Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, December 10, 2013

catatan lewat malam

- buat kamu, mengadulah pada Allah.  Berhentilah mengadu pada selain Allah.

- buat anakku, jangan cuba-cuba untuk berjumpa. 

-  kepada kamu, berhati-hati selalu.  Jaga diri dari menjadi asbab mendekati zina. 

- dunia memang begini sifatnya.  Selalu menderita kerananya.  Tetapi semua ini hanyalah sementara.  Bahkan fatamorgana semata. 

-  kehidupan akhirat itulah sebenarnya sebuah kehidupan.  Ia selamanya tiada kematian di sana.  Baik di taman syurga mahupun di lubang neraka. 

-  yakinlah.  dapatkan iman yakin pada janji Allah.  mahukan buktinya?  mintalah pada Dia.  Allah bukan pemungkir janji. 

Ya Allah, bantulah kami membaiki diri.

Ampunilah dosa-dosa kami dan ibubapa kami. 

Tutupilah aib kami dan gantikan keburukan kami dengan kebaikan yang Engkau redhoi.

*  badan letih mata berat tetapi masih mahu mencatat.  Sikit pun tak mengapalah asalkan ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan.

* kamu dan kamu.  Semuanya orang yang berbeza.  Tetapi mungkin saja, boleh saja sesiapa akan merasakan dialah orangnya.

* semuanya nasihat buat diriku jua.

sementara masih ada masa.  mati pasti muncul.  entah bila.  semakin dekat.  ya Allah. sebuah pertemuan.  sebuah perpisahan.  biarlah pertemuan yang menyenangkan.  biarlah perpisahan yang sebentar sahaja.  kembali kepadaMu.  bukan selainMu.  InsyaAllah ameen.

** daerah orang bisu telah tercemar dek pembisu-pembisu yang tidak tulen.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing