Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, September 13, 2012

aku dan sekeping kain hitam

kain hitam sekeping itu dipanggil niqab atau purdah.  Lain sikit tapi fungsinya ialah menutupi wajah dari pandangan umum khususnya lelaki ajnabi.

Aku sudah berniqab.  Alhamdulillah.  Semuanya adalah kuasa Allah SWT jua yang dengan kudrat dan iradahNYA telah menggerakkan hati aku begitu.  Rasminya pada 3 September 2012 lepas, aku mula mengenakan niqab apabila keluar rumah.

Tak de plan apa pun.  Suami kata tahun depan, let say lepas umrah ke kalau ada rezeki nak gi umrah.  Macam ada asbab la ... balik umrah pakai niqab.  Rupa-rupanya Allah tak perlukan asbab.  Kun fayakun.  Aku tak tunggu tahun depan.  Dan aku tak rasa aku tergesa-gesa.  Aku rilex je.

Rileks?  Betul ke?

Huhuhu ... sebenarnya kurang betul.

Aku gabra jugak.  Janggal bila bertembung dengan jiran setaman.  Walhal aku tak patut rasa janggal.  Tak patut tak patut dan tak perlu sama sekali.

Aku tahu.  Jadi aku memikirkan sesuatu.  Mohon doa.  Maka aku call mak kandung aku dan mohon doa beliau.  Terharu rasa hati apabila mak kata, 'semoga iman I meningkat.'  Aamiin.

Lepas tu aku cool sangat.  Janggal ada sikit-sikit je.  Janggal masih ada bila aku muncul di kedai suami aku dengan berpurdah.  Tiba-tiba aku boleh rasa sesak nafas pulak hahaha ... teruk betul kan!

Mendadak aku teringat 'anak angkat' aku yang baru walimah tu.  Ntah macamana suami aku bagitau dapat jemputan tapi jauh, memang tak dapat memenuhi undangan.  Aku pun hantar sms minta dia doakan aku jugak.  'Umi kritikal dalam seminggu atau sebulan ni'.  Begitulah aku ringkaskan.  Dia tanya balik if aku sakit.  Hihihi ... aku terus-terang je bahawa betapa janggalnya aku rasa dengan niqab ni.  Dia ni beristerikan seorang perempuan yang telah memakai niqab sejak berumur 7 tahun.  Dan dia sangat berbangga dengan bidadarinya, yang ... memang aku rasa payah nak jumpa perempuan muda stail gitu zaman ini, sekurang-kurangnya dalam hidup aku sendiri.

Dia beri jawapan, dan yang paling aku suka dan ingat sampai sekarang ialah bila dia mention gini ~ 'semoga umi menjadi kebanggaan Rasulullah saw.'

Wow!  Bukan senang nak jadi kebanggaan kekasih Allah.  Tiba-tiba aku berasa sangat kerdil dan kecil dengan ayat itu.  Apa sajalah yang aku buat, selama ini ... dan tiba-tiba dengan sekeping kain hitam yang kecil, 'semoga umi menjadi kebanggaan Rasulullah saw'!!!!!!!!!!!

Ya Allah!!!

Dan dengan tiba-tiba juga, aku berperasaan sangat kuat bahawa apa pun yang aku buat semuanya baginda SAW maklum dan tahu.  Apa yang kita semua buat.  Korang dan aku.  Semua kita yang berada dalam senarai ummat akhir zaman ini.  Kita semua yang berstatus ummat baginda Rasulullah saw ini.

Sebelum ni bukan tak tau.  Tapi rasa tu tak kuat.  Macam blur-blur gitu.  Aku la ... sebab aku memang teruk.

Lama-lama perasaan janggal tu hilang sendiri.  Jiran setaman pun dek aje.  Mana-mana yang selalu angkat tangan atau bagi lampu bila berselisih, buat macam tu jugak.  Maka aku pun angkat tangan lagi tinggi dari biasa sebagai respon sebab senyum aku dorang dah tak leh nampak hehe ...  Reaksi kena jelas supaya tak blur.

Dan tiba-tiba suami aku ajak balik kampung jumpa mak.  Ini semua Allah punya kuasa.  Aku gabra dan sempat pesan kat suami, mintak dia tolong backup aku bila jumpa mak nanti.  Alahai seronoknya bila suami aku jawab, elok la pakai purdah.  Simple dan jelas.  Tapi hati aku dak duk dak duk ... dalam kepala dah plan, masuk je pagar aku lucut purdah ni.  Kami sampai malam dekat nak pukul 12 malam, so dorang tak datang kat pagar la sambut kami.  Selamat la kiranya kan ...

Nak jadi cerita, esok siang tu mak ajak aku ikut suami ke Kuala Pilah pulak.  Anak-anak masih berdengkur, 'dicutikan' dek suami dari bersekolah, urgent punya hal.  Aku mula-mula buat dek je.  Sebab dalam kepala dah plan lagi, karang balik dah jauh dari rumah aku pakai la purdah.  Mak tak nampak.  Tapi mak ajak jugak aku ikut.

Abih tu ... aku tawakkal je.  Oh ya, malam tu aku saja je tebeng-tebengkan kain niqab tu atas meja sekali ngan abaya aku.  Biar mak nampak, gitulah maksud aku.  So jangan dia terkejut nanti.  And, bila aku pakai terus masuk kereta dengan kejanggalan yang hebat sangat.  Adoiiiii betul-betul aku saspen walaupun nampak cool.

Hmm .... mak abah pun nampak cool.  Baik sangka je la, sebab aku pakai niqab yang ada layer belakang tu stail Yaman.  Masa anak aku pakai, aku fikir dia nampak gojes.  Naqib kata vouge hehe ... so aku fikir aku pun nampak sikit gojes la hahaha ... thats why mak diam je kot.  Mak kan stylish.

Alhamdulillah sampai kami beredar dari kampung, semua aman dan tenteram.  Aku bersyukur kepada Allah, yang memberi ketenangan dan kekuatan kepada aku.  Dan aku teringat semula kepada kata-kata anak angkat aku tu, 'semoga umi menjadi kebanggan Rasulullah saw.'

Niat aku adalah untuk mengikut sunnah isteri baginda saw.  Untuk mengelak fitnah dan sekali gus membuatkan aku belajar berakhlak baik.

Namun ujian tetap ada untuk aku.  Dek kerana aku memakai niqab, aku dilihat telah kembali ke belakang atau mengundur.  Sebabnya dulu kakak dan adik aku berpurdah beberapa tahun, kemudian mereka telah menanggalkannya.  Alih-alih aku pulak yang berniqab.  So mak aku telah memberikan ceramah beliau yang biso bonar di telefon.  Depan-depan ok, dalam telefon ko.  Tambahan lagi sehari selepas kami berjumpa tu, mak ke rumah abang kandung aku bersama mak kandung di Senai.  Maka antara topik hangat yang ditimbulkan ialah : 'aku dah pakai purdah!!!'.  

Aku taklah kisah sangat.  As long as mak kandung aku suka aku berpurdah.  Suami aku pun tak menghalang.  Anak-anak aku turut memberi sokongan.  Cuma mak je ... dan abah sekali la aku agak.  Kan dorang berdua sepakat selalu.

Masalahnya, aku ni kalah dengan emosi sendiri bila nak pertahankan diri sebab aku boleh naik hot walaupun aku cuba tak tunjukkan pada mak.  So nasib baiklah dia tak nampak aku jauhkan ganggang telefon tu ... tapi terdengar jugak la suara mak yang nyaring di corong telefon.  Itu time mak memberi ceramah beliau tentang tindakan aku yang seolah-olah ketinggalan zaman, orang dah bukak purdah aku pulak tutup wajah.  Bla bla bla ... aku tak berapa dengar.

Oh mak ... i am so sorry.  I love u but we have to understand about this things ~~ niqab and the reason why.  I'll tell u one day insyaAllah.  Hope Allah will give me strength and all the important points to tell u.  One thing, if we don't think something is not exist, doesn't mean that it is never exist.  Allah Maha Kuasa Allah Maha Kaya Allah Maha Berkehendak.  Kun fayakun.

Oh mak ... anakmu ini telah pun ajak cucu-cucu mak angkat tangan sama-sama berdoa semoga satu hari nanti MAK PUN PAKAI PURDAH.  AAMIINNN.

Hmm mak ... sejak hari anak mak ni buat decision nak kawin dengan menantu mak tu dulu, anak mak mula pegang kuat-kuat prinsip 'TAK ADA YANG MUSTAHIL DI SISI ALLAH'.  Means tak mustahil mak pun pakai purdah.  Cukuplah harapan begini membuatkan hati rasa lebih tabah dan happy hehehe ... Semoga harapan menjadi kenyataan.  InsyaAllah.  Tak kisah la mak, walaupun kecantikan yang pernah mak miliki semakin luntur, tapi bekas-bekasnya masih ada.  Semoga mak pun akan jadi kebanggaan Rasulullah saw, dan mendapat ganjaran 100 mati syahid kerana mempertahankan sunnah baginda di akhir zaman (sunnah isteri nabi).  Dan semoga purdah itu bukan setakat menutup wajah, tapi juga sebagai pemangkin ke arah kehidupan sunnah dan akhlak mulia insyaAllah.

Semoga blogger dan pengunjung yang membaca coretan ini turut mendoakan kita, mak.  InsyaAllah. Aamiin. 

Sori panjang pulak.  Dah lama tak menulis daa ....

* untuk rujukan pendapat mazhab imam yang empat tu boleh search mana-mana, aku jumpa yang ini.  Baca kitab lagi baik, sebab lebih sohih.  Kat google ni untuk rujukan cepat ok la.


2 comments:

Noraini Hassan said...

Lama-lama nanti, biasalah...

Ummi Amirah said...

insyaAllah begitulah hendaknya ...

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing