Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Sunday, September 16, 2012

Persoalan:

1) " Jubah,serban tu semua bukan sunnah nabi,jubah tu budaya orang arab...!kalau nabi diturunkan kat china atau india tentu pakaian diorang nabi pakai...! "

2) " yang sunnah tu cara pakai,bukannya apa yang dipakai,kalau semua nak ikut nabi,pegila naik unte... "

3) " pompuan arab pakai purdah tu sebab kat arab takut pasir kena muka..! "

Ibnu batoota:

1) nabi tiru orang arab ke atau orang arab tiru nabi-nabi allah?kenapa nabi-nabi lain yang bukan arab memakai jubah dan serban?kenapa ada riwayat menyebut malaikat memakai serban dan jubah?seperti nabi isa,mahsyur sekali baginda memakai jubah hinggakan orang kristian pun akui jesus memakai jubah,sebab tu mereka lukis gambar jesus memakai jubah dan paderi mereka juga pakai jubah sedangkan jesus dan majoriti kristian bukannya orang arab???sebenarnya jubah,serban,janggut dan semua yang ada pada nabi tu bukannya budaya arab tapi ia adalah pakaian standard para anbiyya a.s yang dijadikan budaya oleh orang arab kerana pengaruh nabi muhammad yang kuat di tanah arab,ia adalah pakaian tawadhuk dan paling sempurna,selesa dan menutup aurat sepenuhnya.JUJURLAH PADA DIRI!apakah kalian merasa tenang apabila melihat seorang lelaki memakai jubah,serban,berjanggut walaupun pemakainya itu orang biasa?atau kalian lebih tenang dan sejuk melihat seorang lelaki dalam baju kot hitam bertali leher seperti rabbi yahudi walaupun pemakainya itu seorang ustad????kenapa begitu?kerana nur nubuwwah itu terpancar kepada pemakainya dan menyejukkan mata sesiapa sahaja yang melihatnya........

Maka kenapa timbul puak yang cuba untuk jauhkan umat islam dari pemakaian para nabi????
Kenapa mesti agungkan fesyen moden????
Memang lah pakai jubah serban tak wajib dan tidaklah haram memakai t shirt dan jeans sahaja,tapi kenapa mesti berkelakuan seolah-olah pakaian rasulullah dan para anbiya itu tiada nilai dan harga sampaikan ada yang mendakwa ia budaya semata-mata,tak dapat pahala pun....sedangkan segala yang ada pada diri nabi adalah yang terbaik..!
Termasuk pakaian nabi adalah pakaian yang terbaik...!
Kalau pakaian kot dan tali leher itu lebih baik disisi allah,tentu saja allah akan lahirkan nabi muhammad di kalangan mereka...
Kalau baju china dan india lebih baik,tentu saja allah akan takdirkan nabi lahir di kalangan mereka....
Apa secara 'kebetulan' je ke allah lahirkan nabi dikalangan orang arab yang memakai jubah secara adat?
Kebetulan ke????

2) betul,cara pakai juga sunnah,begitu juga apa yang dipakai juga sunnah...cara pakai seperti mulakan dari bahagian kanan,menutup aurat,tiada gambar makhluk bernyawa pada baju,tidak meniru-niru budaya kafir,sopan,kemas,bersih,semua itu insyallah dapat pahala '"cara sunnah pakai pakaian"...bagi yang pakai jubah serban dengan niat mencontohi nabi pula insyallah mendapat pahala "sunnah memakai pakaian nabi..."
Hujah itu benar,tapi jadi masalah bila sengaja nak merendah-rendahkan fesyen anbiya a.s....seolah-olah fesyen-fesyen bodoh zaman sekarang ni lebih baik dari fesyen nabi-nabi....bab naik unte tu,kalau naik unta dengan niat kerana nabi naik unta pun insyallah akan dapat pahala..masalahnya unta susah nak carik,jubah senang je cari,tambahan lagi zaman sekarang dah ada kereta,lebih mudah,jadi naik lah kereta...dalam bab pakaian langsung tak boleh disamakan dengan bab kenderaan,kerana pakaian tak boleh di upgrade seperti mana kenderaan...unta kalau naik,lambat sampai,kalau naik kereta cepat sampai,jadi naik lah kereta sebab ia satu kemudahan,kalau pakaian pulak,apa kejadahnya nak jadi kemudahan lagi?fungsinya menutup aurat,nak upgrade 'kemudahan' nya jadi apa lagi?nak jadi baju iron man?kalau compare kereta dengan unta,maka jubah pon kena compare dengan baju iron man lah........berat nanananananananangggg.....

3)dalam tafsir ibn kathir rah,telah dibawakan kalam saidina ibn 'abbas r.a berkenaan ayat quran: " an yudniina 'alaihinn min jalaabihinna " ( supaya mereka mengenalan ke atas diri mereka akan jilbab mereka )...

Ibn abbas menafsirkan: " allah memerintahkan para wanita mu'min,apabila mereka keluar daripada rumah mereka di dalam keadaan KEPERLUAN/HAJAT (menunjukkan wanita hanya keluar atas hajat/keperluan), supaya mereka MENUTUP WAJAH-WAJAH MEREKA mereka daripada atas kepala mereka dengan jilbab-jilbab dan hanya menampakkan mata sahaja (untuk MELIHAT bukan untuk DILIHAT).... "

Maka dari tafsir seorang sahabat nabi yang merupakan sepupu nabi dan juga seorang mufti dan ahli tafsir di kalangan para sahabat,wajah wanita itu adalah aurat yang wajib ditutup auratnya...maka adalah kebodohan yang sangat melampau melepasi had maksimas apabila ada pihak mendakwa 'purdah tu cuma adat sebab takut pasir...' sedangkan IA WUJUD DALAM SYARI'AT....

(maaf,saya bukan nak bahas hal purdah,tapi cuma nak bagitau yang purdah itu bukan adat tapi ia wujud dalam syariat,maka hentikan dakwaan bodoh yang menyatakan ianya adat semata-mata....sekadar rujukan:berkenaan hal purdah,khilaf ulama mengenainya ada 2 fatwa yang mahsyur iaitu yang pertama,wajah dan tapak tangan itu aurat seperti bahagian aurat yang lain,banyak sekali dalilnya dari quran dan hadis hinggakan ulama mazhab syafie telah memilih ia sebagai fatwa muktamad mazhab seperti yang dibahaskan dalam kitab fathul mu'in.manakala pendapat kedua ialah muka dan tapak tangan bukanlah aurat SELAGI TIDAK MENIMBULKAN FITNAH,maka ia tetap jadi aurat kalau timbul fitnah,fatwa ini mahsyur di dalam mazhab hanafi dan maliki sebagai fatwa muktamad dan terkuat sedangkan fatwa yang sama ini disisi ulama mazhab syafie adalah pendapat daif atau pendapat kedua,dan pendapat kedua inilah yang menjadi pegangan majoriti mufti dan ustad yang mengajarkan wanita bermazhab syafie di malaysia,indonesia kerana bagi mereka wanita malaysia 'belum bersedia' menerima fatwa muktamad memandangkan masih ramai yang rambut-percuma(freehair).)

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing