Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Sunday, July 15, 2012

biskut mahal?

Hari ini aku dengan hati yang besar, menuju kedai bersama satu bekas berisi sampel biskut coklat chips yang sudah dipeketkan.  Di atas tutup bekas itu aku tampal catatan kecil berbunyi "SAMPLE - BISKUT COKLAT CHIPS - 50 pcs - RM22.  Sekiranya ada pelanggan cafe yang terpandang sampel ini, dan dia ingin merasa, kebarangkalian dia menempah biskut mungkin ada.  InsyaAllah.

Sampai di cafe, bekas itu aku letak di atas meja.  Di situ ada en. K sedang santai2.  Tiba-tiba en.K bersuara, "mahal rega nih!"

Aku tau isteri en. K ada buat biskut yang sama, tetapi bahannya berbeza.  Ada bahan yang aku letak, isteri dia tak letak.  Aku pakai bahan lain, isteri dia pakai lain.  Aku rasa biskut isteri dia pun lebih sedap sebab pakai butter sepenuhnya.  Dan memang isteri dia jual tak seperti harga yang aku letak.  Aku katakan begini bukan bererti biskut aku kurang sedap, sebaliknya ramai pula yang mengatakan ia memang sedap dan ramai pula yang meminta resepinya.  Maknanya biskut aku atau biskut isteri en.K telah diberi Allah rasa sedap, dengan kesedapan yang berbeza.  Pokoknya sedap tetap sedap, nikmat sedap yang dikurniakan Allah.  Alhamdulillah. 

Haih cuma tang harga ... selama ini semua orang kata biskut aku murah sangat.  Aku letak harga bawah dari RM22.  Hari ni, tiba-tiba biskut aku dikatakan mahal.  Sebab ... aku letak harga RM22.  Itu, sebab aku ikut harga pasaran.  Yang pasti, ia bukanlah harga keuntungan 100%.  Ia cuma sedikit lebih untung dari biasa.  Tapi aku sedia menurunkan harga kepada pelanggan yang menawar.  Tak tawar, maka itulah harga yang digunakan untuk jualan.  Kalau ikut muamalah, aku boleh meletakkan harga

 Tadi, baru saja aku copy paste sebuah hadis nabi saw ke wall fb. 
Dari Haris bin Wahbin r.a berkata, aku mendengar nabi SAW bersabda: Tidakkah aku tunjukkan kepada kamu, siapakah ahli-ahli syurga? (Kemudian Nabi SAW sendiri bersabda): Tidakkah aku tunjukkan kepada kamu, siapakah ahli-ahli syurga? Mereka ialah setiap orang yang lemah yakni orang yang berlebih kurang apabila bermuamalah dengan orang lain, tidak keras hatinya, tawadhuk dan berhati lembut sehingga orang menyangka dia seorang yang lemah (hubungannya dengan Allah adalah) sekiranya dia bersumpah dengan nama Allah, nescaya sumpahnya ditunaikan. Dan tidakkah aku beritahu kepadamu siapakah ahli neraka. Kemudian Nabi SAW sendiri menjawab: Dia ialah seorang yang mengumpulkan harta tetapi bakhil, keras hati dan takabur. (HR Bukhari)
Jadi, aku mendapati inilah peluang aku untuk mempraktikkan sikap ahli-ahli syurga yang disebutkan oleh nabi SAW di atas, iaitu orang yang berlebih kurang apabila bermuamalah dengan orang lain.  Tidak keras hatinya, tawadhuk dan berhati lembut sehingga orang menyangka dia seorang yang lemah.
InsyaAllah.  Ya Allah, kuharapkan pimpinanMu setiap saat dalam setiap gerak langkah dan bisikan hatiku ini.  Selamatkanlah aku yang jahil lagi banyak berdosa kerana aku ngeri memikirkan saat pertemuan di Padang Mahsyar nanti, bagaimanakah aku?
*  Hari ini, Ibnu Batoota telah sudi mampir lagi ke cafe, bersama semua ahli keluarga beliau untuk menikmati hidangan tengahari.  Seperti yang dikatanya, mamanya memang suka sup, dan mengorder sup kambing UFO.  Hehe ... dinding roti berjaya direbehkan ... :)  Sampai je tadi dia terus menghulurkan buah tangan.  Hai, customer bawak buah tangan hihi ... anyway aku rasa kunjungan ini yang sangat istimewa.  Dan aku sangat happy sebab dapat berkenalan dengan mama Ibnu Batoota.  Happy sebab dia datang lagi membawa famili, walaupun jauh tu ... 1 jam perjalanan dari Sungai Buloh.  Waktu sekarang ialah 5.03pm ~ aku agak saat ini maulana muda ini sedang menjabat tangan bakal bapa mertuanya untuk mengucapkan akad nikah.  Tahniah buat Ibnu Batoota @ Muhammad Zakuan, semoga rumahtangga berkekalan bahagia hingga ke syurga Firdhaus.  
*  Sesiapa yang nak order biskut coklat chips aku, boleh hubungi aku di mnormazzuin@yahoo.com.my atau Ummi Amirah di fb.  Silalah menempah, jangan segan-segan hehehe ...  gambar tak de.  Kat fb ada la ...  sekarang aku hanya nak melimitkan gambar di blog ni.  
* Opss ... tiba-tiba ada notify kat fb.  Oooo uncle Meon dah upload gambar tetamu istimewa dari Nibong Tebal la ... hahaha ... tak ada kaitan dengan diriku ... hehehe ...  harap-harap uncle Meon tak upload gambar aku dengan mama Ibnu ... sat aku nak pi bisik ngan uncle Meon.
"Bang ooo bang, jangan upload gambo i tu yeeeeeeeeee ... tak rela u!" 

 
 
 

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing