Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, June 8, 2012

adoiii abihla tudung aku!

tapi Putam tak perduli.  Dia peluk lengan aku dan mula menendang-nendang.  Toya betul kucing hitam ni!  Aku baru balik dari kedai, tengok-tengok dia dah bersalai atas katil.

Aku : "Dayat!  Ni Putam ni Dayat letak ke atau dia naik sendiri ni?"

Aku musykil sebab siang-siang dia jarang melepak atas katil aku.  Sebaliknya dia selalu menghilangkan diri kecuali time panas membahang barulah dia  muncul dalam rumah dengan rupa keletihan.

Aku :  "Hoi hoi sakit la!  Sakitttttlaaaa!!"

Putam terus peluk lengan aku, gigit-gigit shawla baru aku dan tendang-tendang dengan kakinya.  Abihlah shawla baru aku!  Baru dua kali aku pakai shawla Dubai ni, Nabilah bagi kelmarin.  Dah le kainnya lembut nipis, memang haru dikunyah dek si Putam.

Aku :  "Ok ok, jom masak ikan.  Lapar eh?"

Dengan muka selambaland, Putam berhenti mengerjakan aku dan berjalan arah ke dapur.  Huh!

Aku pun keluarkan seekor ikan kembung pecah perut, buang kertas akhbar pembalut dan masuk piring.  Masuk mikrowave dan teettt ...  Beberapa ketika kemudian, Putam mula bising-bising bila bau ikan masak mula keluar dari mikrowave.

Biasanya memang Putam breakfast dengan nasi sejuk gaul ikan rebus.  La ni maju sikit, masak dalam mikrowave je.  Tapi pagi tadi aku cuma share air susu ngan Putam.  Then tengok Putam rilek je, aku pun terlupakan breakfast dia.  Hehe ... tak sangka pulak Putam sanggup memperlakukan tuan dia ni macam gini.

Hari ni mak datang, hadiahkan Putam rantai leher baru.  Suka la tuh!  Rantai lama dah hilang ntah ke mana, gara-gara Hidayat sarungkan ke leher Cantik.  Cicir ke, atau tuan dia lagi satu tak suka lantas buang rantai tu.  Cantik bila ditanya, toya sekali ganda dari Putam lagaknya.  Mata je cantik bercelak terkebil-kebil.  Lepas tu mengirai merata nak cari tempat beranak.  Kata suami aku, mentang-mentang nak beranak sulung, sibuk nak cari tempat.  Rak buku aku pun dia nak panjat masuk, pelik betul.

Kata Wak Lan, tak yah tunggu Putam muncul, dengar je loceng Putam tikus dah mencecet lari.  Hehe ... Kalau dia tengah naik hantu berlari ulang-alik dari dapur ke hall depan, bunyi loceng leher dia bukan main riuh lagi.  Last sekali dia akan panjat kerusi mula mengasah kuku.  Dan aku pun terjerit sama!  Lelama memang berbulu berburas la kerusi kain tu.

Tadi, Putam terdengar je bunyi loceng si Kontang mak, mula la dia terpaku kat depan pintu bilik mak menunggu Kontang yang berkurung kat dalam.  Kecian kucing aku ni!  Petang karang time Kontang nak membuang, Putam kena la freeze kejap dalam sangkar.  Main hulur-hulur tangan cuit-cutian je la ngan Kontang hehe ...

* Time ni Hanessa tengah memangku Putam.  Tiba-tiba, "Oi oi!  Habihlah!"  aku terjerit menengok anak bongsu aku Hanessa tengah belek-belek nak menerim misai Putam.  Ada gunting kecik di tangannya.  Yang si Putam pun diam je dengan mata buntang, nak melepaskan diri tak dapat-dapat.  Haha nasib baik sempat, kalau tak memang malang si Putam hari ni dikerjakan Hanessa.   Ni kes kedua, kali pertama Hanessa potong kuku Putam pada satu pagi di hari Jumaat .  Nasib baik aku cepat perasan.  Sempat satu kuku je kontot.

* Kisah kucing nabi SAW ~  namanya Mueeza.  Suatu saat, nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu Mueeza kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.Dalam ketika yang lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong Mueeza dan di taruh dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.
Kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti kita menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti hewan lucu ini sangatlah serius. Dalam sebuah hadist shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.







No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing