Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, November 26, 2012

mak nak belanja makan kfc tapi ...

semasa di kampung, ketika minum petang, tiba-tiba mak ajak abah masuk ke ruang hall dapur yang terlindung dari kami.  Entah apa yang dibincangkan ... kami tak kesah.  Terus minum dan layan uwan borak-borak macam biasa.  Hujan turun barai-barai ...

Mak abah muncul semula.  Mak kata, "ada sepraissssss!!! nanti malam atuk nak belanja kfc!!!"  Mak tepuk-tepuk belakang Hidayat sambil tersenyum lebar.

Aku spontan bersorak gumbira.  "Yeayyyy!!! makan kfc!!! mama nak cheezy wedges, tak mo ayam.!"  Cehh, dengan tak malunya aku segera membuat order.

Hidayat dan Hanessa sama la bersorak ... kanak-kanak riang ... patut le ... aku?  Hehe ... mak kanak-kanak riang :P

Kata suami aku pulak, "Laa tak de la sepraisnya dah cakap awal-awal ..."  Hihihi ... lantak la ... mak saja nak belanja Hidayat tu, sebab telah selamat berkhatan tanpa kerenah. 

***

Petangnya aku ditugaskan mengacau rendang.  Maka akupun bermain mata dengan asap-asap yang menerpa dari api yang marak membakar kayu di bawah kawah rendang, sambil didendangkan nasyid kegemaran dari hp.  Hanessa menemani sehinggalah dia terlompat-lompat mengikut suami dan mak ke rumah Tuan Imam untuk urusan tepung tawar kereta.  Aku tinggal bersendirian.

Sebelum mak pergi, mak sempat berbicara begini : "Karang nak makan kfc tak yah la pakai jebeng tu (niqab) ... kang susah nak makan."

Aku diam, terdiam dan mendiamkan diri.  Senyap tak menyahut walaupun sepatah. 

Confirm, aku tak akan ikut makan kfc, insyaAllah!  Itulah keputusanku, muktamad. 

***

Ketika mak mula menggera anak-anak aku bersiap untuk keluar makan kfc, aku masih santai bersama telekung.  Mak menyuruh aku menyiapkan makanan suamiku tadinya pun aku masih bertelekung.  Sehingga saat akhir mereka semua dah siap, aku tetap dalam telekung. 

"Jom la copek siap.  Kato nak makan kfc ..." kata mak hairan melihat aku.

"Tak po la mak ... kang susah nak makan."  sahut aku slow. 

Mak suruh abah pulak ajak aku.  Jawapan aku sama.  Suami dan anak-anak mengajak, pun sama jugak aku jawab.

Haihh ... kenapa la mak tak faham.  Kenapa mak tak cakap macam ni, "tak po la ... kau nak pakai jebeng tu pakai la ... dah jom copek ..."  kan senang hati aku.

Ni aku cakap karang susah nak makan, mak tak cakap apa pun.  Walhal aku ada maksud di sebaliknya.  Aku sebenarnya nak la ikut, tapi biarlah aku pakai niqab.  Aku dah janji pada Allah Taala, janji pada diri sendiri, aku tak akan bukak niqab sehingga nafasku yang terakhir.  InsyaAllah.  Takkan nak pi makan kfc, aku bukak niqab ni.  Aduhaiiii ...  Aku rasa janggal la ...

Bila mereka semua dah bergerak, aku rasa nak menangis. Apakah aku terlalu keras hati?  Tapi keras hati ke keras kepala ke ... aku hanya tak nak bukak niqab je.  Suami aku ok je ... bahkan dia kata kalau boleh dia pun malas nak pergi (agaknya sebab aku tak mo ikut) tapi dia kena la pergi jugak at least dia cover line, dan jadi drebar, bawak kereta baru plak tu ... hihi ... so as long as suami aku ok, aku tak kisah apa mak nak kata.

Dan akhirnya meleleh jugak airmata aku.  Tapi tak boleh jadi ni!  Aku angkat beg berisi al-Quran dan kitab taklim ke bilik uwan.  Kat bilik uwan, aku duduk atas katil dan membaca semua surah-surah yang biasa aku baca setiap malam, sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.  Selepas tu aku baca Ayat Manzil.  Masa ni lampu bilik uwan tiba-tiba jadi malap macam nak terbakar, terpaksa pulak aku rapatkan kitab dekat ke mata.  Habis je sekali round Ayat Manzil, mereka yang pergi kfc pun balik.  Aku ingat nak buat tiga round Ayat Manzil so kena la kensel.  Karang lagi satu isu aku melekat kat bilik uwan pulak ... haihh ...

Hahaha ... aku gelak dalam hati ... sebab rupanya mak beli tapau bawak balik rumah satu bekas besar kfc.  Ingatkan makan kat sana, sebab dengar macam tak best makan kat rumah (sebab dah sejuk).  Aku tak tunggu lama, terus je duduk mencelah dan ngap cheezy wedges yang dibelikan untuk aku.  Buat dek aje le ...  tak lama kemudian uwan pun datang join dan sama-sama makan cheezy wedges.  Suka rupanya uwan makan kentang tu ...

Kesimpulannya, bila Allah dah tetapkan rezeki aku makan cheezy wedges malam tu, aku tetap akan dapat makan cheezy wedges.  Bila Allah tetapkan aku dapat pakai kereta besar sikit, aku dapat pakai walaupun aku rasa macam tak percaya je.  Means selagi masih ada rezeki aku di alam fana ni di mana-mana corok sekalipun, aku akan dapat rezeki tu sehinggalah bila dah habis semua, ajal pun akan tiba.  





4 comments:

Noraini Hassan said...

Bila bc entry ni baru teringat...terlupa langsung Dayat baru berkhatan. Mgah hutang Dayat lah ya..tak beri apa2 pun hari tu..Nanti jumpa Mgah belanja Dayat pulak ya :)

Tahniah...teruskan mujahadah..

Ummi Amirah said...

hehe ... mgah nak belanja Dayat sorang je ke hehe ... tak sabar nak makan belanja orang berkhatan ni ...

InsyaAllah, mohon doa mgah n semua agar dapat terus mujahadah n istiqamah.

Noraini Hassan said...

belanja semua boleh..tapi bila ya? Dayat dah gi madrasah kan. Dik Mat join Haris program Daurah di masjid Bangi sekarang ni.

Ummi Amirah said...

Hidayat masuk insyaAllah Ahad ni, 2 Disember 2012. Hanessa pun, insyaAllah. Baguslah Dik Mat join Haris tu ... ada geng Haris hehe ... masa kat hospital KP sempat pujuk Haris ikut Hidayat tapi dia kata, 'nantilah fikir dulu ...' hehe ... pandai dia bagi jawapan. Sebenarnya bukan dia tak ingin, tapi belum terbuka hati. Lagipun dia dah set mind awal-awal tak nak jauh dari ibunya. But nothing impossible as long as Allah is with us ... sama2la kita panjatkan doa kepada Allah untuk anak-anak ni.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing