Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Sunday, May 19, 2013

selamat jalan Mizi ...



Selamat Jalan, Mizi …
Semalam, 15 Mei 2013 bersamaan 5 Rejab 1434H, Rabu.  Aku sebagaimana seminggu lepas, berada di kedai menjadi penunggu.  Jam 10.52pm, tiba-tiba masuk panggilan dari Cikgu Eja jiran sebelah.  Sesuatu yang mendukacitakan disampaikan, iaitu Mizi tersayang, kucing Hanessa yang sedang sarat bunting kemalangan dilanggar kenderaan di hadapan rumah kami.  Eja menelefon setelah dia memicit doorbell tidak disahut. 
Menurut Eja, semasa dia akan keluar dari rumah, dia terpandang Mizi meluru ke tengah jalan dan ada kereta akan lalu.  Eja memanggil Mizi, dan Mizi datang mendapatkannya.  Kata Eja, melihat gelagat Mizi begitu hatinya sudah terdetik merasa kurang enak. Sekembali Eja dari luar, dilihatnya Mizi sudah terbujur kaku. 
Aku bergegas pulang ke rumah.  Kusentuh jasad Mizi yang masih suam.  Matanya terbuka kurapatkan tetapi kembali terbuka.  Darah di bahagian kepala dan meleleh dari mulutnya membasahi jalan.  Kuusap perutnya yang memboyot.  Airmata pun menitis laju.
Mizi pilihan Hanessa dari empat beradik anak Cantek yang pertama.  Hanessa membeli dengan wangnya sendiri rantai loceng berwarna pink untuk Mizi.  Mizi akur didudukkan di dalam stroller, dibuat apa sahaja oleh Hanessa sehinggalah dia tidak muat lagi duduk di situ dan stroller mainan itu patah.  Dia setia melayani tuan kecilnya sampai tertidur di stroller dengan bermacam gaya.  Dia memang menghiburkan.  Suaranya perlahan. Sangat rajin bersolek dan bulunya halus lembut.
Semenjak Hanessa masuk madrasah, dialah yang rajin menemani aku.  Seperti habit, aku kerap meninjau dari balik tingkap cermin bilik untuk melihat Mizi.  Sekiranya dia ada, aku akan bukakan tingkap dan mengajak dia masuk.  Dia sudah tahu begitu.  Dia bebas tidur di atas katil atau di mana sahaja dia suka.  Aku sangat suka memanggil namanya, dan mendengar suaranya menyahut perlahan seolah-olah berbisik.  Matanya kuning cair selalu berbalas renungan.  Dialah juga satu-satunya yang amat jarang meniti dinding airwell, bahkan dia takut nak melompat turun ketika pertama kali muncul di atas dinding itu.  Apabila dia semakin besar, rantai locengnya kubuka supaya dia mudah menangkap habuan seperti ibunya, Cantek di malam hari.
Malam tadi Budi mengambil guni berisi jasad Mizi dan menanam di kawasan rumahnya.  Mulanya suamiku mahu menanam di sekitar kedai tetapi cangkul tiada.  Kalau kucing-kucing gelandangan sebelum ini hanya dihantar ke hutan kecil itu.  Tetapi Mizi ada perbezaannya.  Aku memang selalu mengingatkan suami yang kerap keliru dengan rupa kucing-kucing ini bahawa Mizi kucing Adik. 
Ya, yang seekor ini memang kucing kesayangan Hanessa dan kesayanganku juga.  Dia begitu istimewa.  Perangainya sopan, manja, tidak pandai berebut dan tidak garang.  Kalau makan dia sangat tekun dan tidak memilih.  Ketika Ayu digertak yang lain, dialah yang melayan Ayu hingga kucing Parsi itu sangat rapat dengannya.  Mungkin kerana itu dia tidak mengikut yang lain meniti tembok kerana tidak mahu meninggalkan Ayu  yang waktu itu masih kecil bersendirian.
Kini Mizi telah tiada.  Yang tinggal adalah kenangan.  Terbayang dia datang berlari-lari apabila aku memanggil untuk makan.  Ternampak dia makan bersama adik-adik kecilnya.  Airmata mengalir lagi.  Mizi sudah berada di syurgaloka.  Semoga nanti kita akan bersua semula.  Selamat jalan sayang.
*Aku sedang menyusun ayat untuk menyampaikan khabar duka ini kepada anakku, Hanessa, pada hujung minggu ini insyaAllah.
Catatan 10.31am – 16/5/2013

1 comment:

Noraini Hassan said...

Innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah pd Neesa.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing