Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, December 4, 2013

aku yang dulu bukanlah

yang sekarang ...

hari demi hari berlalu mengikut jadual Allah.  Aku masih di sini.  Melayani dan meladeni pelajar yang jauh dari ibu dan ayah.

Tentu ada yang tertanya-tanya.  Banyak pula persoalannya.

Tak terungkai dek kata-kata. 

Harapan dan hasrat tak kunjung padam.  Doa terus diungkap sarat dipanjatkan ke hadrat Illahi. 

Apabila tiba masanya, pasti tidak akan berubah walau sedetik. 

Seperti juga ajal maut.  Kehadiran Malaikatul Maut bernama Izrail.  Kunjungan dan jelingannya sudah acap kali setiap hari.  Tugas sahaja yang belum disempurnakan lagi.

Setiap sesuatu pasti ada hikmah tersembunyi.  Tak mampu dek akal dan minda untuk mencari gali.  Biarlah ia menjadi rahsia Illahi. 

Aku masih di sini.  Melayani kerenah pelajar yang bakal menjadi insan mithali, melahirkan para daie.  Melanjutkan usaha merintis jejak yang ditinggalkan Rasulullah SAW dan para nabi a.s.

Entahlah, ini semua tak pernah muncul dalam hati.  Tiba-tiba jadi begini.  PerancanganNya sungguh teratur teliti.  Kumohon padaMu ya Illahi.  Berilah aku kefahaman tentang maksud hidup ini.  Kerana aku jahil susah mengerti.

Ketika mereka sedang berlari kencang mengejar redhoMu.  Ketika mereka sedang berbondong-bondong menyambut seruanMu.  Ketika mereka sedang berkorban harta dan nyawa sebagai pinjaman kepadaMu.

Aku masih di sini.

Ketika redhoMu turun untuk mereka.  Ketika seruanMu disambut mereka.  Ketika Kau mengganti pinjaman mereka dengan syurga dan isinya. 

Ketahuilah, aku masih di sini.  Hanya Engkau yang Maha Mengetahui bagaimana aku sebenarnya. 

Ya Allah, bagaimana sebenarnya aku?

Ya Allah, ampunilah kami dan ibu bapa kami.  Tutupilah keaiban kami.  Tukarkanlah keburukan kami dengan kebaikan dari sisiMu.  InsyaAllah ameen.

Ya Allah, berkatilah umur kami dan rezeki kami, dan berilah kami kesudahan yang baik husnul khotimah.  InsyaAllah ameen ya Robb.

Ya Allah, berilah kami faham dan pilihlah kami dan keturunan kami menjadi pembantu agamaMu membantu agamaMu.  InsyaAllah ameen.


Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing