Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, December 5, 2013

berteromba

aku baru selesai memberi salam tahiyat akhir.  Suara riuh semakin kuat di lapangan tempat serba menjadi.  Ia menjadi gelanggang badminton.  Juga tempat main kejar-kejar.  Tempat mandi hujan, huhh ...  Tempat riadah boleh juga.

Makin lama makin jelas.  Riuh-rendah!

Apa yang diorang buat tu?  Baru jam 5.25AM.  Aku jenguk dengan muka pelik.   "Buat apa ni?"

Semua tingkap sudah dibuka.  Dalam dan luar bangunan terang benderang.  Sebahagian pelajar pot-pet sambil membuat regangan badan.

"Ngantuk la mama.  Nak hilangkan ngantuk."  jawab seorang pelajar sambil tersenyum.

Hmm ... kang time kelas jangan ngantuk tersengguk-sengguk udahla!

Hanya sedikit rombakan jadual harian, bermula malam tadi.  Aku mohon izin mudir untuk menghentikan minum malam menjelang tidur.  Ia disampaikan oleh suami kepada mudir, dalam pertemuan mereka bersama seorang hartawan jutawan yang mahu infaq membantu madrasah.

Ironinya, apabila perut kenyang pada lewat malam walaupun sekadar segelas air dan sedikit juadah, mata menjadi segar semula.  Walaupun lampu dipadamkan jam 11 PM, tapi ngok-ngeknya masih ada dalam samar-samar dua batang lampu jalan yang baru dipasang Ahad kelmarin.  Akhirnya mata terlelap agak lewat.  Tidur lewat bangun awal tetapi mengantuknya masih ada, walaupun sudah bersiram air dingin.

Maka, "Saya nak tidur 3 minit!" dengan mata merah memberitahu ketua pelajar pada hari itu.

Itu, apabila waktu kelas sabaq setengah jam dari 5.15AM berjalan lancar.  Masing-masing membuka rehal dan masuk kelas.  Tetapi ada juga waktunya aku terserempak dengan tubuh-tubuh yang berbungkus telekung memaksimakan penggunaan sejadah untuk baring dengan enaknya.  Waduh, dinihari yang dingin apabila hujan turun kebelakangan ini, memang nyaman dong berbungkus telekung macam udang kena bakar gitu.

Makanya, aku tukar waktu minum malam kepada minum awal pagi jam 4.30AM dengan harapan dapat membantu pelajar lebih segar tubuh dan minda.  (Waktu tidur diawalkan kepada jam 10.30PM.  Ah, itupun malam tadi masih juga pot-pet pot-pet dalam samar ruang tidur selepas lampu dipadamkan.)

Dan itulah yang baru terjadi sebentar tadi hurmmm ... hehe

Teringat anak-anak kucing yang berteromba tadi malam.  Arghh ... sehingga aku terpaksa tutup pintu bilik setelah terasa diinjak-injak dengan kuku halus.  Tak pasal muka calar-balar karang.

Pagi ini, pelajar juga berteromba tiba-tiba.

Semoga Allah permudahkan urusan madrasah ini,  urusan pelajar dan kami semua.

InsyaAllah ameen.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing