Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, December 28, 2012

Catatan Untuk Maklang (3)

maklang bikin kejutan hehehe ... ketika kami semua sedang sembang-sembang usai makan petang, tiba-tiba ada bunyi hon kereta di pagar.  Siapa ya?  Kami tertanya-tanya.  Semua yang sepatutnya ada, sudah pun sampai.  Siapa tu???

Ah, rupa-rupanya maklang dan Azali!

Maklang pulang untuk jengah uwan.  Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi.  Akhirnya wajah dan susuk maklang muncul di rumah tua ini setelah bertahun-tahun bayang pun tiada.

Semua seperti pulih dan ceria.  Kenangan lama menghimbau semula.  Ketika uwan masih kuat bertenaga.  Ketika semua orang masih muda.  Dan ketika aku masih kanak-kanak hingusan. Semuanya mesra dan bahagia.

Kemudian kenangan beberapa tahun lampau pula bermain di ruang mata.  Satu ... persatu ... ya, di celah-celah peristiwa itu mungkin terselitnya rasa kecewa, marah, dukacita, benci, meluat atau apa saja.  Yang kemudiannya tersimpan bertapuk menjadi pekasam yang lebih busuk dari nanah dan bangkai. 

Ah, biarlah yang lalu terus berlalu.  Masa yang pergi tak akan kembali lagi.  Susu tak akan kembali ke dada ibu.  Buang yang keruh dan ambil yang jernih.  Umpama kiambang berlalu biduk bertaut. 

Ketika mak dan maklang bersalaman.  Mak tarik tangan maklang dan suakan wajah untuk mencium pipi maklang.  Aku memerhati dalam diam.  Masih ada kekok dan kurang mengerti.  Mungkin maklang tak menyangka.  Aku ingat mak nak berbisik pula.  Rupa-rupanya tanda kasih mesra telah berputik semula.  Mak kucup pipi maklang, satu-satu adiknya yang dia ada.

Aku benar-benar berusaha agar suasana sempurna.  Meriah dan gembira.  Perutku tak lapar, aku paksakan makan bersama.  Walaupun bukan masa untuk makan, tapi Azali sudikan juga menjamah makanan yang telah sejuk terhidang.  Ah, tetamu paling istimewa ni!  Mesti dihidangkan apa saja yang boleh disedia.

Ketika maklang akan pulang, rambutan Batu Kikir jadi buah tangan kiriman untuk keluarga di Seremban.  Dan aku pesankan kepada maklang dengan nada rendah, semoga lain kali datang lagi jika tiada halangan.  

***

Ketika mak sudah bertegas dalam 'pakatan tiga dimensi' untuk menutup segala kisah terkini tentang uwan, maklong mungkir janji menjadi dalang berhati suci sehingga orang dekat yang jauh muncul kembali.  Alhamdulillah, antara doa yang aku titipkan kepadaNya telah dikabulkan hari ini.  Semoga semua hati-hati kami yang pecah seribu kembali bertaut lebih erat, padat dan beroleh rahmat yang berkah dari sisi Allah.  Seolah-olah awan gelap yang menyelubungi rumah tua beransur pergi, dan cahaya matahari mula menyinari segala ruang di bawah bumbungnya.  Semua syaitan-syaitan yang bersembunyi telah terbakar hangus dan yang mengintai-intai mencari peluang menjadi kecut kehampaan.  Wahai insan yang saling bersaudara, kembalilah berkasih-sayang demi keredhaan Allah.  

*  cukup le catatan untuk seorang maklang. Aku tak larat nak buat banyak-banyak catatan.  Sekadar teringat seorang makmbong pula ...

Terima kasih kepada kalian yang mendoakan.  Kerja Nubuwwah mesti dijalankan.  Iman dan amal mesti ditingkatkan.  Kasih-sayang mesti disebarkan.  Itu semua perlukan pengorbanan.  Kami rindukan syahid.  Semoga Allah telah meletak nama-nama kami di dalam senaraiNYA, dan kami dalam perjalanan menunaikannya.  Kami ingin menjadi pembantu-pembantu ugamaNYA.  Semoga DIA sudi menerima azam dan khidmat kami yang tak seberapa.  InsyaAllah.  Mohon doa selamanya.

*-*

2 comments:

Noraini Hassan said...

ooo google chrome je yg detect virus tu. IE boleh. Alhamdulillah mudah2an bulu ayam yg tercarik terus bertaut semula. Harap tiada orang ke 3 yang mencarikkan.

Ummi Amirah said...

Alhamdulillah ... :D Intan kemain berdoa janganla ada virus serang lagi ...

Sama2lah kita berdoa semoga hati-hati kita sentiasa bertaut rapat erat padu dan padat dek kasih sayang, tak renggang atau pecah.

Sangat susah nak bertaut semula, banyak la prasangka buruk hingga sampai menilai hati orang yang hanya Allah saja yang Maha Tahu.

Semoga Allah permudahkan dan kembalikan semuanya ke asal bahkan lebih baik lagi insyaAllah.

Mohon doa untuk mak supaya dia sangat bersabar meladeni uwan. Semoga Allah bantu mak.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing