Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, December 21, 2012

berita terkini 20122012

* tak ada kaitan dengan tarikh yang tersusun cantik tu ya!  Cuma tajuk ni agak catchy kot. 

1.  teguran, komen dan nasihat terus datang dari pelanggan dan kenalan kami tentang kedai Cafe 'de Permai.  Antaranya dari pelanggan tetap.  Katanya kedai kami selalu tutup.  Pelik bin ajaib sebab kami tutup hanya Jumaat sahaja.  Seronok tengok kedai yang sentiasa penuh pelanggan.  Alhamdulillah, setiap orang ada sukatan rezeki masing-masing.  Cuma jangan khianat sesama kita.  Aku tak kacau kau.  Kau tak payah kacau aku.  Apapun Allah Maha Kuasa, makhluk tak ada kuasa.  Kau usaha cara mana, kau dapat hasilnya.  Mungkin ganjaran mungkin balasan.  Kami pun begitu juga.  Mari betulkan niat bersama.  Hidup kat dunia semakin susut nilai.  Dunia makin tua.  Kami tak akan putus asa demi mencari rezeki yang halal dan berkah dari Allah.  InsyaAllah bantuan dan pertolongan akan muncul, cuma kena sabar ... sangat-sangat sabar.  Istimewanya kami, pape tapi orang tengok masih bergaya.  Rezeki jugak tu.  Allah yang bagi rezeki. Alhamdulillah.  Rezeki bukan bentuk duit je.  Itu nak kena faham.  Cool.

2.  Blog aku dikhabarkan tak boleh dibukak sebab ada warning Malware virus.  Terbaru, kakak aku bagitau kat fb.  Aku cuba buat apa yang boleh tapi kakak aku kata masih ada lagi virus tu.  Aku tak tau la nak buat macamana lagi.  Ada la hikmahnya tu.  Aku hantar sms dan pertanyaan kat Epul mintak pertolongan dia, no respon pulak.  Sibuk la tu.  Apa yang penting aku boleh terus bukak blog ni dan boleh terus menulis.  Sambil tu aku akan cuba usahakan lagi hingga clean dari virus ni.  Nombor satu, aku terasa sedang diproses dalam ujian ni.  Kepada Allah berserah.

3.  Status di fb petang tadi, "Ya Allah, aku sudah memilihMU.  Ya Allah, pilihlah pula aku ..."  Ia spontan dan aku sangat sukakan status ni sebab Allah mengizinkan aku menulisnya. ilham dariNYA jua. ia datang direct dari hati aku.  Ya Allah, hanya Engkau yang mengerti dan mengetahui yang tersirat di sebalik yang tersurat.

4.  Aku dah bikin gempak tak jadi di fb dengan gambar peket daging BBQ Ham bertanda logo HALAL yang disusun di ruang vegetarian di nsk Taman Sentosa Klang, yang aku snap tengahari tadi.  Menambah gempak ialah Reen yang memang cekap bikin gempur berbahang hahaha ... Tak sengaja nama aku naik sekejap kat grup Penduduk Kampung Sijangkang.  Promosi tak langsung untuk Cafe 'de Permai la tu hehehe ... tapi kesian gak kat Reen sebab peluru yang dikeluarkan sipi sikit.  Dia risau peluru patah balik macam boomerang.  Ham tu rupanya bukan setakat daging babi je, tapi boleh jadi juga kepingan ayam atau daging lembu bagai.   Sebab tu kalau beli sandwic, ada sandwic chicken ham.  Kalau jenguk blog resepi, chicken ham dan sewaktu dengannya bukan perkara baru.  Cuma aku bukan pengguna atau penggemar benda macam ni.  So aku mengaku agak terkejut (walaupun still cool) bila nampak bendalah ni display kat open freezer macam tu.   Apa kata DBP adjust balik penggunaan perkataan ham di Malaysia tercinta ni.  Respon awal memang bikin kejutan dan mengejutkan.  So kira ramai yang sebenarnya otomatik anggap ham ialah babi. 

5.  Aku dah set nak mula siapkan keseluruhan softcopy novel Sakinah tapi nampaknya tertangguh dek kerana BBQ Ham Halal yang meledak kejap tadi.  Oh ya, baru teringat janji aku nak send novel ni kat seseorang ...

Ya Allah, selamatkanlah blog ni dan blog-blog lain daripada serangan virus Malware ni.  Aku tak tau apa bendanya virus ni semua.  Semoga ia dan segala suku-sakatnya Kau hapuskanlah sama sekali dari alam cakrawala Bima Sakti ini dan tak menyusahkan kami lagi.  Kuatkanlah iman dan kesabaran kami ya Allah.  Dan bantulah kami menulis yang bermanfaat dan berpahala, bukan nak glamer, nak nama atau apa sahaja yang sewaktu dengannya.   Aameen.

*sebelum apa-apa, doa la dulu kepada Yang Maha Pencipta.  Baru buat report dan cari antivirus bagai ... Doa pulak nak kena yakin bukan jadi cakap kosong je.  Ada limited issue ke nak berdoa kepada Dia? Doa aku tu macam doa budak-budak ke?  Aku tak kisah, ya Allah, Engkau Maha Mendengar dan Maha Pemurah.  Tak lama lagi insyaAllah ok la blog aku ni bersih dari virus Malware dan sewaktu dengannya. 

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing