Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, May 30, 2012

Merokok Itu Haram - Syaikh Nur

Zaman pemerintahan Pak Lah dahulu, kempen anti merokok @ kempen "Tak Nak Merokok" hebat dijalankan. Namun malangnya para penagih rokok masih berleluasa dalam negara, apatah lagi bila zaman pemerintahan Tok Najib 1 Malaysia ni, kempen - kempen anti merokok seumpama zaman Pak Lah dahulu sudah jadi langka, ditenggelamkan oleh kempen-kempen "politicking" dengan berbagai jenama kreatif produk para politikus.
Kat tempat-tempat awam masih berlambak, muka-muka penagih rokok menghisapnya dan dengan muka selamba menghembus toksik beracun ke udara. Mereka tidak menghirau orang-orang yang di sekeliling mereka, bahkan anak-anak kecil juga menjadi mangsa mereka tersebut. Free-free je deme tu jadi passive smokers. Memanglah yang menghidupkan dan mematikan itu Allah yang Maha Kuasa, tapi Allah yang Maha Kuasa itu jugalah yang menegah kita daripada memudaratkan diri atau mendatangkan mudarat kepada orang lain. Janganlah disalahgunakan nama Allah untuk tujuan tersebut, kalau gitu balik nanti ekau bawaklah kereta kat highway tu menyongsong arus, jangan takut - takut, kalau Allah tak mematikan takkan mati punya. Sampai rumah, hang teguklah sebotol dua klorox ke, minyak tanah ke, eleh hidup mati di tangan Allah, takut apa.
Ada yang berdalih bahawa ada ulama atau awliya yang menghisap rokok, maka elok sangatlah dalih tersebut dalam bebanyak sifat kepujian yang ada pada ulama tersebut rokok dia yang kau ikut....Allahu ...Allah. Ilmunya ko ikut ke idak, amalnya ???? Rokok ulama tu sama ke ngan rokok ekau Jang? Memandai je ekau jual nama ulama. Ulama tersebut mungkin ada alasan baginya untuk merokok, dan rokok mereka mungkin tak sama dengan rokok kita zaman ni. Rokok zaman ni dah banyak melalui transformasi sehingga menjadikan ianya lebih merbahaya. Kome carilah sendiri kandungan dalam sebatang rokok zaman moden ni.
Merokok telah lama difatwakan haram oleh sebahagian ulama, antaranya Syaikh `Abdul `Aziz ad-Dabbagh, Imam al-Haddad, Imam al-Qalyubi, Syaikh Muhammad Hayat as-Sindi, Syaikh Sayyid Abu Bakar bin Qasim al-Ahdal rahimahumullah dan ramai lagi. Di Malaysia, pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah difatwakan bahawa merokok adalah HARAM ( baca: HARAM bukan makruh) dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan. Keputusan fatwa kebangsaan tersebut telah diikut oleh negeri-negeri dalam Persekutuan termasuklah negeri ese yang tercinta di mana Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak pada 9 Disember 1995 memutuskan:
"Merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan pada kesihatan dan pembaziran pada perbelanjaan." 
 Namun sayang seribu kali sayang, keputusan fatwa Nombor Rujukan: KAJFS/5/1/95 sehingga kita belum tidak diwartakan. Entahlah kenapa, idak le ese tahu, kena tanyalah ngan pihak yang berkenaan, pasti ada dalih dan alasan yang mereka akan kemukakan.  Apa-apa pun, warta ke tak warta itu tak penting, apa yang penting sekarang ialah merokok telah difatwakan haram oleh para ulama tanahair kita sendiri. Maka sewajarnya kita selaku umat Islam memberi muka kepada institusi agama kita dengan mematuhi apa yang telah difatwakan tersebut.
Kepada para perokok, mudah-mudahan Allah ta`ala menguatkan saudara/i agar bisa berhenti merokok. Merokok itu bukan sahaja memudaratkan diri sendiri tetapi mendatangkan kesakitan dan mudarat kepada orang lain. Duit yang tuan/puan bakar beli rokok, eloklah disedekahkan atau buat beli kitab, nanti bertambahlah amalan dan ilmu pengetahuan. Allahummah-dina bi hudaak.
 
copy paste dari sini

Putam dinafikan haknya

oleh mak aku.  Mak tak rela Putam bertemu Kontang. 

"Kontang lum enjek!" kata mak tegas. 

Mak dah naik rungsing dengan kerenah Putam yang merayu-rayu depan pintu bilik mak.  Dari dalam bilik, terdengar loceng leher Kontang berbunyi nyaring. 

Aku  pun naik bengang.  "Mak, fitrah kucing nak wat camana mak ..."  aku bersuara lemah selemahnya.  Rendah nada serendah-rendahnya.

Mak tetap tak rela.  Mak tak suka!  kata mak lebih tegas. 

Ada sekali tu, Putam terlepas masuk dalam bilik mak.  Aku ternampak dua perkara.  First, Putam main kejar-kejar ngan Kontang dengan begitu gumbiranya.  Second, aku ternampak mak nak tibai Putam dengan kerusi plastik yang abah gunakan untuk solat.  Marah betul mak hehehe ...

Penyudahnya, aku suruh anak-anak kurung Putam dalam bilik kami.  Lepas tu gilir-gilir la, Kontang pulak kena kurung dalam bilik mak.  Sekor free sekor freeze.

Kesian kat Cantik.  Dia hadir bersama sendu.  Putam memang angau dengan Kontang.  Huh!

*  mak dah gi IJN pagi tadi.  Alhamdulillah semua ok.  Syukur kepada Allah yang memberi mak dan abah serta kami semua sihat.  ALhamdulillah.


Saturday, May 26, 2012

"kak, akak kat mana?

saya datang khemah belakang cafe ni, kosong je?!"

Aku mendengar suara jiran, Pah Amran di telefon bimbit.  Terhenti suapanku seketika.  Kami sedang makan tengahari ~ gulai pisang, sambal belacan, kerabu pucuk ubi dan ikan kembung kerutub.

"Bang, tak de orang lagi, napa?"  bulat mataku memandang suami yang sedang mengunyah di sebelah.

Dia nampak terkejut.

"Jap ye Pah, akak tanya abang jap."

Begitulah jadinya bila aku menyampaikan pesanan dan aku tidak dapat bersama pula seperti yang dirancangkan. Kami bergerak dari Sijangkang jam 1.15 pagi tadi, dan sampai di Parit Bilal, Batu Pahat ketika azan Subuh berkumandang.  Memang ngak bisa mahu sampai semula di Sijangkang sebelum rewang bermula.  Dan bila nampak khemah dinaikkan di belakang cafe, mati-mati aku ingat di situlah orang perempuan akan rewang-rewang potong bawang bagai.  Tapi apasal kosong?  Apasal apasal?

"Khemah tu untuk abang masak esok!"  kata suami cool.

Lho!  kok gitu!  Aku la yang main serkap jarang rupanya.  Jadi orang perempuan rewang-rewang di rumah asnaf sebenarnya.  Mmmm ...  Dan khemah di belakang cafe untuk suami bersama orang lelaki menyiapkan nasi beriani  nasi putih bersama lauk daging palembang dan daging kawah (baru dapat info terkini pagi ni daa)  sebagai hidangan utama jamuan nanti, insyaAllah.

***

Tengahari ini cafe tidak beroperasi seperti biasa.  Kami di Parit Bilal, manakala Wak Lan berada di hospital.  Malam tadi, ketika pelanggan sedang mampir memenuhi kerusi, dua budak lelaki datang memberitahu Ikhwan anak sulung Wak Lan kemalangan patah kaki di Batu 7.  Khabarnya dia dilanggar lari oleh penunggang motorsikal tanpa lampu dari belakang wallahu'alam.  Ya, tak ada lampu motor!  Di kawasan gelap tiada lampu.  Dan motor anak Wak Lan pulak tak ada lampu belakang.  Ok, cerita seterusnya aku tak arif sangat.  Yang pastinya, dengarnya malam tadi juga doktor mahu melakukan pembedahan masuk besi ke kaki Ikhwan.  Wak Lan pulak dengarnya tak tidur semalaman menemani anaknya.  Semoga Wak Lan sekeluarga tetap dalam kesabaran.  Zah isterinya cool je aku tengok malam tadi masa ambil beg untuk dikirimkan kepada suaminya di hospital.

So, cafe harus ditutup seketika.  Beberapa kali telefon suami berdering, menerima panggilan dan pertanyaan dari pelanggan.  Kebetulan pulak, telefon dia terlock dikerjakan dek anaknya sendiri, Hidayat, ketika lepas solat Subuh pagi tadi.  Hehe ... takdir Allah jua.  Ujian kesabaran. ALhamdulillah dia bersabar nampaknya.  Kena balik rumah bukak emel jawabnya.  Sudahnya hp kokak akulah yang diizinkan Allah untuk digunakan berhubungan.

Malam ini insyaAllah cafe akan beroperasi macam biasa.  Semoga Allah permudahkan ameen. 

***

Airmata pengantin dan mak pengantin bergenang ketika kami mohon diri untuk pulang.  Apakan daya, kami memang nak bersama meraikan majlis ini tapi apakan daya oh ... apakan daya.  Naqib pun tak cuti.  Paling tidak, adalah juga wakil kami untuk membantu apa yang perlu terutamanya esok.  Nanti bolehlah dia balik dengan sesiapa mak sedara atau pak sedara, atau paling dia suka dapat naik bas, adventure gitu.  Dari kejauhan, hanya doa kami titipkan semoga majlis berjalan lancar hingga selesai.

Tadi, aku hanya dapat menolong menyudahkan doorgift untuk tetamu, bersama ibu mertuaku, adik ipar dan biras.  Bertemu orang baru dalam keluarga adik iparku, si kenit comel yang bernama Zahra.  Alahai, wajahnya sangat mirip dengan Izun.  Usianya baru dua bulan lebih.  Genit sahaja orangnya, yang juga adalah anak susuan kepada adik Zul suami Izun, bermakna adalah anak saudara susuan mereka juga.

Kami beredar ketika ramai lagi ipar duai dan sanak-saudara belum sampai. Hanya dapat berkirim salam sahaja.

***

Aku genggam stereng kereta dengan kejap.  Duduk dengan tegak dalam keadaan bersedia.  Mata fokus ke depan.  Dan ibu jari kiri mengetik tasbih elektronik setiap kali selawat dilafazkan.  Alhamdulillah.  Begitulah kondisiku setiap kali harus memandu.

"Laju tu."  tiba-tiba suami menegur.

Pada masa yang sama stereng bergegar kecil tapi aku diam.  Meter kelajuan tetap berada di zero. (sebenarnya kami test-drive kereta Waja Sedan kakak, cadangnya nak beli untuk pelasahan cik abang bergerak ... insyaAllah.  So far so good.  Cuma gear box lambat masuk, dan meter tak function hehe ...).

"Ayang bawak 140 ni."  suami berkata lagi.

"Oh ye ke?"  Aku angkat kaki kanan dari pedal minyak.  Gegaran stereng pun hilang. 

Apabila aku harus memandu untuk memudahkan suami berehat, aku rasa benar-benar seperti sedang belajar memandu dengan instructor yang strict duduk di sebelah.

Sebenarnya aku mahu dia tidur sahaja, jangan risaukan aku dan pemanduanku.  Aku mahu dia terjaga ketika kami sudah sampai di hadapan pagar rumah.  Kasihan kepadanya kerana malam ini dia akan mula bertugas di khemah memasak, bersambung esok pagi.  Tapi dia hanya terlelap sebentar sahaja, selebihnya dia tetap memantauku.  Aduhai!

Aku suka memandu laju yang selamat.  Memandu mengikut kadar kelajuan yang ditetapkan membosankan dan membuat kita mengantuk.  Betulkan?  InsyaAllah aku belum pernah menerima kiriman surat saman ke rumah.  Alhamdulillah.  Dan akupun tak suka terima surat sebegitu hehe ...

*  Stop dulu.  Lepas Isyak, insyaAllah nak hadiri majlis yassinan di rumah asnaf.  Semoga Allah permudahkan, ameen.

(Catatan pagi ini, Ahad, aku tak sempat gi majlis yassinan malam tadi... aku usai Isyak sudah hampir 9.30pm.  Pagi ni pun tak jenguk muka ke rumah asnaf.  Aku akan ziarah Naqib yang menelefon semasa kami otw dari BP semalam.  Aku dah naik segan nak datang jamuan MB karang ... aku dititipkan pesanan untuk memanjangkan kepada jiran-jiranku ramai-ramai rewang, tapi aku sendiri tak mampu menghadirkan diri ohh ... betapa lemahnya aku.  Badan terasa sakit-sakit.  Kaki kiri pun berdenyut sakit.  Mungkin bahana jatuh motor hari tu.  Ya Allah, jadikanlah aku sentiasa sabar atas musibah atau ujian yang KAU berikan, dan sentiasa bersyukur atas nikmatMU).

*  Tiba-tiba ada 4 anak kucing baru di cafe.  Budak-budak ni terjumpa anak-anak kucing yang dihumban di belakang cafe, dalam beg plastik hitam.  Chef kami, Fahzan simpan dalam sangkar kucing.  Kebetulan aku tinggalkan friskies untuk si Kelabu yang dalam pantang beranak tu (anak 5 ekor).  Dapatlah anak-anak kucing terbuang tu makan friskies.  Aduhai ... tiba-tiba cafe ini seperti sedang dikerumuni kucing-kucing pula.  Kasihan dan bimbang kalau ada yang terlenyek dek tayar kereta customer.  Ada sesiapa nak bela anak kucing takkkkk?  Datang la amik ni ha!!!  Atau ada sesiapa nak jual kandang kucing yang bertingkat-tingkat tu, seken hen?  Aku nak beli!!!

Ya Allah, berilah kami hidayah.  Hidayah untuk seluruh alam.  Ameen.

Friday, May 25, 2012

asyik India je orang Tabligh ni!

Sat gi kami sekeluarga nak ke Batu Pahat.  Menjengah muka menziarahi kakak ipar, yang akan melangsungkan majlis walimah anak sulung perempuannya pada lusa, Ahad nanti, yang juga anak saudara pertama bernikah di sebelah suami.

Kami tak dapat bersama, kerana ada tugas menanti esok dan lusa.  InsyAllah MB akan turun ke sini untuk perasmian rumah asnaf anak-anak yatim.  Cafe de' Permai diamanahkan untuk menyediakan makanan buat tetamu jemputan.  So esok orang perempuan akan rewang-rewang di khemah khas kat belakang cafe.  Pagi-pagi esok kami perlu berada di Sijangkang semula.  Semoga Allah memudahkan semua urusan ini.  Kami memohon perjalanan yang selamat pergi balik, dan dimudahkan Allah dalam pengendalian atas amanah yang diserahkan hingga majlis selesai.  InsyaAllah ameen.

Dengan takdir Allah, aku menemui entri di bawah.  Semenjak berita ijtimak bertiup mengelus-elus anak telinga, ada sekali suami bertanya, "kenapa dorang ni pergi India je?"  

"Maulana besar ada kat India.  Madrasah terbesar pun kat sana."  Begitulah aku menjawab.   Terbayang seraut wajah dengan jambang lebat dan serban besar.  Aku pernah lihat gambar perpustakaan tua yang menempatkan banyak kitab-kitab lama yang sangat berharga.

Semenjak itu, selalulah soalan suami ini bermain-main di fikiran.  Aku ada bertanya Kak Hawa juga.  Sehinggalah berjumpa entri ini sebentar tadi.  Aku baca sepintas lalu, insyaAllah aku copy paste di sini.  Tak dapat nak aku hadamkan dengan sekali baca je.  InsyaAllah balik dari Batu Pahat akan aku ulanginya lagi.  Semoga Allah beri kita semua faham dan hidayah.

***

Dakwah di India,ada Hadith???

Peta benua India sebelum kedatangan penjajah British

Daripada Saidina Tsauban r.hu menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda :
“Akan muncul dua kumpulan dari umatku yang kedua-duanya dipelihara Allah dari neraka; satu kumpulan yang berjihad/berdakwah di India dan satu kumpulan lagi yang akan bersama Nabi Isa bin Maryam as."
Ahmad [Musnad 5/278 no.22759],al-Bukhari [Tarikh al-Kabir Tarjamah Abd al-A'la bin 'Adiy al-Bahrani],al-Nasai [al-Mujtaba' no.3175] Tiada komen,al-Tabarani [Mu'jam al-Awsath 7/23-24] Komen: Tidak diriwayatkan (La Yurwa) hadis ini dari Tsauban melainkan dengan sanad ini.Tafarrud padanya al-Zubaidi,Ibn 'Adiy [al-Kaamil 2/161],al-Haitsami [Majma'uz Zawaaid no.9452] Komen al-Albani [Sahih al-Jami' no.4012,Silsilah as-Sahihah no.1934] Sahih,al-Arnaouth [Tahqiq Musnad Ahmad 37/81 no.22396] Komen(ringkasan) : Hadis hasan dan sanad ini dhaif kerana Baqiyyah bin al-Walid,Rijal yang lain tsiqah kecuali Abu Bakr bin al-Walid al-Zubaidi majhul halnya, Imam As-Suyuti menghasankan hadith ini,lihat Kitab Tanzilul Isa Ibnu Maryam,

Komentar-komentar para ulama Hadith berkenaan hadith ini.

Seorang Ulama Hadith dari benua Hindustan, Syiekh Wahiduzzaman Al-Laknawi rah di dalam komentarnya yang ringkas di dalam kitabnya“Ar-Raudhur-Raba Fi Syarhi Sunanil Mujtaba” (Sunan Nasai),manakala Imam Sayuti rah di dalam kitabnya, “Zahr al-Raba’Ala al-Mujtaba” (Sunan Nasai).

Komentar mereka adalah seperti berikut:

1- Hadith ini Sahih,kerana tiadanya komen oleh al-Imam Al-Nasai rah berkaitan hadith ini di dalam kitab “Al-Mujtaba” menunjukkan ia Hadith Sahih disisi Al-Iman Al-Nasai rah,sekiranya terdapat sanad atau isnad yang tidak benar,Al-Imam Al-Nasai rah,akan menjelaskan sebab dan punca kecacatannya.Untuk itu di dalam Sunan Al-Nasai terdapat hadith sahih,Hasan dan dhoif.Walaupun,di dalam kitab Sunan Al-Nasai terdapat hadith dhaif,namun hanya segelintir sahaja hadith dhoif yang yang di kumpulkannya.

2-. Ia juga dinilai sahih/hasan oleh al-mutaakhirin seperti Al-Imam Al-Suyuthi rah dan al-mu'assirin seperti Syiekh Nasiruddin Al-Albani rah dan Al-Arnaouth rah.

3- Komen Al-Imam Al-Tabarani rah bahawa hadith ini padanya Al-Zubaidi yg tafarrud tidak semestinya menjadikan hadith ini dhaif,tafarrud adalah salah satu petunjuk dari banyak-banyak petunjuk untuk mendhaifkan hadith,ia bukannya bermaksud secara tidak langsung menjadi dhaif.

Pendapat Ulama mengenai Al-Imam Al-Nasai rah.

Imam Al-Nasai rah cukup dikenali oleh para ulama hadith kerana beliau merupakan seorang ulama hadith terkenal yang mana kitab karangan beliau terdapat di dalam “Sahih Sittah”.Seorang Ulama Hadith,Imam Subkhi rah berpendapat,Imam Al-Nasai rah adalah lebih banyak menghafaz hadis-hadis berbanding Imam Muslim rah.Sunannya menduduki tempat yang ketiga selepas Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dari segi kurangnya bilangan hadith dhaif.Menurut pendapat Imam Al-Hakim rah dan Imam Al-Khatib rah,syarat perawi pada hadis di dalam sunannya lebih kuat berbanding dengan syarat perawi di dalam Sahih Muslim.

Dalam konteks lain,Bab Haji yang terdapat di dalam Sunan al-Nasai adalah dalam mazhab al-Syafie kerana beliau juga adalah berpegang kepada mazhab Al-Syafie.

Hadith ni diletak oleh para ulama' di bawah tajuk, tanda-tanda kecil Kiamat yang telah berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku.

Penjelasan hadith ini.

Maksudnya,Selepas kedatangan British 15 Ogos 1947,benua India telah dipisah kepada dua,iaitu India dan Pakistan,dan di awal 80-an,Pakistan telah dipisah menjadi dua,iaitu Pakistan dan Bangladesh. Islam telah menakluk benua India dan memerintahnya selama 800 tahun. Kata Dr Sulaiman al-Asyqar seorang ulama Jordan, ianya merupakan tanda-tanda Kiamat kecil yang telah berlaku,yang sedang berlaku dan yang akan berlaku.

Menurut para ulamak; peperangan India telahpun berlaku di mana India telah beberapa kali dibuka oleh tentera Islam;

1. Kali pertama,tahun 92-97 hijrah, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Walid 1 rah (salah seorang khalifah Bani Umawi) yang menghantar rombongan tentera Islam dipimpin oleh panglima al-Qasim bin Muhammad as-Saqafi rah.Telah berjaya menguasai wilayah India dari daerah Sind hingga Qanuj.

2. Kali kedua,pada zaman pemerintahan Bani Abbas (al-Abbasiyah) di bawah kepimpinan panglima Mahmud bin Sabuktikin rah pada tahun 396 hijrah dan 406 hijrah. Telah berjaya menguasai banyak kota utama benua India.
Buku kedua karangan Prof Dr Yusof Qardhawi yang saya miliki

3. Menurut pendapat Prof Dr Yusof Qardhawi,di dalam kitabnya Fiqh Jihad,katanya beliau mentakrifkan maksud jihad Fisabillah bukan sahaja di atas jalan peperangan,bahkan beliau menjelaskan bahawa berdakwah itu juga termasuk di dalam kategori jihad Fisabillah.
Sebelum,berjihad,berdakwah adalah lebih utama,kerana maksud Nabi-Nabi Allah di utuskan adalah pembawa rahmat,bukan untuk melakukan pertumpahan darah sesama manusia.
Pendapat yang sama juga di kemukakan oleh Syiekh Mohamad Saad Al-Kandahlavi di dalam kitab al-malfuzatnya.

Allah SWT berfirman:
"Dan tiadalah Kami mengutusmu melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam."(Al-Anbiya': 107)

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus para Rasul kepada setiap umat (untuk menyerukan), “Sembahlah Allah sahaja dan jauhilah taghut”.” (An-Nahl, 16: 36)

Kesimpulannya,Usaha dakwah dan tabligh membuat ajakan supaya datang benua India (negara India,Pakistan dan Bangladesh) bertujuan untuk mempelajari tertib-tertib dan uslub-uslub dakwah.Jesturu itu,tidak ada lagi sebarang pertikaian berkaitan ajakan mereka ini,bahkan mereka-mereka yang datang ke benua India dengan tujuan di atas ini akan termasuk di dalam golongan umat Islam yang di maksudkan oleh Nabi SAW di dalam hadith di atas.

Alim ulama berkata"barangsiapa yang diberi keberkatan oleh Allah SWT,maka ikutilah mereka".
Pada hemat saya,usaha dakwah dan tabligh ini,sudah Allah SWT zahirkan keberkatannya,di seluruh dunia,hari ini akibat pergerakan usaha dakwah dan tabligh,sudah menunjukkan perubahan kearah kebaikan.

Peperangan/jihad di atas menjadi dalil kebenaran nubuwah (kenabian) Nabi SAW di mana baginda SAW mendedahkan kepada para sahabatnya peristiwa yang akan berlaku pada zaman selepas kewafatannya. Sudah tentu yang memberitahu baginda ialah Allah kerana tidak mengetahui yang perkara ghaib melainkan Allah SWT sahaja.

***

Dah baca?

Kenapa?  Ohh ... masih tak percaya?  Dalam kisah Imam Mahdi pun ada disebutkan nama India ni. 

Cadangan aku, apa kata bertanya direct;  ya Allah aku beristikharah kepadaMu tentang jemaah ini. 

Semoga Allah yang Maha Pengasih memberi kita semua petunjuk ke jalan yang diredhaiNYA.  InsyaAllah ameen. 

Aku pun nak gi India gak, nak tengok dan alami sendiri.  Tak tengok tak caya atau separuh caya.  Dengar cerita Kak Hawa je ...  Tolong doakan ya. 





Wednesday, May 23, 2012

Laporan sebahagian Ijtimak KL 2012

 

***

(gambar oleh ustaz Gunawan Aziz, penulis blog Tinta Si Faqir  dan penulis Fadhail Amal di Majalah Solusi.Datuk Jamil Khir Baharom telah datang pada ijtimak kali ini)

Fasa pertama Ijtimak telah pun berakhir.Kesibukan melampau menjadi sebab blog ini lama tidak ter'update'.
Rombongan ulama dan orang lama dalam usaha dakwah dan tabligh telah pun bergerak ke Sri Iskandar,Perak dalam siri ijtimak di sana pula.
Subhanallah,jangkaan 20,0000 umat Nabi Salallahu A'laihi Wasallam telah hadir pada ijtimak kali ini.
Dengan kepanasan yang membahang,kekurangan air untuk mandi dan wuduk, masjid yang sesak, dan pelbagai lagi kesulitan amat memedihkan nafsu yang selalu cuba tidak pernah rasa untuk senang.
Mudah-mudahan dengan sedikit kesusahan ini,Allah Taala menerimanya agar adanya amalan di dunia yang diterima untuk ditunjukkan kepada Allah.
Semoga Allah menerima amalan kita semua.
Bayan mula pada hari Sabtu,selepas Asar.
Bhai Farouq,eldest daripada India diputuskan untuk bayan Asar.
Dan bayan Bhai Farouq berkisar tentang kepentingan 5 amal masjid.Diterjemahkan oleh syura Malaysia,Sheikh Mydin.
Dan beliau menerangkan bagaimana untuk buat kerja dakwah mengikut cara yang dikehendaki oleh masyaikh.
Apa yang paling aku ingat ialah,
"Kita kena jaga anak-anak muda.Kalau kita tidak jaga,maka mereka akan jadi penyebar kesesatan."
BAYAN MAGHRIB

Bayan Maghrib pada malam itu dibayan oleh Maulana Qasim.Amir jemaah yang bergerak dalam tour ijtimak-ijtimak di Malaysia.
Bayan Maulana sangat menyentuh jiwa qalbu,apabila beliau menceritakan tentang si jantung hati,Habibil Mustafa Salallahu A'laihi Wasallam.
Kehidupan Nabi Salallahu A'laihi Wasallam dibongkar pada malam tersebut.
Dan cerita itu dihikayatkan kepada kami untuk diambil pengajarannya.
Bahawa piawaian kejayaan disisi Allah bukan terletak pada dunia yang hina.
Akan tetapi pembawaan agama yang sempurna yang diterjemahkan dalam kehidupan kita.
Kata Maulana Qasim, sekiranya kejayaan Allah letakkan di dalam dunia,harta dan sebagainya,
maka makhluk yang paling layak untuk dapatkan kejayaan ini ialah Nabi Muhammad Salallahu A'laihi Wasallam.
Akan tetapi apabila kita melihat pada kehidupan Nabi Muhammad Salallahu A'laihi Wasallam maka kita lihat kehidupan beliau susah. Rumah yang kecil. Kelaparan membelenggu rumah Nabi selama 2 bulan. Hanya makan tamar dan air sahaja untuk dialas perut mereka. Tidak ada minyak sapi. Tidak ada sumber lain.
Maulana berkata, hari ini ibu bapa fikir mahu menyenangkan anak mereka. Tidak mengapa ibu bapa susah,akan tetapi anak-anak biarlah senang.
Lihatlah kepada kehidupan wanita syurga,Fatimah radhyiallahu anha.
Satu ketika Nabi Salallahu A'laihi Wasallam telah bertandang ke rumah beliau bersama seorang sahabat.
Fatimah tidak membenarkan ayahandanya Salallahu A'laihi Wasallam bersama sahabat yang mengiringi kerana tidak ada pakaian yang sempurna untuk ditutup di hadapan lelaki ajnabi.
Allahu Allah!
Maulana Razif menterjemahkan bayan Maulana Qasim begitu baik sekali.
BAYAN ULAMA

Alfaqir sebenarnya rasa tak layak untuk duduk dalam bayan khas untuk ulama. Nak duduk pada halqah IPT dah graduate pula. Terjumpa rakan seusaha dari Batang Kali,duduk-duduk datang pula laki Akak Rockers,
"Eh ustaz kena duduk dalam bayan. Meh aku bawak. Aku pun nak dengar apa yang Maulana pesan"
Alfaqir hanya setuju dan ikut sahaja si Angah.Bayan diadakan di bilik mesyuarat Malaysia.
Tapi yang masuk hanya alfaqir.Eh eh mana pulak si Angah ni.
Duduk la alfaqir keseorangan.Ternampak pula Ustaz Gunawan, Ustaz Umar dari Batang Kali.
Ada juga pengajar Sri Petaling yang duduk sekali.
Ada Maulana Ali, Maulana Hamzah dan lain-lain.
Bayan Ulama disampaikan oleh Maulana Umar. Diterjemahkan oleh Sheikhul Hadis,Imam Besar Masjid Jamek Sri Petaling, Pengajar Sahih Bukhari, Syura Malaysia, Maulana Abdul Hamid.
Maulana bayan memang panjang. Oh ya,Mufti Perak,Tan Sri Harussani juga turut hadir dan duduk dalam bayan ulama. Paling menyentuh hati ialah sewaktu Maulana Umar mengakhiri bayannya dengan kisah laporan khuruj Maulana di Russia dan Mongolia.
LAPORAN MAULANA UMAR DI RUSSIA

"Saya mengakhiri bayan saya dengan menceritakan 20 tahun lalu. Sewaktu saya keluar di Rusia. Disatu masjid,kami duduk di sana selama 3 bulan setengah. Jemaah kami bergerak selama 5 bulan setengah. 
Semasa kami duduk di masjid tersebut,kami berjumpa dengan Muslim yang duduk 60-70 km dari masjid tersebut. Kemudian kami dengar ada eorang Sheikh yang menetap di sana. Orang tempatan bertanya kepada kami,"Nak pergi ziarah tak seorang Sheikh,Muhaddith besar yang menetap di sini?" Jawab kami (Maulana bersama 3 orang ahli jemaah) berkata "Ya"
Setelah appointment di buat, mereka bergerak untuk bertemu Sheikh tersebut lepas Asar.
Sesampainya kami di sana,seorang budak lelaki telah buka pintu dan beliau telah menjerit tetamu sudah sampai.
Sheikh tersebut sakit tenat.Hanya terbaring di atas katil. Tetapi apabila kami sampai,keadaan mengejutkan ialah Sheikh tersebut berdiri dan bergembira dengan kedatangan kami.
Kami bersembang dengan Sheikh tersebut dan kami bertanya apakah asbab tempat kamu dilanda fitnah(ujian) komunis? Sedangkan tempat kamu banyaknya ulama hadis lahir di sini.
Jawab Sheikh tersebut,"Apabila soalan ini ditanyakan kepada saya 20 tahun dahulu,maka saya tidak boleh menjawabnya. Dan soalan ini telah diajukan pada saya dan saya kena menjawabnya juga"
Jemaah Maulana tidak faham apa yang hendak disampaikan oleh Sheikh tersebut.
"Sewaktu saya balik dari Al Azhar As Syariff, saya mengajar di madrasah. Dan kami semua sibuk dengan madrasah,usahakan atas ilmu. Dan ruangan kami terbatas pada dinding madrasah sahaja. Kami tidak menghiraukan orang awam yang berada di sekeliling kami. Sekiranya 20 tahun dahulu kami buat tabligh, InsyaAllah fitnah ini tidak melanda kami"
Kata Maulana Umar, pihak batil tidak akan datang kepada kamu (iaitu ulama) . Akan tetapi mereka akan pergi kepada orang awam dan akan merosakkan mereka.
Sebelum mereka tangguh dari pertemuan tersebut, Maulana minta supaya Sheikh tersebut mendoakan mereka.
Sheikh tersebut jawab, nak berdoa, dia ada syarat. Iaitu makan makanan yang halal.
Sejak fitnah ini melanda kami,entah makanan apa yang disuapkan/ diberi kepada saya.
Kamu semua sahaja yang kena doakan saya.
Kamu musafir, dan doa kamu semua makbul.
LAPORAN MAULANA UMAR KE MONGOLIA.

Kami hanya dapat 12 hari sahaja ke Mongolia. Sewaktu kami di sana,orang Mongolia sangat terkejut dengan kedatangan kami.
Mereka mengeluarkan gambar datuk mereka,janggut mereka sama dengan janggut kami.
Mereka (orang Mongolia) memegang janggut kami dan suka dengan kehadiran kami.
Sepanjang 12 hari kami hanya mengajar mereka kalimah iman.
Tidak sempat untuk ajar mereka tentang solat dan lain-lain.
Pada waktu kami hendak keluar dari Mongolia, mereka sangat sedih.
Dan mereka cakap kepada jemaah kami, beritahulah pada kawan-kawan kamu agar datang ke sini dan ajarkan agama pada kami.
SEBAK

Sheikhul Hadis Maulana Hamid sebak sewaktu menterjemahkan laporan di Mongolia.
Dan dalam keadaan sebak beliau cakap kepada majma' ulama yang hadir,
"Tuan-tuan umat menantikan kedatangan tuan-tuan."
BAGI NAMA UNTUK SETAHUN

Majma' yang hadir diminta untuk bagi nama khuruj setahun. Alfaqir hanya menunduk. Kelu. Tak mampu untuk bangun dan berazam untuk tunaikan kehendak Maulana keluar setahun.
Ketika di tashkil 40 hari, barulah al faqir azam untuk keluar ke Sabah pada Syaaban sehingga Ramadan.
BERTAUBATLAH WAHAI PENULIS BLOG

Ya Allah,kami minta ampun padamu.
Atas dosa-dosa kami yang menimbun.
Dan juga kesalahan kami dalam meninggalkan usaha dakwah.
Kerana asbab kerja dakwah ditinggalkan,
maka usaha batil telah membelenggu umat.
Umat telah keluar dari agamaMU berbondong-bondong,
Dan kami terus membiarkan mereka di bakar kedalam neraka.
Ya Allah,keinginan kekasihMU agar umatnya selamat dari api neraka.
Tetapi kami,yang belajar agama pun masih tidak lagi mengamalkan agama.
Kehidupan agama hanya pada kitab-kitab kami.
Kami tidak terjemahkan dalam kehidupan kami.
Ya Allah, pasti dan pasti Nabi bersedih melihat amalan umatnya yang teruk,
Kami tidak menghargai dan tidak mensyukuri langsung pengutusan kekasihMU
Ya Allah Ya Rahim,
Ampunkan aku terutamanya Ya Allah. :'(
diambil dari blog iluvislam.  mohon maaf kepada empunya blog, share sebelum izin diberikan (dah request dah ...)

 
***
 
Ya  Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Engkaulah yang Maha Mendengar segala bisikan hati.  Kumohon dengan segala harapan dan hati yang teramat sangat, semoga satu ketika tak lama lagi, suami dan anak-anak lelakiku, dan keturunanku, akan bersama-sama membuat pengorbanan jiwa dan harta-benda di jalanMU.  Ampunilah kami, ya Allah. Keluarkanlah kami dari kerugian dan kelalaian, masukkanlah kami dalam orang-orang yang beruntung lagi berbahagia dengan untung dan bahagia yang sebenar, mendapat iman dan hidayahMU.  Berilah kami faham atas usaha ini, dan berilah kami keyakinan, kekuatan dan kesanggupan untuk melakukannya.  Ameen.


Tuesday, May 22, 2012

Kisah anak seorang Tabligh

assalamualaikum wbt...




Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup.

Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu teknik. Sejak kematian ibu ayahlah yang menjaga dan mendidik kami dengan penuh kasih sayang.

Walaupun hanya bergantung kepada pencen ibu yang diterima setiap bulan dan pendapatan ayah yang bekerja sebagai pembantu kedai tidak seberapa tapi kehidupan kami tetap bermakna. Ayahlah satu-satunya yang kami ada. Walaupun kehidupan kami tidak mewah tetapi dengan apa yang ada kami tetap bersyukur dan ayah masih lagi mampu untuk menyara kami sekeluarga sehinggalah saya dapat belajar di intitusi pengajian tinggi awam.

Ayah telah memberikan kami didikan agama yang cukup sempurna sejak dari kecil lagi. Setiap kali selesai solat maghrib kami akan membaca taklim (Hadis) dirumah sementara menunggu waktu isyak. Semua ini adalah hasil didikan ayah sejak kecil lagi kepada kami adik-beradik hingga kini dan tidak pernah kami tinggalkan.

Walaupun ayah selalu keluar ke jalan ALLAH 3 hari setiap bulan dan 40 hari setiap tahun iaitu selepas raya aidilfitri atau hujung tahun tetapi tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga tidak pernah ayah abaikan. Walaupun seringkali meninggalkan kami sendirian tetapi kami tetap redha kerana kami tahu ayah menjalankan tanggungjawabnya kepada agama dan masyarakat. Kami percaya yang ALLAH akan membela dan memelihara kami walaupun tanpa ayah. Saya juga seringkali mengikut jemaah keluar kejalan ALLAH bila ada kelapangan walaupun semasa bergelar seorang penuntut.

Tetapi usaha yang ayah jalankan ini tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga dan saudara-mara yang lain kerana mereka menyangka yang ayah tidak bertanggungjawab kepada anak-anak. Walaupun begitu ayah tetap tenang dan tidak mudah melatah dengan apa yang ayah hadapi walaupun kutukan demi kutukan terus dilemparkan, ini kerana ayah telah melakukan usaha ini sejak dari umur belasan tahun lagi. Ayah juga sering berpuasa di bulan rejab, syaaban, ramdhan berturut-turut dan melakukan solat malam, tidak pernah ayah tertinggal walau satu malam sekali pun, selesai solat ayah akan memanjatkan doa kepada ALLAH S.W.T meminta pertolongan, bantuan dan memohon kepada ALLAH agar anak-anaknya menjadi seorang insan yang berguna dan tidak sekali-kali meninggalkan ibadah.

Setelah tamat pengajian saya telah dipanggil untuk ditemuduga bagi jawatan juruteknik di sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja bagi industry petroleum, gas dan petrokimia sekali gus diterima bekerja. Saya terlalu bersyukur kepada ALLAH kerana memakbulkan doa ayah selama ini dan saya tidak pernah menganggur setelah tamat pengajian. Berkat doa ayah juga lah saya dapat mengecapi kejayaan pada hari ini. Setelah 2 tahun bekerja saya telah dinaikan pangkat kepada pembantu teknik, walaupun begitu tidak pernah sekali pun saya mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang hamba kepada ALLAH dan anak.

Semasa ayah dimasukkan ke wad ICU di Hospital Kuala Lumpur ramai antara kenalan ayah yang datang dari dekat mahupun jauh, ada antara mereka yang datang dari Jordan, Kuwait, Pakistan dan Arab Saudi. Kesemua mereka adalah jemaah-jemaah Tabligh yang telah sama-sama melakukan usaha di Malaysia. Mereka datang sebaik sahaja mendapat berita yang ayah telah dimasukkan ke hospital walaupun baru hari kedua ayah dimasukkan ke wad.

Semasa diwad ICU ayah tidak pernah melakukan perbuatan yang pelik dan ayah tidak pernah sekalipun meninggalkan solat lima waktu walaupun terpaksa baring diatas katil hinggalah pada hari jumaat 1 may 2009 semasa sedang solat asar rakaat kedua secara tiba-tiba ayah mula tidak sedarkan diri kerana luka pada usus telah berdarah kembali.

Semasa ayah sedang sakit pernah saya hendak menghantar ayah untuk menerima rawatan dihospital kerana penyakit kencing manis tetapi ayah menolak kerana susah untuk menunaikan solat di sana. Walaupun ayah sakit ayah masih lagi mampu menunggang motorsikal untuk menunaikan solat lima waktu di masjid dan masih lagi menjalankan usaha dengan keluar 3 hari.

Sebelum ayah mendapat penyakit kencing manis pada awal april 2009 ayah telah berniat untuk keluar 40 hari ke jalan ALLAH untuk melakukan usaha tersebut dan ketika sakit ayah tetap berkeras dengan keputusan yang dibuat. Bagi saya sebagai seorang anak saya tiada hak untuk melarang ayah dari terus melakukan usaha malah saya berharap agar ALLAH dapat memelihara ayah dari sebarang perkara yang tidak diingini. Saya redha jika ayah pergi ketika melakukan usaha tersebut kerana mati dijalan ALLAH adalah mati syahid dan saya bersyukur sekiranya ia terjadi. Tetapi belum sempat ayah melakukan usaha ALLAH terlebih dahulu mengambil nyawanya.

Pada jam 2100 1 mei 2009 ayah telah punkembali kerahmatullah dengan cara yang paling mudah yang ALLAH berikan. Ayah pergi dalam keadaan yang tenang. Saya sempat untuk mengajar ayah mengucap dua kalimah syahadah walaupun tiada suara ayah kedengaran tetapi dari raut wajah dan gerakan bibir telah membuatkan saya yakin yang ayah mendengar apa yang saya ucapkan. Dengan airmata yang bergelinang dahi yang mula dibasahi peluh dan ketenangan air muka ayah telah menghadap tuhan yang maha esa penghulu kepada langit dan bumi di arasy ALLAH S.W.T. Segala urusan telah ALLAH permudahkan walaupun usaha yang ayah lakukan tidaklah sebesar mana.

Semasa melakukan urusan untuk menuntut jenazah saya telah diberitahu yang segala perbelanjaan rawatan dihospital telah pun dibayar sepenuhnya oleh seorang HAMBA ALLAH begitu juga dengan urusan pengkebumian dan tahlil segalanya telah diuruskan oleh orang perseorangan yang tidak saya kenali. Keesokan paginya ramai kenalan ayah yang hadir untuk menziarah tidak kira dari dalam dan luar negara jauh mahupun dekat. Pelajar-pelajar tahfiz juga turut sama hadir.

Keesokan paginya semasa urusan memandikan jenazah terdapat darah yang mengalir dari luka akibat proses hemodalisis. Darah tersebut cukup sifatnya dan merah mengalir keluar dari tubuh ayah. Sedang saya sibuk menggosok badan ayah, seorang tukang mandi yang saya cukup kenali sebagai berkata sesuatu kepada saya.

“Bapak kau ni tengah tidur ke?" tanya Wak.

Saya tidak dapat melayan pertanyaan wak kepada saya kerana sedang sibuk memandikan jenazah ayah.

“Ko pakai minyak atar ke ni?" Tanya wak lagi.

“Mana ada, mandi pun belum lagi ni wak. Kalau minyak atar tu ada la di rumah. Minyak atar kasturi ayah punya”, Jawap saya.

“Hah! Ni bau kasturi la ni”, balas wak kepada saya.

Saya terus mendiamkan diri dan menyambung kerja saya semula. Dalam hati saya berkata.

“Betul juga apa yang wak ni cakap, dari tadi lagi aku bau semacam je. Macam bau badan ayah masa nak ke masjid untuk solat berjemaah pula”

Selepas solat zohor saya terus melakukan solat jenazah bersama-sama dengan jemaah yang lain dan apa yang saya dengar solat jenazah ini terlalu ramai dari bahagian tengah masjid hingga ke bahagian belakang saf lelaki. Selepas itu jenazah terus dibawa ke kawasan perkuburan islam Jalan Ampang untuk dikebumikan dan sekali lagi perkara yang pelik berlaku semasa menurunkan jenazah ke dalam liang lahad dimana lima orang boleh muat untuk turun kebawah sedangkan badan kami besar dan laing lahad hanya berukuran tujuh kaki lebar.

Semasa jenazah ayah dibawa turun dapat saya rasakan yang beratnya terlalu ringan seolah-olah sedang memeluk kapas. Sekali lagi perkara pelik terus berlaku semasa bilal sedang membaca talkin hadirin yang hadir tercium bau yang semerbak harum bak kasturi dan saya sendiri turut sama mencium bau tersebut. Selesai sahaja urusan pengkebumian ramai kenalan yang hadir bertanyakan soalan kepada saya tentang apa yang berlaku semasa di tanah perkuburan dan persoalan itu masih tidak dapat saya jawap hingga hari ini. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahui apa yang berlaku.

Bagi saya setiap amalan kita didunia pada hari ini akan menjadi pertimbangan kita diakhirat kelak. Jika didunia ALLAH ingin menunjukan kepada kita atas perbuatan kita maka ianya akan berlaku inikan pula di akhirat. InsyaALLAH tuan-tuan apa yang berlaku kita jadikan iktibar buat diri kita dan renungan kita bersama. Saya tidaklah pandai menulis dan berkata-kata apatah lagi bila berbicara soal agama, saya juga seperti tuan-tuan insan yang lemah disisi ALLAH S.W.T. segala apa yang saya ceritakan adalah kisah benar dalam hidup saya dan ianya bukanlah nukilan semata-mata. Terpulang pada tuan-tuan semua untuk menilainya. Walaupun ayah telah tiada tetapi saya berniat dalam hati saya kerana ALLAH S.W.T saya akan meneruskan usaha yang dilakukan oleh ayah."


 nota kecil : Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk bernafas atas bumi Allah, masih dapat menikmati segala nikmat yang Allah kurniakan. Jemaah tabligh selalu dihindari ramai umat Islam pada dunia kini. Ketahuilah bahawa mereka datang dari rumah ke rumah membawa peringatan dan pesanan kepada anda supaya bertaqwa kepada Allah dan sentiasa mengingati dan bersyukur Allah. Jika anda didatangi mereka, maka keluarlah dari rumah untuk mendengar apa yang mereka ingin sampaikan. Dan ketahuilah bahawa mereka yang keluar pada jalan Allah berpesan2 kerana Allah, maka debu2 yang melekat pada tubuh mereka akan menghalang api neraka dari membakar mereka. Dan jika mereka terkorban dalam perjalanan ini, maka syahid yang mereka dapatkan. Wallahua'lam.

(terima kasih kepada Raudhatus Sakinah  http://nurhayatonhazai.blogspot.com/2012/05/assalamualaikum-wbt.html)

Sunday, May 20, 2012

semalam hari ulangtahun perkahwinan kami

yang ke 17 tahun.

Dah 17 tahun bersama dalam diam tak diam.  Alhamdulillah.  Syukur kepadaMu Ya Allah yang telah mempertemukan kami.  Semoga perkongsian hidup bersama akan terus di dalam limpahan rahmat Allah.

17 tahun!  Kalau anak dara, sedang manis 17 gitu.  Hmm ... tak tau nak cakap apa.  Hari semalam tu aku pun terlupa sebenarnya.  Kelmarin si dia ada mention sekali masa tengah sibuk kat cafe.  Tapi semalam aku (mintak maaf ye bang sebab lupa hehe) sangat teruja nak pergi tengok ijtimak kat Sri Petaling.  Sejujurnya aku sangat ingin membawa si dia ke sana, supaya si dia dapat merasai sendiri suasana di sana.

Jadi kehadiran Naqib sejak pagi Jumaat untuk khidmat dapur adalah alasan tambahan kedua.  Nak jumpa Kak Hawa adalah alasan tambahan kedua jugak.  Alasan pertama dan sebenarnya, aku nak pergi ijtimak!

Tapi mana ada perempuan pergi ijtimak.  Mengada-ngada!!!  Okeh, aku nak dengar bayan kat kuarters ustaz macam kak Hawa cakap.  Malangnya, aku datang tak kena masa.  Bayan lepas solat subuh dan solat Asar.  Aku datang kul 10 pagi, dengar cerita (karkuzari) kak Hawa di India 40 hari tu, dua jam, lepas tu si dia dah ajak balik sebab risau cafe tak cukup orang nak handle.  Tambah-tambah lagi tetiba Wak Lan bagitau Haji Hamid datang dengn segerombolan anak-anak yatim serbu makan tengahari.  Masa kami sampai, masih ada kesan-kesan meja disusun panjang dengan pinggan mangkuk gelas atas meja, dan aku tolong mengemas sama.  Kemudian aku diarahkan masak nasi lagi kat belakang oleh si dia tuh!

Alhamdulillah Radio Islam Nusantara siarkan semua bayan secara live kat internet.  Pagi tadi tetiba pc aku berbunyi, ada solat subuh live dari masjid Sri Petaling diikuti dengan bayan subuh (pc sentiasa dalam on je, ya Allah dengan berkat maulana-maulana yang datang ijtimak tu, Kau panjangkanlah hayat pc aku ni supaya dapatlah aku dengar RIN hari-hari, ameen).

So balik dari SP barulah aku teringat semula pasal our wedding anniversary ni ...

"abang ada beli apa-apa ke tadi?"  soalan klise.

"Ada ada ... abang beli seluar tiga lai, sabun garam dua dapat diskaun lagi, baju T bola Dayat, haa tengok cincin ni cantik tak?  agak-agak ayang berapa rega?"

Aku jeling cincin kat jari manis kirinya.  "Macam batu plastik je bang!"  dengan hati yang cemburu.  Arghh ...

"Heh, abang dah survey dah, kedai jual dekat nak seratus.  Yang ni tak sampai pun."  si dia bukan main bersungguh mempertahankan pilihannya yang aku tengok macam cincin gula-gula.  Jahat punya worang!

"Untuk ayang beli apa?"  dalam hati, hari ni kan anniversary takkan tak de pepe kot.

Si dia sengih je sambil pintal-pintal janggut jadi macam dawai keras.  Dah agak dah, memang tak de apa-apa. 

"Ye le tak pe.  Happy anniversary ye bang.  Semoga kita terus berbahagia ke anak cucu, hingga ke syurga."

Err ye ke aku cakap macam ni?  Ntah le lupa plak.  Tapi memang ada le cakap wish wish sket masa tu.  Hehe ...

Tak kisah la.  Dulu ada gak dapat bunga kekadang. Kad ke.  Yang penting doa kepada Allah semoga rumahtangga sentiasa dilimpahi rahmat yang berkah.  Alhamdulillah, 17 tahun dah agak matang.  InsyaAllah.

Aku dah  tak fikir sangat perbezaan yang wujud.  Kekadang nampak pada persamaan dan penyesuaian yang ada.  Kekadang kami tetap serasi dan semakin serasi insyaAllah.  Sehingga kerap apa yang aku fikir, dia pun fikir.  Apa yang dia fikir, aku terfikir sama.  Bila bercakap, keluar perkara yang sama.  Hal begini ada baiknya tapi ada juga buruknya.

Baik sebab boleh saling duga kemahuan dan kehendak masing-masing.  Buruknya, andai dugaan itu kekadang betul untuk perkara yang tak disukai dan sebenarnya mahu dijauhi.  Apa dia? Haa ... memacam la.  Jadi aku harap untuk perkara yang aku tak suka, aku tak sepemikiran dengan si dia.  Yang aku suka je yang sama dengan si dia.  Boleh gitu?

Bolehhh insyaAllah.

ya Allah, kepadaMu kami memohon dan berdoa.  Pimpinlah kami dan keturunan kami mengikut jalan yang Engkau redhai.  Masukkanlah kami dan keturunan kami dalam golongan orang-orang yang membuat pengorbanan jiwa dan harta-benda dengan hati yang ikhlas suci demi menyebarkan agama yang suci ke seluruh dunia.  Demi keredhaanMu.  Ameen.

* Semoga harapan dan cita-cita aku untuk si dia keluar berdakwah ke jalan Allah akan dimakbulkan Allah, semoga apa yang aku harapkan turut masuk ke fikiran si dia dan si dia pun ada cita-cita yang sama insyaAllah.  Setakat hari ni, aku turut teruja bila lihat gambar kumpulan jubah serban berjalan kaki memikul beg untuk berdakwah.  Korang tak teruja ke bila diberitahu 700 pahala untuk segala amalan selama keluar berdakwah di jalan Allah?  Tak teruja ke bila  diberitahu kat mana kau mati (syahid insyaAllah) seluas jarak tempat itu dari rumah kau istana akan disiapkan di syurga nanti.  Okeh jom baca kisah-kisah yang mereka lalui dalam usaha dakwah ini.  Ada sedikit dalam tajuk 'Kisah' di atas tu.  Dah lama tak update. 

Apa yang sebenarnya, kehidupan di dunia ini bukan tujuan kita.  Bukan bukan!  Alangkah sedihnya apabila kita bersendirian di dalam liang lahat, dan waktu itu barulah kita tahu betapa sukarnya nak menjawab soalan munkar nankir, dan barulah kita tau betapa sia-sianya hidup di dunia dulu.  Ya Allah ...

*  aku nak mati dalam senyuman.  dan aku mahu teman di dalam liang lahat nanti.  sebab aku takut kegelapan dan aku takut bersendirian.  aku geli pada cacing, fikir cacing dalam perut pun aku boleh panik, apa akal tak kulihat sendiri.  apatah ada pula kebaikannya Allah jadikan.  Pada siapa lagi nak mengadu?  Hanya kepada Allah semata-mata.

Friday, May 18, 2012

Mama, bapak kawan-kawan Dayat

semuanya parti PAS.  Begitulah Hidayat memberitahuku, sebaik sahaja dia masuk ke kereta.

Aku baru sahaja menjemput dia dari masjid.  Dia solat Jumaat.  Biasanya sebelum ini dia menumpang kereta Haji Latif tetapi hari ini dia tertinggal koleksi pemadam yang dibuat mainan di sekolah pagi.  Jadi aku menghantar dia terus ke mesjid setelah singgah sebentar di sekolah mengambil pemadamnya.  Kemudian aku menjemput dia pula, kerana katanya atuk Hj Latif keluar lambat, dia selalu lambat menyertai jemaah kawan-kawan yang membaca surah Yassin di sekolah.  Kadang-kadang dia baru nak duduk, orang dah sadaqallah ...

Maka, semenjak dia komplen atuk Hj Latif lambat, dia hanya menumpang pergi dan aku menjemput.  Huh, aku hanya antara beberapa kenderaan yang menyongsang arus.  Rata-rata kereta dan motor menghala ke luar, aku pulak hala ke dalam.  Motor dan basikal tak ubahnya seperti kelkatu di tengah jalan!

"Pas tu?" aku tanya sambil membelok ke simpang kanan.

"Ramai bapak kawan Dayat yang parti PAS."  ujarnya bersungguh-sungguh.

"Pas tu?"

"Ada kawan Dayat tu, bila ada mesyuarat PAS bapak dia kena pergi mesyuarat."

Aku tergerak nak bertanya.  "Tak tanya cikgu-cikgu Dayat ke dorang parti apa?"

"Ehh mana boleh tanya.  Cikgu tak de politik."  jawabnya yakin.

"Cubalah tanya."  aku cuba menyucuknya.

"Ohh Dayat tau.  Cikgu-cikgu semua UMNO.  Sebab dorang asyik sebut Najib Najib je ..."  aku tersengih dengar jawapan Hidayat.  "Gurubesar pun UMNO!"

"Ustaz ustazah pun?"

"Eh dorang takk ... tak dengar pulak dorang cakap apa-apa."

*  Semenjak mula sibuk orang menyebut-nyebut tentang pilihanraya, kemudian bendera-bendera hijau biru mula dipasang merata, Hidayat  mula bersikap prihatin.  Dia selalu membuat survey kepada kawan-kawannya di sekolah, bertanya pegangan parti bapa kawan-kawan.  Naik je kereta, dia akan terus memberitahuku.

Dia semakin tertarik apabila melihat begitu banyak video tentang perhimpunan BERSIH di you tube.  Tambahan lagi apabila PakSu Ajibnya menumpangkan Adam anaknya kepada kami tempohari, kerana dia suami isteri terlibat dengan rakaman sepanjang perhimpunan berlangsung.

Dia semakin peka.  Kemudian dapat pula panggilan telefon dari atuk Segamat, yang memberitahu sedang dalam perjalanan ke Putrajaya untuk perhimpunan Merah.

"Dayat parti apa?"  aku bertanya.

"Dayat jahid!"

"Jahid??"  apakebendanya tu???

"Yang perang-perang Islam lawan Islam tu."

"Hah?  Mana ada Islam lawan Islam!"

"Eh, kafir lawan kafir."

"Mana ada kafir lawan kafir!"  suara aku makin meninggi.  Aku tak nak dia tersilap.  "Islam lawan kafir, ada la!  Itu JIHAD!!"

Hidayat tergelak-gelak.  Malu.  Apa da, JIHAD jadi jahid.  Tersyasulll!

*Ya, Hidayat bercita-cita mahu mati syahid.  Semoga Allah kabulkan hasrat hati anakku ini.  Semoga satu hari nanti Hidayatullah akan dewasa menjadi pemuda yang gagah lagi soleh, dan syahid dalam perjuangan mempertahankan agama Islam yang suci.  Semoga Allah memperkenankan doaku ini, sempena Jumaat yang mulia.  Semoga kau akan terus hidup disisi Allah Taala, dengan kehidupan yang terbaik, dan dibangkitkan di hari akhirat berserta darah-darahmu yang harum bak kasturi, dengan nur senyummu penghias wajah.  Semoga kau akan beroleh kemuliaan di hari yang tiada penghujung, insyaAllah.  Terbang melayang bak burung-burung hijau, dengan sayap hijau, bergantungan di kandil hijau. 

Muhammad Hidayatullah, mama sangat-sangat sayang pada kamu walaupun kamu kuat merajuk, namun senyum tawamu tetap penghibur hati mama.


Thursday, May 17, 2012

mama, abah parti apa?

Hidayat bertanya begitu di meja makan.  Banyak kali.  Aku jawab sekadar yang aku tahu.  Bila dia mintak confirm, aku katakan "tanyala sendiri kat abah!"  sebab aku menjawab tidak direct.  Biarlah dia berfikir, dia akan tahu jawapannya.

Mama parti apa?  Mama sokong mana? Kenapa mama pilih yang itu?  Mama dah pernah mengundi ke?  Ishhhhhh budak ni!!!

Kekadang aku fikir budak ini sangat sibuk hal politik.  Dia bertanya orang itu parti apa, orang ini parti apa, atuk dia parti apa ... hari tu dia dah tau atuk Segamat dia sokong mana, so dia tanya kenapa ada perbezaan sokongan even dalam satu keluarga?

Dalam diam-diam dia sudah membuat pilihan sendiri.  Ala ... tentulah dengan pengaruh tak langsung yang diprosesnya sendiri.  Sapa pulak nak melobi budak yang lagi 2 bulan baru capai usia 10 tahun ni??  Tapi aku kurang suka dengan kecenderungannya ini. 

Akhirnya aku berhenti menyuap dan aku merenung wajahnya yang dah semakin gelap tu (walaupun baru dua kali pinjam basikal Arif untuk ke kelas tuisyen since lama sudah basikal sendiri asyik tercabut rantai ... then basikal Arif pun tercabut rantai sama ... so sekarang ni Hidayat sedang menunggu abah belikan basikal baru ... tapi abah pulak tunggu jiran kami tolong belikan basikal dengan separuh harga di kedai kenalannya untuk basikal yang agak berkualiti ... dan harus lebihkan duit untuk si adik yang tentulah nak basikal jugak setelah basikal kecilnya dulu dah ditimbang dengan besi buruk dek uwannya ... fuh).

Anak-anakku ni lain-lain peelnya. 

Dan anak ketiga yang ini, nampaknya berminat dengan politik aduhai!

Aku lebih suka dia bertarekat di mana-mana madrasah, insyaAllah.

Lebih baik kau dalami ilmu langit sebelum kau bergelandangan dengan manusia bumi.  Kerana kita sekarang semakin di akhir zaman.  Di mana ketika ini ramai orang alim yang di'angkat' Allah ke langit bersama ilmuNya, sehingga yang tinggal ramai yang tidak mengerti tetapi mereka tetap terlibat dengan urusan walaupun mereka bukanlah ahlinya.  Yang terhasil adalah kerosakan belaka.

Ya Allah, pimpinlah kami janganlah biarkan kami ... berilah kami hidayahMu, kami rindu ya Allah.

Sunday, May 13, 2012

Tuesday, May 8, 2012

Dengan segala sukacita dan berbesar hati,

aku ingin turut sama mengiklankan kitab Muntakhab Ahadis keluaran rasmi Markaz Seri Petaling.


Kitab ini adalah keluaran rasmi markaz Seri Petaling. Ini adalah terjemahan Bahasa Melayu yang mendapat ijazat daripada Maulana Saad kepada Allahyarham Haji Khalid bin Mustafa. Diterjemahkan oleh Ustaz Abdul Hamid, Ustaz Razif dan lain-lain team penterjemahan.

Minta jasa baik semua rakan seusaha untuk membantu pihak MUSP untuk menyebarkan berita baik ini. Tolong sampaikan juga kepada mana-mana rakan seusaha yang ada laman web untuk dimuatkan iklan ini ke dalam laman web mereka. Dan minta juga digunakan ejaan seperti yang digunakan oleh pihak penterjemah iaitu "Iklan Muntakhab Ahadis". Kerana pihak penterjemah MUSP sangat mementingkan terjemahan Bahasa Melayu dan Arab yang mereka jalankan secara amat teliti sepanjang proses penterjemahan dilakukan. 
(copy paste dari wall masturat Rohana Ishak).

Sunday, May 6, 2012

inilah taklim pertama yang

aku hadiri di bumi Semenanjung ini, sejak pulang 10 bulan yang lepas. 

Taklim di rumah Ustaz Yusuf, Bukit Naga.  Alhamdulillah.  Aku pergi bertiga, bersama Laila Ain dan Hanessa. 

Pertama kali aku mencatat nama my hubby di kertas yang diedarkan.  Mulanya teragak-agak nak menulis.  Di Brunei dulu tak pernah mencatat apa.  Aku cuit tuan rumah, Ahliah Ustaz Yusuf, menanya (masa tu ada bayan) perlukah aku menulis di situ.  Dia angguk, dan perempuan muda yang menghulurkan kertas itu tadi menunjukkan aku apa yang perlu ditulis di kertas itu. 

Tak ada nama perempuan.  Semua nama suami masing-masing.  Jadi aku tuliskan nama suamiku.  Keluar 3 hari (azam).  Tarikh keluar - 2013 insyaAllah.  Rumah taklim - azam insyaAllah.  Ada lagi satu yang ditulis 'azam' juga, insyaAllah, tapi dah lupa amendenya. 

Lalu aku teringat azamku kebelakangan ini, sejak bila tercetusnya takku dapat ingat.  Aku diberi Allah fikir dan azam untuk keluar ke jalan Allah, atau khuruj istilah dalam jemaah tabligh ini.  Mungkin juga tercetus sejak aku dapat tahu Kak Hawa khuruj 40 hari ke India. 

Teringat kata-kata Ustazah Asni di majlis sambutan maulidur rasul di Kuala Pilah dua bulan lepas, katanya kita ni jangan lokek berdoa.  Doalah banyak-banyak, ni nak doa pun kedokut (dia buat slang nogori).

Jadinya, aku pun mula memasang azam serta berdoa untuk keizinan Allah keluar 3 hari (step 1), dan hari ini Allah takdirkan aku menulisnya di bawah nama-nama yang lain, yang aku lihat memasang azam keluar 40 hari belaka.

Semoga Allah mudahkan.

Terfikir pulak macamana gaya nak aku khabarkan pada suami, yang nama dia 'dah naik' kat sana.  Lalu aku teringat, sejak akhir-akhir ni aku diberi Allah cara nak bercakap, yang aku praktikkan tanpa sedar berbunyi sendiri di mulut ini.

"Bang, ayang ada hal nak berterus-terang nih ...!" atau kekadang "ayang ada hal penting nak cakap nih!"

Walaupun aku bercakap sambil santai-santai, masa suami tengah bersiap nak pergi kerja, mood of the day yang ceria dan aura terbaik; aku yakin ayat-ayatku itu ada bunyi saspen, jadi suami mula pasang telinganya dengan sungguh-sungguh; walaupun dia sebenarnya tengah sibuk cari dompet, pasang rayban kat spek, pakai jam tangan dan sarung cincin.  InsyaAllah, aku dapat rasakan aku tak bercakap sorang-sorang atau seolah-olah sedang berbicara kepada sang dinding yang buat-buat pekak badak (eh dinding ada telinga ko?? err ...).

 Cuma ... bila nak bagitau dia ya?  Malam ni la kot ... InsyaAllah :)  

Lupakan pasal story aku dan suami.

Kembali kepada cerita awal.  InsyaAllah aku memasang azam juga, untuk istiqamah hadir taklim mingguan ini, mulai hari ini.  Ya Allah, kumohon dariMu agar Kau mudahkanlah urusanku untuk hadir sama ada di rumah taklim Bukit Naga ataupun di rumah taklim Batu 10 (yang ni lum pernah pergi lagi).  Aameen. 

Ya Allah, sangat besar harapan dan impianku.  Sifat rahim dan rahmanMu mengatasi segalanya,  Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  KepadaMu kuberserah diri.  KepadaMu kugantungkan segala harapan.  Kumohon pimpinan dan petunjuk hidayahMu untuk kami semua.  Aameen.

* Aku sudah merangka satu kisah berdasarkan watak benar, hanya kisahnya aku tokok tambah supaya berkesudahan mengikut kehendak yang aku impikan.  Aku harapkan impaknya yang positif kepada pembaca kelak.

 (HEH! KAU KATA NAK FIKIR 100 KALI UNTUK MENULIS NOVEL LAGI???)

=> aku sekadar merangka.  Buat tak buat, aku akan fikir bukan 100 kali bahkan 1000 kali.  Aku perlu tempat rujukan yang faham mengerti tentang pendidikan ilmu di madrasah untuk menulis novel ini, sekiranya aku menulisnya.

*  Aku tak dengar (tak dapat dengar) Radio Islam Nusantara online buat beberapa hari ini.  Mungkin ada kaitan dengan ijtimak yang bakal berlangsung, wallahu'alam.  Hasilnya, aku (dan anak-anak berdua) mula menghafal selawat nabi Ya Hana Na dan Ya Badratim @ Wahai Purnama. We like it, really2 enjoy the sholawat. 

Allahummasolli ala Muhammad.








Saturday, May 5, 2012

Yahanana, Habib Syech bin Abdulqodir Assegaf, Album Vol. 8



aku masih teringau-ingaukan

kehidupan di Seria, Brunei Darussalam.  Tenang, mudah dan santai.

Tetapi dek kerana hidup ini belum berakhir, maka aku sedar tenang, mudah dan santai di sana tu bukan sesuatu yang hakiki.  Sebenarnya itu hanyalah perbandingan hidup antara negeri orang dengan negeri sendiri.  Tak pulak bermakna aku mengatakan negeriku ini dah kacau-bilau.  Namun mungkin berkebetulan dengan sifat manusia, orang punya semua indah dan best.  Sendiri punya, ada aje komplennya.

Astaghfirullahal azim.  Ya Allah aku bertaubat kepadaMu.  Malaysia negaraku yang berdaulat ini masih aman dan damai.  Orang Brunei pun selalu bekunjung ke sini untuk ronda-ronda seluruh semenanjung, dan membeli-belah.  Bahkan ada antara mereka yang dah puas menjelajahi seluruh Malaysia, hingga dah tak tau nak ke mana lagi.  Apabila aku ditanya, naik tersipu-sipu sebab aku pun tak ada berjalan utara-selatan timur-barat di semenanjung ini.  Banyak kekangannya.

Sebenarnya aku nak share satu entri menarik berkenaan bekas mufti Brunei yang selama ini sering aku dengar disebut-sebut oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abd. Aziz bin Juned di dalam kuliah beliau.  Alhamdulillah.  Terima kasih kepada empunya blog di atas info yang bermanfaat ini.  Maaf kerana tak minta izin terlebih dahulu.  


***

Mufti Haji Ismail Omar - Pembela Sunni


Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz dilahirkan pada T.M. 1911 (T.H. 1329) di Kampong Rengit, Batu Pahat, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan Sekolah AI-Quran Kerajaan Johor (1919-1923) dan kemudian menuntut di Sekolah Arab al-Attas, Johor Bahru (1923-1928). Setelah menamatkan pengajian di Sekolah Arab al-Attas, dalam tahun 1929 beliau diaturkan mengajar di sekolah ini dan Kuliah (Kolej) al-Attas, Johor Bahru sehingga tahun 1937. Dalam tahun 1938, beliau dikurniakan biasiswa oleh Kerajaan Johor untuk melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar dan Universiti Kaherah, Mesir (sehingga 1948) dan berjaya memperolehi tidak kurang daripada lima (5) ijazah tinggi dari lima fakulti pengajian di universiti-universiti berkenaan. Pada 25 September 1991 beliau dianugerahkan ljazah Doktor Kehormat Undang-Undang daripada Universiti Brunei Darussalam.
Sekembalinya dari Mesir pada tahun 1949, beliau dilantik menjadi Pegawai Pemeriksa Sekolah Arab dan Pengelola Majalah "Warta Jabatan Ugama Johor" (sehingga 1952). Setelah itu dinaikkan pangkat menjadi Kadhi Daerah Segamat, Johor (1953-1954).
Dalam tahun 1955, beliau dipinjamkan menjadi Pengetua di Kolej Islam Malaya, yang baru ditubuhkan bertempat di sebuah istana wakaf Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah, Selangor. Dalam masa yang sama beliau bersama Tuan Haji Othman bin Haji Mohammad, Ketua Pemeriksa Sekolah-Sekolah Kerajaan Johor (kemudian dilantik menjadi Pengelola Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan Brunei Darussalam) telah dijemput ke Negara Brunei Darussalam sebagai anggota meninjau cadangan mendirikan Sekolah Agama Kerajaan Brunei atas titah perkenan Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa`adul Khairi Waddien. Berikutan daripada lawatan itu, dalam bulan September 1956, sebuah sekolah agama yang bersistem telah ditubuhkan buat pertama kalinya di Negara Brunei Darussalam.

Dalam tahun 1956 beliau kembali ke Johor kerana dilantik menjadi Pemangku Timbalan Mufti Kerajaan Johor. Kemudian menjadi Kadhi Daerah Pontian, Johor (1957); Pemangku Kadhi Besar Johor (1958) dan seterusnya ditetapkan jawatan sebagai Kadhi Besar Johor (1958-1961). Pada 1 April 1962, beliau telah dipinjamkan oleh Kerajaan Johor menjadi Mufti Kerajaan Brunei selama tiga tahun. Beliau menamatkan kontrak perkhidmatan dengan Kerajaan Brunei pada sehingga 31 Mac 1965 dan kembali berkhidmat semula dengan Kerajaan Johor sebagai Timbalan Mufti sehingga bersara pada 1 Januari 1967. Pada 8 Mac 1967, beliau meneruskan perkhidmatannya dengan Kerajaan Brunei sebagai Mufti sehingga kembali ke Rahmatullah di Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pada 3 Februari 1993.

Selama berkhidmat dengan Kerajaan Brunei Darussalam, beliau telah dilantik menjadi ahli dalam berbagai majlis negara atau jawatankuasa, antaranya: Ahli Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja; Ahli Majlis Ugama Islam Brunei Darussalam; Pengerusi Jawatankuasa Kehakiman, Majlis Ugama Islam Brunei Darussalam; Pengerusi Undang-Undang, Majlis Ugama Islam Brunei Darussalam; Ahli Majlis Universiti Brunei Darussalam; Ahli Majlis Institut Pengajian Islam Brunei Darussalam; Ahli Majlis Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan; Ahli Jawatankuasa Menyesuaikan Undang-Undang dengan Kehendak Syarak; Ahli Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama; Ahli Jawatankuasa Mengeluarkan Wang Zakat Fitrah bagi Majlis Ugama Islam Brunei Darussalam; dan Penasihat bersama Penubuhan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB). Dianggarkan lebih daripada 40 majlis atau jawatankuasa yang beliau anggotai selama berkhidmat dengan Kerajaan Brunei dan Malaya (Malaysia).

Dalam kegiatan keilmuan beliau juga telah beberapa kali mewakili Negara Brunei Darussalam bagi menghadiri seminar-seminar dan kongres-kongres di peringkat serantau dan antarabangsa, antaranya: Muktamar AI-Alamil Islami (di Baghdad, Iraq; di Kuala Lumpur, Malaysia; di Mogadishu, Somalia; di Karachi, Pakistan; dan di Famagusta, Turki); Persidangan As-Siratin Nabawiyyah di Kaherah, Mesir; Persidangan Antarabangsa lktisad dan Ekonomi Islam di Makkatul Mukarramah, Arab Saudi; Persidangan Persekutuan Ulama Indonesia di Jakarta, Republik Indonesia; Persidangan Ahlil Bait (MAAB) di Amman, Jordan dan Persidangan Menteri-Menteri Waqaf di Jeddah, Arab Saudi.

Sebagai seorang yang arif dan mendalami bidang agama, beliau sentiasa menyumbangkan buah fikiran dan nasihat yang disalurkan melalui buku atau kitab, risalah dan makalah, antaranya:
  1. Kitab Pelajaran Fiqh, Penggal I;
  2. Syair Abu Tammam dalam bahasa Arab (1948);
  3. Bagaimana Agama Islam Masuk ke Brunei Menurut Kitab-Kitab Lama Bahasa Arab (1965);
  4. Bagaimana Kita Mengambil Faedah dari al-Quran (1967);
  5. Kitab Ringkasan Aqidah Ahli Sunnah wal-Jama'ah (1979);
  6. Peribadi Orang Islam: (1980);
  7. Corak Pendidikan dalam Islam berhubung dengan Pendidikan di Negeri Brunei Darussalam (1981);
  8. Risalah Didikan Akhlak (1985);
  9. Konsep Melayu Islam Beraja di Negara Brunei Darussalam (1985);
  10. Konsep Pengajian Tinggi Islam (1987);
  11. Hukum Nikah Kahwin (1987);
  12. Kisah Hidup al-'Allaamah Syeikh Muhammad Fadzlullah Suhaimi (1991).

Di antara sumbangan beliau yang paling berharga dan penting untuk menjadi panduan hidup umat Islam ialah penghasilan fatwa-fatwa. Sejak tahun 1962 (tidak termasuk tahun 1965-1967) sehingga akhir hayat beliau dianggarkan lebih 600 fatwa (tidak termasuk fatwa yang dihasilkan ketika berkhidmat di Johor) telah dihasilkan. Kesemua fatwa itu berasaskan Mazhab Syafie daripada segi Fiqh dan Ahli Sunnah wal-Jama'ah daripada segi Aqidah.
Beliau juga telah menulis beberapa kertas kerja dan memberikan syarahan, antaranya:
  1. "Ringkasan Wirid Bacaan Pagi dan Petang dengan Dalil daripada Quran dan Hadith";
  2. "Dalil daripada Quran dan Hadith mengenai al-Wirdul Lathif oleh Qutbul Irsyad wad-Da'wah al-'Allaamah Habib as-Sayid Abdullah al-Haddad";
  3. "Dalil daripada Quran dan Sunnah mengenai Wirid Asal oleh Qutbud-Dunya al-'Arif Billah asy-Syeikh Abdul Qadir Jailani, Baghdad";
  4. "Pandangan Islam" (dibukukan dalam empat penggal);
  5. "Ugama Didikan Sosial";
  6. "llmu Tasawuf dan Hubungannya dengan Islam dan Iman";
  7. "Perkara Panduan Jurunikah dan Hukum-Hukum Nikah yang Berhubung Dengannya";
  8. "Perkara Aqidah Ahli Sunnah wal-Jama'ah dalam Pentadbiran Pegawai-Pegawai Kerajaan Negara Brunei Darussalam";
  9. "Bagaimana Kita Mengkaji Fiqh Aliran atau Mazhab al-Imam asy-Syafie Radhiallahu 'Anhu".
Tulisan-tulisan beliau telah diterbitkan dan disiarkan dalam berbagai bentuk dan melalui berbagai media. Beliau juga banyak membuat kajian dan telahan mengenai masalah-masalah Fiqh dan Aqidah, sehingga kebanyakan hasil tulisan Allahyarham dijadikan sumber rujukan asas kajian ilmiah, dan masih disimpan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Ismail bin Omar Abd. Aziz adalah tokoh agama dan ulama yang terkenal dan dikagumi bukan sahaja di Negara Brunei Darussalam, bahkan di negara-negara Islam yang lainnya. Allahyarham berjasa dalam memperkembangkan dan mengukuhkan syiar dan pendidikan Islam khususnya di Negara Brunei Darussalam. Melalui fatwa-fatwa, Allahyarham telah turut membentuk dengan berkesan kehidupan semua peringkat masyarakat beragama dalam berbagai bidang di Negara Brunei Darussalam. Kewibawaan dan kepakarannya dalam bidang ilmu agama tidak dapat dinafikan, kerana Allahyarham sering menjadi tumpuan untuk menghuraikan masalah keagamaan. Malah sehingga Allahyarham kembali ke rahmatUllah pun masih ada pihak- pihak (dalam dan Luar Negeri) yang cuba menghubunginya untuk meminta pandangan dan penjelasan mengenai sesuatu hal yang dimusykilkan.
Kewarakan dan ketegasan Allahyarham dalam menegakkan agama adalah berkat tarbiah yang diberikan oleh ayah Allahyarham,Tuan Guru Haji Omar (lebih dikenali dengan nama Faqeeh Omar). Sebagai mewarisi bakat orang tuanya, sejak di alam awal persekolahannya lagi Allahyarham sering mendapat nombor satu dalam kelas, malah selalu membantu gurunya untuk mengajar kelas yang lebih rendah. Sebab itu Allahyarham dipanggil Muallim (tuan Guru). Dengan pendidikan dan asuhan agama yang kuat inilah juga menjadi pendorong utama ke arah pembentukan peribadi mulia pada diri Allahyarham.

Daripada tarbiah yang diterima dan diamalkan itu dapat dijadikan teladan dan pengajaran khususnya mengenai sikap dan pendirian dalam menegakkan Islam sebagai cara hidup yang syumul. Antara sikap Allahyarham yang patut dicontohi ialah berjimat cermat dan teliti dalam semua hal. Misalnya dalam penulisan atau menjawab kemusykilan agama yang diutarakan oleh orang ramai, Allahyarham akan terlebih dahulu membaca seberapa banyak kitab tulisan ulama- ulama Mazhab Syafie yang muktabar dan alim. Setelah mengemukakan beberapa pendapat daripada kitab-kitab tersebut, barulah Allahyarham memberikan ulasan mengenainya, dalam bentuk pandangan atau nasihat sahaja, bukan menjatuhkan hukum.Ketelitian dan sikap berhati-hati Allahyarham juga dapat di perhatikan melalui penulisan yang dihasilkan dengan lebih mengutamakan tulisan ulama -ulama muktabar silam daripada tulisan radikal.
Apabila menelaah kitab-kitab dan membaca al-Quran, Allahyarham akan mengulanginya sehingga faham. Hasil daripada pengamatan dan kefahaman mengenai perkara yang telah ditelaah, Allahyarham dapat mengingati setiap ayat dalam kitab tersebut berserta baris ayat dan muka suratnya, lebih-lebih lagi latar belakang penulisnya. Dengan kata lain dalam soal yang melibatkan keagamaan Allahyarham begitu tegas. Nyatanya prinsip yang menjadi pegangan Allahyarham ialah berkata benar walaupun pahit, dalam apa jua bidang dan tempat. Oleh itu di dalam apa jua bentuk perbincangan, permesyuaratan atau lainnya, Allahyarham tetap akan membangkang jika sesuatu itu tidak benar walaupun sudah berjam-jam berbincang atau bermesyuarat. Ini adalah satu pegangan hidup Allahyarham di dalam fatwanya yang tidak hanya melihat kepada masalah duniawiyah semata-mata tetapi lebih mengutamakan hukum Allah. Ertinya Allahyarham tidak berganjak atau kompromi dalam menegakkan hukum Allah. Malah Allahyarham pernah diancam dan disihir, namun sedikitpun Allahyarham tidak rasa gentar kerana Allah telah berfirman yang maksudnya "Jika kita tolong agama Allah, Allah akan menolong kita."

Tegasnya dalam apa jua hal jika Allahyarham kata tidak boleh, maka jawapannya sampai bila-bila pun tetap sama. Umpamanya jika Allahyarham menyuruh menyalin hasil fatwanya, setiap perkataan atau ayat yang Allahyarham nyatakan tidak boleh diubah walaupun diulang sampai empat lima kali salinan, perkara tersebut tetap sama.
Sifat cermat dan teliti ini dapat juga dilihat melalui cara berbelanja dan penyediaan permakanan. Dalam soal perbelanjaan sehari-hari Allahyarham mempunyai buku rekod khas yang mencatat barang-barang yang dibeli, harganya, tarikh dan pembelinya.Bercermat di sini bukanlah tandanya Allahyarham bakhil atau sayangkan harta tapi agihan di tempat yang perlu sahaja seperti jika Allahyarham memberikan sesuatu kepada anak sulung, anak-anaknya yang lain akan mendapat nilai pemberian yang sama. Ertinya Allahyarham memberi kasih sayang seadil-adilnya untuk mengelakkan daripada wujudnya perasaan iri hati di kalangan anak- anaknya.

Dalam pergaulan dengan orang ramai, Allahyarham lebih suka merendah diri, suatu sikap yang memang sedia tertanam dalam dirinya. Allahyarham juga adalah seorang yang pendiam, terutama jika tidak ada tajuk yang penting baginya untuk bercakap. Bertelingkah bukanlah cara dan disiplin Allahyarham. Namun begitu Allahyarham sering tersenyum dan ceria atau manis muka dengan sesiapapun dan siapa saja yang datang berjumpa dengannya akan merasakan seperti kawan lama yang baru berjumpa. Begitu juga sering diperingatkan kepada anak- anaknya agar jangan melupakan jasa guru-guru dan sentiasa menyambung silaturrahim sesama kerabat yang dekat dan jauh.

Allahyarham melayani tetamu tanpa mengira protokol . Jika di rumah Allahyarham sendiri akan menghidangkan air dan berusaha mencari apa sahaja makanan yang boleh dihidangkan sehingga kadang-kadang tersilap di antara kacang yang mentah dengan yang sudah dimasak.
Allahyarham adalah ulama yang dapat menyelami kemahuan "hati kecil yang berkata" sebelum seseorang itu meluahkan fikiran dan tujuan berjumpa Allahyarham, dan berbagai keramah yang boleh dilihat ketika hayatnya terutama dari segi fatwa dan "ilmu ladunni" serta "masin cakapnya".

Satu daripadanya amalan hidup Allahyarham yang patut dicontohi ialah tabiat suka melakukan amalan sunnah dan zikir yang berterusan. Dalam diari peribadi tersusun zikir-zikir dan amalan pada waktu pagi dan petang. Ini termasuk amalan selepas sembahyang Maghrib, Isya, Tahajud, Subuh, dan pada waktu Dhuha sehingga Zuhur. Semuanya ini dari zikir al-Ma'thurat (amalan Rasulullah) dan Tariqat yang dipegang seperti Tariqat al-Qadiriyyah dan zikir yang Allahyarham susun sendiri. Bagi Allahyarham amalan zikir dan bacaan al-Quran adalah makanan utama dalam hidupnya. Ada di antara zikir-zikirnya diulang hingga 10,000 kali atau paling kurang 1,000 kali.
Pada petang Rabu 11 Syaaban 1413 (3 Februari 1993), dengan kehendak Allah Subhanahu Wa ta'ala dalam usia 82 tahun, Allahyarham kembali ke rahmatUllah di Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan dan jenazahnya disemadikan di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan pada 12 Syaaban 1413 (4 Februari 1993). Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya. Aamiin.....al-Faatihah.

***


Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing