Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, June 4, 2012

5 hari lepas

Kak Hudziah dari Brunei tiba-tiba mengejutkan aku apabila dia menelefon bertanyakan lokasi cafe de permai.  Malam itu kami bertemu di meja cafe.  Buat pertama kalinya, roti sup UFO hampir selesai dimakan mereka bertiga ( kak Salwa dan suaminya ada bersama), yang tinggal hanya tapak roti sahaja.  Alhamdulillah.  Hati senang dapat bertemu dan menjamu orang jauh ni.

Selepas tu aku mengoffer seorang di FB yang berstatus macam ... kira anak angkat la ... sebab dia mention aku sebagai 'mama', untuk datang ke cafe ... untuk milo ais dan sup UFO percuma.  Tetapi sefaham aku, dia sedang mengikuti ijtimak di utara sana.  Tak tau la dia akan dapat datang ke cafe nanti ... aku dah bisik-bisik kat suami, "nanti ada anak angkat kita nak datang makan kat cafe tau bang!".  Aku tak pasti berapa umur dia, tapi mungkin awal 20an.  Baru je bertunang.  Orangnya terkenal, ramai peminat dan pemerhati.  Cucu kepada seorang almarhum ulamak tersohor yang dia pun tak pernah bersua muka.  Err ni aku baca kat blog dia ... Aku senang hati kalau dia dapat datang.  Aku harap anak angkat aku ni tak kecik hati sebab aku tak akan datang ke cafe nanti.  Yang pentingnya, aku nak dia ikram suami aku.  Semoga Allah mudahkan perjalanannya nanti insyaAllah.

Petang semalam  aku berura-ura nak makan sekeluarga kat Paya Wet Land dengan Naqib, macam keluarga Amir selalu buat.  Tapi bila tiba masanya, suami tak dapat ikut.  Hatinya enggan meninggalkan cafe, bahkan dia menyuruh aku pergi menjemput Naqib bawak ke cafe pula.  Wah 4 trip tu bang! kataku terkejut.  Suami tetap menyuruh aku mengambil Naqib, walaupun aku ragu-ragu.  Boleh ke bawak dia keluar, sebab minggu lepas baru je outing beli barang kat Dengkil ...  Alhamdulillah dah rezeki Allah tetapkan, Naqib dapat dibawak keluar balik ke Sijangkang.  Sempat dia bawak baju kotor dalam baldi bocor.  Tak tau sapa buat, katanya.  Kali ini, buat pertama kalinya roti sup UFO licin selesai hingga ke cebisan terakhir, yang tinggal hanyalah ketulan tulang yang tak terhadam dek gigi masing-masing.  Alhamdulillah.  Lepas maghrib aku tersadai kelelahan, memecut mengejar waktu maghrib untuk Naqib, sempat la dia masbuk kat surau madrasah.  "Ok ma, ustaz Karim jaga, ustaz ni sporting."  (harap nama ustaz ni betul ... kalau aku tak silap) kata Naqib ketika aku risau dia digantung outing nanti.  Alhamdulillahhhh.  Selain dapat makan sama-sama, Naqib bawak dua beg plastik besar bekalan makanan yang disiapkan oleh abahnya.  Sebenarnya dia baru je start puasa sunat Rejab.  Niatnya nak terus puasa hingga Ramadhan nanti.  Semoga Allah membantu dan memberi kekuatan iman serta hidayah kepada kita semua.  Ameen.

Tadi, anak buah dari Brunei tiba ~ Alai sekeluarga dan Nabilah.  Semenjak suami membuka kedai makan, aku agak rehat di rumah.  Tak de terkejar-kejar ke dapur, sebaliknya terkejar-kejar ke cafe je hehehe ...  Malam ni kami semua menjamu selera dengan dua set sup gear box, air sirap bandung dan mee bandung.  Alhamdulillah.  Kesian tengok orang Brunei ni kepanasan, tapi katanya kat sana pun cuaca panas jugak. 

*Sedikit catatan kunjungan keluarga.  Lum sempat jenguk bab 13.  Bab 12 terus berlegar dalam kepala.  Ia perlu diedit semula sedikit sahaja.  InsyaAllah, rabbi yassir wala tuassir.  Ameen.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing