Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, September 12, 2012

saya tak perlukan kamu

dan semua keturunan kamu sampai hari kiamat.  Kamu keluar dari tubuh saya dan ambil semua barang-barang kamu.  Dan jangan kamu datang lagi kepada saya.

Aku ikut semua yang ustaz tu suruh ikut apa yang dicakapnya.  Sementara itu, ustaz berbaju biru yang duduk di hadapan aku masih mengeliat-ngeliat dengan mata tertutup, jari-jemarinya mengerekot dan tubuhnya bongkok.  Aku dapat bayangkan betapa hodohnya saka beruk yang telah menghuni tubuh aku entah sejak bila. 

Ustaz berjubah putih tadi ada berinteraksi dengan jin yang telah ditransfer ke dalam tubuh ustaz berbaju biru.  Dia bertanya kenapa duduk dalam badan aku, tapi tak ada jawapan yang pasti.  Aku pun tak dengar sangat sebab suara jin tu begitu dalam dan garau.  Yang aku dengar ialah ustaz tu bagitau aku dah tak mau jin ni duduk dalam badan aku dan dia kena berambus jauh-jauh bawak barang-barang dia sekali yang dia letak dalam badan aku.  Ihh pelik, kalau korang pelik aku pun pelik.  Barang apa, aku tak tau.

Jin tu geleng-geleng macam enggan.  Ustaz gertak, kalau tak keluar dia akan dipancung.  Jin tu memang bodoh, dia geleng-geleng lagi.  Ustaz jubah putih dan ustaz jubah oren (duduk di kiri aku) pun baca ayat-ayat al-Quran dan hala tangan macam bagi kick kat ustaz baju biru.  Menderam aku dengar ... naik seram sejuk tapi aku tak rasa takut.  Rasa eager ada la ... bukan pernah pun.  Cuma dek saspennya, aku cengkam peha suami aku yang duduk kat tepi aku kuat-kuat.

Lepas tu ustaz jubah putih kata, 'ko campak dia jauh-jauh' kat ustaz baju biru.  Pada masa yang sama ustaz baju biru mengeliat lagi dengan kedua-dua tangan naik ke atas macam gaya orang nak bukak baju ikut tangan sambil berkeruh.  Bila wajah ustaz baju biru tu dah ok, normal balik, dia pegang hp balik dan picit-picit hp macam tak ada apa-apa berlaku. 

/bersambung.  insyaAllah (kalau teringat nak sambung ...)

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing