Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, December 18, 2013

Following the followers

Bagaimana nak menulis untuk gembira di akhirat?

Aku masih memikirkannya.  Kak Aini telah memberi jawapan, di antara jawapan-jawapan yang menyukakan aku.

Maka pada satu hari, semalam, aku terfikir.  Setelah memberi soalan yang sama kepada diri.

'Bagaimana nak menulis untuk gembira di akhirat?'

Kebelakangan ini, setelah diizinkan Allah kembali mula aktif di blog, aku menyedari sudah bertahun tidak menjengah rakan blogger yang 'mengikuti' blog aku. Ye ke ikut?  Wallahualam.  Sebagai pemanis blog, memang semanis gula.  Sudah 65.  Ok la untuk blogger 'pendiam' macam aku yang tak gemar ziarah dan follow blog lain.  Apa awak bagi itu awak dapat.  What you give is what you get. Aku tak follow, maka tak la bertambah follower aku.  Tak kesah.

Tapi lama-lama, hari ini aku rasa apa salahnya aku follow balik mereka ni.  Walaupun ada yang dah tak wujud macam blog FZI. Aku tak tau ke mana dia menghilang.  Nak rujuk bertanya tak tau pada siapa.  Semoga Allah memudahkan segala urusan FZI insyaAllah ameen.  Bloggers yang dah tak aktif pun ramai. Followers yang bukan blogger pun ada. 

Jadi, aku semak semua followers dan follow blog mereka.  Mungkin ada sesuatu yang boleh aku lakukan melalui menulis untuk gembira di akhirat, bermula dengan menambah rakan bloggers.  Mungkin ada isu atau topik yang dapat menjadi asbab kegembiraan nanti.  Bagaimana?  Semoga Allah permudahkan ia insyaAllah.

Dan rasanya nak blog walking jugak.  Pada masa yang sama aku berborak dengan orang Terengganu.  Gadis manis yang bakal disunting ni rajin pulak berborak bila ada masa di FB.  Hanya bersua di alam maya je.  Ok, bertukar-tukar cerita semasa.

Mata pun kian kelabu.  Mungkin sudah sampai masa nak check mata.  Sabar-sabarkan saja.  Mengadap lappy memang lama-lama kelabu biji mata.  Sebenarnya tanda kena berhenti mengadap lappy hehe ... tak faham ye.

Ok.  Tukar topik jap.  Pasal Hanessa anak manja kami.

Ustazah al-Hafizah datang berbincang sambil borak-borak.  Dia sarankan anak ni habiskan siang hari di madrasah.  Aku sangat setuju.  Lepas cuti seminggu hujung tahun ni, aku cadangkan dia tidur malam pun di madrasah juga seperti awal kemasukan dulu.  Jadi, apa bezanya dengan pelajar lain?  Hmm ... mungkin dia tak payah cuci baju sebab boleh hantar baju kotor ke rumah je.  Tetapi kalau dia nak full time kat madrasah pun tak jadi masalah.  Ada dua mesin basuh otomatik yang sudah diinfak individu tertentu ke madrasah.  Tak ada masalah tentang cuci baju.

Hanessa pelajar termuda setakat ini yang sudah mula menghafal al-Quran di madrasah.  Ustazah dan aku sayangkan kelebihannya yang dikurniakan Allah.  Hari tu dia bukan main seronok lagi sebab berjaya menghabiskan qiraati dan naik al-quran.  Tetapi bila dah mula menghafal, jadi perlahan pulak.  Suara pun perlahan, kata ustazah.

Tiap-tiap pagi pula dia ke madrasah dengan mata berkaca.  Mata berkaca sebab kena marah la, kejut susah nak bangun.  Pelajar madrasah aku kejutkan jam 4.30 pagi dan masuk kelas jam 5.15 pagi.  Aku strict dengan mereka.  Tiba kat anak sendiri, payah pulak aku nak mengejutkannya.  Jam 6 baru melangkah ke madrasah yang di sebelah rumah je. Rotan yang dah lama hancur sudah dibuang, dan belum sempat lagi nak diganti.  Baru berura-ura nak beli tiga batang rotan, ustazah dah sarankan yang terbaik untuk dia.

Alhamdulillah.

Semoga Allah mudahkan semua urusan kita dan memberkati  hidup kita insyaAllah ameen.

* tulis cepat2 sebab nak masuk Asar dah. Jom solat dan baca doa petang pulak.

Wassalam.


No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing