Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Sunday, September 16, 2012

Bulu Cantik kembang

dagunya menggigil-gigil.  Ekornya dipukul-pukul rancak.  Dia memerhatikan sesuatu dengan begitu fokus.  Taula aku, mesti ada kucing jahat nak datang.  Aku pun mula standby.  Tak jadi masuk dalam rumah.  Jam dah hampir 11 malam, tapi aku masih berjaga-jaga di belakang rumah memerhatikan sekitar macam Cantik juga.  Di langit ada kapalterbang dengan bunyi sayup dan lampu berkelip-kelip lalu di atas kepala.  Malam yang tenang.  Aku perhatikan selipar-selipar yang tersangkut di rak selipar.  Kalau kucing jahat muncul juga nak meneruskan niatnya menganggu Budak Bulu2 aku, selipar-selipar ini akan terbang macam piring terbang ke arahnya.  Ada juga dua botol kapur kasut atas singki zink, pun boleh dijadikan botol terbang.  Aku teringat dua pucuk pistol Hidayat yang baru dibelinya kelmarin.  Satu berharga RM30 dan satu lagi berharga RM15.  Tapi dua-dua jahanam selepas sehari dibeli.

"Mama nak beli pistol murah je.  RM5."

Kemain suka Hidayat dan dia terus menyucuk aku supaya beli yang mahal punya.  Dia nak mengendeng pistol aku pulak.  Aku yang tak setuju langsung dia beli pistol panjang macam senapang tu, kini rasa pistol itu boleh digunakan untuk menembak kucing jahat untuk menakut-nakutkannya.  Ada dua ekor pakwe Zura yang selalu bergaduh berebutkan Zura dan sekali gus menganggu Putam.  Kucing-kucing itulah yang akan jadi mangsa pistol aku nanti. Cuma ... ada lagi ke pistol macam tu dengan harga RM5?  Tak kuasa pulak aku nak survey.  Huhh!!!

Ada dua Nerf milik Hidayat dan Hanessa yang dibeli oleh abah mereka ketika hampir balik dari Brunei tempohari.  Bak kata pepatah, tak ada buluh, rotan pun berguna jua.  Boleh la aku tembak kucing jahat dengan Nerf tu.  Tapi ... berkesan ke?  Aku lebih suka peluru kuning tu sebab ia bukan sahaja memeranjatkan tapi juga agak perit menyakitkan.  So aku harap kucing taiko akan terkejut lama dan serik n nak datang.  Anyway sebenarnya sejak Budak Bulu2 duduk luar semalam, aku tak nampak langsung dua ekor taiko tu di belakang rumah.  Bagus juga, tapi aku kena standby la ... kan.  Kalau dorang kacau Cantik anak-beranak, siapla!!!

Tiba-tiba terkenangkan Humairah dan rakan-rakan masturat yang ditemui tadi petang.  Hmm ... aku sengih sorang-sorang.  Dek kerana aku dan beberapa orang lagi terpaksa beransur segera, sesi takruf dimulakan.  Dan aku orang terakhir bersuara.  Laju dan ringkas je, sekali gus memaklumkan aku sudah berpurdah seminggu lepas dan macam biasa mohon doa semua.  So kini rakan-rakan mastura yang hadir sudah tau siapakah Ummi Amirah @ NMMH. 

Aku ingat Humairah begini, rupanya begitu.  Aku sangka Buntal Del demikian, rupanya tak sedemikian hahaha ... Siti Norisah @ Permaisuri Ismail @ Ummi Ainatul Mardhiah memang candi orangnya, kelakar dan periang, macam statusnya di fb jugak.  Tengku Anita, Emiliya, Muslimah Sejati, Raudhatus Sakinah, Bintu Mat Rasani, Khafi Insan Khafi dan beberapa nama lagi.  Ramai yang tak hadir sebenarnya kebanyakannya kerana suami masing-masing keluar khuruj.  Tak mengapalah insyaAllah tahun depan berjumpa lagi semoga diizinkan Allah jua.  Syukur kepada Allah yang mengizinkan pertemuan hari ini.  Dekat nak balik, jumpa Ummu Ahnaf dan Rohana Ishak pulak ...

Bunyi loceng leher kedengaran.  Aku lihat Budak Bulu2 berlari ke sana ke sini dengan riang dan bebas.  Anak-anak Cantik semuanya berstokin kaki, tapak kaki hitam, mulut hitam dan hidung hitam sedikit.  Cuma aku tak check lelangit mereka, ciri-ciri yang sedia ada sudah cukup menandakan Budak Bulu2 ini jenis lasak dan penangkap yang baik.  Sudah dua tiga kali Cantik membawa masuk tikus dari saiz anak sampailah saiz bapak ke dalam rumah.  Aku rasa lega apabila mereka semua selesa duduk di belakang rumah, sebab aku tak perlu tarik nafas merungut bila terjumpa bangkai tikus tepi sliding door pagi-pagi hari.  Biarlah Cantik ajar anak-anaknya memburu tikus di luar rumah.  Tentu lebih efektif, aku jangka.  Cuma aku mungkin harus membuang loceng-loceng di leher setiap Budak Bulu2 supaya pergerakan mereka lebih licin tak ketahuan mangsa.

*  Hari yang sangat sibuk.  Pagi - tengahari - petang - malam ~> dengan agenda sama di tempat berbeza.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing