Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, January 31, 2013

semoga apek

dan seisi keluarganya diberi Allah hidayat dan taufik untuk mengucap kalimah syahadah, aameen.

Tadi aku ambik Hidayat dari madrasah.  Pagi tadi ustaz tepon tanya status kesihatan Hidayat, sebab katanya budak tu macam semput.  Hmm rasanya setahun payah sekali, walaupun pernah ambik oksigen kat klinik kerajaan depan sekolah sijangkang.

Beberapa jam lepas tu Hidayat pulak telefon beritahu dia dibolehkan balik sebab semput.  Time gini barulah aku teringat balik tak de apa makanan sunnah kat rumah.  Time ada duit sikit lupa nak beli.  Bila ada yang kurang sihat barulah teringat, poket pun ada bocor ...

Usaha juga mencari kat kedai-kedai Melayu sekitar Sijangkang tapi tak ada yang aku mahukan.  Naqib beritahu ustaz dia kat Dengkil ada jual, murah giler, tapi tak dan la nak ke sana macam ni. 

Aku pegi ke farmasi Melayu kat Perwira. 

"Ada minyak habbatusauda tak, dik?" aku tanya umum kepada tiga gadis bertudung sedang borak-borak di kaunter farmasi, selepas beri salam.

Yang putih gempal jawab macam serba-salah, "tak de la kak ... dah abih."

Aku kena beli sesuatu sebagai ganti untuk Hidayat.  "Hmm boleh rekomen apa-apa untuk batuk tak?"  Aku nak alternatif kepada ubat berangin cap pokok kelapa yang selalu arwah abah beli untuk aku dulu, juga pilihan kepada ubat gambar dua orang budak comel perisa strawberi tu.

"Ooo batuk ... elok kalau makan madu habbatusauda tu kak." jawab seorang yang agak kurus.

"Haa ... ada tak?" tanya aku was-was.  Tadi aku dengar tak ada.

"Ala ... dah lama habis la kak ..."  jawabnya lagi.  "Sebelah ada jual kot.  Cer akak tengok kat sebelah."  sarannya.

"Kat sebelah?"  aku pelik.  Kedai kat sebelah tu kedai baju.  Kedai Cina. "Kedai apa kat sebelah?"  saja je nak kepastian.

"Kedai ekonomi.  Kekadang dia ada jual, kak."  jawabnya tersenyum.  Gadis yang membelakangi aku dari tadi senyap tak bersuara. 

"Ooo ok makasih ya."  jawab aku riang, beri senyuman dan beri salam.

Kat kedai sebelah tu, aku terus je meluru ke kaunter.  Baru aku ingat, selalu ada nyonya tua kat situ.  Pekerjanya ramai budak perempuan Melayu.  Tapi hari ni apek tua pulak yang ada di situ.  Memang di sekeliling kaunter ada kabinet yang penuh dengan segala macam produk Bumiputera Islam termasuk dari Indonesia, untuk kuruskan badan, lepas bersalin dan memacam lagi.  Hampir lengkap.

Dan aku jumpa tiga jenis produk habbatusauda di situ.  Tiba-tiba hati aku cemburu kat apek ni.  Aku tak dapat jual produk Islam, dia dapat.  Farmasi sebelah milik Bumiputera bangsa Melayu ugama Islam pun dah lama tak masuk stok produk habbatusauda, dia ada.  Apasal la apek Cina ni jual produk habbatusauda kat kedai baju dia yang turut jual segala jenis pakaian dalam, kain tudung,  beg sekolah dan kasut ...? 

Ish ish ish tak bek tak bek ...

Maka semasa pilih mana satu antara tiga produk habbatusauda tu yang aku nak beli dan sesuai nak dibagi kat Hidayat, aku pun berbicara sendiri.

Ya Allah, semoga Engkau beri apek ni dan keluarganya hidayat dan taufikMu untuk mengucapkan syahadah, tak lama lagi ... aameen.

"Ok terima kasih."

"Sama-sama.  Ini baki."  kata apek sambil jatuhkan siling seposen ke atas tapak tangan aku.  Entah kenapa, aku tercari-cari kotak derma anak yatim kat kaunter tu.  Tiba-tiba aku macam nak mintak apek sediakan kotak derma je kat situ.  Ah merepek betul aku ni!  Macam la selalu masuk duit kat kotak tu.  Gimik je lebih aku menulis gini, tulis tak serupa bikin ... cett!

Wednesday, January 30, 2013

ketika satu hari

si bongsu comel meminta kain batikku
untuk pelepas rindunya lewat malam
atau penawar gundahnya dimarahi kakak ...

ketika satu hari
bujang manja menunjukkan parut di dahi kanan
hasil gerakan ketika sedang dicukur guru
awal setiap bulan ...

ketika satu hari
si bidadari memberitahu
suatu senja indah di Pantai Lumut, Lumut, Brunei.
dia mahukan tas tanganku
untuk diisi sikat bedak dan wangian diri ...

ketika satu hari
si bujang teruna kembali
pipi dan dahi kemerah-merahan dimesrai sang jerawat
dan dia mengatakan selamat tinggal guru dan teman-temanku ...

ketika satu hari
semakin aku sedari
masa kian berangkat pergi
dan aku semakin beresot ke alam abadi
sedang aku masih memikirkan
apa saja yang boleh aku tinggalkan
untuk si pengunjung hari depan
agar dapat aku mengatakan di hadapanNya
inilah yang telah diizinkanMu untuk aku mencoretnya ...

Tuesday, January 29, 2013

pening dan bingung

Semakin lama dengan izin Allah semakin aku sedar iaitu semakin banyak yang aku tak tau kini Allah izinkan aku tahu tak banyak sikit walaupun pastinya ia hanyalah tak lebih dari setitis air dari lautan ilmu Allah semata.

Pagi tadi aku bercakap lebih setengah jam dengan kakak di Puncak Alam.  Bla bla bla ... Allah izinkan aku tahu tentang sesuatu berkaitan keluarga kami darinya, sekadar menambah point-point penting yang sudah ada.  Cuma ini berkisar diri kami masing-masing.  Yang tua-tua mungkin kefahaman mereka dengan cara lain, hanya Allah yang tahu.

Kemudian aku bertemu satu laman web yang lebih detail.  Akhirnya aku rasa pening.

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa makhluk tiada kuasa.  

Semoga Allah izinkan dan rezekikan aku bertemu guru yang mursyid.  Dia ada tapi entah di mana.  Mungkin dia ada di depanku, tapi aku tak mengenalinya.  Siapa dia? Di mana dia? 

Seandainya melalui dia, aku lebih dekat denganMU, ya Allah, pertemukanlah aku dengan dia.  


Monday, January 28, 2013

kisah indah

sebenarnya namun masih menyentuh hati kita.  Tentu anda semua dah tau pasal Siti Hajar kan?  Tadi, di kedai, suami tunjuk muka depan paper, "Dah baca?" dia bertanya, walhal aku mengekori dia sepanjang hari dan memang tak ada pegang / jumpa paper pun lagi.

Aku baca sepintas lalu dan lihat gambarnya.  Al-Fatihah untuknya, semoga Allah menempatkan dia bersama orang-orang soleh yang diredhai lagi diampuniNYA.  Aameen.

Balik rumah, aku terjumpa tajuk teratas senarai blog seseorang cerita penuh tentang gadis istimewa ini, tapi tak leh nak copy paste kat sini.

Setiap detik yang dirakamkan seolah-olah aku sedang menatap Siti Hajar.  Dan tak semena-mena aku terimbas kembali tiga tahun lepas, mengenang seorang kakak yang aku himpunkan kisahnya di dalam Dedikasi Buat Ibu.

Mungkin tak kena bila aku letak tajuk 'kisah indah' sebab ... ia ada airmata duka yang mengalir.  Namun yang indahnya ialah sifat-sifat unggul yang sentiasa bergantung berserah berharap kepada Allah SWT, yang boleh menjadi suri teladan kepada yang masih diberi izin bernafas beberapa ketika lagi di bumi Allah ini.

* Apa yang pasti, untaian kisah indah yang tak luput dek zaman tentulah kisah Rasulullah SAW dan para sahabat r.hum.

 

Friday, January 25, 2013

Pertemuan Keluarga

yang dirancang oleh aku dan suami (tanpa pengetahuan mak), bersama sokongan maklong alhamdulillah telah selesai.  Agenda utamanya ialah mencari penyelesaian untuk urusan penjagaan uwan.   Matlamat dicapai dengan kata sepakat bahawa giliran penjagaan akan dijalankan setiap dua bulan.

Bermakna uwan akan bergilir-gilir diambil oleh pihak yang akan menjaganya bermula awal bulan Mac 2013.  Aku dan suami akan menjemput uwan pada awal bulan Mei nanti untuk dibawa balik ke kampung selama dua bulan pula.

Dimulai dengan majlis doa selamat ringkas oleh jemputan dari surau Tanah Wakaf berdekatan, semoga majlis pertemuan ini diberkati Allah jua.

Aku pesankan pada suami untuk dia mengendalikan majlis mesyuarat tu nanti, membuka majlis dengan ummul kitab dan menutupnya dengan tasbih kifarah serta surah al-Asr.  Selebihnya pandai-pandai dia la nak handle macamana semoga Allah membantunya.  Yang penting direct to the point dan mampu kawal majlis seandainya lari dari tajuk asal.  Alhamdulillah, walaupun ada juga yang nampaknya agak berdegar-degar bila berkata, dan aku pun tak disangka-sangka diizinkan Allah mampu pulak nak bersuara sama, di akhirnya persetujuan dicapai dan segala yang agak hangat kembali tenang.  Segala yang macam nak ribut kembali reda.  Allah jugalah yang mengawal suasana dan mengizinkan kesepakatan dicapai akhirnya.  Alhamdulillah syukur ke hadratMu ya Allah.

Kemudian cucu-cucu uwan sama-sama tolong angkat dan mandikan uwan.  Ada pula cucu yang tolong uwan merasmikan wheel chair yang baru dibawa balik semalam sepertimana yang pernah disebutkan sebelum ni.  Tapi aku rasa itu je la sekali uwan dapat bersiar-siar sebab ada yang kuat kudrat nak mengangkatnya.  Lepas ni wallahualam.  Setakat mak abah, aku rasa agak mustahil melainkan ada cucu yang balik menjenguk dan sudi angkat uwan ke atas wheel chair tu.  Tapi tak mengapalah, janji dah ditunai alhamdulillah.  Kalau ikut keperluan memang dia perlukan kerusi tolak tu.  Cuma, dia tak berdaya nak mengangkat badan dari katil ke kerusi.  Mak abah pun tak berdaya.  Sabarlah.

Aku berikan minyak but-but botol hijau yang aku beli Ramadhan lepas dari ustaz yang datang beri tazkirah di surah Haji Hassan untuk disapu ke lutut uwan.  Ia hanyalah asbab semata.  Seandainya Allah nak mengelokkan semula lutut uwan, tak perlu bersebab.  Dengan asbab, tanpa asbab atau berlawanan dengan asbab. Allah maha Kuasa.  Minyak tu hanya asbab.  Aku bayangkan uwan kembali bertatih perlahan.  Yang penting uwan dapat membersihkan diri dan menunaikan solat.  Tak perlu pakai lampin pakai buang dan terlantar di katil.

Uwan minum anelene.  Allah sakitkan lutut uwan walaupun uwan istiqamah minum susu berkalsium tinggi tu.  Dulu onyang tak minum anelene pun, kerja bersawah dan memanjat tangga ke loteng setiap hari beberapa kali (dia tinggal di loteng), minum teh manis sahaja, tak pulak sakit lutut hingga ke akhir hayatnya.  Uwan pun kerja teruk menoreh getah setiap hari.  Mungkin inilah takdir dan bahagian masing-masing.  Semoga uwan bersabarlah.  Bahagian orang yang menulis ni pun belumlah tau bagaimana.  Tapi aku kalau boleh tak mau la sampai terpaksa pakai lampin dan terbaring semata.  Ini semua pengajaran dan iktibar untuk yang sihat sebenarnya. 

Selebihnya, semoga silaturrahim bersambung semula.  Hati yang retak bercantum semula.  Biduk berlalu kiambang bertaut.  Usai majlis dan semua jemputan beredar, aku memikirkan sebenarnya banyak isu yang diutarakan tadi masih berlapik dan dalam kawalan atas kesedaran semua yang hadir.  Agenda utamanya ialah uwan.  Aku mengandaikan masih ada isu lain yang tak dihuraikan.  Ia memerlukan kehadiran lebih ramai anggota keluarga.  Ia lebih complicated dan ada rantaian. 

Namun aku akan cuba juga melakukan sesuatu.  Umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berserak.  Semoga Allah membantu.  Bantuan dari Allah, izin dari Allah, kejayaan juga dari Allah.  Hati yang terserpih atas izin Allah.  Hati kembali pulih juga dari Allah.  Segala hati di genggaman Allah.  Satu perkara yang aku yakin.  Kembali ke jalan Allah, jaga hak Allah insyaAllah hidup akan sentiasa dalam keberkatan dan pimpinan Allah.  Kejar akhirat, Allah akan selesaikan hal dunia.  Ingat Allah, Allah akan ingat kita.  Dekati Allah selangkah, Allah akan dekati kita 10 langkah.  Apa pun masalah, Allah amat dekat pertolonganNya.  Dan Allah amat dekat dengan kita dari urat leher kita sendiri.  Hidup kalau tak ada ujian, tentu lahir sahaja atau dalam perut ibu lagi sudah kembali kepada Dia.  Jadi yang telah Allah tetapkan hidup di muka bumi ini, telah ada jadual yang perlu dilalui.

Terima kasih kepada ahli keluarga yang hadir.  Juga kepada yang mendoakan dari jauh.  Doa senjata mukmin.  Semoga berkat doa kalian, suasana kekeluargaan kembali kukuh dan bebas dari sengketa.  InsyaAllah, aameen. 

* kita semua orang-orang akhirat.  dunia ni hanya tempat persinggahan sementara. 


~> Family meeting held on 24 January 2013 bersempena Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1434H, Khamis.  Allahumasolli ala saidina Muhammad waala ali saidina Muhammad.

Thursday, January 24, 2013

sakit oii

perawat picit-picit ... cubit-cubit kat bahagian tengah dada dan perut kanan.  Bercampur-aduk geli dan sakit.  Aku mengerekot-ngerekot badan menahan sakit tapi suami makin kejap pegang tangan aku.  Sebelum tu perawat jirus air dari botol kecil ke bahagian berkenaan (sebelum tu aku disuruh minum segelas air tu).

Kemudian seutas tasbih diayun di atas badan aku.  Lepas tu aku disuruh menelangkup pulak.  Lagi sekali bahu dan tengkuk dipicit-picit dan dicubit-cubit.  Kali ni aku rasa lebih tahan sakit dibandingkan bahagian depan badan.

Akhir sekali perawat mencubit (2 kali) seperti menarik sesuatu yang dah melekat kuat di bahu dan tengkuk aku.  Oh ya lupa pulak, tadi kat bahagian dada dan perut kanan pun dilakukan perkara yang sama, dicubit kuat macam nak tarik sesuatu yang melekat kat situ.  Sakittttt oiii!

Sepanjang rawatan tu aku baca selawat walaupun tak disuruh.  Akhirnya aku hanya mampu sebut nama Allah je berulang kali sebab rasa sakit lerr ... tapi tak de la macam nak mati.

Memang mula-mula tu perawat kata macam ni, 'maaf ya kalau rasa sakit sikit.'

Bila dah balik rumah baru aku teringat, yang aku dah terlupa nak buat pertanyaan, 'boleh ke saya tengok benda ni?'  Lupa sebab melayan sakit kena cubit dan mendengar penerangan lanjut dari perawat.

Aku bayangkan bila suami disuruh pegang kedua-dua tangan aku tadi, apakah aku akan histeria lupa diri kena rasuk? 

Selama ni aku dengar je orang histeria kat dalam suratkhabar.  Pernah tengok mak aku kena rasuk tapi dia setakat jeling-jeling marah je bila ditanya perawat (masa budak-budak dulu).  Kat Senawang, aku pernah diminta menemani seorang 'permaisuri' yang enggan masuk untuk dirawat ... macam-macam alasan dia bagi, tak ada histeria.  Masa kat asrama APS dulu, Ayu yang balik dari bilik air bersendirian waktu malam terus dikejarkan ke hospital (naik ambulan) sebab katanya kena rasuk, aku tak sempat nak tengok macamana rasukannya.  Cuma Ain je pernah cerita kawan di madrasah kena histeria.  Setakat dengar tapi aku tak melihat / alami sendiri.  Tahun lepas sebuah sekolah di Sijangkang kena serangan histeria yang hebat, pun setakat dengar je. 

Tapi itu semua tak terjadi pada aku.  Alhamdulillah.  Cuma aku setakat mengeliat sakit, dan suami makin kuat pegang tangan aku.  Itu je.

Syukur kepada Allah.  Entri sebelum ni aku tulis 'kebetulan'.  Sebenarnya aku tersilap.  Tak ada istilah 'kebetulan' dalam hidup kita.  Semuanya dah setting oleh Allah sejak azali.  Termasuk pertemuan dengan perawat ini, adalah dengan izin Allah semata.  Kami datang tiba-tiba dan perawat pun tak sibuk.  Dapat bercerita panjang lagi dengan kami.

Ya Allah, jadikanlah kami orang yang pandai bersyukur kepadaMU, dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Engkau berikan.  Tetapkanlah kami di atas jalan yang Engkau redhai dan matikanlah kami dalam husnul khotimah.  Sebelum tu ya Allah, jemputlah kami menjadi tetamuMu dan pilihlah kami untuk membuat kerja nabi SAW.  Juga anak cucu keturunan kami.  Aameen.

* note : rawatan buang saka pada 23 Januari 2013, jam 6 petang.

~ sedang tunggu langkah nak balik kampung.  Sempena maulidur rasul, semoga hari ini menjadi hari yang diberkati untuk urusan yang diberkati Allah.  InsyaAllah.

Wednesday, January 23, 2013

banyak hal

terjadi.  Aku rasa tak sempat je nak update blog ni.  Hmm ...

InsyaAllah aku akan jalani rawatan untuk buang saka.  Saka lagi??? Yup!

Ia terjadi secara kebetulan.  Aku dan suami cuma nak usahakan sesuatu untuk kedai kami yang masih 'tutup je bang!' pada mata pelanggan setia.  'Abang tak bukak kedai ke semalam?' dah jadi soalan biasa sekarang. 

Jadi, patut ke kami biarkan je soalan-soalan yang memedihkan hati ni berterusan?  Tak patut kan kan kan!  Kami mesti belajar cara-cara untuk mengubah soalan-soalan 'klise' ini kepada soalan lain.  Contohnya, 'bang, kalau saya bawak satu bas datang hujung minggu ni boleh tak bang?'  atau, 'Saya nak buat katering 5 ribu orang cuti sekolah ni, camana kira bang?'

Apabila penjelasan diberi, terselit pulak perkataan 'bersaka.'  Aku pun macam terdetik nak cuit suami, minta dia mention pasal saka.  Ringkasnya, lebih detail dari yang lepas-lepas, benda ni sudah berdamping tanpa kerelaan dan kesedaran aku selama 15 tahun.  Okey, kalau reverse balik ke 15 tahun lepas, kemungkinan ini ada asasnya.

Tuan Haji bercerita santai, "ada empat.  Kalau cukup lima, tinggalnya di sini."   Mata aku terus membuntang.  Tuan Haji tunjuk arah kepalanya.   "Itu yang nanti kat hospital pegang macam ni." Dia angkat dua tangan buat gaya sedang pegang gril. Mata aku makin terjojol mendengarnya.  Alamak!  Itu hospital sakit jiwa la tu ...  Kemudian Tuan Haji berkongsi pengalaman, kisah pelajar di Mesir yang terpaksa dihantar balik ke tanahair kerana tak mampu meneruskan pengajian, lanjutan ada sesuatu dari leluhurnya yang berdampingan tapi tak keruan peranannya.

So mujur 4 aje!  Huhh!  Empat pun sakit tengkuk aku buat apa!  Satu di tengah dada, katanya.  Tak lari dari yang perawat di Senawang katakan dulu, 'Akak ada rasa semput tak?  Saya rasa macam sesak kat sini.'  katanya sambil tunjuk bahagian dada.  Masa tu aku rasa ok je.  So aku pun tak pasti sangat.

Jumaat pagi kelmarin aku dan suami balik kampung ziarah mak abah dan uwan.  Aku menyaksikan uwan dimandikan mak di tepi pintu bilik, di tepi longkang.  Suami dan Fuad anak sedara aku tolong angkat uwan ke situ.

Mata aku melihat, telinga aku mendengar, dan hati aku bagai disayat-sayat.

Suami aku kata, kita mesti buat sesuatu.  Hal uwan tak boleh dibiarkan berlanjutan.  Natijahnya, esok akan diadakan perkumpulan keluarga di rumah tua.  Jemputan sudah disampaikan.  Semoga Allah memudahkan dan membuka hati seisi keluarga untuk bertemu.

* tragis, sebab tuan rumah tak tau-menahu huhuhu ... doa dalam debaran dan harapan. 

.
.
.
.
.
.
.

"Ooooo ada empat ekor!"  kata suami.  Perli le tu.

Tau tak pe! 

Thursday, January 17, 2013

ambik order

hehe ... sejak kedai dibuka bulan 16 April 2012, aku tak pernah cuba ambil order dari pelanggan.  Aku buat dek je, biarkan mereka tu yang buat kerja.  Aku ... err ... malu!  Aku memang pemalu dan penyegan.  Kat sini je aku tulis macam-macam.  Blog aku kannnn ... hihi ...

Tadi, suami aku sampai je terus sarung apron.  Zul budak Tangkak sedang masak.  Suami aku pun mula tung tang tung tang kat sebelah Zul.  Budi buat air.  Tada tak de, lesap entah ke mana.  Tada ni nak kena sound dengan aku agaknya ... aku tak pernah cuba menegur pekerja di kedai.  Tengok dan komplen belakang kat suami je.  Tak komplen apa sangat la ... biasanya aku tanya pasal solat.  Saja ingatkan tanggungjawab suami kepada pekerja.  Saling ingat-mengingatkan, selagi aku masih ingat.  Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya.  Tegur orang tu sebenarnya teguran untuk diri kita.

Ok sambung balik.  Tiba-tiba Haji Hamid yang wakafkan rumah untuk anak asnaf datang bersama 6 kanak-kanak.  Budi kat kaunter air.  Takkan nak harap kat Fitri pulak?  Dia pernah ambik order ke?  Rasanya tak pernah.  Dia ni suka-suki dia je nak datang, bila boring melepak kat rumah sorang-sorang.  Dia pun bukan pekerja suami aku.  Tapi tolong-tolong suka hati dia tu, makan tak bayar la.  Bukanlah dia tak berduit, kaya sebenarnya ... rumah sewa arwah mak dia berderet kat belakang dapur dia.  Alah, saja je ....

Lia dah berhenti, kerja cleaner kat SKVE.  Tapi baru 2 minggu, dia dah hantar sms nak kerja kat kedai balik, buat kali berikutnya ... Boring nanti dia quit.  Nanti muncul balik.  Haha ... tak kisah la.  Umi dah dua malam tak datang.  Partimer yang rajin.  Ada kes (bukan dengan kami) yang membuatkan dia boring nak datang kerja dua hari ni.  Ok je ...  Selagi ada kejujuran, kita akan sentiasa bersikap tolak-ansur.

Kamarul kusyuk tonton tv.  Dia kurang sihat manjang, tadi siang baru buat dialisis.  Adik dia pergi kedai beli ayam.  Pun bukan pekerja tetap.  Time terdesak, dia tak kisah disuruh-arah buat kerja.  Hmm ... nampak gaya aku akan ambil order ni! 

Aku pun capai kertas dan pen, dan  mula bertanya.  Budak-budak je kan ... ada la sikit rasa teruja.  Nasi goreng Cina 4.  Fresh Oren 4.  Milo O.  Milo ice. 

Lepas serahkan order, aku pun duduk leka perhatikan Haji Hamid dengan budak-budak asnaf.  Dia dipanggil 'ayah' oleh budak-budak tu.  Mesra.  Kadang-kadang Haji tergelak.  Usap-usap rambut.  Ada kanak-kanak perempuan paling muda begitu manja.  Akhirnya berpangku dengan Haji Hamid. 

Tiba-tiba Haji bertanya pada Budi, "Mana air lagi dua?  Fresh oren dua!" 

Aikk ... apasal tak cukup pulak? 

"Eh Budi, akak tulis 4 kan?"

"2 la kak!" jawab Budi. 

Aku tak percaya.  Aku tulis 4!  "Mana kertas tu tadi?  Akak tulis 4 laaaa ..."

Budi tersengih sambil potong kulit oren.  "2 la kakkkk ... kertas tu dah buang laaaa ..."

Cehh!  4 kata 2!  Aku tulis 4 la!!! Tapi aku diam je.  Tak lama lepas tu aku nampak Fitri hantar dua gelas fresh oren ke meja anak asnaf.

* Nombor 4 aku macam nombor 2 ke agaknya???  Haha ... saja je nak citer pengalaman pertama ambik order :P

17 Januari 2013 - Khamis. Hantar manuskrip.

Diari hari ini : sebelum tu aku mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah yang telah memudahkan segalanya sehingga perjalanan hari ini selesai dengan mudah. 

Akhirnya ... "Siap jugak eh?" kata kakak aku, Zulina Hassan, tadi, ketika aku telefon bertanya sesuatu tentang manuskrip.  Ya, siap juga akhirnya. 

Yang memberi kekuatan dan kemudahan adalah Allah Taala jua.  Tak ada yang mustahil di sisiNya. 

aku dan suami ke sini bertemu editor (Puan Syafiqa dan Cik Lah)


aku menyerahkan manuskrip novel yang dibengkelkan bersama sifu Azmah Nordin

juga softcopy ini (duplicate lagi oleh Puan Syafiqa)

borang diisi sebagai bukti penyerahan dan penerimaan oleh editor.  Alhamdulillah, selesai sudah tugasan aku untuk manuskrip ini. Kini hanya menunggu penilaian sekitar 3 minggu.  Sekiranya ada rezeki ia akan dibawa masuk mesyuarat untuk penilaian seterusnya maksima 5 bulan.

sebelum tu aku mencari rumah PENA untuk menyerahkan borang keahlian.  Borang ini tak dapat diserahkan kerana nampaknya rumah sedang dibaikpulih.  Pekerja kontrak tak tau di mana nak cari staf berkenaan.  So simpan dulu la nampaknya untuk beberapa bulan ... Keahlian tahunan RM10.  Keahlian seumur hidup RM200.  Aku dan suami singgah ke rumah GAPENA di sebelahnya untuk bertanya khabar.  Dapat majalah GAPENA tahun 2007 & 2008.  



Syukur alhamdulillah.  So far, suami aku selalu menyokong apa yang aku lakukan.  Dia telah habiskan sehari ini untuk mencari rumah PENA, singgah di GAPENA dan pergi ke ITBM.  (Kat ITBM jumpa Anum, anak buah suami yang beberapa bulan bekerja kat situ.)

Sepanjang perjalanan, beberapa kali aku bersms dengan Kak Noraini Eslah dan Sifu Azmah Nordin, memberitahu arah tuju hari ini ... ITBM ... dan mohon doa mereka. 

Sebelum tu, pagi tadi kami ke Sek 2 Shah Alam untuk print out manuskrip ini dari Transcent (alhamdulillah dapat 15sen, mulanya 20sen, tapi time nak bayar tokey wanita Melayu yang semangat tu kata dia cas 15sen sebab banyak,  lebih 250 muka surat termasuk muka depan dan sinopsis.  Semoga perniagaan dia terus maju dan dia beroleh hidayat Allah, ameen.)  Burn cd satu copy.

Lepas tu buat fotokopi satu set siap binding.  Yang original aku simpan. 

Makan jap, badan masing-masing dah gigil.  Sarapan satu mug air milo je masing-masing sebelum keluar rumah pagi tadi :D.

Sooo ... listen ... mungkin aku dan suami akan buat antologi sajak koleksi kami pula.  InsyaAllah.  Hehe ... oh aku tak sangka tadi suami aku menyebut perkataan ini kat  Cik Lah dan Puan Syafiqa yang muda belia tu, 'Mat Jiwang'.  Hehehe ... dia la tu!  Aku tak pernah sangka dan bayangkan dia akan mengaku akhirnya.  Hmm mat jiwang???  Syhhh ... jangan bising!!!  Itu semua dah jadi sejarah laaaa ... 



*  aku bukan minah jiwang! 




Wednesday, January 16, 2013

penantian berakhir

pertama sekali aku benar-benar bersyukur alhamdulillah ke hadrat Allah.  Akhirnya manuskrip aku siap sudah.  Syukur ya Allah!  Aku sudah hubungi staf berkenaan di ITBM.  Staf yang direkomen telah bertukar jabatan.  Kini staf baru mengambil alih.

Jari-jemari aku kebas-kebas.  Kaki aku semut-semutan.  Perut aku penuh angin.  Aku duduk mengadap laptop sepanjang hari ini.  Menjelang malam, aku rasa loya nak muntah.

Tak boleh tidak, aku nak hantar manuskrip ini dengan tangan esok.  Semoga Allah permudahkan urusan ini.

Esok aku nak print out.  Kalau sempat terus burn softcopy.  Terus hantar by hand.  Terus pos kepada diri sendiri untuk hak cipta paling mudah.  InsyaAllah.

Cukuplah buat masa ni.  Aku rasa sungguh penat!

Dalam kepala tengah berfikir-fikir, menimbang-nimbang ... apakah aku akan memulakan novel kedua?  Atau sekadar bercerpen sahaja?

Aku sangat berminat untuk menulis cerpen kanak-kanak.  Bagi aku, ia satu cabang untuk mendidik kanak-kanak dengan cerita-cerita yang berisi pengajaran.  Kerana aku sangat suka membaca di zaman kanak-kanak.  Cuma kanak-kanak hari ini sangat sibuk dengan tablet.  Maka ia adalah satu cabaran yang sangat besar untuk aku yang ingin menulis cerpen kanak-kanak.

Apa pun, sekiranya nak membiarkan diri bersikap pesimis dan berfikiran negatif, tentulah ia satu kerugian kepada diri dan kebencian Allah. 

Apa yang kanak-kanak perolehi dari tablet?  Kadang-kadang aku jelak melihat budak-budak tembam yang duduk je kat kedai makan, terus bukak tablet dan mula main games.  Mak bapak pun ada gadjet di tangan masing-masing.  Apa yang diperolehinya?  Keseronokan?  Seronok sangat ke main games tu?

Aku ketinggalan zaman?  Aku tak kisah.  Hidayat dah bertahun mengecek ps2, ps3, xbox, entah apa benda lagi.  Sampai Naqib pernah berkata, kalau arwah atuk masih ada tentu dia dah lama dapat benda-benda tu.  Sekarang Hidayat boleh dikatakan mahir dengan games.  Dia tau nama-nama games.  Siap salin entah apa namanya cara-cara main games, aku pun tak faham.

Semoga Allah menghilangkan ketagihannya dan menggantikan dengan yang lebih baik dan lebih disukaiNya. 

Aku tak larat nak menulis lagi.  Cukuplah!  Syukur kepada Allah yang telah memudahkan segala urusan ini.  Semoga semuanya berjalan lancar.  InsyaAllah.  Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi sokongan, terutama suami tersayang dan anak-anak yang dikasihi.  Mak abah, keluarga mertua, adik-beradik aku dan ipar duai serta semua rakan.

Alhamdulillah. 

Tuesday, January 15, 2013

kenapa cerita?

aku cerita sebab ...

dah sampai masa untuk aku bercerita.  Wallahu'alam. 

aku sambung sikit lagi.  Kini kedai aku (perasan kedai aku la, sebenarnya suami aku yang diizinkan Allah jalankan kedai tu) masih dalam proses dipulihkan.  Ini kira kes rawat diri jugak ya?  Hmm :P

Ada lagi sampai cakap dari pelanggan, terlajak jauh sampai ke Jenjarum sebab tak nampak kedai ni.  Gelap je, tak bukak ke, tanya mereka kat telefon. 

Sebenarnya tak de la gelap.  InsyaAllah lampu-lampu tu terang.  Tambah lampu lip-lap lagi yang rumah aku punya tak dipasang kecuali masa raya je.

Tak mengapa la.  Rezeki belum nak datang.  InsyaAllah, tak lama lagi baik la semuanya dengan izin Allah.  Maghrib tadi dalam kereta dengar tazkirah tentang hal rezeki ni.  Kata ustaz (radio IKIM, tak tau nama pulak, bukak je dah start), sebenarnya rezeki mencari kita bukan kita cari rezeki.  Allah kata carilah akhirat nanti dunia akan datang cari kamu (ikut stail ustaz tu cakap). 

Masalahnya kita ni, 'cakap' Allah tak mau dengar.  Cakap orang pakai serban tak mau caya.  Cakap ustaz separuh caya.  Cakap sapa nak dengar, entah.  Tak tau la kalau PM yang cakap kat tv masa ucapan hari raya, atau dah nak dekat pilihanraya, agak-agak caya tak?

Ya, memang bukan mudah nak caya, bukan mudah nak faham, bukan mudah pula nak yakin, lagi la bukan mudah nak buat.  

Lari topik dah ni.

Sebenarnya, kenapa aku cerita ... hanya sekelumit cerita dari sekian banyak cerita dan berita.  Ada koleksi cerita begini.  Ada majalahnya.  Ada penglipurlaranya.  Ada peminat dan pendengar setianya.  Ada pembacanya.  Ada bangsanya. 

Entahlah, bangsa lain dengar-dengarnya pun ada juga gunakan 'kaedah' ini.  Kaedah nak cepat naik diri sendiri dan cepat menjatuhkan orang lain.  Wallahu'alam.  Aku tak tau, dengar je orang cerita.  Lain bangsa lain cara, lain pulak khadamnya.

Aku cuma rasa bila aku pakai kereta Kancil, aku selalu nampak kereta Kancil kat jalanraya.  Sekarang ni Allah izinkan aku duduk dalam CRV, maka selalu benar aku bertembung dengan CRV kat mana-mana.  Kekadang aku pelik, suami aku pelik, anak-anak aku pun pelik.  Agaknya kalau kita bawak kereta mayat, selalu la jumpa kereta mayat.  Kita bawak caravan?  (anak-anak aku berangan nak caravan yang macam rumah bergerak tu, siap jamban bagai! hehe).

Apakah benar Melayu adalah satu-satunya bangsa yang memang suka, mahir dan jauh lebih hebat dari semua bangsa lain dalam hal mengenali dan menggunakan khidmat makhluk Allah yang dipanggil jin ...?  Sekiranya benar, berikan alasan anda.  Gunakan semua ruang kosong yang ada.  Gunakan Bahasa Melayu Tinggi, bukan bahasa sms.  Kesilapan ejaan, tatabahasa, nahu, dan jawapan merepek akan ditolak markah.  Selamat menjawab.  

(10 minit)
  
Jawapan : 
 




pengalaman dirawat

aku nak tulis sikit je.  jap lagi nak keluar.  musim aku berhoneymoon masih berterusan.  ye  la, dulu tak sempat nak bulan madu lama.  hehe ...


saja je nak list kat sini.  sebenarnya dirawat baru-baru ni je.  asalnya aku tengok orang merawat keluarga terutamanya mak aku.

1.  masa sekolah rendah (budak-budak lagi) so macam gambar lama, kenangan lama, dah kabur.  Aku tak ingat sangat.  Kes mak kena rasuk Puteri Gunung Ledang (katanya la masa tak sedar tu) kat Kg Delek, rumah abang dia (arwah).  Keluarga panggil perawat dan aku cuma ingat bila ditanya dek perawat, dia kata dia puteri dari Gunung Ledang.  Selebihnya aku lupa.  Maaf ye.

2.  masa aku dah kawin.  Bawak mak abah ke perawat wanita bergelar hajah di area Kajang, atas saranan kakak aku sendiri.  Orangnya memang berketrampilan warak.  Tudung labuh.  Cakap pun memang tak lepas menyebut Allah.  Sempat mak aku (atas galakan aku juga) pergi bersuluk kat markas Naqsyabandi di Lubuk Pusing, tapi tak sempat habis.  Belum rezeki agaknya.  Ada hal terjadi yang menyebabkan mak dan hajah ni stop bersuluk di pertengahan jalan.  Sekarang dah putus hubungan dengan dia.  Mungkin masih di rumah yang sama.  Suami dia bagi takwin tahunan (buku) yang macam2 ada dalam tu.  Dia mengaku pernah bermimpi muncul wajah abuya dengan wajah berseri-seri bak bulan purnama ketika dia bersolat di tengah malam.  So dia memang yakin kepada abuya (time itu arqam sedang hangat).

3.  aku dah ada anak dua kot.  Mak R sarankan kami pergi ke Bahau bawak mak berubat.  Hmm kenapa aku asyik nak ubatkan mak ye?  Aku dah lupa apa kes.  Tapi mak ikut je.  Kat rumah teres tu, ramai orang dan semua bangsa ada.  Padat penuh.  Lemas aku dibuatnya.  Dan hati aku kurang suka.  Tukang rawat kata ada tiga ekor kat mak dengan tiga peribadi berbeza.  Dia tangkap dan masuk  botol dan suruh buang kat air mengalir.  Masalahnya aku dah terbuang kat sungai tohor tak berair.  Mak R yang bagitau selepas botol tu aku campak dalam gelap on the way balik umah.  Gelap, dah lewat malam.  Aku main campak je dengan bismillah.  Laa ... sungai dah kering rupanya.  Tu la, kat jambatan bosi tu ...

4.  aku nak suami aku dirawat.  tapi aku pulak yang kena rawat.  Haihh ni citer panjang.  Aku dah pernah tulis dah ...

5.  lagi 3 hari kami nak ke Brunei, lutut aku kena godam di satu pagi yang hening.  Berpinar biji mata dibuatnya.  Serta-merta rasa loya nak muntah.  Masa tu baru bangun tidur.  Ada bunyi crack kat lutut kiri.  Hish ada orang tak bagi aku pergi Brunei ke?  Ada la sedara kami yang jutawan tu panggilkan ahli fisioterapi dari Bukit Jalil (dia sedang khidmat rawat atlit kat situ).  So bukan calang-calang la kalau nak panggil dia keluar.  Tapi asbab sedara yang berkemampuan dan akrab dengan dia ni, maka dia pun sudi datang ke rumah aku.  Malangnya dia berpusing-pusing susah nak sampai ke rumah aku.  Luar biasa la bagi dia.  Dia tak kata lebih, cuma tolong urut je sebab bab-bab tak nampak bukanlah bidang dia.  Cuma dia terasa je. So dengan dia ni orang ketiga yg urut aku, alhamdulillah dapatlah aku naik kapalterbang esoknya.  Kalau tak, memang tenat aku kena pakai tongkat kepala naga mata merah suami aku tu.

Ok aku stop dulu.  Nak keluar dah.. bizi2 ... :P

*  Allah Maha Kuasa makhluk tak de kuasa. 

Sunday, January 13, 2013

testing jerr

sudah jam 3.24am. aku testing menulis dari enpon baru beli ni hehehe... testing jerr gamaknya...Allah bagi izin aku guna enpon samsung s3 ...ap je..tak kisah la...selagi Allah izin tk ada halangan utk enpon ni berkhidmat utk aku. alhamdulillah. cuma..aku tk boleh nampak apa yang aku taip..main tulis je ..hmm..kurang siok bha! kalau tak terpaksa aku tetap akan guna lappy jawabnya nih.

Saturday, January 12, 2013

dari Tonggi

dah lama aku tak ke Mydin.  Serik, sebab kepadatan tinggi.  Lemas jadinya.  Cuma ke My Maidin kat Bukit Naga je bawak anak-anak perempuan beli barang.  Kecik, tak sesak.  Ok la.

Tadi tak nak pulak lepaskan peluang yang jarang-jarang tiba.  Aku di tengah-tengah KL bersama suami.  Merayau berdua, setelah kali terakhir 10 tahun lepas.  Masa tu merayau gi kedai buku cari buku nak buat kerja belajar.  Anak-anak ditinggalkan dengan mak.  Now masing-masing di madrasah, orang kata kami ni tengah honeymoon.  Jangan jeles la, kata aku.

So kitorang parking kereta berbayar, dan jalan kaki.  Aku ajak suami masuk Mydin.  Tentunya nak beli minyak wangi la.  6 botol batu RM12.  Tapi tak beli yang itu, kami beli yang pure punya, wangi melekat lama.  3 botol RM20.  Silver dan Million Lady.  Share dengan anak-anak le.  Anak dara aku sibuk je nak beli minyak wangi botol besar yang kat kedai Hadiahku tu.  Lebih baik beli yang ni je, memang tak ragu nak pakai dalam solat.

"Asal mana?"  tanya budak Bangla kat kaunter minyak wangi kat aku.  Ehh tanya aku pulak ek!
"Saya asal Johor." Malas nak jawab yang betul.  Aku fikir dia bukan faham sangat peta Malaysia ni.  "Awak mana datang?"  tanya aku pulak.  Mesti Bangla la ni.
"Saya Bangla."
"Tonggi" sampuk kawan dia yang lebih hensem sikit tu, yang tuang minyak dalam botol.
"Oooo Ijtimak Tonggi!"  tiba-tiba aku teruja pulak.
Kedua-dua lelaki Bangla muda ni senyum lebar.  Ye la aku tau pasal satu tempat di Bangladesh, kampung dia.  Macam la kita kalau pegi US, jumpa orang putih sebut Kuala Pilah kampung aku, mau berketak kejap.  Seronok oi hehehe ...
"Ya itu dekat tempat saya la.  Tonggi."  budak muda yang menegur aku ulang lagi nama Tonggi.
"Bila itu ijtimak eh?" aku tanya.
Dia keluarkan jari dan mengira, "Ini hari, esok, lusa."

Aku diam.  Dia cakap lagi.  Ingat dah habis dah ... dia kata, "Ini Tabligh banyak bagus.  Baik!"
Hmm ... bagus punya cakap.  "Eh mesti la, Semua sunnah. Islam."  aku jawab la apa yang melintas dalam kepala.  "Awak ada keluar ka?"  ceh, saja nak testing dia la ni.
"Ada, 40 hari."  Fulamak!
"Mana pigi?" aku pun dah slang macam Bangla jugak dah.
"Sana Bangla jugak."  huk aloh tempat dia jugak rupanya.
"Bila pergi?"
"Habis SPM.  Tahun 2005." Dia bagi contoh la, kalau kat sini dia habis SPM dah keluar 40 hari.
"Eh ada keluar sini Malaysia ka?"
"Tak ada."  dia geleng kepala.
"Ada pegi itu Sri Petaling?" testing lagi.
"Ada.  Minggu2 saya pegi sana." wah bagus la budak ni.
"Sekarang berapa umur?  21?"
"Sekarang sudah 22 mau 23."  Muda lagi.
 "Itu kawan ada keluar ka?" aku angkat2 kening kat member sebelah dia yang tengah tuang minyak tu.  Dia geleng senyap.

"Saya pun mau ajak suami saya keluar 40 hari.  Bila mau ijtimak lagi eh?  Dulu 2009 sudah ada dekat Sepang." aku dengan bangga mengabarkan.  Aku pergi ijtimak tu jangan tak tau!  Aku pergi sebab tak tau menda2, nak menyampaikan hajat Naqib.  Ada dalam entri lama tak ingat tajuk.  Search la Ijtimak Sepang 2005 kalau nak baca.

Tiba-tiba suami aku menjawab, "Saya mau keluar tongga.  Saya sudah keluar 360 hari."  Cehh menyampah!  Suka main2 la ... aku lepuk bahu suami tersayang dengan manjanya.  Budak Bangla tu tergelak je.

*  Aku berdoa ke hadrat Allah semoga ada somebody yang akan datang tashkil somi aku ni.  Aku tak mau mintak tolong kat orang lagi macam tahun lepas punya story.  Silap besar, dahulukan mintak tolong kat orang baru mintak kat Allah.  Terbalik tu.  Now apa-apa aku akan 'cakap' kat Allah dulu.  Semoga Allah mengampuni apa yang aku dah buat atas kejahilan aku yang tahap gaban dan memberi kami / kita semua petunjuk ke jalan yang diredhaiNYA.  InsyaAllah.

*  Syukur alhamdulillah kerana Allah menyampaikan hajat aku melalui suami aku tadi.  Tima kasih kat suami jugak sebab menyampaikan permintaan bini dia ni, yang tak mahal2 pun.  Tapi kalau anak-anak tau kami ronda tengah-tengah KL, mau jeles hehehe ... ada la ole-ole untuk mereka jugak.   Minyak wangi lerr ... hehe ...

*Sempat tengok perarakan perhimpunan rakyat serba kuning di Jalan Petaling menuju Stadium Merdeka.  Semua dalam kawalan.  Jalan ke KL lengang, tak jem langsung.  Ramai yang tua.  Muda pun tak ketinggalan.  Aku jumpa orang dari Seremban, Terengganu, Perak, dan Kelantan tentunya, sebab suami aku tegur dan rajin tanya datang dari mana, terutamanya bila ada yang bertanya arah ke stadium.  Bangsa Cina dan India pun ada.  Majoriti Melayu la.  Dalam pukul 3.30pm, kami lihat ramai yang beredar.  Sempat lagi suami aku tanya semasa kat traffic light, if perhimpunan dah selesai.  Rupanya dah disekat dari masuk ke stadium.  Dah penuh.  So baki yang ada menuju ke Masjid Negara.  Ramai yang berumur, kesian tengok pakcik-pakcik dan makcik-makcik berjalan lintas jalan perlahan-lahan.  Jauh jugak tu nak berjalan dari Jalan Petaling ke Masjid Negara.  Hmm ... Satu hal, perarakan tadi tu ada beberapa group naik lori bersorak-sorak dengan nada berirama.  Lebih baik berqasidah selawat nabi.  Oh lupa pulak, semua bangsa ada ... tak sesuai nak berqasidah.  Haihh mentang2 aku baru nonton majlis Habib Syech.  

Thursday, January 10, 2013

majlis qasidah dan selawat - Habib Syech

Alhamdulillah akhirnya sampai juga dengan izin Allah

Aku memang teringin nak pergi.  Aku amat meminati alunan qasidah Habib Syech bin Abdul Qadir Assegaff.  Akhirnya Allah bagi izin untuk sampai.  Jalan jem teruk.  Aku berdoa-doa semoga tak terlambat dan ketinggalan.  Alhamdulillah sebaik parking (park double sebelah kereta orang, tawakkal je ... parking padat!)  suara qasidah mula berkumandang untuk Ahlan Sallu Nabi.  Berada dalam stadium badminton (tertutup) fuhh bergema-gema tapi tak bingit bahkan meremang bulu roma. 

Berat rasa kaki melangkah balik.  Aku nak tunggu sampai betul-betul bersurai tapi keadaan tak mengizinkan.  Usai doa dari Habib Ali Zaenal, kami beredar. 

InsyaAllah ada lagi majlis Habib Syech, aku akan usahakan untuk bersama.  Hasrat nak bawak anak-anak dan seluruh keluarga, kalau boleh.  Juga staf-staf kat kedai.  Semoga Allah izinkan.

Tuesday, January 8, 2013

bestnyaaaaaa!!!

  bestnyaaaaaa dapat snorkeling macam tu ...

bestnyaaaaa dapat jalan dengan boyfrenforever @ suami den kat sini

   bestnyaaa dapat shopping sakan kat sini ek

  ni pun bestttt buat tempat berangan panjang!

tu dia, tengok sawah sekali dengan matahari tenggelam ...

   bestnyaaa ... korang nak apa, oda saja!

  ni semua aku nak rembat!  370 helai mau untuk 2013 ni!

  salah satu banglo aku la ni ...

ya Allah, sedapnya!  Macam sedap ...

  Allahuakhbar!  eskrem goreng plakkkk! leleh liur ni.

  Oh Tuhanku! apa nak jadi???

 
 cer tengok bawah tu!


.
.
.












.
.
.





   
Astaghfirullah!  Aku ni bakal ahli kubur rupanya!  Lupa ... lupa ...


dumm!

pintu dapur berdentum kuat.  Aku berlari ke dapur.  Kalau anak kucing tersepit, maut!  Angin luar bertiup kuat.  Dahan pohon inai berayun-ayun.  Tiba-tiba ... alamak!  Kucing kurus tu tergeletak di atas lantai luar.  Macam dah mati!  Aku tinjau lagi.  Sahih!

Dah lama aku tak letak makanan di luar.  Sejak aku tak mau kucing-kucing belaan berkongsi pinggan dengan dua ekor kucing tua yang uzur tu.  Dan aku terlupa nak letak makanan untuk si tua.  Sejak itu, bayang si kurap Putih dan si kurus Coklat pun tak kenampakan.  Mungkin makan di rumah Cikgu Ija di sebelah.  Pernah aku ternampak si Putih sedang melahap biskut di porch jiran sebelah ni.

Petang semalam si kurap tua berwarna coklat menyusup masuk ke bawah tikar getah yang sengaja aku tutup di atas meja komputer yang hampir roboh tu.  Diunjuk biskut dia tak layan.  Agaknya deria bau pun dah tak berfungsi.  Malamnya aku tinjau lagi, nak hulur sosej ayam.  Tak ada!  Akhirnya ... tengahari ini dia betul-betul tak ada.  Dah mati.

Kasihan.  Ya, semua yang hidup akan mati.  Aku dah tukar fikiran.  Kucing-kucing betina yang ada ni akan dioperasi.  Kecuali Miza yang mungkin dah ada tuan baru, dah jarang balik rumah.  Masuk dapur pun marah-marah, tunjuk garang.   Tak mengapalah, yang penting tuan baru tu sayang dan bagi dia makan.  Entah jiran yang mana, belum aku tanya lagi.  Nak juga bertanya-tanya kalau tak lupa.  Bila Miza datang, aku pegang perutnya yang gendut.  Kenyang.  Alhamdulillah.

Bukan menyekat fitrah mereka.  Naluri tetap sama.  Mereka ni boleh je berkasih-sayang tetapi tiada zuriat.  Aku tak mampu nak menampung lebih ramai kucing lagi, kalau la Mizi pulak beranak.  Kemudian Ayu.  Cantek pulak.  Tentu suami aku akan suruh aku pilih antara dua.  Hantar ke mana-mana atau buang ke mana-mana.  Sama je lah!

Kucing-kucing ni sayangkan aku.  Aku pun sayangkan kucing-kucing ni.  Kucing yang dah biasa diberi makan dan dimanja, tiba-tiba dihantar jauh ke tempat yang serba baru, serba asing, serba  menakutkan.  Tak sanggup aku membayangkan kucing makan puntung rokok kerana terlalu lapar.  Teringat you tube lelaki yang menyepak dan memijak kucing sampai maut.  Celaka sungguh perlakuan itu!

Telan air liur.  Aku pasrah.  Bukan murah pulak tu.  RM100 seekor oii!  Itu dengan Jabatan Haiwan ye.  Kalau vet swasta, lebih lagi bayarannya.  Tapi kucing jantan aku tak akan buat apa-apa.  Sebab aku tak suka kucing pondan.  Sama la macam aku tak suka kepada lelaki-lelaki pondan.  Kalau bagi spray merata-rata, Pakcik Meon akan sapu minyak angin cap Kapak kat telur, siap kau!  Dalam rumah bukan tempat untuk tanda area, kat luar boleh la.  Patut-patut sikit ya!

Tiba-tiba, kring kring ... telefon berbunyi ... apa yang penting ... ah!

'Hello Yang ... cikgu telefon tanya Hanessa.  Semua cikgu tertanya-tanya pasal Hanessa ...'

Hmm sahih!  Esok kena pergi sekolah menyatakan sebab dua anak aku tak hadir sekolah pada minggu kedua musim persekolahan 2013 ini.  Dan memulangkan buku teks Hidayat yang sudah diagihkan sebelum cuti panjang tahun lepas.  Memang nak pergi, memikirkan minggu pertama tentu para guru sibuk menguruskan pelajar yang baru naik kelas.  Dalam pada tu aku tenggelam dalam keasyikan membuat semakan terakhir manuskrip Dedikasi Buat Ibu. :D

'Esok pagi-pagi kita gi sekolah sesama ... bang!'


  

Saturday, January 5, 2013

siapa mereka?

semua ni aku copy paste dari wall anak angkat fb aku yang bernama Ibnu Batoota.  Aku rasa yang inilah yg paling mudah aku faham tentang hal yang dimaksudkannya tu.  Dia sedang belajar kat Afrika Selatan, sudah beristeri (sedang mengandung anak pertama) dan beberapa kali berjumpa di kedai kami, termasuk sekali dia datang dengan semua famili semasa urusan nak nikahnya tahun lepas.  Setakat ini dia telah menjadi satu fenomena juga di fb, macam UAI jugak lebih kurang ... :D  Yang pasti dia memperjuangkan keyakinan Ahli Sunnah Wal Jamaah.  Selebihnya bolehlah anda baca dan susur semula apa yang dicatatnya tentang hal berkenaan di wall fbnya.  Oh ya dia ni kelakar giler jugak. 

***
Aku dah penat ulang jawab bila orang tanya "wahabi tu apa???" sedangkan yang tanya tu malas nak baca penerangan aku yang lama2 sampai berbuih jari aku tulis...(jari boleh berbuih?)....tapi kalau tak jawab rasa bersalah pulak sebab biarkan orang terumbang ambing antara kesesatan dan kebenaran....jadi senang cerita aku senaraikan semua ciri-cirinya yang telah dikumpulkan oleh para ulama aswj dan kalau korang jumpa ciri-ciri ni pada sesuatu artikel atau mana2 individu (walaupun dia famous sampai langit ke 7) maka paham2 sendiri la kan apa nak buat?

Ayuh kenali ciri-ciri golongan Wahabi/Salafi/Ghair Muqallid atau yang seibu atau sebapa dengan nya....

Ciri-ciri Wahabi dari sudut AQIDAH(kepercayaan dalam hati):

01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian
iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas
menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.

02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang
merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

03. Kritikal terhadap sistem pengajian Sifat 20.Selalunya mereka suka menghina ajaran sifat 20 sebagai ajaran falsafah Yunani dan Greek.

04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan
membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di
mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas
memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka
yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar
termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.

05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti
tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan
amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga
mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca
salawat syifa dan tafrijiah dll.

06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan
yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).

07. Amat kritikal dan benci terhadap tasawuf serta tarikat(jemaah zikir) dan mengatakan
bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah
Yunan, agama Buddha dan dll.

Ciri-ciri Wahabi dari Sudut FIQH:

01. Kritikal dan tidak hormat terhadap mazhab-mazhab fiqh yang 4 dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan
jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas
corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh
Sunnah.

02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid(yang layak keluarkan hukum),
muttabi(yang alim tentang dalil2 terhadap sesuatu hukum) dan muqallid(mengikuti tanpa mengetahui dalilnya dan majoriti muslim sejak zaman nabi ialah muqallid) dan mencerca golongan muqallid.

03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama
diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin,
qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz
niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur
rasul dll.Dari isu furuk ini,mereka mengkafirkan,menghukum syirik dan bidaah kepada orang ramai.

04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang
mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah
sesat,kufur,syirik,kafir dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka.
Dengan modal perkataan 'bidaah' inilah mereka menarik orang jahil untuk ikut gerakan mereka kerana kononnya yang tidak mengikuti mereka dianggap kufur dan bidaah.Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka
ulang-ulangi.Sedangkan ribuan ulama lain mendefinisikan istilah bidaah secara sederhana tidak mereka terima contohnya ulama membahaskan tentang bidaah itu ada yang baik(bidaah hasanah) dan buruk(bidaah dolalah).Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah itu hanyalah bidaah dari sudut bahasa.

05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu seperti bertahlil,berwirid beramai2 kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan
amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.

06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai sedangkan mereka langsung tak tahu bahasa arab,inilah dinamakan bodoh sombong dan jahil murokkab.

Ciri-ciri dari Sudut MANHAJ:

01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang sehinggakan mengkafirkan ulama atau orang yang tak sebulu dengan mereka,pengkafiran yang nyata ini jelas dapat dibaca dari kitab2 ulama mereka sendiri.

02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf(muslim yang hidup sejak zaman nabi hingga 300 hijrah) yang sebenar sedangkan mereka adalah gerakan bidaah yang baru wujud sebelum perang dunia pertama.

03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka(ahli aswj) yang menentang wahabi semuanya lemah atau telah dijawab sedangkan hakikatnya mereka tak mampu jawab dan kalau berdebat di fb atau forum,mereka akan block,padam thread atau padam komen ahli aswj yang berjaya kantoikan hujah-hujah mereka itu.(Banyak kali sangat benda ni berlaku dan saya yakin ramai kawan2 juga kena benda yang sama.)

04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam dan yang berdebat tu selalunya ahli wahabi yang jahil,bukannya belajar agama secara disiplin yang betul.

05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka sahaja seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.Ini semua imam2 wahabi,bagi wahabi hanya perkataan mereka ini sahaja yang layak untuk didengari dan perkataan imam2 mazhab yang dekat dengan zaman nabi itu jika bercanggah dengan perkataan tokoh-tokoh di atas,maka perkataan imam mazhab yang lebih alim akan ditolak mereka kerana bagi mereka tokoh mereka lebih memahami nas al-quran dan hadis lebih dari imam mazhab walaupun mereka memahami hakikat bahawa tokoh2 mereka ni semuanya hidup di akhir zaman yang dipenuhi fitnah dajjal sedangkan para imam mazhab pula hidup di zaman salafus soleh(zaman yang dijamin sebagai zaman terbaik oleh Nabi kita sendiri),mereka seolah2 switch off akal mereka untuk memahami hakikat ini dan bertaqlid buta(mengikut secara mengkhinzir buta) kepada tokoh2 mereka sahaja.

06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll seperti mereka menuduh Imam Syafie,Imam Hanafi tidak memahami hadis,juga menuduh Imam Ghazali sebagai sesat dan tahyul,juga menuduh Imam Al-Asy'ari sebagai ahli bidaah yang terpengaruh dengan falsafah Yunani dan Greek.Sedangkan mereka semua itu imam-imam besar dalam Islam yang sangat berjasa pada Islam sampai kini dan insya-allah sampai kiamat.

07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.

08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.Kononnya mereka nak gabungkan semua muslim dalam satu mazhab iaitu mazhab Wahabi dan menganggap 4 mazhab ini sebagai pemecah belah umat,tapi disebabkan mereka bina mazhab baru yang kononnya untuk menyatukan umat,tapi akhirnya menjadikan umat lebih berpecah belah dan menjadikan mazhab menjadi 5(tapi mazhab Wahabi tidak di iktiraf sebagai mazhab yang sahih dalam Islam jadi hakikatnya tetap hanya 4 mazhab yang diiktiraf walaupun pihak Wahabi cuba untuk menguasai jabatan-jabatan agama di sesebuah negara melalui politik dan cuba mempengaruhi sesuatu kerajaan itu untuk mengiktiraf fahaman sesat Wahabi seperti yang dilakukan Dr.MAZA di negeri Perlis dan yang dilakukan oleh Fathul Bari and co di dalam UMNO).

09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam seperti di Arab Saudi yang sangat baik dengan eropah terutamanya USA tapi dengan orang Islam mereka menghina,mencaci,menuduh bidaah dan sebagainya,mereka layan Muslim seperti sampah dan melayan kuffar seperti raja,orang Islam dalam kesusahan mereka biarkan bahkan banyak negara muslim yang perlukan dana dan derma tapi orang kaya Arab sibuk dengan kelab bolasepak kuffar.

10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.

11. Mereka seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.Kalau perasan,kebanyakan hadis di internet ni di hujungnya akan tertulis "disahihkan oleh albani" atau "dinilai daif oleh albani" atau yang seumpamanya,maka ketahuilah bahawa status-status hadis itu pun menjadi ragu kerana Albani bukanlah seorang Muhaddis(pakar hadis) yang layak menilai hadis jauh sekali seorang Hafiz Hadis,beliau ialah seorang pembaiki jam dan selepas bekerja,beliau akan ke perpustakaan untuk membaca kitab-kitab hadis secara sendiri TANPA GURU.Jadi ribuan ulama menolak beliau sebagai ulama dan ada ulama yang mengatakan bahawa dia bukan ulama hadis tapi penjenayah hadis kerana mengeluarkan pendapat sedangkan beliau bukan ahli dalam bidang itu sama seperti seorang tukang masak yang suka baca buku tentang pembedahan tiba-tiba membedah pesakit di hospital lalu pesakit itu mati,maka tukang masak itu dianggap sebagai penjenayah kerana membedah tanpa tauliah sedangkan dia cuma seorang tukang masak yang "suka membaca buku tentang pembedahan".

12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pentahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.Wahabi sangat terkenal dengan jenayah kitab mereka,iaitu mengubah,menukar,mengedit kitab2 ulama yang tidak selari dengan fahaman mereka,mereka sama seperti orang kristian dan tokoh2 mereka umpama paderi2 kristian yang bertanggungjawab mengubah kitab injil sesuai dengan kefahaman mereka.

note: wahabi yang di wasabi kan sedang menderita dibakar oleh api kebenaran...ohh kesiannya~ T_

Friday, January 4, 2013

kalut dengan mereka

Muezza dan Mizy main bakul baju, lepas aku siap menyidai baju
benar!  Aku kalut dengan mereka semua ni!  Entahlah!  Aku rasa teruk dan sebenarnya penat melayan mereka.  Tetapi hatiku penuh dengan rasa belas kasihan.
Muezza, Muzy dan Mizy .. Myza dah lesap ntah ke mana

Dari sehari ke sehari, hal mereka sentiasa bermain dalam kepalaku.  Semakin lama masa menginjak pergi, semakin aku kerap memikir dan menimbang tentang mereka.  Aku selalu memikirkan perasaan jiran-jiran terhadap mereka.  Tak semua jiran yang sekepala dan sehati dengan aku dalam hal mereka ni.  Ada yang kurang gemar dan ada yang memang tak suka.  Inilah yang membuatkan aku jadi risau.  Mereka semua ni, benar-benar membuatkan aku kalut.
Cik Myza yang comel.  Aku tangkap dia nak lepak tidur dalam mesin basuh

Maghrib tadi, sekembali aku ke rumah (keluar ada hal sikit), hujan turun agak kasar.  Cuaca begini, cepat saja membuatkan aku terfikir tentang mereka.  Aku buka pintu belakang.  Serta-merta Cantek dan Ayu menyerbu masuk.  Mereka sedikit kebasahan.  Aku tinjau keluar mencari anak-anak Cantek tapi tak kelihatan.  Tiba-tiba telingaku menangkap suara nyaring anak kucing menjerit-jerit entah di mana.  Aku tinjau lagi.  Haha ... rupa-rupanya Panther duduk menyorok seorang diri di bawah kabinet simen di belakang sana.  Ngiauannya semakin nyaring bila dia nampak aku meninjau-ninjau.  Kasihannya ... aku keluar dan cekut dia bawa masuk ke dalam dapur.
new comer - Cheetah.  Geram rasa nak picit2

Mana lagi tiga ekor?  Tadi petang aku siapkan tempat berteduh menggunakan tangga pendek, rangka meja komputer lama dan ditutupi tikar getah yang aku beli khas untuk dijadikan penutup.  Tentu Cheetah, Jaguar dan Leopard duduk di bawah meja komputer yang dah aku terbalikkan tu.  Aku keluar dan tinjau ke bawah tikar getah.  Haa ... tu dia tiga beradik sedang kesejukan di atas kadbod meja yang telah resap air.  Aku cekau semuanya dan hantar ke dalam dapur.
Jaguar

Muezza dan Mizy dah pun ada di situ.  Cuma Muzy dan Myza entah di mana.  Dua beradik ni memang lebih berdikari.  Persamaan mereka ialah mulut bising, lebih comel dan suka merayau.  Muezza dan Mizy lebih gendut dan suka berada di sekitar rumah.
Ayu kekenyangan, buat apa je dia rela

Aku bercadang nak hantar semuanya balik ke kampung.   Tapi, mak dah frust nak bela kucing lagi semenjak Kontangnya ghaib (mak agak mungkin kena bedal dengan sang ular dari hutan belakang rumah).  Sebelum Kontang hadir, dua ekor kucing yang paling mak sayang juga lesap.  Kata mak ada orang yang menangkap dan menbuang kucing-kucing tu, wallahualam.
Cik Myzi yang gendut - kucing kesayangan Hanessa

Serba-salah aku dibuatnya.  Mak kata dia tak mau bela kucing lagi.  Mak enggan hatinya terluka  bila terjadi sesuatu kepada kucing-kucing tu. 
Cik Myzi pakai crown - Hanessa nyer keje

Aku mesti buat sesuatu.  Aku dah bisik-bisik pelan-pelan pada suami tentang binaan rumah kucing.  Aku dah rancang plannya.  Cuma aku memerlukan biaya!  Memikirkan biaya ni juga membuatkan aku kalut.  Alahai!
Muzy yang hensem, aku suka gambar candid ni!  Yang kat belakang tu hmm .. macam Myzi




Ini semua gara-gara hal kecik yang menyebabkan aku keluar tadi.  Hal kecik yang besar sebenarnya, yang akan membuat sedikit anjakan paradigma pada kehidupan kami sekeluarga huhu ... Apakah ia?  Buat sementara, biarlah rahsia.  Apabila tiba masanya, akan aku ceritakan dengan izin Allah, insyaAllah.
empat beradik tidur sama.  Time ni Cantek dah ngandung lagi dan dah garang kat anak


Sementara itu, aku masih rasa kalut dengan mereka.  Kalut tentang mereka.  Namun acapkali aku sabarkan diri dan menenangkan hati, bahawa sebaik-baik penjaga dan pengasih adalah DIA, ALLAH TAALA YANG MAHA ESA.  Dan aku tau, ALLAH maha mengetahui betapa sayangnya aku kepada mereka ini.  Kasih yang ada ini adalah kurniaanNYA jua.

*Ya Allah, aku sayangkan kucing-kucing ni.  Aku kasihankan mereka.  Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang.  Kalau boleh aku tak mau kucing-kucing ni menderita kerana aku.  Seandainya duduk di kampung tu lebih baik untuk mereka, KAU mudahkanlah aku angkut mereka ni semua balik kampung.  KAU selamatkanlah mereka dari aniaya manusia dan haiwan pemangsa.  Engkau lembutkanlah hati mak abah untuk bela mereka dengan kasih-sayang.

Ya Allah, jadikanlah kawasan kampung tu sebaik-baik tempat untuk mereka hingga akhir hayat mereka.  Mudahkanlah aku bina rumah kucing untuk mereka.  Kalau mereka dah tak ada, mungkin kucing lain pula menumpang kasih di situ.  Kalau aku pulak yang dah tak ada, semoga keluarga aku menyambung belajar mencurah kasih kepada kucing-kucing yang masih ada.

Ya Allah, kenapa aku sayang sangat kat kucing-kucing ni?  Kerana Engkau telah memberi sekeping hati yang mudah luruh kepadaku.  Kerana kucing adalah teman sepermainanku sejak kecil, ketika aku tidak ada teman untuk bergurau-senda.  Kerana mak dan arwah abah mengajar aku supaya sayangkan kucing.  Err ... sebenarnya anak ayam pun jadi pet aku jugak.  Tapi sekarang ni memang tak masuk akal aku nak bela anak ayam pulak.  Haha ... selingan je.

Cukuplah kucing-kucing ni dah membuatkan aku kalut selalu :D.

Robbi yassir wala tu'assir, robbi tammim bikhair.  Ya Allah, permudahkanlah janganlah susahkan.  Ya Allah, berilah kesudahan yang baik.  Aameen.


Thursday, January 3, 2013

kenapa aku menangis?

ketika mendengar suara Abah TM maghrib tadi memberitahu uwan sudah dibawa ke sana sejam yang lalu dan mak kini berada di hospital, aku terperanjat besar.  Uwan baru sahaja balik dari hospital pada petang Isnin kelmarin.  Baru dua hari!

Kata abah, uwan berak darah.  Tetapi keadaan uwan normal saja, tak ada tanda sakit.  Hmm ... pelik!

Kemudian aku menelefon Mak Ramlah.  Selepas mohon maaf kerana menelefon waktu maghrib (entah kenapa hati bagai digait-gait untuk menelefon bertanya khabar uwan tadi) aku tanyakan khabar mak R.  Katanya dia sedang termenung memikirkan nasib kakaknya ... nasib uwan, kakak sulungnya.  Kata mak R, banyak darah yang keluar dari saluran usus besar uwan.

Hidung aku serta-merta rasa tersumbat.  Airmata aku mula bergenang.  Aku tertanya-tanya, kenapa aku menangis?  Aduhai!

Aku dial nombor hp Mak Juriah.  Alhamdulillah, dapat.  Mak J tenang saja, dan macam biasa ... macam selalu ... mak beritahu uwan okay je.  Uwan baik-baik je. Cuma darah sikit yang keluar.  Waktu ini doktor sedang memeriksa uwan.  Kemudian aku terdengar suara mak menegur seseorang dengan nada ceria ... Fuad?  Ah, aku selalu terlupa nak bertanyakan anak saudara yang seorang ni pada mak ...  Mungkin dia dah pun duduk (sementara) di rumah pusaka tu dan mula bekerja di Seremban.

Satu demi satu  bayangan wajah uwan seminggu lepas terbayang jelas.  Apatah lagi aku selalu melihat gambar uwan yang dirakam di dalam hp.  Sangat belas aku melihat keadaan uwan.  Makin banyak airmataku meleleh dan makin tersumbat hidungku.  Duduk di dalam bilik berhawa dingin, sangat menyeksakan aku nak menarik nafas.

Aku bercakap sendirian.  Yang sebenarnya aku bercakap kepada suami di sebelah, tetapi serupa aku bercakap sorang-sorang.  Dia asyik dengan ... laptop!

"Kalau dah berak darah, dah serius tu ..."  tiba-tiba suamiku bersuara.

Fikiranku menerawang.  "Tentu doktor bagi ubat.  Darah akan berhenti. Uwan akan elok semula.  Tapi ..."

Aku terdiam sendiri.  "Kalau badan uwan tak boleh terima ubat tu ...?"

Serta-merta ingatanku melayang kepada arwah abah Haji Manaf.  Hai ... entahlah, hanya membuatkan aku selalu kesal dan sedih, tetapi semuanya sudah lama berlalu ... hanya doa dititipkan untuk abah.

Kenapa aku menangis?  Aku bercakap lagi.  "Kalau dah serius, mungkin beberapa hari lagi ... seminggu barangkali?"

Apa yang sedang aku lakukan dan fikirkan?  Aku sedang mencongak kedatangan Izrael!  Astaghfirullahalazim ........

Aku tarik nafas dalam-dalam.  Jadi kenapa aku menangis?

Bukankah pertemuan dengan Allah Rabbul Jalil semakin dekat buat uwan?  Itulah pertemuan yang tak mungkin dapat dielakkan oleh makhluk.  Untuk bertemuNYA, mestilah meninggalkan dunia fana yang sementara.  Tangisanku adalah tangisan untuk perpisahan itu.  Uwan akan pergi (atau aku?) dan tak bertemu lagi.  Tunggu saat kebangkitan di Padang Mahsyar nanti untuk melunaskan segala urusan sebelum ke Syurga (atau Neraka?  Nauzubillahiminzalik).

Dan apabila uwan akan pergi, aku pun akan pergi. Mak Ramlah pun akan pergi.  Mak Juriah pun sama.  Abah Tok Mat pun begitu.  Suamiku ... abangku ... kakak-kakakku ... anak-anakku ...

Jadi untuk apa aku menangis?  Ini adalah lumrah alam.

Alam kubur!  Malam pertama di dalam kubur!

Ya, tak mengapalah aku menangis.  Mengingati alam kubur yang sepi menakutkan, ditimbuni tanah dan dibaluti kain kafan.  Biarlah aku menangis!  Sudah siapkah aku untuk bekalan ke situ???????

* Ya Allah, permudahkanlah urusan uwan.  Seandainya lebih baik untuk dia sembuh dan sihat semula, Kau kembalikanlah kesihatannya semoga dia menjadi orang yang bersyukur dan bertakwa kepadaMU lebih lagi.  Seandainya kembali kepadaMU itu lebih baik untuknya, juga untuk kami, permudahkanlah dan berilah dia Husnul Khotimah, serta Kau tempatkanlah dia bersama orang-orang soleh yang dirahmati, ampunilah segala dosa-dosanya dan jadikanlah tempatnya sebagai satu dari pintu-pintu syurga.  Aameen ya Rabbal Alameen.  Kasihanilah uwan, ya Allah.  Dia dah pun menginjak 87 tahun.  Dia dulu membela dan menjaga ibunya dengan baik sekali.  Engkaulah sebaik-baik Pemberi Ganjaran.  Ganjaran bukan dari manusia, sesiapa pun.  Biarpun dia pernah membela cucu-cucu yang amat disayanginya, yang kini batang hidung pun susah nak nampak menjenguknya.  Benar, kita tak boleh mengharap kepada manusia untuk membalas kebaikan dan kasih-sayang yang dicurahkan.  Apatah lagi, setiap orang ada keutamaan berbeza dan urusan masing-masing.  Hanya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.  Semoga segala budi jasa dan kebaikan uwan, beroleh ganjaran yang tinggi di sisiNYA.  InsyaAllah.

rintihan dari perut bumi

 *Ini kisah lama.  Aku pernah mendengar suara yang dimaksudkan dari sekeping cd.  Benar, ia sangat menggerunkan.  Aku perdengarkan kepada semua anak-anakku termasuk anak kecilku waktu itu (Hidayat) dan dia turut keinsafan!  Ia adalah satu gema rintihan kesakitan dari jutaan suara, seolah-olah di dalam satu gaung yang teramat besar lagi luas.  Bulu roma jadi menggerinding kala mendengarnya!  Tiba-tiba dinihari ini aku memperolehi catatan tentang ini di sini.  Aku share buat semua, dan terima kasih kepada tuan blog ini.
 
***
 
"Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur- angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.

Yang demikian itu, karena sesungguhnya Allah, Dialah yang haq dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan segala yang mati dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"

[Al Hajj , Ayat 5 dan 6]


Penemuan suara penyiksaan alam kubur ini ditemukan oleh seorang peneliti dari Soviet bernama Dr. Azzacove (seorang komunis), berikut ini adalah penuturan ceritanya :

"Penemuan terakhir ini adalah penemuan yang sangat mengejutkan pendengaran kami, dengan penemuan ini banyak dari peneliti kami yang berhenti dari pekerjaan ini karena ketakutan. Pada awalnya kami hanya hendak mendengarkan pergerakan bumi dengan interval tertentu dan mendengarkan Super Sensitive Microphone yang masuk ke dalam bilik-bilik atau lubang-lubang bumi dan reruntuhan galian.

Pada awalnya kami menyangka apa yang kami dapat itu adalah gesekan dari alat-alat kami pada dinding-dinding perut bumi, tetapi suara ini menghancurkan seluruh logika kami. Setelah beberapa penyesuaian kami berkasimpulan bahwa suara ini berasal dari interior bumi, jadi seakan-akan di dalam perut bumi ini ada ruang lain yang berbeda dari tempat yang kami gali, dan dari ruangan tersebutlah kami tidak mempercayai apa yang kami dengar.

Kami mendengar dari ruang bumi yang lain itu ada suara manusia berteriak keras dalam kesakitan. Walaupun satu suara didengar, kami dapat mendengar ribuan bahkan jutaan latar belakang suara manusia yang sedang dalam kesakitan akibat penyiksaan. Setelah penemuan yang sangat mencenangkan ini, setengah dari peneliti kami berhenti karene takut.

Yang sangat mengejutkan lagi, bagi orang Soviet itu adalah setelah suara tersebut direkam, pada malam yang sama, keluarlah semacam gas atau kabut yang terang dari lokasi penggalian gas. Gas atau kabut tersebut keluar dengan membentuk pilar-pilar dan tulisan yang membentuk seperti sayap kelelawar (seperti lafadz ALLAH, wallahu a'lam), lalu menampakkan dengan sendirinya dengan bahasa Rusia yang artinya AKU TELAH MENAKLUKKAN atau AKU TELAH MENUNDUKKAN. Tulisan itu terlihat di awan Siberia yang gelap.

Kejadian itu sangat tidak masuk akal orang-orang Soviet, karena sedang akan diteror beberapa saat setelah itu datanglah ambulance ke kumpulan orang-orang tersebut dan memberikan obat yang dapat menghilangkan memori dengan singkat. Sebagai perawatan kepada korban yang melihat keajaiban itu (ini mungkin agar kejadian ini tetap dirahasiakan).

Nah, sebagai komunis, Saya tidak percaya adanya surga dan Injil, tetapi sebagai Ilmuwan sekarang Saya percaya adanya NERAKA. Sangat sulit diungkapkan dengan kata-kata, apa yang Kami temukan, apa yang Kami lihat dan apa yang Kami dengar. Dan sekarang kami yakin bahwa kami menggali dekat, dekat sekali dengan PINTU NERAKA.". Lalu Dr. Azzacove melanjutkan, "mesin penggali tiba-tiba berputar dengan sangat cepat ketika Kami mencapai salah satu kulit bumi, tempereturnya menunjukkan hingga 2000 derajat Fahrenhait, lalu kami mendekatkan microphone itu disana untuk mendengarkan pergerakan bumi, tetapi, yang terdengar adalah suara manusia, bahkan teriakan manusia dalam kesakitan. Pertama kami mengira suara itu adalah suara mesin. Tetapi setelah melakukan kajian ulang atas suara itu, suara yang terdengar adalah suara manusia bukan hanya satu orang, mungkin jutaan manusia yang sedang dalam siksaan dan kesakitan.

Apakah Anda tahu kenapa Jacques Costeau, seorang penjelajah dalam air berhenti beberapa saat sebelum dia mati. Dia berhenti karena dia juga pernah mendengar suara jeritan manusia di dalam air ketika ia sedang menjelajah di dalam air. Dan dalam kesempatan lain juga salah satu anak buahnya menemukan hal yang sama ketika ia sedang melakukan penjelajahan di sekitar SEGITIGA BERMUDA. Setelah ia sembuh dari shock yang sangat berat, kemudian ia menceritakan bahwa ia mendengar jeritan manusia yang banyak yang sedang disiksa di dalam perut bumi.

(Untuk mendengarkan suara hasil penemuan tersebut lengkap dengan penjelasan ayat quran dan haditsnya silahkan download file MP3nya disini. Filenya berukuran 12 MB. Dalam file ini juga ada ceramahnya terlebih dahulu yang menerangkan tentang Hakikat Ruh.) ~> ini sudah tidak efektif.

Anda boleh percaya atau tidak, tetapi terlepas dari benar atau tidaknya suara tersebut, kita semua harus meyakini bahwa Alam Kubur dan Siksa Kubur itu ada, yang jadi pertanyaan sekarang adalah sudah siapkah kita untuk menghadapi alam Kubur ?


Semoga bermanfaat.



wallahu a'lam.

Tuesday, January 1, 2013

tahun 2013 telah menjelma ~ aku azam belajar untuk bertawakkal dalam segala perkara .. segala perkara .. segala-gala perkara .. dari yang titik bengik .. hingga ke sebesar-besar perkara .. dari yang mudah hingga yang susah lagi menyusahkan .. azam lainnya biarlah menjadi rahsia denganNYA .. tawakkal ..

aku bertawakkal semoga Allah memudahkan segala-galanya .. segala-galanya .. semua segala-galanya .. dari yang memang mudah hingga yang memang susah lagi menyusahkan .. apakah dia?  biarlah antara aku dan DIA .. tawakkal ..

seiring dengan azam bertawakkal sehabis-habis tawakkal, usaha tak aku ketepikan .. di dunia yang penuh asbab .. usaha mesti dilakukan .. namun aku bertawakkal sehabis-habis tawakkal .. dunia adalah asbab .. aku bertawakkal Allah Maha Kuasa .. tanpa asbab tak menjadi persoalan untuk berlaku sesuatu dengan perintahNYA dan kehendakNYA ..  tak perlu dipertikaikan .. tawakkal ..

dan azamku ini bukanlah sempena munculnya 2013 .. apalah ertinya 2013 khususnya tarikh hari ini .. jika azam hanya menjadi catatan di sini ..  cuma aku mengambil kesempatan .. dari gembar-gembur tarikh Masihi 01012013 .. mengembar-gemburkan azamku pula .. biar ia menggebu-gebu seperti apam yang paling gebu dalam dunia!  Terus gebu dan makin gebu .. semakin lama semakin gebu .. semakin hebat .. semakin padat .. semakin kemuncak .. seperti ombak tsunami paling tinggi di lautan jiwa .. bergelora dalam dada .. tawakkal.

*,*   Semoga Allah memilih kita untuk mengikut jalan Nabi SAW dan para sahabat r.hum. 

catatan 01012013

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk terus dan terus memanjatkan doa ke hadratMU tanpa putus asa, kecewa atau bosan. 
Semoga hubunganku denganMU semakin kuat, erat, utuh, teguh, penuh rindu dan cinta. Saat demi saat, tak mengira minit, jam, hari, minggu,bulan, tahun, abad atau kurun. 
Semoga seperti bertambahnya setiap saat menjadi tahun, begitu semakin dekat aku denganMU. Bertambah yakin dan imanku kepadaMU. Meningkat amal dan usahaku untuk dekat denganMU. 
Aku akan terus meminta kepadaMU. Makbulkanlah wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Kaya. KhazanahMU maha luas tak terkira. Aameen ya Rabbal alamen.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing