Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, February 27, 2013

aku pun menulis ...

 

Bahkan sangat suka menulis.  Terkadang di fb.  Terkadang di blog ini.  Tapi belum ada yang dapat diterbitkan lagi ...  

Maka aku telah memasang azam.  Aku akan meninggalkan bidang tulis-menulis begini.  Aku nak kurangkan menulis di fb.  Aku nak kurangkan menulis di blog.  InsyaAllah.

Ada orang tak selalu muncul di fb.  Ada orang tak ada masa nak menulis di blog.  Akhirnya sesuatu muncul sebagai buah tangannya untuk tatapan pembaca.  

Ada orang yang macam-macam nak ditulis.  Novel ... cerpen ... sajak ... hapah pun tak dak.  Aku le tu :(.  Balik-balik melepas rungut di blog bisu ni.  Fb?  Ooo aku dah semakin kurang di sana.  Pening kepala dengan lambakan maklumat yang berbagai.  Ya, buat sekian kalinya.  

* Buku di atas tu merupakan buah tangan terbaru kakak aku.  Hmm dia pun tak de mengabarkan apa-apa, tadi baru je bertelepon dengan dia.  Walau apa pun, tahniah untuk kakak aku yang sangat gigih ni.  Aku berharap dapat mencontohi kegigihan dan ketabahan serta kecekalan dia dalam bidang penulisan.  Mohon doa yang baik-baik dari semua untuk aku.  Aameen. 

Monday, February 25, 2013

Muezza kucing khunsa?

ada penumpang saiz jumbo ikut serta ... ish ish ...
Muezza, salah satu anak kembar 4 si Cantek kelahiran pertama.  Entah mengapa, sejak dia lahir, aku anggap Muezza anak sulung dan dia menang nama yang istimewa ni ~ Muezza, sempena nama kucing baginda Rasulullah SAW.  Saiz dia memang agak besar sejak kecik.  Satu kelainan, Muezza ni lebih pemalu dan segan-silu berbanding adik-adiknya yang lain.

Muezza selamba je, tapi aku anak-beranak yang rasa keliru ... err ... apakah?
Beberapa kali ternampak Muezza menyusu (mengemping) kat ibu.  Suami aku pun sama teruja pelik hairan bin ajaib melihat keletah Muezza ni.  Malah suami yang lebih-lebih memvideo aktiviti Muezza dan tunjuk kat kami.  Semenjak Muzi yang suka mengacau tidur dan menggigit janggutnya menghilangkan diri (kini dah lebih sebulan tak muncul langsung :( ...), suami beralih perhatian kepada si gendut yang pemalu ni.  Mula-mula si gendut ni jual mahal, tapi lama-kelamaan jatuh juga hatinya pada suami aku hahaha ... dan tak pasal-pasal nama pun bertukar dipanggil 'Monyet' dek suami (tapi aku tetap panggil nama asal dia hehe).  Pasal tukar nama ni, kata suami aku sebab bulunya macam bulu monyet.  Kedua, si gendut yang pendiam ni kalau melompat ke dinding airwell tak ubahnya macam monyet.  Mak pak dia meniti dan menyusur ikut dinding tepi ke tingkap untuk turun naik (ni stail pecah masuk rumah la ni ... aku tak bagi dorang masuk sejak hukuman duduk luar seumur hidup berjalan), tapi Muezza pulak panjat gril dan menguja dari gril terus lompat ke atas dinding airwell.  Dia tak ikut tepi tingkap. 

Gambar atas tu satu lagi kepelikan pada Muezza.  Suami aku kata mungkin kucing ni khunsa.  Hmm ... tapi kalau tengok fizikal, memang jantan jantinanya.  Sohih!  Hahaha ... cuma lum pandai merendek merayau jejauh cari bini.  Mulanya dia menyusu kat ibu sharing ngan adik-adik kecik.  Lepas tu adik tak dapat cari ibu, dia pulak kena belasah jadi ibu hahaha! Rela dan redha pulak tu ...Aku check nenen dia, kecik je, jantan le katakan. 

Malam-malam time nak tidur, aku rajin ngendap diorang ni kat tingkap.  So aku selalu nampak Muezza gendut ni tidur berpeluk ngan adik-adik dia tu.  Hmm penyayang rupanya.  Tapi tang ekor tu, macam standby je nak jerkah adik-adik yang  ngengada nak menyelit dan cari tetek dia hehehe ...  tak dapat nak amik gambar sebab diorang ni kalau dengar je bunyi klik pintu, bedebus bangun menengadah kat depan pintu.  Jadi perati je la dari dalam.

menemankan aku nyidai baju sambil sunbathing menunjukkan perut boyot teboseh
***

Kepada seluruh rakyat negara Brunei Darussalam khususnya Tuan IbnuJaya dan keluarga, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam yang ke 29 tahun pada 23 Februari 2013 lepas (maaf terlambat mengucapkan bha ...).  Semoga Brunei Darussalam terus aman makmur dan dilimpahi rahmat Allah di bawah pemerintahan KDYMM Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.  InsyaAllah.

Friday, February 22, 2013

menakutkan, hanya Allah yang Maha Mengetahui

Kisah Duka Di Sebalik Tarian Gangnam Style

by Nizarazu on February 22, 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, rasanya ramai yang dah baca cerita ini, dah tersebar meluas dalam laman-laman sosial terutama di facebook. Satu kisah mengenai kisah duka di sebalik Gangnam yang agak memeranjatkan yang mungkin tidak diketahui oleh orang ramai.. Jom baca..

Sekadar Gambar Hiasan

Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,
“Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh..”
“Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk..” jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.
Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan ‘fresh orange’ untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, “Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?”
Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, “Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan..”
“Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang ‘famous’ dengan tarian Gangnam Style..” jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.
“Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu.” jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.
“Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu..” jawab saya serta-merta.
Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.
“Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?” tanya gadis kembali itu kepada saya.
“Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…” jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.
“Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini..” jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.
Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.
“Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan.” kata gadis itu kembali.
“Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya.” jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.
Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,
“Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut.”
Kemudian dia diam lagi… kali ini dia pula meminum minuman ‘fresh orange’.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.
“Ok, kemudian..?” tukas saya lagi ingin tahu.
“Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku..” sambungnya lagi.
“Iya, sila sambung lagi… saya memang ingin tahu tentangnya.” balas saya lagi.
“Ok… Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter..”
“Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak.”
Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…”
“Ok, kemudian.. apa yang berlaku?” tanya saya mencelah dengan rasa teruja.
“Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka.”
“Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan.”
“Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya… saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak… hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh.”
Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak… wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.
Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,
“Hey, please don’t cry here… people will look to us. Please calm down. I’m sorry so much to make you telling me this story…” kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.
Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, “Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini..”
Ia ok… ia ok… ia ok… (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)… maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri… Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia.”
Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,
“Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea.”
“Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya… dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri.”
“Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa.”
“Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?” saya mencelah ceritanya.
“Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya.”
Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, “Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan.”
Setelah itu dia diam dan meminum minumannya…
“Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?” ujar saya kembali kepadanya.
“Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita.” jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.
“Oh, ok… ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan… apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?” tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.
“Kamu agak saya berumur berapa…?”
“Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu.”
“Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.
“Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya…” kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.
“Sudah tentu…! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!” tukasnya dengan nada yang keras.
“Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka.”
“Whoa… kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam…” balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.
“Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan..” balasnya pantas kepada saya.
“Tidak, tidak… saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani.” balas saya kembali untuk menenangkannya.
“Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?” tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.
“Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur.” jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.
“Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur.” jawab saya.
“Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria… saya bertuah bertemu dengan kamu.” tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.
Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.
Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.
Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.
Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.
Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.
Di dalam hati saya sepanjang pulang, “Allahu Rabbi…. alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.” Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah…
Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.
Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini… Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat…

##Kalau difikirkan memang memeranjatkan tetapi sejauh mana kesahihan cerita ini admin pun tak pasti.. Ada sesiapa yang boleh berkongsi?

Kereta Mayat: Ceramah lawak, bagus ke?

Kereta Mayat: Ceramah lawak, bagus ke?: ("Salam, Fenomena ustaz ceramah lawak yang ramai dihadiri, berbanding ceramah tanpa lawak yang kurang mendapat sambutan.Apa kata abang keret...

Wednesday, February 20, 2013

aku teringin nak belikan budak bulu-bulu bekas makanan yang semi-auto tu.  hari tu belek-belek kat pet shop tapi lum intend nak beli.  la ni bila selalu tinggalkan rumah, terfikir pulak nak beli satu huhu ... tapi ... tentu suami aku bising.  jenuh juga mikirkan camana nak buat menda alah ni.  kata orang, kita buat dia bukan dia buat kita.  so aku pun cuba la buat satu.  jeng jeng jeng.  

gunakan bahan terbuang!   jangan membazir beli, kan boleh buat sendiri ... belum cuba belum tau.

simple je.  dengan bangganya disaksikan budak bulu-bulu semua, tapi ... apasal tersekat?!



Ayu confuse ...
tangguh dulu ... (baca: nanti beli baru)
makan dalam mangkuk je le ... lagi sonang

Monday, February 18, 2013

dia ...

ya Allah ...
dia ingin mendapatkanMu
terimalah dia, ya Allah
dia ingin menjadi tetamuMu
jemputlah dia, ya Allah
dia ingin menemuiMu di sana
sudilah ya Allah

kasihanilah dia ya Allah
yang sendiri dalam keriuhan
yang diam buntu dalam jeritan
yang resah rengsa dalam pencarian

dia fikir Engkaulah penyelesai
dia fikir Engkaulah penghurai
dia fikir Engkaulah segalanya kesudahan

dia ingin kesudahan yang baik ya Allah
dia mahu pergi jauh dari kami ya Allah
dia mahu mendapatkanMu ya Allah
kasihanilah dia ya Allah

dia tidak lebih mengerti, Engkau Maha Mengerti
dia tidak lebih tahu, Engkau Maha Mengetahui
dia tidak  putus harapan padaMu ya Allah, Engkau Maha Pengasih

berilah dia ketetapan yang baik, ya Allah
berilah dia hidayatMu, ya Allah
berilah dia petunjuk ke jalanMu, ya Allah
berilah dia faham tentang hidup ini sebenarnya, ya Allah
berilah dia cinta dan rindu kepadaMu, ya Allah

bahawa dunia ini terlaknat
bahawa akhirat itu abadi
bahawa dunia ini hanya sekejap
bahawa akhirat itu kekal selamanya

ya Allah, ampunilah dia dan kasihanilah dia ya Allah. 
Wahai yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Wahai Zat yang Maha Agung
Wahai Tuhan sekalian alam yang Maha Mengetahui segala isihati
terimalah dia, ya Allah dengan penerimaan yang baik dalam keampunanMu dan kasih sayangMu.

Ameen.

Sunday, February 17, 2013

entah berapa kali 'pening'

tapi 'pening' ni tak boleh diikutkan kelak rosak binasalah badan dan fikiran.

Apa yang paling susah ialah aku tak mampu dan tak boleh meluahkan sesuka hati di mana-mana.

Cuma aku boleh share 'kepeningan' ni saja.  :P

Susah ... memang susah.  Ia satu kemelut hidup.  Ia satu masalah biasa lidah manusia yang tak bertulang.  Ia satu hakikat sejak Allah menciptakan jasad Adam dengan sekeping daging di dalam rongga mulutnya.  Bukanlah daging lembut itu yang menjadi masalah.  Tetapi apa yang meluncur keluar dari mulut yang berbicara.  Apabila hati berdetak, apabila akal berputar, apabila tidak ditunjangi iman.  Hancurlah kebenaran.

Pening ... memang pening.  Siapa yang mahu permusuhan berlanjutan.  Aku mahu kebaikan.  Mereka kata mereka mahu kebaikan.  Tapi apa yang sampai ke lubang telingaku ini berbeza benar dari hasrat yang diujar.

Ya Allah!

Pening! Aku pening walaupun peningku ini tidak berdenyut dan membuatkan aku demam pengsan.  Aku masih sihat alhamdulillah.  Tapi ... ah, pening!

Entah di mana nak dimulai lagi?  Entah bagaimana akan berakhir?

Aku hanya mampu diam dan pasang telinga.  Aku hanya mampu melihat dan memerhati.  Dan aku sedang berdiri di satu pihak.  Sedangkan pihak satu lagi, dan pihak yang lain-lain itu, entah apa aku tak tau dan malas nak ambil tau.  Cukup sudah kepeninganku.

Oh Tuhanku!

Aku bertanya.  Aku masih mahu berusaha.  Aku terus memikir.  Aku membuat hipotesis (cehh!).  Mungkinkah kerana itu?  Ya, aku prasangka tapi bukan buruk sangka (err ... tak sama ke?)

Ada yang menjawab.  Apa yang aku nak usahakan tak akan memberi mudarat dan tak beri manfaat.  Benar,  Allah sahaja yang memberi mudarat dan Allah sahaja yang memberi manfaat.  Bukan usaha aku. 

hemm ... hmmm ...

Kalau begitu, tak mengapalah.  Aku pun tak mau pening-pening terlalu lama.  Aku akan adukan kepada Dia yang memberi pening ini.  Dengan segala kelemahan diri, bersama dosa-dosa yang tak sudah, tak ada tempat lain lagi untuk aku adukan.  Bukan kamu, kamu atau kamu.  Tetapi Dia.  Tentu ada kesudahannya pening ini.

Ya Allah!

Sementara masih ada waktu.  Sementara jam masih berputar.  Sementara mentari masih bersinar.

Sebelum sampai batas ajal.  Sebelum malaikat Izrail muncul.  Sebelum gugur daun Sidratul Muntaha.

Tiada yang mustahil di sisiNya.  PerbendaharaanNya.  AnugerahNya.  KeampunanNya.  RahmatNya.  HidayatNya.

Ya Allah!

Kasihanilah kami, ya Allah.  Kasihanilah ahli keluarga kami yang telah kembali menemuiMu, ya Allah.  Kasihanilah kami yang masih diberi kesempatan di dunia fana ini, ya Allah.  Mudahkanlah segala urusan kami, ya Allah.  Tolonglah kami, ya Allah.

* andai engkau fikir masalahmu sangat berat, tidak benar!  itu hanya kerana jiwa engkau kecil dan lemah.  Rapuh dan kecut.  Apakah engkau fikir diri engkau sangat hebat untuk diberi masalah yang 'sangat besar' itu?  Siapa engkau?  Ada lagi masalah yang lebih besar dan berat, iaitu segala kesusahan dan ujian dugaan yang dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para nabi serta rasul-rasul Ulul Azmi.  Itulah ketimbang alasanmu di akhirat nanti.  Jadi setiap kali menyangka masalah itu sangat berat untuk dihadapi dan diselesaikan, imbangi ia dengan ujian yang dilalui oleh para nabi dan rasul ketika menghadapi umat masing-masing.  

* kita hanya mampu berdoa dan berusaha, selebihnya adalah urusan Allah.  Namun jangan sekali-kali ada perasaan putus asa tumbuh walau sebesar hama di dalam jiwa.  Teruskan pengharapan dan munajat kepadaNya.  Allah Maha Pengasih lagi Maha Mendengar segala keluhan dan rintihan.  Baca al-Quran.  Buat solat hajat.  Solat taubat.  Solat Tahajjud.  Zikrullah.  Sehingga kita merasa kian dekat denganNya.  

*usahakan memperbaharui iman, kerana ia boleh pudar dan lusuh seperti pakaian.  - yang ni tanyalah ustaz dan orang alim yang lebih arif.  Aku tak pandai.

* kalau ada penambahan yang nak ditambah oleh pengunjung yang membaca entri ni, tulislah kat ruang komen tu.  Aku ucapkan jazakallahukhairon kathira atas kesudian sharing sesuatu yang bermanfaat.

Alhamdulillah, walaupun mungkin esok lusa 'pening' mungkin muncul lagi, aku rasa lebih cool dan redha.  Inilah ujian untuk aku barangkali.  Setiap jiwa akan diuji.  Walaupun ia indirectly, tapi tetap menjadi ujian pada aku.  Ya Allah, jadikanlah aku orang yang sabar dan redha dengan ketentuanMu dan tolonglah kami untuk mengikut jalan yang Engkau redhai pula.  Aameen.


Saturday, February 16, 2013

nenda kembali ke pangkuan Illahi

Hajah Halibah binti Paan kembali ke rahmatullah pada 12 Februari 2013 bersamaan hari Selasa selepas Asar pada usia 88 tahun kerana sakit tua (kegagalan buah pinggang, jangkitan paru-paru, wallahua'lam)

Baru seminggu kami bersua muka kerana pulang menziarahi ibu saudara yang kembali ke sisiNya pada Isnin (4/2/2013) sebelumnya.  Naqib dan Hidayat pun ada.  Tetapi anak-anak perempuan tak dibawa bersama kerana menghormati pengajian yang mereka ikuti.  Naqib sedang dalam urusan untuk pindah madrasah, Hidayat pula cuti sakit kerana batuk dan semput (mild).  Jadi dapatlah anak-anak berdua ni bertemu onyang. 

Namun uwan masih menyebut-nyebut nama anak-anak perempuan juga, yang rajin melayan celotehnya (kakak) dan menjadi usikannya (si bongsu). 

"InsyaAllah hujung bulan Mac nanti semua balik berkumpul sebab ada cuti," begitulah aku dan suami memberitahu uwan.

"Uhh entah ada umur ntah tidak, lamo laie ..." sahut uwan selamba.  Aku tak memikirkan apa-apa.

***

Aku dapat khidmat membantu memandikan jenazah uwan yang gemalai bersama 7 orang yang lain termasuk cucu-cucu dan anak saudara uwan, selain makcik tukang mandi jenazah.  Ketika jenazah didudukkan, aku sama membantu mengurut abdomen uwan yang nampak bengkak.  Ada tanda-tanda kemerahan di leher kanan uwan dan lengannya.  Entah tanda disebabkan apa.  Kepala uwan bergoyang-goyang perlahan. 

"Mandi yo wan, " kata Kak Tam sebak.  Aku pun sama sebak bahkan airmata mengalir di balik niqob.

Ketika makcik mula menjirus air ke wajah uwan yang seperti tidur, aku rasa lemas.  Kini air yang menyusup masuk ke rongga hidung dan mulut uwan tidak lagi membuatkan dia tercungap, aku yang tercungap. 

Ketika menggosok sabun ke tubuh uwan, menyelinap perasaan takut kepada mati.  Aku tak mahu dimandikan begini.  Ini kali kedua aku membantu memandikan jenazah, selepas arwah kakak yang pulang ke rahmatullah 4 tahun lepas.  Hanya aku pernah menjadi model jenazah yang dikapankan atas dasar sukarela sekitar 10 tahun lepas.

 Alhamdulillah, segala urusan dibantu Allah, berjalan lancar hingga jenazah uwan dikebumikan sebelum waktu Zohor Rabu 13 Februari 2013, diikuti kenduri tahlil dan bacaan Yassin di surau Tanah Wakaf dua malam berturut. 

Pergilah sudah waris tertua keluarga kami mematuhi sunnatullah, menyusuri jalan yang sama seperti arwah ibunya, nenda Hajah Sariah Ibrahim yang pulang ke rahmatullah 17 tahun lepas. 

Semoga Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun mengampuni segala dosa-dosa uwan, dan menempatkan rohnya bersama golongan orang-orang yang beriman serta mencucuri rahmat ke atas rohnya, dan menjadikan pusaranya satu pintu dari pintu-pintu syurga.  InsyaAllah aameen.

Tuesday, February 12, 2013

you tube rawatan pesakit dirasuk jin kafir


Alhamdulillah syukur aku tak melalui pengalaman rawatan seperti ini ... last sekali kepala kena tepuk dengan ustaz, adoii ...

rakaman you tube merawat jin


Monday, February 11, 2013

andai aku menjadi Delisa

aku tak tau ... kini di muka surat 150 ... airmata meleleh segar buat kali entah ke berapa ketika aku menyaksikan abi mengeluh hiba memerhatikan diri Delisa.

(Rasa seperti sudah bertahun tak meminjam kat perpustakaan desa ni.  Bulan lepas aku dikhabarkan tempoh kad sudah tamat.  Kena buat yang baru.)

Suara kartun seperti suara Doraemon di tv.  Boboy menegur aku lalu duduk mengusap diri di atas kerusi.  Naqib asyik membaca kertas harian di sisi.  Ada bungkusan cili yang harus dibersihkan di atas meja ini,

(Aku harus menghabiskan novel Habiburrahman El Shirazy (selepas mencatat di blog dan keluar atas urusan, aku menghabiskan novel ini di dalam kereta dan membelek-belek lagi, baru perasan ada kesilapan besar ~ dah salah tulis nama penulis lee ... ok, buku Indonesia Bestseller ini adalah terjemahan dari bahasa Indonesia oleh PTS Litera dan penulis asalnya ialah Tere-Liye) ini malam ini juga.  Esok perlu dikembalikan.  Azam baru tak mau lagi memperbaharui pinjaman seperti yang pernah aku lakukan dulu-dulu.)

Ketika umi (staf) berhenti untuk membuat air minuman yang dipesan pelanggan.  Aku terus tenggelam  Terkadang aku benar-benar merintih di sebalik kain muka.  Aneh sungguh novel ini, di antara tiga novel yang menarik minatku kali ini.

Tiba-tiba, "Cik Intan ..."  Aku terkapa-kapa mendongak.  ada wajah remaja lelaki tunduk memandang mataku yang berkaca-kaca tepat.   Aku mengenalinya, anak jiran taman sebelah.  Terfikir pula, oh apa katanya menatap mataku yang berkaca-kaca ...

"Cik Hawa kirim salam."

Waalaikumussalam.  Err ... kenapa ya ... Ketika aku menoleh, dia sudah pergi membonceng motorsikal kawan.

Esok aku perlu mengembalikan novel-novel yang dipinjam ini.  Ada tiga jenis novel; bercorak keugamaan, misteri dan parodi.  Semuanya bukan novel percintaan.  Aku sukar menemukan novel keugamaan seperti novel Delisa ini.  Ia memang satu kelainan dan aku sempat disentuh hiba ketika menyelak-nyelak sebelum mengenepikannya.  Ia novel terakhir yang aku baca.  Entah mengapa, aku menyusunnya begitu.

Novel pertama yang tanpa ragu aku tatapi ialah novel parodi itu.  Ia benar-benar melucukan.  Aku juga tak pernah membaca novel sebegini dan pertama kali kujumpa.  Aku tergelak di sela-sela membacanya.  Dan aku menamatkannya dengan cepat.

Novel kedua ialah novel berbau misteri itu.  Ia sederhana nipis dan tajuknya menarik perhatian.  Aku tak berkesanggupan membaca novel tebal, novel ini memadai untuk aku melihat cara penulisan yang dipersembahkan.  Dan aku benar-benar laju menyelesaikannya kerana misteri yang dipersiapkan seolah-olah tak dapat dinikmati hingga meremangkan bulu roma.  Secara tak sengaja, aku jadi faham apa makna 'klise' dalam penulisan.

Akhirnya inilah kisah Delisa bersama hafalan solatnya ... telah membuatkan aku merasa hiba.  Andai aku berada di tempatnya ... andai aku berada di Lhok Nga ...  andai aku yang kehilangan umi, kakak-kakakku dan sebelah kakiku ... andai aku menjadi Delisa.

* aku masih di muka 222.  Sebentar lagi aku akan menghabisinya insyaAllah.  Aku sudah tahu akhirnya, tapi aku tak sanggup membayangkannya.  Delisa ... gadis kecil yang mewakili mangsa korban tsunami yang masih berkesempatan menghirup udara dunia.  Delisa ... membuatkan aku teringat kepada Hanessa.  Semoga kedua-dua gadis comel ini sentiasa dalam pemeliharaan dan pimpinan Allah di sepanjang hidup mereka.  Aameen.


apabila belajar untuk memahami

insan di sekeliling
seorang, dua, tiga atau lebih ramai lagi
juga belajar memahami situasi
menyusur peristiwa yang terjadi
rentetan demi rentetan
sehingga ke hari ini

cuba mencari rahsia
meraba merayau
menggalau mencari hikmah
menyelam hingga ke dasar laut fikiran

dan terus cuba belajar
mengerti dan memahami
apa yang telah, sedang dan akan terjadi

ya Allah
benar sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengerti
tanpa izinMu tak akan terjadi
dengan izinMu tiada yang mustahil terjadi
selamatkanlah daku dari bergantung kepada diriku sendiri
walau sesaat cuma
kerana hanya Engkaulah yang Maha Kuasa Raja segala raja.


bimbang terpijak

aku terpaksa jingkit-jingkit kaki.  Anak-anak Cantek makin mesra walaupun aku jarang membelai.  Bila aku menyidai, semua empat ekor pakat masuk dalam kain jubah aku.  Ada yang cangkuk kuku kat kain aku, ada yang gigit-gigit manja stokin aku.  Ada yang cakar betis aku.

tu macam kaki Panther je ...

Bila aku menyidai, masing-masing mula datang berkumpul dekat aku termasuklah Putam.  Dua tiga hari ni kami sibuk sikit, pergi Batu Pahat.  Semalam aku fulltime bersama anak-anak yang diambil kejap dari madrasah.  Jadi memang terbiar diorang ni sume.  Nampak la pagi ni betapa rindunya dorang kat aku hehehe .... masing-masing termasuk Cantek datang dekat.  Sian ... aku pun rindu jugak.

Cantek termenung jauh ...
Kecuali Muzi, kucing anak perempuan aku (kakak) yang hmm ... rasanya dah tiga minggu setakat hari ni tak nampak muka.  Yang lain semua ada.  Miza, kucing Hidayat kekadang ada balik memperdengarkan suaranya yang nyaring garang.  Lepas makan dia menghilang.

'anak emak' - Muezza (kucing Naqib) yang menyusu balik dengan ibu dan tak pernah berenggang dari Cantek
dah besar ... dah 8 bulan usia.  Muezza n Mizi (kucing kesayangan Hanessa memang rajin menemankan aku menyidai kain.  Kat mana aku berdiri kat situ dia menyebok.) 
Tadi aku tepon mak.  Borak pasal uwan, itu ini, sampailah hal kucing.  Mak tak cakap banyak pasal kucing, cuma dia berkias, katanya kalau ada kucing tak leh letak ikan sede-sede kat atas meja.  Fahamlah aku.  Aku pun tak cakap banyak, cuma sambil menahan sebak, aku cakap "nampaknya terpaksa la anta dorang tu mana-mana" dengan harapan dapat menyentuh perasaan mak.  Tapi ... nampaknya macam tak sukses je huhu ...

Aku sebenarnya teringin nak belikan memacam untuk kucing-kucing ni.  Makanan, pakaian, tempat tinggal, ubat-ubatan, mainan ... hehe dah macam keperluan manusia jugak.  Tapi syukurlah sebab aku tak bekerja, jadi poket aku berada dalam poket suami aku.  Bila nak  membukak poket, kena ada dua laluan jadi terhadlah sikit.

Walau apa pun, aku sedang berusaha menurunkan kadar kerisauan dan keresahan hati pasal diorang ni.  Aku berdoa kepada Allah,  dan aku cuba mengusahakan sesuatu untuk tidak bersikap zalim (meninggalkan mereka ni terbiar cari makan sendiri - sebab dah dibela bukan kucing terbiar yang dikutip).  Semoga Allah melembutkan hati suami aku untuk angkut juga kucing-kucing ni nanti.  Aku sedang usahakan beli petfeader besar yang mampu beli secara online (sebab nak ajak suami cari kedai tu kat area KL, tak ada masa katanya).  Selebihnya aku berserah kepada Allah.  Beri makan dan perlindungan, semuanya dengan izin Allah.  Allah jua yang Maha Pengasih dan Maha Pemelihara.  Ya Allah selamatkan daku dari bergantung kepada diri sendiri dalam setiap urusanku.  Hanya kepadaMu tempat bergantung dan berharap.

* sebenarnya time nyidai kain tadi memacam berlegar dalam kepala nak ditulis, tapi sume dah hilang!

* Hari ni berkenalan dengan owner DearCats Pet House di fesbuk ...

Sunday, February 10, 2013

tips jaga anak kucing tanpa ibu

Tompok yg kami jumpa di tepi tayar kereta orang dlm hujan (mati selepas seminggu dijaga)

Tips Penjagaan Anak Kucing Yang Baru Lahir

anak-kucing
Dalam tempoh 4 minggu pertama hidupnya, anak kucing (‘si Comel’) bergantung kepada ibunya untuk hidup.  Sekiranya anda terjumpa si Comel yang baru lahir tanpa ibu kucing (mungkin ibu kucing mati, meninggalkan atau terpisah dari anak kucing, ibu kucing tidak dapat menyusukan anaknya, dll), dan anda ingin memberi peluang hidup kepada si Comel, berikut adalah tips-tips penjagaan yang disyorkan oleh mereka yang berpengalaman:

Tip # 1

selimut-anak-kucing
Si Comel yang sendirian amat mudah kesejukan dan mengalami hiportermia. Sekiranya badan si Comel sejuk, selimutkan ia dan letakkan ia pada tubuh anda untuk menaikkan suhu badan si Comel. Anak kucing yang baru lahir tidak akan menggigil kesejukan, oleh itu anda hendaklah menggunakan deria sentuhan anda untuk mendapatkan kepastian.

Tip # 2

Pastikan si Comel tidak mengalami dehidrasi (dehydration) atau kekeringan:
  1. Cubit dan tarik dengan lembut kulit pada belakang leher si Comel
  2. Lepaskan kulit tersebut dan sekiranya ia kembali ke asal segera, si Comel tidak mengalami dehidrasi dan boleh diberi minum susu.
  3. Sekiranya kulit anak kucing mengambil masa lebih daripada 1 saat untuk kembali normal, ini menunjukkan yang anak kucing tersebut mengalami dehidrasi dan memerlukan bantuan doktor haiwan.  Sekiranya anda tidak dapat membawanya ke klinik haiwan, anda bolehlah membancuh minuman khas untuknya (didihkan 2 cawan air dan kemudian tambah 5 sudu kecil gula dan ¼ sudu kecil garam sehingga ia larut, masukkan dalam peti sejuk.  Apabila suam, bolehlah diberi minum si Comel menggunakan picagari/syringe, bekas botol ubat mata/eye dropper atau botol khas).
  4. Beri si Comel minum 1 – 1.5ml setiap 30 minit sehingga ia membuang air kecil.
botol-susu-anak-kucing

Tip # 3

Milkodog Milk
Gambar kredit kepada farmaline.co.uk


Sekiranya si Comel nampak sihat, beri ia minum susu yang sesuai seperti Milkodog (jangan sekali-kali memberinya minum susu lembu!) setiap 2 jam.  Jika tiada susu tersebut, anda juga boleh membancuh susu gantian untuknya dengan mencampurkan:
  • 4 Cawan air masak
  • ½ sudu teh baking soda
  • ½ sudu teh garam
  • 2 sudu besar gula atau madu
(Lebihan susu bolehlah diletak di dalam peti sejuk dan dipanaskan semula apabila perlu)
Atau,
  • 2 sudu besar susu sejat
  • 2 sudu besar air
  • 3 sudu besar yogurt biasa
  • 3 biji kuning telur
Apabila memberi anak kucing minum, baringkan ia pada dadanya, dudukkan atau tegakkan ia, jangan baringkan ia ke belakang seperti bayi kerana itu boleh menyebabkan ia tersedak atau lemas kerana air susu masuk ke dalam paru-paru. Lihat video di bawah:
XXXX

Tip # 4

Setelah selesai si Comel menyusu, sendawakan ia dengan membaringkannya pada bahu anda dan menepuk lembut belakangnya sehingga ia sendawa.

Tip # 5

Sediakan tempat tidur untuk si Comel.  Anda boleh gunakan kotak kasut, atau bekas-bekas plastik yang sesuai.  Alaskan kotak berkenaan dengan suratkhabar lama di bahagian bawah, dan kain atau tuala lama pada bahagian atas. Anda juga boleh gunakan stoking lama yang digunting pada bahagian tengah agar ia terbuka luas, sesuai dijadikan selimut si Comel.

Tip # 6

Anak kucing yang belum mencapai 3 minggu tidak boleh membuang air besar atau kecil sendiri.  Selepas ia menyusu, anda perlu merangsang si Comel membuang air besar atau kecil dengan mengesat perlahan-lahan alat sulitnya dari belakang ke depan dengan kain/tisu/kapas/bebola kapas yang lembap sehingga ia membuang air atau selama 10 minit. Selain itu, anda juga bolehlah mengusap dari atas ke bawah perut si Comel untuk membantu proses pengkumuhannya.
Sila pastikan anda sentiasa membasuh tangan sebelum dan selepas memegang si Comel kerana ia mudah diserang penyakit.  Segala peralatan menyusu seperti botol susu, dll, mestilah telah dinyahkuman dengan air mendidih.  Apabila anak kucing ini mencapai umur 4-6 minggu, bolehlah mula memberikan ia makanan yang separa pejal.
Untuk makluman anda, anak kucing yang masih bertali pusat mungkin berumur di bawah 3 hari.  Matanya akan terbuka apabila berumur di antara 8 – 10 hari.
Sekiranya anda tidak berupaya untuk menjaga anak kucing ini, serahkan ia ke pusat penjagaan haiwan misalnya Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA).

saya kenal awak!

"Saya kenal awak!  Saya kenal awak!  Alhamdulillah ... "

Lalu Cik Milah merenung aku sambil tersenyum, begitulah ucapan adik bapak mertua aku satu mak lain ayah dari Kota Singa ini lalu kami berpelukan.  Nyata dia satu-satunya insan yang cepat kenal aku dengan niqab ini.

 (Kini majoriti saudara-mara sebelah aku dan sebelah suami telah maklum dan bertemu aku dengan penampilan baru ini.)

Selainnya, sejak awal keluarga berkumpul sehingga hari ini majlis kemuncak pernikahan Anum, anak saudara suami aku, antara dua sama ada bertanya balik siapakah aku, atau buat dek dengan aku.  Aku tak kisah.  Ini situasi biasa untuk orang berniqab, aku rasa.

Tapi ... lain pulak ceritanya bila aku diperkenalkan oleh sang suami.  Dia dengan bangga memperkenalkan aku ~ "Inilah bini muda saya!"  Ada yang dapat tangkap gurauannya.  Tapi ada juga yang memang blur dan percaya.

"Memang ni bini muda saya.  Sebab dia muda lagi."  Dia menyambung dengan gelak suka sebab dah mengenakan orang.  Ceh, saja je bikin aku perasan muda ...  Sempat la aku debik dia sekali dua.  Lepas tu aku bagi warning, cakap lagi macam tu kena!  Tapi dia buat selamba. 

Sebenarnya aku risau jugak, dibuatnya jadi betul karang camana?  Betul aku bini yang sentiasa muda, ok tak pe, tapi dibuatnya betul-betul ada yang lebih muda ... ishhhh i don't like.

* Hari ini 9 Februari 2013 Sabtu, pernikahan Anum dan Suhairi telah selamat berlangsung di Parit Bilal, Batu Pahat.  Kami (bertiga termasuk Naqib) balik sebelum majlis selesai kerana ada urusan lain.  Semoga Anum dan suami berbahagia dan sentiasa dalam keredhaan Allah serta kekal hingga ke syurga, aameen.

Adam Danish tengah mengerjakan hp Naqib hehe ...
 

Wednesday, February 6, 2013

hantar kucing balik kampung

Nampaknya itulah keputusan yang terbaik setakat ini yang boleh aku fikirkan.  Sudah aku warwarkan pada mak semasa balik kampung kelmarin.  Mak kata, "hantar la, nanti aku campak sekor-sekor terbang nun ke sana haaa ...!"

Aku bincang-bincang pulak dengan abah, "Bah, boleh la buatkan kandang kucing ... plissss ..." Abah sengih hensem.  Dia kata dia memang suka dan sayang kucing, tapi mak tu ha .... faham la aku maksudnya.

Tadi aku tergerak hati nak ajak suami tengok-tengok rumah yang nak disewa.  Pergi waktu malam, selepas maghrib, suasana gelap, tentulah penglihatan tak seterang waktu siang.  Tak nampak kelibat seekor kucing pun di sekitar kawasan perumahan itu.  Aku diberitahu ada kucing, bukan tak ada, tapi lepas nampak kelibat, semuanya lesap.  Ada yang dilanggar kereta.  Ada yang .... mungkin dibuang entah ke mana.  Serta-merta suami aku kata, kita tak akan bawak kucing nanti.  Ohh!

Memang pasal kucing ni mudah je membuatkan airmata meleleh.  Susah benar aku nak memujuk hati kalau pasal kucing.  Waktu itu serta-merta muka-muka kucing dengan misai dan ekor terkedek-kedek muncul di ruang mata aku.  Aduhai ...!

Akhirnya aku terpaksa buat keputusan muktamad.  Semuanya akan dihantar balik kampung.  Tak ada kandang pun tak kisah.  Bukan kandang yang jaga kucing tu.  Tapi Allah jua Yang Maha Pemelihara menjaga makhluk ciptaanNya dari mara bahaya.  Kucing kalau kenyang makan, takkan merayau jauh, melainkan kucing jantan, memang dah tabiatnya macam tu nak buat macamana.

Andai benar ada si pembuang kucing kat kampung kami tu, aku harap deme dah insaf.  Usahlah marahkan nyamuk, kelambu dibakar.  Usahlah marahkan orang, kucing jadi mangsa.  Kesiannnn ... kesian pada orang yang dengki, kesian pada orang yang didengki, paling kesian kat kucing tu lerr ...

Jadi, dengan keputusan yang berat lagi terpaksa ni, aku pasrah dan berserah kepada Allah jua.  Ya Allah,  aku berserah kepadaMu akan nasib kami, juga nasib kucing-kucing yang telah Engkau datangkan kepada kami ini.  Engkaulah yang memberi rezeki dan keselamatan.  Engkaulah yang memberi hati yang tenang dan perasaan yang lapang.  Engkaulah yang memberi kesudahan yang baik dan kemudahan segala urusan.  Tolonglah kami.  Tolonglah supaya mak tak mengamuk bila aku hantar Putam, Cantek, Muezza, Cheetah, Jaguar, Leopard dan Panther balik kampung.

Sebenarnya mak sangat sayangkan makhluk bulus  ni, tapi dek kerana hatinya terluka kucing kesayangan hilang tak ketahuan, mati tak bernesan, mak keraskan semangat dan enggan bela kucing lagi.

Mizi ... aku nak bela sendiri.  Dia sekor ok la, suami aku pun suka kat Mizi yang tak banyak kerenah, tak banyak suara dan kucing kesayangan Hanessa juga.  Ayu ... kalau ikut perjanjian mulut harus diserahkan semula kepada tuan asalnya sebelum Epol jumpa Ayu kat tepi jalan dulu.  Muzi, dah lama tak nampak bayang, mungkin dah merambu kat mana-mana atau dah berkampung di rumah Haji Hamid, banglo besar kat depan rumah kami ni wallahualam.  Miza pun macam tu juga, kekadang je muncul sambil tunjuk garang kat adik-beradik. 

* Bila nak hantar balik kampung? 

Yang menyerahkan cokelat ini ialah hadiah

untuk Hidayat.  Along akan bersama-sama Hidayat di sini.  Jangan menangis lagi ya.  Mama SAYANGGGGGG Hidayat.

Inilah yang aku akan tulis di sekeping kertas nanti.  Kertas itu akan aku lekatkan pada sekeping cokelat besar.  Cokelat itu akan aku suruh Naqib sampaikan pada Hidayat.

Alhamdulillah, Naqib diterima menyambung hafazan di madrasah Ummul Qura, Jalan Kebun.  Cuma terpaksa tangguh menanti kecukupan wang untuk membayar pendaftaran serta yuran kemasukan.  Hidayat tak tau.  Hurilain dan Hanessa pun tak tau.  Apabila bertemu saudara-mara semasa menziarahi ahli keluarga yang meninggal (semalam petang nenek tiri sebelah bapa mertua pula kembali ke rahmatullah pada usia 96 tahun, dalam ic 90 tahun setelah sakit tua beberapa tahun), aku dan suami menjelaskan serba ringkas tetapi berselindung dari pendengaran Hidayat. 

Dia leka dengan games di hp aku.  Andai hp tu boleh berkata, tentu ia sudah merintih-rintih minta kerehatan, mungkin juga sudah demam panas yang kronik.  Huhh kasihan!

Tadi pagi Hidayat sudah kembali ke madrasah.  Dari jauh aku nampak dia mengelap mata dengan tangan, sebelah lepas sebelah.  Nampak Naqib dan abahnya tersengih nampak gigi melihatkan Hidayat.  Kasihan!

Sebenarnya sejak dia balik cuti rehat hari Selasa minggu lepas, aku sudah war-warkan tentang 'hadiah' untuknya.   Di sinilah silapnya aku, sebab sampai menghantar dia tadi tak dapat lagi 'hadiah' tu diserahkan padanya.  Aku tak duga 'hadiah' harus ditangguhkan.

Hidayat asyik bertanya sejak itu tentang hadiah - harga berapa, beli kat mana, bentuknya apa, besarnya macamana, simpan di mana?

Naqib tersengih.  Apa yang dapat aku khabarkan?  Bentuknya bulat, jawab aku ringkas mengenangkan muka Naqib yang hampir bulat.  Belinya di tempat rahsia.  Harganya terlalu mahal, tak dapat dinilaikan dengan wang.  Besarnya ... hmm ... ia semakin membesar.  Aku jawab seringkas mungkin.  Sebenarnya aku rimas disoal dan disoal tak sudah.  Apa lagi yang dapat dijawab.  Apa yang aku jawab semuanya tak memuaskan hati Hidayat, aku tau.  Hehehe ...

Ya Allah, berilah ketenangan kepada Hidayat.  Keringkanlah airmatanya.  Tabahkanlah jiwanya.  Kuatkanlah imannya.  Ya Allah, pilihlah Hidayat menjadi pembantu ugamaMU hingga akhir hayatnya.  Demikian juga dengan anak cucu keturunannya.  Redhailah dia dan peliharalah dia, ya Allah.  Aameen.


Monday, February 4, 2013

status yang mengelirukan

Atuk aku adalah bapa saudara aku.  Ada antara mak saudara aku sebenarnya adalah sepupu aku.  Selain itu, ada juga sepupu-sepupu aku sepatutnya adalah anak-anak saudara aku.  Ini satu keadaan yang mengelirukan.

Yang lebih sadis, atuk aku adalah bapak aku.  Mak-mak saudara aku sesungguhnya adalah kakak-kakak aku.  Argh!  Sadis sungguh bagi aku, ketika mengetahui hal ini dulu.

Dek kerana pak long aku adalah abang aku, maka sampai sekarang bila aku bercakap dengan dia, aku mengalami satu kesulitan dan kejanggalan yang besar untuk menyebut nama dia.  Kakak-kakak aku panggil dia 'abang'. Aku selama 13 tahun panggil dia pak long.  Tiba-tiba ... arghhh!  Aku tak tersebutkan panggilan 'abang' pada dia.  Tapi aku suka sebab dia adalah abang aku.  Aku seronok apabila tiba-tiba aku bukanlah anak tunggal, tapi aku ada adik-beradik.  Mak-mak sedara yang baik-baik tu rupa-rupanya adalah kakak-kakak aku. 

Aku ada seorang mak sedara yang lebih muda.  Aku tak panggil dia 'mak' tapi aku panggil dia 'adik' sebab semua panggil dia begitu.  Ya, asbab dia anak bongsu.  Dan sebenarnya dialah adik bongsu aku.  Satu-satunya adik aku sebab aku kedua bongsu.

Dalam usia begini, aku masih dihantui kejanggalan tapi ia semakin kabur bersama masa.  Mereka semua maklum bahawa aku sudah faham.  Tapi ...

Rasa janggal masih ada apabila aku harus mengekalkan panggilan masa budak-budak dulu pada sesetengah individu. 

Namun, anehnya, aku rasa seolah-olah mendapat dua kategori rasa sayang, dari dua status diri yang berbeza.

Yang mengizinkan adalah Allah SWT.  Dia telah merencana (mentakdirkan) ini tanpa kebetulan. 

Hasilnya, rasa janggal ini membuatkan aku perasan unik :P hehehe ...

* Note : hari ini, 4 Februari 2013, mak saudara aku Uda Zizah (Hazizah Hamzah) telah kembali ke rahmatullah setelah berada dalam keadaan koma di HTAR Klang selama 2 minggu.  Arwah menderita kegagalan buah pinggang.  Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama orang-orang soleh.  Aameen.

berdiri di ruang legar panggung

wayang ketika lewat malam, dengan memakai niqab seperti ini, membuatkan perasaan aku sungguh janggal.  Tetapi sang suami masih berkeinginan meneruskan hasrat menonton.  Niat kononnya nak entertain dua anak bujang yang sedang bersama. 

Aku tak setuju.  Di escalator tadi aku berdoa dalam hati semoga kami semua tak tonton wayang.  Naqib macam 50-50.  Aku faham dia suka dengan tindakan abah, tapi pada masa yang sama dia kasihan padaku.  Dia pernah beritahu, ustaz kata tiket wayang tu seumpama tiket menempah tempat di neraka.  Hidayat tak payah nak tanya, aku tau memang dia teruja sangat. 

Tak boleh jadi ni!  Kalau tak boleh elak dari terpaksa join (takkan aku nak tinggal sorang2 kat luar panggung, sedangkan semua kedai dalam JJ Bukit Tinggi ni dah tutup!  Maksudnya takkan aku nak merayau sorang-sorang plak), aku nak provoke diorang ni supaya tonton cerita yang aku pilih sendiri, konon.  Mama ... tak de pulak kat dalam tv yang 'berjalan' tu.  Citer hantu Melayu pun tak de.  Citer arnod suwazenegerr pegang senapang ada, aku pernah minat pelakon ni, tapi aku tak mo cadangkan citer ni melainkan dah tak de pilihan.

Suami aku pun pergi kaunter.  Tak lama, lepas tu dia datang balik sambil tersengih.  Semua filem yang ditayangkan untuk 18 tahun ke atas.  Naqib pun tak lepas!  HAHAHAHAHA aku ketawa gembira dalam hati.  Syukur alhamdulillah, Allah makbulkan doaku aameen.

Keluar dari JJ, macam-macam rencana dibuat.  Hidayat macam dapat kupon guris dan menang je lagaknya.  Sekarang dia nak ke I-City pulak.  Untuk tak menghampakan dia, kami ronda kat luar je dan pandang pokok2 berlampu dari dalam kereta.  Masih memilih nak ke mana seterusnya. 

KFC? McD? Doraisamy?

Akhirnya ... ok kita ke Doraisamy.  Dah bertahun tak ke sana.  Kali terakhir entah bila.  Tapi malam ni tak cukup korum pulak ... hmm.

***

Aku terlelap.  Tau-tau suami sedang parkir kereta di tepi jalan depan restoran.  Dan di seberang sana, gerai sup yang dah 30 tahun usianya. 

Tak lama kemudian, seorang lelaki bersama dua anak lelaki masing-masing berketayap dan seorang perempuan serba hitam nampak mata je duduk makan sup cicah roti, juga otak-otak dan nasi lemak.

Tak lama, muncul seorang perempuan macam aku juga.  Berniqob.  Jubah coklat.  Di tangan ada beg plastik.  Dalam hati, 'alhamdulillah ada jugak geng!'

Perempuan tu tiba-tiba berhenti di sisi meja kami.  Dia mengunjukkan beberapa biji gula-gula perasa durian.  Suami aku bertanya asalnya, dari Rohingya jawabnya dengan bahasa slang.  Suami hulur wang, dan dia hulur lagi gula-gula untuk mencukupkan dengan nilai duit yang diberi.  Fahamlah, dia menjual bukan minta sedekah. 

"Halal. Halal." kataku tapi perempuan berniqob masih nak bagi gula-gula.  Kemudian dia berlalu. 

Semoga dia sentiasa dalam pemeliharaan Allah.  Aku takjub memikirkan.  Tabahnya dia bergerak sendirian di tengah malam sedemikian.  Sedang para wanita kebanyakannya sedang berada di rumah pada waktu ini, melainkan aku hehe ...

***

Selesai makan sup, aku menoleh keliling memerhati.  Tadi aku sudah ternampak deretan bekas plastik berisi sesuatu, aku kira mungkin rempah sup Haji Abu.  Ada tiga empat objek macam piala hadiah musabaqah al-Quran, aku fikir mungkin hadiah pertandingan gerai terbersih, agaknya la.

Memandang lebih jauh, aku ternampak satu meja dan beberapa orang lelaki sedang hembus-hembus asap dengan santai.  Ada botol berisi cecair dan paip terus ke mulut.  Laa ...shisha rupanya.  Kenapa la aku naif sangat.  Bekas-bekas rempah tu pula ialah perasa untuk shisha.  Antaranya termasuk strawberi, aiskrim, entah apa lagi aku tak nampak sangat.  Ada banyak perisa. 

Aku pandang lagi lelaki-lelaki yang santai sambil memandang skrin besar, entah tayangan apa aku tak nampak.  Kalau aku tak berniqob, mungkin aku boleh pujuk suami ambil shisha.  Tapi ...

"Tak bersih. Satu shisha share ramai-ramai."  kata suami.  Terus aku lupakan nak mencuba shisha.  Lagi pun .. aghh ... angan-angan aku je.  Sharing is caring, tapi bukan pada shisha.  Namun aku tak nampak lelaki-lelaki tu share shisha pulak.  Macam sorang satu je gayanya, entah la. 

Macam pernah terbaca tentang keburukan dan hukum menggunakan shisha.  


Sunday, February 3, 2013

pengakuan mengejutkan

dari anakku Hidayat.  Pengakuan selamba bersahaja tanpa rasa bersalah, takut atau apa!  Aduhai!

"Dayat pernah plan nak lari dari madrasah." selamba sambil suap nasi lemak ke mulut.

Aku tercopong.  Naqib terdiam.  Abah dah keluar beli beli ayam.

"Camana?" aku mengumpan dengan senyuman.

"Dayat pakat ngan Zahid.  Dia letak selipar Dayat kat tepi padang.  Nanti senang Dayat nak keluar terus lari."  dia tersengih.

"Lepas tu, jadi ke lari?" kalau lari dah lama sampai rumah ni!

"Masa time tidur tengahari tu, Dayat cakap ngan kawan-kawan, 'eh aku nak gi amik selipar kat padang' ... lepas tu Dayat pun jalan tunduk-tunduk tepi pagar terus ke padang, amik selipar ..."

"Lepas tu?"  aku berdebar-debar!

"Lepas tu tiba-tiba ... Dayat masuk balik pagar madrasah."

KAH KAH KAH KAH  ha kau, aku memang gelak besar dibuatnya dek budak Hidayat ni!!!

Naqib senyum lebar nampak gigi, tengok aku tergelak.  Hidayat tergelak kecil.

Aku sambung tanya lagi.  "Napa masuk pagar balik?  Napa tak lari je?"

"Ntah la ... Zahid tanya napa Dayat tak lari." jawabnya.  Lurus.  "Dayat jawab Dayat takut."

He he ...  "Napa tak ajak Zahid lari sama?  Ada geng."

"Camana dia nak lari.  Rumah mak dia kat Kedah!"

Aku gelak lagi. Naqib pun gelak.

"Lepas tu ada try lagi nak lari tak?"

"Ada ... masa kat cawangan,  Hidayat turun bawah ... bukak pagar ... Dayat tunggu ..."

"Tunggu apa?  Tunggu time nak lari?"

Hidayat angguk kepala.  "Tapi lepas tu ustaz turun ajak Dayat naik atas balik.  Lepas tu ustaz kunci pintu."

Hmmm ... "Napa tak lari je?"

"Takut."

* Tapi masa aku menulis ni, hilang semua gelak aku.  Kalau dibuatnya Hidayat betul-betul melarikan diri, balik rumah tak apa la ... tapi kalau hilang entah ke mana?!!  Tapi katanya, kalau dia lari pun nanti mesti mama abah marah (dia nak lari balik rumah.)

"So nak lari lagi tak?"

Hidayat geleng kepala, tekun main games kat hp aku.  Memang budak ni bila dia ada di rumah, hp aku sentiasa kat tangan dia.  Aku risau je hp tu pendek nyawa.

"Kenapa?"

"Dayat dah biasa dah duduk kat madrasah."

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang mengizinkan Hidayat berada di madrasah menadah ilmu dari maulana dan guru-guru di sana.

Ya Allah, pilihlah anakku ini menjadi dai'eMu, dan masukkanlah dia dalam golongan huffazMu hingga akhir hayatnya. Aameen.

Friday, February 1, 2013

kekuatan dariNya

acapkali suatu waktu dulu
aku terjaga dari lena
gundah gulana menerpa jiwa
nafasku tersekat-sekat
perasaan berduka hebat

entah mengapa ...

aku tercari-cari
mana dia kebayan bongkok tiga bertongkat naga
mana dia ahli firasat gunung bercabang tujuh
mana dia ahli hikmah singgahsana permaisuri jelita
untuk aku tunduk bersimpuh
buat pelerai kemelut memuncak

aku tertanya-tanya
inikah airmata kehidupan
di mana mula bermulanya
bila pula sudahnya penghabisan

satu persatu rezeki mendatang
anak-anak comel menghiburkan
anugerah dariMu Tuhan
makin menambah rasa rawan
risau sedih pilu bimbang

entah mengapa ...

andai aku pergi dulu
bagaimana mereka
andai aku tua renta tak berdaya
di mana mereka

suatu hari
hadir seorang hawa
mengabar kisah penghulu alam
bekas airmata yang terkesan
indah harumnya naungan bernama syurga
ngeri busuk menakutkan lubang neraka

aneh sekali
tak aku temui bayangan sesiapa
tapi jasad orang-orang luar biasa
yang telah mati tapi masih bernyawa
yang dunia bukan maksud hatinya

bolehkah aku menyertai mereka oh?
yang mati tapi masih bernyawa ...








Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing