Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, February 29, 2012

diserang penyakit misteri (part 1)

Hampir dua minggu aku dapat gatal-gatal.

Yang musykilnya, time maghrib je gatal-gatal tu bukan main gatal lagi.  Tempatnya kat lengan kanan.  Sekarang ni dah mula kat betis kanan pulak.  Tak ke musykil, kanan tubuh badan je yang gatal?

Aku bagi hint kat cik abang. "Bang, time maghrib je laaa ..."
Tapi dia buat kurang dengar je.  Hmm sabar je la ...

Kemudian macam-macam teori yang timbul dalam kepala ni.  Mungkin aku dah dijangkiti penyakit kulit dari Hidayat.  Iyalah, hanya aku sahaja yang tak kena gatal-gatal dalam rumah ni.  Budak berdua yang duduk madrasah tu pun kena, aku je yang tak kena.  Jadi, akhirnya aku kena jugak!  Tak kebal la tu.

Teori kedua, mungkin aku tak sesuai makan ubat.  Ada satu pil ni aku suka-suka tukar, jadi aku kaitkan dengan ketidakserasian hingga menyebabkan kegatalan.  Tak terfikir pulak apasal gatal sebelah kanan je.  Isyh lupakan la ...

Ada rasa bimbang, kalaulah gatal-gatal ni melarat satu badan. Oh tidakkkkkk!!!

Ia macam bintat kena gigit nyamuk.  Gatalnya ya Allah memang tak tahan punya.  Nak garu je.  Tapi ia tak menggelembung macam kulit Hidayat hari tu.  (Syukurlah Hidayat dah sembuh, tinggal sikittttt je kat jari dia.)  Cuma merah-merah je, punyala sedap digaru sampai pejam-pejam mata tak peduli nak berdarah ke nak luka ke ...

Ok tu satu story.  Hari ni tiba-tiba aku begitu bersemangat nak cuci cadar dan selimut semua.  Sebab aku bimbang tengok Hanessa asyik mata merah aje.  Bila aku duga-duga dia, ni mesti pasal kucing ni, dia cepat-cepat menafikan.  Argh, dah bapak dia sayangkan si Putam tu, anaknya apatah lagi.  Dan si bapak pun tak peka pasal anak yang agak arlegik dengan kucing.

"Hujung minggu ni Adik mandikan Putam tu.  Biar bersih.  Suka-suka dia je nak lepak."  Aku bercakap dengan suara yang jelas.  Biar si bapak pun dengar walaupun tak bagi perhatian langsung.

Pagi ni aku tengok dia melepak kat tempat songkok dan sejadah pulak.  "Ada songkok hitam putih la mama!"  kata Hanessa.  Amboiii, geram je rasa.  Tapi si bapak yang dah sayang kat Putam hanya gertak-gertak manja je, dan si Putam lagi la mengada-ngada buat bodoh terus tidur kat celah songkok hitam.  Sekali pandang memang tak perasan ada Putam kat situ kecuali kalau nampak bulu putih kat perutnya.

"Nanti mandikan dia."  Aku cakap lagi.  Stone.

"Nanti belikan syampoo dulu." kata si bapak.

"Tak yah, pakai je syampoo rambut tuh," aku sahut begitu dengan perasaan kurang senang, bukan main lagi istimewanya si Putam ni ya!

Boleh caya ke si Putam akan mandi hujung minggu ni???  Ntah-ntah aku jugak yang buat itu sume.  Nantilah, aku pakai sabun basuh baju je.

/bersambung.


Monday, February 27, 2012

Putam muncul

Sedikit catatan untuk sepanjang minggu ini.
Saya sedang menyudahkan solekan bab 8.  Ohh bab 6 itu ... banyak masa telah digunakan untuk bab ini.  InsyaAllah semoga bakinya bab 8-11 tak sangkut untuk solekan, sebelum menyambung dengan bab baru seterusnya.

Ya Allah, kumohon kemudahan untuk melakukannya.

Memang tak sempat nak buat cookies.  Jadi sudah dua minggu hanya mata saya yang singgah ke bahan-bahan cookies itu sambil hati tertanya-tanya, bilakah dapat spare time untuk cookies ni?

Mak mungkin akan datang semasa Naqib dan Ain bercuti seminggu nanti.  Katanya dah lama tak berjumpa mereka.  Mungkin minggu itu, kedai makan pun dah siap renovation.  Mungkin sudah boleh beroperasi untuk jualan harian makan tengahari dan malam.

Teringat bekas-bekas kuih bulat yang sedozen dibeli suami tu.  Cadangnya nak minta mak panjang-panjangkan jualan kepada rakan-rakannya di kampung.  Biras pun dah order cookies untuk kudapan sendiri.  So?

Hmm ... kena la siapkan Sakinah ni dengan cepat supaya dapat bikin cookies pada masanya.

Rabbi yassir wala tu'assir.

Dalam sibuk mengadap laptop, tiba-tiba ada penghuni baru di rumah ini.  Seekor kucing jantan muda warna hitam berstokin putih di keempat-empat kakinya, putih di hidung dan perutnya.  Alahai ...  saya pencinta kucing tapi dah beberapa tahun ini saya sudah tak mesra kucing.  Bulunya tu!  Karang melekat atau berterabur di mana-mana.  Dahlah saya buat hall rumah untuk tempat solat.  Kami berjemaah di situ.

Generasi kucing terakhir yang bebas keluar masuk rumah ini ialah Ewa kucing arwah abah yang sebaya umurnya dengan Naqib.  Lepas tu dua ekor kucing mak yang bulu panjang tu.  Kucing luar rumah ialah Zara, Putih dan anak Zara Kelabu.  Semua kucing ni dah mati atau hilang, hanya Kelabu je yang setia duduk di luar rumah. Memang lega tak ada kucing dalam rumah.  Sekarang ni Kelabu ni masih dalam proses suaikenal dengan kucing hitam tu.  Suaikenalnya ganas juga, asyik nak menyerang je dengan bulu kembang.  Tunjuk garang pulak dia, perasan la dia tuan rumah kat sini ishy ...

Si Putam ni (putih + hitam) masuk ke dalam kereta semasa suami mahu balik dari pertemuan dengan kawan-kawannya di TTDI Jaya malam Ahad kelmarin.  Disuruh keluar dia tak mau, kata suami.  Akhirnya sampai la dia ke Sijangkang. 

Dan pagi Ahad tu, saya dihadiahkan dengan tempekan najisnya di alas kaki depan pintu bilik!

Ok Putam - selamat datang tapi sori sebab hanya tiga penghuni yang suka kamu.  Jangan main-main dengan makcik seorang ni.  Mesti ada jarak antara kita.  Makcik dah pesan siap-siap, nak berak pi jauh-jauh.  Jangan naik atas meja makan, pantang besar tu!  Kalau tak jaga kamu! Walaupun makcik bagi makan (apa dibagi makan je, jangan pemilih), bukan bermakna kamu boleh manja-manja macam kamu bermanja dengan budak berdua tu.

Amboiiiii bukan main lagi ya, pandai cari tempat tidur sedap.  Tidur atas katil Ain yang saiz king tu  sorang-sorang.  Huh, punyala mengada-ngada, sampai terkangkang terlentang tidur diusap-usap dan dibelai-belai dek Hanessa dan Hidayat.  Walhal beberapa hari sebelum tu, Hanessa dan Hidayat dah pujuk abah nak ambil anak kucing terbiar kat tepi rumah sana tu, abah tak mau.  Tiba-tiba abah sendiri yang angkut kucing hitam ni balik.

Kehendak Allah juga yang membuatkan Putam masuk kereta Pak Meon malam tu dan memilih terus buat selamba je tak nak keluar semula.

So Putam kena buat perangai elok.  Kalau rekod teruk, eloklah Putam jaga kedai makan Pak Meon je  jadi tukang halau tikus. atau ikut Kontang balik kampung buat kawan.  (Kontang - pelik betul nama ni kan - anak kucing baru mak abah kat kampung). Huuu  ... nampaknya memang tak leh lari dari kucing! 

*Hari-hari bersama Radio Islam Nusantara

Thursday, February 23, 2012

Keranamu Malaysia

Perkongsian untuk difikirkan.  Diambil dari sini.

LAGU “KERANAMU MALAYSIALAGU YANG MENSYIRIKKAN ALLAH

Perhatikan lirik lagu patriotik yang kerap dinyanyikan di kaca televisyen, seminar-seminar, kursus-kursus dan semasa perhimpunan di sekolah-sekolah Malaysia mengandungi unsur syirik yang terang-terangan. 

Mengapalah perkara ini boleh berlaku dalam Negara Malaysia sebuah Negara Islam?
Entah Sudah berapa juta orang Islam telah mensyirikkan Allah melalui ucapan mereka tanpa sedar malah dalam keadaan bangga?

Di mana pengakuan kita dalam solat seperti dalam doa iftitah? 

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku semata-mata kerana Allah Rab sekelian alam


Keranamu Malaysia

Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

( ulang dari mula )

Keranamu Negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia !

Malaysia hanyalah tanah atau tempat tinggal yang mengandungi didalamnya 14 belas buah negeri. Malaysia bukan makhluk yg bernyawa, malah ia adalah terhasil daripada usaha manusia. 

Kalaulah Malaysia makhluk bernyawa sekalipun, sepatutnya  yang lebih berhak untuk dipuja adalah manusia. Ini kerana manusialah( seperti tokoh2 kemerdekaan)  yang telah berkorban sehingga tertegaknya Negara Malaysia. 

Tetapi  manusia juga hanyalah  salah satu daripada makhluk-makhluk  ciptaan Allah. Tidak layak untuk dipuja dan diagung-agungkan. Aqidah Islam memang jelas. Hanya orang yang jahil dan mengjahilkan diri sahaja tidak memberi  perhatian dalam masalah aqidah. 

Betapa  teruknya kita. Bukan nak berterima kasih kepada Allah kerana memberi kemerekaan kita, tetapi kepada Malaysia kita memuja-muja dan berterima kasih.

Tuesday, February 21, 2012

sedang menyolek

Oh, terima kasih Naqhuhines kerana menjemput saya menulis di blog anda ... hehe.

Poyo je. Sebenarnya memiliki dua emel bukanlah memudahkan. Semenjak blog ini 'hilang' sekejap tempohari, saya minta pengurus Sastera tempat saya berguru bikin novel untuk menjemput menggunakan emel kedua. Kemudian Naqhuhines muncul semula, bersama emel asal untuk sign in. Masalahnya mudah aje, kena kerap log out dan sign in balik dengan emel yang dikehendaki. Tapi leceh. Jadi, jemputlah diri sendiri untuk menjadi penulis di blog sendiri, dengan emel yang kedua tu, uhh.

Cuma sedikit catatan je. Saya sibuk dengan novel. Sekarang ni (tengah edit la ni, tapi 'lari' jap jenguk Naqhuhines) sudah 4 bab yang bersih, dan sedang membaiki bab 5. Esok bab 6. Lusa bab 7. Tulat bab 8. Langkat bab 9. Lepas langkat, bab 10. Lepas tu ulang balik posting bab 11 yang sifu tangguhkan pembaikan, sebab saya dah tersangkut dari bab 2 untuk solekan.

Jangan tak caya, novel pun ada solek-menyolek hehe. Di tahap ini, tulisan akan digarap dengan sebaik dan seteliti mungkin, masukkan lagi ayat-ayat puitis yang boleh menggegar jiwa pembaca. Apabila sudah bersih dan cantik barulah ia dianggap benar-benar sempurna. Setiap bab akan diperlakukan perkara yang sama.

Semoga bertemu lagi insyaAllah.

***

Teringat,

Hanessa datang menghimpit, memerhati saya menulis nama. "Mama, nama mama betul Nor Mazzuin eh?" saya angguk. Asyik mengisi buku biru rekod kesihatan milik Hanessa. Kejap lagi nak hantar dia dan abangnya ke sekolah.

"Jadi nama tipu mama Intan?" angguk. Nama tipu?

Si abang menyampuk, "bukan nama tipu la, tu nama pendek mama, kan mama?" angguk. Isi borang keterangan pelajar milik Hidayat pulak. Nama pendek ... hmm.

"Mama, adik tak setuju untuk disuntik tau.  Adik tak mau disuntik.  Cikgu kata kalau tak mau tak pe." Huhh ...

Teringat lagi,

"Mama, cikgu suruh bayar empat ringgit nanti semua dapat tandanama."

"Ok, esok mama bagi."

"Mama bagi sepuluh ringgit ya. Nanti cikgu bagi enam ringgit, adik bagi mama dengan abah."

"Empat ringgit sahaja."

"Empat ringgit nanti tak dapat duit dari cikgu." Mukanya berubah.

"Ok, lima ringgit setengah boleh?"

"Hmm bolehlah."

Seringgit setengah lagi ialah duit poket ke sekolah.


Pagi ini, Hidayat merengek nak ke klinik. Airmatanya meleleh, sentimental betul. Sudah seminggu dia batuk tapi tak makan sebarang ubat semenjak ubat makan untuk sakit gatal-gatal habis dua minggu lepas. Macam fobia je budak yang paling payah nak telan ubat ni, macam-macam aksi dan riak muka keluar masa nak suap ubat. Kelmarin dia 'muntah' dalam songkok, semasa hadir kenduri tahlil di rumah Maklong Asnah. Grr ... bukan tak boleh keluar dari majlis sekejap, tapi ... nasib baik dia terus cuci sendiri.

"Esok kita pergi klinik." saya pujuk. Pergi klinik dapat ubat serupa jugak. Dari speaker laptop, ustaz bercerita kisah orang keluar khuruj sakit macam nak mati, tapi doktor tabligh tak mau bagi ubat sehingga dia solat dua rakaat, berdoa dan bersedekah. Dan akhirnya si fulan ni sihat walafiat, sehingga meninggal dunia. "Nanti mama solat hajat dulu, mama doa untuk Hidayat ya."

Dia memandang saya seperti berfikir. Kosong pun ia. "Bila?" Airmata kering di pipinya, tinggal kesan saja.

"Karang, lepas solat dhuha. Ni bawak cookies bagi kawan kat sekolah. Meh makan ubat dulu."

"Ok, nak makan ubat ni je. Yang tu tak nak." ehh milih pulak. Tapi masa nak ke sekolah makin suntuk, tak sesuai selitkan unsur paksaan karang bermain emosi pulak. "Ha, balik kang makan ubat ni tau."

Err ... ginila jadinya bila menulis tergesa-gesa. Mungkin ada point yang boleh dikutip, barangkali ... Atau sekadar tulisan ringan sahaja :)




Tuesday, February 14, 2012

Rahasia Kulit Sapi Jantan - kisah dari buku

Dokter itu tampak lebih bingung.  Dan dalam kebingungan itu pandangannya terpaku pada kulit sapi jantan yang disebut si kepala suku, lalu ia bertanya lagi.

"Apa?  Kulit sapi jantan?  Hujan turun kerana kulit sapi jantan?  Apa ini?"

Kuna yang membantu menerjemahkan perkataan kepala suku juga merasa heran.  Ketika kepala suku itu melihat kebingungan di wajah dokter, ia berdiri mengarahkan tangannya ke kantong kulit sapi dan berbisik kepada empat orang laki-laki yang kuat.  Mereka berjalan menuju kantong kulit sapi jantan itu dan menurunkannya di atas tiang.  Tampak kantong itu berat sekali dibawa ke tempat kepala suku yang segera memerintahkan, "Bukalah!"

Kantong itu pun dibuka ...  Semua orang berebut melihat apa yang ada di dalamnya, dan terjadilah suatu kejutan ...  "Apa ini?!"  tanya dokter.  "Kumpulan buku dalam kulit sapi jantan!!!"

Petikan ini tamat di muka surat 84.

Dokter mengangkat pandangannya ke kepala suku dengan kebingungan yang semakin menjadi-jadi.  Maka berkatalah kepala suku sambil tersenyum dan membaca garis-garis pada memori yang telah lama.

"Ia adalah buku-buku yang kami tidak mengerti bahasanya, kami tidak dapat membaca, tetapi kami mensucikan dan menghormatinya.  Kami telah mewarisinya dari bapak-bapak dan kakek-kakek kami.  Mereka dahulu mengatakan kepada kami, "Buku-buku ini memiliki bahasa yang kami pakai untuk berbicara kepada Tuhan hujan jika kami menginginkan pertolonganNya untuk bebas dari kebangkrutan atau mempermudahkan suatu urusan.  Mereka pun bercerita tentang buku ini.

"Beberapa tahun yang lalu, seseorang yang suci datang dari negeri yang terletak dekat laut yang jauh.  Ia tinggal bersama penduduk desa mengajarkan mereka bagaimana caranya mensucikan Tuhan hujan.  Kemudian ia pergi meninggalkan mereka dan tidak pernah kembali lagi.  Ia meninggalkan buku-buku suci ini di sisi mereka.  Ini terjadi beberapa tahun yang jauh sekali sebelum ini ..."

Kepala suku itu berdiri lagi melanjutkan ceritanya.

"Kami, para cucu mewarisi buku-buku itu dari nenek moyang kami.  Tapi kami tidak mengerti apa isi buku-buku itu kecuali berkeyakinan bahawa itu adalah buku-buku ilahiyah yang dipakai untuk berbicara dengan Tuhan hujan pada musim kering dan kelaparan."

Kedua mata dokter berkaca-kaca menyaksikan situasi ini dan air matanya jatuh dari kelopak matanya sembari memeriksa buku-buku itu, membolak-balik kertasnya yang mulai rusak, memutar halaman-halamannya ke arah cahaya api sapi guling, kalau-kalau ia mendapat petunjuk tentang rahsianya.  Tiba-tiba ia berbisik seolah berbicara kepada dirinya.

"Apa ini?  Laamun ... Alifun ...  'Ainun ...  Ini adalah huruf Arab ... Ya, ini huruf Arab ..."

Dokter lalu mengeluarkan buku-buku yang rusak dan kertas-kertas yang telah tercecer satu persatu.  Ia tidak percaya tentang apa yang dilihatnya dan berkata, "Ini adalah buku-buku agama ... agama Islam.  Ini adalah buku-buku hadits Rasulullah Muhammad Shallallaahu Alaihi wa Sallam."

Kemudian tangan dokter itu meraih kumpulan kertas-kertas yang terlepas dari ikatannya, lalu menyatukannya dengan penuh kehati-hatian dan membaca apa yang ada di dalamnya.

Tiba-tiba ...

"Apa ini?  Suatu juz dari Al-Quran ...  Ia adalah Al-Quran ... Mushaf.  Laki-laki itu adalah seorang Muslim ... nenek moyang kami yang muslim telah sampai ke desa kalian, ini puluhan tahun yang lalu, dan mengajarkan Islam, mereka mengajarkan tauhid dan membaca Al-Quran kepada penduduk desa."  gumamnya.

Dokter itu menoleh kepada kepala suku dan menyempurnakan kata-katanya.

"Nenek moyang kami telah sampai ke tempat kalian yang jauh, puluhan tahun yang lalu, pada zaman sebelum ada pesawat, mobil dan juga misi-misi kesihatan."

Dokter teringat bahawa kepala suku tidak mengerti bahasanya, iaitu bahasa Arab.  Ia berdiri terkagum-kagum di depan dokter dengan kedua mata menatap tajam seraya berkata kepada dirinya,

"Apa yang dikatakan orang ini?  Kenapa berteriak dan mencari-cari di tumpukan kertas?"

Kuna, si pembantu dokter itu juga terkagum-kagum oleh kejadian yang mengejutkan dan membahagiakan itu.  Ia pun menerjemahkan perkataan dua orang itu kepada masing-masing sehingga ketika kepala suku sepuh itu mengerti dan memahami cerita, ia pun tersenyum dan matanya berkaca-kaca, lalu merapatkan dirinya kepada dokter dan merangkulnya.  Ia juga melakukan hal yang sama kepada anggota mini kesihatan lainnya seraya berkata,

"Bukankah telah saya katakan bahawa itu merupakan pemberian Tuhan hujan yang mengirimkan kalian kepada kami? ... Ya itu adalah anugerah Tuhan hujan yang mengirim kalian kepada kami."

Petikan ini selesai di muka surat 87.

Ini adalah salah satu daripada kisah di dalam buku Kesaksian Seorang Pilot Menguak Fakta Kekuasaan Sang Pencipta edisi revisi penerbitan Darus Sunnah Press.

Perenggan terakhir berbunyi begini ~ Kuceritakan kisah ini sebagaimana telah diceritakan teman duduk kami yang shalih, yang telah mengunjungi kami di ruang kokpit, seperti apa yang kudengar dengan telingaku.  Lalu, apakah para pemuda zaman sekarang memahami urgensi dakwah, yaitu mengajak pada jalan Allah Taala?  Bahawa banyak orang di dunia ini yang perlu mengerti hakikat agama ini pada persepsi yang sebenarnya.  Seperti yang dibawa oleh Nabi Al-Mushthafa Shallallaahu Alaihi wa Sallam yang bersabda,
"Sampaikanlah dariku - kepada manusia - walaupun satu ayat."

Tamat.

*Kapten Anas Al-Qauz - Riyadh, Arab Saudi.

Sebuah kisah yang sungguh ... antara sekian banyak kisah-kisah seumpamanya.


Sunday, February 12, 2012

Saturday, February 11, 2012

wahai Sarah

Suaranya halus dan dia penghidap dialexia.  Tahun ini dia akan mengambil peperiksaan PMR.  Dan aku direzekikan Allah untuk mengajar dia setakat yang aku mampu beri dan setakat yang dia mampu menerima.

Ini Sarah pertama.

"Kita suka duduk sini."

Aku tanya dia, "Kenapa?"

"Sebab kat sini ada kawan."

"Kenapa, kat rumah tak de kawan ke?"

Suaranya juga halus dan dia kanak-kanak normal yang cantik.  Cuma aku rasa dia ada sedikit tekanan ekoran perceraian ibubapanya.  Tahun ini dia akan menghadapi UPSR.

Ini Sarah Kedua.

Sarah dan Sarah.  Serta beberapa Sarah lain juga.

Sarah Pertama membuatkan aku berfikir.  Tenangnya hidup walaupun sebahagian besar manusia sedang sibuk memikirkan hari depan nusa dan bangsa.  Walaupun Sarah pernah pulang dari sekolah bersama airmata, tetapi dia membuat pilihan untuk menghindar.  Kini Sarah hanya mahu belajar untuk PMR.

Sarah Kedua seorang yang periang, tetapi di rumahnya dia membeku seperti air batu.  Itulah yang aku dikhabarkan.  Dan aku faham.  Kerana aku juga pernah seperti itu.  Ia adalah fasa aku memerah otak, memikir dan menganalisa apa yang terjadi di sekeliling aku waktu itu. 

sekadar catatan
tentang dua Sarah
yang muncul tiba-tiba
di pertengahan jalanku yang sibuk
tentang dua Sarah
Sarah yang pendiam
Sarah yang periang
mungkin ini rezeki
mungkin juga ujian
tak mustahil anugerah
atau satu cabaran

aku cuba mengikhlas hati
marilah kupimpin tanganmu
wahai Sarah
sepertimana aku memimpin
tangan anak-anakku
bahawa kita melihat
bukan sekadar yang di depan mata
semata
tetapi ada kehidupan
yang tak mampu kita jenguk dari jendela sini
sebelum kita melangkah melintasi
pintunya yang penuh rahsia


wahai Sarah
andai kau sudi
aku lagi sudi
biar pertemuan kita
atau perpisahan kita
hanya kerana DIA semata-mata


semoga kita bertemu lagi ...  insyaAllah.

Friday, February 10, 2012

bukan di sini

Mak dah balik.  Abah dengan Kontangnya dah balik. Uwan dengan sakit bahu (alhamdulillah dah lega lepas aku urut 2 kali) dah balik.

Mak masih pening.  Mudah-mudahan tak ada apa-apa akan jadi.  Semoga mak sihat.

Ada tandatanya.  Tapi tak perlu nak fikir sangat.  Yang lebih penting ialah risaukan iman dan amal.  Ingatkan mati yang boleh tiba-tiba.  Bukan fikir banyak pasal blog yang hilang tiba-tiba!  Tapi sebab masih ada rasa 'tak seronok', aku buat sedikit ubahsuai dan sikap lama muncul semula, yang tak patut ada pada blogger yang suka berterus-terang dan cerita macam-macam.  Yang sepatutnya lebih baik tak payah ada blog ...!!!

Dapat cerita mimpi Mak Ramlah.  Lagi.  Buat sekian kali.  Arwah ibunya dan arwah Kak Ja datang bertandang.  Hari tu mimpi jumpa onyang kat padang luas terbentang penuh batu permata kehijauan.

Aku cuba kaitkan dengan mimpi-mimpi arwah abah.  Uwan cerita mimpi arwah Tok Unggal Husin.  Iaitu mimpi-mimpi yang hadir menjelang saat berangkat jiwa ke sebuah alam persinggahan sementara.

Apakah ...

Oh ibu!

Uwan tak ada mimpikan sesiapa.  Cuma arwah Tok Paan yang aku tak pernah lihat wajahnya muncul menanyakan mengapa kain putih pembalut tiang seri yang dibuka mak semenjak pindah ke kampung tidak dibalut seperti asal.  Jawab uwan, nanti dia akan balut semula, walhal sudah bertahun dia tidak menjejakkan kaki ke ruang atas rumah yang bertangga-tangga, semenjak jatuh tersungkur di hari Hanessa lahir ke dunia 7 tahun lepas.

Innalillahi wainna ilaihirajiunnnnn ...
Ke mana akan pergi jika tidak kembali?
Semua akan pergi 
Semua akan kembali
Dari asal kembali asal
Dari tiada kembali tiada
Kita hanya sementara
Bukan di sini selamanya




Friday, February 3, 2012

Nuruddin Al-Banjari - Niat Lebih Afdal Dari Amalannya (Muqaddimah)



Wahai ...cepatlah Naqib!

Buat anakanda Muhammad Naqib.

Banyak sungguh mama embed youtube video kat sini, kan.  Mama macam dah tenggelam dalam asyik qasidah burdah dan lain-lain tu.  Nanti Naqib tengok dan hayatilah.  Kalau tau maknanya, lagilah indah dan asyiknya ...  Buat masa ni, itulah yang mama ulang-ulang dengar.  Mama share kat fesbuk jugak, tak ada orang like or comment.  Hehe ... agaknya ada yang pelik.  Ada kawan sekolah rendah dapat menemui mama kat fesbuk, mula-mula rajin jugak dia bagi komen apa yang mama publish, la ni senyap dah ... ntah sibuk ntah malas nak tengok wall mama lagi hihihi ...

Mama dah jarang dengar Radio Nur Islam Brunei tu. Kalau tak dulu tak miss dengar Kuliah Mufti jam 7.30 pagi dan baca doa pagi sesama juruhebah.  Sampai Hidayat pun perasan dan dia tanya napa mama dah tak dengar kuliah lagi.  Prihatin jugak budak tu ek ...  Sebenarnya ada jugak dengar, kalau berkesempatan.  Selebihnya especially time duduk sorang-sorang menekuni biskut chips tu, mama angkat laptop duduk dekat mama, dan bukak Radio Islam Nusantara.  Tenggelamlah mama dalam asyik buat biskut dan mendengar kuliah ustaz-ustaz.  Cuma bila tang kuliah bahasa urdu tu, mama pening sikit sebab terjemahan ustaz tu laju betul kekadang sampai mengah-mengah suara ustaz tu mama rasa.

Mama dah dapat cari youtube nasheed kegemaran mama yang selalu keluar kat situ.  Bila publish kat fesbuk, ummi Amir pun tumpang mencilok, macam itulah dia kata hehe ...  Mama suka, rupanya dia pun suka.  Ada geng!

Ni, ada beberapa blog menarik yang nak mama kongsikan dengan kamu.  Antaranya yang mama tengah baca ni ialah blog daku sayangkan Islam, yang rupa-rupanya tulisan orang muda tapi sangat hebat tulisannya tu.  Juga blog pelajar kat Johannesburg, ntah sama tempat ngan Mukhlis kawan kamu tu tak tau la mama.  Pun hebat juga pandai betul dia menulis memang berbakat orangnya, sangat mengesankan ke dalam hati.  Ceritanya terus-terang, mengusik perasaan dan jelas.  Sufiafriqiyya nama blognya.  Nanti mama nak kamu jenguk dua blog ni tau.  Ada banyak lagi blog yang sangat menarik sebenarnya.

Hai Naqib, tiga tahun lepas kita sama-sama ke Sepang atas kehendak kamu nak pergi ikut Ijtimak di sana.  Tercengang mama waktu itu melihat besarnya khemah-khemah di situ.  Ramai betul pak-pak janggut, yang merah ada hitam ada warna janggutnya.  Segan betul, sebab tak ada pempuan pun.  Itu semua kamu la punya pasal.  Tapi tak apalah, kamu tak salah.  Mama pun.  Allah yang membawa kita ke sana.  Memang mama jahil betul benda-benda tu semua.  Syukurlah kamu dengan rentetan peristiwa demi peristiwa, Allah terima kamu belajar di madrasah Bukit Changgang, alhamdulillah.  Dari situlah kita khususnya diri kamu sendiri semakin terdedah dengan perkara-perkara yang selama ni jauh sayup dari kita.

Jadi, kamu beritahu kamu tak layak ikut keluar tiga hari melainkan dah berumur 15 tahun.  Hari tu mama dengan besar hati tanya, wah tahun  ni bolehlah kamu keluar tiga hari kan?  Rupanya tak boleh jugak, sebab ustaz dah anjakkan umur 17 tahun baru boleh keluar.  Hai Naqib, bersabarlah.  Walaupun mama tak sabar dah, nak dengar kamu keluar tiga hari tu.

Bahkan kalau balik rumah, mama suruh kamu ikut orang-orang surau Al Ikhwan tu buat gash dari rumah ke rumah tapi kamu kata belum layak lagi.

Hai Naqib, cepatlah kamu membesar.   Err bukan membesarkan badan ya!  Cepatlah kamu mencapai umur yang menepati syarat untuk keluar bersama-sama semua mereka tu.  Keluar untuk berdakwah, menyebarkan hidayat ke serata alam.  Macam yang para masturat selalu katakan kat page mereka tu.

Bila baca blog-blog itu, mama memang tak sabar betul.  Cepatlah tumbuh janggut kamu, cepatlah kamu khatam al-Quran, cepatlah kamu selesaikan hafiz dan alim.  Cepatlah Naqib.

Alhamdulillah, abah kamu setuju je mana mama nak kamu pergi.  Hari tu mama seronok betul nak kamu pergi belajar ke Mekah Madinah.  Tapi bila dengar pasal pengaruh Wahabi, ia membuatkan mama tersentak.  Dengar pasal Temboro, mama seronok kamu ke sana pulak.  Kamu pun nak jugak.  Lepas tu baca pasal Johannesburg, aduhai rasa hati mama dah sampai sana dah.

Wahai Muhammad Naqib, pergilah ke mana sahaja. Kuasai dunia ini dalam genggaman kamu.  Bawa Tuhan bersama dalam hati kamu.  Pergilah, berjuanglah untuk menyampaikan ugama yang benar ke seluruh pelusuk yang sempit dan sunyi, atau ke kota-kota besar yang penuh dengan kelalaian.  Waqafkan diri kamu untuk Allah Taala.  Mama relakan dan redha.

Mujurlah aku seorang wanita 
yang dipenuhi perasaan malu

Mama tak pandai nak tulis macam masturat tulis, tapi mama berdoa semoga anak cucu keturunan mama menjadi pilihan Allah untuk menjadi pembantu ugamaNYA ini.

Ya Allah, kini tidak ada lagi bangun pagi yang kosong hening penuh ragu-ragu, prasangka buruk dan pesimistik.  

Naqib,  sengaja mama pilih nama ini untuk kamu walaupun Tok Leha kamu nak bagi nama lain, Danial pilihannya.  Tak reti pulak mama nak joinkan dua nama tu.  Mujurlah tok kamu tak kecik hati.  Dan mama awalkan dengan nama yang penuh rahmat, Muhammad.  Itulah nama yang akan diserukan untuk kamu di akhirat nanti.  Naqib bermaksud pemimpin atau ketua.  Itulah harapan dan maksud mama kepada kamu.  Semoga kamu menjadi pemimpin yang mulia satu hari nanti.  Jadilah pemimpin kepada diri kamu sendiri, keluarga kamu dan kita semua, kepada masyarakat di mana kamu berada dan pemimpin orang-orang yang mahu dipimpin.

Panjang pulak, karang malas kamu membacanya.  Nak baca pun entah bila.

Baca dan fahamilah.  Mama nak kamu menjadi pelopor dan perintis dalam keluarga kita.  Naqib dah semakin matang dan boleh membaca apa yang tersirat mahupun yang tersurat.  Menjadi yang pertama, mungkin banyak pahit dan sakitnya.  Tak mengapa, teruskan teruskan teruskan langkah kakimu, mama iringi kamu dengan doa restu, semoga Allah memelihara dan merahmati kamu sentiasa.  Semoga kamu tetap di atas jalan yang satu itu, jalan orang-orang pilihanNYA.  InsyaAllah, ameen.

"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megaha diantara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengangumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu" (Al Hadid : 20)


Nuruddin Al-Banjari - Qasidah Burdah6

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing