Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, March 14, 2013

TUNJUK bukan beritahu



Tuesday, January 18, 2011 Posted by Azmah Nordin
Kata orang, seorang guru (sifu?) yg baik, bukan mengajar apa yg dia tau. Tapi menunjukkan cara bagaimana dia memperoleh ilmu itu, supaya pelajar dia boleh memperolehi ilmu itu sendiri - mungkin dgn lebih baik lagi. Betulkah? Wallahualam. Tapi, yang pasti, sebuah karya yg baik, bukan memberitahu maklumat/informasi secara melulu begitu saja, sebaliknya dia akan menunjuk/gambarkan maklumat/informasi itu supaya boleh `hidup' di dalam minda pembaca. Jom bezakan antara ayat `tunjuk' dgn ayat `beritahu' dan cuba teka yg mana satu yg hidup, yg mana satu mati.

Anda rasa karya anda harus lahir dlm bentuk yg bagaimana, antara dua di bawah ni?


Ok, contoh ayat `beritahu';


Suli yg berada di Kuala Tempasuk itu, sangat sedih. Dia selalu teringatkan kebakaran yg di kampungnya dulu. Dia selalu terbayang-bayangkan orang2 kampung yang menangis semasa kebakaran itu berlaku. Dia sentiasa berdendam dengan orang yg menyebabkan kebakaran rumah2 kampungnya. Dia berjanji pada diri dia sendiri, dia akan menuntut bela. Dia lalu berlari pantas ke arah kudanya yg sedia menanti. Dalam senja itu, dia nampak bulan sabit.


Contoh ayat `tunjuk';

"Suliii...!"

Dengan himpunan segala kekuatan, dlm kengiluan apabila terdengar ratapan dan raungan yang ngeri, dalam suasana langit yang terserlah cahaya cerlang pada kesuraman senja, disertai kepulan asap hitam campur merah yg bergawang-gawangan mengintari alam, dia berkejar pantas ke arah tempat kuda terunanya tertambat. Cuping telinganya sempat menangkap bunyi daun-daun pohon pari-pari mempari yg menjulang tinggi itu, bergeseran dipuput bayu dalam cuaca yang kering-garing, seperti mencuba membelai hatinya yang kering-garing dibakar bara dendam yang lama terpendam.

Gerak langkahnya dipercepat, biarpun terasa daun kering pohon pari-pari mempari dan bunganya yang berjambak-jambak, berguguran dan ada yang melayah turun, menyentuh kepalanya, seperti mencuba menyentuh alam kesedaran yang dipacu sejuta nafas tersepit. Begitu dia meneruskan lariannya, menyusuri pinggiran pantai Kuala Tempasuk, di daerah Kota Belud itu, dia membulat tekadnya. Biarlah bulan sabit yang tinggi melewati puncak Kinabalu dengan cahaya cerah menerangi jagat raya itu, menjadi saksinya. Dia pasti akan menunaikan suatu pengharapn, suatu keinginan yang bangkit menatang keharuan, suatu janji pada diri sendiri yang bertolak dari titik-titik derita.

"Pastiii...!



(ayat-ayat di atas tu, adalah petikan drpd novel Dari Dalam Cermin yg memenangi tiga hadiah berturut2. 1) Pemenang Hadiah Pertama Peraduan Menulis Novel, Kerajaan Negeri Sabah & DBP, Hadiah Sastera Sabah, Hadiah Sastera Malaysia)


Menggambarkan Secara Kreatif;

Apabila diminta menggambarkan suasana, peristiwa, perasaan dan sebagainya, anda sebenarnya bukan saja diminta utk mengait-sulatkan bait-baik indah ke dalam karya anda, setiap perkataan itu seharusnya tepat dan mempunyai kaitan dan makna yg mendalam. Juga, pelbagaikan.


Penggunaan Ayat Yg Pelbagai

Untuk mempastikan supaya pembaca dapat mengalami sepenuh ttg apa yg anda tulis, mereka seharusnya mampu melihat, mendengar, merasa, menghidu, menyentuh dunia di sekeliling mereka. Cuba gunakan bahasa2 yg pelbagai dan indah, untuk membangkitkan pelbagai `rasa' - bukan hanya pemandangan - dalam karya anda.

Bagaimanapun, dalam membuat gambaran dlm karya anda, jgn sekali2 menggunakan bahasa2 yg bombastik k. Nanti, pembaca2 akan termuntah2 pula bila membacanya!

Bagi penulis yg baru berjinak2 dlm dunia penulisan kreatif, mungkin akan rasa keliru juga dgn perkataan seperti `tunjuk, bukan beritahu' atau, bagaimana mahu menulis supaya karya anda hidup dan sebagainya. Mungkin saja, ada antara anda yg tidak faham pun apa maksudnya `tunjuk, bukan beritahu' dlm dunia penulisan itu. Ataupun mungkin anda percaya, bahawa sebenarnya, selama ini anda sudah pun `tunjuk' dlm karya anda, tp sebenarnya anda memberitahu. Mungkin sajalah, tapi mungkin juga tidak.

Walaupun `memberitahu' itu, pada ketika2nya penting juga, tapi tidak semua orang menyedari bahawa dgn `tunjuk', sesebuah cerita mahupun essei, atau blog post, karya anda akan menjadi lebih berkesan. `Tunjuk' sebenarnya, mengizinkan pembaca `mengikuti' pengarang pada detik penting itu, untuk melihat dan merasa apa yang dialami oleh pengarang. Menggunakan `tunjuk dan beritahu' secara seimbang dan betul, boleh membuatkan karya anda lebih menarik dan hidup.

Selain daripada contoh di atas, saya boleh beri beberapa tip lagi utk `tunjuk' dlm penulisan anda.

1. Gunakan Dialog Hidup.

Seorang peserta bengkel online kita ini, pernah bertanya, "Apa itu dialog hidup?" Dialog Hidup, bermakna, bukan ayat skema yg digunakan dialog. Ia membenarkan pembaca mengalami suasana atau episod dlm cerita itu, seperti yg sepatutnya, seperti di alam nyata. Daripada buat ayat seperti, `Dia sedang marah.', anda harus buat pembaca `dengar' sendiri akan kemarahan watak itu:

“Awang!” Ibu membentak," Baik kau datang sini sekarang juga, cepat!"

Dialog sebenarnya, dapat membuatkan pembaca mengenali watak dlm cerita anda dengan lebih dekat, dari segi perwatakannya, emosi dan moodnya.

2. Biar Penat Sedikit Buat Pengisian Yg Tepat, Daripada Bukan Kabur

Tentu anda pernah jumpa dialog yg sebegini kan?;

"Saya tak pernah merasa sehebat ini seumur hidup saya, sebelum berjumpa si Bunga!"


Lelaki itu tersenyum lebar. Arrh, Bunga yang baru dikenalinya itu, mampu menerbitkan dan menciptakan suatu pijaran cahaya dalam dirinya. Cahaya itu menyatu sukma - pada pagi pagi hari ketika matahari menguak dan menyerap ke seluruh nadinya. Terasa begitu indah segala-galanya, bagaikan dia berada dalam lingkaran jutaan bunga dari syurga.


(ayat kat atas tu, adalah sedutan daripada Dari Dalam Cermin juga)

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing