Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, June 25, 2012

"saya nak cakap sikit ...

kamu makin berubah sekarang ya!"  Ustazah H merenungnya tajam.

Dia hanya terkebil-kebil, terperanjat pun ada.  Apa yang berubah?  Hatinya tertanya-tanya.

"Dulu masa baru masuk, kamu lain.  Tak macam gini.  Sekarang lain saya tengok."  sambung Ustazah H.

Dia menunduk.  Serba-salah.  Tertanya-tanya terus.  Tak jadi menyambung syahadah hafalan hadis.

"Err ... apa yang berubahnya, ustazah?"  dengan suara perlahan dia memberanikan diri bertanya.  Risau, takut dan 1001 tandatanya.

"Awak makin nakal sekarang!  Tengok, lengan baju pun macam tu.  Saya tak suka macam tu!"  jawab Ustazah H lagi, tegas sambil merenung lengan jubah hitamnya yang dilipat sedikit, kerana rimas dengan cuaca tengahari yang membahang.

Perlahan-lahan dia menurunkan lengan jubah hitam yang cuma dua tiga kali lipat itu.  "Baik, ustazah."  sahutnya akur.

"Baiklah, saya bagi awak seminggu untuk berubah!"

Hah!  Berubah?  Berubah apanya?  katanya di dalam hati.  "Seminggu, ustazah?  Berubah?  Berubah macamana, ustazah?"  tanyanya lagi kebingungan.

"Awak mesti berubah!  Kalau tak saya akan beritahu ibu awak.  Awak nak ke?"  tekan Ustazah H lebih tegas.  Nampaknya seperti geram betul kepada dirinya.

"Err ... tak nak, ustazah."  Walaupun hatinya menyahut dengan nada lain, 'cakaplah ustazah, mama saya tak kisah kot.  Mungkin mama gelak je ...'  Begitulah dugaan dia.

* Aku tak tau nak cakap apa.  Tiba-tiba puteri yang garang tapi mudah menangis ni diberi amaran sebegitu oleh gurunya.  Hmm ... jadi nakal rupanya.  Dia memberitahu, setiap tahun kelas alimah 1 memang terkenal dengan kenakalan, kerana kemasukan pelajar baru yang tidak putus.  Jadi ada yang sudah agak senior, ada pula yang masih terkial-kial nak menyesuaikan diri.  Kiranya bermacam-macam perangai ada di alimah 1. 

Nakal tak pe, tapi jangan buat perkara-perkara yang dimurkai Allah dan RasulNya.  Aku risau sebenarnya.  Penapisan Allah terus berlaku.  Masih ada pelajar-pelajar yang dipotong nama, dengan kesalahan yang menggerunkan.  Fitnah akhir zaman juga melanda mereka ini.  Ya Allah, selamatkanlah anak-anakku dan rakan-rakan sepengajian mereka dengan kasih sayangMu.  Masukkanlah mereka dalam golongan yang terpilih untuk kerja dakwah sehingga ke akhir hayat.

"Ma, dorang kata teruk la kawin dengan karkun.  Dorang tak nak karkun."  tiba-tiba dia bercakap begitu.

"HAAAA?  Apasal plak?  Jangan terpengaruh dengan dorang tu.  Kita nak yang ada misi.  Bukan misi dunia je, misi akhirat yang utama.  Faham tak?  Tu yang setakat hensem tu, mama tak perkenan.  Hensem je tapi tak ada wibawa.  Wibawa pulak, bukan wibawa pemimpin semata.  Wibawa ugama."  Hantam la janji dia boleh faham.  Biasa la budak-budak perempuan ni, nak yang hensem macam Asyraff Sinclair. 

Macam laa sat gi nak kawinkan dia, tapi tak salah aku merencana yang terbaik untuk masa depannya.  Cita-cita adalah harapan, harapan adalah doa.  Doa yang dimakbulkan Allah antaranya adalah doa ibu kepada anak-anaknya, insyaAllah.  Sedangkan antara lelaki yang sangat mempertahankan sunnah nabi SAW setakat hari ini, aku nampak nyata ada pada yang dipanggil karkun.  Paling mudah, ialah mengikut sunnah nabi SAW dengan pakaian jubah dan serban. Ni baru betul hensem kerana meniru pakaian rasmi para nabi dan rasul, para malaikat dan Rasulullah SAW sendiri. 

"Tapi, ma.  Napa mama suruh Ain fikir pasal poligami?"  tanyanya lagi dengan wajah rusuh.

"Alah, biasalah kan kita orang pempuan ni.  Mungkin boleh terjadi.  Kamu kat madrasah ngadap kitab je, fikir-fikir la pasal ni jugak.  Cer tanya-tanya ustazah.  Bla bla bla ..." dia nampak cool, angguk-angguk.  "Ok, belajar betul-betul.  Nanti jadi ke nak ambik hafizah?"  tanya aku lagi, walhal nak habis alimah pun lama lagi, dalam 4-5 tahun insyaAllah.

"InsyaAllah ..."

"Kalau dapat sambung, teruskan.  Along kata orang perempuan ni walaupun ada cuti bulanan, tapi ingatan tajam."  beri semangat.

*  setengah hari bersama anak perempuan kami.  Nakal?  Huhh ... Aku rasa macam tak caya je ... tapi teguran ustazah tu tak boleh diabaikan.  Dia mesti baiki diri dari nakal kepada lebih baik (mbe macam masa baru masuk madrasah ... lebih baik lagi ), dalam satu minggu hehehe ... Semoga Allah membantunya.  InsyaAllah.

*  Lantas aku terfikir, budak nakal ini perlu dibimbing dan dipimpin sentiasa.  Garangnya perlu dibentuk kepada ketegasan yang bermanfaat.  Segala kelemahannya perlu dibaiki menjadi kekuatan untuk membina peribadi yang unggul.  Biarlah Allah yang uruskan.  InsyaAllah.  :)))

* terfikir dan tertanya-tanya pula, ada ke karkun yang sudi ...   Biarlah Allah yang uruskan.  Aku akan ajukan kepadaNYA.  InsyaAllah :))))

* terfikir lagi, layakkah orang nakal untuk seorang bergelar karkun ... Biarlah Allah yang uruskan.  Aku akan minta padaNYA.  InsyaAllah :)))

* teringat pula, aku pernah nampak seseorang yang berperwatakan karkun berjalan bergandingan dengan wanita persis isterinya, sayangnya wanita yang dipimpin tangannya itu tidak memakain pakaian sunnah Ummul Mukminin tapi sama sahaja macam pakaian kebanyakan perempuan yang dijumpa merata-rata zaman sekarang ni.  Kini aku belajar untuk selalu berbaik sangka.  Dan aku berdoa agar Allah uruskan karkun sejati untuk anak-anak perempuanku.

~ tentang cara wanita berpakaian zaman mutakhir ini, aku pun pernah terjebak.  Mahu kelihatan muda dan ranggi.  Mahu kelihatan sama dengan gadis-gadis.  Tak mahu kalah!  Pakaian melambak dijual, pelbagai fesyen dan tidak terlalu mahal.  Sama sahaja, semua bangsa boleh pakai.  Tak ada sempadan.  Fesyen yang berubah-ubah mesti dikejar sedapat-dapatnya.  Supaya kita tak dipanggil ketinggalan zaman dan diketawakan.  Dan hari ini, setelah aku mula menyarung kain hitam ke badan, aku selalu melihat dengan perasaan hairan.  Apa tak herannya, dari belakang aku ingat sedang memandang gadis remaja, tapi bila ia berpaling, rupa-rupanya jauh dari yang disangka.  Semuanya slim belaka.  Nenek tua pun pakai jeans dan t-shirt dengan gaya santai.  Pedih rasanya hati bila satu ketika anak sendiri berkata, "muka macam kertas renyuk, tapi pakaian macam orang muda."  Celupar punya mulut, tapi itulah hakikatnya so apa aku nak kata ...   Kini aku tanamkan azam banyakkan berdoa bukan sahaja untuk diri sendiri dan kaum keluarga, bahkan untuk sesiapa sahaja yang kutemui, semoga semua seisi alam mendapat hidayat Allah sebelum roh berlepas dari tenggorokan.  Kepada Allah kuberserah dan berharap.  Ya Allah!

 

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing