Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Sunday, June 3, 2012

asmekom! asmekommm!!

"Hanafi jawab salam."  kata suamiku.

"Asmekom?  Err betul ke tak betul salam tu?" aku tanya lagi, inginkan kepastian.

Aku lihat Hidayat terus menyudu sarapan paginya, air nestum ke mulut.  Dia tak fokus kepada cerita abahnya. 

"Ntah, dengar macam kom kom je.  Hantu kom kom agak eh."  jawab suami selamba.

"Berapa kali salamnya?  Kalau dua kali je, tak yah jawab.  Dah tu dengar pun kommmm je."  kataku.

"Dua kali dia bagi salam, dua kali la Hanafi jawab."

Kata suami, waktu itu hampir jam 12 malam.  Pelanggan sudah tiada, yang masih berborak-borak ialah rakan-rakannya yang datang minum-minum.  Ustaz Jaafar yang turut berada di situ terkejut bila suami mengesahkan tiada sesiapa pun di kawasan suara memberi salam kedengaran, cerita suami lagi.  Ya, apabila ditunggu-tunggu tapi tiada sesiapa yang muncul dari arah belakang cafe, suami pun pergi menjenguk.  Suara wanita itu sangat jelas kedengaran.

Aku tak pasti apa sebenarnya yang sedang berlaku.  Kawasan belakang cafe itu dulunya agak semak-samun dan menjadi tempat pembuangan sampah penghuni dua rumah di sisi cafe.  Salah seorangnya menjalankan perniagaan ayam percik.  Kini kawasan itu terang dan lapang.  Apabila suami aku telah pasti dengan keputusan untuk cuba memajukan kedai makan yang sudah beberapa kali bukak tutup itu, dia mengupah sedikit kerja renovation sekeliling kedai.  Kawasan kaki lima dilebarkan.  Longkang dibaiki salurannya supaya air mengalir.  Itu antaranya.

Aku kembali terimbau kisah gangguan di Sekolah Menengah Sijangkang Jaya sekitar sebulan lepas.  Hampir setiap hari ada sahaja pelajar yang diserang histeria.  Ketika membeli di kedai Aceh, telingaku menangkap perbualan seorang pelajar lelaki dengan anak tokeh kedai yang baru habis belajar.  Katanya, dia turut membantu dan disuruh ustaz membaca surah tertentu.  Cerita pasal kawasan hutan dibersihkan dan hotel bakal dinaikkan dah aku cerita sikit dalam entri lepas (entri mana satu?  ntah le ... aku selitkan je ceritanya tu).

Aku tak arif dan tak pandai hal-hal begini.  Hanya menurut pendapat singkatku, sekiranya benar, apa yang dinamakan gangguan itu memang wujud dan ada.  Semenjak tubuh Nabi Adam a.s. berbentuk tanah lagi, ia sudah bermula.  Itulah kerjanya.  Terkadang ia bersendiri bersama kuncu-kuncunya yang sejenis.  Terkadang ia bersekongkol dengan manusia untuk menimbulkan gangguan tertentu.

Namun apa jua bentuk gangguan itu, ia tidak akan berjaya tanpa keizinan Allah jua.  Ke mana lagi kita akan berserah diri, jika tidak kembali kepada Yang Maha Pencipta?  Hanya kepada Allah kita berlindung dan memohon pertolongan. 

Kini usia perniagaan makanan di cafe ini baru sahaja mencecah enam minggu.  Menurut statistik tidak rasmi dari pemerhati dan pelanggan sendiri, nama cafe de permai semakin meniti di bibir masyarakat sekitar (eleh formal pulak aku ni).  Namun adalah biasa di musim cuti sekolah dan pertengahan bulan, cafe agak lengang.

Terbaru, aku dimaklumkan oleh suami, nama cafe sudah tersenarai sebagai lokasi makan-makan dalam iklan pihak PA MDKL di FB mereka.

Kembali kepada salam tak bertuan (tuannya tak nampak daa) tadi tu,  aku harap cukuplah sekali tu dia cuba menunjukkan kehadirannya.  Baru sebentar ini staf suami datang meminta sepeket lada hitam.  Walaupun aku pasti, tapi aku cari selongkar juga dalam laci-laci dapur.

"Kompom tak de.  Nak buat apa, chicken chop ke?"  aku bertanya kepada Aidil.

"Taklah. Nak buat pembersihan sikit kat belakang cafe."  jawab Aidil selamba.

AKu pun termaklum.  Lada putih ada la ... tapi tak offer la pulak. 

*  Sejak pagi aku dah plan nak tidur dalam khemah malam ni bersama anak-anak.  Tapi ... kuterpandang ...mengapa bulan penuh itu kelihatan begitu pucat di sebalik balam-balam awan putih kelabu di langit hitam?  Dan tanpa sedar perasaanku terseret sama dengan jawapan Aidil tadi, 'pembersihan' ...  amat menimbulkan tandatanya.  Ada cerita terkini kot?   Nampaknya khemah yang dah dibersihkan tu akan bersendirian la malam ni di luar rumah.  Silap gaya pagi esok dah tertonggeng kat sisi rumah ditiup bayu malam. 

*  Apapun, aku lebih suka jadi seperti ikan di laut masin.  Perempuan  yang saat demi saat semakin menjadi tua, semakin mendekati expiry date yang entah bila.  Aku hanyalah pelancong di sini, terkadang aku terpesona jua dengan apa yang terpandang dek mata, terdengar dek telinga.  Ya Allah, kumohon keampunanMu atas kelalaian dan kelemahanku ini.  Kumohon hidayahMu untuk kami seisi alam ini, ya Allah, janganlah biarkan kami sesaat pun ya Allah.  Kasihanilah kami dan pimpinlah kami ya Allah.




No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing