Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, July 30, 2012

setelah tertangguh beberapa ketika

aku muncul lagi di pintu rumah taklim Bukit Naga
alhamdulillah Allah Maha Kuasa
itulah yang aku pelajari semasa di sana

mata mengantuk layu menjadi jaga
mendengar tegas jelasnya suara
menerangkan 6 sifat sumber jaya
para sahabat contoh yang nyata

kerapkali kudengar begitu saja
Allah Maha Kuasa
makhluk tiada kuasa
diselit di celah-celah bicara

kufikir memang benar apa yang dikata
Allah benar Maha Kuasa
makhluk benar tiada kuasa
tetapi apakah sebenar maksud disebaliknya

suara yang tegas jelas terus berbicara
memberitahu itu mesti diucap pada kata-kata
25 orang harus mendengar dari kita
sekurang-kurang dalam sehari 25 kali mulut kita menyebutnya

andai engkau mahu berjaya
tirulah Junjungan SAW nabi tercinta
dari hal sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya
tak ada dolak-dalik ikut sahaja

kerana ugama ini bergantung pada latihan jua
bukan sekadar yakin percaya di hati semata-mata
bukan mudah hendak mendapat taqwa
kerana syurga itu memang dijadikanNYA berselimut airmata

alhamdulillah semakin aku mengerti walau tak semua
semakin bererti semakin mendalam semakin bermakna
paling aku terharu dan gembira
ungkapan Allah Maha Kuasa

teramat benar Allah Maha Kuasa!!!
benar sebenar benar Allah Maha Kuasa!!!!!
semua yang lain tiada apa-apa hanya asbab sahaja
Allah sahaja yang Maha Kuasa!!!!!!

tanpa asbab tak jadi masalah kepada DIA
kerana DIA tak bergantung kepada asbab yang diciptaNYA
tanpa asbab boleh sahaja DIA berbuat sesukaNYA
benar benar benar Allah Maha Kuasa!!!!!!!

dikisahkan Nabi Ibrahim as yang mulia
dicampak ke dalam api yang marak menyala
hanya tali pengikat tangan yang binasa
sedang diri nabi tidak tercuit walau sehujung kukunya
bagaimana api yang panas bersifat dua cara
itulah tanda ALLAH MAHA KUASA!!!!!!!

demikianlah antara yang terkesan di jiwa
ada banyak lagi tak mampu aku mengungkapnya
dek kelemahan dan kedaifan diri yang hina
ya Allah yang Maha Kuasa!!!!!!
tolonglah bantulah maafkanlah hamba ...

Allah Maha Kuasa makhluk tiada kuasa
hanya kepada Allah berserah diri selama-lama
.


No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing