Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, January 30, 2012

Terjemahan Al-Quran sudah sampai


Alhamdulillah, terjemahan al-Quran dari Umar Zakir sudah selamat sampai ke penerimaan saya sebentar tadi hari ini, 30 Januari 2012, Isnin. 

Terima kasih kepada beliau.  Cuma saya baru perasaan ada kesilapan yang saya lakukan di ruang komen. Saya tersilap menulis *tafsir* al-Quran, yang sebenarnya ialah terjemahan al-Quran.  Kesilapan ini tak disengajakan, dan tanpa sengaja juga baru disedari dek pertanyaan dari kakak saya (Kak Ju) yang online di Yahoo, "tafsir Ibnu Katsir ke?"

Saiznya tak besar, lebih kurang saiz terjemahan yang pernah saya ada.  Saya mula menimbang-nimbang untuk menyerahkannya kepada Laila Ain untuk digunakan di madrasah.  Rasa-rasanya macam dia mahu je terjemahan ni.  Tak mengapalah, semoga dia lebih dapat memanfaatkan terjemahan ini, insyaAllah.

Pendek aje catatan kali ini.  Jumpa lagi insyaALlah. 

Friday, January 27, 2012

Thursday, January 26, 2012

YUSUF ISLAM IF YOU ASK ME Anasheed



Mimpi Dr. Haron Din Jumpa Nabi Muhammad SAW



pelan-pelan cik, sakittt

 aku masuk terus berdiri depan kaunter tapi terpaksa beralih ke tepi.  Staf sedang menyiapkan ubat dan sekarang memberi penerangan kepada orang lelaki di depan kaunter.  Selepas dia berlalu, aku segera unjuk kad pengenalan tapi tak diusik lalu aku ambil dan pegang.  Hilang naya!  

Staf : siapa sakit?

aku : anak (tunjuk Hidayat)

staf : pernah datang sini?

aku : err tak pernah (macam keliru.  Lepas menjawab fikir sejenak.  Oo dulu tu bawak kakak dan abah dia pernah bawak Naqib.  Hidayat tak pernah.)

staf : siapa nama?

aku :  Muhammad Hidayatullah.

Staf:  ejaan.

aku : bagi kertas saya tulis.

Staf mencapai cebis kertas berpotong warna pink dalam bekas dekat tepi kaunter dan bagi pen.  aku tulis nama MUHAMMAD HIDAYATULLAH BIN HASMEON dengan huruf besar.  'MEON' tu sangat jelas dan lebih besar sikit sebab aku tak mau dia silap tulis.  Hari tu aku check nama kat senarai kelas sekolah ugama, nama abah dia bertukar jadi Hasmingun, punya jauh!  Kalau nama Naqhuhines tu keliru wajar juga sebab pelik sikit.  Lepas serah keratan kertas pink, aku ajak Hidayat dan Hanessa duduk.  Aku selak Kesaksian Seorang Pilot dan tenggelam timbul di sana.  Kapalterbang dah take off.

Hidayat :  doktor lelaki ke perempuan? (sambil ayun kaki perlahan-lahan depan belakang)

aku : doktor lelaki.

hidayat : melayu ke india

aku : dulu masa bawak kakak, doktor india.

hidayat : betul ke lelaki, bukan perempuan?

aku : betul lelaki.  kalau perempuan pun apa salahnya.

hidayat : tak mau perempuan.  tak boleh.  aurat.

aku : hmm doktor lelaki laa.

Hidayat : napa mama suruh Dayat pakai kain samping?

aku : bukan kain sampin la, kain pelikat.

Hidayat : ala asyik tersasul je.

aku : senang doktor nak tengok kang.

Hidayat terus bertanya macam-macam.  Hanessa tak boleh duduk tenang lama-lama.  Dia mahu keluar ke kaki lima klinik tapi aku tak benarkan, hanya sampai pintu aje dan dia mula tunjuk belang.  Aku pun tunjuk ketegasan sebab dalam kepala anggap kawasan ni bukan kawasan yang benar-benar selamat tambahan pula aku berseorangan tanpa suami bersama.  Tapi Allah sentiasa ada bersama kan, so tawakkal.  Perlahan-lahan aku baca Ayat Kursi.

Pintu 3 terbuka.

wanita India muda memakai stetoskop di leher:  Muhammad Hidayatullah!

Aku bangun dan melangkah.  Hidayat dan Hanessa mengekori.  Di pintu, kami terhenti.

wanita India : sakit apa?

aku : dia kena kudis (sambil tunjuk kepada Hidayat)

wanita India : oh kalau kudis puan kena jumpa doktor kudis.  Maaf ya (tersenyum mesra).

aku : oh tak mengapa.

Aku duduk balik.  Tempat duduk tadi dah kena isi dengan lelaki tua bertongkat yang gemuk, Cina.  Aku duduk di bangku panjang depan pintu 3, tak selesa.  Span kerusi dah mendak.

Pintu 2 terbuka.  Wanita India muda muncul memanggil nama lain.  Aku fikir kalau pintu 1 terbuka muka dia juga di situ.  Pintu 3 terbuka, muka dia juga, sah!  Dia ni doktor ke hapa?  Kenapa dia yang panggil nama pelanggan klinik.  Bukan pula urusan aku nak fikir.  Jangan sibuk hal orang.

Pintu 1 terbuka.

Wanita India : Muhammad Hidayatullah.

Aku bangun dan melangkah.  Hidayat dan Hanessa mengekori. Di pintu kami tak berhenti, terus masuk.

Wanita India :  sila duduk dulu ya.  (Dia berlalu.  Staf bergaun coklat dan ungu ulang alik di belakang aku.)

Di luar tadi aku baca Kesaksian Seorang Pilot.  Kapalterbang sudah tabrakan di udara India.  Aku berderau dan berdebar.  Duduk melongo buat aku bosan.  Aku buka Kesaksian Seorang Pilot semula.  Tiba-tiba aku insaf.  Lalu aku tutup Kesaksian Seorang Pilot, letak tepi meja doktor yang sesak dengan barang-barang dan monitor nipis (dengan wayar berselirat atas lantai) dan baca Ayat Kursi dan berselawat ke atas nabi saw.  Al-Insyirah.  Mata aku meliar.  Aku tak suka tengok patung kecik muka gajah tanpa baju dengan banyak tangan mengawang di tingkat teratas dalam kabinet kecil sebelah kerusi pusing doktor.

aku : mana doktor? (dalam hati). (ada orang perempuan berborak di telefon kat belakang dinding, belakang kerusi doktor). Sibuk betul doktor ni layan panggilan (dalam hati tapi lepas tu aku sedar dia bukanlah doktor sebenar)

Aku dah mengira masa menggunakan telefon bimbit.  Hidayat capai Kesaksian Seorang Pilot dan sambung bacaannya pula.  Hanessa mengendap bilik kaunter dan tanpa sengaja belajar dua patah perkataan Tamil yang bermaksud 'sapu' dan ... aku lupa. 

Tiba-tiba aku nampak kelibat doktor India lelaki berambut ketak-ketak kerinting di bilik 2.  Dia mengerling kepada kami yang tercongok di tepi meja doktor.

Selepas 8 minit.  Doktor lelaki rambut keriting agak berumur dan nampak sangat profesional datang duduk di kerusi pusing.

doktor :  ya akak ada masalah apa?

aku : dia kena kudis (sambil tunjuk arah Hidayat)

doktor : mana kena?

aku bangun dan arah Hidayat bangun.  Aku suruh sambil tolong buka kain samping pink dia.  Doktor belek-belek.

doktor : kxnxk ada kena tak?  cuba lihat.

aku : bukak depan pulak tunjuk doktor.

Hidayat macam enggan tapi terpaksa buka juga.

doktor : sudah berapa lama kena?  siapa lagi kena?

aku : semua kena kecuali saya.  kakak dia duduk asrama pun kena.

doktor belek-belek tangan Hanessa.  Hanessa angkat tunjuk tapak kaki kiri walaupun kudis di celah bawah jari sudah sembuh.

doktor : berapa berat?  pergi timbang.

aku dorong Hidayat ke penimbang manual di tepi dinding.

doktor : 34kg.  Ok pergi bilik sebelah mau inject.

hidayat : hah inject?  tak mau!

keadaan agak kelam-kabut dalam bilik doktor yang kecil.  aku dorong hidayat ke bilik sebelah melalui pintu yang sentiasa terbuka.  doktor wanita muda dan staf-staf keluar masuk.

doktor : naik atas katil.

aku : dayat, naik katil.  kaki sana kepala sini.  baring meniarap!

Hidayat naik terkial-kial.  aku singkap kain pelikat pink dan buka seluar kuning separas punggung.  Badan Hidayat mengeras.

hidayat: tengok jarum besar tak? kat mana nak inject ni? (risau)

aku : kecik je.  meniarap betul-betul (sambil tekan badannya dengan lembut supaya tak dapat bangun)

doktor datang sapu ubat pelali dan cucuk punggung Hidayat.

doktor :  jangan kasi keras, adik. (jarum dicucuk ke punggung)

aku : lembut ... lembut ... (sambil separuh tunduk peluk kepala Hidayat)

Hidayat menangis.  Airmata menitik-nitik atas pelapik getah berwarna hitam.  Doktor tekan sedikit tempat suntikan dengan kapas kecil dan berlalu.  Aku pulak sapu-sapu tempat suntikan dengan kapas yang sama.

Hidayat :  adoiii sakit la!  Jangan la tekan-tekan.  Kenapa inject?  Dayat tak nak inject.

aku : alah sikit aje.  dah tak sakit kan.

Hanessa :  haah abang Dayat, nyamuk gigit lagi sakit.

hidayat :  sakit la (menangis menungkup muka atas tapak tangan sambil meniarap)

doktor : jangan bangun dulu (menghilang lagi)

doktor wanita datang menyuruh kami keluar dari pintu 2.

aku : itu doktor suruh tunggu.

doktor wanita :  sudah selesai akak.  (kelam-kabut.  Ada staf lalu)

aku :  tapi itu doktor suruh tunggu.

doktor wanita menghilang, aku ingat dia tanya doktor lelaki tu dan kemudian muncul semula.

doktor wanita :  naik katil balik doktor mau cuci.

aku :  cuci kudis ke?

doktor wanita : ya

aku pandang Hidayat dan suruh dia naik katil balik.  Hidayat macam risau.

Hidayat : nak buat apa lagi ni?  (sambil kesat-kesat mata dengan leher baju.  Staf gaun ungu dengan subang kecil di hidung sengih kat aku)

aku :  doktor nak letak ubat.

Hidayat naik semula dengan hati yang berat.  doktor wanita datang dengan tangan bersarung sarung tangan getah putih.  dia mula menyental punggung Hidayat dengan kain kasa putih.

Hidayat :  adoi adoiii cik, cik, pelan-pelan cik, sakit cik!  adoi adoii!  sakit cik! (punggungnya bergerak-gerak dan dia mengereng sedikit)

aku :  bukan cik la, doktor!  err u doktor kan? (serba-salah tapi mahu kepastian.  dia ada stetoskop tersangkut di tengkuk tapi nampak macam kurang pengalaman).  heh meniarap la betul-betul, doktor nak bersihkan tu.

doktor wanita : ya (sambil terus mengelap punggung Hidayat).  Baring betul-betul adik.

Hidayat :  doktor sakit doktor!  sikit-sikit je doktor!  Pelan-pelan la doktor!  Sakit!  adoi!  adoii! adoiiii!

aku lihat nanah dan kulit berkuping di punggung Hidayat dah hilang. Yang tinggal adalah lebih kurang 10 bulatan-bulatan kecil yang merah jambu warnanya.  Kain kasa bertukar kehitam-hitaman, ada kulit melekat di situ.  Aku tau, memang sakit kena kerjakan begitu.  Teringat balik kes kena jahit hidup-hidup yang membuatkan aku serik dan bertaubat nak melahirkan lagi sesudah Hanessa.  Ya Allah ampunilah aku yang lemah ini.

Hidayat tersedu-sedu.  doktor wanita spray air jernih ke sekitar punggung Hidayat dan menghilang.  kemudian dia datang lagi dan menyapu punggung Hidayat dengan krim putih menggunakan stick kayu.

doktor wanita :  ok sudah siap.

aku :  ni terus pakai seluar ke?

doktor wanita :  ya pakai saja.

tiba-tiba Hidayat terpandang kelibat kanak-kanak perempuan sebaya hanessa berbaju merah berdiri di pintu tengah antara bilik 1 & 2.

hidayat : ada budak pempuan tu!  tutup la sikit.

aku segera menghadang tubuh Hidayat sambil membelakangkan pintu tengah.  doktor wanita serta-merta menarik pintu lipat.  dia berdiri di celah pintu dan berkomunikasi dengan doktor lelaki.

aku :  tapi krim ni kena seluar macamana?

doktor wanita : tak mengapa

aku :  tapi ... boleh kasi plaster tak?

doktor wanita menghilang, aku agak dia consult dengan doktor lelaki kat sebelah.  dia datang semula dan mengambil keratan-keratan kain kasa putih dari bawah kabinet tepi dinding dan menyusunnya atas punggung Hidayat.  Kemudian dia menampak tiga jalur plaster pula.

aku : ok bangun.  Dah siap.

Hidayat bangun dan mengesat airmata dengan leher baju.  nampak trauma. Aku betulkan kain pelikatnya.  doktor wanita dan staf baju ungu yang keluar masuk berbalas senyum dan geleng-geleng kepala.  aku senyum nipis.  doktor wanita unjuk jari ke pintu bilik 2 tempat kami berada.

aku : saya mahu ikut sana sebab kasut saya kat sana (sambil tunjuk bilik 1 tempat kami masuk tadi)

doktor wanita : akak keluar sini, sana ada patient.

aku : saya mahu ikut sana, kasut saya kat sana.

doktor wanita :  sana ada patient akak.

aku ; oo ada patient (macam tak tau) ok saya ikut sini.

Hanessa keluar dulu dan nak capai kasut aku.

aku : tak pe tak pe, kotor la!  (terimbau sikap cerewet mak tentang kebersihan sambil tak peduli langsung orang ramai yang duduk berderet di kerusi lalu duduk di kerusi kosong depan kaunter)

hidayat : sakit la ma!

aku : biasa la sakit sikit je tu.

Hidayat : napa kena inject? tak inject tak boleh ke?  sakit la (muka sugul)

aku :  along dulu pun kena inject gak.  tak pe biar cepat baik insyaAllah.

staf wanita India akhir remaja atau awal dewasa kurus cekeding dalam bilik kaunter sibuk bergerak ke sana-sini.  Dia bagi isyarat.  aku bangun dan letak tangan atas papan putih di ambang tingkap kaunter.  Papan itu bergerak-gerak macam nak tercabut.  Toleh kiri, hanessa sedang berusaha nak menjenguk ke dalam.

aku : jangan gayut!  tercabut benda alah ni karang.

Staf letak beberapa botol ubat pelbagai saiz dan beri penerangan ringkas. semua ubat dimasukkan ke dalam dua beg plastik kecil putih.  aku baca tulisan Reiki Baba di dada kiri bajunya.

aku :  berapa? saya mahu sijil sakit juga ya.


staf :  RM211.  mc untuk bila?


aku :  untuk hari ni dia sekolah petang.  RM211?  Mahal jugak.  Saya ada satu ratus je ni.  Injection berapa?


Staf meneliti skrin pc dan angkat bahu.


aku :  abih macamana?  saya tak cukup duit nak bayar ni?  saya tak ada duit lain.  tak sangka pulak mahal macam ni.  suami saya kat KL.  Karang dia balik saya suruh dia bayar boleh?

staf menghilang ke dalam.  aku agak dia jumpa doktor lelaki india tadi.  kemudian dia muncul semula.


staf :  tak apa nanti bayar kemudian.

aku : abih ubat ni? (aku tak tau sama ada nak tinggalkan je ubat dan datang ambil selepas habis bayar atau bayar seratus dulu dan ambil ubat satu beg dulu)

staf : ambil la

aku :  eh awak percaya kat saya?  (nada tinggi sikit sebab terkejut beruk)

staf :  ya saya percaya (senyum)

aku : klinik tutup pukul berapa? hmm saya datang pukul 8?  (dalam hati nak sebut lepas Maghrib tapi tak jadi)


staf :  klinik bukak 24 jam.


aku :  abih ubat ni macamana?  (serba-salah)


staf : tak apa (senyum)


aku :  abih karang saya datang mau cakap apa?  ada apa-apa untuk reference?

staf : saya ada di sini sampai pukul 11


staf ambil sekeping keratan kertas pink di tepi kaunter dan tulis baki serta nama dia.  Kertas pink diunjuk dan aku ambil.


aku : ok ambil seratus ni dulu.


aku capai ubat dua beg plastik kecil dan keluar dari klinik dengan satu perasaan pelik. 


Balik rumah aku telefon suami dan bagitau kena bayar baki bil untuk rawatan kudis Hidayat.  Kami semua pergi semula ke klinik Reiki Baba sekitar jam 6.30 pm selepas suami balik rumah.

suami : cuba la mintak diskaun.  Dapat tu.  jangan lupa mc.  mintak la untuk tiga hari.

aku :  boleh ke mintak diskaun?

suami :  boleh.  cuba la.

aku patuh walaupun dalam hati aku kurang setuju sebab aku jenis agak pemalu dan kurang yakin klinik akan bagi diskaun kat pesakit macam kedai tudung bagi diskaun kat aku.  aku bukak pintu kereta.

aku : abang je la yang pegi.  abang mintak la diskaun.

suami : eh pergi la.  tak dapat tak pe.

aku masuk dan berdiri tepi kaunter.  ada orang sedang hulur not ringgit, terima not ringgit dan ambil ubat.  aku segera ke tengah kaunter nak menguasai ruang sebelum ada orang lain datang.  staf baju ungu bertindik di hidung pandang.  staf kurus cekeding yang baik hati terdongak terangguk bila nampak muka aku.

aku :  saya bayar baki.  err mintak diskaun boleh tak?  saya nak mc tiga hari jugak ya.

staf ; diskaun?  (gelak kecil).

staf buat sesuatu mungkin nak print sijil cuti sakit dan tanya aku untuk kepastian tarikh cuti.

aku :  bagi la kurang sikit. 

staf : satu ringgit boleh la (senyum)

aku :  sebelas ringgit la (senyum jugak)

staf :  satu ringgit boleh la (sambil jelir lidah sikit)

aku pun seluk poket keluarkan not merah sepuluh ringgit yang standby, satukan dengan dua keping not lima puluh dua keping kat tangan dan hulur kat dia.  dia hulur kertas iaitu sijil cuti sakit untuk Hidayat sampai hari Jumaat. 

aku teringat wajah doktor lelaki India tu.  Andai dia seorang Muslim, aku fikir dia seorang yang warak.  Semoga Allah memberi hidayat kepadanya satu hari nanti tak lama lagi untuk menjadi seorang Muslim yang bertakwa insyaAllah.

* kekadang aku rasa menulis satu pengalaman yang cuma beberapa minit dalam bentuk karangan terlalu berjela, lagipun tak semua dapat dimasukkan dalam cerita.  Ini hanya satu percubaan menulis dalam bentuk dialog sebab aku tak boleh lupakan dialog-dialog Hidayat di atas katil berlapik pelapik getah hitam tu.  Tapi ada juga dialog yang aku adjust sikit.   aku juga rasa nak gunakan 'aku', dan bila macam ni aku teringat sangat-sangat kat Nawal Jameelah, anak saudara yang menegur penggunaan 'aku' dalam entri awal blog ni dulu.  Hmm mungkin Nawal Jameelah pun dah lama tak jenguk blog ni, so cuma teringat kat dia aje.  Lagi satu aku tak kuasa nak betulkan huruf besar yang sepatutnya di awal ayat walaupun sebenarnya aku kurang suka melanggar teknik penulisan yang diajar cikgu Bahasa Melayu kat sekolah rendah dulu, sebab cik abang aku yang baru balik dah ajak masuk bilik nak borak-borak (dia baru balik dari tugas sebagai salah seorang anggota masyarakat yang prihatin dengan masalah baru timbul melibatkan jiran, nampaknya macam kes berat sikit.  Tak masuk book kat sini tapi semoga misteri yang muncul ni selesai dengan jayanya insyaAllah.)

Jumpa lagi insyaAllah.  Dah pukul 1.08 am rupanya woyy ...

Wednesday, January 25, 2012

Alhamdulillah - Dawud Wharnsby W.Lyrics (I am Just A Rock)



dua kali gembira

Nak hantar Hidayat ke klinik kulit Rieki Baba di Telok Panglima Garang.  Abahnya sudah siapkan wang untuk bayaran, abah sudah ke KL.

PC ni di laluan dapur-hall, jadi singgah la sekejap.  Ada pesanan untuk ajukan sedikit pengenalan diri untuk urusan penghantaran.

Alhamdulillah!  Ya, saya akan terima tafsir al-Quran percuma melalui pos!!!!  Ia rezeki saya dari Allah melalui Umar Zakir.  Sila baca di blog beliau untuk maklumat lanjut, tapi untuk tawaran yang ini saya adalah si bertuah ketiga akhir yang berjaya.  Syukur kepada Allah.  Moga-moga tafsir ini serupa atau hampir serupa macam milik Nora, teman seusrah di Panaga, Seria.  Miliknya tu tafsir sepatah-sepatah untuk setiap perkataan dalam ayat.  Besar, memang besar dan kulit tebal.  Hampir RM200 harganya yang katanya dibeli secara online dengan bookstore di Semenanjung Malaysia.

Terima kasih kepada Umar Zakir.

Itu kegembiraan saya yang kedua.  Yang pertama?

Yang pertamanya dah berlalu tiga hari lepas, tapi masih ada lagi riak riangnya di hati saya.  Hmm ... ia adalah tentang bab 10 novel Sakinah.  Setelah lebih 30 hari, saya berjaya juga mengeposnya ke thread di Sastera Kayangan di tengah malam Ahad kelmarin.  Sengaja saya tak menjenguk dengan segera, kerana biasanya Sifu akan memberi sentuhan di malam berikutnya.  Beliau ada jadual sendiri untuk program yang perlu dihadiri dan untuk novel yang beliau garap.

Berdebar bila singgah di thread, selepas sifu maklumkan ada komen untuk saya.  Jeng jeng jeng!

mazzuin :)

saya dah baca bab 10 anda kat atas tu, dan ternyata walau tanpa sentuhan saya, anda sudah berjaya membuat sebuah bab yg bulat, padat, kuat dan menyentuh perasaan, tahniah!

tinggal dua bab saja lagi kan? sekarang anda dah boleh mulakan bab 11 pula. gigih terus k


Itulah yang sifu tulis di thread saya.  Ohh ... tak tau nak kata apa.  Perasaan saya libang-libu.  Tapi lama-kelamaan saya fikir, Allah jua yang menolong saya.  Penulisan novel ini antara yang masuk dalam doa harian saya.  Saya tak ada pengalaman untuk novel dan agak teruk saya kurang gemar membaca novel, puisi dan sajak.  Tanpa kursus penulisan (hanya sekali je sempat), hanya sifu yang memberi panduan dan bimbingan secara online.  Mengatasi semua itu, saya yakin doa saya diterima dan dimakbulkan Allah.  Alhamdulillah, syukur kepadaMU ya Tuhan.

Selain dari bab 10, ada bab lain yang boleh dikatakan mendapat hanya sedikit teguran untuk teknikal dari sifu dan selebihnya perfect.  Tapi dari bab 1 hingga pertengahan, memang banyak pembetulan termasuk rombakan jalan cerita.  Plot utama memang wujud, tetapi nak menjalin ilham dan kata-kata menjadikan ia kisah yang hidup dalam minda pembaca, wohhh bukan sonang!

Terima kasih Sifu Az :)

Harapan saya, tahun 2012 ni sebelum pertengahan tahun, dapatlah novel ini disiapkan dengan segala solekan dan tajuknya sempurna.  InsyaAllah.

Err ok la, saya nak kena hantar anak gi klinik.  Tadi saya dah pun bacakan ayat tertentu untuk minuman dan mandiannya.  Ia akan dilakukan insyaAllah seminggu direct macam yang diisyaratkan di dalam buku Pengubatan Bumi dan Pengubatan Langit tu .  Gi klinik ni bantuan luar je.  Yang menyembuhkan adalah Allah Subhanahu wa Taala. 


Tuesday, January 24, 2012

erkk internet putus lagi?

duduk jap boleh?

Saya nak buat butter cookies ni, dah setengah jam simpan dalam fridge.  Sat lagi mula nak membentuk masuk tray dan bakar.  Kelmarin Ahad saya buat tiga adunan, dua biskut chips dan adunan resepi butter cookies yang baru nak dicuba.

Butter cookies ni sempoi betul, masih lembik susah nak dibentuk walaupun dua jam dalam fridge (lepas adun ia, saya buat biskut chips pulak sampai selesai, kira dua jam la).  Lepas buat siasatan ringkas, rupa-rupanya tokeh biskut lain masukkan adunan dalam piping bag dan buat bentuk tertentu, dihias pulak dengan kismis. 

Namun hakikatnya sayalah yang lebih sempoi, sebab masih degil menggunakan sudu main cedok-cedok aje dan susun dalam dulang.  Apa yang penting ialah rasanya.  Itu alasan untuk menyokong kemalasan menggunakan penerap tekan atau piping bag. 

Dan ternyata usaha saya berbaloi sebab rasa butter cookies ni memang sedap enak dan ummphh!  Memang kalah tak lawan biskut chips saya yang selalu dipuji-puji budak madrasah Ain tu.  Oh tidak, sebenarnya memang tak sama rasanya maka kesedapannya berbeza-beza.  Biskut chips tu tetap sedap dengan rasa lemak pahit koko bersama nestum, badam cincang dan coklat yang tersendiri.  So tak bolehlah compare macam ni.  Tak baik ...  dua-dua sodap!

Internet connection baru ok ni.  Sejak 4pm semalam tak ada akses.  Bil dah habis bayar dah.  Petir kembar tu menembak langit Sijangkang selepas akses tak ada, bukan sebelumnya so di pihak pengguna macam saya tak ada masalah dengan modem.  Abih tu?

Abih tu, tiga kali saya buat aduan ke talian 100.  Mula-mula, bizi.  Lepas tu dapat.  Lelaki.  Dia sebut pasal kabel kuning. 

Hah!  kabel kuning?  Saya disuruh mencari kabel kuning untuk buat direct connection ke pc. 

Huh!  lepas solat Maghrib dan solat Isyak, saya masih mencari serata rumah termasuk bawak katil budak-budak ni.  Atas almari, dalam almari, pendek kata semua tempat yang berpotensi.  Tak ada!  Hairan jugak.  Sepatutnya kotak modem dan kotak motorola wireless tu tak ke mana.  Tapi ...

Agaknya sempat dikunyah dek anai-anai dalam kabinet buku hari tu kot, kan bang kan ...  kan kan.  Mujurlah cik abang saya yang semakin cool semenjak dua menjak ni maintain je sambil belek-belek telefon dia.  Saya pun dua kali ganda cool.  So semua coollll alhamdulillah :) 

Panggilan dibuat lagi untuk aduan kedua.  Tentula orang lain yang terima aduan, saya kata kabel kuning tak ada sebab dah kena kunyah anai-anai.  Saya diminta off modem dan on semula selepas 15 minit.  Masa tu saya mula nak ajar Hanessa ngaji.  Ohh budak ni memang manja.  Meliuk-lentok tersenyum tersengih ndak-ndak kalau salah atau lupa huruf. 

"Heh!  Cuba ngaji betul-betul.  Macam ngaji ngan ustaz, macam belajar kat sekolah ngan ustazah tu.  Mana boleh lentok-lentok macam ni.  Mama ni pun ustazah gak nih!" 

Sebenarnya saya dah mula meruap.  Aura rimau betina dah mula nak datang.  Tapi sembunyikan lagi, jangan sampai budak rongak yang mengada-ngada ni tercium rentak saya yang dah menggelodak.  Dia macam biasa.

"Ngaji betul-betul, mama tak de mood nih!"  pelan aje saya bagitau dia. 

Hanessa pun sebut huruf lagi.  Saya betulkan.  "Sadaqallah ..."  Selesai.  Alhamdulillah.

Hidayat pulak.  Dia seperti enjoy mengaji.  Cool sungguh.  Syukurlah budak-budak ni suka mengaji.  Saya katakan betapa para malaikat mencari-cari orang yang mengaji macam ni, beratur sampai ke langit.  Entah apa yang tergambar dalam fikiran mereka, tapi saya suka cakap begitu supaya mereka lebih tumpukan perhatian. 

Saya masih ada saki-baki aura bengis dalam hati.  Hidayat masih buat kesilapan.  Saya betulkan sambil kawal kesabaran.  Tiba-tiba dia tergelak.  Alamak aii ... macamana la aku boleh tersalah sebut tatkala nak membetulkan bacaannya nih ... Bila tengok budak cewek ni terkulum-kulum ketawa, saya pun cair.  Alahai anak ... setan yang menyucuk-nyucuk saya pun hampa kecewa.  Tak jadi nak marah-marah tak tentu.

Lepas Hidayat selesai ngaji, saya on balik modem.  Gi check pc.  Masih ko.  Jam 9 buat aduan ketiga. 

"Saya nak buat report ketiga ni, tapi tolong jangan minta saya cari kabel kuning ya!"  Kali ni wanita yang menjawab aduan. 

Setengah jam juga saya bekerjasama dengan si suara lembut yang profesiona ni bersama-sama pc di depan modem.  Poning gak kepalo makcik taip itu taip ini kat dalam program yang disuruh bukak tu.  Tapi makcik boleh handle tak lah susah pungg.  Lepas tu disuruh off modem 15 saat.  Bila on balik masih gagal.  Akhirnya saya dijanjikan 24jam untuk connection dibaiki semula. 

"Ada seorang lagi dari Sijangkang juga buat aduan.  Mungkin ada kerosakan kabel."

"Sorang lagi?  Entah-entah saya jugak tu kot.  Saya dah tiga kali buat aduan ni.  Kerosakan kabel?"

Sapa sorang lagi tu?  Takkan dua orang je? 

Pagi ni, masih problem.  Sat tadi, ada panggilan masuk bertanyakan status internet.  Saya dimaklumkan seseorang akan datang untuk memeriksa.  Tapi dan-dan ok pulak, saya pun dengan rajinnya call 100 dan buat makluman internet dah ok.  So tak yah la sesapa datang rumah.  Kang nak kena sarung tudung n baju labuh @ jubah.  Dah ok tak yah la datang.  Sian susah-payah datang, patutnya cuti raya cina.

"Ada apa-apa lagi puan?"

"Tak de tak de cuma saya nak ucap terima kasih banyak-banyak la.  Terima kasih ye."

"Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami bla bla bla ..."  Formal betul minah tu.

Hek elehh, baru dua tiga minit internet meragam lagi.  Maleh betul nak buat aduan keempat.  Tak pe la, kita cuci pinggan sarapan yang makan nasi sejuk lauk asam pedas ayam @ gulai hantu yang dah tiga hari perangat tak habih2 tu, yang sangat-sangat sedap tu bertambah-tambah sebati dan pekat.  Cukuplah tiga hari, hari ni nak masak lain pulak. 

Mula-mulanya asam pedas tu masak ikan merah.  Ikan habis, cik abang saya masukkan ayam pulak.  Kuahnya tu dia buat lain sikit resepinya tak macam selalu.  Saya pun sedap gak masak asam pedas, Sabtu dulu balik dari madrasah Naqib, kami singgah di Pulau Carey dapat ikan parang seekor.  Saya tumis ramuan asam pedas, hehe maleh nak cite la.  Pokoknya orang Nogori pun buleh masak asam podeh.


Ha, sambung balik pasal tenet.  Tiba-tiba masuk lagi call tanya status internet. 

"Camana ni?  Apa jadi sebenarnya ya?  Dah putus balik la."  Saya teringin nak tau apa cite sebenarnya yang kejap off kejap on.  Misteri Nusantara ke ... Tadi operator dah mintak maaf sebab katanya ada 'gangguan di kawasan anda.'  Bukan nak marah, saja je nak tau kot boleh share-share lega la sikit. 

Dipendekkan cerita, akhirnya dalam 10.30am tadi sampai sekarang ni, akses dah pulih, tak putus lagi dan orang TM pun senang hati tak yah datang Taman Sijangkang Permai ni hehe ... Akhir sekali saya nak ucapkan Bravo buat TM, sebab saya suka dengar tutur-kata mereka dalam telefon semasa buat aduan yang sopan dan cukup terlatih untuk bantu selesaikan masalah saya. 

Ehhhh diorang dah balik,  Hidayat dah separuh botak.  Abah dia bawak di gunting rambut.  Dah 12.10 rupanya.  Alamak nak masak la!  Butter cookies tu? 

Hanessa dah bukak fridge, "Ma ... bila nak buat ni?  Ma, buatla sekarang.  Cepat sikit Adik nak makan ni!"

Amboiii!!!

Saturday, January 21, 2012

mengaji dengan ibu

as salam.

Cakk!

Malam ini kiranya sudah malam ke lima saya menjadi cikgu mengajar Iqra kepada Hidayat dan Hanessa.

Usai je solat Maghrib, lum sempat zikir dan doa, budak perempuan ni dah duduk di sisi bersama rehal tinggi dan kitabnya.  Tanpa tudung pulak tu.  Saya beri isyarat ke arah kepalanya sambil mulut kumat-kamit tanpa suara.  Dia bangun dan datang semula.  Kini sudah ada tudung pink menutup kepala.

"Cepatla mama!"

Selesai doa, saya beri tumpuan kepadanya. 

Jadual saya terpaksa diadjust.  Biasanya saya mengaji selepas solat maghrib hingga menjelang Isyak, kini saya terpaksa tangguh selepas solat Isyak pula bahkan bermula lebih jam 10 apabila perlu membantu Hidayat menyelesaikan homeworknya.  Masalahnya saya dah mula tersengguk-sengguk apabila waktu sendiri mengaji, semoga Allah mengampuni saya tatkala hilang terputus bacaan di tengah jalan sebab terlelap.  Tambahan lagi saya dah bersemangat semula nak membaca Muntakhab Hadis dan Fadhilat Amal di dalam bilik Hidayat dan Hanessa, biarpun mereka dah jauh lena dalam mimpi.  Mudah-mudahan roh mereka mendengar suara Nabi SAW dan kisah-kisah para sahabat r.hum sehingga dapat memberi kesan positif kepada jiwa dan minda.  InsyaAllah.  Jadi, tugas baru ini memang memberi cabaran kepada saya.

Nampaknya dia enjoy mengaji.  Helaian semalam mesti diulang semula, pembetulan dan masuk muka baru.

"Sa-ya.  Saya Hanessa."

Huruf seterusnya, "Tha-ra.  Hai Sarah!  Macam nama orang."

Dia gelak sendiri.  Hidungnya kembang kempis.  Nampak gigi rongak.  Lidi untuk sate yang dah bertahun dibeli pakai tak habis bertahun-tahun lepas terselit melintang di mulutnya.  Eh budak ni suka-suka dia betul.  Kalau dengan Ustaz Aizat, dah kena tengking gamaknya buat gaya macam ni.  Tapi depan Ustaz Aizat tak buat macam ni agak saya.  Segan dan hormat.

Bila dia lupa sebutan huruf, dia semak semula dari mukasurat pertama.  Saya perhatikan je.  Kemudian dia akan mengulang sebutan dua rangkai huruf tu (Iqra 2) tiga kali ulang.  Saya yang menyuruhnya ulang begitu semasa hari pertama Isnin lepas.  Saya terlupa, dia sendiri ingat.  Bagus nih, jadi saya suruh Hanessa ulang 10 kali.  Dia tak menolak bahkan mengulang lebih lagi.

"Pandang huruf ni!"  saya menegur keletahnya yang menyebut berulang kali dengan mata terpejam, kadangkala mendongak ke siling, atau tersengih dengan hidung kembang kuncup menatap saya.

Semenjak saya mengikuti muzakarah homeschool di masturat FB dua minggu lepas, saya mula mengubah persepsi sendiri tentang mengajar anak mengaji dan memberi tuisyen.

Tak dapat mempraktikkan homeschool buat mereka, saya mahu memberi yang terbaik yang boleh saya lakukan saat ini - iaitu ajar mengaji dan ajar mereka buat homework.

Makanya, saya ajak budak berdua ni mengaji dengan saya mulai Isnin kelmarin.  "Lepas solat, mengaji dengan mama."

Mereka akur.  Tapi hati saya cuak.  Dari rumah Fadzli kedengaran suara budak-budak riuh-rendah.  Tentu ustaz belum sampai tu.  Anak-anak saya ni tak tergoda ke nak join sekaki dengan kawan-kawan di situ?

Saya perhatikan riak mereka.  Saya tanya semula selepas habis mengaji.  "Nak mengaji dengan mama ke dengan ustaz?"

Kedua-duanya menjawab hampir serentak, "dengan mama!"  Lega hati mendengarnya.  Sebab saya garang mengajar.  Cepat betul hati jadi panas membuak kalau ada yang main-main.  Itulah yang terjadi sebelum ni kepada Naqib dan Laila Ain.  Nak marah aje, dalam kepala fikir kenapa la benda senang pun tak boleh buat.  Ini time handle homework.

Maghrib Selasa, saya suruh Hidayat maklumkan kepada ustaz supaya ustaz tak tertunggu-tunggu atau tertanya-tanya kehilangan mereka berdua.  Haih namanya pun budak, dia menjerit dari garaj rumah kami kepada ustaz yang sedang menyetat enjin motor nak balik, di garaj rumah Fadzli.

"USTAZ!  USTAZ!  SAYA DENGAN ADIK SAYA MENGAJI DENGAN IBU SAYA!"  dia menjerit sekuat mungkin kepada ustaz.

Marah betul saya.  Segera saya ambil kunci supaya dia membuka pagar dan pergi mendekati ustaz cakap pelan-pelan.  Sambil tu mulut saya pun menceceh, "bagitau ustaz, mama ajar Iqra je. Naik Quran mengaji balik dengan ustaz."

Lhoo ... tak sempat nak bukak pagar, dia teruskan lagi, "USTAZ!  USTAZ! IBU SAYA KATA MENGAJI IQRA JE NANTI NAIK QURAN MENGAJI BALIK DENGAN USTAZ!"

Saya marahi dia sebab menjerit-jerit begitu.  Rumah kami sederet memanjang, jadi jiran-jiran dua tiga pintu terdekat tentu mendengarnya. 

"Tak pe ma ... ustaz kata okeh!"

Seterusnya, Hidayat masih terkial-kial mengaji.  Yang panjang dipendekkan sebaliknya yang pendek dipanjangkan.  Syukur kepada Allah, saya pun tenang-tenang saja bahkan memberi bimbingan yang selembut mungkin.  Saya tanya macamana dia mengaji selama ni.  Jawabnya, kadang-kadang ustaz tak dengar dia membaca sebab memandang kaca tv tengok berita.  O' ala!  Cik Zee bukak tv ke?

Jadi main hentam baca je ke?  Kadang-kadang macam tu la, jawabnya.  Hanessa pun mengiyakan sama.

Nak salahkan ustaz sorang pun tak adil rasanya.  Mengajar tumpang rumah orang.  Macam gitulah.  Dulu saya dan suami yang mencadangkan dan membuka kelas mengaji di nurseri.  Tapi bila berkeputusan nak menjual nurseri dan kami akan ke Brunei, Sulpa yang membeli nurseri pun kurang selesa dengan aktiviti ini diteruskan (dia dan suami stay di nurseri), kami mencari orang yang sudi menumpangkan rumah mereka untuk mengaji.  Alhamdulillah, Fadzli sudi.  Dan ustaz pun tak kisah, dia akur sahaja.  Budak-budak mengaji pun suka dengan dia.

Cuma semenjak muzakarah homeschool tu, saya tersentuh dengan kegigihan Sofinee yang mempraktikkan homeschool untuk anak-anaknya.  Dia ada alasannya tersendiri.  Tapi yang mengusik saya ialah sikap cekal dan gigihnya.  Saya tak berniat nak ulas panjang tentang homeschool kat sini.  Cukuplah saya mula sedar, saya sebenarnya boleh membimbing dan membantu anak-anak saya menjadi insan yang lebih baik, bukan sekadar menyiapkan keperluan harian untuk mereka pergi sekolah semata dan check result peperiksaan serta pening kepala bila cuti sekolah tiba sebab risau campur geram melihat mereka mengadap laptop memanjang.

Balik cerita mengaji.  Hidayat yang mudah mengeluarkan airmata kalau kena tegur ni, tekun pulak mengaji dengan saya.  Dia dah naik quran semasa di Masjid Seria, tapi kena turun kelas belajar Iqra semula sebab tak lancar, adu gurunya kepada saya.  Bila mengajar sendiri macam ni, saya dapat kenalpasti kelemahannya di mana.  Dia suda kenal huruf tetapi bacaannya tersangkut-sangkut.  Macamana dia boleh sampai Iqra 5 baca macam ini?

Saya dengan kesabaran yang dikurniakan Allah kali ini, menyuruh dia mengulang-ulang beberapa kali.  Ulang sehingga betul dan saya puashati.  Dia ulang dan ulang.  Sehingga sempurna bacaannya barulah dia beralih ke barisan baru.  Dua tiga hari pertama saya selalu dihinggapi cuak dan risau.  Bimbang Hidayat bosan dan enggan mengaji lagi dengan saya.  Namun alhamdulillah syukur, hari ini hari kelima saya jadi macam ustazah mengajar mengaji, dan walaupun dia melekat sekejap di laptop ambil kesempatan semasa Hanessa mengaji, dia tetap datang selepas saya panggil beberapa kali dan mengaji dengan tekun.  Syukur kepadaMU Ya Allah.

Saya buat keputusan akan mengajar setiap hari supaya cepat habis iqra dan cepat naik quran.  Kalau dengan ustaz, mengaji tiga kali seminggu sahaja.  Dan kepala saya sibuk memikir ke mana nak menghantar Hidayat mengaji betul-betul.  Dia mesti khatam quran sebelum masuk madrasah nanti, lagi tiga tahun insyaallah.

Hanessa pun sama.  Mudah-mudahan dengan kelebihan budak perempuan ni yang seronok dan tekun nak belajar mengaji serta pick-up yang cepat, saya boleh up mukasurat dia mengaji jadi dua helai sehari, contohnya.  Nak cepat aje pun tak boleh juga.  Kena la sesuaikan dengan kemampuan yang ada.

Selain dari mengaji, saya juga setiap hari akan follow-up apa yang mereka belajar dalam perjalanan balik dari sekolah, dan pastikan homework yang diberi cikgu selesai hari itu juga.  Rezeki budak berdua ni nampaknya, sebab mama yang selalu marah-marah dengan Along dan Kakak dulu, kini sangat friendly ... dan saya sudah melupakan hasrat nak menghantar mereka ke kelas tambahan berbayar di luar.  Hari tu sibuk-sibuk menyimpan nombor yang tertera di banner dan bunting tuisyen.  Kini saya sahaja yang akan mengajar anak-anak saya sendiri.  InsyaAllah.   

"Tak pe, buat sikit je lagi.  Mama tolong tunjukkan.  Lepas tu tido ya."  bila Hidayat nak tangguh homework sebab mengantuk sangat.  Dulu saya marah bila anak tak reti nak selesaikan homework.  Anak tertekan, saya penat emosi.  Kesian Naqib dan Ain.  Either saya paksa siapkan homework sambil bantu dengan marah-marah hingga tengah malam, atau saya biarkan aje, nak buat buat, tak buat terpulang nanti cikgu marah kat kelas.  Macam tu dah give-up la tu.  Teruk betul, kan?  Tapi lama-kelamaan mereka pandai berdikari, sama ada siapkan di sekolah, cepat-cepat siapkan bila balik dari sekolah atau paling teruk terpaksa la izinkan anak telinga disumbat dengan amarah cikgu nanti hehe ...

Generasi kedua ni lebih improve nampaknya.  Tambahan Hidayat ni jenis cepat meleleh, merajuk dan sensitif.  Pengalaman lepas mengajar untuk membaiki diri.  Sebenarnya banyak faktor yang menyumbang suasana positif ini.  Yang nombor wahid ialah berusaha mendekatkan diri kepada Allah, dan banyak berzikir.  Lagi pongggg ... umurpun dah bertambah hehehe ... baran usia muda dan slow.  Kot?  Agaknya.  Boleh pakai la teori ni.  Teringat cerita Doktor Safiah tentang dia dan anak-anak beliau.

Demikianlah kisah kami kali ini.  Jumpa lagi.

Bab 10 Sakinah sudah 20 mukasurat, sedang edit untuk buang apa yang tak perlu dan mantapkan jalan cerita.  Cookies terpaksa ditangguhkan.  Nak siapkan Sakinah dulu dan nak post ke thread.  :)  Hai Sifu dan Kak Aini ...  miss u all.


Thursday, January 19, 2012

insyaAllah insyaAllah insyaAllah ...

salam pertemuan.

sedikit pembetulan.

kacamata Naqib dapat diskaun 50%, alhamdulillah.  Segak dia dengan bingkai hitam multicoated lens.  Uwannya kata tak mengapalah, sesekali biar cucunya bersemangat nak belajar lebih giat.  Insyaallah ya Muhammad Naqib ...!  InsyaAllah insyaAllah insyaAllah insyaAllahhhh (teringat pulak lirik lagu Maher Zain hehe).

Buttercup tu salah satu brand untuk mentega.  Naif hehe ... Saya akan buat insyaAllah satu cookies lagi menggunakan butter sepenuhnya.  Teringat janji manisku nak bikin cookies dan pos ke Sifu dan Kak Aini.  Janji mesti ditepati.  Nak cari casing cantik dulu yang selamat untuk naik kapalterbang.  Semoga cookies ni menjadi pengikat hati antara aku dan mereka berdua ... insyaAllah.

Hidayat - semasa borak-borak dengan mak Falah budak hiperaktif tu, terkeluar cerita dua kali gagal (kes di hospital Tutong tu la ... segan nak ulang lagi ceritanya.)  Mak Falah, namanya Yus, pun bukak cerita pasal hantar Falah ke klinik untuk keluarkan benda yang tersekat di lubang hidungnya.  Falah ni antara generasi awal yang pernah saya jaga di nurseri dulu.  Dia alhamdulillah lekat hati dengan saya.  Walaupun agak sukar nak menawan pada mula-mula dan lagaknya yang hiper, akhirnya saya berjaya.  Kata mak Falah, akhirnya doktor bagi ubat tidur kepada Falah untuk melemahkannya supaya dapat diberikan suntikan pula untuk menidurkan dia.  Dia tak tidur, hanya tidur-tidur ayam, masih meronta tapi lemah, dan dapatlah doktor dan jururawat mengerjakan hidungnya.  Akhirnya keluarlah bijirin kacang yang dah berbau tu.  Alhamdulillah.

Jadi, saya pun mencadangkan cara yang sama untuk Hidayat apabila nak berkhatan nanti (terbukak cerita jugak la ... ).  Kalau boleh lagi cepat lagi bagus.  Tahun ni la pulak kot.  InsyaAllah.  Kalau dia buat perangai sama lagi, badan pulak dah makin tegap, makin semangat, perut pun dah agak boroi, gempal, mungkin la kena bagi ubat tidur dan suntikan bius.  Jangan sampai ada yang mendapat mudarat, itulah maksudnya baik di pihak perawat mahupun pihak dirawat hehe ...

Semoga Allah memudahkan, supaya janganlah sampai macam tu.  Kita ada cara rohaniah yang lebih afdal iaitu solat hajat dan doa.  Dan boleh dimulaikan dari sekarang.  "Abahnya, jangan lupa doakan budak tu ya ... sesama la kita."

Hanessa dah semakin biasa dengan jadual pagi selepas bercuti panjang.  Gigi depan pun dah ada sebatang besar macam gigi kapak.  Tapi yang patah tebu terkena siku saya dulu tu memang tak akan tumbuh selagi gigi pengapit yang sebelah lagi tak keluar.  Doktor yang mencabut tunggul gigi susu yang memberitahu begitu.  Dan gigi yang itu pun macam tak nak keluar pulak.  Jadi dua ruang masih kosong di gusi atas depan.  Apapun, comel hehe ...  Dialah satu-satunya anakku yang rongak sejak kecil dan giginya kurang cantik.  Tak apalah, mungkin ada kelebihan yang lain pula.  InsyaAllah.  Keletahnya memang selalu menghiburkan hati.

Hurilain - ceria.  Dia bersyukur kerana dapat rasa gembira tinggal di madrasah sekarang.  Alhamdulillah.  Saya bersyukur benar-benar.  Tak tinggal doa untuk dia dan tiga lagi.  Kalau madrasah perempuan di Bukit Changgang naik, saya nak tukarkan dia ke sana.  Tapi Naqib tak menyokong langsung.  Tak taulah mengapa.  Pada saya sepatutnya dia suka aje.  Ada alasannya tapi saya anggap perkara kecil aje.  Practice makes perfect.  Setiap kelemahan boleh dibaiki.  Yang penting Allah menerima anak-anak saya belajar di madrasah, belajar ilmu yang asas untuk hidup dunia akhirat dan seterusnya seperti yang dirancangkan bersama.  InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah (lagu Maher Zain terdengar lagi kat dalam kepala).

Keseluruhan alhamdulillah.  Cuma anak-anak ada yang diserang kudis.  Macam yang Naqib alami, tapi Naqib dah elok dah tinggal saki baki parut je dan sikit-sikit lagi kat jari tangan.  Jadi sekarang ni kami sedang sibuk mengendalikan kudis.  Beli krim purple.  Semoga serasi.  Dalam buku Pengubatan Bumi dan Pengubatan Langit oleh Tuan Mufti Brunei ada disertakan doa-doa ayat al-Quran untuk beberapa jenis penyakit termasuk gatal-gatal yang kronik.  Saya akan mempraktikkan pengubatan gabungan ini untuk mereka insyaAllah.

Saya rasa bersalah.  Risau juga.  Jadi saya telah menghadap bab 10, 9 dan 8 berselang-seli.  Hati saya berkata, selain butter cookies yang akan saya buat, saya mahu menyelesaikan lima bab terus.  Saya sudah penat.  Penat menanti bila novel saya nak habis.  Saya dah segan nak ziarah sifu dan kak Aini.  Segan!  Memang bengong sikap begini.  Jadi, saya akan ziarah juga.  Tunggu bab 10 ni siap.  Macam dah siap tapi saya tak puas hati.  Saya tak suka reka-reka cerita yang mengarut.  Kalau mengarut pun biarlah cukup karutnya.  Bukan karut tak jadi, kan.  Tapi cerita saya bukan cerita karut.  Bukan ya.

Cuma saya perlu jalinkan ilham dan ayat dengan sempurna.  Mesti sempurna pada anggapan saya.  Supaya tak perlu banyak pembetulan nanti.  InsyaAllah.  Apa yang saya ada, akan saya gunakan semaksima mungkin.  Saya selalu fikir nak minta tolong kakak saya tu editkan.  Tapi, saya tak akan ganggu dia.  Dia dah terlalu sibuk mengejar masa.  Semoga dia berjaya.

Oleh itu, saya bye-bye dulu di sini.  Sehingga jumpa lagi.  Brunei Dalam Kenangan pun mungkin akan terhenti setakat yang ada aje.  Saya terjumpa anNamir di www.flickr.com yang membuatkan airliur saya meleleh untuk mendapatkan kamera macam dimilikinya.  Juga kemahiran macam yang dipunyainya.  Pengetahuan dia juga.

Saya fikir minat kami sama.  Suka pemandangan dan suka shot yang cantik.  Cuma saya terlambat tapi ... tak bermakna saya terlewat.  InsyaAllah.  Semoga Allah sampaikan hasrat hati.

Jadi, saya pun sign up akaun flickr.  O ala ... dah ada rupanya pun, entah tahun bila saya sign up.  Gambar pertama pun dah download, baru sebentar.  Dek kerana itu; butter cookies, bab 10-14 Sakinah dan mungkin juga  sedikit update di www.flickr.com akan memenuhi masa saya nanti.  Ohh ya bye bye juga fesbuk.

Akhir sekali, terima kasih teramat kasih buat suami tersayang yang telah membeli sekotak buttercup dan sekotak tepung gandum awal pagi tadi semasa dia ke pasar Meru untuk membeli bahan basah untuk jualan bariani esok.  Saya terbau-bau dua bau ... bau bariani dan bau cookies hehehe ...  sepakat kan.  Ok la tu, alhamdulillah.  Err anda tak terbau ke?  Hidung tersumbat?  Hehe.

Jumpa lagi ...  insyaAllah insyaAllah insyaAllah (lagu ... Maher Zain hehe).




Thursday, January 12, 2012

kacamata Naqib

Sesuai dengan tajuknya, blog ini berkisar kisah empat anak-anak yang dirakamkan untuk kenang-kenangan, kononnya begitulah.  Melihat pelbagai telatah, bermacam kisah, seolah-olah ingin mengutip semua saat disumbat di sini, untuk menilai, menikmati, menyelami, mengerti dan memahami ... mengikut kadar kemampuan seorang ibu yang turut bergelut dengan dirinya sendiri. 

Ewah ... bagus punya intro la ... ye ke?

Iyalah, di Diari Naqhuhines ni, nadanya santai.  Ala, kisah budak-budak.  Bercampur aduk pulak tu, ada promosi makan-makan la, kisah mak bapak atuk nenek semua ada.  Jadi, ia lebih kepada rekod, koleksi, yang caca-marba. 

Tapi hari ni saya buat blog lagi ...

Lagi?  Haah ...  Free.  Buat la berapa banyak, larat dengan tak larat nak update je, sendiri tanggung la.

Blog ni series  serius punya blog.  Topiknya berat, tak boleh campur kat diari budak-budak ni.  Tapi, saya belum sedia nak publish. 

Naqib sudah tiga hari bercuti.  Ahad kelmarin dia menelefon meminta saya jemput dari madrasah.  Jangan bawa adik-adik, banyak barang nak kena bawak balik ni, tilam bantal semua, dia pesan begitu.  Adik-adik pun rileks aje, tak ikut sebab patuh pesanan abang sulung.  Abang sulung nak balik seminggu, nanti boleh bergasak tiap-tiap hari.  Semua pelajar diarahkan mengosongkan madrasah kerana ustaz nak mencuci madrasah dengan sebersih-bersihnya.  Begitulah duduk di madrasah,  susah nak cuti tapi boleh tiba-tiba dapat cuti macam gini.  Tapi naik belajar balik, beberapa hari terus exam.  Jadi, cuti ni boleh dianggap cuti nak periksa.  Lepas periksa biasanya ada cuti lagi. 

Hari ni Naqib balik kampung naik bas.  Dipendekkan cerita, saya minta mak sponsor belikan kacamata cucu kesayangan dia tu.  Dah dua bulan Naqib guna kacamata abah dia semenjak beberapa buah spek dia asyik patah aje.  Hingga yang terakhir dibuat bulan tiga tahun lepas, semasa abah dia balik sekejap dari Brunei, buat satu free satu tu.  Tak lama kami balik dari sana, Naqib mintak yang percuma tu untuk dipakai.  Tak lama lepas tu, patah lagi terkena tangan Hidayat.  Patahnya tak teruk masih boleh dibaiki, tapi abah yang tersirap darah (agaknya nak reading pun tak boleh kot time tu) sebab tempoh patah spek yang terlalu dekat, terus tolong mematahkan spek tu.  Terkulat-kulat je la memandang.

Lepas tu Naqib tak pakai kacamata lama jugak.  Then masa cuti raya, dia jumpa spek lama kat laci rumah kampung.  Agaknya macam sesuai je, dia pun pakai.  Mula-mula confuse jugak, spek arwah atuk Haji Manaf ke spek abah ... Then abah kata tu spek dia masa bertunang dengan mama ...

Si anak ni pun pakai terus, sampaila cuti seminggu ni.  Masa ni dia mengadu pening kepala lagi.  Selalu dengar dalam telefon je, kali ni tengok dia picit-picit dahi, pejam-pejam mata, makan panadol lagi, naik risau pulak.  Kejap sakit kat kanan, kejap kat kiri, ada rasa macam air mengalir pulak ... ishhh!  Abah cool je, pakai spek dia jadi no wonder la pening.  Bila anak pening je, abah kata nak buatkan spek, tapi belum la buat-buat lagi ... Tapi kata anak sulung dia ni, kalau sebab spek napa pagi-pagi bangun tidur dah pening gila sakan?  Wah, ni suspen ni. 

So kita nak scan jin ke?  Atau nak check mata dulu? 

Nak scan, send gambar je.  Tapi asyik lupa je pulak.  Bizi bizi bizi manjang entah hapa-hapa.  Nak ajak si abah direct ke pusat rawatan jin (bukan rawat jin, tapi rawat manusia ...) tu, dia enggan.  Terfikir pulak, mungkin sebab spek yang tak sesuai.  Terfikir terus, si nenek yang tak sempat jumpa cucunya ni mungkin boleh tolong sponsor kacamata dia.  Pendek cerita, walaupun hampir tak jadi, akhirnya balik la si cucu ni jumpa nenek dan dapatlah buat kacamata.  Makan kfc lagi!  Kalau dengan mak abah memang tak merasa la ... dengan si nenek ni pulak, tak de tempat lain nak makan mesti kfc.

Dengar cerita, harga spek tu lima ratus lebih.  Mak oii ... kok ye pun disponsor patut-patut la anak oiii ...  Dah le mama ekau ni tak memberi.  Ekau pulak mengetuk bukan main lagi.  Apa-apapun bersyukurlah.  Rezeki dari Allah melalui nenek ekau tu.  Mudah-mudahan mengalir pahala untuk dia bila kamu membaca kitab Allah dengan spek yang dia belikan tu, dan setiap kali kamu memandang seisi alam ni, insyaAllah.  So baik-baiklah gunakan spek tu, jangan la patah lagi tunggu la 5 tahun lagi baru patah ke hapa ke ...  Jadi semoga idap-idapan sakit kepala tu tak berulang lagi.  Tumpukan sepenuh perhatian kepada hafazan, macam yang ditargetkan tu.  Sama-sama kita mengangkat tangan berdoa sungguh-sungguh sepenuh hati kepada Allah, semoga Allah memberi kemudahan kepada kamu adik-beradik menuntut ilmu dan menjadi orang yang berguna, dunia dan akhirat.  Bantu ugama Allah, sebarkan dakwah, ikhlaskan niat demi keredhaanNYA.  Sama-sama kita baiki diri dan bergantung harap dan hati kepada Allah.

Ya Allah, bantulah kami suami-isteri mendidik anak-anak ini.  Kami tak tahu dan serba lemah sana sini, emosi lagi ...  pimpinlah kami dan mudahkanlah kami selalu.  Agar dapat kami memberi yang terbaik kepada mereka, mencukupi hak mereka, agar di akhirat nanti tidak kami ditempelak di hadapanMU.  Jadikanlah kami orang yang ikhlas dan berusaha semata-mata keranaMU, kerana mengharapkan keredhaanMU.  Janganlah biarkan kami ditipu, tertipu atau menipu.  Kerana kami tidak akan ditipu, tertipu dan menipu melainkan kepada diri kami sendiri.  Bantulah kami ya Allah, janganlah kami menjadi orang yang rugi dan menyesal nanti.  Semoga anak-anak ini menjadi anak-anak soleh yang mendoakan kami ketika bersendirian di dalam tanah yang dingin dalam ketakutan, sehingga lubang kubur itu bertukar menjadi pintu-pintu syurga yang melaluinya bertiup hembusan udara harum semerbak dari sana.  InsyaAllah. Ameen.

Tuesday, January 10, 2012

hari ke lima

Hari ke lima, dia mula buat perangai lama.  Pagi ini, dia menangis tak mahu pergi sekolah.

"Puteri suka tolak kepala." 

"Buat macamana?"

Dia lakonkan gaya orang menunjal dahi ke dahi saya, tapi perlahan aje.  "Ala, dia gurau je tu."

"Tak ... dia selalu buat macam tu.  Tak nak gi sekolah!"

"Tak pe tak pe, nanti mama cakap dengan dia.  Kalau dia buat lagi, mama bagitau cikgu ye.""

"Nak tukar tempat duduk."

"Ok, duk dengan Fatin ya.  Fatin tu senyap je." 

Dia diam.  "Tak nak gi sekolah ....."

Aduh, pagi-pagi macam ni, kalau anak buat perangai memang masalah.  Pujuk betul-betul.  Kita akan bantu atasi masalah.  Kalau perlu jumpa cikgu, kita akan jumpa.  Terbayang wajah Cikgu Rohana yang keibuan. 

Kalau tak makan pujuk ...

"Nak kena rotan?!"  saya jerkah dengan mode garang.  Sebelum abah dia yang menjerkah, lebih baik saya dulu.  Jerkahan saya tak seteruk abah dia, saya sentiasa fikir macam itu.

Dia tersedu-sedu.  Tegak bersandar.  Keras kejung macam patung tapi airmata berlinangan ke pipi.  Melihat begitu, saya capai rotan di belakang langsir pintu bilik.  Acu-acu acah-acah di udara.  Dia masih beku.

Zapp!  Betisnya makan rotan.

Alah, saya rasa tak kuat sangat.  Dia makin hiba, makin banyak airmata.  Tapi dia berusaha lucut baju Ana Muslim warna pink yang agak sempit tu.  Biasanya dia akan minta tolong saya tarik ke atas.  Kali ni dia berjaya pulak lucut sendiri hehh ...

Saya sangkut balik rotan.  Kang letak kat mana-mana saya jugak yang susah nak mencari.  Kalau tanya dorang, tentu dorang geleng aje.  Manjang tak tau kat mana rotan berada.  Kancil memang tak sukakan perangkap! (ada kaitan ke? entah le ...)

 Lepas mandi, dengan muka sebiknya, saya layan dia.  Lapkan badannya, sapu luka terkopek di sikunya dengan minyak gamat, pakaikan bedak Shahira botol hijau yang harum tu, dan ikat siput rambutnya yang paras bahu.  Beberapa hari saya tocangkan, tapi katanya geli kat tengkuk bila sarung tudung, macam ulat.  Jadi ikat siput aje.  Sapu bedak ke muka.  Selesai alhamdulillah.  Moodnya pun dah pulih.

Bantu Hidayat pulak kemas buku.  Lima minit dah melepasi jam 7.  Semalam 6.54 dah start enjin kereta.  Hari ni macam lewat pulak ishhh ... Budak lelaki ni sanggup angkut semua buku teks dan rampaian even jilid dua sebab malas nak semak jadual.  Pagi ni tolong sambil membebel sikit.  Sikit aje sebab kalau lebih-lebih nanti abah dia tambah perisa lagi. 

"NI NAK SEKOLAH KE TAK NAK NI?  BUAT APA LAGI NI?  BLA BLA BLA bla bla blaaaaaaa ..............." 

Haaa kan dah cakap dah!  Lum lama pun baru sebaris ayat jo!!  Abah dia dah mula dah!!!

Menyampah betul, tapi diam aje le.  "Kemas buku jap.  Dah jom cepat Dayat!" 

Hidayat dah bergenang mata.  Hehehe padan muka.  Kan dah pesan sejak tahun lampau dah, kemas buku awal-awal.  Semua nak harap mama, mama pun kadang-kadang lupa tak sempat macam-macam hal la.  Abah mana nak tolong, kalau dia tolong memang buang tebiat namanya.  So ... hadap telan aje le ye pagi-pagi dah kena sembur! 

Then, Naqib dah standby atas motor nak tolong hantar adik-adik.  Sambil cium pipi dia dan abangnya, saya bisik supaya gi salam abah.  Abah tengah tercongok atas bangku batu main handphone. 

Dia geleng, tak nak, katanya. 

"Dayat, salam abah!"  Naqib suruh Hidayat. 

Tapi Hidayat masih terkial-kial dengan beg sekolahnya. 

Dia pergi kepada abah, cium pipi dan dicium pipinya.  Abah dah ok, mungkin macam tu katanya dalam hati. 

Hidayat pulak salam dan cium abah. 

Lega hati, keadaan tegang dah pulih semula.  Walaupun sekejap, tapi kalau tak dicover cepat boleh berlarutan dalam hati anak hingga ke sekolah. 

Hidayat gelak-gelak dengan abahnya dan dah mula nak panjat motor.  Hati Hidayat riang sebab along ada seminggu di rumah.

Dia cool aje.  "Eh cepatlah naik motor tu!"

Tapi .... "Nak mama hantar!" 

Alamakkkk .... dia tetap nak saya hantar jugak.  Sudahnya Hidayat naik motor dengan Naqib, dia naik kereta dengan saya. 

Sampai di sekolah, saya pimpin dia hingga ke kelas.  Puteri masih belum datang.  Dia tak nak duduk dengan Puteri.  Kini dia saya tempatkan di barisan tengah, baris kedua dari depan.  Tak lama Fatin pun datang dengan muka berbedak putih.  Fatin duduk di belakang.  Saya pujuk Fatin duduk depan dengan dia, Fatin tak nak pulak.  Budak perempuan di sebelah Fatin memberitahu saya, Fatin suka duduk di situ.  Laaa ...  Mungkin Fatin rasa lebih selamat duduk belakang sikit, macam saya pilih tempat duduk kalau time subjek berat-berat atau subjek tak suka kat U hehehe ...  Oke, tak nak la paksa Fatin.

Tapi dia dah menangis balik.  Mode garang saya pun muncul balik.  "Tunggu sini, mama tunggu cikgu kat luar."  Saya pun melangkah ke pintu. 

Di sebelah pintu, ada seorang bapa sedang memeluk anak perempuannya yang menangis.  Ehh budak tu hari pertama tu ok je ... duduk paling depan lagi.  Hari ni nangis dah?!  Tiba-tiba Cikgu Rohana muncul di sebelah saya, melirik kepada si gadis kecil yang sedang menangis.  Cikgu Rohana pujuk budak perempuan tu.  Selesai.

Tiba-tiba dia datang kepada saya, nangis-nangis jugak.  Mengada-ngada betul la!  Cikgu Rohana tanya dia pulak, "ni napa pulak?" sambil tersenyum

Akhirnya, hari ke lima ni, Hanessa pindah tempat duduk paling depan betul-betul depan meja cikgu, dapat kawan baru, yang sama-sama menangis tu. 

Masa rehat saya jenguk dia sekejap dengan Naqib.  Naqib nak balik kampung naik bas, so saya suruh ikut ke sekolah jumpa adik-adik beritahu nanti nak balik kampung.  Tak mau adik-adik terkejut hampa tengok along hilang tiba-tiba bila balik sekolah nanti. 

"Baby dapat kawan baru!"  kata dia tersengih-sengih.  Yela, kawan sama menangis tu ...

Masa hantar ke kelas selepas loceng habis rehat berdering, saya tanya kawan lamanya duduk dengan siapa.  Ada seorang budak lelaki duduk di bangku dia semalam tapi kawan lamanya belum kelihatan bayang.  "Dia duduk dengan boipren dia." 

Amboiiii ..... 

Semoga Allah memudahkan anak-anak ini belajar menuntut ilmu, memberi hati yang terang dan menghiasi mereka dengan akhlak yang terpuji. 

Sesungguhnya sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang menjelmakan perasaan takut kepada Allah SWT. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah SWT dan menumbuhkan amal.

Allah SWT telah memuji para ulama melalui firman-Nya:
"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu (ulama)." (Surah al-Faatir ayat 28)

 Jumpa lagi, insyaAllah.


Thursday, January 5, 2012

4hb Januari 2012, Rabu

hari suaikenal

bergerak ke kelas 1 Efisien


waaaa jumpa pulak geng kamceng sesama kaki borak ... duduk sebelah-sebelah

"Amirah Nurhanessa!" cikgu sebut nama sorang-sorang. 

guru kelas 1 Efisien, namanya Cikgu Rohana yang juga cikgu Laila Ain 6 tahun lepas.

ambil kertas peperiksaan penilaian

Fatin, anak nurseri yang juga kawan sekelas semasa prasekolah tahun lepas




cikgu bagi penerangan sebelum menjawab soalan

senang je ma ... katanya lepas tu.



ibubapa murid tahun 1.  yang beratur tu membeli buku etc di koperasi sekolah.  Mana la pakcik sorang ni, kang lagi ramai orang beratur lama nak sampai turn ...

haa ni dia baru sampai! tayar ketapi pancit ko?

dah habis menjawab soalan periksa.  mula nak main-main ...


best friend ~ Hanessa & Puteri.

sapa nama?  Shasha ... tolong dia sharpen pensel, rupa2nya pensel buta takde mata ... patutlah perhati dia jenuh mensharpen ... Laila Ain dah mula perkenan kat budak sorang ni, comel kata dia.

pagi Rabu 4hb, hari pertama persekolahan sesi 2012.  Abah tolong siapkan.

tu la mama engko, pagi ni baru nak kemas buku! ...  Ibu jugak yang salah, bapak betul manjang.

beli buku hari pertama sekolah.  bukan aku je yang lambat beli, ramai rupanya ...

baru balik ... seronokkkk kata dia


tiba-tiba uwan atok sampai, surpriseee!  nak gi sekolah ugama plak.  Hanessa pun sekolah ugama jugak.  Darjah 1 Yazid.  Puteri tak ada, kawan lain pulak jumpa.  Hidayat kelas 4 Hamzah.  Ni kelas corot katanya, sebab masuk sekolah balik time orang dah nak periksa.  Result pun tak de.  Hmm ... tak pe tak pe.  Belajar rajin-rajin mama abah doakan sentiasa.  Kelas mana-mana or cikgu mana-mana, diri sendiri nombor satu mesti rajin usaha.


mak bawak buah macam-macam ada.  manggis kegemaran semua.

rambutan dan duku langsat pun ada, dari rumah abah di Sawah Lebar.  Pokoknya rendah-rendah je capai dengan tangan.

ke madrasah Naqib hantar buah, lepas tu direct ke madrasah Laila Ain pulak.  Pergi ngan mak je, nak jamahkan cucu-cucu dia sebelum buah kecut kering.  I followwwww jo.

malam lepas maghrib, gi Kg Delek pulak hantar buah yang sama. 

Daro, anak Wahidah.  Lepas ni kalau ada lagi bagi gelaran Ndut plak yooooo ...

Nurashid menyerah kaki

sengsara, menyesal kata dia

adooooiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!  terlajak menyerah buruk padahnya, rasakan!!!!!!

last step kasi letup semua tulang

Wednesday, January 4, 2012

Takwim Madrasah Tahun 1433/2012

Takwim Madrasah Tahun 1433/2012

Persiapan Peperiksaan
24 Safar 1433 – 27 Safar 1433
18 Jan 2012 (Rabu) – 21 Jan 2012 (Sabtu)

Peperiksaan Pertengahan Tahun
29 Safar 1433 – 8 Rabi' al-Awwal 1433
23 Jan 2012 (Isnin) – 31 Jan 2012 (Selasa)

Keputusan Peperiksaan Dan Penyampaian Hadiah
19 Rabi' al-Awwal 1433
11 Feb 2012 (Sabtu)

Cuti Pertengahan Tahun
17 Rabi' al-Akhir 1433 – 25 Rabi' al-Akhir 1433
10 Mac 2012 (Sabtu) – 18 Mac 2011 (Ahad)
* Sabtu 11:30 Pagi.

Temuduga Pelajar Baru
13 Jumada al-Akhirah 1433 – 14 Jumada al-Akhirah 1433
4 Mei 2012 (Jumaat) – 5 Mei 2012 (Sabtu)

Majlis Khatam Sahih al-Bukhari
26 Rajab 1433/16 Jun 2012 (Sabtu)

Persiapan Peperiksaan
23 Rajab 1433 – 29 Rajab 1433
13 Jun 2012(Rabu) – 19 Julai 2011 (Selasa)

Peperiksaan Akhir Tahun
30 Rajab 1433 – 12 Sya'ban 1433
20 Jun 2012 (Rabu) - 2 Julai 2012 (Isnin)

Keluar 40 Hari
13 Sya'ban 1433
3 Julai 2012 (Selasa)

Cuti Hari Raya 'Idil Fitri 1433
25 Ramadhan 1433
13 Ogos 2012 (Isnin)
*Isnin Selepas Subuh.

Pengajian Sesi Baru
10 Syawwal 1433
28 Ogos 2012 (Selasa)

Pendaftaran Pelajar Baru
16 Syawwal 1433
3 September 2012 (Isnin)

Cuti Hari Raya 'Idil Adha 1433
7 Zul Hijjah 1433 - 15 Zul Hijjah 1433
23 Oktober 2012 (Selasa) - 31 Oktober 2012 (Rabu) *Selasa 11:30 Pagi.

*Setiap pelajar hanya akan dibenarkan meninggalkan madrasah untuk cuti rasmi madrasah selepas bayan nasihat pulang (wapsi). Oleh itu sila pastikan waktu perjalanan pulang (tiket kapal terbang dll) adalah pada waktu yang sesuai.


Tuesday, January 3, 2012

hari ni ok?

Pagi-pagi dah sedih?  Kenapa?  Dah berdoa kepada Allah?

Daripada melayan perasaan, cer angkat tangan berdoa jap.  Tak larat nak angkat?  Hmm ... doa je dalam hati.  Allah tetap mendengar.  Cakap la apa je ... tapi janganla merungut-rungut pulak.  Daripada merungut-rungut dalam hati, lebih afdal tukar rungutan kepada harapan yang baik.  Harapan yang best-best.  Macam kita nak tukar cat rumah.  Daripada warna kelabu asap ke warna light purple ... atau macam tukar baju dari blouse hitam ke blouse pink.  Tapi kalau nak keluar sarungla jubah hitam or baju kurung loose warna gelap.

Kalau cerita kat orang, boleh gak la release tension.  Tapi kekadang feedback pendengar tak macam yang kita harapkan, ndak-ndak dapat lak pendengar poyo (Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas ~
Poyo ialah sepatah perkataan Melayu bukan piawai yang boleh dikategorikan sebagai kata sifat - sering digunakan di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya di Semenanjung Malaysia dalam perbualan sehari-hari. Perkataan poyo tidak terdapat dalam Kamus Dewan dan setakat ini belum ada sebarang kajian akan asal-usulnya.  Poyo belum mempunyai takrifan khusus dan tepat, lebih kepada perkataan untuk menunjukkan seseorang itu tidak menyukai sifat tertentu atau kelakuan seseorang individu.  Ia boleh dikatakan bermaksud 1- seorang yang berlagak, merasakan diri bagus dan suka temberang. 2-seorang yang hodoh dan buruk.)


Ooo ni la maksud poyo ...

Maha Suci Allah dari sifat-sifat kekurangan dan kelemahan.  Allahu Akbar!
 
 


***
Macam-macam kat fesbuk.

Ada yang tulis dalam blog mencemuh ustaz main gitar.  Bengong la, sesaja je dia nak tambah traffik.  Tak payah la bukak blog tu.  Tak payah la gi baca semua komen yang kembali mengutuk si blogger (sebab aku dah terklik n terbaca komen-komen tu, tak membaiki pun, mengutuk aje.  Ada satu dua komen je yang positif, setakat yang dibaca. Tak kuasa nak baca habis.)

***

Kes kanak-kanak kena dera lagi sampai meninggal.  Kat Brunei pulak tu, negara yang aku anggap permai especially pekan Serianya yang hening ... Teringat kes mayat wanita ditemui di pantai Lumut, selepas balik ke sini.  Mujurlah bukan masa kami masih berada di sana.  Almost hari-hari pergi main air kat situ ... fuhh .......  aku pun tak mo jumpa benda-benda macam tu.  Tak minat la, macam la tak minatnya aku nak jumpa hantu dan tak minat jugak tengok drama hantu.

Tapi sekarang ni tengah survey pasal JIN, SAKA dan yang sebangsa.  Yang ini real, ada faedahnya daripada melongo depan tivi lepas tu nak masuk jamban tengah malam pun seriau tak tentu.  Benda-benda ni memang kaki pengacau sejak azali.  Jom kita bina benteng daripada gangguan macam ni.  Benteng Allah Taala yang Maha Gagah Perkasa, bukan benteng dengan bangsa jin jugak.

***
Kesimpulan ~ ayat faveret ........  hidup fana, sementara je.  So gunakan kesementaraan ni dengan yang terbaik.  Agar tak menyesal bila dah duduk dalam lubang kubur.  Maafkan kelemahan diri dan baikinya.  Maafkan kelemahan dorang dan doakan mereka.  Tingkatkan amalan, tambahkan ilmu untuk akhirat dan dekatkan diri bertambah dekat kepada Maha Pencipta.  ~~~~~> kata2 pagi ni untuk diri sendiri.

*****> Ya Allah, apa yang aku tulis kat sini tentu akan disiasat nanti di satu ketika semasa matahari sejengkal atas kepala.  Tolonglah aku menulis yang lebih baik tak untuk pembaca, untuk diriku sendiri, untuk anak-anakku.  Kekadang cara menulis dan apa yang ditulis terpengaruh oleh macam-macam faktor, luar dan dalam. 

*****> Mulai hari ni, entri-entri lama terutama yang ada gambar-gambar yang tak sesuai akan dihide/remove or  save as draft je untuk kemaslahatan bersama khususnya untuk Naqhuhines sendiri.  Harap maklum.

Jumpa lagi esok insyaAllah.





Monday, January 2, 2012

Jin lagi ...

Pasal jin lagi.

Memang banyak kerenah bangsa jin ni termasuklah memporak-perandakan rumahtangga hingga putus silaturrahim antara saudara.  Saya memang pening memikirkan dan cair taik telinga mendengar macam-macam report pasal orang tu orang ni orang sanun orang sini punya kerenah.  Sendiri punya kerenah macamana?

Saya pun berdoa kepada Allah.  Mana lagi nak menyerah diri kalau tak kepada DIA?  Walau betapa banyaknya dosa dan hinanya diriku ni ...  Dan alhamdulillah, sedikit demi sedikit Allah nampakkan jalan-jalan untuk penyelesaiannya insyaAllah.

Mula-mula ni entah macamana Allah yang punya kuasa jua, saya digerakkan hati untuk buka satu blog ni walaupun tajuk entri dia tak menarik minat sangat.  Buka dua tiga kali, saya skrol sampai bawah, Allah gerakkan hati saya klik kat satu web yang kalau saya memang tak minat nak tengokpun.  Bila dah bukak tu, saya pun baca.  Lepas baca saya baca lagi dan baca lagi, seronok la pulak.  Itu le blognya yang saya kata tengok sampai mata kelabu tu.

Lepas tu jumpa pulak blog lain yang seantero dengannya.  Ada jugak blog yang macam poyo entah apa-apa, memang tak minat den sori la yo.

Ni saya copy lagi entri pasal jin.  Terima kasih kepada empunya blog tapi blog ni bukanlah blog yang sampai mataku kelabu asap tu. Entri yang panjang berjela tapi pencerahan yang hampir sempurna, tentu ada lagi yang kita tak tahu dari ilmu-ilmu milik Allah.

Nanti nak ajak Pak Meon gi situ jumpa tok empunya blog kelakar tapi berat tu, sonang jo laluan balik kampung den yo.  InsyaAllah, semoga dapat menjadi jalan kepada penyelesaian masalah yang bersangkutan dengan famili saya, yang dah bertahun tak bersua muka dua bawang putih bawang merah ni.  Semoga Allah beri kesempatan sebelum ajal tiba.  Ya Allah, permudahkanlah urusan ini, ameen.

***

Rahsia Nampak Jin...Rumusan...

KEPENTINGAN MENGESAN GANGGUAN JIN...

1.Agar gangguan pada diri seseorang itu dapat di-
kesan dan di beri rawatan sepatutnya...

kerana ramai orang yang sebenarnya sedang mengalami-
nya tapi ia terus terbiar tanpa tindakan semata-mata
kerana tak faham...

Maka ia berterusan mengalami gangguan sementara cen-
gkaman makhluk tersebut terus bertambah kuat dan se-
bati...

Gangguan itu mungkin memberi kesan kepada...

a. Gangguan fikiran...

b. Gangguan perasaan...hingga ke tahap penyakit
mental...

c. Gangguan perkembangan potensi diri...

d. Gangguan kepada pembesaran dan pembelajaran
anak-anak...

e. Gangguan kepada hubungan antara ahli keluarga...

f. Gangguan kepada keharmonian rumah tangga...

g. Gangguan kepada hubungan dengan orang lain...ter-
masuk masyarakat...

h. Gangguan kepada urusan mencari rezeki...

i. Gangguan kepada kesihatan fizikal ( penyakit ).

j. Kecenderungan kepada kejahatan atau perkara sikap-
sikap negatif...

k.Halangan kepada mentaati Tuhan...malah lebih cende-
rung kepada tiap sesuatu yang di haramkan...

...dan sebagainya...

RAWATAN PENYAKIT...

Pada satu segi ada beberapa kategori penyakit...

1. Penyakit biasa...perlu rawatan hospital...

2. Gangguan jin...perlu rawatan gangguan...

3. Penyakit biasa dan gangguan serentak...perlu ra-
watan hospital dan gangguan...

4. Penyakit biasa membawa kepada gangguan jin...per-
lu rawatan hospital...dan rawatan gangguan...

5. Gangguan jin membawa kepada penyakit biasa...per-
lu rawatan gangguan sahaja...atau mungkin juga perlu-
kan rawatan hospital...

Zaman moden...ada perubatan moden...maka kita manafaat-
kan sepenuhnya...kerana itulah antara hikmahnya Tuhan
memberikan kita ilmu perubatan yang sentiasa berkembang
maju...

Tapi masih ujud jin...maka rawatan gangguan jin adalah
rawatan sepanjang zaman...kerana jin itu akan tetap
ujud hingga ke penutup usia Alam Dunia ini...

Apabila sesuatu penyakit itu tak mendapat rawatan se-
bagaiman kepeluannya...contohnya penyakit biasa dengan
rawtaan gangguan...atau penyakit gangguan dengan rawatan
hospital...maka ia bererti...penyakit itu tidak dirawat
dan pesakit akan menanggung padahnya...

ZAMAN MODEN...ZAMAN TAK ADA JIN ?

Itu zaman dulu...begitu kata segelintir orang yang me-
nafikan ujudnya gangguan jin di zaman mode ini...

Ia tak mengetahui...sedangkan umur sesekor jin itu sa-
ma dengan umur berpuluh keturunannya...sedangkan jin itu
sentiasa beranak pinak...maka bagaimana akan terhentinya
gangguan jin ?

Malah seperkara kita peru mengambil kira...mengenai jin
saka...banyak antaranya adalah jenis beranak pinak...
dari berbelas...berpuluh atau hingga beribu ekor...

Maka kalau dulu-dulunya jin pada orang-orang tua itu sekor
dua...dan 'cukup' untuknya sahaja...bayangkan kalau dah
beranak pinak hingga berpuluh...ke beribu...berapa ramai
antara kita sekarang yang ada jin saka dari sebab pilihan
atau ketidak sengajaan orang tua-tua kita ?

Malah ada orang yang mengingkari keujudan makhluk-makhluk
halus itu adalah dari sebab pengaruh jin sakanya sendiri.

Ada satu kisahnya..rakan-rakan merawat seorang ibu...ke-
mudia menantu si ibu yang datang dari jauh dengan sinis
berkata...cuba rawat aku pula..manatau ada jin...
ternyata ia kemudiannya muntah-muntah agak teruk...

JIN ISLAM...BUKAN JIN ISLAM...

Ada orang suka...gemar...berhobi dan 'bergumbira' dengan
adanya pendamping Jin Islam...

Bahaya Pendamping Jin Islam...

1. Membahayakan akidah...

2. Membahayakan diri...

3. Membahayakan keluarga...

4. Membahayakan keturunan...

5. membahayakan orang lain...

...dan sebagainya...

Setakat yang saya tahu...semua Jin Islam yang pernah
saya dan rakan-rakan temui...biasanya penipu...talam
tiga muka ( kalau manusia paling banyak pun...dua muka
saja ) juga pembunuh ( dengan Izin Tuhan ) termasuk
bunuh atau menyeksa suami wanita yang didampinginya...

Bayangkan...kalau bunuh orang..Islam menentukan balas
bunuh...kalau bunuh jin ikut suka hati sendiri pun...
tak ada hukuman undang-undangnya...

Ia menunjukkan betapa rendahnya darjat jin berbanding
kita manusia...

Tapi sebaliknya ada segelintir kalangan kita memandang
jin itu makhluk hebat...mulia...digeruni...ditakuti...
menjadikan jin itu bongkak dan 'menginjak' sepenuhnya
kepala kita sendiri...malah mengambil kesempatan den-
gan mewahnya diri kita sebagai makanannya atau jadi
khadam tukang bagi makan kepadanya...

Maka apabila anda sengaja berdamping dengan jin...si-
lakan anda...keluarga anda..dan keturunan anda berse-
menerima padahnya...

Kalau anda memilihnya 'sorang-sorang' kemudian keluarga
dan keturunan anda menanggung akibatnya...bersiap-
siaplah untuk menghadapi tuntutan mereka di Akhirat
kelak...

Ingatlah...Jin Islam sebenar tak akan membuat kerja-ker-
ja syaitan...iaitu mencampuri..memperdaya..menyakiti...
atau menyesatkan akidah manusia...dan tak akan merasuk
manusia termasuk bini orang kemudian menyuruh anda menj-
aga solat lima waktu...

AMALAN MUDAH...

Semua amalan yang saya tuliskan dalam blog ini...Insya
Allah...saya niat sampaikan pada semua orang...semoga
dapat di manafaatkan...

Tujuan utama sentiasa keredhaan Tuhan...dan segala per-
tolongan...perlindungan...kita mohonlah dari Tuhan...
sambil kita terus berusaha sebagaimana peraturan yang
IA telah tentukan dalam kehidupan ini...

Amalan Fatihah 3 Senafas...khususnya adalah antara am-
lan utama saya yang didapati daripada seorang Ustaz Per-
awat Rukyah...yang menafikan keujudan Aura...dan saya
sampaikan semoga jadi amal Jariah baginya...

Kalau perbezaan pendapat pada hal-hal terbuka seperti
ini menghalang kita daripada menerima sesuatu ilmu
yang baik-baik...maka ia adalah kejayaan syaitan...

Terima kasih pada Guru utama dan guru saya...dan rakan-
rakan di mana-mana juga termasuk rakan pengulas dalam
blog ini yang mungkin tak sedar sebenarnya dah jadi guru
saya...semoga segalanya bermanafaat untuk kebaikan dunia
akhirat...dan terima kasih atas perhatian anda semua...

...dan saya minta maaf atas semua salah...silap kasar...
bahasa..terutama dalam mejawab sebarang ulasan...yang
kadang-kadang saya buat dalam keadaan mengejar masa...

Semoga blog ini serba sedikit bermanafaat untuk umum
dan tolong betulkan salah silap terutama mengenai sesu-
atu yang berkaitan hukum hakam...dan sebagainya...

Mungkin rehat untuk sementara atau mungkin tidak...namun
atas mana-mana ulasan saya akan cuba menjawabnya setakat
mampu...Insya Allah...

Segala salah silap dalam blog ini adalah atas tanggungan
saya sendiri...bukan guru atau perguruan...

Penting tentang rawatan...saya baru belajar sekerat...
dan umpama tin kosong...bunyi saja kuat...tapi tak ada
isi...cuma saya manafaatkan bunyi yang agak kuat setakat
mampu ini untuk cuba menyedarkan anda...selangkah lagi...
kaki anda mungkin akan terjerumus ke dalam lubang...atau
beberapa langkah lagi...dahi anda pasti akan terhantuk...
carilah perawat yang sebenar-benarnya perawat...
yang diamnya penuh berisi.

Insya Allah...yang baik itu dari Allah...wallohu a'lam

***
Sekian dulu.  Amacam, cukup pencerahan?  insyaAllah bersambung dengan entri import yang lain.  Terima kasih sekali lagi kepada tuan punya blog tersebut.  Nak dapat info lain-lain jemputlah ke blog tersebut.  Saya pun nak jenguk entri beliau yang lain bila-bila free nanti, bila mata den dah hilang kelabu eh.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing