Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, March 30, 2012

Kisah Habib Nuh

Sudah lama tidak membaca kisah hidup para wali Allah yang penuh karomah.  Tiba-tiba aku terjumpa kisah ini di sini.  Sengaja aku rakamkan ia (kopipes) pula di blog ini untuk tatapan diri dan keluarga, khasnya suami dan anak-anakku.  Semoga kita beroleh kebaikan dari bacaan ini.  Ini lebih baik daripada aku merakam kisah harian yang ... ntah hapa-hapa.  Memang nak tulis sket, kisah aku pakai tudung terbalik, hari ni pakai jubah terbalik.  Adoi, aku memang tak perasan.  Kalau perasan, takkan aku sengaja biarkan.  Oh betapa lemahnya diri ini dan begitu banyak kekurangan.  Insaf insaf insaf ...

Antara 7 Wali Allah di Tanah Melayu ::

As-Sayyid Habib Nuh Al-Habsyi Rahimahullah 1788M – 1866M ::

Nasab dan keturunan

Nama penuh beliau ialah As-Sayyid Habib Noh bin Muhammad Al-Habsyi. Beliau yang datang dari Kedah adalah merupakan seorang yang berbangsa arab berasal dari Yaman dan asal-usul keturunan beliau juga adalah daripada keturunan Rasulullah s.a.w. menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayidina Hussein r.a. Tidak banyak maklumat yang diketahui tentang kehidupan awal beliau. Beliau yang hidup sekitar tahun 1788M – 1866 M datang dari keluarga empat adik-beradik lelaki iaitu Habib Nuh, Habib Ariffin dan Habib Zain (kedua-duanya meninggal di Pulau Pinang) dan Habib Salikin, yang meninggal di Daik, Indonesia.

Dari perkahwinan beliau dengan Anchik Hamidah yang berasal dari Province Wellesley, Pulau Pinang, mereka dikurniakan hanya seorang anak perempuan bernama Sharifah Badaniah. Sharifah Badaniah kemudiannya berkahwin dengan Syed Mohamad bin Hassan Al-Shatri di Jelutong, Pulau Pinang. Pasangan ini kemudiannya memberikan Habib Noh hanya seorang cucu perempuan bernama Sharifah Rugayah. Dia berkahwin dengan Syed Alwi bin Ali Aljunied dan mereka mempunyai lima anak, dua lelaki dan tiga perempuan bernama Syed Abdul Rahman, Syed Abdullah, Syarifah Muznah, Sharifah Zainah dan Sharifah Zubaidah.

Dari banyak sumber yang diperolehi, Habib Nuh tiba ke Singapura tidak lama setelah Sir Stamford Raffles mendarat di pulau itu. Usianya pada ketika itu mencecah tiga puluhan tahun. Walaupun beliau telah menghabiskan saki-baki usianya di Singapura dan meninggal dunia di sana, beliau banyak berjalan, terutamanya ke Johor Bahru dan negeri-negeri lain di Malaysia untuk berdakwah. Beliau adalah seorang yang amat warak. Waktu malamnya beliau gunakan untuk solat hingga terbit fajar. Dan beliau kerap berkunjung ke makam-makam (tanah perkuburan), selalu mendoakan roh-roh yang telah meninggalkan jasad. Beliau sentiasa berjalan bersama-sama kawan-kawan rapat melainkan bila dia secara spesifik meminta untuk bersaorangan diri. [5]

Karamah

Di sini, saya ingin bekongsi bersama pembaca mengenai kemuliaan yang Allah kurniakan kepada beliau. Banyak Karamah yang dibuktikan oleh mereka yang hidup sezaman dengan beliau. Tetapi, tidak ramai yang dapat menyelami peranannya sebagai orang kerohanian yang sentiasa dirinya hampir dengan Allah SWT. Kerana peranan sebagai Rijalullah atau Rijalulghaib ini amat simbolik dan sukar difahami menerusi bahasa dan pengertian yang zahir sedangkan tugas mereka juga besar. Antara kurniaan Karamah yang diberikan Allah swt adalah seperti berikut;

1. Menghadiri Sidang Wali-wali. [6]
Mengenai keistimewaan dan ketinggian kedudukan Habib Nuh, Pakcik Muhammad Abu Bakar, 102 tahun, khadam kepada Syeikh Haji Said Al Linggi r.h. menceritakan satu peristiwa yang berlaku ke atas gurunya yang ada kaitan dengan As Sayid Habib Nuh:

Pada satu hari seperti biasa Syeikh Muhammad Said masuk ke bilik suluk khas selepas sembahyang jemaah Asar. Seperti biasa juga, Pakcik Muhammad menunggu di luar bilik kalau2 beliau dipanggil masuk oleh gurunya untuk satu2 hajat. Tetapi pada petang itu beliau tidak dipanggil, dan gurunya keluar dari bilik suluk itu apabila hampir masuk waktu Maghrib dan terus sembahyang jemaah Maghrib bersama anak2 muridnya.

Malam itu Syeikh Said tidak mengajar. Selesai sembahyang sunat, beliau bercakap dengan Pakcik Muhammad secara empat mata.
“Engkau tahu aku pergi ke mana tadi?” kata Syeikh Said.
“Saya tidak tahu,” jawab Pakcik Muhammad dengan beradab.
“Aku pergi bersidang di Bukit Qhauf. Aku dan Habib Nuh sahaja yang mewakili umat sebelah sini. Rasulullah SAW juga hadir, dan engkau jangan cerita berita ini kepada sesiapa sebelum aku mati.”

Pakcik Muhammad Abu Bakar menyimpan amanat ini sehingga beliau memberitahu penulis sewaktu di temui di rumahnya di Seremban pada tahun 1991. Syeikh Said Linggi meninggal dunia pada tahun 1926. Menurut Pakcik Muhammad, Bukit Qhauf itu duduknya di luar daripada alam Syahadah. Wallahua’lam.

“Walaupun persidangan itu dihadiri oleh Rasulullah SAW tetapi ia dipengerusikan oleh orang lain, tak tahulah siapa orang istimewa itu,” tambah Pakcik Muhammad. “Bila ditanya siapa orang yang mempengerusikan majlis itu, Syeikh Said tidak memberitahu.”

Syeikh Said jua memberitahu bahawa majlis yang dihadiri oleh beliau dan Habib Nuh ialah persidangan wali2 yang membincangkan antara lain tentang satu wabak yang akan turun, yakni wabak cacar. Dan para wali yang bersidang itu mohon bala itu supaya tidak turun. Alhamdulillah, makbul. Tetapi menurut Pakcik Muhammad, “tempiasnya” masih mengenai orang ramai sehingga ramai yang mati terutamanya orang2 kafir. [Wabak cacar pada masa itu merupakan penyakit yang sangat bahaya dan belum ditemui ubatnya].

“Saya tiga hari pengsan dan bahu saya masih berparut diserang wabak cacar itu. itupun Syeikh Said yang mengubatnya,” kata Pakcik Muhammad sambil menunjuk parut cacar di atas bahunya.
Cerita ini menggambarkan peranan tersembunyi As Sayid Habib Nuh sebagai “pencatur dunia” yang mana kenyataan ini sukar diterima oleh mereka yang hanya menggunakan akal menilai sesuatu kebenaran.

2. Menunduk Gabenor Yang Angkuh. [7]
As Sayid Habib Nuh dikurniai Allah berbagai2 karamah sebagai tanda kemuliaan pada dirinya. Pelbagai cerita mengenai kewalian dan karamah beliau dibawa dari mulut ke mulut sehinggalah kepada Sayid Hassan Al Khattib, penjaga makam Habib Nuh r.h. Di antaranya adalah seperti berikut :
As Sayid Habib Nuh bersikap tidak menghormati orang2 yang angkuh dengan kekayaan atau jawatan duniawi. Begitulah, walaupun orang menghormatinya atau takut kepada Crawford, Gabenor Singapura ketika itu tetapi Habib Nuh tidak takut kepada wakil penjajah itu.

Dalam satu peristiwa, Gabenor Crawford marah dan menghina Habib Nuh kerana beliau tidak menghormatinya. Tiba2 sahaja kereta kuda yang dinaiki gabenor itu terlekat di bumi dan tidak dapat bergerak. Gabenor naik marah dan bertanyakan hal itu kepada pengiringnya. Tetapi pengiring itu bertanya kepada tuan gabenornya, “Tahukah tuan siapakah orang yang tuan marah dan hina itu?”
Gabenor menjawab, “Itu orang gila.”

“Sebenarnya dia bukan gila tetapi dia orang baik dan ada karamah. Lihat, bila tuan marah kepada dia, dia sumpah dan sekarang kereta tuan tidak dapat bergerak,” jelas pengiringnya.

Gabenor menjadi takut dan akhirnya meminta maaf dengan Habib Nuh. Setelah Habib Nuh menepuk2 kaki kuda itu, barulah kuda itu berjalan pantas seperti biasa. Sejak itu gabenor sedar betapa As Sayid Habib Nuh mempunyai kelebihan luar biasa.

Bagaimanapun, pada satu ketika gabenor terus bersikap bongkak dan sombong dan memerintahkan orang-orangnya menangkap Habib Nuh dan mengurung di dalam penjara dengan kaki dan tangannya dirantai. Tindakan keras ini diambil kerana As Sayid Habib Nuh tetap enggan menghormati wakil penjajah yang beragama Kristian itu. Anehnya, para pengawal penjara kemudian melihat Habib Nuh di luar penjara. tangan dan kakinya tidak dirantai. Walaupun ditangkap semula, dia tetap dapat keluar dan kelihatan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku padanya akhirnya beliau dibebaskan sepenuhnya.

3. Kapal Pelayaran, Terbakar Dan Karam. [8]
Dalam satu peristiwa lain, ketika sebuah kapal hendak berlayar, muncul Habib Nuh di perlabuhan. Habib Nuh menahan barang-barang yang berharga daripada dibawa bersama dalam pelayaran itu. Orang-orang yang terlibat tidak senang dengan sikap beliau itu tetapi beliau tetap bertegas;
“Tidak boleh barang-barang yang berharga itu dibawa.”

Setelah lama berbalah, akhirnya orang ramai terpaksa akur dengan kemahuan Habib Nuh itu dan pemilik barang-barang tersebut tidak jadi mengirim barangnya dengan kapal itu.

Beberapa hari kemudian, penduduk Singapura mendapat berita bahawa kapal yang berlayar itu terbakar dan tenggelam di tengah lautan. Barulah tuan punya barang-barang tersebut sedar hikmah divsebalik larangan Habib Nuh itu. Beliau bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT.

4. Habib Nuh Meminta Untuk Melaksanakan Nazar dan Niat.
Dalam satu peristiwa lain, ada seorang saudagar ingin meneruskan pelayarannya ke Singapura. Dalam pelayaran, kapalnya telah dipukul ribut kencang. Dalam suasana cemas tersebut, saudagar itu berdoa kepada Allah agar diselamatkan kapalnya dari ribut tersebut dan dia bernazar jika sekiranya dia selamat sampai ke Singapura dia akan menghadiahkan kain kepada Habib Nuh. Setelah sepuluh tahun berlalu, dia pun pulang dari pelayaran itu. Habib Nuh pergi menemuinya dan menuntut kain seperti yang diniatkannya itu. Orang itu terperanjat kerana dia tidak pernah menyatakan niatnya itu kepada sesiapa dan dia sendiri sudah lupa dengan niatnya itu kerana terlalu lama, tetapi Habib Nuh datang mengingatkannya akan niat baiknya itu. [9]

Habib Nuh juga dikenali mempunyai kelebihan untuk tahu masa depan. Beliau seolah-olah tahu jika seseorang itu sakit, memerlukan beliau atau memaksudkan beliau. Pada satu masa, seorang India Muslim balik ke India mengikut jalan laut untuk melawat keluarganya. Dia telah berniat bahawa jika dia kembali ke Singapura dengan selamat, dia akan menghadiahkan kepada Habib Nuh satu hadiah. Bila dia pulang, dia terkejut bila melihat Habib Nuh sudah sedia menunggunya di tepi laut.

Habib Nuh kata kepadanya “Saya percaya bahawa awak sudah berjanji untuk memberikan sesuatu kepada saya.” Terkejut, India Muslim itu berkata, “Katakan kepada saya wahai tuan yang bijaksana, apakah yang tuan hajati dan saya akan dengan senang hati menghadiahkan kepada tuan.”

Habib Nuh menjawab, “Saya mahukan beberapa gulung kain kuning untuk disedekahkan kepada orang miskin, yang memerlukannya dan kanak-kanak.” Sambil memeluk Habib Nuh, India Muslim itu berkata, “Demi Allah, saya amat gembira untuk menghadiahkan kepada seorang lelaki yang dirahmati Allah kerana baik budinya terhadap umat manusia. Berilah pada saya tiga hari untuk menghadiahkannya kepada tuan.”

Dia telah menunaikan janjinya dalam masa yang dijanjikan. [10]

5. Bertemu Di Kota Mekah. [11]
Beliau dikurniakan oleh Allah swt kebolehan untuk ghaib, dan dilihat kembali di tempat-tempat yang jauh. Ada yang memberitakan bahawa beliau telah dilihat sedang solat di Masjid Besar Makkah tanpa secara fizikalnya pergi ke sana. Pada satu masa, beliau pernah berkata kepada bakal haji bahawa mereka akan berjumpa di Makkah. Bila jemaah itu sampai di sana, dia telah disambut oleh Habib Nuh sendiri. Menurut orang-orang yang hidup sezaman dengan Habib Nuh, mereka pernah bertemu atau berada dengannya di beberapa tempat dalam satu masa yang sama. Kejadian seperti ini tidak pelik bagi wali-wali Allah.

6. Tabib Yang Berkat Dan Hebat. [12]
Habib Nuh juga terkenal sebagai tabib yang hebat, terutamanya ke atas kanak-kanak yang memang disukainya. Pernah beliau menyembuhkan seorang kanak-kanak yang cedera di kakinya dengan hanya meletakkan tangan-tangan beliau di atas luka itu dan membaca doa. Dalam masa yang singkat, kanak-kanak itu sudah boleh berlari semula seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku ke atasnya. Bapa kepada kanak-kanak itu amat gembira, dia telah memberikan wang kepada Habib Nuh, tapi Habib Nuh memberikan wang itu kepada yang memerlukan.

Habib Nuh sanggup mengharungi ribut untuk pergi mengubati kanak-kanak yang sakit. Beliau pernah berjalan ke Paya Lebar dari rumah beliau di Telok Blangah ketika hujan lebat untuk mengubati seorang kanak-kanak. Bila beliau sampai di rumah kanak-kanak itu, ibubapa kanak-kanak itu terkejut melihat pakaian Habib Nuh langsung tidak basah.

7. Air Bertukar Menjadi Susu. [13]
Dalam satu insiden lain, Habib Nuh telah dikejutkan oleh tangisan berterusan anak jirannya. Bila beliau pergi ke sana, beliau dapati bahawa keluarga itu amat miskin dan tidak mampu membeli makanan untuk anak yang kelaparan itu. Beliau mengalirkan airmata bila mendengar cerita itu, lantas mengambil satu tempurung kelapa,menuangkan air ke dalamnya dan membaca doa. Dengan kehendak Allah, air itu bertukar menjadi susu untuk diminum oleh kanak-kanak tersebut.

8. Mimpi Kiyai Agung Muhammad bin ‘Abdullah As-Suhaimi BaSyaiban[14]
Dikisahkan bahawa Kiyai Agung Muhammad bin ‘Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban memang selalu mengamalkan bacaan mawlid junjungan nabi s.a.w., tetapi kadangkala beliau meninggalkannya. Pada satu malam, beliau bermimpi dan di dalam mimpi tersebut beliau bertemu dengan junjungan nabi Muhammad s.a.w. dan Habib Nuh yang ketika itu sudah pun kembali ke rahmatullah. Dalam mimpi tersebut, Habib Nuh sedang mengiringi baginda nabi s.a.w. yang sedang berjalan di hadapan rumah Kiyai Agung, lalu Habib Nuh pun berkata kepada baginda nabi s.a.w.: “Ya RasulAllah, marilah kita ziarahi rumah kawan saya Muhammad Suhaimi.” Tetapi junjungan nabi s.a.w. enggan berbuat demikian sambil bersabda: “Saya tidak mahu menziarahinya kerana Muhammad Suhaimi ini selalu lupakan saya, kerana dia selalu meninggalkan bacaan maulid saya.” Habib Nuh merayu kepada baginda nabi s.a.w.: “Saya bermohonlah kepada tuan supaya dia diampuni.” Setelah itu baharulah junjungan nabi s.a.w. mahu masuk dan duduk di dalam rumah Kiyai Agung. Inilah kisah mimpi Kiyai Agung, selepas isyarat mimpi itu, maka Kiyai Agung tidak lagi meninggalkan bacaan mawlid, sehingga dalam pelayaran sekalipun dan walaupun hanya 2 atau 3 orang sahaja dalam majlis pembacaan tersebut.

9. Keberkatan Menyayangi Kanak-kanak[15]
Antara sifat yang menonjol pada diri As Sayid Habib Nuh ialah beliau sangat menyayangi kanak-kanak. Sering orang bertemu Habib Nuh bersama dikelilingi oleh kanak-kanak. Ini sesuatu yang ganjil. Kadang-kadang beliau singgah di kedai-kedai bersama kumpulan kanak-kanak dan kanak-kanak itu mengambil seberapa banyak makanan yang ada tanpa apa-apa bayaran.

Anehnya, ke semua tuan kedai tidak melarang perbuatan itu. Kerana mereka yakin kedai mereka akan beroleh keberkatan jika dikunjungi oleh Habib Nuh bersama kumpulan kanak-kanak tersebut. Ini terbukti, mana-mana kedai orang Islam yang didatangi oleh Habib Nuh bersama kanak-kanak, kemudiannya menjadi maju dan tidak putus-putus dikunjungi pelanggan.

Sayid Habib Nuh sayang kepada kanak-kanak kerana mereka adalah Ahlul Jannah (ahli Syurga). Kelakuan Sayid Habib Nuh itu agak ganjil bagi seorang yang sudah tua. Memang itu di antara keganjilan Habib Nuh, seorang yang mempunyai keistimewaan yang terlindung.

10. Tebuan Menghormati Jenazah Beliau[16]
Diceritakan ketika keranda jenazah beliau diusung untuk ke makam pusaranya, mereka yang mengusungnya terpaksa membawa keranda tersebut melalui ke satu lorong kecil. Di mana kiri dan kanan sepanjang perjalanan di lorong kecil tersebut kedapatan penuh dengan pokok buluh Cina serta dedaunnya yang panjang. Semasa melalui lorong itu, keranda tersebut merempuh sarang tebuan sehingga sarang itu pecah. Tetapi tebuan-tebuan itu tidak sedikit pun menganggu orang ramai yang mengiringi jenazah itu.

11. Pusara Terselamat Dari Letupan Bom dan Pemugaran.
Karamah beliau tidak habis di situ saja. Semasa Perang dunia kedua, bila Telok Blangah dibom dengan hebatnya oleh Jepun, tidak ada satu bom pun singgah di pusara Habib Nuh. Dan bila kerajaan Singapura mahu membina satu jalanraya di Tanjung Pagar, jambatan telah direka bentuk untuk membengkok melengkarinya, tingginya hampir sama dengan kedudukan
Makam Habib Nuh. [17]

Dikatakan, menurut rancangan pemerintah, makam Habib Nuh dan Masjid Haji Mohd Salleh perlu dipindahkan demi membolehkan pembinaan Highway dibina lurus. Dengan membelakangkan rayuan daripada jawatankuasa makam dan masjid, kontraktor pembangunan telah menempatkan beberapa jentolak untuk memulakan pemugaran. Dengan kuasa Allah swt, semua jentolak tidak dapat dihidupkan. Akhirnya, lebuh raya terpaksa dibina membelok di antara sekitar makam dan masjid. [18]

Banyak lagi kejadian aneh yang dihubungkan kepada karamah Habib Nuh ini. Walau apa pun khawariqul adah (perkara di luar adat) yang berlaku pada dirinya, maka itu bukanlah tuntutan kita. Yang pasti, sejarah telah menyaksikan bahawa Habib Nuh al-Habsyi adalah seorang wali Allah yang soleh taat kepada ajaran Islam. Lihat, bukan sahaja jelas karamahnya sewaktu hayat beliau masih hidup, bahkan setelah kewafatan beliau juga masih terpelihara kemuliaanya. Apa yang diharapkan adalah agar kita dapat mengikuti jejak langkah beliau dalam menuruti perjalanan usaha junjungan nabi Muhammad s.a.w. Mahabbah kepada para solihin adalah dituntut dan seseorang itu nanti akan berada bersama orang yang dikasihinya di akhirat kelak.

Nasihat dan Wasiat
Beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memberikan banyak nasihat kepada kawan-kawan setianya. Antara mutiara kata beliau ialah “Jangan jadi tamak terhadap harta dunia dan jangan punya perasaan hasad-dengki (dan sebarang perasaan
negatif) terhadap sesiapa sepanjang hidup anda.”

Sebelum meninggal, Habib Nuh telah berpesan kepada kawan-kawannya agar jenazah beliau dikebumikan di Mount Palmer sebuah (bukit kecil di jalan Palmer), yang merupakan tanah perkuburan kecil pada masa itu. Walau bagaimana pun pada hari beliau meninggal, setiap orang telah lupa mengenai pesanan itu dan mereka semua bersedia untuk menuju ke tanah perkuburan Bidadari Muslim. Bila sampai masanya untuk mengangkat keranda, ia tidak berganjak dari atas tanah. Tidak ada seorang pun terdaya mengangkatnya. Persekitaran menjadi kelam kabut, dan hampir setiap orang menangis melihat keranda itu tidak berganjak walaupun cuba diangkat oleh lelaki-lelaki yang gagah.

Nasib baik, seorang daripada yang hadir akhirnya teringat akan pesan Habib Nuh tersebut dan lantas tampil menceritakan hal yang sebenarnya kepada setiap orang yang hadir.

Setiap orang menyedari bahawa mereka telah lupa tentang pesanan tersebut, lalu bersepakat memutuskan untuk bergerak menuju ke Mount Palmer. Dengan kehendak Allah, keranda itu boleh diangkat dengan mudah dan laungan Allahu Akbar bergema mengiringi perjalanan mereka. Dengan izin Allah swt, jenazah Habib Nuh telah selamat dikebumikan di Mount Palmer. [19]

Kewafatan
Setelah 78 tahun mengabdikan diri beliau kepada Islam, Habib Nuh telah pulang ke rahmatullah pada hari Jumaat, 27 Julai 1866 bersamaan dengan 14 Rabiul Awal 1283. Habib Nuh menghembuskan nafasnya yang terakhir di Telok Blangah, di kediaman Temenggong Abu Bakar, Johor. Apabila berita itu tersebar, ramai orang daripada pelbagai peringkat, termasuk orang-orang Inggeris yang telah memeluk Islam melalui beliau, dan mereka yang berada di kepulauan-kepulauan berhampiran telah datang untuk menziarahi pusaranya. Pada hari yang sama, semua kereta kuda yang ada di Singapura memberhentikan aktiviti harian mereka kerana ingin membawa pengunjung ke makamnya dengan tanpa bayaran. [20]

Di belakang makam Habib Nuh, terdapat sebuah makam yang dipercayai adalah makam Qadhi pertama di Singapura pada era pemerintahan British. Beliau dikatakan anak saudara kepada Habib Nuh dari kaum kerabat Alhabsyi, namanya Said Abdul Rahman Bin Salim Al-Habsyi r.a yang wafat pada tahun 1867.

Beberapa tahun selepas jenazah Habib Nuh dikebumikan pada tahun 1890, seorang hartawan bernama Sayid Muhammad bin Ahmad Al Sagof telah membuat binaan di atas makam Habib Nuh tersebut. Beberapa tahun lalu makam itu dibaik pulih kerana binaan lama sudah hampir roboh.

Pada tahun 1962, kerajaan Singapura menambak laut di sekitar makam itu sehingga menjadi dataran. Dan di situ juga didirikan bangunan-bangunan. Keadaan tempat itu sekarang jauh berbeza dengan apa yang digambarkan akan berlaku sebelum adanya makam Habib Nuh di situ. Dengan itu makam Sayid Habib Nuh terus selamat dan terjaga.

Makam Habib Nuh yang terletak di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer bersebelahan dengan Masjid Haji Mohd Salleh, kini ianya telah diambil alih sepenuhnya oleh pihak Majlis Ugama Islam Singapura untuk segala urusan yang berkaitan dengan makam.

Makam beliau tetap terpelihara sehingga ke hari ini dan menjadi kebiasaan, makam Habib Nuh sering diziarahi oleh orang ramai termasuk orang-orang Arab dari Hadralmaut dan negara-negara Arab lain serta umat Islam di sekitar Asia untuk mendapat keberkatan daripada kewaliannya. Juga sebagai memenuhi seruan Rasulullah s.a.w. supaya menziarahi kubur agar dapat mengingati mati (zikrul maut). [21]

Semoga Allah merahmati roh beliau.
~Al-Fatihah~

Kalau gi Singapura, aku berhajat nak menziarahi makam Habib Nuh.  InsyaAllah.  Semoga disampaikan Allah.  Bercakap pasal ziarah makam wali, seingat aku, aku hanya pernah beberapa kali menziarahi makam Tuan Tulis, sebab makam ini tak jauh dari kampung aku.  Tapi dah beberapa tahun tak pergi, cuma baca papan tandanya aje. Dan masa kat ITM dulu pernah ikut program ADASI berkunjung ke Pulau Besar, Melaka dan ziarah pusara di situ, yang aku tak ingat pusara siapa.  Pusara yang panjang tu ...

Nahwan Nur Demi Masa


koleksi nasyid Nahwan Nur pernah jadi top faveret aku masa mudo-mudo dulu (time belajar dulu la).  Tetiba jumpa balik kat you tube.  Tak cari pun, tapi tiba-tiba terjumpaaaa ...

Tuesday, March 27, 2012

Monday, March 26, 2012

al-Fatihah untuk mereka

Assalamualaikum,
Amalan utk anak2...siapa tak nak anak2 berjaya, kan?
Semasa di Temboro, kami sempat mintak bbrp amalan...
antaranya utk anak2...

SETIAP LPS SOLAT FARDHU
BACA FATIHAH UTK RASULULLAH SAW 1X
BACA FATIHAH UTK ORG2 SOLEH 1X
BACA FATIHAH UTK SETIAP ANAK KITA 3X

SEORG ANAK 3X,
5 ANAK 5 X 3 = 15 X...
INGAT NAMA ANAK MASA BACA UTK NYA...
MISALNYA UTK KAK LONG FATIMAH - FATIHAH 3X DSTNYA...

FATIHAH UTK ANAK2 NI ADA LAIN SIKIT,
AYAT 'IYYAKA NA'BUDU WA IYYAKA NASTA'IN ULANG 7X,
DGN DOA DLM HATI UTK MINTA PERTOLONGAN ALLAH DLM HAL ANAK INI.

AYAT IHDINOSSIROTOL MUSTAQIM ULANG 7X JUGA,
DGN DOA SUPAYA ALLAH TUNJUKKANNYA JALAN YG LURUS..

(DOA BERSESUAIAN MAQSUD AYAT)

KEMUDIAN TERUSKAN BACAAN SAMPAI AKHIR AYAT.
ULANG LAGI SAMPAI 3X CARA YG SAMA...

KEMUDIAN BACA UTK ANAK YG LAIN PLK...
SEKIAN SELAMAT BERAMAL...
INGATLAH BUKAN MADRASAH YG MENDIDIK ANAK2 KITA,
PANGKALNYA DARI AMALAN KITA JUGA...
WALLAHUALAM...

*jazakallahu khair kak Azizah Abdulaziz

Tuesday, March 20, 2012

virus apa ni?

aku cuma nak try reformat pc sendiri, dan hasilnya memang mengkagumkan.  Pc aku kena virus!  Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini seorang yang sabar dan sentiasa berserah diri kepadaMu. 

Alhamdulillah, so far aku terus cool.  Dah pun maklumkan kepada my sifu tentang cabaran ini, ketika aku baru nak bersilat balik mengerjakan bab 11 Sakinah yang sudah diberi sentuhan awal minggu lepas. 

seminggu lepas aku bercuti sekejap, melayan anak-anak yang cuti sekolah dan sempat balik kampung satu malam bertemu keluarga.  Cuma tak sempat nak balik ziarah keluarga mertua, tapi dah pun berjumpa ketika bapa mertua dan ipar nak pergi umrah tempohari.   Dapat jumpa Mak R yang sekali imbas nampak penuh mukanya.  Mak R sihat dan sempat ikut kami balik Kubang Gajah, surprise untuk mak J dan uwan Libah hehe ... 

Dan juga dapat la menunaikan hajat anak-anak yang nak merasa naik bas dan komuter, terutama untuk birthday girls ~ Laila Ain (14th) dan Hanessa (7th).  Mula-mula naik bas dari Kuala Pilah ke Seremban, perjalanan yang selesa, tak ramai penumpang (bas ekspress).  Dari Seremban ke KL Central pula naik komuter, juga selesa dapat duduk di sepanjang stesen dan orang pun tak ramai.  Di KL Central sempat pula menikmati nasi penyet, sebab ada pula yang tak boleh tak jumpa nasi.  Oh ya, paginya tu kami di dewan Kuala Pilah untuk bersama-sama meraikan maulidur rasul bersama Yam Tuan Negeri Sembilan.  First time mendengar pengisian dari Ustaz Don dan Ustazah Asni.  Di situ, kami dijamu dengan berkotak-kotak ayam KFC.  Tak ada nasi, kecuali vip dan vvip dengan jamuan khas. 

Dari KL Central ke Klang, kami berdiri sepanjang perjalanan.  Kalut mengejar masa, kami yang perempuan terperosok ke coach lelaki, mujurlah tak termalu sangat sebab ada anak bujang dan ada beberapa orang wanita nun di depan sana.  Naqib suruh kami berpindah ke coach perempuan di belakang tapi tak berani nak move, takut kena tinggal komuter. Penumpang memang ramai, yang naik dan yang turun.  Hanya mendekati Klang, dapat la sedikit ruang untuk bersandar ke tingkap. 

aku dan Laila Ain memakai burqa.  Alhamdulillah, aku memang rasa terpelihara dan selamat.  Mereka memberi ruang kepada kami untuk berdiri dan berpaut ke tiang besi.  Tapi payah sikit apabila Laila Ain berpaut pula ke tanganku, kerana dia tidak boleh mengangkat tangan memaut tali pemegang di atas, bimbang aurat terbuka apabila lengan jubah melorot ke siku.  Penting memakai sarung tangan yang panjang itu, selain baju kurung atau sebarang pakaian di dalam jubah @ abaya.  Kita tak pasti situasi apa yang akan kita temui apabila berada di luar rumah.  Dalam rumah pun boleh kelam-kabut mencapai tudung, sekiranya loceng pagar tiba-tiba berbunyi, kan.  Apatah lagi di luar macam gini.

"Nak naik komuter lagi tak lepas ni?" aku bertanya kepada Hanessa. Kadang-kadang dia berdiri kadang-kadang dia mencangkung penat.  Kadang-kadang dia berpaut kepada alongnya.

"Tak nak!"  sahut Hanessa.

Alhamdulillah, bisik hatiku.  Nak naik bas, dah naik dua kali dah.  Nak naik komuter, dah naik dua kali jugak.  Kelakar budak-budak ni, macam thrill sangat naik bas dan komuter. Sebenarnya dah lama merancang nak naik keretapi ke satu destinasi yang agak jauh.   Yang menarik hati mereka ni tentang bas pulak ialah nak naik bas double decker tu, nak duduk tingkat atas.  Tapi belum berkesempatan.

Entah bila ya?  Kalau Pak Meon dah sibuk dengan kedai makannya tu ... rancangan ni semakin hilang bak bayang-bayang.  InsyaAllah, semoga ada jua kesempatan. 

Pasal pc ni, pasti ada hikmahnya.  Sekarang ni sedang menunggu jiran bumbung sebelah sana tu balik kerja petang karang, dan hantar pc ni untuk dia tolong reformat dan baiki.  InsyaAllah.  Rabbi yassir wala tu'assir.  Allah bersama orang-orang yang sabar.  Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang penyabar dan selalu bersyukur kepadaMu.  Aameen.

* masih dapat dengar kuliah mufti dari RNurislam pagi tadi dan RIN  :)))

Monday, March 19, 2012

cuti sudah tamat

Sepanjang perjalanan, ada sahaja yang dibualkan oleh Naqib.
"Ma, lain kali kalau cuti boleh tak along balik naik bas?"
"Ada ke bas dari sana ke Klang?"
"Ada naik dua kali.  Dari Kajang sampai Banting, RM2.  Banting Klang RM2."
"Mana along tau?"
"Indon yang kerja kat madrasah bagitau.  Ada yang duduk Batu 7, Batu 10, merata-rata."
"Abih, baju kotor camana?"
Ohh baju kotor jemput jugak, tapi lebih awal!

"Ma, bulan lima ni along mungkin kena khidmat."
"Khidmat apa?"
"Khidmat jhor."
"Jhor tu apa?"
"Jhor tu macam mesyuarat besar."  Kalau tak betul, pembaca yang arif tentang maksud jhor tolong bagi pembetulan  ya.
"Tapi yang mama tau bulan lima ni diorang sebut ijtimak.  Mak Ali kata dia nak balik bulan lima ni, ayah dia pergi ijtimak.  Boleh la mama jumpa mak Ali nanti."  Teringat kak Hawa kat Brunei.
"Ijtimak tu seluruh dunia,ma."  Entah le, tak kisah la.
""Hmm bagus la, kalau dapat khidmat. Khidmat la dengan maulana-maulana.  Boleh mintak doa. Kalau jumpa, mintak la doa untuk kita semua (borong doa!)."  Teringat sufiafriqiyya.
"Tapi kalau ustaz anjak umur 17 je, tak dapat la."
"Berdoalah banyak-banyak dari sekarang ni.  Rapat-rapat la dengan ustaz, mudah-mudahan umur 16 dapat la pergi jugak."  Teringat Ustaz Azman yang lembut air mukanya.

Semakin hampir dengan kawasan Bukit Changgang, semakin galak Naqib berborak.  Dia menceritakan pengalaman balik malam ke rumah, dari trip ke SP dan TS hari Sabtu/Ahad lepas.  Katanya ada seorang pakcik begitu caring melihat dia berseorangan di tempat menunggu bas Klang.  Siap tolong lap peluh di pelipisnya dan bagi nasihat supaya berhati-hati, sambil dia membaca akhbar di situ.  Kemudian si pakcik meninggalkan sesuatu dalam bungkusan untuk dia.

"Tapi bila bas datang, Along tak ambik pun benda tu."
"Benda apa tu?  Napa tak ambik?"
"Ntah la.  Macam apam balik je, suam lagi.  Along tak tengok dalamnya."
"Ish, membazir je."
"Ntah la ma ... kalau ma tengok pakcik tu ..."
"Apa kena ngan pakcik tu pulak?"
"Hmm ... macam mat pit pun ada.  Orang kata apa tu ... talam dua muka?  Ntahla, along rasa semacam la ..."

Urmm ... Dalam hati selalu berkata-kata, semoga ini trip pertama dan terakhir along bersendirian bersama kawan-kawan ke TS, tapi hingga dia balik madrasah lupa nak mengucapkan di mulut.  Semoga lepas ni tak ada permintaan sebegini lagi.  Setakat nak tidur di SP insyaAllah tak ada masalah, selagi tak ada melakukan perkara-perkara 'luarbiasa' yang mengejutkan.

Sebelum tu, Naqib kisahkan dia naik teksi dari SP ke stesen komuter bersama pemandu berbangsa India dalam usia 30an.  Pemandu tu yang mengajak dia berbual, tentang Islam.  Tentang bangsa Arab, jahiliah (dia sebut zahiliah, kata Naqib) dan di mana Tuhan bertempat.

Blank gak, kata Naqib.  Tapi dia cuba juga menjawab sesuai dengan apa yang difahamnya.

Jadi, sungguh-sungguh belajar hafiz ni. Lepas tu belajar alim kat Nizamuddin, Afrika, Madinah, mana-mana tempat pergilah.   Lepas tu keluarlah  ke mana-mana seluruh dunia ni, Afrika, England, Temboro, Madinah ... sahabat Nabi SAW bertebaran di seluruh dunia.  Salah seorang sahabat Nabi SAW makamnya di Guangzho.

InsyaAllah sekarang ni mulut sedap bercakap.  Semoga Allah memberkati niat dan sampaikan hajat yang baik.

Hampir nak berpisah, tapi dia masih lekat di tempat duduk.  "Ma, bila mama nak datang?"
"Entah, bila Along nak mama datang?"  Dalam hati teringat dia tak sempat nak makan nasi kerabu, sebab tokeh nasi kerabu bercuti.
"Lagi dua minggu mama datang la.  Along tak dapat call, telefon tak de."  Boleh la bawak nasi kerabu insyaAllah.  Telefon ada tapi mungkin tak mudah nak digunakan pada sebarang masa, pelajar pun ramai kena bergilir-gilir.
"Ok, mama datang Sabtu."
"Kalau Sabtu, tengahari la.  Kalau Ahad, pagi mama datang la boleh outing jap."  Beli nasi kerabu pagi Sabtu, boleh dimakan tengaharinya. 
 

***
Baru masuk jalan utama arah ke lebuhraya Kesas, tak jauh dari simpang keluar taman perumahan kami, Laila Ain bertanya.

"Ma, bila mama nak call?"
Erk ...  "Macam biasa la.  Seminggu sekali je kan?"
"Haah, tapi bila?"  saya jeling dia di sebelah.  Nampak hanya bulu matanya yang lebat terkedip-kedip memandang ke depan.

"Hmm Khamis?  Tapi petang ke malam?"
"Mama call Selasa la."
"Aik, cepatnya.  Petang ke malam?
"Mama call petang 5.30pm.  Nanti hari Selasa tu Ain bagitau la hari Khamis tu nak mama call lagi ke tak, ya."  Gitu pulak.

Teringat Laila Ain memberitahu di hari pertama dia balik rumah kelmarin, "seronok duduk madrasah, ramai kawan."
Hari nak balik, dia cakap begini pulak, "mama jangan marah eh.  Ain rasa macam tak nak balik madrasah la ..."  Memang tak kena layan la omelan macam ni.  Dia sambung lagi, "Mama jangan marah eh, Ain nak adik lagi.  Seronok la pegang baby."  Itu pulak!  Tak lupa dia dengan syarat dia masuk madrasah dulu rupanya.

Anak dara ni tak banyak kisah, tapi banyak dapat komplen hahaha ... Komplen dari uwan dia yang memerhati perangai cucu-cucu masa cuti kat kampung tempohari. 

"Orang ada abang rajin ke dapur, cer dapat abang kaki melingkar, dia la yang kena turun dapur,"  kata saya kepada mak. 

Mak pot pet pot pet pasal Laila Ain.  "Orang umur 6 tahun, 7 tahun dah pandai ke dapur dah ..." kata mak. 

Mak macam terlupa pulak siapa mak Laila Ain hihihi ... yang alhamdulillah dapat suami sangatttt rajinn ke dapur.  Jadi bila fikir-fikir balik time nak marah-marah tu, teringat la diri sendiri yang dah dekat nak nikah pun masih jarang masuk dapur.  Mujurlah Allah beri sedikit kelebihan mudah faham dan boleh adun rempah dengan baik sehingga tak jarang juga dapat pujian, dari suami dan anak-anak :))). 

Cuma kalau boleh eloklah Laila Ain cepat datang rajin ke dapur dan jangan sampai tersilap bahan.  Tak kenal bahan dan rempah.  InsyaAllah semoga dapat suami soleh yang serba boleh, antaranya sangatttt rajinnn bersama-sama ke dapur macam abah. InsyaAllah. 

Teringat suami bercerita yang maknya pernah bercakap lebih kurang macam ni, "orang lelaki rajin ke dapur nanti dapat bini tak pandai masak." 
"Betul ke mak cakap macam tu?  Tak patut tau!"  Perasan diri dah pandai memasak ...
Suami gelak.  "Gurau je lah!"

***

"Ma, sunyi la along tak de, kakak tak de ..." kata Hidayat selepas solat Maghrib.
"Hmm ... sok kalau Dayat masuk madrasah, Adik masuk madrasah, mama abah tinggal dua orang je, lagi sunyi."
"Ehh, Adik masuk dah besar sikit la."  si adik menyampuk.
"Aik, kata nak ambik hafizah, darjah empat boleh la tu."
"Hmmm ye la ye la ..." sahut Adik.

Macam nak melupakan kesunyian, budak berdua ni asyik bergurau sampai peringkat tendang menendang sambil gelak ketawa.  Terkenang diri sendiri, dulu sentiasa berseorangan.  Kawan seharian di rumah hanya mak abah dan kucing, kekadang anak ayam.  Betapa teringinnya mempunyai adik-beradik.  Betapa cemburunya kepada kawan-kawan yang ada abang, kakak dan adik.  Selalu memerhatikan saudara-mara yang ada adik-beradik dengan sikap masing-masing.  Akhirnya satu ketika, saya pun tahu saya juga ada adik-beradik ... adik yang itu memang adik saya.  Kakak yang itu memang kakak saya.  Muka pun serupa.

Penat juga hari ni.  Macam selalu saya ada dua trip berlawanan arah untuk Naqib dan Laila Ain.  Mula-mula hantar Naqib.  Abahnya ada urusan penting, tak dapat nak bersama.  Hanya bersalaman, berpesan-pesan dan kucupan sayang kepada anak-anak yang akan pulang ke madrasah.  Saat akhir, Laila Ain sebut sambal bilis.  Buat juga guna rencah cili padi.  Cili kering tak cukup.  Si abah sempat menyiapkan dua jenis asam pedas ~ asam pedas kepala ikan kurau@ikan merah, dan asam pedas ikan kembung@ikan kerisi (cadangan nak masak asam pedas ikan pari, tapi tak ada pulak di pasar) untuk anak-anak yang belajar.

Pagi-pagi buat puding ala pizza @ lasagna.  Kata Naqib, pizza Melayu.  Hmm saat ini baru teringat kawan Laila Ain minta resepi, dah lupa nak tulis.  InsyaAllah lain kali le.

Dan kali ini saya memakai purdah dari dalam rumah.  Balik dari menghantar anak, pun bukak dalam rumah.  Semasa di madrasah Laila Ain, ada seorang budak datang berbisik dengannya.

"Ma, kawan Ain tanya bila mama pakai purdah tu?"

Selalu bersua dengan anak-anak madrasah tanpa burqa.  Rupanya mereka memang prihatin dan perasan kehadiran saya di celah-celah ibu dan pelajar yang baru sampai.

"Doakanlah ye ..."  begitulah jawab Laila Ain kepada kawannya.

Hari ini ada seorang jiran yang sedang memerhatikan anak kecilnya bermain basikal di hadapan rumahnya.  Ketika melintasi dia, saya angkat tangan dan dia membalasnya.  Tentu sahaja dia kenal saya melalui kereta yang saya pandu.

Berhenti dulu di sini.  Nak mengemas rumah sambil mengenang-ngenang Naqib dan Laila Ain.  Terbayang masing-masing makan nasi berlauk ikan kerisi dan ikan kembung bersama kawan-kawan rapat di 'port rahsia' selepas selesai belajar malam tadi.


Tuesday, March 13, 2012

naqhuhines balik kampung

Tiba-tiba mak beritahu nak datang bawak lori.  Motor Honda abah yang tersadai nak dibawa balik kampung.  Suami pun mencelah, "bawak la sekali motor abang tu ..."  Hmm motor kapcai yang ntah ke mana gerannya tu, nampaknya akan dapat tempat berteduh lebih baik di rumah kampung nanti, tak le kesejukan macam kat sini.  Ini bukan motor yang terbaring dengan saya hari tu, ni motor lama cik abang yang dah diservis oleh abah, kemudian tersadai semula sebab tak ada orang guna (masa duk Brunei hari tu.)

Yang suka tentulah Naqib.  Dia dah bersorak dah, bila dapat tau mak nak angkut motor tu.  Kalau balik kampung, dapatlah dia ronda-ronda dengan motor sekeliling kampung.  Heh, risau dibuatnya, bukan tak risau.  Dulu dia ikut mak balik kampung, dengarnya dah sampai Tanjung Ipoh dan Seri Menanti.  Saya yang dengar di corong telefon, terkebil-kebil tak sanggup nak membayangkan budak ni yang tak cukup umur ikut undang-undang jalanraya, begitu nekad meronda sendirian.

"Along pakai helmet, ma ..."  Ayoyo, pakai helmet tetap banyak risikonya nak oiii ... Aduih, alhamdulillah selamat balik rumah.  Entahla, mungkin uwan nak dia menghibur hati yang sepi sebab kami jauh waktu tu? 

Mulanya Naqib yang disuruh balik kampung dek uwannya.  Alih-alih Laila Ain nak ikut.  Bila Hidayat dapat tau, dia pun nak mengikut juga.  Yang tak nak ikut ialah si bongsu tu, "Adik nak main ngan Putam.  Malam nanti adik nak tido ngan mama."  Gitulah cakapnya.  Yang lain tu seronok mikirkan pergi balik nak naik bas atau komuter.  Teruja la tu!

Tiba-tiba bila mak datang, tengok-tengok si bongsu tu yang dah siap paling cepat dengan lengkap bertudung dan baju satu beg.  Aikk?  Dan dengarnya mak akan hantar semua balik nanti pada hari Khamis ni, sebab tak berani nak lepaskan bila ada yang kecik mengikut.  Kalau setakat yang besar je, mungkin la balik naik bas atau komuter.

Alhamdulillah, begitulah jauh fikiran orang tua-tua.  Tiba-tiba bila buka fb, saya tengok ada lagi kes budak hilang kat Serdang.  Kes budak rentung tu baru je berlaku, dah jadi lagi satu.  Semoga budak lelaki kat Serdang tu akan ditemui semula dengan selamat, insyaAllah.

Ya Allah, sungguh merisaukan!  Semoga parents yang berkenaan redha dengan apa yang dah berlaku dan banyak-banyak bersabar.  Manakala parents yang lain, yang ada anak kecil baik lelaki atau perempuan, jagalah anak baik-baik - nasihat untuk diri saya sendiri juga.  Berdoalah banyak-banyak dengan sesungguh hati, mohon ke hadrat Allah semoga hidup kita selamat dalam keredhaanNya.  Setiap orang tak sama ujian yang diberikan.

Jadi, sejak Isnin semalam, saya kadang-kadang bersendirian je kat rumah ditemani Putam, kalau cik abang keluar untuk urusannya.  Nampaknya Putam pun macam boring aje sebab tak ada orang nak mengelek dan mengacau dia.  Kekadang dia mengajak saya bergurau pulak.  Lepas tu dia landing kat bilik belakang, kononnya bilik dia la tu.  Cik abang pun sikit-sikit Putam.  Mujurla ada Putam kih kih kih ...

Tak sabar nak tunggu budak-budak balik.  Dalam sehari lima enam kali telefon tanya buat apa, makan apa, pergi mana, dah solat ke belum, dah mandi ke belum, dah berus gigi ke belum, dah kemas tempat tidur ke belum ... semua nak tanya hehehe ...  Lepas tu diorang pun gilir-gilir bercakap termasukla uwannya sekali.

Nampaknya si bongsu tu bukan main ceria lagi.  Kata mak, dia tak ingat pun kat kau, kalau kau tak telefon.  Amboi ... seronok la, tadi dengarnya makan kfc.  Lepas tu gi beli-beli barang kat ekonsave.  Bukan main lagi uwan bagi muka.  Hehe sesekali.  Lagipun tak pernah empat-empat orang sekaligus duduk kampung sendiri tanpa mama abah macam ni.  Boleh dibayangkan riuh suara uwan melayan cucu-cucunya tu.  Boleh nampak onyang sengih dok perhati perangai cicit-cicitnya.  Atuk ... ikut je.

Telefon atuk Segamat, dah.  Tinggal nak ziarah uwan Ramlah kat Batu Kikir aje, mungkin esok insyaAllah, kata mak.

* Terima kasih mak, sebab buat surprise bawa almari lauk baru dari kedai Kuala Pilah.  Selalu ada kejutan dari mak.  Anak mak yang tak mampu nak buat yang sama.  Lagipun ... rasanya tak elok nak bagi kejutan pada mak, since mak pakai pace maker.  Bahaya tuh!  :)  Semoga Allah yang akan membalas segala kebaikan mak dengan sebaik-baik ganjaran dunia dan akhirat.  Yang paling penting, semoga Allah memberi hidayat dan nikmat iman yang teguh kepada mak kerana itulah sebaik-baik dan sebesar-besar nikmat untuk dunia dan akhirat, aameen.


Sunday, March 11, 2012

Tanda - Tanda Kematian Orang Islam



Solat boleh di mana-mana. Tak ada sebab meninggalkannya - Must watch til...



Aduhai mimpi!

Sejak kebelakangan ini, saya seolah-olah 'dihantui' oleh mimpi Mak R.  Saya selalu memikirkan mimpi yang muncul dalam lena Mak R.  Mimpikan arwah-arwah terdekat seperti ibunya, anaknya (kakak saya yang meninggal dunia 3 tahun lepas) dan suaminya (arwah abah Hassan).  Terkini, khabarnya Mak R dikunjungi arwah ayahnya pula.  Semua mimpi kunjungan ini bermula pada Disember 2011 lepas.

Apakah ertinya ziarah demi ziarah itu?  Hanya Allah yang Maha Mengetahui.  Pada masa yang sama, Mak R khabarnya semakin uzur.  Tidaklah bererti Mak R telah terlantar di atas katil.  Tetapi matanya semakin kabur.  Tubuhnya semakin kurus dan kecut.  Hujung tahun kelmarin, Mak R jatuh tergelincir di kaki lima kedai dan tangan kanannya retak.  Terbaru, saya dapat tahu Mak R sakit pinggang hingga pada satu ketika dia begitu payah hendak bangun dari baringnya.  Tapi melalui telefon, Mak R beritahu sakitnya semakin kurang apabila kakak sarankan Mak R lapiskan tilam yang digunakan supaya lebih tebal.

Semoga Mak R sentiasa dalam pemeliharaan Allah, insyaAllah.

Cuti bulan tiga telah bermula hari ini, Sabtu, 10 Mac 2012.  Semalam saya sudah menjemput Laila Ain dari madrasah.  Tadi sebelum Zuhor, saya menjemput Naqib pula.

"Mama, Ain mimpi pelik tapi seronok sangat!" kata Laila Ain dengan aksi yang sangat teruja.

Mimpi?

"Mimpi apa yang seronok sangat tu?"

Laila Ain bercerita ~ dia berada di satu tempat sedang menapak di atas karpet hijau.  Di kiri kanan karpet ada ramai wanita-wanita berpurdah seolah-olah sedang mengalu-alukan kedatangannya.  Walaupun hanya nampak mata sahaja, tetapi mereka kelihatan sangat cantik rupawan.

"Mata diorang cantikkkkkk sangat, ma!"  kata Laila Ain dengan penuh kesungguhan.

Wanita- wanita tu menyanyikan lagu selamat datang yang tak pernah didengarnya.  Begitu indah dan merdu.  Kata Laila Ain, lagu yang didendangkan tak pernah didengarnya di mana-mana.  Tapi tak dapat diingat walau sepatahpun perkataan atau rangkapnya. 

Waduhh ... macam mimpikan bidadari aje!

"Kat hujung karpet hijau tu, ada masjid berwarna hijau jugak.  Cantikkk sangat masjid tu!!!  Tak pernah Ain tengok masjid cantik macam tu kat dunia ni.  Tapi ..."

"Tapi apa?"  cuak.

"Lepas tu Ain terjaga!"

Uk ala ...

Hmm ... mungkinkah Laila Ain sudah terima alu-aluan dari para bidadari untuk masuk ke dalam kelompok mereka pada satu ketika nanti?  Hanya Allah yang Maha Mengetahui.  Sekiranya dia sanggup menempuh jalan yang khusus itu, insyaAllah ... Semoga Allah permudahkan untuknya.  Aameen.

Semoga bidadari yang ini akan tulus dan mulus juga sikapnya. Tak garang dan cengih macam sekarang ...

"Along mimpi apa agaknya ek?"  saya tertanya-tanya.

"Along tak de mimpi.  Along tidur mati."  sahut Hidayat.  Tergelak mendengarnya.

"Eh, Along kan insomnia."  Tiba-tiba saya teringat aduannya mengatakan dia susah nak melelapkan mata.  Bila waktu pengajian, dia selalu mengantuk kerana tak cukup tidur.


Naqib - dia bermimpi juga sebenarnya.  Cuma mimpinya adalah realiti.  Mimpinya adalah sebuah mimpi ngeri di alam jaga.  Bukan di alam tidur.

Selepas Maghrib Jumaat, dia menelefon abahnya.  Kemudian telefon dipas kepada saya.

"Ada apa, long?"  Takkan nak suruh jemput awal kot.  Dia balik esoknya, Sabtu.

"Along pecahkan tingkap van ustaz."

Mimpi ngeri Naqib bermula ketika dia bermain timbang batu. 

"Batu tu kecik je, ma.  Along jauh dari van tu.  Dia kena kat cermin belakang tu, 'tik' bunyinya terus jatuh ke tanah.  Lepas tu cermin tu retak terus ...  Masa tu tengahari, tengah bahang.  Gambar yang ustaz bagi tu gambar lepas ustaz pecahkan semua cermin tu."

Inilah namanya takdir Allah.  Tak siapa yang tahu apa yang berlaku sesaat lagi dalam kehidupan kita.  Naqib pun tak sangka seketul batu kecil akan menjadi mimpi ngeri kepadanya.  Semoga mimpinya ini bertukar menjadi rahmat Allah.  Ya Allah, tolonglah kami dalam hal ini.  RM745 tu bukan jumlah yang sedikit.  Bantulah kami, agar kami berharap dan bergantung kepadaMu semata-mata. 

Semasa rutin menelefon mak J pagi semalam, sempat la saya selitkan kisah Naqib.  Mak pun tersentak dan macam selalu apabila ada kes-kes ganjil memberi respon yang hangat.  Nada suara saya rendah dan semakin rendah, dengan harapan mak akan bertenang semula.   Kemudian, mak bercerita pula tentang mimpi uwan.

Mimpi lagi?!

Dalam mimpi tu, uwan hulu-hala menangis.  Dia dengar ada orang bercakap-cakap hairan tentang perlakuannya, dan ada yang menjawab, "Intan dah mati."  Sebab itulah dia menangis hulu-hala.

"Ohh tu tandanya panjang umur tu mak," kata saya agak ngeri.

Serta-merta saya teringat kepada mimpi suami saya suatu ketika dulu, mungkin ketika masih ada anak seorang atau dua, atau masa baru nikah ... tak ingat bila.  Suami memberitahu, dia bermimpi memandikan jenazah saya.  Dia menjirus tubuh saya dari rambut hingga ke hujung kaki.  Itu sahaja yang saya masih ingat.

Dan ada kesinambungan pulak tu.  Entah bila, pun saya tak ingat, suami bermimpi lagi, katanya mak J sibuk carikan pengganti saya untuk dia.  Agaknya dalam mimpi tu saya dah tak ada la tu ...

Mimpi suami ni sempat juga membuatkan hati jadi gundah-gulana.  Mau tidak!  Mimpi-mimpi yang ngeri la tu!  Tapi sempat juga membuatkan hati terhibur, iaitu mimpi dia mandikan jenazah saya tu.  Dulu pernah juga mencari tafsir mimpi, dan kalau tak silap maksudnya baik aje.  Tapi mimpi suami yang kedua tu, membuatkan saya cemburu tak tentu.  Apasal mak buat macam tu?  Tapi ... kalau realiti pun, mungkin afdal mak yang carikan orang untuk jaga suami dan anak-anak saya ... Huhuhu sedihnya! 

Walau apapun, ia semakin mengingatkan saya kepada MATI.  Semua akan mati.  Saya pun akan mati.  Semenjak arwah onyang meramalkan mati saya ketika usia belum tua, saya dah mula diekori igau kematian.  Ditambah lagi dengan mimpi-mimpi suami.  Saya selalu membayangkan tubuh kaku ini sedang terbujur ditutupi kain putih, wajah ditutupi selendang putih.  Kemudian air akan dijirus perlahan-lahan ketika memandikan.  Dikafankan dan masuk ke liang lahat bersendirian.  Nah!  mimpi uwan adalah yang terkini dan terbaru.  Ya, semakin lama kematian semakin dekat.  Hidup semakin singkat.  APA YANG AKU DAH BUAT UNTUK MENGHADAPI SAAT SAKARATUL MAUT ITU???

Setakat hari ini, saya masih berangan-angan, semoga 'aku mati dalam senyuman.'  Masih alpa dan lupa.  Masih melawan dan membantah.  Masih beri alasan.  Ya Allah!


Saya macam dah lama tak bermimpi.  Bangun pagi, kosong.  Ada sekali dua je ingat mimpi malam tadinya, tapi tak jelas.  Tapi tak kesah la ... Cukuplah nikmat tidur yang diberi Allah.  Kalau mimpi tak lena sangat, asyik kena kacau dengan makhluk halus, memang tak sempat nak bermimpi. 



Friday, March 2, 2012

klaka

Aku kelakar ada, pelik pun ada. 

Aku tau, sedar dan insaf ... blog aku tak cukup perisa.  Memang aku tak nak letak cukup perisa.  Biar original gitu.  Kalau makanan, sekarang ni ada macam-macam perisa penyedap.  Dulu ada ajinomoto je.  Tapi kalau tengok kat rak kedai hari ni, ada macam-macam jenis dan nama.  Memang pasti sedap!  Sampai kekadang hati bertaklid sedap sebab letak pasti sedap.  Walhal yang bagi sedap makanan tu ialah Allah Taala.  Kalau Allah tak bagi sedap, bubuh sesenduk pun tak sedap gak.  Yang ada ialah keinginan nak makan je, sebab dah terpengaruh dengan rasa yang dibubuh sesenduk tu tadi. 

Tapi kalau ada orang tua yang citarasanya original, dia tau je kita letak perasa.  Nenek aku pun macam tu.  Moyang aku lagi la.  Tau je dia kalau ada yang curi-curi letak secubit.

Stop pasal penyedap makanan.  Tak ada kena mengena pun dengan maksud aku hehe ...  Juga pasal perisa untuk blog yang tinggi ranking.  Terus terang aje, aku ngeri kalau pageviews tunjuk angka-angka yang banyak.   Low profile ... aku open to public tapi aku gementar kalau ramai orang datang sini.  Aku tak tau dan tak kenal siapa, kecuali dua tiga orang je yang aku boleh teka, selain diri sendiri :)

Oh ya kelakar dan pelik tu.

Macam tak sempat nak menyembang lama-lama ni.  Dipendekkan cerita, aku kelakar dan pelik bila ... ada pengunjung yang datang jenguk blog aku kemudian dia bagi komen kat wall FB aku.  Hehehe ... Lagi satu kelakar dan pelik, ada yang tengok gambar aku share kat FB, kemudian dia hantar emel kat aku tanya hal yang ada kaitan dengan gambar tu.

Aku fikir adala sebabnya maklong dan makngah aku buat macam tu.  Hanya mereka yang tau.  Tapi hmm ... ok la jugak.  Tak ada masalah apa-apa cuma aku je yang rasa kelakar dan pelik.

*sedang fikir kenapa aku tiba-tiba mental block bab 8, selepas sifu tak bagi sebarang pembaikan untuk bab 7, diterima bulat-bulat semuanya Alhamdulillah.

*sedang fikir macamana nak cerita pasal makhluk halus yang aku dapat tengok dengan izin Allah - ada kaitan dengan penyakit misteri yang menyerang aku tu -  untuk part 2.




Thursday, March 1, 2012

pagi yang tragis

Tiba-tiba aku dah terbaring bersama motor di luar tingkap bilik aku.

Segala-galanya berlaku dengan amat pantas.  Motor yang aku tunggangi telah meluru merempuh pasu-pasu tiga sederet di tepi tingkap.  Akhirnya motor itu rebah dengan aku pun sama terbaring di atas pasu-pasu yang sudah tertonggeng.  

* Sebenarnya dah lebih dua minggu aku tak pegang motor.  Hari-hari ambil hantar anak-anak ke sekolah naik Kancil je.  Tapi pagi ini Pak Meon pergi pasar agak lambat, jam 5 pagi baru keluar, so memang tak sempat la nak tunggu dia balik nak hantar anak ke sekolah.  Memang kena bawak motor la jawabnya.  Dan aku terlebih confident pulak,  biasanya aku undur motor siap-siap sampai keluar pagar baru start.  Tapi pagi ni nak jadi kes, aku start terus bawak pusing ke kanan.  Nah kau! ...

Satu minit setengah aku terdiam dalam keadaan begitu.  Hidayat dan Hanessa meluru mendapatkan aku. 

“Mama, sakit tak?”
“Mama, boleh bangun tak?”
“Ihhh kesiannya mama!”

Itulah yang aku dengar.  Nak menolong tak mungkinnya dengan kudrat budak-budak.  Jadi aku usahakan bangun sendiri.  Alhamdulillah, aku masih cool.  Tak ada debaran atau kejutan.  Cuma kelengkeng aku bengkak.  Beberapa ketika aku rasakan denyutan di betis kiri, bengkak jugak agaknya. 

Itulah peristiwa yang terjadi pagi ini, ketika aku nak hantar anak-anak ke sekolah.  Syukurlah, mujur ia berlaku di dalam pagar rumah sahaja, tak berlaku di jalanraya sana.  Mungkin ia kifarah dosaku, entah kepada siapa yang aku tak sedar.  Atau mungkin juga dosaku kepada Si Putam yang aku jaki sangat tu.  Malam tadi dia macam sakit perut lagi dan aku suruh budak-budak keluarkan dia.  Time nak tidur Putam masih belum muncul dan aku smskan kepada si bapak standby Putam masa dia balik dari tahlil nanti.  Tapi sampai pagi ni pun Putam tak ada juga batang hidungnya. 

Sebenarnya aku dah mula tersentuh hati dengan Putam.  Bila tak ada, rasa tercari-cari pulak hish ...  Dan tak adalah aku nak mandikan dia dengan sabun baju.  Acah aje tu. 

So sekarang ni motor tak boleh start.  Fadzli jiran sebelah tolong angkat motor dan tolong start, tak berjaya.  Akhirnya aku ajak budak-budak berjalan kaki ke sekolah yang sejauh 1.5km dari rumah.

“Ala ... hari ni pereksa la mama ...”
Masing-masing merungut.  Ada jiran yang baru balik hantar anak berhenti bertanya dan berlalu balik rumah.  Tak terkeluar pulak dari mulut nak minta tolong dia pusing dan hantar anak aku ke sekolah.  Lebih baiklah aku ambil pengajaran, aku mesti bersikap prihatin kepada sesiapa yang dalam kesulitan.  Lebih afdal daripada aku komen negatif kepada sikap individu.  Sebab aku sendiri tak sentiasa perasan sikap aku yang mungkin banyak negatifnya.

Anak-anak semakin risau sampai sekolah lambat.  "Tak yah sekolah la," kata Hidayat pulak.
Aku tau sekejap lagi loceng akan berbunyi.  Budak-budak ni memang tak suka sampai sekolah lambat terutamanya Hidayat.  Dia boleh menangis geram kalau adiknya meleceh sebab tak mau kena ambil nama.  Aku juga tau dah ramai jiran yang dah sampai kat sekolah masa ni, bermakna nasib la sekiranya ada yang belum pergi lagi, bolehlah ditumpangkan budak-budak ni.  

“Jangan merungut.  Kita doa banyak-banyak.  Ok jom kita jalan kaki.  Mana tau separuh jalan kang jumpa Cik Fadzli minta dia pusing hantar ke sekolah.”

Fadzli adalah jiran terdekat.  Dengan dia, aku tak keberatan nak minta tolong.  Dia dah tau motor aku tak boleh hidup dan dia dah tengok pasu-pasu yang pecah tu.

Aku anjurkan baca al-Fatihah banyak-banyak.  Aku pun berdoa di mulut, dan anak-anak mendengarnya, meminta agar Allah memudahkan urusan pagi ini dan anak-anak dapat ke sekolah.  Selebihnya bertawakkal kepada Allah, semoga Dia bantu uruskan kami pagi ni. Kepada siapa lagi nak mengadu di saat-saat bersendirian begini?  Hanya kepada Allah semata-mata di mana dan bila masa sahaja, ramai atau bersendirian.

Aku fikirkan mungkin kami akan menapak sampai selekoh depan rumah, akan bertemu Fadzli yang balik dari hantar anak.  Tapi baru je nak sampai kat tebing @ longkang besar di hujung taman, aku nampak anak lelaki Haji Hamid keluar dari pagar rumahnya.  Dia bawa kereta perlahan dan memandang-mandang kami.  Mungkin dia hairan melihat kami yang berjalan kaki.  Aku tau dia nak menghantar adiknya ke sekolah yang sama dengan sekolah anak-anak aku. 

Aku tak kenal dia, sekadar tau dia penghuni banglo besar di depan rumah aku tu.  Hanya suami aku je yang mengenali dan dikenalinya semenjak suami ditempah untuk memasak hidangan backup di rumah Haji Hamid semasa perkahwinan anak perempuan Haji Hamid tahun lepas.

Aku lambai dan dia berhenti. Murah senyumnya.  Nampak airmukanya lembut.  Hensem juga. 

Aku berbasa-basi, "Nak hantar sekolah ke?"  

Dia mengangguk.  Terus aku minta tolong tumpangkan Hidayat dan Hanessa.  Adik perempuan bongsunya yang duduk di belakang maju ke depan dan anak-anak aku masuk ke seat belakang.  Sambil tu aku tanyakan namanya, baru pagi inilah aku tau nama dia, Helmi.   

Alhamdulillah, selesailah urusan aku pagi ini, dengan pertolongan Allah jua.  Dapatlah aku tumpangkan Hidayat dan Hanessa ke sekolah.  Tak sangka langsung akan bertembung dengan Helmi. Masuk je rumah, aku terus buat sujud syukur.  Bersyukur kerana aku tak cedera teruk dan anak-anak dapat ke sekolah.

Pasti ini semua ada hikmahnya.  Antaranya ialah Allah telah menyelamatkan aku daripada kemalangan yang lebih ngeri di luar sana.  Aku juga tak perlu bawa motor lagi untuk tempoh yang tertentu sebab motor tu kena bawak gi kedai untuk direpair, selain alasan yang wujud tanpa perlu dipersoalkan iaitu aku sudah gentar bawak motor, kononnya begitulah.  Yang sebenarnya aku memang kurang gemar bawak motor.

Alhamdulillah juga, aku benar-benar cool.  Entahlah benda-benda macam ni aku boleh bersikap cool.  Tak kepoh atau hilang semangat atau macam nak pengsan.  Cuma tak taulah kalau muka tetap pucat hehe ... tanda-tanda tak ada.  Tangan aku tak dingin pun.  Dan syukur juga muka atau anggota tubuh aku tak tercedera teruk apatah lagi tercucuk pokok kaktus berduri yang ditanam dek abah dalam pasu yang dah pecah berkeping tu.  Semuanya ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat Allah yang telah menyelamatkan dan memelihara aku dan anak-anak. 

Oh Tuhanku, kuatkanlah imanku.  Masukkanlah aku dalam golongan orang yang bertaqwa.  Berilah aku kefahaman tentang Islam. Ajarkanlah aku tentang Islam.  Keluarkanlah aku dari kejahilan.  Janganlah biarkanku bersikap jumud dan meniru-niru tanpa pengetahuan.  Ya Allah, selamantkanlah aku dari kerugian dunia dan akhirat.  Pilihlah kami dan keturunan kami untuk buat usaha ugama.  Semoga satu hari tak lama lagi, aku dan suamiku akan dapat bersama-sama mereka yang berbuat demikian itu.  InsyaAllah.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing