Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, March 27, 2013

DUTA KASIH SAYANG

Semuanya dengan izin Allah jua
selamat jalan buat Ayu tersayang
kini kau menjadi duta kasih-sayang
untuk bertautnya dua ruang hati
yang saling berjauhan.

kini Ayu menjadi warga desa
terpinggir nun di celah rimba
ada suara kongkang merayu
ada suara katak berlagu
ada suara ayam mutiara menjerit
itulah kawan-kawanmu, Ayu.

keletah Ayu yang comel
mata Ayu yang cemerlang
perilaku Ayu yang sopan
kini hanya jadi kenangan
yang tak mungkin terlupakan.

pergilah Ayu
menjadi duta kasih sayang
semoga Allah menyelamatkan Ayu dari mara bahaya
dari hati yang meradang
dari aniaya penuh dosa
dari buruk sangka yang membusung dalam dada.

Nanti kita akan jumpa lagi, Ayu
kami tentu akan rindukan dering rantaimu
kelibat Ayu yang putih polkadot kuning
ekor yang panjang dan bulu yang tebal
tapi tak mengapa
kerana kini Ayu adalah penyambung ceria
dari Sijangkang ke Negeri Sembilan.

Terbayang di mata
Ayu berkejar-kejar dengan anak ayam idamanmu
panjat pokok manggis pokok rambutan pokok durian
panjat loteng kejar tikus yang lari lintang-pukang
selamatlah bantal-bantal mak dari gigitan.

Hmm Ayu
kenyanglah engkau makan kibbles hari-hari
pagi dan petang
tentu kau rindu nak makan nasi lauk ikan rebus
rindu pada kakak angkat kau, si Mizi
sebenarnya Ayu, baru sebentar kau pergi
suasana di rumah ini mula berubah cuaca
ada yang tak sempurna ...

Oh ya Ayu, jaga Tom baik-baik
dia memang budak nakal
dia baru je baik sakit perut
tapi dia kawan yang ceria
tak payah nak berebut lagi makan dalam dulang
cuma dia agak kurang sopan
masuk empat-empat kaki semua
moga-moga dia belajar berakhlak mulia


ok Ayu yang manis manja
semoga hidupmu ceria bahagia
sentiasa dalam lindungan Allah dari segala mara
yang di sini entah apa nasibnya
pagi tadi sudah ada ura-ura
ah, mak pun menyokong sama
sangat derita dan sakit hati aku dibuatnya
tapi sabarkan sahaja
kerana Allah akan bersama dan menolong orang-orang yang sabar
semoga kita dipilih Allah menjadi golongan as-sobirin
ameennnnnnnnn.

hai Ayu!
entah bila akan bersua ...

* hari ini mak balik kampung bersama Ayu dan Tom.  Keras-keras kerak nasi, kena sentuhan bulu Ayu yang gebu, mak cair hati.  Semoga Ayu dan Tom selamat sejahtera sentiasa.  Dan mak abah ceria dan sentiasa dalam hidayah Allah.  InsyaAllah ameen.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing