Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, May 4, 2012

fesbuk aku semakin lengang dari

notification dan message.

Biasanya notification tu ialah like dari kekawan.  Sikit2 komen dari yang gemar komen, ringkas je.  Mesej pun sama.

Mula-mula dulu suka benar keluarkan pendapat atau menyampuk posting orang.  Kongsi resepi etc. 

Lepas tu, slow down sikit, menyakat suku-sakat yang dekat.  Sakat kawan dekat.  Bukan kaki sakat pun. 

Then, aku mula boring.  Pening pulak rasanya baca memacam kat fb.  Aku elakkan membaca berbagai posting, sebaliknya tulis apa nak ditulis dan enter. 

Kelmarin (maknanya beberapa ketika terakhir ni), aku sangat rajin share maklumat yang berupa peringatan, nasihat, tazkirah pendek, doa-doa dan kata-kata hikmah.  Semua aku share.  Kekawan pun like(s).

Hari ni, aku rasa cukup-cukuplah.  Maksima dah!  Benda yang sama je balik-balik.  Walaupun semalam aku jumpa balik posting tentang doa-doa dan ayat-ayat al-Quran yang disertakan fadhilatnya, dan aku share lagi dengan seikhlas hati untuk mengingatkan diri aku sendiri dan kawan-kawan sama.  Aku lihat kekawan pun dah ramai yang suka share info yang bermanfaat.

Page masturat pun dah slow down.  Mungkin masing-masing sedang bersiap untuk ijtimak pertengahan mei ini.  Aku tak tau, ada gak bertanya personally tapi belum dijawab lagi. 

Ini hanya sedikit transformasi. 

Buat beberapa hari ni, aku sedang menekuni sebuah blog ilmu.  Ikhlasnya, tak pernah aku menekuni sebuah blog seperti ini.  Tak kenal empunya blog, tiada pengenalan diri.  Tetapi insyaAllah tulisannya boleh diyakini bukan sesat lagi menyesatkan.

Hmm ... semakin lama aku merasa semakin kehausan.  Semakin aku sedari status diri, yang jahil tidak berpengetahuan.  Semakin aku insafi keadaan diri, yang alpa dan lalai.  Ingin aku menangisi segala kekurangan dan kelemahan.   Lalu aku menghela nafas nan panjang.  Ya Allah ya Tuhanku, kepadaMu aku berserah diri dan menggantung segala harapan.  Wahai hati yang resah, berselawatlah kepada Nabimu s.a.w.  Semoga berkat selawat ke atas nabi s.a.w. kekasihNya, dihindarkan segala gundah dan resah, hidup sentiasa dalam rahmat berkah lagi dikasihi Allah.  InsyaAllah.

Allahummasolliala saidina Muhammad.


No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing