Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, November 26, 2013

lalu saja jangan kacau



pelajar itu terus menangis mengugu-ngugu sambil menekup muka.  Mungkin kesakitan yang amat di kepalanya.  Aku berdiri memerhati.  Ada rasa geram di hati.  Dia mengerekot sambil dikelilingi beberapa pelajar lain.

"Teruskan baca manzil!  Jangan berhenti selagi dia tak berhenti menangis."  Mataku liar memerhati.  Ada pelajar cilik yang termangu.  Beberapa pelajar yang sudah lancar al-Quran membaca Surah Al-Baqarah.

"Kamu?  Pandai baca Ayatul Kursi?"  Dua pelajar cilik mengangguk.  Salah seorangnya anakku sendiri.
"Hahh, baca.  Ulang banyak kali."

Dua pelajar lagi kelihatan lembik.  Aku masih menahan geram.  Mataku sengaja dibuntangkan memandang mereka yang diapit kawan-kawan.  Seorang daripadanya kumat-kamit membaca manzil kerana sudah hafal.  Yang seorang lagi melentok-lentok dengan muka sebik.  Jari-jemari kanannya menggentel tasbih.

Aku keluar.  Makanan malam perlu disediakan.  Dua pelajar akan berbuka nanti.  Dari jauh suara pelajar yang riuh membaca manzil mula bersimpang-siur.  Menambah geram di hati.  Mengapa susah sangat nak ikut arahan ... grrr ...

Tadi, aku berkeliling madrasah bersama pelajar yang terbuka hijabnya.  Dia memberitahu, ada sekian dan sekian di tempat ampaian. 
"Sekarang ada lagi ke?"  Sambil mata aku mengitari kawasan ampaian yang rumputnya semakin subur.  Bulu kuduk seperti berdiri sendiri.
"Err tak de."

"Di sini?" aku bertanya lagi setelah menapak lebih jauh ke hadapan.
"Dah tak de."

Aku buta dalam hal ini.  Cumanya mungkin aku agak berani melulu.  Dan memang benda-benda seperti ini aku tak sudi nak melihatnya.  Aku mengitari lagi sekeliling madrasah comel merah jambu.  Argh, persetan dengan bulu kuduk yang meremang.  Mengada-ngada punya perasaan! 

Dalam keadaan uzur syarie, aku tahu ada kelemahan.  Tetapi bukankah Allah Maha Kuasa makhluk tiada kuasa.  Aku lantas berdiri di hujung ampaian dan menadah tangan.  Merayu dan mengadu kelemahan diri yang serba jahil dan kekurangan, naif dan penuh dosa, daif dan bernoda, ke hadrat Illahi.  Sementara rembang senja semakin menyelubungi alam.  Tirai hitam semakin berkembang. 

Ya Allah, tolonglah kami.  Tolonglah anak-anak ini.  Ada yang sakit ya Allah.  Hanya Engkau yang Maha Mengetahui.  Selamatkanlah kami dari gangguan makhluk yang dia melihat kami tapi kami tidak nampak dia.  Hanya Engkau yang Maha Pemelihara dan Maha Penjaga, Maha Kuat Maha Gagah Perkasa.  Aku tak tahu apa-apa, ya Allah.  Aku tak pandai, aku jahil dan tak mengerti.  Tolonglah kami ya Allah.  Dengan berkat Baginda Rasulullah SAW, tolonglah kami.  Tolonglah kami.  Tolonglah kami.  Selamatkan kami dari gangguan dan kekacauan ini.  Ameen ameen ya Rabbal alameen.

Sebentar kemudian, suamiku pulang.  Segenggam garam kasar ditebar ke bumbung dan sekitarnya. 
"Tadi gerimis Asar kan.  Hmm memang laluan dia di sini."

Aku menyahut geram.  "Nak lalu, lalu je le.  Buat apa nak kacau orang."  Nak tunjuk-tunjuk muka.  Nak sengih-sengih sinis.  Nak tinjau-tinjau.  Ehhh kami tak sudi kat kamu.  Lepas ni lintas ikut jalan lain.  Di tepi ampaian tu bukan highway korang. 

Sudah beberapa malam aku menerima aduan pelajar tentang bunyi-bunyian aneh di tingkap dan pintu.  Semoga Allah sentiasa memelihara mereka dari segala musibah dan gangguan.  InsyaAllah ameen.  Tidak ada yang dapat memberi mudarat tanpa izin Allah. Semoga anak-anak ini semakin cekal hati dan mantap iman diberi Allah.  Ameen. 

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing