Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, June 13, 2012

beberapa perkara yang aku baru sedar

1.  ada jemaah jalan kaki di Sijangkang.  Aku ingat tak ada sebab aku tak nampak orang jubah jalan kaki ramai-ramai macam kat gambar dalam fb tu, tak teringat aku keluar rumah empat kali je sehari untuk ambil dan hantar anak sekolah, itupun kat area sekolah-rumah aje ~ aku menegur Haji Rasyid yang datang menghantar roti dan bertanya khabar ahliah beliau yang baru melahirkan cahayamata ke 13.  Aku sangat ingin menziarahinya tetapi belum berkesempatan.  Malam ini aku baru tau ada jemaah jalan kaki di surau Haji Sarbini, tak jauh dari Masjid Sijangkang.  Aku syorkan jemaah itu ke Surau Haji Hassan pula.  Haji Rasyid akan usulkan kat  mesyuarat, begitulah kata beliau.  Aku juga meminta dia maklumkan kepada suamiku akan sebarang program yang ada.  Akhir sekali suamiku pula mengalu-alukan jemaah itu datang ke kedai.  Tapi bila teringat Abu Darda kata mereka ni banyak takaza umat dan sangat sempit masa, aku fikir harapan adalah nipis.  Namun Haji Rasyid kata, "insyaAllah boleh."  Alhamdulillah.

2.  ada pengunjung blog dari Mountain View, California.  Sapa?  Aku ada la kawan kat Alaska sana, tapi aku rasa dia pun tak pernah tau aku ada blog.  So sapa yang selalu datang dari gunung ni?  Betul-betul dari situ ke?  Ni aku confuse sikit.  * edit balik ni ... makasih sbb selalu berkunjung ke sini, walaupun kat sini tak ada apa-apa.  :)

3.  hal ketiga ni, aku kena rahsiakan dulu.  Tapi aku pun dah mula saspen sorang-sorang ni!  Betul ke?  Ishh!!!  Tapi kalau Allah dah tetapkan, tentu akan berlaku juga.  Dek kerana ia rahsia, aku tak mau tulis panjang-panjang karang terbagi hint or terbocor plak hehehe ...

4.  Kalau nak cari menantu, carilah karkun yang dah keluar 4 bulan sekurang-kurangnya 40 hari.  Sukanya aku!  Tips ni aku dapat dari page masturat.  Terima kasih banyak-banyak kepada masturat yang berkenaan, Ummu Ahnaf, yang membuat catatan hal mencari menantu ni.  Antara rahsianya ialah jemaah yang keluar 4 bulan atau sekurang-kurangnya 40 hari itu tentulah akan sentiasa menjaga solat berjemaah.  Solat adalah amal kedua penting selepas iman.  Bagi orang biasa, bukan mudah rasanya nak mujahadah dan istiqamah solat lima waktu di masjid.  Kan kan kan ...???  Jadi, aku pun mulalah pasang niat nak cari menantu karkun.  Memangpun dah lama aku warwarkan kepada anak-anak dari Naqib hinggalah Hanessa yang baru berumur 7 tahun, pilih menantu ialah mama.  Tak yah memandai cari sendiri.

Dalam diam-diam Laila Ain pun rupa-rupanya dah ada kriteria calon pilihan.  Dia ada cerita kat aku sebulan lepas.  Calon-calonnya Kriterianya ialah err ... rasanya dia tak marah kot, biasa-biasa je ... TAK PAKAI SELUAR TAPI PAKAI JUBAH SERBAN.  Tapi aku fikir tang pakai seluar tu, mungkin seluar Jeans dan yang sewaktu dengannya kot.  Aku tengok mereka ni pakai seluar paras keting.  Pelajar kat tempat Naqib je yang selalu pakai jubah dengan kain.  Selebihnya pakai seluar jugak.  Lagi, TINGGI LAMPAI DAN BERKACAMATA, PUTIH KUNING ATAU CERAH ORANGNYA.  Itu aje, simple je kan.  Alah, budak 14 tahun punya citarasa.  Dia tak ada calon, cuma angan-angannya begitulah.  Lebih kepada fizikal.  Tapi secara tak langsung, citarasa ini mengandung banyak syarat tersembunyi.  Apa yang tersembunyi, tiba masanya dan ada calonnya, bolehlah diketengahkan nanti hehe ...  Antaranya mungkinlah dah pernah keluar 4 bulan hehe besar cita-cita den! ...  Aku doakan anak-anak aku semuanya dapat pasangan yang soleh dan solehah.  Kami bukan karkun, so aku memang nak cari karkun dan karkunah aje.  Semoga Allah makbulkannnnnnnnnnnnnnn ameennnnnn.  Untuk kebahagiaan dunia akhirat insyaAllah.




No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing