Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, November 27, 2012

Hanessa ke madrasah

Tiba-tiba telefon suami berbunyi.  Dia berbicara sesuatu dengan seseorang, macam orang perempuan gayanya.

"Ustazah SH tepon.  Dia tanya bila Adik nak masuk asrama."  habis bertelefon, suami memberitahu aku begitu.

Ahad ni, 2 Disember, dia dan Nisa Irdina akan kami hantar ke madrasah.  Begitulah aku dengar suami memberitahu di telefon tadi.

Aku setuju.  Memang dia akan duduk di madrasah sepenuh masa untuk cuti Disember je.  Tahun depan aku akan hantar dan jemput dia setiap hari.  Ustazah dah beritahu semasa temuduga tempohari, pelajar paling kecil dibenarkan duduk di asrama ialah 11 tahun.  Hanessa hanya berumur 8 tahun pada Mac 2013.  Kelebihannya, dia ada kakak di sana.  Tapi, nampaknya macam ustazah keberatan nak menerima Hanessa sepenuh masa.  Aku pun rasa hmm ... biarlah dia seorang ulang-alik.  Tak le aku sunyi sangat setiap hari.

"Ustazah kata Adik boleh duduk asrama tahun depan."  suamiku menyambung.

Hahh?!!  Aku terkejut, tapi segera aku ucapkan alhamdulillah.  Mesti ucap syukur kepada Allah,  tentulah ada kebaikannya.  Sebab sebenarnya aku memang nak dia duduk asrama, tapi aku akur pada keputusan awal ustazah.  Tak sangka pulak keputusan mesyuarat berubah begitu.  Semua permohonan dan sebarang hal mesti melalui mesyuarat terlebih dahulu di antara para ustazah dan mudir.  Jadi, aku yakin mereka telah membuat keputusan yang betul dan tepat.

Kiranya Hanessa bakal menjadi pelajar paling muda tinggal di madrasah.  Pelajar muda yang lain semuanya ulang-alik.  Apa-apapun, menginap di sana untuk cuti ini akan menjadi testing kepada dia.  Apabila habis cuti dan musim sekolah bermula, semua pelajar sementara akan pulang ke rumah masing-masing termasuk Nisa Irdina nanti.  Yang ada ialah pelajar yang jauh lebih tua termasuk kakaknya.  Aku tak sure ... tapi sentiasa aku titip doa untuk Hanessa semoga hatinya cukup kental dan tabah.

"Dik, ustazah kata Adik boleh tinggal di asrama tahun depan.  Adik nak ke?"  aku tanya ringan pada dia.

Hanessa angguk.  "Sure??"  aku tekankan lagi.

Dia angguk, "InsyaAllah!"  jawabnya tegas.

"Alhamdulillah.  Kita try ok.  Mama akan doakan Adik."

"InsyaAllah."  sahutnya sama, selamba.  Dia apa-apapun kini, akan menjawab 'InsyaAllah'.

Aku teringat kakaknya.  Minggu lepas, ketika bercakap di telefon, dia berkata, "Ma, kalau Ain cakap mama jangan marah ya ..."

Aku dah mula saspen.   Ada kes ke?

Hmm ... dia dah langgar peraturan kerana mengikut ajakan rakan (naik ke bilik ketika semua ustazah sedang bermesyuarat).  Aku anggap ini kes nakal dan tak menggunakan pertimbangan waras serta terpengaruh dengan rakan.


"Macamana kamu ni?  Diri sendiri pun tak boleh jaga, macamana nak jaga adik kamu?"  begitulah lebih kurang ustazah memarahinya.  Katanya, selepas itu dia menulis surat kepada ustazah memohon kemaafan.  Entah apa lagi ditulisnya, aku bertanya tapi tak diberitahunya. 

"Ustazah senyum-senyum kat Ain lepas baca surat tu, ma ..."  Hmm ... apa la yang dah dirapunya dalam surat tu hehe ...

Aku pun tambah sikit mencukupkan perencahnya di telefon.  Dek kerana kes inilah aku tak harap sangat Hanessa akan diterima tinggal di asrama. 

Walaupun si kakak telah tolong backing Hanessa, "Adik saya tu lebih berdikari berbanding saya, ustazah."

Hahaha ... kalau dibelek-belek dan diperhatikan personaliti dan fiil keduanya, nampak si adik terkadang lebih tegas dan jelas prinsipnya berbanding tiga yang lain.  Wallahu'alam.  Setiap anak ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.  Ada banyak faktor khususnya ketetapan Allah sejak azali di Lauh Mahfuz.

Menanti Januari 2013 tiba, ada beberapa perkara penting bakal berlaku dalam hidup kami sekeluarga.  Antara yang pasti insyaAllah ialah Hidayat dan Hanessa memulai pengajian di madrasah sebagai pelajar hafiz dan hafizah.  Lain-lain ... sama-sama kita tunggu ceritanya nanti insyaAllah.



3 comments:

Noraini Hassan said...

Alhamdulillah dapat didik anak2 jadi hafiz & hafizah. Haris belum tahu nak sekolah mana tahun depan.

Ummi Amirah said...

diorang ni ambang pintu madrasah pun belum masuk lagi. Hasrat, hajat dan cita-cita memang macam tu la ... semoga anak-anak ni menjadi ahlullah, sentiasa membaca al-Quran di bibir dan di hati ... esok memanjat tangga syurga sambil membaca al-Quran ... kedua ibubapa dipakaikan mahkota lebih cemerlang dari matahari ... dapat pula memberi syafaat kepada 10 ahli keluarga ... tapi bukan mudah laluannya nak menjadi ahlullah ... banyak ujian dan dugaan ...

Mohonlah doa untuk diorang ni ya ... semoga Allah pilih terus hingga berjaya. Dan semoga Allah tak keluarkan dari madrasah. Tetap tabah dan cekal hingga selesai.

Semoga Haris pun macam tu juga. Haris mungkin sekarang ni belum bersedia. Sebut-sebutlah selalu, bagi perangsang dan semangat kat dia. InsyaAllah Allah akan bukakan pintu hatinya nanti.

Intan bersyukur sebab Mak Leha sangat beri galakan dan sokongan bila tau pasal diorang berdua ni. Sejak zaman Naqib dia memang menyokong je. Mak J pun dah beri sokongan jugak insyaAllah. Mak R tak perlu diragui lagi.

Semoga berkat doa semua, anak-anak berempat ni merintis jalan untuk ahli keluarga seterusnya insyaAllah.

Azlianis Ab Razab said...
This comment has been removed by the author.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing