Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, December 12, 2013

sebab tu aku

malas nak draf dulu.  Lebih gemar tulis direct di blog dan terus update. 

"Aku tak save eh?"
"Aku tak save ke?"
"Owhh aku tak save ..."  :(

Ok, dah nak masuk muka ke dua malam tadi aku mengarang semula peristiwa semalam.  Karangan yang penuh emosi dan saspen.  Jarang aku cerita macam tu.  Pagi ni aku nak sambung dan nak post ke blog ni.  Dan baru tersedar, aku teroff laptop dengan baik sangka sahaja malam tadi, setelah tak larat nak menongkat kelopak mata.

Tapi ia perlu untuk direkodkan paling tidak untuk diri sendiri dan kaum keluarga terdekat yang mengikuti blog picisan ini.

Ringkasnya, dah malas nak menulis penuh emosi, aku berurut petang semalam.  Dah seminggu terasa sungguh letih dan penat.  Dengan kata lain MALAS benar rasanya nak buat macam biasa.  Maka Allah datangkanlah insan ini ke tempat aku bermukim sementara waktu seperti yang dijanjikannya.

Ceria orangnya.  Katanya, "Saya pun tak tau akan sampai ke sini.  Ini kali pertama saya datang ke kawasan ni.  Saya pun tak tau kenapa saya pakai macam ni dan tudung macam ni."

Semua kehendak Allah jua.

Dan urutannya menyakitkan aku.  Sungguh menyakitkan.  Luar biasa sakitnya.  Suami aku yang cukup dengan letak tangan je pun sudah sakit, tu tangan orang lelaki.  Tangan dia lagi power.  Memang mintak ampun.  Tak pernah aku mengaduh begitu rupa.  Tak pernah, walau macamaman sakit sekalipun.  Aku tahankan.  Ada sekali dapat tukang urut yang entah la dia urut daging ke urut urat, sakit juga tapi tak sesakit ini. 

Tapi semalam aku terpaksa memberitahu yang aku sakit dan tolong slow sikit.  Perempuan ini hanya menahan ketawa besar.

"Sakit la.  Awak urut apa ni?  Ni urut ke apa ni?  Sakit laaaaa ...!"

"Saya tak tau kak.  Saya rasa macam berat je ni."

Sudah 7 tahun mengurut orang.  Semua bangsa dia urut, katanya.  Tetapi wanita sahaja.  Dan anugerah Allah agaknya maka jari-jemarinya pandai merasa kelainan yang ada.

"Apa bendanya yang berat tu?"  Aku cuak.  Takkan berulang lagi hal yang sama?  Tapi kaedah yang dibuatnya saling tak tumpah seperti kaedah kiyai di Sijangkang.

Nak jadi cerita, kesaspenan sudah bermula beberapa minit selepas urutan. Hanessa datang memberitahu ada ular hitam panjang di kawasan kotak-kotak yang bersusun di belakang dapur.

"Panjangnya macam ni mama."  Dia mendepa kedua-dua tangannya. Uish panjang tu!

"Besarnya macam ni mama."  Dia merapatkan tiga jari halusnya.  Hmm besar jugak!

Heboh!  Beberapa pelajar yang kononnya berani mula sibuk nak mencari ular.  Tempat aku berurut bersebelahan dengan kawasan kotak-kotak itu.  Maka suara mereka terdengar jelas ke anak telinga.

"Dah pi balik madrasah!  Tak yah cari lagi.  Balik dulu."  aku bersuara.  Sahih ustazah di rumah sebelah pun mendengar jeritan aku.  Tak boleh bangun sebab sedang diurut, suara je yang boleh dilontarkan.

Tetapi mereka tak berganjak.  Sambil tu aku pulak beristighfar sambil mengaduh sakit diselang-seli oleh suara tukang urut yang sama-sama bertasbih tahmid dan takbir dengan penuh perasaan.  Setiap kali dia merasa sesuatu yang berat di mana-mana bahagian yang diurut, dia akan 'membuangnya'.  Memang pelajar pasang telinga la tu.  Geram je ...

Tamat berurut, syukurlah walaupun akhir sekali dia menarik rambut aku begitu kuat.  Seksanya aku rasa kena urut kali ni.  Walau bagaimana pun sempat juga aku dakwahkan dia kerana Allah.  Ada masalah juga rupanya.  Yalah, mana ada insan yang tak ditimpa masalah di dunia ujian dan asbab ni.  Direct terus kepada amalan solat tasbih.

Perkataan yang sama seperti kepada yang lain juga.  "Doa la sampai menangis.  Allah bagi tu semua sebab Dia nak awak merintih padaNya.  Awak boleh je cerita kat sesapa, tapi setakat mana la orang boleh mendengar.  Dengar boleh, tapi setakat mana la boleh bantu awak.  Minta la terus pada yang memberi  ujian tu.  Dia bagi Dia juga ada penawar dan ubatnya."

Maka adalah asbabnya aku berurut dengan dia, dan dia pula sudi nak urut aku.

Namun cukuplah rasanya sekali ini.  Aku merujuk kepada seorang perawat terdekat yang belum pernah aku temui tetapi maklum dengan kemahiran yang dikurniakan Allah.

Apabila aku ajukan hal 'buang benda' walhal aku sudah dapatkan rawatan awal tahun tempohari, jawapannya ringkas di wassap.  "Saka tak selesai dengan hanya sekali rawatan."

Apakah ini saka?  Wallahualam.

Ini semua benda baru pada aku.  Dalam setahun ini perkataan 'saka' mula muncul dan pernah menjadi isu di antara kami adik-beradik.  Tetapi nampaknya usaha perlu dimulakan lagi.  Teringat kepada kiyai tersebut, yang pernah memberitahu untuk melanjutkan rawatan ke rumah tua di kampung.  Namun sifat lupa dan pelbagai hal yang mendatang menyebabkan ia tertangguh terus. 

Maka, bukankah aku ini famous?  Bangsa jin pun minat nak berdamping.  Tapi dampingannya tak bermanfaat.  Memang tak ada manfaat sampai kiamat.  Bahkan boleh menjadi api dalam sekam.  Atau macam udang sebalik batu.  Sayangnya 'kepopularan' aku ini sebenarnya tidaklah besar faedahnya.  :P  Dan sebenarnya bukanlah kerana diri aku, tetapi mungkin saja kerana ada janji yang terukir pada satu ketika dahulu entah bila, entah di mana, entah bagaimana, entah apa janjinya.  Maka aku salah seorang yang termangsa dek janji tok nenek wallahualam.

Sungguh, aku semakin yakin.  Dakwah Ilallah mesti diteruskan seluruh alam. 

Ya Allah, pilihlah kami dan anak cucu keturunan kami sebagai pembantu agamaMu.  Berilah kami faham agama yang luhur ini.  Berilah kami faham maksud hidup ini dan usaha atas iman seperti yang mereka seru itu.  Berilah kami nikmat manisnya iman. 

Ya Allah, tetapkanlah kami di dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.  Satukan hati-hati kami dengan iman dan takqwa.  Ya Allah, selamatkan kami dari fitnah akhir zaman.

Agar jangan ada yang merendah diri kepada bangsa yang rendah.  Jangan ada yang meminta kepada selain Allah.  Agar semuanya membesarkanMu, kembali kepadaMu dengan nafsu yang tenang dan beroleh keampunan dan redhoMu.

Aku tak faham, berilah aku faham.  Berilah kami faham.  Mudahkanlah untuk kami ya Allah.

Pilihlah kami ya Allah.  Janganlah hampakan harapan kami.  Kami banyak dosa ya Allah.  Ampunilah kami ya Allah.  Bagaimana kami nak bertemuMu membawa rindu kalau Kau tak sudi pada kami.  Ya Allah ... malu kami ya Allah.  Kan berdiri di padang yang luas tandus tanpa seurat benang penuh risau dan debaran.

Di mana nak bernaung ya Allah ...

Sementara masih ada masa, terimalah kami yang dhoif lagi hina ni ya Allah.  Kemana nak pergi lagi ya Allah kalau bukan dalam dakapanMu.  Ya Allah ya Allah ...

Selamatkan kami dari kejahatan makhlukMu.  Kami memang tak cukup amalan.  Kami selalu lupa.  Tolonglah kami untuk baiki diri. 

Ya Allah mungkin ini asbab untuk mendekatkan diri kepadaMu.  Bukakanlah jalannya untuk kami tempuhi ya Allah.  Bukakanlah jalannya ya Allah.

Kami malu pada Rasulullah saw.  Kami bukan orang yang baik di antara umat baginda.  Ya Allah, semoga ada di antara keturunan kami yang menjadi kebanggaan baginda nanti.  InsyaAllah ameen.

***

Setiap penyakit ada ubatnya.  InsyaAllah.  Semoga masih ada masa.




No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing