Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, December 11, 2013

Sesiapa yang mahu bertakqwa kepada Allah

maka hendaklah memelihara lima anggotanya yang menjadi punca kepada taqwa itu.  Lima anggota itu ialah mata, telinga, lidah, hati dan perut.

* Rujuk kitab Minhajul 'Abidin ~ Jalan Para Abid.

Aku sangat suka nak mencatatkan dari kitab ini tentang anggota yang satu ini iaitu LIDAH.  Silakan membacanya.  Semoga Allah beri kita faham dan bertambah faham, khususnya buat diriku yang serba dhoif, lemah dan sulit memaham ini.  InsyaAllah ameen.

~  Firman Allah Taala : "Tiada yang diucapkan dari suatu ucapan melainkan ada di sisinya malaikat Raqib dan 'Atid (yang menjadi pengawas dan yang sentiasa siap sedia menulisnya)".  (Qaf, 50:18)

~  Sabda Rasulullah s.a.w : "Pada malam aku diIsrakkan, aku melihat satu kaum di dalam neraka sedang memakan bangkai-bangkai.  Maka kataku : "Wahai Jibril!  Siapakah ini?"  Berkata (Jibril) : "Ini orang-orang yang memakan daging-daging manusia (yakni mengumpat orang)".

~ Hadis Nabi s.a.w : "Siapa yang banyak borak bualannya, nescaya banyaklah jatuhnya (ke dalam kesilapan dan kesalahan dosa).

~ Malik bin Dinar berkata : "Apabila anda melihat sifat keras pada hati anda, lemah pada badan anda dan terhalang dalam rezeki anda, maka ketahuilah bahawa anda telah bercakap pada perkara yang tidak memberi manfaat kepada anda."

Semoga Allah memberi faham insyaAllah ameen.  Untuk lebih lanjut sila rujuk kitab tersebut di atas.

* Rindu mahu ke taman-taman syurga :'(.  Ya Allah permudahkanlah urusan kami dan jadikan kami golongan yang sentiasa bersyukur kepadaMu ameen.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing