Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, June 14, 2012

orang

yang beragama tak sama dengan orang yang tak beragama. 

orang yang sabar tak sama dengan orang yang pemarah. orang yang berakal tak sama dengan orang yang senteng akal iaitu mereka yang berbicara sesedap mulutnya. 

tunggulah di hari ketika mulut itu terkunci. mata akan terbelalak dan hati gementar, jiwa luluh dan seluruh anggota lemah tak bermaya. 

jadi, lebih baik banyakkan bersabar dan beristighfar. susahkah hendak melakukannya? 

ketahuilah, orang-orang yang berzikir akan memasuki syurga sambil tersenyum-senyum. 

Tak mahukah engkau begitu???

Akupun pernah merasa kesibukan.  Sibuk nak periksa.  Sibuk mengajar anak-anak tadika.  Sibuk menguruskan nurseri anak-anak kecil.  Itulah antara kesibukan yang pernah aku lalui.  So kalau orang kelihatan sangat sibuk, aku dapat memahaminya.  Aku dapat merasai tekanannya iaitu kekangan masa yang mendera semua pancaindera supaya fokus hingga pekerjaan siap sempurna.  Ah, sekarang ni aku juga sibuk.  Sibuk memikirkan bab 13, macamana nak aku sambungkan dua plot seperti yang dirancangkan hingga selesai.

Mula - proses - selesai.  Itu sahaja sebenarnya.  Proses itulah yang paling sulit dan banyak cabaran.  Tapi sehebat manapun cabarannya, titik akhirnya akan tiba juga.  Jadi, bagaimana mengendalikan proses itu sangat memberi kesan kepada orang-orang yang terlibat.  Engkau hot-hot dan maki-hamun, atau engkau sabar-sabar dan banyak-banyak beristighfar, ia pasti selesai.  Di sana ada dua keadaan berakhir, iaitu semua menarik nafas dengan syukur dan lega bersulam senyuman ikhlas.  ATAU semua menarik nafas lega dengan hati bengkak dan senyuman sinis memendam perasaan.  

Hai hai hai ... hidup ini hanya sekejap sahaja.  Kekuatan dan segala yang ada pada diri kita hanyalah pinjaman semata-mata.  Anytime boleh ditarik semula oleh Yang Maha Pencipta.  Tak payahlah aku memandai membayang-bayangkan apa-apa, sendiri boleh memikirkannya.  Eloklah kita ambil iktibar dari apa sahaja yang ada di sekeliling.  Agar kita tak menjadi manusia yang mudah benar lupa.  Lupa kita akan mati, lupa kita akan dihisab di akhirat nanti, lupa kita sebenarnya hamba Allah yang lemah yang dicipta dari air yang hina.

Patutnya kita sibuk memikirkan tentang iman kita yang turun naik tak tentu masa.  Patutnya kita risau memikirkan keadaan umat Islam hari ini.  Patutnya kita sibuk mengaji cari ilmu, bukan cari maklumat kat internet semata.

* Aku takjub dengan kesibukan karkun-karkun yang keluar berdakwah ke jalan Allah.  Ya Allah berilah kami hidayat dan taufik, untuk kami mengikut jalan yang Engkau redhai.  Amenn.





 

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing