Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, December 11, 2013

"ada kotak tak?"

aku bertanya kepada lelaki yang sedang duduk termenung di kaunter.  Sejuk.  Hujan lebat membasahi bumi.  Sesekali ingatan melayang kepada sang suami.  Kalaulah dia tau ...

"Apa?"  tanyanya kurang jelas barangkali.  Bunyi deruan hujan menghalang bicara menjadi jelas.

Aku ulangi pertanyaan.  Dia menggeleng kepala.

Aku menuju kedai lain dengan harapan.  Aku perlukan kotak untuk tujuan di petang yang dingin ini.  Beruntai-untai doa dan selawat aku panjatkan ke hadratNya.  Semoga urusanku dipermudahkan Allah.  Akhirnya kotak yang dihajatkan aku perolehi jua. 

Pakaianku separuh lencun.  Stokin basah.  Apa saja yang sedang aku lakukan ini, bisik hati.  Ingatan kepada sang suami kembali menghiasi fikiran.  Kalaulah dia tau ...

Akhirnya aku tiba di hadapan rumah bekas kejiranan.  Aku tidak ambil banyak masa untuk mengerling rumah bernombor 56.  Apa yang sudah lepas biarkanlah.  Ada perkara lain yang perlu diselesaikan petang ini.

Sempat pula berwassap dengan tuan rumah yang sedang berada di kampung, mengabarkan aku sudah berada di hadapan pintu rumahnya.  Semoga urusanku berjalan lancar.  Tidak lama kemudian seorang gadis remaja muncul dengan senyuman. 

Aku turun bersama payung.  Aduhh, payung yang jarang digunakan tersekat pulak.  Semakin basahlah pakaian disirami hujan, semakin basah stokin di kaki yang kian kecut.  Sejuknya!

"Mana dia?"  aku bertanya kepada si gadis berbaju kuning selepas bersalaman. 

"Ada kat dapur.  Nak berapa?"

"Semua la.  Tak nak pisah-pisah, sian."

Dia mengangguk-angguk terus tersenyum manis.  Kelibatnya menghilang.  Aku berdiri di depan pintu menegur adiknya yang tercengang.  Kanak-kanak yang kurang upaya ini tidak membalas teguranku melainkan terus memerhatikan aku dengan hairan.  Dia memang begitu.  Insan istimewa yang tiada dosa, bakal membimbing tangan ibu dan ayah menuju syurga kelak.  InsyaAllah.

Aku dipelawa masuk tetapi benar-benar tidak selesa dengan keadaan diri.  Ya Allah, jadikan ini semua asbab hidayat dan sumber pahala dari sisiMu.  Teringatkan suami lagi.  Aduhai ... kalaulah dia tau apa yang sedang aku lakukan.

Aku hanya merasakan perlu aku berbuat sesuatu seperti ini.  Dan untuk melakukannya, aku merasakan harus merahsiakannya terlebih dahulu.  Lepas selesai, terpulanglah.  Andai perlu menadah telinga, biarkan sahaja.  Andai perlu menahan hati, pun tahankan saja.  Namun berdebar juga rasanya.  Aduhai ...

"Susahlah.  Dia menyorok kat belakang mesin basuh tu."  muncul si gadis terus tersenyum. 

"Hmm kena ambik jugak la.  Nak wat camane." 

Aku harus melakukan sesuatu.  Kususuri tepi rumah menuju ke belakang.  Adik lelaki si gadis (bukan yang duduk di depan pintu tu) sedang menjolok belakang kabinet luar dengan batang penyapu.  Aku meninjau.  Ternampak anak kucing sedang ketakutan.  Aku tau, ada tiga ekor semuanya.

Setelah berhempas pulas berusaha menangkap anak-anak Cantek, aku pun pulang dengan rasa lega.  Alhamdulillah.  Bersama ngiauan Cantek yang kerusuhan, aku menahan kesejukan sambil memikirkan.  Bagaimana setelah suamiku tau nanti ...

Cantek sudah bersama kami semula.  Tentu Putam suka hehe ... Cik Eda meminta aku mengambil Cantek (dia panggil Bunga) bersama anak-anaknya melalui whatsapp pagi tadi.  Sebulan lepas, dia bertekad mahu memelihara kucing tiga warna ini dengan anak-anaknya.  Kini anak-anak Cantek sudah lincah dan pandai makan.  Perkara biasa, tentu anak-anak kucing ini berak merata. 

Di rumah, aku meletakkan Cantek dan anak-anaknya di dalam sangkar.  Biar dia bertenang dahulu.  Perlahan-lahan nampaknya Cantek mula memahami.  Dia sudah sekumpul semula dengan kami.  Aku panggil namanya beberapa kali.  Matanya yang berkaca cantik berbingkai celak memandang aku dengan tulus.  Setelah selesai semua urusan bersama pelajar, aku tutup pintu dan membuka pintu sangkar. 

Cantek mula merayau dengan tenang.  Tentu dia mencari pintu sambil mengenalpasti ruangan.  Putam, Mizi dan Comel juga ada.  Aku agak tertanya-tanya ... happy ke Putam bertemu Cantek semula ya? Hmm ...  Apa yang aku nampak, Putam pergi mendapatkan Cantek di dalam sangkar tadi.  Bertanya khabar agaknya dan mengalu-alukan kehadiran Cantek.  Hehe ...

Aku buka peket makanan kucing yang dibekalkan Eda dan melambakkannya ke dalam dulang.  Kerana Cantek, tadi aku usahakan ke Tesco membeli peket besar (dan baru aku tau Tesco dibuka sampai jam 1 AM setiap Jumaat dan Sabtu). 

Pasir khas aku curahkan ke dalam bekas bersama harapan.  Tolong jangan berak merata ya.

Cantek terus merayau.  Dia perlu diberitahu pintu untuk keluar masuk, walaupun sebenarnya haiwan ini lebih cekap daripada yang disangkakan.  Aku dukung Cantek dan bawa ke tingkap hadapan yang menjadi laluan Putam keluar masuk rumah.  Alamak, ada cap-cap kaki berlumpur di kerusi itu.  Tentu cap kaki Putam yang memijak becak.  Hmm ...

'Selamat datang Cantek.  Mizi sudah dua kali menangkap tikus besar, sebesar anak-anak kamu.  Nampaknya bakat dan kecekapan kamu menurun padanya.  Okay, semoga tangkapan kamu akan lebih lagi.  Banyak barang-barang masih berada di dalam kotak.  Buku-buku dan pakaian.  Semoga kehadiran kamu memberi makna yang mengesankan."

InsyaAllah. 

Beberapa hari lagi si dia akan kembali.  Kalau aku diamkan je, tau ke dia ada bilangan yang bertambah? 

... Atau dia pun buat tak tau je. 

Semua dengan izin Allah.  Semoga mulai petang tadi urusan Eda sekeluarga akan menjadi lebih mudah.  Dan semoga Allah memudahkan urusan kita semua juga. 

Fallahu khairun hafizan, wahuwa arhamurrahimin.   Maka Allah-lah sebaik-baik Penjaga dan Dia-lah Yang Maha Penyayang lebih daripada orang-orang yang menyayangi. ~ Surah Yusuf, ayat 64.

Aku menyangka akulah yang sangat mencintai haiwan-haiwan ini, tetapi sebenarnya Allah jua yang Maha Penyayang dan Dia-lah sebaik-baik Penjaga. 

Aku hanyalah antara insan yang dijadikan sebagai perantaraNya.  Dan bukanlah aku yang terbaik.

Sehingga jumpa lagi.  Marilah menyayangi.  Sesiapa yang menyayangi akan disayangi.


No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing