Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, December 21, 2012

Catatan Untuk Mak Lang (2)

Mak Lang, semoga kita akan berpakat dan saling bekerjasama pasal uwan.  Mak dah tak update pasal uwan pada kami dah ... semua sihat je katanya.  Mak dah malas nak kemaskini berita uwan hehe ...  Entah la ya ... agaknya mak tak mau kami susah hati dan bergegas balik.  Kesian uwan.  Nak ke sini pun dah tak boleh.  Sakit lutut uwan bila nak keluar dari kereta, payah benar uwan nak mengangkat punggung dari seat.  Dengan tongkat ketiak di tangan kanan dan tongkat aluminium paras pinggang di tangan kiri.  Getah tongkat pun dah haus.  Khabarnya Azali dah berjanji nak menghantar (mengembalikan) tongkat kaki empat kepada uwan, setakat tulisan ni belum maklum lagi keadaan terkini.  Kalau dah dihantar alhamdulillah baguslah, boleh uwan manfaatkan tongkat tu sepenuhnya.

Semalam pun macam tu.  Tanya mak khabar setiap orang, khabar diri mak sendiri, khabar abah, khabar uwan.  Semua sihat, jawab mak.

Tapi rahsia mak bocor juga.  Mak Ramlah beritahu uwan dah dua hari di wad hospital.  Penyakitnya kali ini aneh sekali.  Kata Mak Ramlah, ada darah keluar dari semua aluran di tapak kaki uwan.  Apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam tubuh uwan?

Kata Makngah Ani, itu semua simptom kecelaruan organ dalam tubuh.  Innalilahi wainnailaihi rajiun.  Setiap yang muda akan tua.  Setiap yang kuat akan lemah.  Setiap yang bermula akan berakhir.  Setiap detik terus berlalu tak akan kembali lagi.  Apa yang pasti, yang sihat sementelah yang uzur pasti akan menemui Illahi.

Cuma, masanya entah bila.  Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Namun Allah beri juga ilmu untuk kita selalu berhati-hati.  Ada orang kata, kalau kita gesek dua kulit kita dah tak berbunyi apa, tandanya tak lama lagi la tu ... Contohnya kita usap tapak tangan ke lengan kita.  Mesti ada bunyi usapan tangan tu kan.  Cer Mak Lang gosok lengan Mak Lang pulak ... ada tak bunyi gosokan tu?

Kata orang, kalau senyap je tak ada bunyi apa-apa, eloklah bersiap-siap sekadar terdaya.  Beli kain kafan ke, buat surat wasiat letak bawah bantal ke, agih-agihkan duit yang ada sebagai sedekah, mohon ampun maaf kat ibubapa dan semua manusia.  Hmm ... itupun kalau masih sempat.  Wallahualam.

Ya Allah, satukanlah semula hati-hati kami yang sudah pecah dan retak 1001 kali retakan ni ...  kami takut doa kami tak terangkat ke langit sebaliknya terapung-apung tersangkut tersadai di pertengahan langit dan bumi.  Ke atas tak, ke bawah tak.  Sampai bila nak macam tu?

Nauzubillahi minzalik.  Antara empat orang yang tak diampuni dalam bulan penuh barokah Ramadhan yang mulia ialah orang yang memutuskan silaturrahim.  Janganlah kita masuk golongan itu, jauhkanlah ya Allah.

Ya Allah, kami mohon taufik dan hidayatMu ya Allah.  Ini semua adalah kerana kami lemah iman dan kurang amal.  Memang benar, kerja dakwah usaha atas iman tak boleh ditinggalkan.  Ia mesti diteruskan dan dilakukan oleh semua orang Islam.  Masuk ke segala ceruk desa yang tersembunyi dek pohon rimbun yang hijau.  Di sebalik sana, ada macam-macam hal yang berserabut dan melelahkan.  Apabila hidayat datang, ia benar-benar cahaya yang menguak siang yang kelam dan malam yang hitam.

Ya Allah, ampunilah kami ya Allah.  Datangkanlah hidayat dan taufikMu ke perkampungan kami yang dingin tetapi ada api membara yang tak kelihatan di mata.  Hanya hati yang merasa.

Tak ada yang mustahil di sisiMU.  Selamatkanlah kami dari perasaan putus asa dan gentar kepada makhluk.  Allah Maha Kuasa, makhluk tak ada kuasa sepicing pun.

*~*

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing