Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, May 2, 2012

lain kali kalau nak menulis novel

bersedialah betul-betul. Inti cerita, watak dan perwatakan.  Selain plot yang sudah kukuh, gambar watak  yang kuat adalah rujukan yang akan memudahkan kita mempelbagaikan persembahan. 

Aku sedang cuba menyelesaikan bab 12.  B*****g betul la ... beberapa kali aku terpaksa menyemak bab-bab awal sebab tak ingat warna mata ibu Sakinah, contohnya.  Simple je kan.  Tapi kalau tersalah tulis, tetap akan mencacatkan.  Memang aku akan buat semakan terakhir nanti.  Tapi waktu tu biarlah tak banyak pembetulan lagi, cuma hendak mencantikkan sahaja.

Sekarang ni aku terpaksa semak lagi.  Aku dah lupa apa kerja bapak si Sakinah ni.  Rasa-rasanya dia berniaga sendiri.  Huhh!  Membuang masa je.  Cer aku siap-siapkan dari awal watak-watak yang ada ni sesempurna mungkin.  Kan sifu dah ajar dah!  So sendiri punya pasal la!  Sendiri tanggung la!  Grrrrrr!!!!!!

Memang la pernah buat watak dan perwatakan tu.  Tapi silap aku sebab tak mengemaskininya apabila ada perubahan dalam plot.  Pendek kata memang pening menulis novel kali pertama nih.  Tambahan pulak, aku telah mengambil masa yang sangat lama untuk menulisnya bab demi bab.  Banyak cabaran dan kekangan.  Ya!  Komitmen sangat penting dan tang tu la yang lemahnya.  Komitmen aku menulis berbaur dengan pelbagai urusan harian yang tak dapat aku elakkan.  Sebab tu aku fikir beratus kali sama ada nak tulis novel lagi ke tak lepas ni. 

Ya Allah ....  kepadaMu aku berserah diri dan memohon keampunan di atas segala dosa yang dilakukan.  


No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing