Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, December 18, 2013

hentitugas yang tak bermakna dan rawatan diri

buat kami di madrasah Lil Banat Ummul Qura Jalan Kebun.  Sebab apa?

Sebab air paip ada sepanjang hari :D.

Malam tadi jam 11.

"Okeh, jom kita tadah air.  Amik piuk-piuk ni cuci.  Tong sampah yang bawah sinki tu bawak sini, cuci lagi boleh wat tadah air.  hmm ... okeh, pi amik sume baldi-baldi bawak sini tadah sume."

Semua bekas yang sesuai digunakan semaksima mungkin untuk menyimpan air bersih.   Lewat malam itu, aku dan pelajar-pelajar riuh menadah air sambil berborak-borak.

"Malam ni mama bagi tido lambat sikit."  Tetapi ada juga yang beralasan kurang sihat dan berehat sahaja dalam bilik.

Petang tadi Ustazah Ain datang semula untuk mengajarkan cara mencedok air supaya kekal kesuciannya untuk berwuduk dan istinjak.  Kenangan lama di UiTM Melaka muncul semula.  Lama juga kami melalui pengalaman ketiadaan air waktu itu.  Hikmahnya aku tak mudah kalut apabila ketiadaan air, melainkan kalau sakit perut cherry berry (macam kata Incik Hanafi :P) yang memerlukan air banyak untuk mencuci.

Aku pun bertungkus-lumus memasak awal pagi.  Jam 10 sudah santai kelegaan.  Wah, cepatnya aku hari ni!  Gumam sendiri.

Menjelang waktu Zuhor, air masih mengalir dari paip.  Waktu Asar pun begitu juga.

"Kawasan kami tak terkesan dek hentitugas kot."  Aku berwassap dengan seorang ibu pelajar yang tinggal di Sijangkang.  Dia menceritakan kerisauan kerana tidak dapat menyimpan air secukupnya kerana tiada bekas besar.  Yang penting untuk istinjak dan berwuduk, jelas aku sambil menekan huruf H dan I beberapa kali, diakhiri dengan menekan icon muka ketawa dengan lidah terjelir, tanda ketawa lucu agaknya, walaupun aku tidak ketawa ketika itu.

Aku terus berbincang-bincang dengan kakak yang tinggal di Bangi.  Katanya kawasan dia pun tidak terjejas.

Tetapi ketika aku dan suami sampai di madrasah Lil Banin, kesan kerja hentitugas sudah memberi kesan di situ.  Mereka keputusan air!  Syukurlah tempat kami masih ada air.

Aku berada di madrasah Hidayat kerana memenuhi janji untuk rawatan saka sekiranya ada.

Aku diminta duduk bersandar sambil berlunjur di atas tilam nipis yang dikhaskan.  Sehelai kain ridak dikibas dan dihamparkan di atas peha hingga ke hujung kaki.  Ustaz mula membaca ayat-ayat suci Rukyah dengan suara tenang dan alunan yang indah.  Rileks sahaja.  Kemudian kaedah gantung tangan di udara dimulakan.  Ustaz mengangkat kedua-dua tangannya dan menyuruh aku meniru aksinya.  Sambil itu ustaz menyambung semula bacaan ayat suci dan memberi arahan kepada jin di dalam badanku.  Ada dua kemungkinan jenis jin yang menyorok atau menempati badan.  Kedua kumpulan ini diminta memberatkan tangan yang berlainan mengikut jin yang mana yang sedang menganggu aku. 

Aku menunggu.  Ustaz juga menunggu.  Suami dan Hanessa yang ikut sama tentu sama-sama menunggu sebarang respon.  Aku ternanti-nanti bagaimana rasanya tangan aku menjadi berat dan perlahan-lahan jatuh ke bawah.  Aku azam mahu menahan tangan yang berat selagi boleh. 

Tik...
Tik...
Tik...
 .
Tak rasa berat pulak.

Ustaz mengulangi lagi.  Kali ini ustaz menghamparkan sehelai ridak yang dilipat empat berwarna coklat lembut di sebelah kakiku.  Kain itu dipukul dengan sebatang kayu selebar dua jari dan sepanjang sedepa.  Ish kalau kena kaki sedap ni, bisik hati.  Ustaz memberi amaran lagi supaya jin jangan main-main tapi serius menampakkan respon.  Tangan aku disuruh turun dan diganti dengan menaikkan jari telunjuk kiri dan kanan di atas peha. 

Tik ...
Tik ...
Tik ...

Aku menjeling rak buku di tepi pintu.  Ada satu buku yang menarik nampaknya.  Macam mahal harganya.  Aku renung tajuk di jalur tepi buku dari jauh sambil menanti sebarang tekanan berat kepada jari-jari aku.  Hmm ... Peniruan Evolusi?

Aku renung lagi tajuk yang nampak tak nampak tapi masih jelas juga pada pandangan mataku.  Oh ia sebenarnya Penipuan Evolusi seperti yang sepatutnya.  Tentu ada kaitan dengan Charles Darwin tu agaknya. Jari-jemari aku masih tidak merasa sebarang tekanan berat supaya ia turun ke bawah.  Aku juga masih azam mahu menahan sebarang tekanan sekiranya ada.  Boleh cuba ke? 

Ustaz mengulang-ulang amaran lembut untuk membakar jin di dalam tubuh aku sekiranya enggan bekerjasama.  Sebelum itu ustaz membaca ayat-ayat Rukyah dengan suara yang teratur dan jelas.  Aku duduk berlunjur dengan tenang.  Sambil tangan diangkat ke udara separah bahu. Sebaik sampai tadi aku diminta mengisi sekeping borang biodata diri.

Akhirnya ustaz menyuruh aku menurunkan jari.  Ustaz menghamparkan sehelai lagi kain ridak kotak-kotak jalur hitam di atas kaki dan menariknya perlahan-lahan sambil  membaca rukyah.  Kaki aku dilurut seperti membuang sesuatu dan ustaz membuangnya ke belakang.  kemudian mengangkat kedua-dua jari telunjuk di atas peha tidak me memberi sebarang tanda aku mengalami apa-apa gangguan jin.

Setelah beberapa ketika rawatan, akhirnya aku disahkan tiada sebarang gangguan.  "Atau mungkin juga seperti kebanyakan kes, semasa rawatan tidak ada apa-apa.  Tetapi akan datang lagi gangguan yang sama."  kata ustaz berbaju biru tua berjanggut sejemput.  "Macam tak jelas la ni ..."  sambung ustaz sambil memerhatikan borang yang aku isi, yang berada di atas lantai di sebelahnya.

Hmm ... tak tau nak jawab macamana soalan-soalan yang ada di borang tu sebab aku rasa tak ada yang serius berlaku pada aku.  Mimpi jatuh dari tempat tinggi ada sekali je yang aku rasa gayat sebab gaung terlampau besar.  Tak ada mendengar suara atau nafas.  Tak ada melihat lintasan atau bayangan.  Lain-lain pun tak ada, aku tak ingat sangat apa lagi soalannya.

Cuma aku tick satu je, 'selalu tak suka pada suami.'  Aku tick sambil jeling-jeling kat suami yang duduk di sebelah.  Hehe ... Aku 'selalu tak suka pada suami' apabila dia dengan selamba merokok depan aku!!!!!!!

Jadi masa tick jawapan tu, aku bercakap dalam hati, 'Ya Allah, Engkau sahaja yang tau tang mana yang aku tak suka tu...

Kemudian suami pulak offer diri untuk rawatan.  Dia memberi beberapa alasan yang agak logik untuk diberikan rawatan.  Ustaz memulakan semula bacaan Rukyah kepada suami.

"Hmm ... tak ada apa-apa pun."  kata ustaz.

Alhamdulillah syukur.  Macam ada apa-apa tapi ternyata tak ada apa-apa pun.

Buat masa ini dan selama mana yang boleh, sangat wajar dan afdal aku berbaik sangka dan terus belajar berbaik sangka kepada semua.  Semoga baik sangka ini menjadi asbab kebaikan.  Apa sahaja yang kita fikir dan sangkakan juga adalah doa kepada Allah.  Baik sangka kepada Yang Maha Pencipta khususnya.  Bukankah Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Astagfirullah alazim, seandainya buruk sangka ini telah mengundang dosa percuma.  Ya Allah, ampunilah kami.








No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing