Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, June 28, 2012

cuaca gelap guruh bergema sejak

lalu.  Aku dah angkat kain, alhamdulillah, sume kering (sebab malam tadi dah sidai bawah kipas hehe ... kain semalam daa tak kering, tadi jemur kat cahaya matahari kejap bagi garing ~ nak garing macam goreng ikan kering la plak hehe ...)

Aku tengah tunggu Sarah ni.  Dua hari sesi belajar ditangguhkan.  Kelmarin, aku meraikan kedatangan seorang anak muda yang cukup berani datang 'mengadap' bersendirian, macam Lone Ranger siri koboi yang selalu keluar kat tv masa kecik-kecik dulu ... hehe ...  Kebetulan Allah dah set takdirkan, pagi kelmarin tu jugak tanpa diduga Pak Meon dapat panggilan mengejut dari kawan aka bekas boss dia dari Brunei, yang hadiri seminar di KL.  Pak Meon dijemput sama, sambil menyelam minum air untuk bertemu muka juga.

Maka aku bersendirian meraikan orang muda ni, di kedai makan cafe de permai.  Alhamdulillah, dah kenal orangnya.

* waktu aku menulis ni, kat luar dah hujan.  Tak lebat pun, barai-barai je kata orang Brunei.  Rasanya Sarah tak datang kot ... bolehla aku merapu lagi nih.

Semalam pagi, tiba-tiba mak buat panggilan kat hp aku.  "Intan, ada seprais!  Ada orang jauh nak datang nak jumpa Intan tengahari ni tau!"

Mak, dengan nada ceria gelak-gelak kat hujung sana.  Sapa la plak ... semalam pun dah cukup surprise dah!  Efeknya masih ada lagi.  Tetiba mak nak topup dengan surprise lagi!! Aku paksa gak mak bagitau, paksa lembut-lembut gitu macam lembut gigi dari lidah.  Tak larat nak hadap surprise berderet-deret hehe ...  Alah, mak saja je nak menyakat.  Rupa-rupanya bapak angkat aku dari Segamat datang kampung, pas tu dia nak datang rumah aku plak kat sini.  Hmm ... dah bertahun-tahun tak jumpa dengan bapak angkat yang aku panggil Uncle Hassan ni.  Dah beruban, gigi pun dah rongak sebatang.  Tapi boraknya masih maintain macam dulu hehe ...

Jadi semalam aku kensel kelas lagi, untuk meraikan mak abah dan Uncle Hassan pulak.  InsyaAllah ganti dua kali Jumaat nanti.

"Ni sapa ni?"  tanya mak bila aku tunjuk satu gambar kat kamera.

"Ni nak buat menantu ni, mak.  Amacam, ok tak?"

Mak senyum.  "Untuk sapa ...?"

Alahai buat-buat tanya pulak mak aku ni.  "Untuk sapa lagi, mak!  Takkan untuk Hanessa kot."

*  tetiba aku baru tersedar, hujan dah berhenti laaa ... guruh je kedengaran.  Hmm sat gi sampai la Sarah tu hehehe, tapi aku dah selesai merapu dah.  Merapu ada sikit isi la ... hehe.




Wednesday, June 27, 2012

cafe de' permai idaman

aku dah lama berangan nak tulis sesuatu tentang kedai makan idaman.  Tapi tak mampu.  Hari ni aku cuba lagi, tapi kerana masih rasa tak mampu, aku senaraikan je la ... macam jawab periksa plak.  Apa-apa aje la.

1.  tempat makan lelaki perempuan asing-asing. 
2.  tempat makan famili terbuka/tertutup - ikut pilihan customer dan keselesaan mereka.
3.  tak de tv tapi ada speaker besau punya kat sudut-sudut tertentu, yang mengalunkan zikir-zikir, selawat-selawat, qasidah-qasidah untuk halwa telinga yang terus masuk ke hati.

(nak cite  sikit.  aku tak ngaku anti ngan tv ni, nyampah ngan cite-cite dia je hehe ... kekadang, ulang kekadang tengok gak (tipu la tak tengok langsung dlm setahun tu hehehe) ... tp aku selalu fikir, napa la cerita yang ada tu sangat tensen sebab ada jeritan la, marah-marah la, gaduh-gaduh la, kalau ketawa plak terbahak-bahak ... ooo ... rupa-rupanya lagi heavy watak tu lagi baguih, pelakon tu sangat berbakat, dan selebihnya pancaindera akan tertarik nak tengok apa hal yang sampai jerit-jerit, marah-marah tak masuk ngan muzik latar lagi.  Pas tu ntah sapa memandai la kata filem ni berpuluh ribu orang tengok.  Camana dorang buat statistik?  Boleh caya ke?  Aku tak caya.  Susah nak caya banyak benda sekarang ni.  Tak setuju tak pe.)

4.  aku fikir nak bakar kemenyan wangi, tapi ... ni aku kena refer kat orang alim dulu.
5.  Staf perempuan menutup aurat dengan sempurna dan serve wanita sahaja.  Staf lelaki pakai pakaian sunnah dan serve lelaki je.
6.  sunnah makan ialah dalam dulang.  Dah dalam dulang kena la duduk bawah.  So buat dua section, section meja makan dan section untuk makan dalam dulang, mbe boleh buat pondok-pondok kecil untuk ini.
7.  tempat cuci tangan untuk lelaki dan perempuan berasingan.
8.  tempat solat yang besar.

yang paling penting ialah sakinah mawaddah dan barkah yang turun dari Allah untuk semua di cafe de' permai ~ pemilik sementara, pekerja, pelanggan, semua peralatan dan apa sahaja yang ada di situ, rumput, batu, pasir, pokok, kucing, pinggan mangguk, sudu garfu, dulang, segala makanan dan minuman insyaAllah.

Monday, June 25, 2012

"saya nak cakap sikit ...

kamu makin berubah sekarang ya!"  Ustazah H merenungnya tajam.

Dia hanya terkebil-kebil, terperanjat pun ada.  Apa yang berubah?  Hatinya tertanya-tanya.

"Dulu masa baru masuk, kamu lain.  Tak macam gini.  Sekarang lain saya tengok."  sambung Ustazah H.

Dia menunduk.  Serba-salah.  Tertanya-tanya terus.  Tak jadi menyambung syahadah hafalan hadis.

"Err ... apa yang berubahnya, ustazah?"  dengan suara perlahan dia memberanikan diri bertanya.  Risau, takut dan 1001 tandatanya.

"Awak makin nakal sekarang!  Tengok, lengan baju pun macam tu.  Saya tak suka macam tu!"  jawab Ustazah H lagi, tegas sambil merenung lengan jubah hitamnya yang dilipat sedikit, kerana rimas dengan cuaca tengahari yang membahang.

Perlahan-lahan dia menurunkan lengan jubah hitam yang cuma dua tiga kali lipat itu.  "Baik, ustazah."  sahutnya akur.

"Baiklah, saya bagi awak seminggu untuk berubah!"

Hah!  Berubah?  Berubah apanya?  katanya di dalam hati.  "Seminggu, ustazah?  Berubah?  Berubah macamana, ustazah?"  tanyanya lagi kebingungan.

"Awak mesti berubah!  Kalau tak saya akan beritahu ibu awak.  Awak nak ke?"  tekan Ustazah H lebih tegas.  Nampaknya seperti geram betul kepada dirinya.

"Err ... tak nak, ustazah."  Walaupun hatinya menyahut dengan nada lain, 'cakaplah ustazah, mama saya tak kisah kot.  Mungkin mama gelak je ...'  Begitulah dugaan dia.

* Aku tak tau nak cakap apa.  Tiba-tiba puteri yang garang tapi mudah menangis ni diberi amaran sebegitu oleh gurunya.  Hmm ... jadi nakal rupanya.  Dia memberitahu, setiap tahun kelas alimah 1 memang terkenal dengan kenakalan, kerana kemasukan pelajar baru yang tidak putus.  Jadi ada yang sudah agak senior, ada pula yang masih terkial-kial nak menyesuaikan diri.  Kiranya bermacam-macam perangai ada di alimah 1. 

Nakal tak pe, tapi jangan buat perkara-perkara yang dimurkai Allah dan RasulNya.  Aku risau sebenarnya.  Penapisan Allah terus berlaku.  Masih ada pelajar-pelajar yang dipotong nama, dengan kesalahan yang menggerunkan.  Fitnah akhir zaman juga melanda mereka ini.  Ya Allah, selamatkanlah anak-anakku dan rakan-rakan sepengajian mereka dengan kasih sayangMu.  Masukkanlah mereka dalam golongan yang terpilih untuk kerja dakwah sehingga ke akhir hayat.

"Ma, dorang kata teruk la kawin dengan karkun.  Dorang tak nak karkun."  tiba-tiba dia bercakap begitu.

"HAAAA?  Apasal plak?  Jangan terpengaruh dengan dorang tu.  Kita nak yang ada misi.  Bukan misi dunia je, misi akhirat yang utama.  Faham tak?  Tu yang setakat hensem tu, mama tak perkenan.  Hensem je tapi tak ada wibawa.  Wibawa pulak, bukan wibawa pemimpin semata.  Wibawa ugama."  Hantam la janji dia boleh faham.  Biasa la budak-budak perempuan ni, nak yang hensem macam Asyraff Sinclair. 

Macam laa sat gi nak kawinkan dia, tapi tak salah aku merencana yang terbaik untuk masa depannya.  Cita-cita adalah harapan, harapan adalah doa.  Doa yang dimakbulkan Allah antaranya adalah doa ibu kepada anak-anaknya, insyaAllah.  Sedangkan antara lelaki yang sangat mempertahankan sunnah nabi SAW setakat hari ini, aku nampak nyata ada pada yang dipanggil karkun.  Paling mudah, ialah mengikut sunnah nabi SAW dengan pakaian jubah dan serban. Ni baru betul hensem kerana meniru pakaian rasmi para nabi dan rasul, para malaikat dan Rasulullah SAW sendiri. 

"Tapi, ma.  Napa mama suruh Ain fikir pasal poligami?"  tanyanya lagi dengan wajah rusuh.

"Alah, biasalah kan kita orang pempuan ni.  Mungkin boleh terjadi.  Kamu kat madrasah ngadap kitab je, fikir-fikir la pasal ni jugak.  Cer tanya-tanya ustazah.  Bla bla bla ..." dia nampak cool, angguk-angguk.  "Ok, belajar betul-betul.  Nanti jadi ke nak ambik hafizah?"  tanya aku lagi, walhal nak habis alimah pun lama lagi, dalam 4-5 tahun insyaAllah.

"InsyaAllah ..."

"Kalau dapat sambung, teruskan.  Along kata orang perempuan ni walaupun ada cuti bulanan, tapi ingatan tajam."  beri semangat.

*  setengah hari bersama anak perempuan kami.  Nakal?  Huhh ... Aku rasa macam tak caya je ... tapi teguran ustazah tu tak boleh diabaikan.  Dia mesti baiki diri dari nakal kepada lebih baik (mbe macam masa baru masuk madrasah ... lebih baik lagi ), dalam satu minggu hehehe ... Semoga Allah membantunya.  InsyaAllah.

*  Lantas aku terfikir, budak nakal ini perlu dibimbing dan dipimpin sentiasa.  Garangnya perlu dibentuk kepada ketegasan yang bermanfaat.  Segala kelemahannya perlu dibaiki menjadi kekuatan untuk membina peribadi yang unggul.  Biarlah Allah yang uruskan.  InsyaAllah.  :)))

* terfikir dan tertanya-tanya pula, ada ke karkun yang sudi ...   Biarlah Allah yang uruskan.  Aku akan ajukan kepadaNYA.  InsyaAllah :))))

* terfikir lagi, layakkah orang nakal untuk seorang bergelar karkun ... Biarlah Allah yang uruskan.  Aku akan minta padaNYA.  InsyaAllah :)))

* teringat pula, aku pernah nampak seseorang yang berperwatakan karkun berjalan bergandingan dengan wanita persis isterinya, sayangnya wanita yang dipimpin tangannya itu tidak memakain pakaian sunnah Ummul Mukminin tapi sama sahaja macam pakaian kebanyakan perempuan yang dijumpa merata-rata zaman sekarang ni.  Kini aku belajar untuk selalu berbaik sangka.  Dan aku berdoa agar Allah uruskan karkun sejati untuk anak-anak perempuanku.

~ tentang cara wanita berpakaian zaman mutakhir ini, aku pun pernah terjebak.  Mahu kelihatan muda dan ranggi.  Mahu kelihatan sama dengan gadis-gadis.  Tak mahu kalah!  Pakaian melambak dijual, pelbagai fesyen dan tidak terlalu mahal.  Sama sahaja, semua bangsa boleh pakai.  Tak ada sempadan.  Fesyen yang berubah-ubah mesti dikejar sedapat-dapatnya.  Supaya kita tak dipanggil ketinggalan zaman dan diketawakan.  Dan hari ini, setelah aku mula menyarung kain hitam ke badan, aku selalu melihat dengan perasaan hairan.  Apa tak herannya, dari belakang aku ingat sedang memandang gadis remaja, tapi bila ia berpaling, rupa-rupanya jauh dari yang disangka.  Semuanya slim belaka.  Nenek tua pun pakai jeans dan t-shirt dengan gaya santai.  Pedih rasanya hati bila satu ketika anak sendiri berkata, "muka macam kertas renyuk, tapi pakaian macam orang muda."  Celupar punya mulut, tapi itulah hakikatnya so apa aku nak kata ...   Kini aku tanamkan azam banyakkan berdoa bukan sahaja untuk diri sendiri dan kaum keluarga, bahkan untuk sesiapa sahaja yang kutemui, semoga semua seisi alam mendapat hidayat Allah sebelum roh berlepas dari tenggorokan.  Kepada Allah kuberserah dan berharap.  Ya Allah!

 

Sunday, June 24, 2012

bukan Firaun

seperti yang pernah aku baca sebelum ini, tetapi bermula dari zaman Namrud.  Namrud adalah raja yang zalim di zaman Nabi Ibrahim a.s.  manakala Firaun di zaman Nabi Musa a.s. sesudahnya.  Begitulah info terkini yang baru sahaja aku jumpa di sini.  Ia satu entri yang agak panjang, meringkaskan kontroversi yang melanda dunia dengan isu dajjal laknatullah yang sudah diperingatkan oleh setiap para nabi kepada umat mereka, semenjak nabi Adam a.s. lagi.  



Raja Namrud dan kaitannya dengan



patung besar namrudAssalaamu’alaikum w.b.t. dan selamat sejahtera ……. Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai seorang raja yang mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s. Dan Namrud lah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa dia adalah tuhan.  Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam AlQuran AlKarim.
“Apakah kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: “Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan”. Orang itu berkata: “Aku dapat menghidupkan dan mematikan”. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,” lalu hairan terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” Surah Al baqarah : Ayat 258
Tafsir Ibnu Katsir ada mentafsir kan ayat tersebut dan menceritakan bahawa Raja Nimrod / Namrud telah mendatang kan dua orang pesalah, seorang dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati.  Itulah maksudnya bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah dia kerana tidak dapat melakukan sedemikian.
Sehinggalah diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan berhala-berhala mereka dan itu dimarahi oleh Namrud dan dia memerintahkan orang menangkap Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup.  Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim a.s  dari api yang panas bersemarak itu.
“Mereka berkata: “Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak”. Kami (Allah) berfirman: “Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”, mereka hendak berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka orang-orang yang paling merugi.” Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 68 – 70
Dan dikatakan lagi di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Mujahid mengatakan bahawa raja yang menguasai belah timur dan barat dunia ada empat orang.  Dua orang darinya adalah mukmin dan dua orang lagi kafir.  Raja yang mukmin ialah Nabi Sulaiman  bin Daud dan ZulQarnain.  Sedangkan raja yang kafir itu ialah Namrud dan Bukhtanasar.
.
Kaitan Namrud dengan Illuminati
Subhanallah, penyebutan sedikit kisah Namrud di dalam AlQuran rupa-rupanya ada kaitan hingga ke zaman moden ini.  Selain dari kisah yang berkaitan dengan perjuangan Nabi Ibrahim a.s, juga berkaitan dengan keinginan Namrud ingin menguasai dunia yang kini agendanya itu diteruskan oleh cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselindung di sebalik namaIlluminati.
Nama ‘Nimrod’ dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata “Marad” yang bererti “membangkang atau murtad” . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arab.  Contoh kata  ”Marad” di dalam bahasa Arab ialah  ”Ridda” yang  bermaksud  ”murtad”.
Ketahuilah bahawa manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik dan kemudian mengaku sebagai tuhan ialah Namrud.  Kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di Babylon (Iraq).  Menurut suatu pendapat, Namrud memegang kuasa pemerintahannya selama 400 tahun. Dia manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai New World Order.
Blue_Room_Christmas_treeDari catatan-catatan kuno, jumlah kejahatan dan kezalimannya nya amat banyak, di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernamaSemiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Dia membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Raya Natal / Krismas.
tammuzWalaupun dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud, dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak itu bernama Tammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud.   Tammuz diberi gelaran ‘Orion‘ yang bermaksud ‘benih seorang wanita’.  Semiramis mula dikenali sebagai ‘Ibu perawan’, ‘Ibu suci’ dan ‘Dewi dari syurga’.  Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis dan anak tuhan.
Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis dianggap sebagai ‘Ratu Langit’ oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai ‘Anak Suci dari Syurga’. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.
Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon.  Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu ‘benih seorang wanita’.
Kemudiannya , ajaran penyembahan berhala ibu dan anak  itu tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.
Di bawah ini merupakan gambar beberapa Goddess / Dewi kuno dan di antaranya ialah Semiramis iaitu ibu kepada Raja Namrud.  Watak-watak ini telah disadur semuanya dari kisah  Semiramis dengan Namrud;
ancient goddess
Dan lihat pula persamaan antara Semiramis dengan Statue of Liberty di Amerika Syarikat.   Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan kedua negara tersebut.
semiramis in coinSemiramis dalam duit syiling lama
illuminati_libertyStatue of Liberty
Patung Statue of Liberty itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini.  Statue of Liberty  bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam.  Dan simbol seperti Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.
Columbia_Pictures
.
Keturunan Namrud hingga kini
Keturunan Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline).   Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds  dalam Illuminati ada dikatakan berasal dari keturunan Firaun.  Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.
13 illuminati bloodlines
Perhatikan lah bahawa Children’s TV Workshop yang membuat rancangan seperti Sesame Street juga milik mereka. Dan tidak ketinggalan seperti yang dibicarakan pada topik-topik lalu iaitu Disney yang membuat pelbagai rancangan kartun terutamanya.  Pertubuhan-pertubuhan seperti ini kerja mereka adalah memBRAINWASH minda kanak-kanak dan remaja, yang mana cara mereka nampak seperti bagus tetapi ada muslihat di sebaliknya terutamanya dapat menjauhkan fikiran kanak-kanak dari soal keTuhanan yang sebenar. Dari kecil lagi kanak-kanak telah disajikan dengan hiburan yang melalaikan.  Sila baca  Illuminati dan hiburan
Sesame Street - Abbey Road
.
Pertubuhan dan negara yang disebut United atau Union adalah di bawah pengaruh mereka
Sila perhatikan kepada negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan berikut;
1 – UN – United Nation (PBB – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)
UN-LOGO
2 – USA – United States of America
3 – UK – United Kingdom
4 – USSR – Union of Soviet Socialist Republics
5 – UAE – United Arab Emirates , 7 wilayah iaitu Abu Dhabi, Dubai, Ajman, Sharjah, Ras AlKhaimah, Fujairah dan Umm Al Quwain.
6 – UNESCO – United Nations Educational , Scientific and Cultural Organization
unesco
Konsep UNITED ialah menyatukan semua di bawah kuasa mereka. Dan perhatikan lagi maksud-maksud yang tersirat dari bendera-bendera negara yang menjadi milik mereka.
bendera USA
Bendera Amerika Syarikat (USA) – Perhatikan ada 50 bintang (unsur 3 piramid) dan juga jalurnya ada 13 (13 bloodlines illuminati). Bendera Malaysia pun dipengaruhi oleh mereka kerana Malaysia dulunya dijajah oleh British.
bendera AustraliaBendera Australia – Perhatikan ada 6 bintang (bintang yang mempunyai 4 piramid di dalamnya), 1 bintang besar dan 5 bintang kecil.  Dan ada bendera UK di dalamnya, kerana Australia ialah milik kepada UK.
bendera chinaBendera China – Ada 5 bintang, 1 bintang besar dan 4 bintang kecil
bendera russiaBendera Russia (USSR) – Ada sabit dan tukul seolah-olah membentuk serampang 3 mata.  Dan ada satu bintang di atasnya.
bendera israelBendera Israel – Sudah terang lagi bersuluh
bendera UKBendera United Kingdom (UK) –  Anda mungkin tidak dapat melihat bintang di dalamnya.  Tetapi jika anda berimaginasi, ianya seolah-olah anda melihat sebuah PIRAMID dari pandangan ATAS.  Piramid 3 segi yang mempunyai 4 bucu.  Dan cross di tengah dengan ditambah dengan 4 silang lagi itu pun secara simboliknya seperti sebuah bintang. Dan anda juga dapat melihat ada banyak segitiga di dalamnya.
Dari zaman dahulu kala lagi mereka sudah cuba menukar sistem pemerintahan monarki (beraja) dalam sebuah negara kepada sistem-sistem lain seperti republik (re PUBLIC) , demokrasi, komunis dan sebagainya.  Kerana sistem monarki mesti taat dan patuh pada seorang raja, manakala sistem lain ialah kuasa memilih ada pada tangan rakyat. Maka senang mereka menjajah minda rakyat untuk memilih pemimpin yang sesuai dengan kehendak mereka.  Dan yang paling PENTING,   rakyat semakin mudah tidak akan bersatu hati danberlaku PERPECAHAN sesama sendiri!
.
Namrud disebut juga dalam Perjanjian Lama
Di dalam kitab Perjanjian Lama juga ada menyebut tentang Namrud / Nimrod. Tetapi bukan menceritakan tentang kezaliman dan kejahatannya, tetapi kehebatannya.
Kejadian  10 : 8  Kush memperanakkan Nimrod; dialah yang mula-mula sekali orang yang berkuasa di bumi;
10 : 9  ia seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN, sebab itu dikatakan orang: “Seperti Nimrod, seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN.”
Tentang binaan-binaan yang mereka cuba bina ada disebutkan di dalam bahagian 11 kejadian
Kejadian  11 : 1  Semula, bangsa-bangsa di seluruh dunia hanya mempunyai satu bahasa dan mereka memakai kata-kata yang sama.
11 : 2 Ketika mereka mengembara ke sebelah timur, sampailah mereka di sebuah dataran di Babilonia, lalu menetap di sana.
11 : 3 Mereka berkata seorang kepada yang lain, “Ayo kita membuat batu bata dan membakarnya sampai keras.” Demikianlah mereka mempunyai batu bata untuk batu rumah dan ter untuk bahan perekatnya.
11 : 4 Kata mereka, “Mari kita mendirikan kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai berai di seluruh bumi.”
11 : 5  Maka turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh manusia.
11 : 6 Lalu Ia berkata, “Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan ini baru permulaan dari rencana-rencana mereka. Tak lama lagi mereka akan sanggup melakukan apa saja yang mereka kehendaki.
11 : 7 Sebaiknya Kita turun dan mengacaukan bahasa mereka supaya mereka tidak mengerti lagi satu sama lain.”
11 : 8 Demikianlah TUHAN menceraiberaikan mereka ke seluruh bumi. Lalu berhentilah mereka mendirikan kota itu.
11 : 9  Sebab itu kota itu diberi nama Babel, karena di situ TUHAN mengacaukan bahasa semua bangsa, dan dari situ mereka diceraiberaikan oleh TUHAN ke seluruh bumi.
Mereka mahu membuat batu-bata dan membina binaan besar dan tinggi untuk mencakar langit. Dan mereka ini lah yang mula dikenali sebagai MASONS, yang pada zaman moden kini disebut sebagai Freemasons.  Mereka sememangnya hebat dalam senibina / arkitek.
Dan cita-cita Namrud pada ketika itu tidak kesampaian, kerana itu lah keturunannya sampai sekarang mahu merealisasikan juga cita-cita tersebut. Dan kerana itu lah lukisan piramid pada duit 1 dollar Amerika Syarikat itu belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di atas. Dan mereka sudah hampir untuk melaksanakan misi mereka.
Tentang binaan-binaan yang mereka bina dan tujuan pembinaan serta matlamat mereka mungkin saya akan tulis pada tajuk lain pula nanti, insyaAllah.
.
Babylon baru
Di dalam Perjanjian Baru pada surat Wahyu ada menyebut;
Wahyu  13 : 18   Maka inilah “hikmat”. Biarlah orang yang mengerti, menghitung bilangan angka binatang itu; kerana itulah bilangan angka manusia. Adapun jumlahnya itu enam ratus enam puluh enam.
Sistem pernomboran dan harga Babylon lama ialah sexagesimal, iaitu berasaskan kepada nombor 6 atau 60.  Bandingan 60 sen mereka adalah sama perkiraannya dengan 1 dollar.  Dan sebenarnya kita juga sekarang ada lagi mengguna pakai sistem pernomboran mereka sebagai contoh perkiraan masa. 60 saat bersamaan dengan 1 minit,  60 minit bersamaan 1 jam, itu sebenarnya berasal dari sistem mereka. Dan perkiraan pada bulatan juga disebut sebagai 360 darjah, iaitu 60 x 6.
Babylon baru (Amerika) sekarang menggunakan sistem centesimal iaitu berasaskan kepada nombor 10. Tetapi apabila kita dekodkan nombor roman (MDCCLXXVI) pada ‘The great Seal’ , ianya mewakili nombor 1776, kita akan mendapati pertukaran sistem Babylon lama dengan babylon baru.  Secara matematiknya, 1110 dollar Babylon lama adalah sama dengan 666 dollar Babylon baru iaitu   (0.6 x 1110 = 666).
Nombor 1110 dan 666 ini telah secara halusnya dikodkan kepada nombor 1776 (1110 + 666) , iaitu tarikh terjumpanya republik Amerika dan permulaan Amerika sebagai yang disebut di dalam Bible sebagai ‘Babylon yang hebat’  bersama-sama dengan ‘Agama Misteri’ nya.  Dan tahun 1776 inilah dikenali sebagai tahun lompat bermulanya Hari Isnin sebagai hari  pertama dalam satu minggu (mengikuti kalendar Gregorian).
great seal
Dan ketahuilah bahawa nombor  666 TIDAK ADA KAITAN dengan AlQuran, kerana jumlah ayat AlQuran bukannya 6,666 ayat seperti yang digembar-gemburkan dulu.  Itu hanyalah satu FITNAH untuk memburukkan AlQuran tetapi sudah ternyata SALAH. Jumlah sebenarnya setelah dikaji dengan teliti ialah 6,236 ayat.
barcode666
.
Hari Easter dan kaitannya dengan Semiramis di Babylon
Menurut kepercayaan umat Kristian, Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Yesus telah dihidupkan kembali (dibangkitkan) pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.
Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci (Holy Week) disambut oleh mereka dan pada hari Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Yesus telah disalib. Pada Ahad Palma (Palm Sunday) yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.
Tetapi sebenarnya nama Easter itu bukan bermula di situ, tetapi sudah berkait dari zaman penyembah berhala dulu lagi, terutamanya dengan babylon. Perhatikan gambar di bawah;
easter origin
Ishtar itu adalah juga gelaran kepada Ratu Semiramis, ibu kepada Nimrod kerana dikatakan dia melahirkan Nimrod tanpa ayah dan dikatakan dia adalah Dewi dari syurga. Kerana itulah dia digelar ‘Dewi Kesuburan’  atau dalam bahasa babilonian nya ‘Ishtar’.  Maka Easter = Eastre = Ishtar = Ashtaroth = Astarte
.
Kesimpulan
Kisah tentang Namrud sememangnya masih berlanjutan hingga ke hari ini dengan diwarisi oleh keturunan-keturunannya. Dan anda dapat lihat dengan jelas kenapa Amerika Syarikat telah menakluki Iraq (Babylon) tidak lama dulu.  Bukan semata-mata kerana minyak, tetapi ada agenda lain yang menjadi misi mereka.
“Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tidak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” Hadith Riwayat Muslim
“Tidak akan kiamat dunia ini sehingga ada seorang lelaki daripada keluargaku yang akan memimpin bangsa Arab, namanya sesuai (serupa) dengan namaku.” Hadis riwayat Abu Dawud
Rasulullah bersabda:  “Al-Mahdi berasal dari keturunanku, keturunan dari Fatimah.” Hadis riwayat Abu Dawud
.
Khutbah Rasulullah S.a.w berkenaan Dajjal
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.” di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.”
.
Penulisan berkenaan Illuminati ini akan bersambung lagi selagi hayat saya masih ada insyaAllah kerana masih terlalu banyak untuk dibongkarkan.  Semoga kita dapat mengambil manfaat darinya , mencegah mana-mana yang tidak elok, berusaha untuk menguatkan umat Islam dengan bersatu di bawah Tauhid yang satu, dan sentiasa berdoa kepada Allah agar dilindungi dari fitnah Dajjal.
Semoga kita dapat menjadi manusia yang membantu perjuangan Nabi Isa a.s nanti dan sama-sama menegakkan HUKUM ALLAH kembali di muka bumi yang sudah banyak tercemar dan ternoda ini.
.
Rujukan:
1 – AlQuran
2 – Tafsir Ibnu Katsir
3 – Tulisan Alexander Hislop
4 – Dajjal dan Simbol Setan – Toto Tasmara
5 – The plain truth about Christmas – H.W. Amstrong
6 – Wikipedia

Wednesday, June 20, 2012

Cantik

dah selamat melahirkan anak.  Alhamdulillah.

Lepas Maghrib tadi, aku disuruh suami menghantar Hidayat ke klinik.  Rupa-rupanya dia demam tiba-tiba.  Balik dari latihan sukaneka tadi, dia ada mengadu macam kurang sihat tapi aku ketawakan dia ... kesian anak aku ni!  Mama mintak maaf ye Dayat :)

Alhamdulillah urusan sangat dimudahkan Allah.  Aku dapat parking betul-betul depan klinik, di celah-celah banyak kereta dan deretan gerai pasar malam.  Kemudian, baru je duduk belum panas punggung, nama Hidayat dipanggil untuk berjumpa doktor.

Setengah jam kemudian kami (aku, Hidayat dan Hanessa) dah berada di Cafe de' Permai.  Hanessa segera disuguhkan sepinggan nasi goreng oleh Kak Mah.  Rajin betul dia melayan Hanessa.  Kalau dia tengah makan, boleh share dan main suap-suap dengan anak dara kecik aku tu.  Katanya biar mesra.  Memang pun!  Hidayat pulak dah aku pesan supaya mintak air barli suam je.

Then, kami balik rumah.  Suami bawak kereta ke Shah Alam, ada perbincangan dengan Dato Azmi.  Masuk bilik, aku nampak sesuatu di atas lantai bilik, tompokan cecair kuning.  Aku mula syak sesuatu.  Bayang Cantik tak kelihatan, tapi Putam santai-santai atas lantai bilik Hidayat.

Jeng jeng jeng!  Aku macam biasa, bagi surprise kat anak-anak, kasi buntang mata dan tarik nafas panjang-panjang.  Hanessa dah teruja satu macam.  Aku alihkan bantal katil dia dan angkat sikit.  Nun di sana!  Cantik tengah terbaring bersama seekor anak kucing cenonet warna kelabu. 

Tapi apasal satu ekor je?  Aku tengok perut Cantik masih besar lagi, macam ada anak yang belum keluar.  Namun apasal dia rilex je? 

Hmm sekor pun ok la, cuma jangan ada yang tersangkut kat dalam tak boleh keluar, itu serius! (Lagu wonderpet ...)

So akupun dengan riang hati ( hati riang balik daa) dan penuh syukur, posting pasal Cantik kat FB dan ucap tahniah kat incik Hasmeon hihihi ...

Nampaknya anak Cantik dah dapat nama - MUEZZA - syor rakan FB.  Itu nama kucing kesayangan Rasulullah SAW.  Semoga Cantik dan Muezza sihat-sihat hendaknya.

*  Plisss incik Hasmeon, jangan hantar Cantik n Muezza jauh-jauh.  Izinkanlah mereka menginap menumpang teduh di rumah kita.  Kalau Cantik tak ada, tentu Putam merana.  Incik Meon pun sayangkan kucing jugak kan kan kan ... kami promise akan jaga kebersihan kawasan dengan penuh prihatin. Nanti kita train Muezza gunakan tandas n flush sekali okehhhh :)  ....

semalam hati riang

hari ni hati rawan.

Allah sahaja yang maha mengetahui segala bisikan hati.

Allah jua yang memegang segala kunci hati.  Andai hati terluka, ingatlah kepada Penciptanya.  Agar Allah menyembuhkannya semula.

Andai hati riang macam semalam, banyak-banyaklah bersyukur kepada Allah jua. 

Hati jadi rawan kerana dosa-dosa yang dilakukan.  Dosa menghitamkan hati.  Dosa itu menghalang masuknya cahaya hidayat kepada hati. 

Demikianlah rahsia hidup yang serba luar biasa.  Maha Hebat Allah yang menciptakan segala kejadian.  Kepada Allah kembali segala pertanyaan dan jawapan. 

Mari berdoa sebanyak-banyaknya.  Doa doa dan doa terus.

Mari beristighfar sebanyak-banyaknya.  Istighfar istighfar dan istighfar terus.

Ya Allah Allah Allah ...

Ampunilah segala dosa-dosaku dan keluargaku, guru-guruku dan saudara-maraku, sahabat-sahabatku dan seluruh umat Islam. 



 




Monday, June 18, 2012

hati riang

hari semalam, hati rasa riang.  Biasanya begitulah, apabila ada saudara-mara dan kaum keluarga yang datang mengunjungi kami.  Allah menganugerahkan kami ikatan persaudaraan serta ukhwah yang penuh kasih dan sayang.  Alhamdulillah.

Setelah kakak aku sekeluarga diikuti sesudah itu anak saudara aku Fuad datang, belum ada lagi keluarga sebelah suami yang datang makan-makan kat cafe.  Masing-masing cuma plan kat FB dan telan liur tengok gambar.  Mereka ni kalau datang nak ramai-ramai.  So nak tunggu semua ada, memang payah le.  Namun, semalam Allah permudahkan juga.  

Tengaharinya, mak mertua aku dan empat keluarga ipar datang menyerbu cafe de' permai.  Kak Aza dan keluarga dari Batu Pahat ada urusan di KL esok, serta adik-adik ipar yang tinggal di sekitar Selangor (Izun dan Nozi di Kajang, serta Ajib di Sri Muda).  Juga pengantin baru (anak sulung Kak Aza) ~ Fadhilah & Firdhaus dari Bukit Jalil. 

Ketika mereka sampai di kedai, suasana lengang tanpa seorang pun customer hingga aku ditanya, if kedai closed untuk entertain dorang je.  Sebenarnya dan biasanya, pelanggan mula datang selepas waktu zuhor.  Aku rasa lum sempat panas punggung, tiba-tiba sebijik mpv besar dan tiga bijik kereta muncul serentak.  Serta-merta semua meja penuh dan suasana agak kelam-kabut sikit.  Di akhirnya time nak bayar, barulah aku tau bahawa semua yang datang tu asing-asing, masing-masing saling tak mengenal tapi datang sesama. 

Alhamdulillah.  Adik-adik ipar aku tempah sup UFO sebab masing-masing memang dah lama aim sejak tengok gambar kat fb.  Mak mertua aku makan asam pedas ikan parang (besau punya ikan), dan adik ipar bongsu aku turut sama membedal kat meja mak.  Bila semua dah selesai makan, barulah terdengar ada yang tak merasa asam pedas ... hehehe ... yang kusyuk dengan sup ufo la tu.  Kuah sup beberapa kali bertambah, tapi nampaknya tak dapat menyahut cabaran aku supaya habiskan semua roti tu tinggal pinggan je.  So juara bertahan tetaplah anak-anak aku hehehe ...

Lepas solat Zuhor dan lepak-lepak kat rumah aku, mereka semua pun balik ke Kajang, sambung lepak kat rumah Nozi pulak, bersama lauk-lauk yang diorder dek Nozi termasuk dua sup gearbox.  Alhamdulillah, kecoh tapi seronok.  Kak Aza yang berpuasa sunat, aku berikan sebijik buah mangga manis dan cookies.  Dan yang menambah seronoknya, masing-masing dah buat tempahan cookies aku untuk raya.  Alhamdulillah.  Aku pun dah cadang nak buat at least 50 bekas, atau paling banyak 100 bekas.  Semoga Allah permudahkan. 

Oh ya paginya aku sempat gi taklim setelah tiga minggu miss sebab sibuk dengan cuti sekolah.  Ambik Laila Ain sama gi taklim, tapi bila dapat tau keluarga mertua nak datang, Laila Ain pun ikut aku balik rumah dengan keizinan abahnya. 

Ok tu kisah keluarga.  Malam tadi pun happy jugak.  Anak angkat fb aku akhirnya datang jugak setelah dia tersasar hingga ke Banting, gara-gara follow GPS.  Hahaha!  Nak tau sapa dia?  Ni, aku je memandai mengangkat dia jadi anak.  But since dia mention aku 'mama' means mak, otomatik aku mak dia anak la kan.  Dia pun baru 22 tahun.  Bermulanya ia apabila aku mention story dia kat blog aku, yang mana entri tu aku tulis untuk Naqib.

Ibnu Batoota!

Dia datang ngan Mughiera Shu'ba (Shazrul, Andalas).

Alhamdulillah.  Sempatlah borak-borak sikit jarak jauh sebab aku meja sebelah dia meja sebelah.  Dia pakai jubah serban lengkap ngan kain ridak kat bahu.  Putih kuning dan agak gempal, lebih kurang Naqib jugak.  Katanya la ni dia berisi sikit, betullah aku tengok hehe ...  Suami aku makan sesama ngan dia, sup gearbox dengan nasi putih, kailan ikan masin dan telur dadar.

AKu tak tunggu sampai habis,  sebab Hanessa dah terlelap kat kerusi dan Hidayat pulak dah mengantuk.  Hidayat kata sambung la borak kat rumah, Dayat dah mengantuk.  Hehe ...

Haa aku ada snap gambar dorang tengah makan.  Nak tunjuk kat Naqib, kata aku.  Ibnu Batoota sengih je.  Dia ni memang suka senyum orangnya.

Demikianlah kisah entri 'hati riang' ni ... 


Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing