selain daripada nada atau tona yang serius, wajarkah diselitkan sedikit unsur humor dan romantis dalam proses krealif karya itu? Ketika ini, seharusnya sudah banyak gambaran yang tertayang di kepala anda pada waktu itu, Namun andainya gambaran mi tidak boleh 'dilihat hidup-hidup' dalam mata fikir maka semasa proses kreatif penulisan novel, ini bermakna anda belum cukup bersedia. Puncanya mungkin kerana persediaan dari segi mental, fizikal dan keyakinan diri anda belum cukup mantap. Persediaannya dalam bentuk pembacaan, pemahaman, penghayatan dan bahan ilmu/disiplin bantu, belum cukup mendalam. Berurutan dengan itu, proses pengeraman ilham pun jadi tidak matang dan sebagainya. Jelasnya, memaksa diri berkarya tanpa persediaan vang sempurna, hanya akan menghasilkan karya vang kucar-kacir isi dan maknanya. Itu pasti mengecewakan diri sendiri, apatah lagi pihak penerbit dan pembaca!

Dalarn hal ini, anda perlu berhati-hati tentang perkara ini. Kerana itulah, setiap satu manuskrip yang siap diproses, tidak dihantar terus kecuali diperlukan cepat oleh pihak penerbit. Tapi ini tentulah jarang berlaku. Biasanya sebelurn manuskrip dihantar ke pihak penerbit, perlu cuba anda nilai-tasirkan sendiri akan isinya: Apakah cara pengungkapan dan permainan kata-katanya sudah mampu meninggalkan kesan mendalam kepada pembaca? Dan retorika yang mampu mengindahkan sesebuah karya, dapatkah digarap dengan sebaik mungkin di dalam karya itu? Apakah simbol atau tambang yang cuba diutarakan tidak keterlaluan hingga berlaku perubahan makna? Hingga bukan saja sukar difahami, malah mengelirukan para pembaca kelak.

Fikirkanlah tentang semua itu, dan berusaha agar lebih berhati-hati;
setiap patah perkataan yang ditulis, setiap ilham yg diproses-salurkan melalui proses
penulisan itu, diibaratkan benih yang akan bertunas dalam pemikiran para pembaca. Jika benihnya sempurna, maka sempurnalah tanggungjawab anda terhadap mereka. Begitulah sebaliknya.

Namun, melalui bengkel online ini, saya ada utk menunjukkan anda `jalan’ yg betul k... Insya-Allah :)


petua penulisan kreatif



Friday, March 13, 2009 Posted by Azmah Nordin

1. Apa Yang Boleh Buat Anda Bahagia?

Fikirkan tentang objek, manusia, haiwan atau apa saja yang boleh membahagiakan anda. Menggunakan ini dalam karya boleh membantu anda membangkitkan daya kreativiti dalam karya anda sekarang dan karya-karya akan datang. Kerana kebahagian itu sendiri adalah suatu emosi yang sgt kuat, dan ia perlu digunakan untuk menghidupkan karya anda, apabila diperlukan.

2. Tulis Cerita Secara Terbalik?



Katakanlah dalam minda anda ada cerita yang hebat sekarang, tapi anda tak pasti bagaimana hendak memulakannya (mungkin anda ragu2 kerana tidak mahu menghasilkan karya sama dgn penulis2 lain), utk itu, tulislah cerita secara terbalik. Mulakanlah ceritanya di bahagian paling akhir... kemudian, dari sana, anda akan melakukan banyak imbas balik. Dengan cara yang betul, anda pasti akan mendapat satu hasil yg membanggakan!

3. Minda Yang Resah

Apabila anda dapati daya fikir anda selalu melayang liar tidak ketentuan, terutama sekali apabila anda teruja keseronokan ataupun semasa anda menghadapi tekanan hidup, memang sukar untuk anda duduk diam, menghadap skrin komputer berjam2 lamanya. Sebagai penulis atau bakal penulis, anda terpaksa mencari jalan utk menumpu perhatian kepada apa yang dikerjakan, kerana daya kreativiti tidak dpt berkembang mekar jika terlalu banyak gangguan.

Selain drpd riadah (Utk yg beragama Islam), elok juga jika anda boleh melakukan meditasi untuk mencari ketenangan dlm diri. Anda hanya perlu duduk di kusyen, menghela nafas dalam2 sebelum menghembuskannya keluar semula, berulang-kali. (Tambahan: berzikir, berselawat, beristighfar sangat membantu insyaAllah). Dan cuba mengawal pergerakan daya fikir anda semula, sehingga anda mampu memilih apa yang anda perlu fikir, dan apa yang anda tolak ke tepi utk difikirkan di kemudian hari saja. Anda boleh berkata begini, "Ok, sekarang apa yang A akan buat, fikir, rasa, bertindak jika berhadapan dgn situasi ini...) Fokus.

4. Pengalaman Hidup

Penulisan Kreatif - tidak bermakna anda harus create (reka/cipta) semuanya. Anda boleh ambil cerita dr pengalaman anda sendiri sebagai permulaan, dan kemudian anda boleh pinjam pengalaman orang lain. Jangan ragu-ragu untuk menghasilkan karya tentang pengalaman hidup diri sendiri, selagi nawaitu ketika menghasilkan karya itu tetap murni, apabila dibaca orang. Yang pasti, kesengsaaraan hidup, tanpa perjuangan untuk mengatasinya - bukan sebuah karya kreatif yg positif atau membina.

Hanya melihat kembali pengalaman yg lalu, barulah kita boleh faham mengapa kita boleh berada di sini, ketika ini.


5. Kenali Format Penerbit

Belajar mengenali format penerbit di mana kita mahu hantar karya kita nanti. Cara mudah, anda pergi sendiri menemui para editor mana-mana penerbitan yang anda ingin lihat karya anda terbit. Sebaik2nya, biarlah dgn penerbit2 yg berwibawa dan telah terbukti boleh dipercayai. Tanyakan jenis karya yg bagaimana yg pihak penerbit itu perlukan. Novel dewasa? Novel Remaja? Novel Kanak2?

Anggaplah diri anda seorang ahli perniagaan seketika, dan apabila mahu menjual sesuatu kpd seseorang, tentulah anda perlu jual apa yg org itu mahu bukan? Dari segi kualitinya, citarasanya, warnanya, dan sebagainya. Ini semua boleh dipelajari, tp juga perlu dipatuhi demi kebaikan dua pihak - pihak anda dan pihak penerbit... memberi dan menerima... give and take.

Yang pasti, pihak penerbit tidak akan `beli' barangan yg kita `jual' - kalau ia tidak menepati citarasa/format mereka. dan kita tidak boleh paksa beli, apa yg orang tak `gunakan/makan'.


6. Simpan Matlamat Anda Dalam Buku Log.

Sedikit sebanyak, ia mampu membuatkan anda menurunkan matlamat anda dalam bentuk tulisan. Sebelum tidur malam, catat apa yg anda harapkan akan anda buat utk karya anda, pada keesokkan harinya. Catat juga samada anda berjaya atau tidak memenuhi harapan anda pada hari itu. Ini perlu dilakukan, apabila anda cuba menghasilkan beberapa projek dalam satu masa, ataupun anda menghasilkan novel yg panjang dan berat.


7. Novels vs. Cerpen


Betulkan kata orang; Cerpen adalah baby/bayi kpd novel? Mungkin juga tidak, dan mungkin juga ya. Mungkin ia juga bergantung kpd kemahiran dan keupayaan seseorang penulis samada mau mengembangkan cerpen menjadi novel, atau memendekkan novel menjadi cerpen. Perbezaan antara cerpen dengan novel; dlm cerpen, segala2nya perlu padat, dan jalan ceritanya singkat (1 + 2 gabungan peritiwa/cerita = 1 cerpen.. tp kalau mahir, boleh buat lebih byk gabungan lagi). Sementara novel pula, lebih banyak kebebasan, lebih fleksibel untuk berkreatif,lebih mendalam, lebih kompleks, lebih mencabar, rumit tpi sekaligus menyeronok-puaskan. Tapi tiada yg mustahil dan boleh buat, jika anda mau.


8. Memerhatikan Orang lain

Jika anda mencari unsur-unsur yang lebih segar, cuba anda pergi ke tempat di mana orang ramai sering berkumpul... di taman permainan kanak2, sebagai contoh, atau di stesyen bas atau di gerai makan dll... dan kemudian, `pasang telinga'. Bawa buku nota, catat apa saja yang menarik rongga pernafasan, penglihatan, pendengaran anda dan sebagainya. menarik rongga pernasan anda = bau yg anda hidu. Pendengaran anda = perbualan menarik/aneh yg anda terdengar. Penglihatan anda = orang yg lalu lalang berhampiran anda, gaya jalan, gaya berckp, gaya/mimik muka apabila mereka gelak atau marah dan sebagainya. Bayangkan bagaimana org yg anda perhatikan itu menjalani hidupnya. Kadang2 menghasilkan karya berdasarkan org yg tidak pernah kita temui di alam realiti, adalah lebih menarik dan menyeronokkan.

9. Ikut Jejak Perwatakan

Memandangkan novel adalah besar/tebal dan banyak wataknya, elok juga jika anda mencatatkan setiap perwatakan (dalam dirinya, kesukaannya, gaya cakapnya dan lenggok bahasanya, pengalaman peribadinya, fahaman agama dan politiknya, psikologinya dll ttg watak-watak anda yg berbeza2 itu. Ini dapat membantu konsistensi anda hingga ke penamat cerita, dan anda tidak akan sesat dlm karya anda sendiri.

10. Menulis untuk Menulis Semula.

Apabila membuat draf permulaan untuk satu2 karya, tulis saja. Masukan emosinya (mungkin boleh emosi anda sendiri di sini, lebih tulin begitu bukan?) dan sebagainya di atas kertas atau di mswords anda. Kemudian, kita akan tulis semula, tambah-kembang-baik-pulihkan di sana sini, renovate mana yg patut dll. Kerana, sesebuah karya itu tidak tamat - selagi kita tidak puas!

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing