Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Saturday, July 28, 2012

aku terfikir

kenapa bila time tazkirah
ada wanita yang rela bangun
lantas menarik tabir
sepit kiri sepit kanan
orang lelaki yang perasan
mula menoleh ke belakang
dan wanita yang duduk betul-betul bersetentangan
mula jadi tak keruan ...

pelik la pulak kan
bunyi suara ustaz tak kesampaian ke
terhalang dek tabir andai tak dibuka
bukan kitorang semua boleh tengok pun
ustaz yang bagi tazkirah kat sanun
sebab ruang yang dihalang tabir tu kecik je
kitorang yang dok jauh mana boleh nampak
kalau nampak pun nak wat hapa
takkan nak renung muka ustaz je ...

tadi pun macam tu jugak
tak ada yang bangun nak selak tabir
aku ingat dah bagus dah
tetiba ada pulak kakak yang sound
"woi tak bukak tabir ke?"
laaa pulak
dan ada la yang sangat rajin pergi tarik tabir
lepas tu rupa-rupanya wanita yang duduk depan tabir tak suka
si tukang tarik tabir pun jadi keliru
"Eh dorang ni kata tak yah bukak tabir la"
maka tabir pun dikemaskan semula
tapi masih ada keinginan nak menatap wajah si ustaz rupanya
jadi tertinjau-tinjau la pulak kat celah dinding yang sejengkal terbuka
tak boleh tidak mesti nak tatap wajah macho kat sebelah sana

hari ni tazkirah penuh bersemangat
al maklum ustaz muda
dua kali dia menyumbangkan suara
sedap jugak aku rasa
nasyid yang aku tak pernah dengar kat telinga
ooo ini la dia ustaz yang dikhabarkan kat aku semalam
tak sangka hari ni bersua pula
ok aku suka pengisiannya
tapi kenapa kakak yang sibukkan hal tabir tu tadi
dah sempat tinjau kat celah dinding walaupun dari jarak jauh
sibuk berborak pula
siap dengan angkat-angkat tangan dia
sampailah ustaz bagi salam tanda tazkirah setakat tu je
kakak ni pun selesailah dengan bicaranya

ok la kita tengok apa pengisian ustaz muda
aku catat sikit kat sini ya ...
katanya rukuk dan sujud dalam solat ada falsafahnya
rukuk menyamakan taraf kepala dengan perut
kepala yang mulia dan perut yang macam segala tuk nenek ada
betapa rendahnya kita di sisiNya
sujud pula lebih kurang sama
menyamakan kepala dengan kaki kita
kepala yang di atas sama rata dengan kaki yang dibawah
betapa hinanya kita di sisi Allah
itulah lebih kurang main pointnya

ustaz citer pasal kuda liar
ada dua cara nak menjinakkannya
pertama jangan bagi dia makanan
lama2 dia akan lemah dan menyerah
kedua bagi dia bebanan yang bertambah
hingga lama2 dia dah tak larat nak berdiri terus rebah

begitulah kata ustaz muda
macamana kita dapat menguasai hawa nafsu terendah
berlaparlah
dan kerjakan banyak ibadah
jangan bagi can kat nafsu yang tak suka mengalah
bagi padan nafsu agar makin lama makin menyerah

ustaz citer lagi pasal gua
hehehe gua apa?
ini bukan kisah Gua Niah
tapi kisah gua yang ada harta karun itu harta Ahmad Albab yang punya hahaha
ada orang yang dah tau
masuk terus cekut raup angkut rembat semua emas permata berlian manikam zabarjad mutiara yang ada
tak tanya dah
dia dah tau benda yang lip lap lip lap tu memang harta karun
dia tak peduli Ahmad Albab ka punya sapa ka punya
angkut angkut angkut banyak-banyak cepat-cepat

ada pulak orang yang masuk gua
tapi dia tercengang tengok harta karun yang ada
eh eh eh ni amenda ni ha dia tanya
macam permata tapi ntah-ntah kaca
macam berlian macam mutiara macam emas segala
ntah-ntah besi kuprum aluminium semata
tercangak-cangak tertanya-tanya garu-garu kapla
 ayoyo nak ambik pun rasa tak sure je
sibuk fikir baru nak bertanya-tanya
rugi ... rugi ...

jenis orang ketiga lagi la kelakar giler
dia nampak pintu gua
dia boleh tanya
ni gua ke hapa?
apasal ada gua?
gua ni simpan apa?
apa ada dalam gua?
dia betul-betul tak tau dan tak faham
dan dia memang tak rasa heran
sebab dia  tak pernah imajin ada sesuatu macam gua
dia tak pernah imajin ada benda berharga dalam gua
dia tak tau apa-apa
katanya, ada aku kesah?

begitulah tamsilan manusia menyambut Ramadhan, kata ustaz muda
ada yang sangat ambil berat
sudah bersiap rapi untuk menyambut segala kelebihan dan rahsia Ramadhan
memang tak lepas peluang
ada pula yang tertanya-tanya
orang posa dia ikut posa
orang terawih dia ikut terawih
tapi dia masih blur
untuk apa dia melakukannya
yang terakhir tu
memang tak kesah apa-apa
Ramadhan sama je tak ada lainnya

akhir sekali ustaz bukak iklan la plak
minyak but-but yang dah sampai ke benua India
gosok kat lutut yang ketat dengan izin Allah disembuhkanNya
sapu kat tengkuk dengan izin Allah hilang migrainnya
minyak zaitun tersangatlah berkatnya
pak haji minum 4 botol rambut uban hitam semula
kolesterol pun jadi normal
hebatnya tumbuhan yang Allah berkati
betapa banyak pengubatan cara sunnah yang Allah sediakan
nak dengan tak nak je kita-kita ni
tau la beli insuran masuk spital tak de masalah money
tapi bilanya nak ikut sunnah nabi
kalau tak yakin dan tak mo kasi peluang kat diri sendiri

jadi aku pun beli
sebotol minyak but-but buat sapuan kat mana-mana anggota yang nyeri
sebotol minyak zaitun minum dua sudu dua kali sehari
jangan lupa baca Bismillah dan selawat bersekali
kalau dah habis nanti insyaAllah nak beli lagi
nak sihat ... banyak perkara tak settle lagi
nikmat Allah wajiblah disyukuri
semoga Allah tambah lagi apa yang telah DIA beri
aamiin aamiin aamiin ya rabbal alaamiin

demikianlah coretan aku malam ni
tak sangka dah kul 2.17 dinihari
patutnya dah lama cookies aku siap dari tadi
tapi tak pe la semoga esok masih menanti
terima kasih daun keladi
sebab sudi baca catatan merapuku ini hihi ...




No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing