Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, December 6, 2013

mula menggarang

'Kena jenguk ni,' desis hati.  Aku memaksa diri bangun menuju dapur.  Suara hingar mula kedengaran.  Aku tau ustazah keuzuran malam ini.  Kawalan sepenuhnya terletak pada ketua yang bertugas. 

Aku capai anak kunci pagar.  Kemudian kuketuk pintu hadapan. 

Masing-masing sedang memegang kitab manzil mendongak memandang aku.  Masih ada yang berdiri dan berjalan seorang dua. 

"Hmm pastikan lampu ditutup tepat jam 10.30 ya." kata aku sambil menuding ke arah jam dinding.  Raut wajah aku serius.  Mau bagi amaran mestilah seiring kata-kata, tingkah dan wajah hehehe ... terkenang saat bergelar pelajar ITM Melaka dulu.  Pengalaman menjadi Orientation Comittee rupanya berguna sampai hari ini, setelah 20 tahun berlalu.

Tetapi wajah anak-anak di hadapanku ini begitu bersih dan tulus.  Manis wajah dan tidak terkesan apa-apa.  Dalam hati tak tau la pulak. 

"Lambat padam lampu, esok satu madrasah cabut rumput kat keliling."  sambung aku sambil membuntangkan mata bercelak.  Tadi sempat juga aku beraksi depan cermin.  Wahh, memang serem melihat mata terbuntang kat dalam cermin tu.  Sendiri serem, pelajar pun serem jugak la agak aku.

Sudah lebih 40 hari pelajar berada di sini.  Aku perlahan-lahan berubah daripada 'mama' yang melayani mereka dengan penuh perhatian kepada 'warden' yang tegas, err semakin tegas. 

Lama kelamaan aku rasa tak larat pulak melayani kerenah mereka.  Dek kerana manjanya, mereka suka-suki memanggil aku pada sebarang masa untuk "mama, kami ada hajat ni.  Besar hajat kami ni ..."

40 hari lepas, aku rasa berat badan agak susut sedikit.  Baru je duduk dalam bilik, dah dipanggil.  Baru je nak meluruskan pinggang dipanggil lagi.  Baru je nak santai-santai bergurau senda dengan kekanda, dah kena panggil.  Makanya suami pun bagi bicara. 

"Bagi time.  Bukan sebarang masa dan sepanjang masa."

Demikianlah jadinya.  Kasihan dan kasihan pada mereka.  Tetapi mereka tak kesian kat aku huhu ...  ah budak-budak. 

Jadi, sekarang pelan-pelan aku sisipkan waktu untuk berurusan.  Masih terasa tidaklah tegas sangat sebenarnya.  Dan kadang-kadang aku mula membebel owh! 

"Tu napa biarkan pagar terbukak?  Kamu kata ada orang mengendap, karang masuk ntah sesapa karang baru tau!"

"Tu tingkap pejabat tu napa tak tutup?  Karang kucing masuk berak mama tak nak tolong ehh.  Bukan kucing mama yang masuk tu.  Kamu cuci sendiri." 

"Tu, sampah tak hancur macam plastik tu kutip masuk tong sampah."

"Tu, tong sampah tu cuci simpan bawah sinki.  Pakai satu je cukup.  Eh, napa tak lapik plastik hitam ni?  Hah, sekarang kamu pindahkan semua sampah ni masuk plastik.  Sorang pi amik plastik hitam." 

Tu tu tu tu ...

Aku dah jarang masuk untuk spotcheck bilik madrasah semenjak jadual khidmat sementara ustazah yang aku siapkan ditampal di dinding.  Sibuk la konon.  Cuba menyemai keyakinan kepada ketua-ketua yang bertugas setiap hari. 

Ada bezanya mereka.  Manis dan lembut.  Mudah dilentur dan ... tetap manja walaupun aku dah semakin garang hari demi hari.  Mereka memang anak-anak yang dipilih Allah untuk berada di sini.  Dan aku dipilih Allah untuk bersama-sama mereka, menjadi cermin buat diri. 

Meladeni anak-anak ini, anak aku sendiri agak terketepi.  Kisahnya, aku terlupa nak menelefon seperti yang dijanjikan jam 10.30 PM tepat kerana waktu itu kelmarin aku sedang memantau pelajar setelah perubahan jadual.  Kasihan puteriku.  Semoga dia faham dan sabar, dan tak menangis hehe ...


Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing