Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Sunday, December 8, 2013

Usai memberi salam

aku mula memanjatkan doa ke hadrat Illahi.  Azam mahu berdoa dengan penuh kusyuk, semoga Allah menerima untaian doa yang sering aku bisikkan ini.  Sudah beberapa hari ini kekusyukkanku berdoa acapkali terganggu.

"Assalamualaikum mamaaaa ..."

Tiba-tiba ... ah!

"Assalamualaikum mamaaaa.  Assalamualaikum mamaaaa.  Assalamualaikum mamaaaa."

Sambil menadah tangan, sambil memasang telinga aku mengira berapa kali salam diberi. 

'Ini sudah lebey ni ...'  getus hati.  Suara itu sudah kukenal.  Tetapi pemiliknya sudah kuberikan amaran dinihari minggu lepas apabila dia dan temannya datang memberi salam berkali-kali sambil mengetuk-ngetuk pintu.  Sepatutnya mustahil orang yang sama ...

Aku sudahkan untaian doa yang terganggu.  Hati kurang ceria.  Aku menapak menuju pintu. 

Dua wajah terjongol di sisi pintu.  Sepantas kilat aku mengangkat telunjuk menandakan satu amaran.  Belum sempat aku bersuara, wajah yang pernah menerima teguran keras tempohari menunjuk ke arah temannya.

"Dia mama ... saya dah cakap dah tiga kali je.  Dia tetap bagi salam banyak kali."  Segera wajah hitam manis si tampuk manggis ini bersuara mempertahankan diri.  Aku merenungnya.  Benarlah, makin dipandang semakin manis dengan kain telekung putihnya. 

Aku menoleh pula ke arah temannya.  Bukan teman yang sama tempohari.  Yang seorang ini sedang melalui perubahan besar dalam hidupnya sebenarnya.  Tadi petang ketika ibunya menghantarnya pulang, ceria wajah wanita putih kuning itu memberitahuku, "Rasa sejuk perut saya, kak.  Dia tak bukak tudung langsung.  Berubah sungguh.  Ayah dia pun rasa senang hati benar."  Tatkala gadis manis menghampiri kami, si ibu segera tukar topik.

Syukurlah,  teruskan doa-doa untuknya.  Semoga dia sentiasa beroleh kebaikan.  InsyaAllah.

"Beri salam tiga kali cukup.  Kali ketiga tu kamu tunggu sat, kalau mama datang.  Kalau mama tak datang, balik la dulu.  Mama mungkin nak habiskan doa terakhir.  Kalau mengaji mama mungkin nak habiskan muka terakhir.  Lain kali tiga salam je cukup."

"Err saya mana tau tiga salam ni."  sahut si tinggi lampai.  Dia menghulurkan not oren kepada saya dengan pantas.  "Mama tambah duit yang mak saya bagi tadi ya."

Helah nak segera beredar sebab dah buat silap. 

Aku masuk semula menyelesaikan wirid.  Belum sempat habis tiba-tiba, "Assalamualaikum mamaaaa ..."

Lagi!

Muncul idea di dalam kepala.  Aku biarkan sahaja salam diberi sambil menjawab perlahan.  Bukan tak mahu melayani mereka.  Biarlah berpada-pada.  Ada masanya.  Aku mahu mereka belajar cara memberi salam tatkala mahu mengunjungi rumah tetamu dan adab memberi salam. 

Aku mengira.  Hmm tiga kali salam sahaja.  Kemudian kedengaran suara-suara bercakap, mungkin berbincang sesama mereka.  Entah siapa entah apa halnya.  Timbul pula rasa kasihan.  Aku bangkit menuju dapur.  Kubuka pintu dapur perlahan-lahan.  Kelibat sudah tiada.  Di sana aku melihat gelagat mereka.  Hehe ... sepantas kilat kututup semula pintu, lebih baik mereka tak perlu perasan aku di situ.  Boleh sahaja kesemuanya berlari datang karang.

Ah, kerenah pelajar yang masih anak-anak.  Namun anak-anak manis yang sentiasa berulit hafalan al-Quran ini memang lain dari yang biasa aku temui di luar sana. 

Maka aku menyeru, hantarlah anak-anakmu untuk mempelajari al-Quran. 


Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing