Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, September 13, 2012

puan Cantik nak kena belasah ke haa?

mula-mula dia membasahkan bantal Hidayat.  Tau-tau ada bau je yang cukup kuat dan tak sedap langsung!  Lepas tu terkena kat suami aku pulak.  Dia dengan rasa yang teramat penat merebahkan badan lepas solat Subuh, terus terbangun dan hilang semua mengantuknya.  Timbul berang ... berang sebab dia rebahkan badan di atas bantal basah yang ... tak ada lain untuk disyakki lagi selain Puan Cantik!!!!!!!

Arghhhh!  Cantikkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!

Aku pun naik sebal dengan perangai Cantik yang terkini ni.  Kenapa dia buat perangai macam ni??????  Aku ngandung ke?  Ishhhhh apa kena mengena?  Hahahaha ...

So sekarang ni semua bilik tidur diarahkan tutup pintu.  Cantik dah jadi haiwan berbahaya kat rumah ni.  Tapi Ain masih lalai.  Aku pulak yang jadi tukang tutup bilik dia.  Malam tadi dia lupa nak tutup dan Cantik selamat buat dajal kat tilam dia.  Lepas tu Ain marah-marah pulak .... dah dipesan siap-siap bukan sekali dua.  Jadi redha la Ain .... tapi dia nak lepaskan geram, dilepuknya Cantik sekuat-kuat hatinya sampai kucing tu terkedu nak mengiau mintak biskut kat dia pun tak keluar suara, hanya mata je terkelip-kelip.  Haha ....

Bantal besar yang dibeli masa Naqib lahir dulu, yang diwakafkan untuk tempat Budak-budak Bulu santai pun dah basah dek Cantik.  Aku tak nampak, tapi sapa punya kerja lagi menghayau-hayau begitu punya banyak kalau tak Cantik?  Dia kalau nampak pasir bersih untuk anak-anak dia, dia yang lebih-lebih pergi tertonggeng-tonggeng nak memburan kat situ.  Geram jeeee .... aku marah dia kebil-kebil buat bodoh. Jadinya pasir anak dia, dia pulak yang mengotorkan. 

Putam pun dah start aktiviti kucing jantan miangnya tu.  Sebelum ni dia memang kucing baik.  Tapi kami semua perasan dia makin lama makin gemuk, makin besar, makin berat, makin garang dengan anak-anak dia dan yang pastinya makin miang.  Lagi satu dia suka naik kereta bila kami nak keluar gi mana-mana.  Jadi kerja pulak bila dah sampai kedai, turunkan budak-budak dan aku pusing balik hantar Putam ke rumah.  Risau gak karang dia bergaduh ke atau hilang dari kedai. Hmm ...

Sapa nak Budak-budak Bulu tu?  Perangai baik, muka comel, berdisiplin membuang najis kat pasir je, suka bergurau, periang dan sihat.  Bila time dorang bermain, suara tak kedengaran tapi bunyi loceng je yang riuh ke depan ke belakang.  Suka main laser, main rotan, main tali dan panjat-memanjat.  Kesimpulannya, kucing normal yang ceria. 

Pss kalau anak-anak aku tau aku bukak iklan ni, mesti dorang tak suka ni.  So kita deal diam-diam je la hehehe ...

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing