Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, April 30, 2012

Alhamdulillah bab 11 dah selesai

dan aku kena pulun bab 12 pulak.
Bosan! Aku tak tau nak tulis apa. Walaupun hatiku selalu berkata-kata. Kejap nak tulis gitu kejap nak tulis gini. Mungkinkah era seorang blogger perasan semakin menghampiri penamat??? Blogger yang syok sendiri semakin sedar diri??? Hehe ...                                                                                  

Masa ni, aku dalam proses menyesuaikan diri dengan situasi baru dalam hidup. Apabila suami sibuk dengan kedainya, staf barunya, aku terseret sama. Dapur aku yang aku cita-citakan mesti ada percikan minyak dan bau-bauan aroma masakan seluruh rumah masih bersih dan tak ada satu aroma pun yang muncul menyengat hidung. Cuma rebus ikan beku untuk Putam dan Cantik (sejak Kontang balik kampung, Putam bawak bini baru yang cantik matanya, jadi aku gelarkan dia Cantik.) 

Hasrat nak jadi isteri solehah yang memasak untuk isi rumah, dan tapau nasi lauk untuk suami yang sedang layan customer kat kedai makan kepunyaannya secara temporary (hakmilik tidak kekal, Allah sahaja pemilik kekal) macam tak praktikal langsung setidak-tidaknya dalam dua minggu permulaan ini!!! 

Walaupun suami suruh ambik lauk kat kedai je dan bawak balik lauk baki tak habis , aku tetap menyimpan hasrat nak kembali ke dalam hidup normal seperti biasa. Aku nak jadi isteri solehah jugak. Aku nak masak sambil baca doa pelembut hati, doa minta iman dan hidayah, doa minta keberkatan pada makanan, doa kasih sayang.

Aku tak terlibat dengan operasi kedai secara langsung, insyaAllah.  Ia pekerjaan suamiku sahaja.  Aku masih suri rumah sepenuh masa menguruskan keluarga.  Apabila ada kelapangan, aku bikin cookies dan sejak kelmarin aku sudah display cookies di Cafe de' Permai.   Namun aku masih terlibat secara tak langsung dengan operasi cafe tanpa menganggu kerja staf.  Kekadang ada juga suami meminta aku membantu staf angkat pinggan kotor dan menghantar order.  Aku taulah suami tak mo aku datang duduk macam mak datin kat situ, so ada gak aku turun tangan menolong. Tapi semenjak ada staf yang cekap dan pantas, aku minta izin kepada suami untuk tidak menganggu kerja mereka. 

Susah nak cakap, tapi instict aku mengatakan ada yang kurang gemar aku tunjuk rajin kat sana.  Tapi aku malas nak besar-besarkan hal ni dan anggap ia ciput je.  Keserasian semulajadi tak perlukan belaian kata-kata sebab ia akan menjadi kepura-puraan.  Apatah lagi apabila ikut stail bangsa Jepun yang sangat membanggakan senioriti dalam pekerjaan tanpa mengira usia.  Aku tak suka orang sombong dan bongkak, atau perasan diri bagus.  Maafkan aku sekiranya aku ada ciri-ciri sebegini tapi kalau boleh aku ingin berlagak seperti padi yang semakin lama semakin tunduk walaupun hakikatnya aku mungkin padi hampa (oh sedihnya memikirkan kebenaran ini.  Aku hanya insan yang lemah tak ada apa-apa ...).

Eh kenapa ko terlalu sensitif ni makcik oii??? 

Maafkan aku ... aku suka membaca sikap orang.  Sekilas ikan di air dapat aku teka dengan izin Allah jantan betinanya.  Ah, ini semua cabaran dan ujian hidup semata.  Aku mohon sifat sabar dari Allah yang Maha Sabar dan Maha Lembut kepada makhlukNya.  Biarlah aku buat bodoh je ... asalkan aku bukan benar-benar bodoh yang rugi besar di akhirat nanti nauzubillah. Dunia ni sekejap je, akhirat tu kampung kita yang kekal.  Iye la kenapa aku rasa sensitif satu macam hah?!!  Astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullahal azim ...  Mungkin aku boleh cuba hadiahkan orang tu al-Fatihah.  Allah yang memegang hati manusia.  Aku akan cuba mengikhlaskan hati ini,  insyaAllah.  Kembali kepada Allah jua.

So mulai esok kitorang akan beli stok untuk rumah dan aku insyaAllah semoga Allah beri kekuatan dan kemudahan untuk memasak macam biasa. Heavy or simple, biarlah aku masak sendiri. Okeh, budak-budak berdua ni suka nasi paprik? Aku boleh masak. Nasi paprik kena pakai sos tiram dan daun limau purut. Hidayat nak nasi pataya, insyaAllah aku rasa boleh buat lepas tengok Wak Lan bungkus nasi dengan telur dadar tu. Jus oren? Jus epal? Air laici? Tu je pun yang diorang mintak selalu. Tak yah gi kedai lagi. Mama masak je kat rumah, ok? InsyaAllah. 

Apapun, semoga Cafe de' Permai akan terus maju. Aku kena jugak hargai staf-staf yang telah Allah bukakan pintu hati mereka untuk bekerja sebumbung di dapur cafe ni.  Tanpa mereka, memang boleh pengsan suami aku dan partnernya tu.  Dua minggu berlalu, suami aku turun 5 kilo.  Kerap dia tak sempat nak makan especially time peak hour at night.  Siang tadi dia baru beritahu kini dia tak sempat nak nyalakan rokok pun.  Alhamdulillah, segera aje aku angkat tangan bersyukur ke hadrat Illahi.  Itu tanda-tanda awal abang akan berhenti merokok, jawab aku dengan suka hati.  Walaupun ada turun naiknya, tetapi sedikit demi sedikit muka-muka baru terus muncul untuk mencuba menu yang disediakan. Alhamdulillah syukur kepada Allah jua. Semoga kesibukan ini tidak menjadikan kami lupa dan alpa kepadaMu ya Allah. Pimpinlah kami dan berilah kami hidayahMu ya Allah.

* Bukan senang nak senang.  Bukan susah nak susah hehe ... Pilih mana satu la ...
*  lebik baik lalai dalam berzikir, daripada lalai dari berzikir.
* Junjungan Rasulullah s.a.w bersabda berkenaan dengan pesanan nabi Ibrahim al-khalil iaitu :- Pada malam aku diisra`kan Allah s.w.t. aku berjumpa dengan Nabi Ibrahim. Baginda berkata kepadaku:- "Ya Muhammad, sampaikan salamku kepada umatmu dan khabarkan kepada mereka bahawa sesungguhnya syurga itu amat subur dan airnya pun tawar, tanamannya adalah subhanaAllah wal hamdulillah wa la ilaha illaAllah wa Allahu Akbar." 



Thursday, April 26, 2012

tips DMFK untuk didik anak tersayang

AnakkuSoleh.com

Tahukah anda.. Menurut Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

"Ibubapa yg menyuruh anak lebih dari sekali, telah mendidik anak menjadi derhaka" ulang lagi... "Ibubapa yg menyuruh anak LEBIH dari SEKALI, telah mendidik anak menjadi DERHAKA" 

**biaq betui??!!!! ~_* Jadi, bagaimana ibubapa nak suruh anak dengan "sekali" suruh sahaja? 

 Tips DMFK: 

 1. DOAKAN ANAK UNTUK JADI ANAK YANG TAAT Bacakan doa berikut sekali setiap hari kepada anak-anak: Surah Al fatihah (penawar segala apenyakit), Ayatul kursi (ayat menghalau gangguan syaitan), Surah Al insyirah (doa penenang hati), Ayat 1-5 Surah Taha 1-5 (Ayat pelembut hati) Al hasyr 21-24, (Ayat melembutkan hati) Doa pembuka 12 pintu kebaikan (Doa segala kebaikan) "Allahummaf tah li abwabal khair, wabwaabas salamah, wabwaabas sihhah, wabwaabas ni'mah, wabwaabal barakah, wabwaabal quwwah, wabwaabal mawaddah, wabwaabar rahmah, wabwaabar rizq, wabwaabal ilm, wabwaabal maghfirah, wabwaabal jannah." Hembuskan pada ubun anak2, air, makanan atau pakaian anak-anak belum dicuci. InsyaAllah, anak-anak akan jadi anak yg taat. 

 2. HORMATI ANAK Contoh situasi; Sebelum minta anak buat sesuatu, tanya pada anak apa pekerjaan yang sedang dilakukan.... Bapa: "Anak abah tengah buat apa?".. Anak: "Tengah tengok ultraman" 

3.NEGOTIATE DENGAN ANAK Bapa: "Anak abah nak mandi pukul berapa?" Anak: "Lepas ultraman habis, bah..." Bapa: " Ok, bagus! 6.30 pergi mandi ye sayang.." Kalau anak kata.. Anak: "Pukul 10malam saya mandi" Bapa: "Ohh..tak boleh...Sebab kita nak makan malam sebelum maghrib. Jadi, anak abah mandi pukul 6.30 ye. Lepas ultraman habis terus mandi" Anak: "Ok bah.." 

4.KUATKUASAKAN Bila dah anak dah setuju, ibubapa perlu kuatkuasakan. Sebaik sahaja pukul 6.30 petang, pergi pada anak dan cakap. Bapa: "Ok anak abah, dah pukul 6.30. Sekarang kena pergi mandi" Pegang tangan anak, pimpin dia, bawa ke bilik air untuk mandi. DONE! Sekali suruh sahaja ^_^ 

5. PUJIAN & PENGUKUHAN Bila anak dah berjaya lakukan perjanjian yang dibuat, ceritakan kejayaannya di hadapan ahli keluarga yang lain. Masa makan malam... Bapa: "Ibu, tadi anak ibu ni....dia janji nak mandi lepas citer ultraman habis. Tepat jam 6.30ptg, terus dia pergi mandi. Bagus anak abah! 

AnakkuSoleh.com!" ^_^ Rupa-rupanya, nak suruh anak pun ada CARA..Jom kita terus belajar & belajar menjadi ibubapa yg TERBAIK. Kata DMFK, bila ibubapa berubah, anak-anak pun akan berubah..InsyaAllah. Aamiin.

ada orang, kita boleh ngam

pada kali pertama bersua. Ada orang, banyak susah mau ngam walaupun berkali-kali bertemu muka. Atau, kalau tak ngam pun, macam ada je benda mencolek perasaan, ada 'tus' kat hati. Kena sabar-sabarkan hati supaya terus sabar dan tak ambil endah. Mengapa berlaku seperti ini ya? Demikianlah Allah menciptakan manusia dengan pelbagai perbezaannya. Firman Allah Ta‘ala (al-Hujurat 49:13) - Maksudnya: Hai manusia, sesungguhnya Kami telah mencipta kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali. Ada orang yang diam dan berat mulutnya, tetapi bila sesekali bersuara, aduh! menyengat hingga ke sudut hati, tak terlupakan bertahun-tahun lamanya. Sebaliknya ada orang yang caca-marba bercakap main lepas aje, pun menyengat tapi tak boleh disimpan dalam hati sebab terlalu banyak yang nak disimpan sampai tak cukup ruang penyimpanan, akhirnya biaq pi laaaa ... tambahan lagi tak semua yang dia cakap tu boleh dipakai. Tapi orang pertama tu, biasanya apa yang dicakapnya tu kena pegang maksudnya sebab mahal harganya dek kerana sesekali dapat didengar. Nak mudah, ingat-ingatkan diri tak lama lagi kita akan kembali ke dalam tanah. Semua kita adalah bakal jenazah. Baiklah kita mengenang-ngenang keadaan diri di sana nanti, selamatkah kita ... atau sebaliknya nauzubillah. Dan cuba menghantar rasa simpati dan kasihan kepada orang-orang sebegini (selain rasa simpati kepada diri sendiri yang dah terkecil hati huhuhu). Kasihan, dek kerana desakan hidup untuk mencari rezeki menanggung keluarga. Mereka perlu bersikap self defence yang tinggi. Mereka perlu bersikap kuat berdikari. Untuk mengelak daripada 'dipijak', mereka siap sedia mempertahankan diri dan tindakan dengan kata-kata dan sikap yang aktif, walaupun belum tentu ada orang yang akan memijak. Marilah kita berdoa, memohon hidayah dari Allah. Memohon petunjuk dan pimpinan Allah. Hidup di dunia ini hanya sementara dan sangat singkat. Jangan kita menyesal tak sudah di hari yang tak wujud lagi alam fana untuk kita kembali dan mengerjakan kebaikan yang diperintahkan Allah. Allah bersama-sama orang-orang yang sabar. Allah Maha Mengetahui segala isihati kita dan orang-orang di sekeliling kita. Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu dan tempat kembali. * Motivasi untuk diri sendiri.

Tuesday, April 24, 2012

camana boleh bertukar rupa pulak nih?

  menyusahkan juga, sebab nak memahirkan wajah baru untuk posting kena la pulak meneliti sehingga faham.  dah le aku nak mengejar masa, nak tekan sikit-sikit je.  So tengok, nama pun kat atas, ntah mana gayanya nak adjust macam selalu tuh.

Aku sedang pulun baiki novel lagi.

Kedai masih beroperasi normal terutama siang hari.  Malamnya agak galak, apatah lagi bila suamiku mengwarwarkan sup UFO dalam roti tu.  Ramai yang terliur dan telan air liur :)) lalu bercita-cita nak datang untuk mencubanya.  Silakan silakan dengan segala hormatnya berkunjung untuk menikmati sup UFO ini.  InsyaAllah tidak akan mengecewakan.  InsyaAllah sekali try akan datang lagi lain kali.

Ada dua pekerja baru iaitu Kak Mah dan Aidil.  Esok akan hadir seorang lagi tukang masak.  InsyaAllah.  Semoga Allah beri kekuatan dan hidayah kepada kami untuk terus bersyukur kepadaNya di atas segala limpah kurniaNya ini.  Ia juga boleh bertukar bila-bila masa sahaja menjadi cubaan dan ujian.  Semoga Allah menyelamatkan kami, memberi kami sifat sabar dan ikhlas, serta terus teguh di atas jalanNya.

Alhamdulillah.  Syukur kepada Allah.

Monday, April 23, 2012

malam tadi

aku gi kedai lagi, kali ni bawak Laila Chumil dengan niat nak makan mee bandung Muar.  Laila Chumil yang balik petang tadi excuse nak stay satu malam kat rumah, katanya ramai kawan-kawan dan ustazah yang balik sebab wabak demam (termasuk kes Chikungunya).

(Malam semalam - malam pertama mee bandung available -  datang tapi tak kena layan langsung sebab ramai pelanggan,  walaupun memang dipelawa supaya datang untuk pekena mee bandung tu.  Aku yang buat pes bandung tu atas tunjuk ajar Chef Meon.  Hati berkata, tak pe la ... bila-bila pun boleh makan insyaAllah.) 

Akhirnya daripada menunggu mee bandung, aku jadi bidan terjun buat air, basuh pinggan dan cuci cawan, juga hantar order kepada pelanggan.  Pengerusi taman sebelah, Encik Hanafi yang datang nak melepak turut sumbang tenaga jadi part time worker.  Dua kembar dan dua adik-beradik anak Pak Atan, serta Yati (Indon) masih tak cukup tangan.  Akhir sekali aku pi borak dengan kenalan yang datang, semata-mata untuk tanya tentang kualiti dan servis kami.  Alhamdulillah, Allah membuka hati-hati pelanggan untuk datang ke sini.  Semoga semua pelanggan berpuas hati dengan makanan yang dinikmati dan servis yang diberikan.  Ada beberapa komen yang diberikan, diterima dengan hati yang terbuka dan ikhlas.  Dari situlah dapat dikenalpasti kelemahan dan kekurangan yang boleh dibaiki lagi.  Semua komen-komen itu aku kongsikan dengan Pak Meon. 

Juga bersyukur sangat apabila Allah membuka pintu hati dua wanita Indonesia tu  (sorang lagi - Lia - kerja siang) datang menawarkan diri untuk berkhidmat di sini.  Setakat seminggu ni, nampaknya khidmat mereka tiptop, tak banyak suara tekun bekerja.  Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Allah jua. 

Bila pelanggan dah slow, aku pun dioffer sepinggan mee bandung dan sepinggan nasi goreng yang nampaknya macam terlebih buat je, wallahualam.  Alhamdulillah dapat juga merasa mee bandung.  Air minum buat sendiri, so budak-budak ni pun menempahlah lepas segelas, segelas lagi jus oren, horlick ais dan milo ais.  Dan makanlah kami berempat kongsi-kongsi je.  Budak-budak ni nak order masing-masing punya pilihan, tapi aku sabar-sabarkan sebab kesian tengok tukang masak macam nak tanggal tangan handle tiga dapur.  Muka pun sebik je kekeke ... Biarlah utamakan pelanggan.  Kitorang ni nak meramai-ramaikan je, masalahnya kena time memang tengah ramai hihihi ...  Lain kali nak kena layan, jangan datang time hujung minggu ye nak ...

Bila tengok peak hour malam tadi, Allah memberikan ilham kepadaku untuk meningkatkan kelancaran operasi kedai.  Bila dikhabarkan kepada Pak Meon, dia baiki lagi cadangan itu dan insyaAllah akan dilaksanakan secepat mungkin.  Contohnya yang paling mudah ialah meletakkan nombor pada setiap meja.  Sangat penting menghantar order kepada meja yang tepat.  Tak tertanya-tanya atau tercangak-cangak sambil pegang dulang makanan, dan balik semula kepada tukang ambik order untuk bertanya dan kena marah sekaligus.  Kesian aku tengok budak part time yang kena sedas dengan Pak Meon hehe ...

Kini aku sedang dok mikir macamana nak baiki order untuk air dan makanan, supaya tak ada pertindihan order dan sebagainya.  Cadangan aku, rentang tali kat kaunter air dan kaunter makanan.  Pun cadangan yang mudah, tapi sangat penting untuk kelancaran.  Apa pun, bulan pertama ni memang sangat mencabar, even untuk Wak Lan yang dah ada pengalaman handle kantin.  Inilah masanya masing-masing saling menyesuaikan diri dengan keadaan yang serba baru.  Allah jua yang mengikat hati kita supaya saling berkasih-sayang dengan ikhlas, dan memudahkan segala urusan.  Aku baru tau doa Rabitah tu untuk tujuan sebegini. 

* risau dah lama tak jengah sifu kat Sastera.  Lagi dekat nak settle, lagi banyak cabaran yang datang!!!

*  tengahari semalam lepas zuhor aku dan anak-anak menghantar tempahan beriani ke madrasah Naqib untuk kawan-kawan kelas lain.  Cash, alhamdulillah RM220.  Tapi kerusi belakang basah kena tumpahan kuah sayur.  Kami pun dapat makan bersama di rumah tetamu, sambil dengar cerita Naqib tentang kehidupannya sebagai pelajar.  Dia akan insyaAllah habis juz 18 beberapa hari lagi, dan sempat didenda berjemur untuk vitamin c tiga jam 8.30-11.30 am sebanyak tiga kali kerana tak lancar saba'.  Dia tunjuk line putih kat tepi pelipis, kesan tangkai spec yang tak kena cahaya matahari.  Nampaknya ustaz tak pakai rotan pulak.  Sebelum ni pernah juga dia tunjuk tapak tangan ada line merah.  Alhamdulillah, aku tak kisah dan percaya yakin kepada kebijaksanaan ustaz dalam mendidik anakku.   Katanya selepas tu dia sungguh-sungguh melancar saba' dan berjaya melepasinya.  Alhamdulillah.

* kedai makan memang perlukan kecekapan yang tiptop selain kelazatan, kelancaran dan kelicinan kerja.  Juga kebersihan.  Keramahan dan keikhlasan.  Jangan berkira sangat untuk menghalalkan beberapa sen ekstra, kalau memulangkan baki duit.  Pelanggan akan sangat menghargainya.  InsyaAllah.

*  Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki.  Dunia hanya sementara dan nilainya tak lebih dari sebelah kepak lalat.  Kita berusaha mencari rezeki halal, untuk mendapatkan keredhaan Allah.  Dunia bukanlah tujuan dan maksud.  Jangan terpedaya dengan dunia. 

Thursday, April 19, 2012

aku perlu mengubah

cara penulisan.  Biarlah membawa kepada ingat akhirat, daripada memikirkan hal dunia.  Tapi ... bagaimana?

Pak Meon sehari suntuk berada di kedai.  Kelmarin aku wakafkan karpet kecil ungu untuk surau kedai.  Juga aku kirimkan karpet oval mak yang digulung di tepi almari serta sehelai sejadah.

Hari ini Pak Meon meminta bantal.  Dia mengangkut kipas meja dalam bilik mak.  "Nanti kena la repair kipas siling bilik mak tu,"  kataku.  Kalau tak, memang hangatla mak abah dalam bilik tu, sebab kipas rosak terlalu slow.  Kena back-up dengan kipas bawah.  Ke, nak pasang aircond ...?

Tengahari tadi salah seorang kembar (si adik) datang menjemput minyak Jerangau dan minyak urut kambing gurun dibawa ke kedai.  Zahari datang mengurut pinggang Pak Meon yang 'meletup' semalam, ketika mengangkat pinggan untuk disusun di rak.  Kesian Pak Meon kan, pinggang krek masa hari lahir dia.  Semoga suamiku ini akan terus tabah dan sabar menghadapi ujian demi ujian kehidupan.  Ujian untuk meningkatkan darjat.  Ujian tanda kasih sayang Allah.  Ujian tak akan melebihi kemampuan seseorang. 

Pekerja wanita warga Indon tu (berdua, sorang siang, sorang malam) elok bertutup kepala dengan tudung.  Cuma pakaiannya serupa macam pakaian orang masa kini, yang fit membungkus walaupun bertutup.  Kumohon hidayahMu ya Allah untuk kami yang lemah lagi daif ini. 

Wak Lan nampaknya sangat cergas dan kelihatan enjoy berada di dapur.  Aku agak, memang minat dia memasak.  Memanglah penampilannya sesuai benar dengan bidangnya ni.

Sedikit cerita pasal sambutan orang ramai.  Siang hari, pelanggan agak kurang tetapi menjelang malam, alhamdulillah semakin menggalakkan terutama peminat-peminat sup gear box.  Malam tadi pelanggan dari Damansara muncul untuk mencuba setelah membaca postingku berserta gambar semangkuk sup di fb, Tuan Nazari Olex Mustafa dan rakan-rakan.  Katanya akan datang lagi untuk mencuba asam pedas kepala ikan pula.  Terima kasih atas komen yang memberangsangkan.  

Ya Allah, berilah kami semua hidayah dan taufikMu.  Pimpinlah kami ke jalan yang Engkau redhai.

* Aku berdoa semoga ijtimak bulan Mei ini akan menjadi satu turning point yang sangat bererti untuk suamiku, juga untuk semua orang mukmin seluruh dunia.

* Aku bermohon kepada Allah, semoga Dia menetapkan hatiku agar terus bergantung kepadaNya semata-mata.  Berharap kepada manusia selalu menyedihkan sebenarnya.  Sebab lidah manusia tidak bertulang.  Jadi ubahlah tempat berharap dan bergantung hati.  Kepada Allah semata-mata.

Wednesday, April 18, 2012

cabaran hari pertama Cafe de' Permai

menjelang tengahari, tiba-tiba awan hitam berarak laju.  Cuaca cerah menjadi kelam.  Hujan turun teramat lebatnya, hingga tempias ke dalam kedai makan.  Ada air menitik dari atap di dalam dapur.  So kami tahu di mana kekurangan yang perlu dibaiki.  Alhamdulillah, semoga rezeki melimpah ruah seperti hujan lebat yang menyirami atap kedai tengahari ini.  InsyaAllah.  (Punya lebat sampai budak sekolah balik kuyup dari kepala ke dalam kasut sekolah.  Budak dua orang pun ponteng sekolah ugama huhh!).

Sebelum ni semuanya teori semata.  Hari ini, teori menjadi praktikal.  So kami tahu di mana kekurangan yang perlu dibaiki.  Sekejap ke belakang sekejap ke tengah.  Bawak gula pasir.  Cari barang di mana?  Angkut pengisar ke belakang ke depan.  Ohh ... perlu tambahan plug lagi.  Kesian tukang masak.

Aku tak semena-mena jadi pembantu tukang masak di dapur.  Dan presentation aku untuk hari ini ialah buat sambal belacan.  Tukang masak hari ni ialah Wak Lan, my husband's partner.  So hari ni kita menikmati asam pedas Chef Lan ye ...  Chef Meon handle yang lain ~ buat air, ambil order dan kira bayaran.  Mungkin di lain kali Chef Meon take turn buat asam pedas stail dia pulak.  Stail aku?  Err ... aku tak masuk book, tapi kalau harus jadi bidan terjun, aku akan lakukan sebaik mungkin insyaAllah :))).

Costumer pertama ialah ... lupa pulak nama dia.  Kenalan kami juga.  Katanya, banyak nak komen (bila minta sebarang komen) sambil jelir-jelir lidah dan kumam-kumam bibir, nampak macam sangat kepedasan.  So kita dengar anak Mami yang suka makan lauk kari ni bagi komen terhadap asam pedas Chef Lan.  Dari aksinya dah dapat tangkap ... pedassssss!  Keciannn ...

Pelanggan seterusnya ialah mak dan abah.  Mak juga bagi komen.  Abah no komen (sebab abah tak makan asam pedas.  Abah macam biasa, ayam goreng dengan sos).  Semua komen-komen dan teguran yang diberikan oleh pelanggan (khususnya pelanggan istimewa macam mak tu) disematkan dalam kepala dengan rapi untuk dijadikan pedoman di hari esok.  Apa yang jelas, asam pedas versi Muar memang tak sama dengan asam pedas tempat lain.  Bahannya mudah tapi sangat perisa, terangkat lagi umphh!!!  fyi, Wak Lan berasal dari Muar.  Chef Meon pun boleh kata asal Muar jugak la ... belah mak dia.

Jam 5 berhenti rehat.  Perjuangan akan bermula lagi selepas Maghrib hingga tengah malam.  Semalam geng Chef Meon macam tak sabar je nak melepak kat kedai, jadi kita akan siapkan sebaiknya malam ini nanti.

Okeh geng, jom melepak kat Cafe de' Permai malam ini. 

Ni catatan kelmarin Isnin, hari pertama kedai dibuka.

Hari ni, 18 April 2012, pertama sekali aku nak rakamkan ucapan Selamat Hari Lahir untuk suami tercinta yang menyambut hari lahir ke 43.  Semoga suamiku sentiasa dalam pemeliharan dan pimpinan Allah.  Semoga kita tetap seiring dan sejalan mencapai maksud hidup yang sementara ini, memperolehi kehidupan yang dirahmati Allah dan diberikan kesudahan yang baik di penghujungnya nanti.  Semoga anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, yang menjadi pembantu agama Allah, dan meruntuhkan dinding jahiliah yang melingkungi kita.  Ameen.   Doa-doa yang lain akan sentiasa kita panjatkan kepada Allah ketika menadah tangan di atas sejadah insyaAllah.  Juga doa-doa yang kita minta dari orang tua kita.  Juga doa-doa alim ulamak, orang-orang yang dekat dengan Allah, semoga kita memperolehinya juga.  InsyaAllah.

Keduanya, ... err ... aku terpaksa berhenti dulu sebab ni menyinggah sekejap aje dalam laluan mengagihkan pakaian yang sudah dilipat.  Ada lagi tu!  Sambung kerja rumah.  





Friday, April 13, 2012

pemuda yang menangis

Seorang pemuda yang kebetulan dapat hadir ke majlis seorang ilmuan Islam di Morocco telah meluahkan perasaan kepada ulama tersebut serta hadirin.  Tajuk yang disentuh dalam majlis tersebut ialah bagaimana para pemuda dapat bergerak memberikan sumbangan dalam keadaan masyarakat yang kini jauh dari ajaran Islam yang sebenar.  Luahan pemuda ini benar-benar menyentuh hati saya dan saya rasa mungkin kalian juga.  Ia sangat signifikan untuk dakwah.
Mesti tonton video ini:
Berikut adalah luahan beliau:
“Saya mengaku bahawa saya telah banyak melakukan dosa!”
“Sekarang saya berada di sini.  Dan saya suka jika tuan dapat melakukan beberapa doa.”
“Saya telah melakukan dosa-dosa yang tuan tidak akan berani untuk fikir mengenainya.”
“Saya adalah seorang pemuda dari Boujdour.  Saya adalah anak kalian semua.  Saya telah pun meninggalkan dosa-dosa itu.”
“Sampai bila para pendakwah hendak berselindung di sebalik tabir??!”
“Sampai bila kita mahu hidup dalam keadaan tidak dilindungi dari godaan-godaan, yang mana itu semua akan menimbul keinginan kita semua?!”
“Saya pernah duduk di dalam kelas yang mana di dalamnya terdapat gadis yang secara terbuka menayangkan sebahagian besar bahagian tubuhnya.”
“Apabila saya keluar (dari kelas itu) pula, saya cuma dapat melihat perkara-perkara yang membuatkan syaitan senang untuk mempermainkan saya.”
“Tiada dosa yang saya tidak pernah lakukan.”
“Saya tidak katakan tiada orang yang membimbing saya.  Saya tidak salahkan para pendakwah.,,”
“Saya salahkan diri saya!  Saya salahkan diri saya!  Saya salahkan diri saya sendiri!”
“Sekarang saya melihat tuan-tuan semua di sini.  Apa yang perlu saya buat?  Apa yang saya boleh buat?”
“Saya ke sini secara kebetulan sahaja.  Seorang rakan sekerja saya memberitahu saya bahawa pada hari ini akan ada seorang ulama di sini.”
“(Sebenarnya) saya berasa berat hendak meluahkan dengan kata-kata yang betul.”
“Rakan sekerja saya itu telah menunjukkan beberapa filem dari ulama tersebut di dalam internet.  Saya tak pernah melihatnya sebelum ini…”
“Sebabnya bukan saya tidak tahu menggunakan internet.”
“Masalahnya ialah pada setiap laman web kita akan melihat banyak (wanita-wanita) yang bertelanjangan.”
“Tidak ada tempat yang boleh saya lihat/baca walau satu ayat al-Quran.”
“Bagaimana tuan mahukan saya hidup dalam keadaan terbimbing dalam keadaan dunia ini penuh dengan perkara-perkara tidak bermoral?!”
“Semuanya menjurus kepada yang haram!!!  Tiada pun yang dapat membimbing kita kepada perkara yang baik!”
“Semalam, saya baru sahaja mulai solat dan umur saya sekarang sudah pun 25 tahun!!!”
“Saya dah tak tahan dengan keadaan ini!”
“Dan saya bukanlah hanya seorang sahaja begini.  Ini adalah situasi saya yang saya ceritakan pada tuan…”
“(Dan) inilah adalah situasi ribuan lagi pemuda-pemuda di Morocco!!”
“Tuan bercakap tentang dosanya seorang pendakwah jika pendakwah itu mendiamkan diri dan tidak berdakwah kepada orang lain!”
“Apa pula akan jadi pada saya??  Apa yang akan saya bawa bersama saya pada Hari Akhirat nanti??”
“Apakah destinasi terakhir saya wahai tuan-tuan sekalian??!”
Menginsafkan!
ALLAHU AKBAR!  Nastaghfirullah!  Semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa pemuda ini dan menetapkan beliau di atas jalanNYA.  Buat kita semua juga, amin…
Betapa ramai di luar sana yang masih lagi terkapai-kapai dengan kemanisan dunia yang penuh kepalsuan.  Kebanyakan mereka bukan sengaja mahu berada di dalam situasi begitu.  Ada yang dibesarkan dalam persekitaran yang kurang baik, ketiadaan orang yang datang mengajak kepada kebaikan, godaan media dan rakan-rakan serta macam-macam lagi faktor.
Mereka mahukan kebaikan sebagaimana kita dan orang lain yang sedang mengecap kebaikan agama.  Mereka mahu!  Jauh di dalam lubuk hati mereka, mereka mahu.  Itulah fitrah manusia.
Walaupun video ini memaparkan luahan dan rayuan seorang pemuda kepada orang alim, namun kita yang bukan alim ini juga harus sedar dan turut ambil peranan untuk sama-sama membantu orang-orang di luar sana yang masih sibuk dengan keenakan dunia dan terlalu asyik sehingga lupakan agama.
Video ini telah mengetuk diri saya.  Saya harap ia mengetuk kalian juga.
Kerja kita banyak!  Mereka bukan sengaja mahu terus hidup dalam kesesatan.  Jumpailah mereka dan dakwahilah mereka!
Sebarlah kebaikan.  Perbanyakkanlah kebaikan.  Semoga kebaikan-kebaikan yang kita sebarkan bisa menyentuh hati-hati insan di luar sana mudah-mudahan.  Semoga ALLAH pelihara kita semua dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…

* entri ini aku copy paste dari sini

* tengok pemuda tu menangis, airmata aku pun bergenang.

*  Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah dari anak-anak dan keturunanku orang-orang yang akan menjadi ulama, daie dan pejuang agama dengan penuh keikhlasan.  Kurniakanlah kami seorang Muhammad al-Fateh yang akan meruntuhkan kota jahiliah di sekeliling kami, seperti Sultan Muhammad al-Fateh yang telah meruntuhkan kota Konstantinopel itu.  InsyaAllah aameen ya rabbal alaameen.

Wednesday, April 11, 2012

dah beribu kali

nasyid selawat nabi SAW  oleh Fitri UNIC tu berputar, masih belum jemu.  Kalau tiba kat lagu nombor 15, Hidayat akan kuatkan volume sampai 21, macam nak pecah gegendang telinga aku.  Sabar je lerr ...  Bila dah kena drive sendiri macam gini, tiba plak time pukul 3 petang, huh!  Kalau dapat rebahkan badan, mau meleleh airliur basi tak sedar (budak2 tu la, aku tak ...), aku pun tak kisah bukak volume 25 pun tak pe.  Biar kelopak mata aku tetap maintain terbuka berkelip-kelip penuh sedar.  Laju memang laju, setakat 110km/j je.  Kekadang je lebih sikit, tapi kali ni Hidayat selalu bagi signal bila dia selalu toleh kat aku (dia duduk sebelah, adik tidur kat belakang, bergilir sendiri, pagi tadi adik duk depan).
"Napa?" pelik gak sebab pagi tadi otw balik kampung, dia selalu suruh aku tekan minyak bagi laju lagi.
"Lauk!"  Ohh dia risau lauk gulai kat bonet tertumpah.  Hehe ... prihatin la anak aku ni.

Mak masak tiga jenis gulai.  Semua pakai santan dan kunyit.  Tentulah, kalau tak ... tak de la nama orang nogori.  Kalau Pak Meon balik sama, aku agak merungut pelan gak dia.  Sebab semua gulai lemak cili padi hehehe ... Gulai udang campur terung cina.  Gulai telur itik campur daun asam gelugur.  Rendang ayam campur daun puding.  Kalau tak, ada lagi satu lauk, gulai ikan bawal campur kambas tapi tak jadi, simpan balik dalam peti ais.  Lauk bawal ni spesel untuk mak R yang arlergik udang dan ayam.  Time tengah perah kelapa tu, tetiba ada call masuk.  Rupanya dari mak R bagitahu Kak Ju tak jadi balik, dan mak R pun tak mau datang bila dioffer untuk dijemput.

"Tak payahlah dah nak tongahari ni.  Kang payah pulak dah jomput nak ngantar balik lak ... "  macam tu la mak R kata kat mak J.

Lepas zuhor imam Gamin pun datang bersama isterinya.  Waktu tu Dato' Khalid dan isteri, Dato' Adnan dan isteri dah tiba.  Mak Long Jumah dah datang lebih awal tolong kat dapur. Masa imam baca doa, abang Lebar n famili pulak sampai.  Andah n famili tak hadir kerana ada kematian.  Itulah sahaja tetamu yang ada.  Memang tak jemput ramai pun.  Syukurlah, semoga dengan berkat doa yang dipanjatkan, Allah melimpahkan rahmat yang berkah ke atas rumah lama yang semakin misteri nusantara ini dan para penghuninya.  Aameen ya rabbal alameen.

"Mak, jadi ke tak Mak Long Senah nak datang ni?"  aku musykil, sebab orang Kg Delek tu patutnya dah sampai waktu ni.

Sampai aku 'dihalau' balik dek mak pukul tiga petang, bayang orang Klang masih tak nampak.  Tak jadi la tuh ...  ada catering agaknya dan semua penat nak drive balik kampung.  Esok lusa terjongol la.

Aku pun balik dengan hati yang agak berat, sebab kesian kat mak.   Tapi mak pun kesian kat aku, suruh aku ambik lauk-pauk yang ada untuk Pak Meon.  Mesti Pak Meon akan tanya, "ada bawak lauk tak?"

Alhamdulillah, perjalanan lancar dan laju.  Dengan pemeliharaan Allah, kami selamat sampai ke Sijangkang hampir jam 5.  Cuma kat highway Bukit Putus aku agak seriau.  Masa balik kampung dan melalui bahagian bergaung, tak semena-mena mimpi ngeri beberapa malam lepas muncul tiba-tiba.  Aku melihat satu gaung yang sangat dalam umpama kolam yang tak berair, dasarnya nun sayup di bawah sana.  Aku yang berada dalam kereta Kancil jatuh bergolek-golek.  Kelam-kabut keluar dari kereta, boleh terfikir kalaulah kereta tu meletup pulak.  Yang bestnya aku tak cedera (mimpi je) dan aku dapat mendaki naik dengan mudah. Sempat la buat call main teka-teka ngan mak tentang apa yang dah jadi kat aku waktu tu.  Mak risau bila dengar mimpi tu, tapi bila aku cerita aku dapat naik dengan senang hingga ke atas, mak lega semula dan nasihatkan supaya berhati-hati.

Aku bertawakkal kepada Allah.  Aku dah ludah tiga kali ke kiri pagi mimpi tu terjadi, dan aku dah berdoa kepadaNya memohon keselamatan.

Okeh, sambung cerita.

"Dayat agak abah kat mana?"  aku tanya Hidayat ketika hampir ke simpang masuk taman perumahan kami.

"Kat kedai."

"Satu .. dua .. tiga .."  aku acah dia.  Terus belok kereta menuju kedai.

Hehe ... alhamdulillah, rezeki untuk menjamah lambchop masih ada.  Sapa nak western food ie lambchop etc jemput datang ke Cafe de' Permai, mulai Isnin ini 16 April 2012 insyaAllah.

turun ilmu untuk En Harun (BP mari).  Besi tu ... besi ampaian aku! Pulang balik!



Tuesday, April 10, 2012

lega rasa hati sebab

aku dah bagi jawapan kepada bakal ibu itu tadi.  Sejak dia menanya kelmarin, aku tak dapat melupakannya dan ada sedikit kerisauan.  Aku tak mahu dia terharap-harap, jadi jawapan segera mesti diberikan dalam sehari dua ini.  Dia akan mula cuti bersalin pada penghujung bulan dan pulang ke pangkuan suaminya di utara tanahair. 

Bila beritahu mak (mulanya nak surprise je, bila mak datang tengok2 dah ada baby hehe), mak ok.  Tak macam dulu.

Bila tanya suami, tang ni yang slow.  Diam je.  Kena provoke lak sikit baru menyahut.  Puas la pulak aku nak memikirkan alasan yang sesuai, bila suami kurang setuju.  Alasan biasa.

"Payah jaga anak orang.  Kang ada emergency, susah." 

So akupun teringat balik 'perangai' kitorang yang selalu terjah balik kampung.  Ada juga kebenarannya.  Jadi sebagai isteri, aku wajiblah patuh kepada suami.  Bila revise hal ni kat mak, mak pun menyokong sama.  Nampaknya mak selalu sehaluan dengan suami.  Memula tadi mak bagi pendapat sendiri je.  Sekarang mak follow cakap suami aku.   

Aku mula memikir calon-calon yang sesuai untuk menjaga bayi yang bakal menjengah dunia ini.  Menjadi tanggungjawab pula untuk mencari pengganti diri.  Taklah main tolak gitu aje.  Aku sebenarnya kesian kat mak buyung tu.  Baik orangnya, lemah-lembut tutur kata.  Nampak dia amat berharap kepada aku. Tadi tu, nampak kehampaannya bila aku berikan jawapanku.  'Maafkan akak ye Cikgu Fatimah ...'

Alhamdulillah, ada jiran taman sebelah yang terpercayakan untuk aku cadangkan sebagai ganti diri.  Orangnya aku perkenan, lemah-lembut juga dan manis muka.  Dia pun baru je dapat seorang bayi, anak guru juga untuk dijaga.  Half day pagi.  Jiran sebelah ni guru mengajar petang.  Kiranya kawan aku tu akan jaga seorang bayi sebelah pagi dan seorang lagi sebelah petang.  Tak terlalu membebankan.  Dan bolehlah dia curahkan sepenuh perhatian kepada setiap bayi tu.  Ya Allah, bantulah Zah Wak Lan selalu.

*  Esok balik kampung.  Tetiba mak telefon nak jemput imam Gamin baca doa.  Aku 'diarahkan' balik secara lembut.  Aku ngan anak-anak je.  Mak suh balik petang ni gak, tapi suami suh balik pagi sok.  Wajib akur.  Suami ada tugasan mendatang ~ orang Batu Pahat nak menuntut ilmu buat kambing golek.

Monday, April 9, 2012

aku menulis

kerana aku mahu mengwar-warkan nama sebenarku.  Aku mahu nama itu yang berbeza daripada nama di dalam kad pengenalan dan surat beranak tertera di muka depan kulit buku.

Kini aku sudah di bab 11.  Sedang menyiapkan bab 12.  Mungkin satu dua bab lagi, berakhirlah ia.  InsyaAllah.

Begitu susah-payah rasanya.  Kelibut.  Rimas.  Risau.  Penat.  Allah membantuku.  Alhamdulillah.

Bab 12 bagiku adalah bab airmata.  Kisah ini kisah duka.  Aku sendiri rasa nak menangis di bab 12 ini.  Lalu aku terfikir ...

Untuk apa aku tulis sedih-sedih?  Aku nak test skill?  Skill???

Untuk apa nak buat pembaca sedih?

Baiklah, ketika aku menulis kisah ini, biasanya yang muncul di mindaku ialah kasih-sayang ibu dan anak; anak dan ibu.

Pernah melihat kat you tube, anak maki-hamun ibunya?  Ibu ditinggalkan begitu sahaja oleh anak?  Ibu itu terdiam, menggigil ketakutan, menangis sendirian.

Sungguh menyedihkan.

Jadi, setiap kali aku menulis novel Sakinah ini, hanya istilah kasih-sayang yang muncul dalam benakku.  Kasih yang tulus sejati antara ibu dan anak, anak dan ibu.  Dan mengatasi semua itu ialah cinta Allah kepada hambaNya, dan pengharapan seorang insan kepada Khaliknya. 

Tetapi entahlah, sampaikah maksud dan mesejku itu?  Aku rasa tak daya  nak menulisnya.  Sebab aku menyatakan dan menggambarkannya secara indirectly.  Begitulah perlakuan tulisanku selalunya.  Aku selalu menyimpan setengahnya dan menyatakan setengahnya.  Kasihan kat aku kalau pembaca bosan.

Pagi ini aku memikirkan.  Apakah aku akan menulis novel selepas ini (err kalau novel ini berjaya siap dan diterbitkan seterusnya masuk kedai-kedai buku ...)?

Maksud aku, aku tak mahu menulis sesuatu yang mengkhayalkan.  Membuang masa pembaca daripada tujuan hidup kita kat dunia ni.  Membuat pembaca menangis apatah lagi tertawa yang tak selari dengan kehendak Allah.

Firman Allah swt dalam surah Az-Zariyat ayat 56 bermaksud;

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku”..
Cukuplah setakat ini catatan pendek hari ini.
* Jadi bagaimana mahu menjadikan penulisan sebagai ibadah kepada Allah?  Bukan menjauhkan diri daripada Allah, apatah lagi membawa pembaca bersama ke pinggir neraka, nau'zubillahiminzalik.

*  Aku pun risau memikirkan blog ini.  Ada sesuatu yang perlu aku lakukan kepada post2 yang telah lepas.  InsyaAllah.  Ya Allah, aku memohon hidayahMu. 

Ada bakat.  Ada plot yang kuat.  Ada pengisian dan pengajaran.  Ada keazaman.  Ada kekuatan.  Ada kejayaan. (?)

Saturday, April 7, 2012

ada seorang bakal ibu

yang berhajat menempatkan bayinya yang bakal menjengah dunia di bawah jagaanku. Asalnya aku yang terfikir tentang anaknya tu, sebab bakal ibu ni duduk berjauhan dengan suaminya, lalu aku pun ringankan mulut bertanya semasa tersua dia di depan pagar rumah.

InsyaAllah, nanti akak bincang ngan abang dulu.  Begitulah kataku.  Akak istikharoh dulu, mohon kekuatan dari Allah.

Sekiranya diizinkan Allah, pertengahan Ramadhan nanti aku akan memakai gelaran baby sitter nampaknya.

Aku tak pernah menjaga anak sesiapa di rumah ini.  Hanya anak sendiri.  Walaupun ada yang pernah bunyi-bunyi, entah bergurau entah menduga, iaitu selepas aku menjual nurseri dulu, nak menghantar anak ke rumahku.

Suami dan mak kurang bersetuju.  Dulu macam gitulah, tapi itu dulu.  

Apa-apapun, eloklah istikharoh sahaja.  Aku memohon ketetapan dari Allah.

Lagipun, afdal aku membantu jiran.  Errk, jiran rupanya hehe ... sebelah rumah, sebumbung pulak tu.  Hari ni aku membantu dia, esok lusa semoga Allah membalas yang baik insyaAllah.  Semoga si ibu itu selamat melahirkan seorang bayi yang comel nanti.

Selebihnya, hari-hari mendatang usah difikirkan.  Cukuplah sebuah kematian menjadi peringatan.

Stop.

bukan aku je

rupanya yang tak dapat dengar radio islam nusantara dari pc.  Permaisuri Amir pun begitu, semenjak dia balik dari Mesir hujung tahun lepas.  Jadi mungkin bukan aku je yang tak dapat dengar Kuliah Mufti dari rtb.  Cilok dari mana-mana pun tak dapat jugak.  Ah, ciptaan manusia memang ada saja kelemahannya.  Pasti ada hikmahnya.  Bukan masalah besar.  Masalah besar ialah iman aku ni yang perlukan pertolongan.  Ya Allah, berilah kami hidayahMu.

posting bab 10

Mataku sudah kelabu.  Jam sudah 12.53am.  Embun mungkin sudah mula turun ke bumi.  Tapi aku mesti catatkan ini. 

Alhamdulillah, aku baru je posting bab 10.  Sedaya upayaku menyelesaikan apa yang tersangkut.  Sikit aje, bila sifu suruh aku pelbagaikan satu paragraf itu kepada monolong soalan.  Muka surat bab 10 ni dah jadi 25 muka.  Banyak tu, sepatutnya dalam 18 muka je.

Esok dan lusa, sifu cuti.  InsyaAllah sifu akan menjenguk thread peserta mengikut giliran pada Isnin nanti. 

Sekiranya ada pembaikan, kena buat lagi tapi rasanya tak banyak kot.  Selepas tu sambung bab 11.

Kakak aku kata dia tak berbakat dalam penulisan novel. Dia dah mencuba dan dia mengetahuinya sesudah itu.  Kini khabarnya dia menulis buku serius, tapi dia enggan memberitahu lebih lanjut.  Aku?  Ntah ... sifu tetap memberi motivasi yang mengujakan. 

Sudahlah, aku tak mahu menulis mencecer-cecer lagi macam dulu.  Biar ringkas dan padat. 

Nak rehat.  Esok kena ikut budak-budak ni ke sekolah untuk program derma buku.  Lum sempat nak masukkan gambar Abaya Kegemaranku.  Sabar ya.  :)

Stop dulu.


Friday, April 6, 2012

Abaya Kegemaranku

Kegagalan akses internet semakin galak terjadi.  Semalam diorang renew password modem sebab aku tak ingat langsung.  Kertas karbon biru tu dah lesap.  Kata suami, aku yang simpan.  Tapi aku rasa last hari tu aku bagi kat dia untuk dia refer untuk pc dia.  Tak  kisahla, aku dah tulis siap-siap kat atas modem tu semalam.  Kalau diorang tanya, insyaAllah tak susah nak mencarinya.  Kabel kuning pun dah jumpa.  Huh! 

Tak kisahlah, dah ok pun walaupun diorang bagi tempoh 24 jam untuk semua ok balik.  Kalau takpun, mungkin lebih 24jam, katanya.  Kalau tidak, mungkin tak sampai beberapa jam.  Alhamdulillah, tak de juruteknik muncul.  Aku pun tak gemar, sebab suami tak ada bersama. 

Aku nak tempek jualan abaya kat blog ni.  ABAYA KEGEMARANKU.  Mudah je tajuknya.  Abaya A cut kembang bawah, tak slim yang membuatkan bentuk anda kelihatan ketika berjalan melenggang.  Sulaman yang sederhana bagi aku, namun tetap membuatkan para solehah yang menyarungkannya tampil anggun dan nampak elegan.  Harga juga sederhana, hanya RM120 sahaja termasuk pos.  Tak mahal kan!  Dan insyaAllah sentiasa muncul corak-corak terkini yang lebih menarik dari masa ke semasa.  InsyaAllah aku akan update selalu kat sini.

Seiring dengan itu, aku nak mengurangkan catatan pendek kat sini. 

p/s : gambar Abaya Kegemaranku akan muncul selepas ini dalam entri seterusnya insyaAllah.  Jemputlah tengok dan buat pilihan ya.  Tungguuuu jangan tak tunggu!!!

Thursday, April 5, 2012

jumpa Kak Hawa

Alhamdulillah.
Ketemu Kak Hawa Hj Norull akhirnya.  Syukur dan terima kasih ya Allah :)
Aku mesti catat ini.  Juga bertemu Hajah Mardina, teman seta'lim di daerah Lumut.  Sukeeee :)

Aku pergi berdua ngan abang, macam yang dia dah cakap semalam.  Tapi taklim di sini mula 11-12.30 tgh.  Aku yang dah beberapa kali pergi taklim jam 9 pagi, rasa ia agak lambat tapi lama-lama biasa la insyaAllah.  Waktu itu waktu aku sedang berpencak silat di dapur sebenarnya hehe ...

Aku juga dapat tau rumah taklim di Bukit Naga on the way ke madrasah Laila Ain.  Laa ... ohh betapa lemahnya aku yang terlalu tak ambil endah dan segan tak bertempat. 

Di rumah ini, aku berkenalan dengan tuan rumah; ahlia Nizam serta dua tetamu iaitu Permaisuri Amir (ahlia Amir Shamsudin) salah seorang masturat FB yang baru balik dari Mesir  dan kak Aisyah (ahlia Mustapha).  

"Ahlia siapa?"  aku disapa begini semasa baru sampai.

Aku tak tau nak jawab apa.  Janggal.  'Ahlia Meon' ... err 'Ahlia Hasmeon' eh ... 'Ahlia Onn' ... semua tu dalam hati aje. 

"Saya dari Sijangkang."  jawab aku serba-salah dan malu.  Aduhaihaihaiiii ...  aku tau tak menjawab soalan taaruf pun. 

Hmm ... bila dah tulis ni aku rasa sedap pulak kalau sebut 'ahlia Onn'.  Ok, insyaAllah lain kali kalau orang tanya aku akan jawab yang itu.  Moga-moga satu hari tak lama lagi, suami aku akan bersama-sama aku seiring dan sejalan INSYAALLAH.

Ada satu perkara yang aku ralat.  Aku bawa dua bekas biskut aje.  Sepatutnya bawak je tiga yang ada tu (satu Arif dah beli, kawan Hidayat).  Bolehlah aku bagi tuan rumah satu, muslimah satu, orang lelaki satu.  Oh Tuhanku, betapa aku selalu tak berfikir dengan hikmah.  Ya Allah, ampunilah diriku dan pimpinlah aku di atas jalan yang benar.

Sebenarnya aku serba-salah sebab dua biskut tu aku letakkan dalam satu beg.  Sepatutnya boleh sahaja aku keluarkan satu dan hulur kepada tuan rumah.  Tapi aku terus pegang dengan niat nak menyerahkannya kepada Kak Hawa sebagai buah tangan.

"Ni untuk Kak Hawa ke?"
Ya, jawabku.
"Ke untuk jemaah?
Terpulang kepada Kak Hawa, jawabku lagi.

Biarlah Kak Hawa buat yang terbaik.  So ingatan untuk diri sendiri, bila ziarah tu bawalah buah tangan untuk tuan rumah selain untuk kenalan yang nak ditemui.  Gunakanlah dua beg yang berlainan supaya mudah menghulurkan.  InsyaAllah, selepas ini semoga tak berlaku lagi hal sebegini.  Ya Allah, betapa lemahnya aku di sana-sini.  Berharap hanya kepadaMU semata.

Hai, lagi banyak tulis dah tak kena dengan tajuk blog. Eloklah berhenti di sini.


Wednesday, April 4, 2012

Tetiba ...

Ya Allah, ampunilah diriku yang banyak berdosa ini.  

دَعْوَةُ ذِى النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِى بَطْنِ الْحُوتِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ. فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِى شَىْءٍ قَطُّ إِلاَّ اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ 

Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk diantara orang-orang yang berbuat aniaya)

Tiba-tiba aku teringin packing biskut dalam container bulat, dapat 4 bekas.  Alhamdulillah.
Tiba-tiba aku beristikharah tentang jemaah, setelah kakak memberitahu lebih baik buat sesuatu berdasarkan dalil yang jelas daripada main ikut-ikut aje.  Betul tu.   Puncanya aku minta penjelasan tentang Salafi.
Tiba-tiba aku terima panggilan tak terduga dari Kak Hawa Norull.  Dia di Jalan Kebun rupanya.  Akan khuruj ke India Jumaat ini.  Hanya esok Khamis peluang untuk bersua sekiranya diizinkan Allah.  Tiba-tiba dia baru sedar, bahawa dia berada di daerah Klang yang hampir dengan tempat aku tinggal.  Allah telah pilih dia dan suaminya untuk keluar ke jalan Allah.  Turut serta ialah dua nama yang aku kenali semasa di Brunei tempohari.
Tiba-tiba Allah telah membuka pintu hatiku untuk pergi berjumpa Kak Hawa.  Lepas-lepas ni aku boleh la pergi taklim kat situ insyaAllah sebab dah tau rumah.  Sehingga hari ni aku belum pergi mana-mana taklim lagi.
Tiba-tiba aku terus buat keputusan, biskut-biskut itu akan aku bawa sebagai buah tangan.  InsyaAllah.
Tiba-tiba suami berkata seolah-olah dia nak tolong hantar @ carikan tempat taklim tu esok.  Alhamdulillah.  Aku tak pelawa ponggg ... tapi syukur sangatlah kalau dia sudi menemani aku. Aku tak tau pun tempat nak dituju tu, tak familiar dengan kawasan situ.
Tiba-tiba aku terperasan, suami macam ambil berat tak biarkan aku berseorangan keluar rumah.  Perasan aje ke ni???  Sebelum ni tak macam tu.  Hari tu dia suruh Hidayat ikut aku pi jemput Laila Ain sebab Hanessa masih berdengkur.   Memang wanita tak boleh keluar tanpa muhrim kan kecuali darurat!
Tiba-tiba aku rasa telah berdosa yang mana dosa-dosa itu telah menyebabkan aku tidak dapat mendengar bayan-bayan secara online.  Aku rasa sunyi sepi.  Sejak kelmarin digantikan dengan bacaan al-Quran.  Tak maintain dengar Prof Dr Muhaya kat youtube.  Dah habis dengar pun tadi semuanya. 

Ya Allah, ampunilah diriku yang selalu berbuat dosa ini





dengar Prof Dr Muhaya

Bismillahirrahmanirrahim.

Dah hampir seminggu aku tak mendengar Radio Islam Nusantara mahupun channel Nurislam RTB.  Ada yang tak kena dengan windows media player pc ni.  Bila tanya online ngan doktor pc, dia pun tak tau kenapa. 

Ini bukanlah kebetulan.  (selama ni selalu aku kata kebetulan itu kebetulan ini.)  Sekarang ni aku dah faham, tak ada yang kebetulan.  Semuanya dah ada dalam ilmu Allah.  Aku beralih kepada ceramah online pulak.  Hari ini aku mendengar pengisian Prof. Dr Muhaya.  Suami yang sedang minum pagi pun angguk-angguk kepala sambil dengar pengisian dari speaker pc. 

Semalam petang Hidayat tersungkur jatuh basikal balik dari sekolah ugama.  Mujurlah ada seorang cikgu (sekolah Sri Medan) yang prihatin, tolong angkut basikal yang dah kero handlenya bersama Hidayat sekali hantar sampai rumah.  Semoga Hidayat tak serik, walaupun airmata insafnya tetap keluar semalam. Tambah-tambah lagi abahnya ulang balik, "kan abah suruh naik keta je pergi sekolah petang.  Dayat naik basikal gak ..."  Aku rasa macam abahnya 'padankan' muka dia aje tapi kena mujahadah, tukar jadi baik sangka.  Abahnya sebenarnya kesian tengok anak lelakinya ni penat mengayuh basikal.  Kulit muka pun semakin gelap.  Baiknya aku dapat berkenalan dengan Cikgu Zura yang tinggal kat simpang Jalan Ratapan tu.  (alhamdulillah aku dapat ingat nama cikgu ni yang sama nama dengan nama anak Zara, kucing comot tu.)  So lain kali bertemu aku insyaAllah akan sapa dia lagi.  Muka pun insyaAllah ingat, iras anak buah aku yang bernama gelaran Nano tu.

Tutt.

Wassalam.

Monday, April 2, 2012

diari semalam

Catatan pendek ~ header baru blog buat masa ini.
Semalam pagi, jemput Laila Ain kat madrasah.  Kawan-kawannya tertinjau-tinjau kat pintu memandang aku yang pakai niqab.  Alahai budak-budak ni!  Malu  pulak aku.  Aku yang pakai, diorang pulak seronok.  Makcik lum dapat istiqamah la ... doakan ye.   Kemudian kami terus mencari rumah empunya nama Pondok As-Sunnah di FB dan bertemu orangnya.  Tapi tak melihat wajahnya, hanya sepasang mata sahaja.  Mungkin kerana Hidayat turut bersama waktu itu.  Genggaman tangannya ketika bersalam sangat erat.  Adohh, sebab cincin tersepit kuat, sakit, tapi dalam hati je terjerit.  Aku mengambil tempahan niqab untuk kami (aku dan Laila Ain).  Bayinya sangat comel, Zubair namanya. 
Semalam tengahari, Hidayat dihantar abahnya untuk mendaftar taekwondo di dewan batu 7.  Walaupun dia mahu, tetapi sentiasa bertanya bila nak karate batu-bata.  Ingatkan tak sabar nak karate rupa-rupanya sebaliknya, dia risaukan tangannya.  Balik dari latihan, terdengar dia mengajar adiknya berlatih.  Sayangnya pulak, semasa maghrib berbalas tumbuk dengan si adik sampai adik menangis.  Alah si Hidayat!
Semalam petang, menghantar Laila Ain balik.  Buat perjanjian dengannya, outing dua minggu sekali, dan akhir bulan balik tidur kat rumah.  Dia bersetuju.  Sebenarnya si abah yang tak mahu dia balik selalu sebab nakkan dia lebih berdikari.  Jangan manjakan sangat, kata abahnya.  Bila dua minggu lagi baru balik, duit poket lebih la sikit.  Tapi terfikir nak jenguk dia hujung minggu nanti, dan bawakan sambal bilis kegemarannya.  Ternampak-nampak dia tersengih kesukaan hihi ...
Kelmarinnya menjelang zuhor, kami sudah ziarah Naqib.  Dapatlah bawakan dia nasi kerabu yang dimintanya dua minggu sebelum tu tapi tokeh nasi kerabu bercuti.  Kami makan bersama di rumah tamu yang sedang direnovate, jadi ruang tu tidak bersih sangat.  Terpaksa duduk berlapik suratkhabar lama.  Alhamdulillah dapat menyukakan hatinya.  Belajar sungguh-sungguh, along!  Result exam baru-baru ni tak memberangsangkan.  Aku fikir, masa exam tu dia sedang dalam dilema sebab waktu itulah dia begitu berhajat nak ke Temboro.  Semoga kini dia stabil balik ... hai anakku Naqib!
Pagi ini hanya Hanessa duduk dalam kereta.  Dia duduk depan.  Hidayat mula naik basikal ke sekolah bersama-sama Arif kawan sekelas anak jiran kami.  Sebelum ni Arif dihantar bapanya.  Semoga Hidayat dan Arif selamat pergi balik sekolah.  Hanessa tak kena sakat lagi dengan abangnya pasal tempat duduk dalam kereta.  Ruang gigi depannya yang terlopong (patah tebu kena sikuku dulu) pun dah mula keluar separuh.  Alhamdulillah, tak lama lagi beransur la giginya penuh semua, dan makin sempurnala wajahnya.
Huh, macam buat repot aje! 
Kedai Pak Meon beransur siap.  Macam-macam kerja tambahan dibuat sehingga tarikh siap terpaksa dianjakkan beberapa kali.  Katanya untuk jualan Jumaat ini insyaAllah dia dan Wak Lan akan masak di kedai itu.  Jadi, minggu ini mesti siap tak boleh tidak la kalau gitu ... InsyaAllah semoga Allah membantu.  Dengan bantuan Allah, tak ada yang mustahil untuk dilakukan.  Nak dapatkan bantuan Allah, kena ikut perintah Allah.  Tinggalkan larangan Allah.  Dan sentiasa bergantung harap dan meminta kepada Allah.  Jangan lupakan Allah siang malam pagi petang setiap masa.
Aku pulak dah beberapa hari tak dapat dengar Radio Islam Nusantara.  Radio Nurislam Brunei pun sama.  Apasal ntah ...

catatan pendek aje ...

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing