Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Saturday, August 4, 2012

mesej untuk seorang bapa saudara

Saringan unfren kedua sedang dibuat dan hampir selesai.  Masih ada yang aku lepaskan, kena rujuk kat suami nanti.  Sebenarnya nak aman rasa hati, aku setuju lebih baik tak payah ada fb.  Tapi buat sementara ni ... aku masih perlukan fb untuk berhubung dan rujukan kepada rakan masturat khususnya.

Baru sebentar aku menghantar mesej kepada bapa saudara suamiku.  Walaupun aku berasa sangat khuatir dan serba-salah, tetapi Allah cekalkan hatiku.  Bukan apa, bapa saudara yang bermisai tebal lagi terkenal tegas serta menjawat jawatan terhormat di kampung ini, bukanlah orang yang biasa aku bertemu.  Dalam bicara pun ada hadnya.  Apa yang dah aku mesejkan kepadanya?

Bapa saudara ini telah kehilangan anak perempuannya kira-kira setahun yang lepas.  Pemergian yang sangat mengejutkan kerana kemalangan dalam bulan Ramadhan, meninggalkan tiga puteri yang masih bersekolah.  Jadi segala kenangan sentiasa dijaga rapi dan disuburkan, antaranya di fb.  Gambar arwah diupload, cumanya gambar itu adalah gambar di hari persandingan arwah yang bercucuk sanggul dengan solekan pengantin yang berseri-seri.  Manakala di akhir hayat arwah, beliau sudah pun memakai tudung dan menutup aurat seperti muslimah yang lain.

Ada aku terdengar-dengar suara berbunyi tentang sikap bapa saudara ini.  Tetapi mungkinkah tak ada yang mahu menyampaikannya?  Aku tak pasti.  Andai ada, mungkin gambar itu tak diupload lagi.

Apa tujuan aku menulis mesej begitu?  Tak ada apa-apa ke nanti bila balik kampung raya ni?  Hmm ... perlukah aku memikirkan hal yang tak pasti?

Adalah sangat jauh untuk mengatakan aku sedang melakukan usaha amal bil makruf nahi anil mungkar.  Ia terlalu kecil, dan aku pula masih meraba-raba dalam perjalanan nak memaham usaha atas iman ini.  (betul ke apa yang aku tulih ni?)  Tapi entahlah, pagi ni, aku rasa macam satu desakan dalam hati untuk menyatakan sesuatu walaupun secara indirectly kepada bapa saudara suamiku ini.  Aku tak mampu nak menyatakannya secara direct, dan aku harap bapa saudara suamiku ini sebenarnya boleh faham apa yang aku maksudkan.  Sebenarnya beliau ni pernah upload sekeping gambar arwah kemas bertudung rapi, so kenapa masih nak keluarkan gambar yang membuka aurat tu?  Bukankah itu bakal menjana dosa kepada arwah, tanpa kita sedari?  (yang ini tak aku nyatakan, sebab aku tulis indirectly.)  Bukan senang nak bercakap macam ni kepada seorang tua, seorang bapa saudara suami kita, yang selalu dihormati oleh masyarakat sekitarnya, dan beliau ni ada prinsip keras yang bukan calang-calang orang boleh deal.  Fuhh!

Entahlah ... entahlah berapa banyak entahlah ...

Apa yang pasti, aku seolah-olah seekor rama-rama yang baru mahu lepas dari kepompongnya.  Tapi rama-rama tu cantik rupanya, aku sebaliknya dengan serba hitam.  Perlahan-lahan kini, aku rasa semakin mempamerkan identiti diriku sebenar, prinsipku dan peganganku yang mana aku mungkin berbeza dari kaum keluarga.  Sebenarnya cenderung dari dulu lagi, tapi aku selalu tenggelam timbul macam orang yang hampir kelemasan dalam ombak tsunami di lautan yang luas.  Jadi aku selalu bersikap easy, memerhati  dengan sudut mata semata dan rasa lemah.

Bukan pula kini aku terasa kuat.  Tetapi sedikikit sebanyak aku diberi faham oleh Allah terutama semenjak aku mengikut majlis taklim dan buat taklim di rumah bersama Sarah.  Mungkin inilah antara hikmahnya Allah menghantar Sarah kepada aku.  Sesuatu yang lahir dari bicaraku itu kekadang membuatkan aku berfikir semula.  Semoga Allah menyelamatkan aku daripada bercakap dusta atau mengada-adakan cerita, nauzubillah.  Astaghfirullahalazim. 

* berbalik kepada bapa saudara dan mesejku tadi, aku tak kisah apa jua respon beliau.  Aku sudah menyampaikan dan bukanlah tanggungjawabku menentukan tindakan yang perlu dibuatnya.  Aku yakin beliau faham apa yang aku maksudkan di sebalik mesej secara indirectly tu.  Bukanlah susah sangat nak meneka apa yang tersirat bagi seorang yang berpendidikan lagi baik akal fikiran.  InsyaAllah, ya Allah berilah kami semua hidayat untuk mengikut jalan yang Engkau suka dan redha kami mengikutnya iaitu jalan yang ditempuh oleh Nabimu SAW.


---->  Alhamdulillah, selepas 3 jam mesej kukirimkan kepada bapa saudara ini, aku menerima jawapan beliau.  Lebih kurang begini katanya, "terima kasih, pakcik dah hilang punca hari ni.  Terima kasih atas teguran."  Barulah aku tersedar hari ini bertepatan dengan tarikh beliau kehilangan anak perempuannya itu.  Aku terasa malu pula bila bapa saudara suamiku mention perkataan 'teguran',  haih ... jadi ternyata dia memang faham benar apa yang aku maksudkan dalam ayat-ayat tidak langsung itu.   Aku menyambut kata-katanya dengan kata-kata yang baik dan doa hidayat untuk semua.  gGambar yang dimaksudkan juga telah ditukar dengan gambar lain, iaitu gambar cucu-cucu beliau anak kepada arwah. 

1 comment:

Ummi Amirah said...

aku sebenarnya lebih kepada menyampaikan kata-kata belakang yang tak kesampaian kepada beliau. kiranya aku cuba mengambil inisiatif untuk melepaskan tanggungjawab dalam soaljawab di akhirat nanti. memang bukan tugas aku sebenarnya, sebab suami aku ada, anak2 beliau ada, ramai yang lebih hampir kepadanya. bukan aku, tapi kalau aku selalu berpegang kepada 'bukan aku' dan terus menunggu seseorang ambil peranan, masa terus berlalu dan tiba-tiba aku bertemu noktah terakhir ... ???

sebenarnya aku mula serius dan semakin serius tentang kematian. dan aku dapati ada BANYAKKKKKKKKKKKK perkara yang belum diselesaikan tentang diri. kepada Allah berserah dan memohon hidayat.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing