Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, March 14, 2013

memulakan novel misteri



Sunday, April 12, 2009 
Posted by Azmah Nordin

Wah, anda dah ada idea yang hebat utk sebuah novel misteri! Tak sabar2 lagi anda hendak memulakannya. Kalau boleh, sekarang juga anda mahu duduk di depan komputer dan menurunkan karya anda, sepantas mungkin, sebaik mungkin, seboleh mungkin!

Namun, sebelum memulakan Bab Pertama yang penuh dengan perbagai tekanan, kekecewaan, pembaikan - tidak termasuk lagi berjam-jam yang perlu habiskan di hadapan komputer anda, ada 4 langkah yg perlu anda lakukan dahulu.



1. Dgn kes Penipuan Kolar Putih dlm sebuah syarikat komputer yang menjadi pusat segala aktiviti, buatkan satu garisan masa/waktu. Tandakan/tunjukan di mana setiap watak-watak anda patut berada, pada masa/waktu yang ditentukan. Ini boleh membantu anda mencipta saksi atau alibinya nanti. Ia boleh membantu anda mengelak daripada meletakkan watak yang sama di dua tempat yg berbeza dalam satu masa. Pastikan idea anda jelas di mana bermulanya cerita anda dan berapa lama masa yg ia ambil dari bab 1ke bab terakhir. Sesuatu aksi akan lebih hebat kesannya, jika ia mengambil masa antara masa/waktu yg anda tetapkan itu.

2. Buat draf; tulis sedikit tentang perawakan, perwatakan, latar sejarah watak2 yg akan anda angkat ke dalam novel anda - tak kisahlah ia watak2 protoganis atau antagonis. Sebagai novel pertama, eloklah tidak terlalu ramai wataknya, kerana nanti anda (dan saya!) sesat ke dlm plot2 yg anda cipta nanti. Watak2nya harus terbahagi kpd tiga;

a. mangsa,

b. penyiasat (boleh saja watak heroin/hero yg bertugas di syarikat itu - atau detektif pun boleh.

c. saksi.

Setiap kali anda menambah watak, buat draf tentang mereka. Ambil masa utk memilih nama untuk watak2 anda. Menggunakan nama sementara pun ok, nanti belakang hari, jika ada sudah menemukan nama yg lebih sesuai utk jalan cerita itu, mudah saja anda tukar. Saya andaikan semua menggunakan mikrosoft words di sini kan...Apa2 pun, nama yg bersesuaian, mampu menyumbangkan sesuatu yg bermakna pada cerita anda. Lagi baik, yg senang anda ingat dan taip.

Antara yg perlu dalam draf yg bakal anda tulis kelak, adalah seperti berikut;


* bentuk fizikal watak-watak anda. Wajah. Mimik muka lazim. Gerak tubuh lazim.

* Usia

* Jantina

* Aspirasi/cita2/harapan

* peranan watak2 ini dlm cerita anda. Pro dan kontranya.

Mengenali watak
-watak anda, kesukaan atau ketidak-sukaan mereka, kekecewaan/kepahitan masa silam mereka, dan paling tidak satu kes trauma masa kanak2 mereka, sedikit sebanyak menyumbang terhadap perjalanan plot anda kelak - yg tidak akan anda jangka2kan, begitu plot2 anda berkembang dari satu mukasurat ke satu mukasurat seterusnya. Sebagai tambahan; jika anda boleh memberikan satu `rahsia peribadi' (yg berkaitan dgn cerita) kpd setiap seorang watak-watak penting, laluannya semakin jelas dilihat dan boleh dikenal pasti melalui gaya mereka yg mungkin mencurigakan dan dpt dibezakan di antara yang `bersalah' dgn yang `tidak bersalah' dlm karya anda nanti.

3. pilih-gambarkan latar/setting2 yg anda mahu masukkan ke dalam karya anda nanti. Harus disampaikan secara tidak langsung, dan harus tetap berkaitan dgn jalan cerita dalam karya anda kelak.

4. Simpan semua draf anda tentang watak2 dan latar2 ini, dalam satu fail lain, dlm mikrosoft word di komputer anda. Ini bagi memudahkan anda melakukan rujukan, kemudiannya, jika perlu. Dari semasa ke semasa, mungkin anda mahu menyusun semula dan mengembangkan informasi yg telah anda tulis sebelumnya.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing