Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, December 16, 2013

Hanessa naik al-Quran

12 Dicember 2013
Hr ni Hanessa khatam qiraati dan mula nazirah al-Quran (melancarkan bacan) sehingga ustazah puas hati barulah mula menghafal.  Mohon doa untuk anak-anak kita semua.  Ameen.

Aku menghantar post ke whatsapp Hj Arbak's Family, juga kepada suamiku dan kakak.  Beberapa ucapan tahniah muncul di skrin hp.  Anak kecilku yang semakin membesar tetapi masih membawa perangai manjanya, Hanessa, sudah selesai bacaan qiraati.

Di madrasah lama, dia sudah nazirah al-Quran.  Apabila mengikuti pengajian dengan ustazah lain di madrasah ini, dia bersama-sama semua pelajar baru perlu memulakan semula bacaan dari awal.

Ini perkara biasa apabila pelajar bertukar guru.  Ia untuk kebaikan pelajar dan memudahkan guru mengetahui tahap pencapaian dan kemampuan pelajar dalam menghafaz dan membaca dengan betul.  Sangatlah penting pelajar membaca dengan betul harakatnya, sebutan hurufnya dan tajwidnya.  Apabila mula menghafal, tiga perkara ini sepatutnya sudah tidak menjadi masalah kepada pelajar.  Bacaannya akan lancar dan tepat semasa sabaq.  Hanya kesalahan-kesalahan kecil yang dia boleh membetulkannya dengan cepat yang mungkin berlaku. 

Beberapa hari lepas, "mama, baby (masih memanggil dirinya sedemikian) dah start hafalan!" Hanessa memberitahu aku dengan ceria.  Suka benar nampaknya.

"Alhamdulillah.  Hafal betul-betul.  Abih, kata wat nazirah?"

"Ye la mama.  Nazirah untuk juz 1.  Hafalan tu juz 30."

Oooo, mana la mama tau ...

Ketika bercerita kepada Alongnya, Naqib memberitahu itu kaedah 2 dalam 1.  Nazirah bersekali dengan hafalan.

Apa sahaja, aku yakin itulah yang terbaik.  Hanessa sedang berlumba dengan seorang pelajar lain, Maisarah, yang 6 tahun lebih tua darinya.  Hanya mereka berdua yang selang sehari khatam qiraati dan naik al-Quran.  Beberapa pelajar sudah jauh menghafal al-Quran dan selebihnya masih menyelesaikan qiraati, termasuk dua pelajar cilik sebaya Hanessa.

"Dik, nanti bagitau mama nak hafal surah yang mana.  Kita lumba berdua nak?  Mama pun nak hafal jugak."  Sudah lama aku berangan-angan mahu bersaing dengan si bongsu ini.  Mahu mengambil kesempatan dari dirinya.  Kalau yang kecil mampu menghafal, aku juga boleh sepatutnya, begitulah fikirku.  Mencabar diri sendiri, itulah tujuannya.

Cuma bab sabaq tu yang aku tiada.  Tapi mungkin boleh diuruskan dengan ustazah.  Bukan di madrasah semasa waktu kelas.  Tetapi di waktu senggang, untuk menyemak bacaan.

Aku dengan jadual harian dan keuzuran syarie.  Si anak yang istiqamah mengikut jadual pembelajaran bersama ustazah.  Boleh ke agaknya aku melakukannya?

Ia masih lagi tiada jawapan.  Apa yang boleh aku katakan, hanyalah INSYA ALLAH.  Allah jua yang memudahkan segalanya.

Semoga anak ini akan lebih maju setiap masa.  Khatam dan syahadah.  Kemudian mengikuti kelas alimah.  Kemudian, "baby nak jadi doktor jantung.  Nak check jantung wan.  Nak jadi doktor haiwan jugak."

Aku tak kesah.  Apabila al-Quran sudah mantap di dadanya dan bergelar alimah jua, insyaAllah tiada keraguan tentang masa hadapannya.  Tetapi kalau nak mantap terus dengan ilmu yang sudah ada, elok diteruskan dengan jaluran pekerjaan yang bersesuaian.  Menjadi ustazah juga.  Sambil mengajar sambil menghafal, sambil memantapkan ilmu.  Masuk bidang pekerjaan lain, gusar juga rasa hati.  Bimbang yang aku rasakan ada benarnya apabila dunia memanggil dan membuatkan anda sibuk dengan segala 1001 urusannya. 

Hanessa masuk membawa baldi buruk yang digunakan pekerja ketika mengubahsuai madrasah tempohari. Baldi yang nampak kotor dengan bekas simen diletakkan di atas kerusi makan.

"Apa tuuu?  Kotornya!  Alihkan sekarang!"  aku terjerit.  Serta-merta tergambar wajah mak yang cerewet bab kebersihan di ruang mata.  Aku sudah hampir mewarisi sikap mak yang cerewet.

"Ala mama ni.  Dalam ni ada berudu la.  Dah ada yang nak jadi katak dah.  Nak bela ..."  sahut Hanessa seperti hampa kerana dimarahi tiba-tiba.

"Kamu ni.  Berdosa macam tu.  Lepaskan balik."  Aku dengan sungguh tak sukanya mengeluarkan arahan.  Bela berudu????  Aku agak semua berudu tu akan timbul tak bernyawa nanti.  Kan itu berdosa.  Haa ... tentu dia tak mahu ibunya ni tanggung dosa percuma.

"Ala mama ni ... baby kan nak jadi doktor haiwan.  Mama kata tak  pe baby belajar dari sekarang.  Baby nak belajar tengok berudu ni jadi katak."  semakin hampa suaranya, tak terlawan dengan suara aku yang meninggi hehe ...

"Urmm ... "

"Tak pe la,  tak jadi la nak keja doktor haiwan.  Mama asik marah je."  akhirnya begitu.  Alahai ...

"Boleh la,  tapi kita nak keluar jap gi.  Sian la berudu tu letak dalam dapur ni nanti mati lemas dek panas."  suara aku kendur tapi masih mahu dia buang berudu tu secepatnya.

Memang anak yang seorang ini lain sedikit fiilnya.  Tadi semasa beberapa ekor ulat sampah cicir di atas lantai, dia menguit-nguit ulat itu. 

"Ermmm ... comelnya!"  ulat itu dikutip dan diletak di telapak tangan.

"Kotor la!"

"Tak pe mama, baby kan nak jadi doktor haiwan."  itulah alasannya setiap kali ditegur.  Sabar saja la.  Semoga Allah makbulkan kata-katanya menjadi doktor haiwan bergelar al-hafizah yang penyayang dan mesra haiwan :D.  InsyaAllah ameen.

Pernah juga merajuk sebab kakak-kakak yang lebih besar tak memberinya peluang bermain belalang dan mentadak. 

Sekelumit kisah si bongsu kami yang berumur 8 tahun, yang bukan sahaja bercita-cita besar tetapi juga garang orangnya ermm ...  i love u sweetie.


No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing