Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, November 30, 2012

jahit nama di baju

sepanjang siang semalam, Khamis, aku duduk di mesin jahit antik milik mak tu.  Aku menjahit name tag sekolah Hidayat dan Hanessa ke jubah dan tuala masing-masing.  Name tag tu aku cabut dari uniform sekolah dan tudung sekolah.  Ada yang dah agak luntur sebab direndam dalam klorox.  Ada yang masih cantik dan terang.  Tak kisah, yang penting nama dapat dibaca. 

Mulanya nak jahit tangan je, tapi banyak tu ... maka mesin jahit yang dah disimpan dalam bilik ditarik keluar ke tempat terang dan projek letak name tag pun bermula.

Kini jubah Hidayat ada nametag di atas poketnya.  Mudah je dibaca oleh ustaz dan kawan-kawan nanti.  Nama Hanessa disorokkan di kolar jubahnya.  Cadar pun dijahit nama.  Kopiah, serban dan tudung.  Hmm ... hampir semua ditanda.  Apabila name tag dah habis, aku tampal keratan kain pelikat lama yang dah tak boleh digunakan lagi di pakaian lain.  Terutama Hidayat, pakaian rasmi dan pakaian basahan tentu sama untuk semua pelajar iaitu t-shirt putih, seluar putih atas buku lali dan jubah.  Memang dah dicatat di dalam senarai pakaian yang diberikan supaya setiap satu diletak nama.

Kerja aku akhirnya siap selepas Isyak.  Alhamdulillah.  Kini tinggal melipat kemas-kemas dan cari beg.  Nampak macam kena beli beg baru sebab semua beg yang ada dah rosak zipnya di tangan pemakai awal ... Naqib khususnya.  Ada yang jem, ada yang tanggal zip dan ada yang koyak.  Yang ada beg-beg besar gedabak tu ... tak sesuai langsung nak dibawak ke madrasah.

"Alahh ... bungkus je ngan kain ... bukan nak pakai beg tu ... lepas tu disimpan je"  kata suami aku bila aku khabarkan pasal beli beg baru.

gambar hiasan


Thursday, November 29, 2012

kampungku banjir

kalau dalam geografi, kawasan paling kering dalam Semenanjung Malaysia ialah Kuala Pilah dan kawasan sekitarnya.

Just now i received a sms from my sister, informed me air naik separas lutut di rumah mak Ramlah aku di Kg Bukit Perah, Batu Kikir.  Subhanallah!

Mujur ada anak saudaraku, Shahamin, yang tolong angkat peti ais, mesin basuh dan segala bagai ke tempat tinggi malam tadi. 

(* correction ~ baru dapat berita sebenar.  Shahamin balik tengah malam air dah naik, dan dia tolak je peti ais dalam air tu ke tempat lain.  Semua barang dapur terapung-apung dalam air.  Alhamdulillah pagi ni peti ais masih boleh di on macam biasa.  Syukurlah tak de short circuit, sangat bahaya kalau arus elektrik mengalir dalam air.   Tapi mesin basuh lum check lagi, katanya.)

Syukurlah mak R tak tidur di bilik bawah.  Dan juga mak R (serta semua orang) lega, sebab wan dah balik kampung ... tak tidur di bilik bawah tu ... aku cuma membayangkan wan tiba-tiba rasa basah dan sejuk di tengah malam buta, sebelum menyedari air dah naik paras lutut orang dewasa yang sama aras dengan katil ...


Alhamdulillah, apabila abang ipar aku bergegas balik dari Bangi bersama anak bujangnya (my sis stuck in the office) untuk tolong bersihkan dapur yang dinaiki air lumpur tu.  Dan tiba-tiba mak R rasa macam kakinya (bahagian tapak kaki kanan) terpelecok tanpa sebab, bangun tidur pagi tadi rasa sakit nak pijak lantai.  Then abang ipar aku bawak gi urut dengan tukang urut Hajah Hafsah.  Hmm memacam ya ... tiba-tiba air naik dan tiba-tiba kaki mak sakit.  Semuanya dugaan dan ujian dari Allah.  Semoga mak diberiNya ganjaran pahala atas kesabaran.

Aku call mak J tanya khabar.  Dia kata rumah pusaka juga dinaiki air di ruang dapur aras buku lali.  Mujur rumah tu bertiang tinggi, yang dinaiki air tu ialah dapur bawah termasuk bilik uwan.

Camana la tu ... aku terbayangkan uwan nak berjalan dalam air bertakung ... teramatlah bahayanya.  Lantai jadi licin.  Mak cakap wan terbuang air besar sebelum sempat sampai ke toilet.  Now mak sedang mengemaskan lantai dan cuaca pulak sejuk lembap.

Semoga Allah beri mak iman yang tinggi dan ketabahan yang cukup kental meladeni uwan, insyaAllah.  Semoga mak sabar dan amat-amat sabar.  Allah tak akan menguji hamba-hambaNYA lebih dari kemampuan yang Dia berikan.

Now kat sini cuaca panas terik walaupun pagi tadi lambat terang.  Aku nak sidai baju 2nd trip ni, ada lagi satu trip cucian pakaian yang baru dibeli untuk Hidayat dan Hanessa tu ... semoga cuaca cantik hingga semua sidaian kering garing, insyaAllah.

peristiwa minggu ini

1.  Puan Cantik manis selamat bersalin beranak kat bawah katil Naqib, tempat yang sama dia beranak Budak Bulu2 bulan April 2012 lepas.  Kata budak-budak ni, anak dia 4 ekor jugak.  Ada yang hitam macam Putam.  Sahih anak Putam.  Budak Bulu2 tu tak tau la anak sapa ... tak kesah n tak jadi hal la ...

Suami aku tak perasan langsung perubahan Cantik.  Dia kata nak buang hantar Cantik ke mana-mana tempat ramai orang, "karang dah beranak, susah."  Aku naikkan status 'ahli zikrullah dah bertambah kat rumah ni' kat fb pun suami aku masih blur lagi.  Dia tanya maksud status tu, aku sengih je.  Tunggu dia tau sendiri hehe ....

Malam tadi, dia balik dari kedai terus menuju ke bilik Hidayat yang bertutup pintu.  Dia dah terdengar suara anak kucing yang halus tu.

"Dah beranak eh?" katanya mencari-cari arah suara anak kucing.  Memang telinga lintah, bunyi halus pun dia dapat tangkap.

Dia kata nak buang jugak si Cantik tapi aku sejukkan hatinya.  Cantik dalam 'berpantang' macam tu, aku tak sanggup dia dihantar ke mana-mana.  Memang aku bantah, dan memang aku benci sikap manusia yang sanggup membuang ibu kucing yang baru beranak.  Kalau nak buang, tunggu la anak tu besar sikit.

Ibu kucing tu masih belum pulih kesihatannya, nak menjaga anak kecik yang belum bukak mata, nak sesuaikan diri dengan keadaan baru pulak.  Haihh tak kesian ke?  Anak bukan sekor plak tu, selalunya lebih dari tu.  Cer bayangkan!!!  Inilah agaknya kes Tompok yang aku jumpa kat tepi tayar kereta orang dalam hujan tu.  Tali pusat belum tanggal lagi, mata pun belum bukak, nyaris jadi leper kena lenyek. 

2.  Allah SWT jadikan manusia ni memang berlainan bangsa dan sikap.  Lain personaliti dan lain takdir.  Lain keturunan dan lain rupa paras.  Tak ada yang sama, hatta kembar seiras yang paling serupa.  Mesti ada lainnya.  Maha Hebat Allah yang Maha Pencipta.

Aku selalu jumpa orang-orang yang aku rasa ada persamaan personaliti.  Bukan sama dengan aku, tapi orang-orang yang mereka saling tak kenal (aku je kenal) dan mereka ada persamaan sedikit-sebanyak.  Terkecuali, untuk diri dan suami aku.  Selain tu, ada je yang pada aku, 'eh dia ni macam kawan aku yang tu laa ...'

Terbaru, aku terkesan dengan seorang wanita ni.  Orangnya gempal dan putih kuning.  Nampak seperti suri rumah sepenuh masa, dan aku sungguh tak menyangka dia ligat bergerak dalam diam, dan ligat bisnes rupanya.  Hmm ... sama la dengan rakan aku yang sorang lagi tu ...

Tak sama langsung dengan aku hehe ...  Terkesan?  Ye le ... ligat bisnes duit masyukkkk ... boleh fly2 selalu ... sapa tak mau ... ye tak?

Dan aku ada urusan penting dengan si polan seorang ni ... semoga Allah permudahkan dan berikan kesudahan yang terbaik.  InsyaAllah.

Persamaan faktornya antara yang aku nampak, mereka memiliki kurang tanggungjawab di rumah walaupun bergelar surirumah.  Anak mereka seorang atau dua, dan suami mereka selalu ada urusan yang lama di luar.

Sebagai perbandingan, aku juga ada seorang kenalan  yang ligat ke luar rumah untuk urusniaganya, dan dia memiliki 4 anak yang sedang membesar, yang selalu ditinggalkan, pandai-pandaila nak goreng telur ke apa ke untuk makanan sendiri.

Tapi tak aku nafikan ada ramai wanita yang beranak ramai masih menjadi peniaga berjaya sambil menguruskan anak-anak tanpa terbiar.  Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.  Allah sebaik-baik penolong dan pemudahcara.

* sebenarnya peristiwa no 2 ni lebih penting dari peristiwa no 1 ... 

*~*



Tuesday, November 27, 2012

Hanessa ke madrasah

Tiba-tiba telefon suami berbunyi.  Dia berbicara sesuatu dengan seseorang, macam orang perempuan gayanya.

"Ustazah SH tepon.  Dia tanya bila Adik nak masuk asrama."  habis bertelefon, suami memberitahu aku begitu.

Ahad ni, 2 Disember, dia dan Nisa Irdina akan kami hantar ke madrasah.  Begitulah aku dengar suami memberitahu di telefon tadi.

Aku setuju.  Memang dia akan duduk di madrasah sepenuh masa untuk cuti Disember je.  Tahun depan aku akan hantar dan jemput dia setiap hari.  Ustazah dah beritahu semasa temuduga tempohari, pelajar paling kecil dibenarkan duduk di asrama ialah 11 tahun.  Hanessa hanya berumur 8 tahun pada Mac 2013.  Kelebihannya, dia ada kakak di sana.  Tapi, nampaknya macam ustazah keberatan nak menerima Hanessa sepenuh masa.  Aku pun rasa hmm ... biarlah dia seorang ulang-alik.  Tak le aku sunyi sangat setiap hari.

"Ustazah kata Adik boleh duduk asrama tahun depan."  suamiku menyambung.

Hahh?!!  Aku terkejut, tapi segera aku ucapkan alhamdulillah.  Mesti ucap syukur kepada Allah,  tentulah ada kebaikannya.  Sebab sebenarnya aku memang nak dia duduk asrama, tapi aku akur pada keputusan awal ustazah.  Tak sangka pulak keputusan mesyuarat berubah begitu.  Semua permohonan dan sebarang hal mesti melalui mesyuarat terlebih dahulu di antara para ustazah dan mudir.  Jadi, aku yakin mereka telah membuat keputusan yang betul dan tepat.

Kiranya Hanessa bakal menjadi pelajar paling muda tinggal di madrasah.  Pelajar muda yang lain semuanya ulang-alik.  Apa-apapun, menginap di sana untuk cuti ini akan menjadi testing kepada dia.  Apabila habis cuti dan musim sekolah bermula, semua pelajar sementara akan pulang ke rumah masing-masing termasuk Nisa Irdina nanti.  Yang ada ialah pelajar yang jauh lebih tua termasuk kakaknya.  Aku tak sure ... tapi sentiasa aku titip doa untuk Hanessa semoga hatinya cukup kental dan tabah.

"Dik, ustazah kata Adik boleh tinggal di asrama tahun depan.  Adik nak ke?"  aku tanya ringan pada dia.

Hanessa angguk.  "Sure??"  aku tekankan lagi.

Dia angguk, "InsyaAllah!"  jawabnya tegas.

"Alhamdulillah.  Kita try ok.  Mama akan doakan Adik."

"InsyaAllah."  sahutnya sama, selamba.  Dia apa-apapun kini, akan menjawab 'InsyaAllah'.

Aku teringat kakaknya.  Minggu lepas, ketika bercakap di telefon, dia berkata, "Ma, kalau Ain cakap mama jangan marah ya ..."

Aku dah mula saspen.   Ada kes ke?

Hmm ... dia dah langgar peraturan kerana mengikut ajakan rakan (naik ke bilik ketika semua ustazah sedang bermesyuarat).  Aku anggap ini kes nakal dan tak menggunakan pertimbangan waras serta terpengaruh dengan rakan.


"Macamana kamu ni?  Diri sendiri pun tak boleh jaga, macamana nak jaga adik kamu?"  begitulah lebih kurang ustazah memarahinya.  Katanya, selepas itu dia menulis surat kepada ustazah memohon kemaafan.  Entah apa lagi ditulisnya, aku bertanya tapi tak diberitahunya. 

"Ustazah senyum-senyum kat Ain lepas baca surat tu, ma ..."  Hmm ... apa la yang dah dirapunya dalam surat tu hehe ...

Aku pun tambah sikit mencukupkan perencahnya di telefon.  Dek kerana kes inilah aku tak harap sangat Hanessa akan diterima tinggal di asrama. 

Walaupun si kakak telah tolong backing Hanessa, "Adik saya tu lebih berdikari berbanding saya, ustazah."

Hahaha ... kalau dibelek-belek dan diperhatikan personaliti dan fiil keduanya, nampak si adik terkadang lebih tegas dan jelas prinsipnya berbanding tiga yang lain.  Wallahu'alam.  Setiap anak ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.  Ada banyak faktor khususnya ketetapan Allah sejak azali di Lauh Mahfuz.

Menanti Januari 2013 tiba, ada beberapa perkara penting bakal berlaku dalam hidup kami sekeluarga.  Antara yang pasti insyaAllah ialah Hidayat dan Hanessa memulai pengajian di madrasah sebagai pelajar hafiz dan hafizah.  Lain-lain ... sama-sama kita tunggu ceritanya nanti insyaAllah.



cari jubah di SP

Hari ni aku bercadang nak cari jubah anak-anak.  Target pertama ialah di kedai-kedai di kawasan masjid Sri Petaling.  Hurilain kata kat situ insyaAllah ada jubah kanak-kanak perempuan juga, dan harganya berpatutan.  Kalau tak ada, kami akan cari di masjid TTDI Jaya, seperti cadangan suamiku.

So aku call jiranku, Wati.  Anaknya Nisa Irdina yang tua dua tahun dari Hanessa dah terpikat nak ikut sama ke madrasah untuk program cuti sekolah sepanjang Disember ni.  Katanya, dia berkali-kali bertanya untuk memastikan betul-betul ke Nisa nak ikut.  Ternyata budak tembam tu memang dah terkinja-kinja nak bersama Hanessa ke madrasah.  Abangnya, Ariff yang sebaya Hidayat pulak sebaliknya, tak hingin langsung nak menyertai Hidayat ke madrasah.  Hmm ...  semoga Allah buka hatinya satu hari nanti insyaAllah.

Aku khabarkan kepada Wati di pejabatnya yang aku nak beli jubah hari ni.  Nanti aku singgah menjemput Nisa di nurseri untuk dibawa bersama mencari jubah hitam yang bersesuaian.  Kelmarin mamanya mencari jubah di PKNS Shah Alam, harganya terlampau ... hampir RM80.  Bukan tak boleh beli, katanya, tapi untuk Nisa tak perlu la mahal sangat sementelah aku dah khabarkan harga jubah yang berpatutan di Sri Petaling.

Setelah mengambil Nisa, kami singgah di JJ.  Suamiku keluar sebentar menuju tempat tukaran wang asing ... kelmarin aku terjumpa $B101 ketika menyelak-nyelak diari lama.  Boleh la buat tambahan untuk beli apa-apa keperluan anak karang.  Rate hari ni ialah 2.78.  Kira ok la tu, bahkan ok sangat.  Syukur alhamdulillah. 

Duit lama mas kawin aku pun aku bawak sama.  Bukan apa, aku fikir dah tak perlu la dok simpan je duit tu, tak banyak pun, hanya RM22.50 je.  Yang 50sen pun dah lesap ntah ke mana.  Ntah la, dari sejak kawin suami aku suruh simpan je duit tu.  Tapi hari ni bila aku kata nak gunakan, tak mau simpan lagi, dia akur je. 

"Doa semua ... doa banyak-banyak ... kita nak cari jubah ni ... biar karang jumpa jubah yang kita nak.  OK?"

Dalam perjalanan aku pesan begitu pada anak-anak.  Masing-masing jawab dah berdoa.  Aku pun berdoa sama, berkali-kali.  Hanya Allah yang memudahkan semua urusan.  Keluar rumah bersama harapan dan doa lebih aku sukai.  Inilah caranya nak mendidik anak-anak, bukan setakat teori tapi praktikalnya juga.  Supaya mereka faham dan mengerti, bukan bergantung harap pada ibubapa.  Bukan berharap penjual jubah ada jual jubah yang sesuai.  Bukan berharap kosong je.

Tapi doa minta pada Allah.  Apa-apa mintak pada Dia.  Doa banyak-banyak.  InsyaAllah.  Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasih.

Ketika jubah Hanessa dan Hidayat dah dibeli di gerai luar kawasan masjid SP, jubah untuk Nisa belum ditemui.  Yang ada, sempit dan sendat.  Aku suruh dia berdoa lagi, "Nisa, minta kat Allah, sat gi kita jumpa jubah Nisa pulak.  Doa tau!"  Makcik penjual tertawa kecil mendengarkan aku yang kepoh sikit.  Hanessa dan Nisa cuit-mencuit, bertolak-tolak dan bersenda-gurau, naik rimas aku. 

Kami  cari di deretan kedai dalam kawasan masjid.  Kedai pertama tak ada yang sesuai.  Kedai kedua, alhamdulillah syukur.  Bukan je penjualnya sangat membantu (hensem plak tu hehe), jubah yang sangat sesuai dengan saiz badan Nisa ada di situ.  Tak payah nak kerat lagi, memang ngam sangat dengan dia.  Alhamdulillah.  Aku belikan dua helai untuk dia. 

Aku teringat buku kisah-kisah wali yang aku idam-idamkan.  Dulu datang tak ketemui.  Tadi, dua kedai yang aku bertanya pun kata tak ada, kisah nabi-nabi ada le ... Tinggal satu kedai je belum masuk lagi.  Kedai yang hujung sekali tu.  Kedai yang itu memang jarang aku singgahi sebab jauh ke hujung.  Urusan anak-anak semua dah selesai, kalau tak ambil kesempatan secepat mungkin bisa je aku terlepas peluang keemasan yang ada. 

Ketika suami menunggu urusan pembayaran jubah selesai, aku segera mohon pada dia untuk ke kedai paling hujung tu.  Aku bergerak sorang-sorang sebab nak cepat, tapi bila dah masuk kedai rasa teramatla janggalnya.  Pelanggan tak ramai, tapi aku sorang je wanita kat situ.  Aku keluar semula ke kaki lima kedai meninjau memerhati kelibat anak-anak dan suami.  Akhirnya aku terpandang Hidayat dah siap berjubah dan serban duduk di kaki lima kedai nun di hujung sana.  Segera aku lambai-lambai dia supaya datang untuk menemani aku.

Melihat Hidayat berjubah serban, sejuk rasa hatiku.  Nak pulak dia pakai, desis hatiku.  Dia kelihatan gebu, sebab pakaian asal tak dibukanya, disarung lagi seluar putih baru dibeli, kemudian berjubah dan serban.   Hmm ... tentu abahnya yang suruh pakai tu.  Kalau aku yang suruh, wallahualam ...

"Ada buku kisah wali-wali tak?" tanyaku pada penjual.

"Ada, sana."  tunjuknya ke satu arah yang ada banyak kitab dan buku.

"Mana?"  tanya aku balik buat-buat tak faham. 

Di kedai pertama tadi, macam tu juga aku diberitahu oleh penjual yang berada di kaunter.  Aku cari tak jumpa.  Dia kata sebelah kiri, aku konfius kiri dia ke kiri aku ...  Aku cari semua rak tak ada pun.  Tak ada la tu ...

Si penjual menuju ke rak yang dimaksudkannya tadi dan mengambil satu susunan buku lalu meletakkan di hadapanku.  Uihh ... rupanya ada 7 jilid ensiklopedia kisah wali-wali.  Harga sebuah buku ialah $10.  Aku mesti ambik semua ni, tak boleh lepas.  Aku congak-congak duit dalam dompet.  Tawakkal Allallah ... aku setuju nak ambik semua buku tu.  Lepas tawar-menawar, dapatla kurang $10.  Tengah terkial-kial mencari duit secukupnya, suamiku menghulur not 50 buat tambahan. Alhamdulillah,  akhirnya semua buku kisah wali-wali Allah diizinkan Allah menjadi milik aku.

Puas benar rasa hatiku.  Bagi aku, kisah wali-wali Allah jauh lebih afdal dan bermanfaat lagi berkah untuk aku tekuni daripada novel-novel yang ada di pasaran, seIslamik manapun novel rekaan itu.  Ia kisah benar, kisah unggul para kekasih Allah yang aneh-aneh lagi ajaib.  Kisah yang satu dalam sejuta.  Kisah digiring iman dan taqwa.  Pertama kali aku terdedah kepada kisah para wali Allah ketika form 4-5 di Canossian Convent Segamat.  Aku mencari buku-buku ini di celah-celah berbagai buku cerita yang ada di library. (Aku turut terjumpa dan membaca buku-buku nukilan penulis Yahudi dan Nasrani.  Di situ juga aku membaca buku cerita tentang wujud Allah yang bertempat macam yang dianuti oleh para WahabiSalafi hari ini.)

Terpesona dan terikat hatiku, kini akan aku ulangi perjalanan yang dirintis pada kisah para kekasih Allah.  InsyaAllah.  Alhamdulillah.












Monday, November 26, 2012

Pasal niqab ni, aku perasan mak masih tak boleh terima lagi penampilan aku begini.  Aku perasan airmuka mak yang tak suka tapi kurang ketara.  Semasa aku ziarah uwan di hospital, aku bertembung dengan anak tiri mak @ kakak tiri aku jugak ... Aku tak tau la mereka terkejut tahap mana, tapi aku selamba je bersalam dan peluk kakak ni. 

Kata kak Lia berbasa-basi semasa berpelukan, "ni sapo ni?" 

Aku berborak macam biasa cuma senyum sengih aku terselindung di sebalik kain purdah.  Tapi aku yakin mereka boleh agak bila aku tersengih.

***

Ketika akan pulang, aku bersiap-siap selengkapnya tinggal pakai niqab je yang terakhir, dah ready dalam kotak bulat tu.   Tadinya, aku solat Dhuha beserta solat hajat, semoga Allah mudahkan semua urusan dan tetapkan kami dalam iman.  Aku dapat merasakan hatiku yang agak bergetar beransur tenang sesudah itu.  Ya, aku mahu menjadi kebanggaan Rasulullah SAW.

Selepas bersalam peluk dengan kakak ipar, akupun mengikat niqab ke wajah.  Mak mertua yang dah ready duduk di muka pintu tak menegur apa.  Kakak ipar pun bersahaja.  Aku je yang ... tak tau nak kata apa pada perasaan sendiri.  Akhirnya aku bersalaman pula dengan abah mertua.  Mereka semua selamba je.  Hmm ...

Kami singgah pula ke rumah bapa saudara suami sebelah ibunya untuk bertanya khabar.  Lalu di depan rumahnya, tak patut la tak singgah.  Perasaan aku masih terasa aneh, namun selalu aku ingatkan diri bahawa aku mahu jadi kebanggaan Rasulullah SAW. 

Ketika bersalam peluk dengan mak saudara suami, dia seperti keliru.  Cepat-cepat aku perkenalkan diri.  Muncul pula bapa saudara suami (adik mak mertua).

Katanya, "Wah, dah pakai purdah ni, alhamdulillah.  Hah, salam! (sambil dia menyuguhkan tangannya kepadaku) tak batal wuduk, bapak saudara sendiri."

Aku terkesima.  Bapa saudara yang ini khabarnya memiliki prinsip keras dan tegas.  Aku tak tau sangat, tapi dari khabar ceritanya, bapa saudara bekas tentera ni kalau hitam katanya, hitamlah.  Kalau putih katanya, putihlah.  Dek kerana tak begitu mengenali peribadi pak usu, aku pernah 'menegur' apabila pak usu sharing gambar arwah anak perempuannya di fb (potret tak menutup aurat).  Boleh refer kat entri lama aidilfitri lepas.

***

Ketika menemani wan di hospital, wan memerhatikan aku seketika.  Kemudian wan berkata, "bukak la muko tu ... wan tak dapek tengok ... bukak la ..."

Suara wan perlahan je, iye la, semput.  Aku pun jawab perlahan, "nanti kek umah bukak la yo wan ..."

***

Masih ramai ahli keluarga yang belum maklum dan belum melihat aku secara 'live'.  Mungkin ada yang dah mendengar khabar.  Aku tak kisah.  Aku suka menjadi orang asing.  Ketika sunnah dipandang pelik dan janggal, aku berdoa semoga keluargaku dan anak cucu keturunanku menjadi pejuang sunnah sehingga kiamat menjelma. InsyaAllah.  Ya Allah, kumohon kekuatan dariMU, bantuanMU dan pimpinanMU.  Pilihlah kami untuk menjadi penguat agamaMU, pembantu agamaMU dan janganlah KAU keluarkan kami setelah KAU pilih kami.  Ya Allah, janganlah biarkan kami walaupun sesaat.  






mak nak belanja makan kfc tapi ...

semasa di kampung, ketika minum petang, tiba-tiba mak ajak abah masuk ke ruang hall dapur yang terlindung dari kami.  Entah apa yang dibincangkan ... kami tak kesah.  Terus minum dan layan uwan borak-borak macam biasa.  Hujan turun barai-barai ...

Mak abah muncul semula.  Mak kata, "ada sepraissssss!!! nanti malam atuk nak belanja kfc!!!"  Mak tepuk-tepuk belakang Hidayat sambil tersenyum lebar.

Aku spontan bersorak gumbira.  "Yeayyyy!!! makan kfc!!! mama nak cheezy wedges, tak mo ayam.!"  Cehh, dengan tak malunya aku segera membuat order.

Hidayat dan Hanessa sama la bersorak ... kanak-kanak riang ... patut le ... aku?  Hehe ... mak kanak-kanak riang :P

Kata suami aku pulak, "Laa tak de la sepraisnya dah cakap awal-awal ..."  Hihihi ... lantak la ... mak saja nak belanja Hidayat tu, sebab telah selamat berkhatan tanpa kerenah. 

***

Petangnya aku ditugaskan mengacau rendang.  Maka akupun bermain mata dengan asap-asap yang menerpa dari api yang marak membakar kayu di bawah kawah rendang, sambil didendangkan nasyid kegemaran dari hp.  Hanessa menemani sehinggalah dia terlompat-lompat mengikut suami dan mak ke rumah Tuan Imam untuk urusan tepung tawar kereta.  Aku tinggal bersendirian.

Sebelum mak pergi, mak sempat berbicara begini : "Karang nak makan kfc tak yah la pakai jebeng tu (niqab) ... kang susah nak makan."

Aku diam, terdiam dan mendiamkan diri.  Senyap tak menyahut walaupun sepatah. 

Confirm, aku tak akan ikut makan kfc, insyaAllah!  Itulah keputusanku, muktamad. 

***

Ketika mak mula menggera anak-anak aku bersiap untuk keluar makan kfc, aku masih santai bersama telekung.  Mak menyuruh aku menyiapkan makanan suamiku tadinya pun aku masih bertelekung.  Sehingga saat akhir mereka semua dah siap, aku tetap dalam telekung. 

"Jom la copek siap.  Kato nak makan kfc ..." kata mak hairan melihat aku.

"Tak po la mak ... kang susah nak makan."  sahut aku slow. 

Mak suruh abah pulak ajak aku.  Jawapan aku sama.  Suami dan anak-anak mengajak, pun sama jugak aku jawab.

Haihh ... kenapa la mak tak faham.  Kenapa mak tak cakap macam ni, "tak po la ... kau nak pakai jebeng tu pakai la ... dah jom copek ..."  kan senang hati aku.

Ni aku cakap karang susah nak makan, mak tak cakap apa pun.  Walhal aku ada maksud di sebaliknya.  Aku sebenarnya nak la ikut, tapi biarlah aku pakai niqab.  Aku dah janji pada Allah Taala, janji pada diri sendiri, aku tak akan bukak niqab sehingga nafasku yang terakhir.  InsyaAllah.  Takkan nak pi makan kfc, aku bukak niqab ni.  Aduhaiiii ...  Aku rasa janggal la ...

Bila mereka semua dah bergerak, aku rasa nak menangis. Apakah aku terlalu keras hati?  Tapi keras hati ke keras kepala ke ... aku hanya tak nak bukak niqab je.  Suami aku ok je ... bahkan dia kata kalau boleh dia pun malas nak pergi (agaknya sebab aku tak mo ikut) tapi dia kena la pergi jugak at least dia cover line, dan jadi drebar, bawak kereta baru plak tu ... hihi ... so as long as suami aku ok, aku tak kisah apa mak nak kata.

Dan akhirnya meleleh jugak airmata aku.  Tapi tak boleh jadi ni!  Aku angkat beg berisi al-Quran dan kitab taklim ke bilik uwan.  Kat bilik uwan, aku duduk atas katil dan membaca semua surah-surah yang biasa aku baca setiap malam, sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.  Selepas tu aku baca Ayat Manzil.  Masa ni lampu bilik uwan tiba-tiba jadi malap macam nak terbakar, terpaksa pulak aku rapatkan kitab dekat ke mata.  Habis je sekali round Ayat Manzil, mereka yang pergi kfc pun balik.  Aku ingat nak buat tiga round Ayat Manzil so kena la kensel.  Karang lagi satu isu aku melekat kat bilik uwan pulak ... haihh ...

Hahaha ... aku gelak dalam hati ... sebab rupanya mak beli tapau bawak balik rumah satu bekas besar kfc.  Ingatkan makan kat sana, sebab dengar macam tak best makan kat rumah (sebab dah sejuk).  Aku tak tunggu lama, terus je duduk mencelah dan ngap cheezy wedges yang dibelikan untuk aku.  Buat dek aje le ...  tak lama kemudian uwan pun datang join dan sama-sama makan cheezy wedges.  Suka rupanya uwan makan kentang tu ...

Kesimpulannya, bila Allah dah tetapkan rezeki aku makan cheezy wedges malam tu, aku tetap akan dapat makan cheezy wedges.  Bila Allah tetapkan aku dapat pakai kereta besar sikit, aku dapat pakai walaupun aku rasa macam tak percaya je.  Means selagi masih ada rezeki aku di alam fana ni di mana-mana corok sekalipun, aku akan dapat rezeki tu sehinggalah bila dah habis semua, ajal pun akan tiba.  





catatan untuk maklang (1)

Assalamualaikum mak lang ...

lama kita tak bersua ... mak lang apa khabar?  kali terakhir kita bertemu masa kat Kg Delek ... bila ya ... awal tahun ni ke ... akhir tahun lepas ke ... tak ingat pulak.

mak lang dah jenguk wan ya ... kata orang katil depan wan, ada sekeluarga datang berziarah sekitar jam 11 malam Ahad menjenguk wan.  Tentulah mak lang dan anak-anak.  Alhamdulillah.

Dengarnya mak lang dapat cucu baru, lelaki lagi.  Syukur dan tahniah, bertambah lagi ahli keluarga mak lang.  Tentu comel si kecik tu.  Dan cucu di Segamat pula baru berkhatan.  Kami sekadar mendengar berita di angin lalu sahaja.  Semoga majlis yang meriah dirahmati Allah.

Bila mak lang nak balik kampung pulak ya ... syukurlah aidilfitri lepas Along, kak Tam dan Ateh ada balik ziarah wan. 

Hmm ... bersambung.

Flashback ~ uwan jatuh



Hari Jumaat, aku sampai dari Sijangkang.  Aku perasan kaki wan tegang bengkak.  Bermakna ada air di dalam tubuhnya.  Bila aku picit, meninggalkan lekuk dan uwan rasa sakit. 

Kemudian aku disuruh mak mesin berkeping-keping kelapa untuk buat rendang daging.  Macam biasa, bila ada tetamu datang uwan akan datang ke meja bulat di luar dan duduk bersantai bersama.  Tadi aku tinggalkan uwan di situ dan mula mesin kelapa.  Entah mengapa sedang asyik mesin kelapa sambil berzikir dan berdoa janganlah jari aku terkena duri mesin tu, aku tertoleh ke arah pintu masuk ke hall dapur. 

Aku terpandang wajah uwan yang macam nak menangis.  Uwan sedang berdiri di pintu memandang aku.  Secepat kilat aku off suis mesin kelapa dan bergegas mendapatkan uwan.  Rupanya uwan sukar nak angkat kaki melangkah bendul yang rendah tu. 

"Allah ... hari ni lutut uwan sakit bonar ... tak ponah macam ni ..."  adu uwan pada aku. 

Aku serba salah nak membantu bagaimana ... akhirnya wan suruh aku paut tangan kirinya dan bimbing dia melangkah perlahan-lahan.  Aduhai ... aku teringat anak perempuanku di madrasah.  Kalau dia ada sama, tentu dia yang sedang membimbing tangan uwan.  Memang dia lebih banyak spare time dengan onyangnya lebih daripada buat kerja lain, dan uwannya akan bising sebab dia kurang menolong di dapur ... hehe ...  Dan onyang pun akan panggil dia semata.  Peliknya kalau aku yang panggil ... hmm ... lagi laju dia mendapatkan onyangnya daripada datang kat aku.  Entah apa daya penarik onyang padanya, hanya Allah yang Maha Tahu.  Tapi dia pernah menangis teringatkan onyang ... aku garu kepala.

***

6.30pm ~ aku teringat Uwan suruh aku buat lauk sayur kobis untuk dia makan petang nanti.  Ketika ini aku masih mengacau rendang nun di belakang sana bersendirian.  Suami dan anak-anak mengikut mak ke rumah Imam Gamin untuk tepung tawar kereta crv tu.  Sebentar lagi waktu berbuka ... Alhamdulillah, tak lama lepas tu mak balik dan aku serahkan urusan rendang pada mak. Aku bergegas buatkan sayur kobis untuk wan, dan mandi sunat hari asyura.

2am ~ uwan jatuh terduduk di bilik air.

4pm Sabtu ~ uwan dihantar ke hospital.  Mak memberitahu, selepas aku sekeluarga bergerak meninggalkan kampung, uwan tidur tak bangun.  Tak makan tengahari dan tak solat.  Ketika mak jenguk sekitar jam 3pm untuk bertanya keadaan wan, wan kata nak buang air dan nak bangun tapi wan tak berdaya.  Kata mak, wan macam sedar tak sedar.  Bercakap pun tak clear.  Aku rasa semput wan semakin teruk tapi mak tak perasan.  Wan tak berani sangat jamah makanan berangin macam pulut dan tapai, tapi dia dengan selamba dah makan pulut cicah rendang masa sarapan bersama pagi tadi.  Mungkin kesannya dah menguasai diri uwan.

12pm Ahad ~ aku sekeluarga tiba di hospital Kuala Pilah.  Uwan memakai tiub oksigen di hidung dan ada saluran bersambung ke peket beg untuk air kencing.  Aku berada di sisi uwan hingga jam 3pm.  Aku cuba melayani uwan sebaik mungkin.  Aku beberapa kali siputkan rambutnya yang tak bersarung.  Aku picit pelan-pelan lengan dan tangan uwan, serta lutut uwan. 

Apa yang pasti, uwan resah.  Uwan tanya tongkatnya.  Uwan kata makan tak kenyang sebab lauk sayur liat.  Gigi palsu wan sudah ditanggalkan oleh attendant ketika menjemputnya tadi.  Wan macam mengantuk tapi katanya dia tak mengantuk. 

Aku belek uwan dalam diam.  Aku sempat snap gambar wan.  Aku doakan semoga Allah permudahakan urusan kehidupan wan. 

Ketika mohon diri, aku minta ampun maaf pada wan, dan berpesan agar wan banyak-banyak berzikir ingat Allah.  Wan angguk dan kata, 'InsyaAllah ...'

Alhamdulillah.  Tahap kesedaran wan masih normal, cuma mungkin kesan ubat berserta oksigen yang masuk ke hidung wan membuatkan wan separuh mamai.

Semoga kita bertemu lagi, wan.  InsyaAllah.

~> jazakillahu khoir to my sister Noraini sebab buatkan lemang bungkus dan bagi talam ubi, sedap ... Alhamdulillah. 

Uwan masuk hospital lagi

Aku tersentak jaga.  Ada suara mendayu-dayu meminta tolong dari arah dapur. 

'Suara wan!' bisik hatiku.  Dalam samar cahaya lampu tangga, aku meraba getah rambut dan mencapai tudung.

Sambil tu, aku menggesa suami supaya bangun.  "Bang!  Bang!  Bangun ... suara wan tu!!"

Aku berlari ke dapur.  Suamiku pun ikut sama berlari-lari.  Kami dalam keadaaan mamai bercampur cemas.  Melintasi pintu ke ruang bilik air, aku ternampak kaki uwan di pintu bilik air.

Uwan jatuh!  Dia terduduk, punggungnya di atas lantai bilik air dan kakinya menjulur keluar.  Seketika itu, mak muncul di belakang kami. 

***

Suamiku cuba mengangkat uwan tapi tak berdaya.  Bukan mudah nak mengangkat tubuh uwan yang besar tinggi apabila dia hilang upaya.   Walaupun suamiku menganggarkan berat uwan sekitar 80kg sahaja.  Mak pun melarang suamiku kerana risaukan problem sakit pinggang yang meletup (kesan angkat aircond, dan terbaru angkat susunan pinggan di cafe).  Masing-masing terdiam, termenung, mencari akal.  Alangkah belasnya aku melihat wan.  Tentu dia kesejukan terduduk di atas simen tu, selain tentulah dia kesakitan.

Akhirnya wan kata biarlah dia mengensot perlahan-lahan hingga ke anak tangga naik ke ruang atas rumah.  Anak tangga tu tingginya anggaran sejengkal orang dewasa, bolehlah uwan mengangkat punggungnya sebelum menguja untuk berdiri nanti.  Pecah rasanya hatiku melihat uwan mengensot begitu.  Nak menangis tak ternangis.  Aku hanya mampu melihat dan berdoa semoga Allah memudahkan uwan. 

Sampai di pintu luar bilik air, suamiku cuba juga mengangkat uwan ke kerusi sofa lama berwarna putih susu di situ.  Pun mak melarang dengan bimbang.  Tapi aku rasa suamiku dah tak sanggup nak biarkan uwan terus mengensot begitu, walaupun tangga rendah dah tak jauh dari situ.  Kerusi sofa lama tu dipusingkan menghadap belakang uwan, dan suamiku usahakan mengangkat uwan sehingga punggungnya terletak elok di kerusi itu.

Syukur kepada Allah.  Uwan kelihatan lega.  Dia berehat dan aku menunggu sambil mengurut-urut lutut uwan dengan minyak Habbatus sauda.  Jam dinding menunjukkan tepat pukul 2 pagi.  Dari situ, aku terdengar mak berbincang dengan suamiku rencana untuk membeli kerusi roda untuk kegunaan wan.  Seketika itu aku terfikir, berkerusi roda pun sebenarnya masih satu kesulitan buat uwan.  Ia hanya sedikit kemudahan untuk uwan bergerak tanpa menggunakan tongkat.  Ternyata apabila usul itu diajukan kepada uwan kemudiannya, uwan memang menolak.

Kalau dilihat pada peribadi uwan, dia bukan orang yang mudah mengalah.  Sejak  muda, dia sudah biasa berusaha dengan segala kekuatannya untuk mencari rezeki membesarkan anak-anaknya.  Sekali pandang kadang-kadang aku melihat ada persamaan pada uwan dan Auntie Sarimah (mak angkat aku yang dah bertahun tak jumpa  ... pelakon terkenal tu).  Ada satu ketegasan yang sukar dilentur pada mereka berdua.  Dengarkan cara mereka berbicara dan ayat-ayat yang disusun ...

Jadi, aku tak heran kalau uwan tak mau pakai kerusi roda.  Memang dah aku jangka tapi aku diam je. 

***

Aku mohon diri pada uwan ketika akan bergerak ke Segamat.  Kami nak berziarah mak mertua dan abah mertua pulak.  Alang-alang dah balik Kuala Pilah, perjalanan dalam sejam lebih je.  Raya haji kelmarin kami tak balik kampung.

Uwan mengangguk-angguk.  Aku cium pipi uwan dan tangannya.  Tadi uwan sama menjamah pulut tanak yang tak jadi dibuat lemang even lemang rebus tu (sebab macam banyak  kerja, ada kekangan masa dan hari hujan membuatkan mood merudum).  Malam tadi uwan makan 3 ketul cheezy wedges (mak belanja cucu makan kfc, aku pesan cheezy wedges).  Berselera nampaknya.  Kalau biasanya uwan tak gemar makan 'benda-benda' yang tak biasa dijamahnya.  Tapi semenjak masuk hospital tempohari, nampak uwan bedal je jajan budak-budak yang tinggi garam tu.  Masa ni mak dah mula sound wan tapi wan selamba je, dia makan bila aku offer lagi hehe ...

***

Di rumah mak mertua, aku macam dalam syurga.  Apatah lagi bila mak mertua tau aku berpuasa Hari Asyura.  Dia suruh aku tidur tidur dan tidur.  Aku taklah letih dan mengantuk sangat.  Sampaikan entah berapa kali aku tersentak (terlelap la jugak hehe) aku rasa sangat janggal dan risau.  Aku dah lama tak tidur pulas di siang hari.  Janggal sebab sepatutnya aku bukan tidur tapi berbuat sesuatu.  Ish ish ish ... syurga tidur ni pelik sungguh.  Dua anak-anakku leka mengadap tv.  Mak mertua aku sama melayan sambil berborak dengan mereka.  Suami aku ... memang sedang di alam syurga agaknya berdengkur-dengkur.

Hampir masuk Asar, aku bangkit mencari hp.  Ada miscall dari kakak aku.  Bila aku return call, aku dikhabarkan wan sudah dibawa ke hospital sebentar tadi menggunakan ambulan.  Aduhai uwan ...




Wednesday, November 21, 2012

cheese cake

tengah malam tadi, aku sudah bikin dua jenis cheese cake.  Macam selalu, aku suka resepi simple tapi sedap.  Alhamdulillah, menjadi!!!  Allah dah bagi jadi cheese cake aku ... yahoo!!!

1st, bake cheese cake.  So simple ... dan ada campuran tepung sikit.  Rasanya walla2, very nice.  Alhamdulillah.

2nd, chilled cheese cake ... base aku gunakan cebisan marble cheese brownies yang masih berbaki tu. tapi aku tak tekan-tekan bagi padat, no butter anymore. aku just biar je berterabur dalam bekas plastik bekal anak ke sekolah.  lepas semua dah putar dengan mixer, aku curah je atas cebisan mcb tu, so dah pastilah ia naik ke permukaan liquid.  aku tutup dengan penutup bekas dan masukkan dalam peti ais bawah.

Pagi ni, sarapan aku ialah bake cheesecake dan chilled cheese cake ... alhamdulillah.  Allah bagi sedap.  Memang sedap.  bila buat dua cara ni, aku rasa bake cheese cake is more delicious than chilled cheese cake.  tak caya?  meh kita try ... nyum2 ...

* no pic.  sorry.

aku pakai cream cheese philadelphia sebab kata dorang, cream cheese ni is the best for cheese cake.   Syukur ke hadrat Allah  yang memberi rasa sedap dan lazat. 

template classic

template classic ni ok. tak sarat.  tapi aku panik sekejap bila tak tau macamana nak sign in.  dulu dah pernah terkena.  kelam-kabut jugak dibuatnya.  aku try n error.  dah tu, kenapa tak semua catatan ni keluar?  aku tak faham. kena la godek2 lagi ... ooo tick kat full tu ... baru la semua keluar penuh. 

apa yang penting, aku dah reti nak sign in balik hehe ... kalau tak, tak de la aku dapat tulis entri pasal template classic ni kan ...  just klik kat B blogger tu ... so lain kali ingat le ye ...

Untuk Norlaila Hussin, napa senyap je?  Sibuk layan anak-anak yang bercuti ... atau mungkin sedang cuti-cuti Malaysia :D ... 

Budak Bulu2 stay outside

Dah 4-5 hari budak bulu2 duduk kat luar.  Aku tutup pintu dan semua tingkap.  Aku bagi makan kat porch depan dalam dulang.  Mula-mula mereka tak faham apa yang aku lakukan.  Mereka meluru-luru masuk dan beramai-ramai lepak atas katil aku sambil jilat-jilat bulu.

Kesian aku tengok budak bulu2 ni.  Rancangan nak seludup yang jantan (Muezza dan Muzi) ke kedai makan suami aku secara senyap-senyap tak jadi.  Aku rancang nak bagi makan sedap-sedap sampai kenyang betul dan hantar ke kedai suami aku waktu malam.  Aku nak hantar Ayu sekali stay beberapa hari kat kedai, supaya Muezza dan Muzi tak rasa takut dan janggal sangat.  Tapi rancangan tak menjadi.  Aku tak sampai hati.

Cantik, nak aku hantar dekat area rumah orang tua Haji Badrul, member suami aku sebelum dia beranak.  Nanti aku pesan kat Cantik, supaya cari rumah kampung Haji Badrul dan cari port sesuai untuk beranak, sebab aku yakin keluarga Haji Badrul baik-baik belaka.  Aku doakan Cantik jumpa orang yang lebih penyayang kucing daripada diri aku yang kadang-kadang datang angin garang hehe ...  Aku tak mau dah beranak karang baru nak hantar dia.  Kesian nanti Cantik nak pindah-randah, nanti jadi macam kes Tompok, tersadai kesejukan dalam hujan kat tepi tayar kereta orang.  Pun tak jadi.  Aku fikir biarlah dia beranak kat dalam rumah aku je.

Putam, aku plan nak bawak inject vaksin dan hantar balik ke TTDI Jaya, tempat dia dulu.  Dia datang comel-comel, hantar balik pun bagi comel la konon, sebab punggungnya dah macam kurap.  Parut sana sini kesan luka bergaduh.  Lum lagi nak hantar.  Aku fikir biar je la dia kat sini, walaupun tadi dia baru je memancut kat tepi sinki sampai terpercik kat kaki aku ... sempat aku sepak dia dengan kaki, dan bantai sekali dengan pemukul lalat.  Zalimkah aku dengan tindakan spontan tu?  Lepas ni memang tak merasa la dia masuk dalam rumah lagi, walaupun aku selalu tak sampai hati kalau dia buat bunyi mengeow paling manja tu ...  no way no more chance for you, Putam.  Lepas ni kena info kat budak-budak tu, jangan bagi Putam masuk rumah.  Kalau masuk pun, 5 minit je. Bagusnya Putam tak pandai bukak sliding door macam Cantik hehe ... So kena pesan bukan kat budak-budak berdua tu je,tapi bagi warning kat Cantik gak.  Lepas bukak sliding, kena tutup balik hahaha ... reti ke dia?

Yang aku tak plan nak hantar mana-mana ialah dua ekor budak bulu2 betina tu, Miza mulut leter yang comel hidung pink (ada tahi lalat sikit) dan Mizi kucing Hanessa yang sopan selalu, juga Ayu yang cute tak banyak mulut.  Aku nak hantar inject perancang keluarga dan bela dalam rumah je.  Kalau setakat dua tiga ekor, bolehlah aku handle rasanya insyaAllah.  Kalau semua 7 ekor besar-besar dan semakin matang tu yang aku tak larat biar duduk dalam rumah. 

Sebab ... pantang ada pasir bersih sekor-sekor pegi memburan kat pasir tu,  paling tak bagi kencing.  Kalau pagi-pagi, ada 4-5 timbunan memacam rupa kat pasir tu ... ada yang bulat pusing2, ada yang cair meleleh, ada yang panjang macam asam jawa ... sampai aku rasa aku bakal jatuh sakit kalau terus menghadap benda ni setiap hari.

Jadi, dorang pun dah besar, duduk luar je la.   Sesekali masuk dalam, boleh la ... tapi aku tengok bila pagi-pagi aku bukak pintu, meluru-luru dorang masuk, lepak-lepak lepas tu main kat luar semula.  Hmm ... dah faham la tu hehe ...

Cuma aku bimbang dan risau, bila dorang lintas-lintas jalan pergi menyusur longkang kat depan rumah.  Kereta motor agak laju kat sini.  Bonggol ada dua je, kat hujung kiri dan hujung kanan.  Aku dah pernah bagitau suami masa dia jadi pengerusi taman supaya buat lagi bonggol tinggi kat tengah-tengah dan satu kat depan rumah ni, tapi tak de respon.

Dulu anak kucing yang aku bela bagi minum susu dalam botol, Tiger, kena langgar depan rumah.  Balik dari luar, tengok Tiger dah tergolek kaku.  Ntah motor or kereta mana yang menggelek Tiger ... aku tak nampak.

So, aku kembali kepada Allah SWT.  Aku yakin Allah yang Maha Pemelihara menjaga kucing-kucing ni ...

Setiap kali aku bagi makan, aku berkata, "YA Allah, Engkaulah yang memberi kenyang, bukan aku dan bukan makanan ni ...".

Setiap kali aku bimbang dan risau, kalau cuaca hujang ribut sebagainya, aku berdoa, "Ya Allah, Engkaulah yang Maha Pengasih, lebih dari aku kasih dan sayang pada kucing-kucing ni."

Aku cuba tanamkan iman yakin dalam hati.  Aku ambil pengajaran dari kes anak kucing kecik Tompok tempohari.  Anak kucing yang masih bertali pusat dan belum bukak mata tu aku kutip dari tepi tayar kereta orang ketika hujan lebat, dalam keadaan dia menggigil dan hilang suara.  Aku bagi susu khas untuk kitten dan beli botol khas (anak perempuan aku keluar belanja ... dia offer sebab nak bela sangat).  Aku terlupa bahawa Allah yang Maha Pemberi rezeki dan Maha Pemelihara.  Hanya dapat bela Tompok tak sampai seminggu, lepas tu Tompok mula sejuk dan terus kaku.

Jadi, aku memang tak ada kuasa.  Aku bagi makan, bukan aku bagi kenyang.  Makanan tu pun Allah yang bagi.  Aku betulkan semula konsep dan pendirian aku selama ni.  Aku dah salah dan silap.  Aku mesti yakin sebenar-benar yakin.  Bahawa aku tak de kuasa apa, yang Maha Berkuasa hanyalah Allah.  Nasi, susu dan segala makanan tu hanya asbab untuk kenyang.  Boleh je dorang tak kenyang-kenyang walaupun makan sekilo nasi lauk ikan.  Allah yang bagi rasa kenyang.  So Allah juga boleh bagi kenyang walaupun tak ada makanan.

So, kita hidup kat dunia ni ada asbabnya.  Supaya kita berfikir dan sentiasalah kaitkan dengan kekuasaan dan sifat-sifat Allah SWT yang Maha Sempurna.  Tengok kucing manja comel, kita puji Allah yang Maha Pencipta.  Tengok keletah kucing yang nakal bergurau senda sesama sendiri, kita puji Allah yang Maha Pengasih.  Tengok kucing lintas-lintas jalan sampai dada berdebar risau, kita yakin Allah yang Maha Pemelihara dan berdoalah supaya selamat.

Doa untuk kucing ... jangan sampai lupa doa untuk diri sendiri ... kata maulana, sekurang-kurang setengah jam sehari kita mesti berdoa untuk diri kita sendiri.

* Ada tak pengajaran yang boleh dikutip dari catatan aku kali ni?  Kalau ada, alhamdulillah.  Kalau kosong merapu, insyaAllah lain kali aku try lagi. 


baca majalah

ada orang-orang yang gemar membaca majalah, lebih dari gemar membaca ayat-ayat Allah (al-Quran). 

Aku tengok trend majalah sekarang, di celah-celah bermacam cerita aneh dan porno selain politik, diselitkan tazkirah yang menginsafkan. 

Alangkah sedih dan pedih, melihat kusyuknya orang-orang yang ralit dengan pelbagai kisah di dalam majalah.

Mana al-Quran dah disimpan?  Simpan dalam almari dan susun cantik-cantik.  Kumpul al-Quran buat koleksi, bukan untuk dibaca dan dihayati.

Ya Allah ... selamatkanlah kami dan berilah kami hidayatMU.  

Berkatalah!

"Berkata-katalah!  Jangan simpan dalam mulut je ... Cakap!  Cakap! Cakap!  Kalau salah pun tak mengapa."

Itulah antara ayat-ayat yang aku ingat, yang meluncur keluar dari mulut Kak Yati.  Kak Yati bakal berangkat (mungkin hari ini tadi) ke Indonesia.  Katanya, kadang-kadang bicaranya lari topik, kesan suntikan vaksin yang diambil.  Tapi aku dengar ok je.  Inilah yang paling aku suka, selepas kami mendengar taklim kitab Muntakhab Ahadits dan Fadhilat Amal. 


Monday, November 19, 2012

anakku kemas bilik

Hari ni cerah sekejap je pagi tadi ... lepas tu cuaca redup dan hujan turun.  Pada masa aku menulis ni, hujan dah berhenti.

Tadi Hidayat minta penyapu.  Dia aku suruh mengemas biliknya.  Tiba-tiba dia mula mengangkat satu persatu barang-barang dari dalam bilik dilonggok di depan pintu bilik. Adiknya Hanessa membantu.

Aku mula risau.  Adoii ... apa yang diaorang nak buat ni???

"Nak kemas bilikla mama!"  katanya bila aku tanya dua tiga kali.  Tak percaya!

Apa kena?  Aku hairan betul.  Bila tak ada games, jauh jugak fikirannya berjalan.  Hingga nak kemas bilik kawkaw punya kemas.  Aku tak terbayang kalau dia kepenatan dan buat halfway karang ...  eh mesti bagi dia peluang untuk buktikan dia mampu berkemas.

Ok, hari ni dia dah tepuk laptop aku hingga keluar belang-belang kat skrin.  Aku marah terlampau hingga aku ugut dia, jangan harap nak dapat tablet dan duit sunat dia aku nak gunakan untuk bayar repair laptop aku.  Aku tak lempang dia atau rotan atau belasah apa.  Tapi aku sekadar gunakan kuasa kata-kata je ... aku betul-betul marah.  Respon dia, tak payah cakap.  Tentu bergenang airmata.

Dia tepuk laptop lain tu aku marah jugak.  Ni, sampai rosak laptop aku gara-gara dia bengang games slow.  Wahhhh ... dahlah memang aku kawal dia dari gunakan laptop aku.  Tiba-tiba ... ohh ... aku belum berani nak on laptop tu, aku doa dulu baru nak hantar kat Epol suruh check.  Aku buat solat hajat dan berdoa macam-macam, antaranya termasuklah minta Allah 'sembuhkan' laptop tu balik.  Bab terakhir novel Sakinah ada dalam tu ... aku mesti siapkannya.

Lepas tu dia tidur, merajuk la konon.  Adiknya main henpon pulak.  Bila dah makan, dia dah hilang rajuk, dia pulak mengerjakan henpon tu.

Lama-lama aku naik angin balik.  Aku jenguk dia kat bilik dengan hanger.  Kalau aku datang dari bilik aku, memang aku bawak tali pinggang je.  Ni aku melepak kat bilik lain, kat situ ada hanger je.  So hanger yang aku bawak.  Dia memang gerun sikit kalau aku bercakap dengan sesuatu kat tangan.

Aku ambik henpon dan suruh dia dua beradik baca buku.  Dan sudahnya inilah kerjanya berdua...  Now, aku sedang menyaksikan (sambil menulis) segala barang sedang diangkut keluar dari bilik itu.

"Kita kosongkan bilik." Aku dengar dia mengarahkan adiknya.

Aku no idea ... ni macam aku punya kerja je ...

(Setengah jam kemudian).
Aku dengar bunyi ketukan di dinding.  Bila aku jenguk, Hidayat sedang mengetuk sebatang paku ke dinding menggunakan alat mainan.  Katanya nak buat tempat penyangkut beg raket badminton.  Aku katakan tak perlu, sebab sebelum ni semua beg raket aku sangkut di belakang pintu biliknya.   Tak perlu jadikan hiasan dinding, makin menyemakkan nanti.

Sebelum tu aku jenguk sekejap, katil bujang (asalnya double-dec) sudah dirapatkan menjadi katil queen.  Dah tentu aku tak setuju.  Ruang bilik jadi semakin sempit.  Aku arahkan buat macam asal semula supaya ada ruang untuk solat.  Hidayat merungut-rungut penat.  Akhirnya katil dijarakkan semula ke tepi dinding dan ruang bilik terbahagi dua.  Hmm ... bolehlah solat di tengah-tengah.  Inilah susunan asal yang aku buat ketika mula-mula masuk ke rumah ini dulu, hehe ...

Dan akhirnya sampai juga ke telinga aku kata-kata perlahan Hanessa ... "Ma, tolong kemas, kitorang dah penat la ..."

Hahh, aku dengan nada garang menyuruh mereka sudahkan juga kerja mengemas yang tinggal sedikit.  Ada juga la aku tolong, tapi tak bagi can mereka nak melepak.  Habis semua baru boleh lepak!

Hehe ... siap juga akhirnya ... Tu le, mama suruh kamu kutip benda-benda kecik yang bersepah atas lantai tu je, yang kamu pegi rombak dan keluarkan semua barang sapa suruh??? Takdo kojo carik kojo haha ...  Tapi, ok la jugak.  At least mama sedar kamu sebenarnya boleh bekerjasama, dan kamu ada idea untuk mengemas bilik.  Bolehla bagi thumbsup!

* aku tak berani nak on laptop.  Aku doa, doa dan berdoa.  Epol balik kampung ziarah ibu masuk hospital.  So aku terus tangguh nak on laptop.  Tapi tadi siang aku beranikan diri bukak laptop ni, dengan lafaz Bismillah ... Alhamdulillah, laptop aku 'sihat walafiat'.  Syukur kepada Allah.  Aku pesan pada budak berdua, 'JANGAN USIK LAPTOP MAMA!'.

* siang tadi aku bawa Hanessa pergi interview kat madrasah Bukit Naga.  Dia perlu mengisi borang yang disediakan.  Antara soalannya ialah nyatakan rukun iman dan solat fardhu.  Tulis nama sendiri, kalimah syahadah dan sebab nak belajar di madrasah dalam tulisan Jawi.  Akhir sekali menghafal satu ayat pendek untuk test ingatan (aku agak begitulah.)  Aku sama-sama menghafalnya. 

'Khairukum ahsanukum akhlaqan iza fauquhu' yang bermaksud 'sebaik-baik kamu ialah yang baik akhlaqnya dan faham agama.'

Sebenarnya ustazah Siti Hajar (yang mengendalikan temuduga) dah puashati dengan jawapan Hanessa, tak pula dia menyuruh Hanessa membaca hafalannya. 

Aku tanya, 'err, yang dihafal tu camana ustazah?'

Dah hafal, dan memang dalam borang tu kena hafal, so eloklah uji terus kan ... Maka ustazah pun menyuruh Hanessa ulang apa yang dah dihafalnya.  Alahai, dengan malu-malu anak bongsu aku ni pun membaca hafalannya dengan suara ala-ala Doreamon-nya tu ... Alhamdulillah, pass!

Kemain sengih lagi dia lepas tu ... Dan ustazah kata, 'hmm ... insyaAllah.  Nanti apa-apa kami akan telefon semula.'

* Otw balik, aku singgah di madrasah Ummul Qura' untuk menyerahkan borang permohonan Hidayat pulak.  Tapi pejabat dah berkunci (hampir waktu zohor).  Aku temubual beberapa pelajar yang ada yang 'menyambut' kami.  Dan ada seorang pelajar tu dari tempat kami juga, rumahnya di belakang dewan batu 7.  Hidayat kata dia kenal tapi tak tau nama.  Pelajar bernama Ikhwan (darjah 5) tu pun memberitahu biasa melihat Hidayat di sekolah.  Dia baru masuk semalam (Isnin) dan datang ke madrasah untuk belajar mengaji (full time untuk cuti sebulan).   Hidayat senyum sengih, tak sabar katanya nak masuk ke situ sebab ramai kawan.  Hmm ... kena cari jubah dulu.


Ya Allah, tolonglah anak-anakku berkemas hingga selesai.   Semoga dengan itu menjadi asbab mereka mendapat hidayat dan taufikMU.  Semoga mereka dipilih menjadi pembantu-pembantu dan penguat agamaMU.  Semoga mereka ENGKAU masukkan dalam list hafiz dan hafizah yang bertaqwa.  Aameen.  (semoga doa aku yang sedang berpuasa sunat hari Isnin makbul, insyaAllah.)

Saturday, November 17, 2012

cantik dan ayu

mulanya aku tak perasan kehadirannya di tepi aku, menunggu giliran untuk membayar makanan yang dipegang. 

"Cantik!"  mula-mula dia bicara begitu.

Aku menoleh penuh tanda-tanya, sambil mengawasi cashier untuk menyerahkan duit bayaran.

Di sebelah kananku ialah seorang wanita India bertubuh besar memandang aku sambil tersenyum.  Orangnya besar tinggi dan kelihatan profesional.  Dia memakain blouse cerah bersama slack hitam.  Rambutnya sederhana panjang dibiarkan lepas ke bahu.

"Ayu! Awak nampak cantik dan ayu pakai macam ni."  tiba-tiba dia berkata demikian, menyambung perkataan pertamanya tadi. 

"Owhh ..."  sahut aku terpinga-pinga. 

Hanessa yang terselit di antara kami mendongak memandang wanita itu kemudian melarikan diri ke kiriku.

Dia terus berkata, "Saya suka lihat perempuan Muslim pakai macam ni.  Tutup aurat!  Macam ni bagus."

"Hmm ... tapi ada juga yang tak suka."  Serentak itu aku tanpa sebab terfikirkan cashier yang bertudung di hadapanku. 

"Macam ni la bagus."  sahutnya.

Aku hilang kata-kata tapi kemudian aku bertanya,  "Owh ... terima kasih.  Err ... kenapa u kata macam ni?  Ada kawan pakai macam ni ke?"

"Saya banyak membaca ..."  katanya lagi. 

Aku nak tanya namanya dan sama ada dia seorang guru, tapi tak terkeluar pulak soalan tu. 

"Err Happy Deepavali...?!"  ujarku serba-salah.  Urusan pembayaran sudah selesai dan aku mahu melangkah pulang.

"Ohh terima kasih.  Salam Maal Hijrah ..."  jawabnya sambil tersenyum lagi.  'Salam 1 Malaysia' ... aku dengar dia menyambung dengan suara perlahan ketika aku sudah berpusing membelakanginya.

Ok, apa yang anda fikirkan terhadap kisah aku kat JJ Bukit Tinggi ni?  Aku tau ada yang suka singgah baca omelan aku tapi sekadar silent reader je ... cer bagi komen sket. 

Apa yang pasti, wanita India ni mungkin faham konsep menutup aurat melalui pembacaannya.  Dia sukakan warna hitam.  Dia seorang yang berterus-terang, educated dan peramah.  Dia berani dan suka memberi komen walaupun dia tak kenal aku, dan hanya lihat luaran sahaja.  Pujiannya tu adalah kepada pakaian aku, bukan kepada aku personally (ni aku kena faham betul-betul ... karang jadi perasan sorang2 parah ... ngeee).  Dia mungkin sedang mencari dan membuat perbandingan antara agama (semoga Allah memberinya petunjuk ke jalan yang benar ... hidayat seluruh alam ... ameen).  

Ada banyak lagi la boleh difikirkan ... pokoknya dia suka orang pakai niqab.  :D

* Ketika mak berdukacita dan memendam hati dengan niqabku, ada pula seorang India kafir yang suka niqab.  Aku anggap ia adalah satu hiburan dan penguat semangat dari Allah.  Semoga wanita ni masuk Islam satu hari nanti, dan mak aku pulak akan faham tujuan niqab yang sebenarnya insyaAllah.  ~ aku pakai shawla lining pink bersama niqab Yaman.

*  Satu ketika aku menghadiri majlis perkahwinan (majlis pertama aku hadiri semenjak memakai niqab).  Ada beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain memerhatikan aku dan anak perempuanku yang juga berniqab. 
"Kenapa sayang?" tanyaku dengan nada rendah, apabila mereka saling cuit-mencuit sambil memandang-mandang kami.
"Cantikkk ..." si comel menjawab sambil tersenyum lebar.  Jawapan yang membuatkan aku rasa syahdu dan terpinga. 

Aku tak tau ... apakah perempuan berniqab tiba-tiba Allah jadikan lebih cantik sebenrnya?  Tang mana yang cantik, aku tak tau ... Tapi apa yang baru aku tau, Allah berikan cahaya kecantikan berbelas kali ganda kepada perempuan berpurdah di dunia ini, dan di akhirat nanti Allah yang akan datang kepada perempuan berniqab ketika manusia menanti-nanti nak melihat wajah Allah.  Dan aku juga baru tau, setiap kali lelaki ajnabi memandang wajah perempuan bukan muhrim, setiap kali itu seri wajah perempuan akan hilang dan akhirnya tak ada serinya lagi.  Wallahualam.

Dalam hidup ni, aku pernah melihat tiga wajah yang membuatkan aku memuji kebesaran Allah ... 1- seorang guru wanita yang mengajar kanak-kanak mengaji dan solat di surau di Melaka (masa aku belajar di sana dulu).  2- seorang wanita jemaah arqam yang aku lihat di saf solat di Sg. Penchala.  3 - seorang lelaki muda yang baru turun dari kapalterbang beriring-iring dengan kedua orang tuanya di KLIA.  Subhanallah!!!

Aku tau, ada lagi wajah-wajah yang lebih indah dari itu tapi hanya aku yang tak temui ...

So ... jom pakai niqab :D ... ikhlas niat kerana Allah, kerana mengikut sunnah Rasulullah SAW (ummul mukminin r.ha).  Jom kita siapkan kedua tapak tangan dan seketul hati ini untuk berasap dek bara api.  Biarlah hangus di dunia, jangan hangus di neraka ... nauzubillah.

* Barangsiapa menghidupkan sunnah Nabi SAW tanda dia kasih pada Nabi SAW .. dan siapa yang kasih pada Nabi SAW akan bersama dengan baginda SAW di syurga Firdhaus ~> jaminan nabi SAW (maksud hadis).

~**~

ikram mak

Mak abah dah selamat sampai kampung.  Hujan terlalu lebat, hingga abah terpaksa berhenti tak jauh dari rumah, kerana pandangan mata tak jelas.  Sepanjang perjalanan hujan, kata mak masa aku call.  Abah drive pelan-pelan, dua jam baru nak masuk simpang ke kampung.  Selalunya dalam cuaca cantik, sejam lebih dah sampai rumah.

Tulah, hujan lebat nak balik jugak, desis aku dalam hati je.  Namun apa yang penting mak abah selamat sampai.

"Kenduri pun dah selamat.  Tadi baru bukak clamp."  aku bagi repot kat mak pasal kenduri dan cucunya.

Mak agak terkejut bila aku khabarkan semasa kenduri, cuaca panas terik. 

Hujung bulan depan birthday mak.  Aku dah plan nak belikan sesuatu untuk mak sebagai hadiah.  Aku akan pos dari sini.  Menerima sesuatu secara pos, bagi aku adalah sangat mengujakan.  Ia adalah satu kejutan untuk mak.  Aku akan pastikan aku memilih sesuatu yang memang mak suka. 

Aku nak 'beli' balik hati mak.  Walaupun aku rasa mesti mak bagi nasihat lepas tu supaya aku tak payah beli apa-apa untuk dia.  Dia boleh beli sendiri.  Duit dia nak buat apa kalau tak membeli.  Ah, biasa la tu.  Nanti dia kata bukan tak sudi, tapi tak perkenan kat hati.  Mak memang cerewet.  Tapi insyaAllah aku berdoa semoga Allah pilihkan apa yang mak suka ... Aku bayangkan mak tersenyum lebar masa bukak bungkusan nanti ... 

Memang kita digalakkan memberi hadiah sebagai tanda kasih-sayang.  Dan memberi tu janganlah pulak dalam diam-diam mengharapkan balasan.  Dalam erti kata lain, ikhlaskan hati biarlah Allah yang memberi ganjarannya.  Tak semesti orang yang kita beri, dia yang akan membalasnya.  Khazanah Allah Maha Luas, tak hari ni, hari esok.  Tak kita, cucu cicit kita.  Tak di dunia, di akhrat sana.   InsyaAllah, Allah akan sediakan ganjarannya.

* Sebenarnya ada hikmah mak serius dalam kata-katanya yang dah membuatkan hati aku berasap  tu ... aku benar-benar ambil serius hal yang mak sentuh (pasal niqab) dan mula lebih serius berfikir macamana nak permudahkan ia.  Aku perlu lakukan sesuatu untuk membuktikan 'I'm still your loving-good-girl, mak ..."

Ya Allah, berilah kami istiqamah dan taufik ... keluarkanlah kami dari kepompong jahil dan jumud.  Masukkanlah kami dalam Islam sepenuhnya.  Ya Allah, bersihkanlah hati kami, jiwa kami, minda kami, dan berilah kami faham, berilah kami sabar, berilah kami iman dan taqwa.  Kami tak faham, ampunilah kami ya Allah.  Kami akan kembali kepadaMu, tolonglah kami supaya kembali kami kepadaMU dalam suasana redha dan Engkau ampuni kami, suci bersih seperti seorang bayi.  Ampunilah kami ya Allah.  Hanya padaMU kami berharap dan berserah diri.  Aameen.

* Banyak perkara telah berlaku dalam kitaran hidup, dan banyak kesilapan telah aku lakukan.  Kesilapan yang amat aku kesali.  Kesilapan yang tak mau aku ulangi.  Namun perlu kita akur, tanpa izin Allah takkan terjadi sesuatu itu.  Dan tak perlu resah atau malu mengakui kesalahan sendiri.  Walaupun ia pahit dan sakit, Allah Maha Lemah-Lembut dan Maha Pengasih, Maha Tahu kepedihan itu.  Adukan pada DIA dan berhenti yang lainnya.  Apa yang aku pasti, memakain niqab bukan satu kesilapan.  Semoga Allah menetapkan hatiku dengan niqab hingga nafas terakhir, insyaAllah.

Thursday, November 15, 2012

"sayang juga

kau kat mak ... mak dah buat macam-macam kat kau." 

Macam tu la kata mak bila aku buatkan bekal air kopi untuk mak dalam perjalanan balik kampung.  Ayam goreng semalam aku masukkan dalam polistren.  Sambal sikit.  Cuma ralat sebab aku tak sempat nak masak nasi untuk bekal mak.  Aku minta mak tunggu, mak enggan.

"Mak, hati mak Allah yang pegang.  Intan doa la biar Allah bagi mak sayang kat Intan."

"Mak memang sayang kat ekau.  Tapi dah berubah la suasana.  Mak rasa jarang la nak datang sini laie ..."  sambut mak.  "Lopeh ni mak mintak Zek yo tolong anta mak gi IJN."

"Tak pe mak ... biar kitorang pulak yang selalu balik kampung.  Abah pun dah kurang awas bawak kereta jauh-jauh."  aku cuba juga menceriakan suasana, walhal sebenarnya abah selalu drive jauh sampai ke Melaka.

Tadi kami 'bermuzakarah.' Aku tadah telinga mendengar suara hati mak, sampai la masuk bab mimpi buruk mak tentang aku dan anak perempuanku.  :(  Inilah agaknya maksud mak 'dah buat macam-macam' tu ... dia bagi hati berasap ... hehe ...

Mak kata akan ada perubahan.  Dia tak nak ikut atau bersama-sama aku ke mana-mana majlis.  Aku manusia pelik dan bikin kejutan.  Kak Ju dan Hasni dah ok, aku pulak buat hal.  Lidah aku dah bergerak-gerak nak bagitau mak pasal doa kami semoga satu hari mak pun pakai purdah, tapi aku bimbang reaksi mak ... Akhirnya aku perasan mak kelip-kelip mata. Ohh ... aku dah buat mak menangis!

Mula-mula mak kata nak balik semalam juga, sebab risaukan wan kat Batu Kikir.  Bila suamiku confirmkan kenduri berkhatan Hidayat tengahari ni, mak kata tak sedap pulak tak ada sama meraikan majlis tu.  Jadi mak tangguhkan balik. Aku suka je.  Tiba-tiba pagi ni mak ubah fikiran.  Selepas sesi 'bincang-bincang pagi' tu tadi, mak terus siap nak balik.  Aduhaiii ...

Mulanya macam sedih dan pilu juga. Aku solat 2 rakaat, dan lepas tu semangat aku bangkit semula.  Aku kena ikram mak lebih ni.  Tu yang aku berkejar ke dapur masak air dan buat air kopi untuk mak.  Abah punya air nes aku tak buat, sebab dia memang buat sendiri air dia.

Tapi bila dah siap semua, mak nampak ceria.  Mak hulur not 50 kat Hidayat.

"Bahh ... buah hati abah sonot ... nampak abang eh dapek duit biru."  kata mak kat abah memberitahu tentang Hanessa.

Lepas tu Hanessa pun dapat jugak dari poket atuk not merah.  Macam tu la, cucu-cucu ni masih menceriakan mak.  Mak marah-marah mereka tapi mak belai semula.  Nakal ... kena la marah hehe ... Aku?  Aku tak ikut cakap mak dan kehendak mak ... kena la biarkan telinga merah dan hati berasap huhu ...  tapi mak tetap sayang kat aku ... insyaAllah.

Aku ikut hantar mak ke kedai untuk berjumpa suamiku.  Hujan kasar turun menimpa bumi.  Dalam deraian hujan lebat penuh rahmat yang berkah 1 Muharram 1434H, aku nampak mak lambai-lambai tangan dan perlahan-lahan kereta Pesona bergerak pergi. 

Aku harap mak tak kecik hati dengan aku.  Marah tak pe ... aku memang selalu bersalah.  Dan azamku, aku nak ikram mak secukupnya.  Selama ni mak yang banyak ikram aku ... beli macam-macam, bagi macam-macam ... duit tak yah cakap la, malu aku ...  last ni bagi kereta la pulak ... memang tak mampu aku nak balas ... Allah sahaja yang akan memberi sebaik-baik ganjaran pada mak. (Aku cuma dapat buatkan mak air kopi dan bagi mak penyodok sampah steel yang mak nak, itupun ring tempat sangkutnya tak ada sebab aku tak berhati-hati memilih masa membeli dulu huhu ... tu pun mak cam happy je ... ohh :((( )

Semoga Allah mudahkan aku ikram mak dan beri bantuan untuk aku menghadapi keadaan ini.  Semoga Allah lembutkan hati mak lebih lembut dari sutera paling lembut di dunia ni, dan sejukkan hati mak sedingin sonata musim salju salju sonata ... err apa-apa la ... janji sejuk nyaman dan tenang ... insyaAllah.  Semoga dengan asbab cucu-cucu mak, Allah turunkan hidayat ke serata alam.  Dan semoga mak abah juga beroleh hidayat taufikNYA aameen.

* kejap lagi nak call tanya mak abah dah sampai mana ...




salam maal hijrah 1434

salam maah hijrah 1434H kepada semua pembaca muslim Catatan Pendek.  Ada azam baru ke, macam selalu tu?  Hehe ...

Sempena maal hijrah ni ... mbe ada sesuatu yang boleh aku catatkan buat kenangan.

1.  mak belikan CRV-2 untuk cucu-cucu dia ...  mak keluarkan deposit dari akaun dia ... aku tak mengerti mengapa ... inilah agaknya rezeki yang tak disangka-sangka dari Allah.  Bayaran bulanan suami aku la yang kena settlekan hehe ...

2.  Hidayat berkhatan malam tadi ... alhamdulillah agak lasak untuk orang bersunat zaman dulu yang stail gantung kain tu ... dia pakai clamp ... kami naik risau tengok dia jalan laju je macam tak de pape.  Tapi kena sakat pasal nak cuci dan bukak clamp esok dah nangis adoiii kantoi ...

3.  Aku tukar nama di fb.  Kali ni aku pakai nama awal anak-anak lelakiku.  Lebih afdal dan adil begitu insyaAllah.  Dan azamku, fb jadi wadah untuk dakwah walaupun aku tak faham bagaimana dan apa ... :(  kata mereka ini bukan cara nabi, tak ada kejayaan.  Aku pulak ... menyampaikan apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.  Aku harap fokus aku faham dan mampu membaca mesej di sebalik apa yang aku sharing dan posting di fb.  Kalau tak faham, bukanlah pula salah sesiapa ... dah aku tersirat sangat.  Aduhh ... aku terlalu lemah untuk berbicara.

4.  Laptop yang tak pernah off yang digunakan oleh suamiku telah selamat 'padam' nyawanya ... mungkin adaptor short.  Aku cabut dari plug dan pindahkan ke tempat lain untuk Hidayat gunakan ... terus tak hidup.  Ada la hikmahnya tu ...

5.  Mak terus mencari masa dan ruang untuk berbicara tentang aku dan niqab.  Aku benar-benar mengenggam bara di tapak tangan tapi hatiku yang berasap kehangusan.  Biarlah ... aku haah kan je ...

Untuk benteng diri saya, kataku pada mak.  Bila aku bukak bab peminat lama, mak diam je pulak.  Pasal semua orang terkejut, itu perkara biasa.  Err aku memang suka kejutan la kot hihi ... Ala ... anak imam yang tiba-tiba bukak tudung dan tukar penampilan pun bikin orang terkejut ... sama je dengan kejutan aku yang pakai niqab ... cuma kita bagi la masa pada mata dan minda masyarakat untuk terima perubahan ni ... hmm ...  InsyaAllah.

6.  Aku terus menyelitkan perkataan madrasah dan maksud serta harapan aku kepada anak-anak yang tinggal berdua ni.  Tapi tadi mak suarakan pendapat melalui pertanyaan tak langsungnya ...  soalan berbau provokasi yang kurang bersetuju dengan keputusan aku.  Semua cucu dia abih aku hantar ke madrasah, janggal la dia nak datang sini nanti tinggal aku terkonteng-konteng sorang ... aku faham tu ... err mana la tau ada rezeki dapat cucu baru kan hehehe ... :P

Jawapanku, aku dan suamiku tak mau mewariskan kejahilan kami kepada anak-anak ... Ni formal sangat, tapi masa bercakap tu tak le formal gini hehe ...

7.  Aku mula menyedari ... fb bukanlah ruang sesuai untuk mencari calon menantu.  Aku tak tau camana nak elaborate kenyataan ni, tapi itulah hakikatnya aku rasa.  Kalau ada mak-mak yang dapat menantu tru fb, tahniah aku ucapkan.  Semoga kebahagiaan menjadi milik pasangan anak menantu hingga ke syurga Adnin insyaAllah.  Aku pun rasa rilex dulu pasal perkara ni.  Namun doa tetap aku panjatkan ke hadrat Allah semoga semua anak-anak diberi jodoh yang terbaik untuk urusan akhirat dan dunia mereka.  Aameen. 

8.  Anak bulu-bulu aku makin besar dan cantik.  Bulu licin, manja, sihat.  Tapi aku tak tahan mencuci pasir mereka.  Setiap kali aku mencuci 'benda' yang menimbun tu, almaklum masing-masing makan cukup so banyak la buangannya ... aku bisikkan pada diri 'inilah dunia yang hina-dina di sisi Allah, maka janganlah aku terlalu memandang dunia ni ... aduhai'.

Maka aku tadahkan tangan berdoa ... paling sadis aku minta biarlah 'benda' dorang tu bertukar jadi wangi ... dah tak larat benar aku rasa ... tadi aku terjumpa beberapa longgok kat dalam stor ... aku tak tau nak tuduh sapa ... Ayu ke ... Mizi ke .. entah ...

Akhirnya Allah beri aku ilham ... bagi makan kat luar je.  Kalau tak hujan, maka makanlah mereka semua di luar.  Kalau ada kucing-kucing kurap yang lalu, dapatlah makan saki-baki makanan yang ada.

Tapi lepas tu masuk dalam rumah lepak-lepak dan pergi buang kat dalam bilik air semula.  Tak mencapai maksud. 

Malam ni tadi, aku kuatkan semangat masa dorang sibuk makan kat belakang rumah, aku tutup semua pintu dan tingkap tempat dorang selalu keluar masuk.  Sedih la ... nak-nak ingat kat Ayu yang kecik tu.  Tapi aku terpaksa buat macam tu.  Duduk luar boleh cari tikus.  Cuma tak tau la anak-anak kucing ni rajin ke tak nak tangkap tikus sebab perut dah penuh ...

Tadi aku ngendap ke luar, ternampak Ayu tidur dengan Muzi kat atas bonet kereta abah ... jangan calar udah la ...

~**~

Wednesday, November 14, 2012

Alhamdulillah selamat berkhatan

Setelah dua kali gagal, akhirmya Hidayatullah selamat dikhatankan jam 8 malam tadi oleh YB Doktor AhmadYunus Hairi.  Siangnya tu YB dah mengkhatankan anak-anak asnaf, dan esok Khamis YB akan mengkhatankan 50 anak-anak Sijangkang di masjid berdekatan.

Malam tadi hanya Hidayat seorang je yang datang berkhatan.  Nampak dia dah bersemangat benar nak bersunat, sejak Adam yang muda dua tahun dari dia selamat berkhatan pagi semalam.  Dia dengan Adam agak kamceng juga.  Selalu juga dia pergi bermain di rumah Adam.  Agaknya Hidayat dah rasa teruja dan tercabar ... Adam dah sunat, maka dia mesti nak sunat jugak.

Kalau dengar ceritanya, Adam menangis masa disunatkan.  Tapi cerita ni tak disampaikan pada Hidayat, buat pasal je nanti.  Apa yang penting, beritahu dia Adam dah sunat.  Dan sekarang ni dia pun dah selamat bersunat .... alhamdulillah.

Sebenarnya dia dan anak Encik Izat ni lebih kurang juga.  Sama-sama mudah meleleh airmata haha ... Elok la tu ...   Allah tetapkan jadual bersunat asing-asing untuk memudahkan urusan ni.

Lepas Hidayat tau Adam dah settle, dia pulak macam tak sabar-sabar nak bersunat.  Kalau boleh tak mau tunggu malam dah ... nak cepat je ... punya la teruja kekeke ...

Kisah dia dua kali ke hospital Tutong di Brunei ada saya catatkan dalam blog ni.  Dua kali you ...  agaknya dia tak ada geng ... tak tercabar semangatnya.  Takut ada la bila lihat dan dengar seorang dua yang menangis-nangis.  Terkesan pulak ... Naqib tak ada.  Atuk pun tak ada.  Banyak songeh kan ...  Bila dah tak dapat disunatkan, dia bagi alasan nak sunat macam umur Naqib, 12 tahun.  Nak pasang khemah macam kenduri Naqib jugak.

Tapi menyusahkan kalau lambat khatan, solat jemaah dia kena undur ke belakang.  Tak boleh mencelah dekat abahnya.  Kena pesan selalu, walaupun dia dah tau.

Kali ni, abah dia kata Hidayat steady je.  Cuma nangis sikit masa doktor bagi injection 3 kali.  Doktor pun dah faham kes trauma dia, jadi doktor pun layan je dia berborak.  Kata abahnya, dia yang lebih-lebih bertanya ... sama la macam masa dia menemani alongnya berkhatan dulu.  Bila doktor kata dah siap, dia tanya dengan nada terkejut, "eh dah siap ke doktor?"

Hahaha ... aku tau dia nak cover perasaannya yang dak duk dak duk tu ... tambahan pulak dia belum rasa apa-apa sebab ubat bius masih kuat.  Kalau tak sunat, malu la kat Adam hehe ... walaupun abahnya cakap dan tanya baik-baik je (tak paksa or bg tekanan) dia nak sunat ke tak kelmarin tu ...  jadi faham sama faham la ... dia tau kami memang nak dia bersunat ... dan dia tau dia memang kena bersunat ...

Confirm je doktor nak sunatkan dia, aku terus call semua mak-mak aku mintak doa mereka.  Mak-mak pun tau kes Hidayat sebelum ni.  So ... alhamdulillah berkat doa semua mak-mak dan abah-abah, serta keluarga ... Allah mudahkan urusan Hidayat ni.

Tapi malam tadi dia resah.  Pagi ni aku tengah baca Ayat Manzil dia masuk bilik tiba-tiba.  Katanya tak dapat tidur, walaupun malam tadi tu lepas makan nasi goreng kedua, aku tengok dia dah terlelap tiba-tiba.  Aku pesan dia jangan lasak-lasak asyik nak berjalan ke sana ke sini, karang bentan.  Bukan apa, aku rimas tengok dia resah semacam.  TV tak de, dah kena angkut ke kedai sejak tv kedai rosak dek petir hari tu.  Malam tadi aku pindahkan laptop abah dia yang selalu dia main games, tiba-tiba je tak menyala pulak ... haihh ... agaknya adaptor short.

Laptop aku yang lama tu slow tahap gaban, dia tak suka.  Laptop yg ni ... mana bleyyyy ...  so aku bagi la dia pakai hp tacskrin tu.  Kalau ikutkan dia, memacam dia mintak.  PS2, PS3, xbox, termasuk kereta CRV2.  Haha ...

Mau tak menyala lampu rumah aku, tak keluar air dari paip sinki hahaha ...  eleh nak main PS tu, tv pun tarak camana ...

Kesian kan.  Orang yang dah addict ngan games ni macam tu la ... bosan manjang kecuali kalau ngadap games.

Aku berdoa dan terus berdoa, semoga Hidayat dipilih Allah untuk senarai hafizNYA.  Aameen.

Tadi abahnya hantar mak aku ke IJN.  Aku pesankan nanti singgah kedai POPULAR beli komik Aku, Dia dan Komik yg rega RM25 tu dan komik TAKAZA2 (komik ni aku pun suka walaupun aku bukan peminat komik).  Beli la banyak2 sket buku apa-apa, lebih afdal daripad beli games. 

InsyaAllah paling lewat 2 Disember Hidayat akan masuk madrasah Ummul Qura' tu.  Aku tak sabar nak tengok anak aku ni jadi pencinta sunnah ... pakai jubah putih dan serban hari-hari ... ya Allah, pilihlah anakku ini... pilihlah semua anak-anakku jadi daie dan daieyahMU.  Pilihlah anak-anak dan keturunanku jadi pembantu ugamaMU.  Pilihlah dan janganlah Engkau keluarkan mereka setelah Engkau pilih mereka ya Allah.  Allah Allah Allah ... hanya padaMU tempat meminta dan mengadu.  Hanya padaMU tempat kami berserah diri.  Aemeen.

Kata mak Adam, Adam pun suka nak masuk madrasah nak menghafal al-Quran.  Semoga Allah mudahkan untuk Adam ... tapi lambat lagi sebab Adam nak ambik UPSR dulu khabarnya.

*semoga Hidayat dan Adam cepat sembuh insyaAllah.  Esok Khamis Hidayat gi klinik bukak clip.

*nampaknya Hidayat jadi 'orang baru' sempena menyambut Maal Hijrah 1434H esok :D

* aku tak pernah terfikir akan bersetuju nak belikan anak-anak aku mainan games ... semenjak hari pertama mereka sebut ... hingga Naqib pernah cakap kalau atuk Manaf masih ada tentu dia dah lama dapat PS3 dari atuknya ... sadis ... 

Tuesday, November 13, 2012

napa mama nangis eh?

arghh ... kenapa budak dua orang ni tiba-tiba muncul di depan aku ketika aku sedang leka melayan airmata ...

Mereka berbincang-bincang berdua ... sedang aku terus melayan airmata sambil membaca surah Yassin.

"Agaknya tadi mama dapat panggilan telefon ..."  formalnya bahasa!

"Pastu mama dapat berita sedih ... sebab tu mama nangis!"  memandai buat andaian sendiri.

Aku sedih.  Aku menangis.  Meleleh-leleh airmata dan air hingus.  Habis telekung jadi kain lap airmata dan hingus.  Bacaan aku terhenti-henti bila datang hiba dan sayu.  Hati aku rasa dirobek-robek.  Aku rasa nak nangis terus. 

Bila terkenang lagi borak kawan-kawan di Whats App tu ... pilu kemain rasanya.  Dah selalu sangat dorang borak-borak pasal tu.  Bila tang tu, aku terdiam dan follow dalam senyap je.  Aku tak ada point nak mencelah.  Aku tak faham dan aku tak rasa.  So aku tak tau apa-apa.  Apa yang nak aku sembangkan?  Aku cuma banyak tanya je nanti.

Paling tak, aku mintak doa mereka.  Sebab doa mereka sangat mujarab.  Mintak doa semoga satu hari aku akan bersama mereka.  Semoga Allah pilih dan bagi faham usaha kenabian ni pada aku dan keluargaku.

Aku teringat uwan pulak.  Makin uzur orang tua tu ... nak ke bilik air pun macam tak sempat je ... dengan tongkat kiri kanan.  Aduhhh kesian.

Aku tak nak macam tu nanti.  Aku tak nak istirehat di bilik atas katil menunggu saat terakhir.  Aku nak ikut kawan-kawan masturat tu.  Aku cemburu!  Aku irihati!  Aku jealous!!!

Ketika aku tak difahami dengan tindakan terkini ini, aku nak terus melangkah.  Tapi apa yang aku faham?  Aku pun tak faham.  Banyak perkara asas yang selam-pelam macam kapal selam.  Kejap timbul kejap tenggelam.  Aduhhhhh!!!  ya Allah!

Tolonglah doakan kami dan seluruh alam.  Kami mahu hidayat.  Kami mahu faham.  Kami mahu keluar macam mereka tu.  Kami mahu dipilih. 

~> makcik, tingkatkan amal dan doa.  Doa dan amal.  Amal dan doa.  Doa dan amal.  Doa nangis-nangis.  Tahajjud.  Taklim.  Istiqamah.  Lagi?  Lagi???? 

~> makcik, manusia memang sifatnya tergesa-gesa.  Jangan dek sibuk tergesa-gesa, makcik hilang semua.  :(  so ... teruskan apa yang ada dan teruskan harap pada Allah.  Harapan yang optimis dan baik.  Jangan putus asa.

*Masa terus berlalu dan aku masih di sini ... semoga doa kawan-kawan dimakbulkan Allah.  Andai tak aku, semoga Allah pilih anak-cucu-cicit keturunanku untuk menjadi pembantu dan penguat ugama ini insyaAllah.

Sunday, November 11, 2012

jangan tergugat dengan gangguan jin

macam biasa aku sekadar ada catatan pendek yang santai.  Kalau nak fakta, sila rujuk kepada yang lebih arif. 

Jangan tergugat dengan gangguan jin.  Jin dan syaitan, yang kini aku difahamkan ada jin asli dan ada jin kacukan iblis yang dipanggil syaitan, memang kerja utamanya mengganggu manusia.

Iblis dan anak cucunya akan menganggu kita dalam bentuk hasutan halus yang SENTIASA MENGAJAK KEPADA KEJAHATAN.  Dia memang aim dan tak pernah putus asa nak mengajak kita duduk sesama dalam neraka, cuma dia sudah putus asa daripada rahmat Allah.

Jin pulak ... boleh datang dan pergi sesuka hatinya.  Dia boleh saja menjadikan tubuh kita umpama hotel mewah yang serba lengkap untuk penginapan sama ada sementara atau kekal.  Sama ada kita sakit, menjadi tua dan mati lalu dia berpindah ke tubuh yang lain, atau dia yang mati kena pancung oleh perawat yang diberi kelebihan dengan izin Allah. 

Tujuan dia pun lebih kurang sama je dengan anak cucu iblis.  Tambah satu lagi, dia suka menumpang tinggal pada tubuh kita dan menyakiti kita dalam diam, atau mempergunakan kita untuk tujuan yang buruk.  Sad ending la ...  trajis gitu. 

Antara tanda-tanda paling mudah seseorang yang ada gangguan jin ialah rasa berat nak tunaikan solat, tak suka baca al-Quran (sebab rasa panas ~ jin menggelodak dalam badan tu agaknya) dan sangat cepat nak marah walaupun perkara yang remeh dan tak sepatutnya marah (jin suka kalau kita bermusuhan). 

Ada banyak lagi tanda-tanda yang telah disenaraikan oleh orang yang arif tentang hal ini, err ... carila sendiri ye ... :D ~ mimpi aneh, rezeki payah, sakit tiba-tiba yang tak dapat dijelaskan oleh doktor dan akhir sekali ofkos la kena rasuk terang-terangan tu ...

Jangan tergugat dengan gangguan jin.  Apa pun yang terjadi, jin ni tetap makhluk Allah cuma kita tak mampu nak tengok dia.  Ada hijab yang Allah letak di penglihatan kita.  Namun bukan tak ada yang kasyaf, yang dibuka Allah hijabnya dan dapatlah dia melihat makhluk yang diciptakan dari api ni. 

Kawan anak aku kasyaf.  So selalulah atau sentiasalah dia nampak macam-macam rupa jin ni di persekitaran. 

Ada sekali tu, anak aku tidur atas lantai sebab dia kepanasan.  Pagi esoknya dia ditanya,  "malam tadi ko tidur ngan sapa?"
"Aku tido sorang je.  Napa plak?"
"Bukan ada dua orang ke tido kat tepi ko ... kiri kanan."

Katanya, orang tu tegak lurus je tidur mengapit anak aku, sementara anak aku pulak gaya tidur macam biasa la ... gaya bebas.  Mujur bukan warna putih, tapi warna hitam dan biru (kalau tak silap aku).  Kalau putih tu, berbungkus pulak ... hmm tak de mende lain dah tu.

Kita besarkan Allah dan kecikkan yang lain dari Allah.  Allah Maha Besar lagi Maha Kuasa.  Selain itu langsung tak de kuasa kepada kita.

Dan Allah berfirman dalam surah Al-Isra' ayat 70 ~ "Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan Bani Adam dan telah Kami beri mereka kenderaan di darat dan di laut, dan telah Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik serta telah Kami lebihkan mereka atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan dengan sebenar-benarnya lebih."

Apapun nampak istimewanya mahluk jin ni, kita tetap lebih mulia dan lebih baik dari mereka.  Ni kena ingat dan faham.  Dan apa pun yang mereka lakukan untuk kononnya menolong, mengubati, menyampaikan hasrat ... itu semua hanyalah palsu dan sementara.  Mereka hanya mahu terus berdampingan dan pada masa yang sama, tumpang 'apartment' serba lengkap yang Allah pinjamkan pada kita ~ tubuh manusia.  Sebagai parasit yang tak kelihatan. 

So jangan tergugat dengan gangguan jin.  Rasulullah SAW sudah berikan kaedahnya yang dipanggil AYAT MANZIL sebagai penawar dan ubat untuk menghadapi gangguan jin yang berupa penyakit rohani dan jasmani ~ hadis sahih oleh Imam Ahmad, Hakim dan Tirmidzi.

Dah ramai yang maklum tentang Ayat Manzil ni.  Dibaca dengan penuh tawajjuh insyaAllah sangat berkat.  Cuma kekadang pengaruh jin akan mendatangkan rasa lesu dan lemah semangat untuk mengamalkan terutama time kita rasa kurang sihat.  So camana?  Kena lawan jugak la kan ... dan berdoa minta bantuan Allah.  Sebab tu la Allah confirmkan dalam al-quran, bahawa kita memang the best creature whenever and forever .... dan cari mana-mana perawat yang ikhlas dalam rawatan.  InsyaAllah, yang penting jangan putus asa.  Jangan sekali-kali rasa putus asa dan frust.

Nasihat kepada semua dan diri aku sendiri ~ kalau dah maklum ada gangguan jin, carilah ubatnya.  Ia antara dua, sama ada engkau ditinggalkan olehnya, engkau meninggalkannya atau engkau meninggalkan dunia ...

Lagi satu, janganlah dah tau ada pengaruh jahat dari jin, sewenang-wenang engkau nak salahkan seseorang tu atas sikapnya yang buruk.  Jin ni boleh masuk dalam aliran darah dan menginap dalam otak.  Jadi selalu je dia dapat memberi kesan kepada daya ingatan, sikap dan fikiran seseorang yang ditumpanginya.  Lagi satu, benda ni boleh datang dan pergi sesuka hatinya.  Pandai main cak-cak jugak.  Boleh pulak beranak-pinak.  

Ini semua adalah antara tanda kebesaran dan kekuasaan Allah jua.  Allah Maha Hebat dan Maha Pencipta.  Antaranya tentulah sebagai ujian untuk manusia.  Kan dunia ni tempat ujian semata.  Dan ia hanya sementara.  Lahirnya kita di dunia adalah untuk hidup di akhirat.  Ada dua tempat tinggal, syurga atau neraka (Allahummma ajirna minannar...).

~> JOM AMAL AYAT MANZIL PAGI DAN PETANG. 

* selamat beramal, semoga Allah sentiasa mengampuni kita dan memberi bantuan kepada kita dalam melalui hari-hari yang tiba.  InsyaAllah.  Kepada Allah kita berserah.












Tuesday, November 6, 2012

sepanjang perjalanan pulang

ke kampung, aku kadang-kadang termenung memikirkan.  Apa reaksi mak abah nanti?  Reaksi Wan yang akan aku ziarahi di hospital? Agak resah rasanya.

Maka sebaik confirm kami balik untuk ziarah wan, aku tetapkan keputusan nak pakai tudung labuh biru laut bersekali dengan purdahnya.  Kemudian datang idea untuk melekatkan batu-batu di tepi purdah.  Aku memang beli tudung dan purdah biru ni untuk dipakai apabila bersama-sama mak.  Aku turut menempah niqab dengan beberapa warna berlainan.  Aku tak nak mak fobia dengan warna niqab hitam je.  Aku nak ikram mak.  Bahawa niqab juga boleh berwarna tapi bukan warna-warni atau keterlaluan hiasannya hingga jadi tabarruj pulak.

Purdah ni menggunakan tali.  Jadi aku ikat longgar je, memudahkan aku tarik purdah ke bawah dagu bila dah sampai di kampung.  Aku pakai sarung tangan siap-siap, karang nak kena salam dengan abah.  Aku tak nak peristiwa lama yang kadang-kadang diulang-ulang pasal bab hulur tangan tak bersambut berlaku lagi (bukan kes aku).  Ya, bila kefahaman tentang hukum-hakam tak mendalam, maka adat sosial yang jadi pegangan. 

Akhirnya kami selamat sampai ke kampung lewat malam.  Mak abah dah standby menunggu kami dengan wajah ceria.  Aku biarkan je purdah kat muka, tapi bila mak muncul hati aku rasa berdebar juga hehe ...

Alhamdulillah, menjelang time tidur tu, mak datang jenguk aku yang lepak sorang-sorang (sebab aku tak suka tidur depan tv, diorang pulak nak tengok tv).  Dan mula la mak berbicara tentang purdah ni ... Mak masih tak suka aku berpurdah! 

Aku pulak masih terkial-kial nak membentangkan hujah dan dalil purdah ni.  Aduhaii ... jadi aku jawab apa yang mampu aku suarakan je.  Ohh betapa lemahnya aku!  Bila kita tak berkemampuan, kita hanya dapat pertahankan pendirian tanpa sandaran.  Ini orang tua-tua kata ~ keras kepala.

Masa kat hospital, aku masih pakai tudung dan purdah biru.  Aku buat selamba je.  Kakak aku yang kebetulan sama-sama berziarah membawa mak kandungku sempat bagi komen positif tentang purdah yang aku pakai hehe ... makaceh ... 

Menjelang nak mintak diri balik, tiba-tiba wan berkata-kata kepadaku. 

"Wan tak nampak muko kau pakai tutup cam ni.  Tak cantik!  Wan nak tengok muko kau tu.  Tak tutup cantik." 

Err ... aku ... terpempan.  Dan biasanya bila ada komen sebegini, aku suka buat tak kisah je dan bagi respon ringan.  Untungnya sebab mak kandung aku cepat-cepat menyatakan sokongan pada aku :D. 

Mak kata, "nak tengok kat umah la ... kat luar tak yah la bukak."  Lebih kurang cam tu la ... sayangggggg kat mak aku ni.  Mak selalu sokong apa yang aku nak buat, dan aku pulak selalu mintak doa dari mak.  Wan diam je.  

Cuma seperkara, bila dah berpurdah ni, kekadang aku rasa sikap aku tak tele sangat dengan penampilan aku.  Namun aku terus cuba dan cuba untuk selari.  Semoga Allah memberiku hidayat taufik di sepanjang perjalanan ni.  Aameen.

Ok, tamat kisah aku balik ziarah wan dengan purdah.

Selepas balik dari kampung, aku call mak mertua pulak.  Sejak pakai purdah, aku selalu fikir camana nak bagitau mak mertua aku pasal ni.  Perlu ke?  Tak perlu ke?  Biar orang lain yang bagitau dia ke?  Atau tunggu aku balik kampung je?

Sebenarnya aku suruh anak perempuan aku yang call tanya khabar sebab dia dah habis cuti dan nak balik madrasah.  Biasa begitulah.  Tak balik raya, so tanya khabar berita dengan telefon je.  Bila telefon dipas kat aku, basa-basi dulu.  Tanya khabar semua orang.  Itu ini gitu gini ... pot pet pot pet ... bla bla bla ... pas tu ...

"Mak, Intan dah pakai purdah."
Mak jawab, "Yang tutup muka tu ke?"
"Haah la mak ..."
Mak kata, "suka hati kau la tan ..."

Hehe ... aku gelak sesama dengan mak.  Settle satu perkara yang penting buat aku.  Cukup bagi aku kalau dah maklumkan kat mak mertua yang sorang ni ... ipar duai aku tak kisah dah.  So far, abang ipar dan biras sulung aku dah dua kali berjumpa.  Dan aku pun dah warwarkan penampilan baru ni di fb tru gambar-gambar dengan famili.  Well ... dah dimaklumi la tu insyaAllah walaupun indirectly je.
Lagipun, sebenarnya lama sebelum aku menyarung purdah, aku pernah cakap kat kakak ipar sulung bahawa satu hari aku nak pakai purdah jugak macam anak aku.  Dia jawab, kalau dah pakai jangan kejap pakai kejap bukak kejap pakai kejap bukak.  InsyaAllah, Allah jua yang beri kekuatan dan keyakinan.  Aku ambil masa untuk memakai pakaian sunnah Ummul Mukminin ni seiring dengan mencari keyakinan dan kekuatan itu.  Then bila tiba masanya, masyaAllah ... aku sendiri tak jangka akan datang kekuatan itu untuk menyarungnya pada 3 September lepas.  Aku tak sangka pun!  Ni dah pernah aku katakan dalam entri dulu tu.

Kini, berkat doa semua yang sudi mendoakan aku selalu, telah dua bulan aku memakai purdah.  Alhamdulillah.  Aku rasa selesa dan aman di sebalik purdah.  Setiap kali aku menyarungnya, aku niatkan untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW (isteri-isteri nabi SAW).  Aku berdoa semoga Allah izinkan aku mempertahankan sunnah ini sehingga ke akhir hayat. 

InsyaAllah.






"adik yang tu belajar kat mana?"

Aku makin serba-salah.  Aku saja menjauhkan diri, tapi dia masih teringin nak tau.  Tak cukup sekadar bertanya kepada anak perempuanku yang tinggi sejengkal setengah dari aku tu. Nak tak nak aku terpaksa kembali mendekatinya dan jugak menjawab.  Anak aku pulak tak nak bergerak sebaliknya tercegat kat situ, dah terikat dek soalan demi soalan dari pegawai tu.

"Err saya ni mak dia ... hehe ..."  jawab aku sambil menunjuk kepada anak perempuanku yang aku rasa dah tersengih-sengih di balik purdahnya.  Dia ketawakan mak dia ni!!!

Mana taknya, perempuan tu ingat aku dan anak aku ni student dari IPT mana-mana yang datang buat research kat muzium.  Tapi aku tak salahkan dia dengan andaiannya yang suci tu.  Aku dengan saiz yang comel  tak comel ni, memang sekali pandang orang ingat aku adik pada anak aku sendiri hehe ...

So sempat la aku melihat raut terkejut di wajahnya yang ceria.  Syukurlah aku berniqab jadi airmuka aku yang gembira bukan kepalang sebab disangka anak dara ni tak kenampakan sangat.  Tapi airmuka perempuan tu yang mula serba-salah memang ketara hehe ...  dia agak tersipu-sipu, sebab sangkaanya jauh meleset :D

Mula-mula dia bahasakan dirinya 'auntie' walaupun dia dah tau aku ni mungkin sebaya bahkan lebih tua dari dia.  Aku iyakan je dan banyak pasang telinga.  Dia mengutarakan hasrat hatinya nak menghantar anak bongsunya ke madrasah.  Dia dah survey tapi hatinya masih berbelah-bagi.  Biasalah, dunia vs akhirat.  Aku agak dia masih mencari-cari satu ketetapan yang pasti.  Dalam bercerita dan aku mendengar tu, pelan-pelan dia tukar gantinama dirinya kepada 'kakak'.  Aku diam je.

Bila dengar ada keraguan begitu, aku suka je sarankan dia untuk solat istikharah dan solat hajat.  Aku juga sarankan dia berbincang dengan pihak pengurusan madrasah yang telah dipilihnya tu, dan cari kawan dari kalangan ibu-ibu yang menghantar anak ke situ.  Masa ni dia mula mention aku sebagai 'cik puan' pulak ... tadi tu dia panggil aku 'adik' hehehe ...  Aku diam je laa ...

Aku mula teringat pesanan staf kat pintu masuk tadi.  Masa tu anak-anak aku tengah syok main dam ular gergasi kat hall tu.  Datang seorang staf suruh kami masuk cepat sebab muzium akan ditutup jam 12.30pm (hari ni Jumaat). Ada lagi satu jam masa tu.  Now aku tak tau dah berapa minit melayan wanita ramah ni dengan mendengar luahan hatinya tu.  Naqib dah lesap, tapi Hidayat datang balik duduk bersila sambil tongkat dagu melanguk mendengar perbualan dan memerhatikan kami.

Hanessa datang pulak sambil tarik-tarik tudung aku.  Ni memang aku nak marah, hilang bentuk tudung aku nanti.  Senget menget!

Akhirnya aku kongsikan pengalaman ustazah kepada anak perempuan aku sendiri kepada dia.  Aku katakan setakat apa yang aku tau.  Paling penting jangan risau bab rezeki.  Allah dah tetapkan semuanya.  Orang yang hafaz al-Quran tak mungkin Allah biarkan begitu je.  Kalau nak masuk IPT dah tamat hafalan sok, boleh je.  So nanti keluar sebagai doktor hafiz, jurutera hafiz dan sebagainya.  Ramai yang dah buat macam tu.  Aku berikan dia sedikit keyakinan dan dorongan. Niat dah ada, cuma nak melangkah je lagi.  Semoga Allah mudahkan urusannya untuk menghantar anak dia ke madrasah tu insyaAllah.

Ketika aku mohon diri, dia berterima kasih berkali-kali, dan berkali-kali dia mengucapkan rasa bersyukurnya ke hadrat Allah.  Nampak wajahnya gembira dan katanya, hatinya terasa lapang dan lega.  Sebagai seorang wanita tanpa suami (divorce) dia bimbang memikirkan hal anak-anaknya.  Dan dia mahu yang terbaik untuk si bongsu lelakinya tu.  Allah juga yang memberi dia keyakinan dan kegembiraan ni.

Allah jua yang menggerakkan hati aku bawak budak-budak ni ke muzium, sementara menunggu waktu solat Jumaat.  Kami nak ke library, tapi walaupun tak jauh, makan masa nak patah balik ke masjid.  Nak elak terkejar-kejar walaupun Hidayat merajuk, aku ajak anak-anak ke muzium buat sekian kalinya.  Semenjak pindah Sijangkang, inilah kali pertama kami datang.  Masa tinggal di TTDI Jaya, kerap jugak ke sini.  Masa tu anak-anak masih dua orang.

Dan ... ada sekali tu aku tersangkut jugak macam ni.  Tapi waktu tu aku disapa staf lelaki, err ... duda.  Dengan anak-anak masih kecik dan berkebaya ... aku hanya nak bawak anak-anak aku masuk melawat muzium sebab free.  Lagipun ada macam-macam kat muzium tu.  Aku pinjamkan juga telinga ni mendengar dan kemudian dengan baik aku mohon diri turun ke ruang lain.  Aku tak tau ... tapi kadang-kadang memang macam tu.  Kadang-kadang ... tak selalu.

Sekadar tegur-sapa.  Apapun, sekarang ni aku berasa lebih selamat dengan memakai purdah.  Walaupun tak mungkin mampu mengelakkan tegur-sapa 100%, tapi ia masih dalam kawalan.  InsyaAllah.

Ya Allah, peliharalah kami dari fitnah.  Aemeen.

*Ketika menuruni tangga ke tingkat bawah, wanita ni masih memerhatikan kami dengan senyuman dan sempat lambai-lambai tangan.  Kata anak perempuan aku sambil genggam tanganku kuat-kuat, "Mama tak seram ke?  Ntah-ntah ..."

Haha ... kat situ memang sunyi dan lengang.  Orang tak de datang melawat dah, kami je.

"Manusia la ... kalau bukan pun, tak pe.  Biarla dia hantar anak dia ke madrasah ... hihi"

Memacam imajinasi manusia :D

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing