Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, April 23, 2012

malam tadi

aku gi kedai lagi, kali ni bawak Laila Chumil dengan niat nak makan mee bandung Muar.  Laila Chumil yang balik petang tadi excuse nak stay satu malam kat rumah, katanya ramai kawan-kawan dan ustazah yang balik sebab wabak demam (termasuk kes Chikungunya).

(Malam semalam - malam pertama mee bandung available -  datang tapi tak kena layan langsung sebab ramai pelanggan,  walaupun memang dipelawa supaya datang untuk pekena mee bandung tu.  Aku yang buat pes bandung tu atas tunjuk ajar Chef Meon.  Hati berkata, tak pe la ... bila-bila pun boleh makan insyaAllah.) 

Akhirnya daripada menunggu mee bandung, aku jadi bidan terjun buat air, basuh pinggan dan cuci cawan, juga hantar order kepada pelanggan.  Pengerusi taman sebelah, Encik Hanafi yang datang nak melepak turut sumbang tenaga jadi part time worker.  Dua kembar dan dua adik-beradik anak Pak Atan, serta Yati (Indon) masih tak cukup tangan.  Akhir sekali aku pi borak dengan kenalan yang datang, semata-mata untuk tanya tentang kualiti dan servis kami.  Alhamdulillah, Allah membuka hati-hati pelanggan untuk datang ke sini.  Semoga semua pelanggan berpuas hati dengan makanan yang dinikmati dan servis yang diberikan.  Ada beberapa komen yang diberikan, diterima dengan hati yang terbuka dan ikhlas.  Dari situlah dapat dikenalpasti kelemahan dan kekurangan yang boleh dibaiki lagi.  Semua komen-komen itu aku kongsikan dengan Pak Meon. 

Juga bersyukur sangat apabila Allah membuka pintu hati dua wanita Indonesia tu  (sorang lagi - Lia - kerja siang) datang menawarkan diri untuk berkhidmat di sini.  Setakat seminggu ni, nampaknya khidmat mereka tiptop, tak banyak suara tekun bekerja.  Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Allah jua. 

Bila pelanggan dah slow, aku pun dioffer sepinggan mee bandung dan sepinggan nasi goreng yang nampaknya macam terlebih buat je, wallahualam.  Alhamdulillah dapat juga merasa mee bandung.  Air minum buat sendiri, so budak-budak ni pun menempahlah lepas segelas, segelas lagi jus oren, horlick ais dan milo ais.  Dan makanlah kami berempat kongsi-kongsi je.  Budak-budak ni nak order masing-masing punya pilihan, tapi aku sabar-sabarkan sebab kesian tengok tukang masak macam nak tanggal tangan handle tiga dapur.  Muka pun sebik je kekeke ... Biarlah utamakan pelanggan.  Kitorang ni nak meramai-ramaikan je, masalahnya kena time memang tengah ramai hihihi ...  Lain kali nak kena layan, jangan datang time hujung minggu ye nak ...

Bila tengok peak hour malam tadi, Allah memberikan ilham kepadaku untuk meningkatkan kelancaran operasi kedai.  Bila dikhabarkan kepada Pak Meon, dia baiki lagi cadangan itu dan insyaAllah akan dilaksanakan secepat mungkin.  Contohnya yang paling mudah ialah meletakkan nombor pada setiap meja.  Sangat penting menghantar order kepada meja yang tepat.  Tak tertanya-tanya atau tercangak-cangak sambil pegang dulang makanan, dan balik semula kepada tukang ambik order untuk bertanya dan kena marah sekaligus.  Kesian aku tengok budak part time yang kena sedas dengan Pak Meon hehe ...

Kini aku sedang dok mikir macamana nak baiki order untuk air dan makanan, supaya tak ada pertindihan order dan sebagainya.  Cadangan aku, rentang tali kat kaunter air dan kaunter makanan.  Pun cadangan yang mudah, tapi sangat penting untuk kelancaran.  Apa pun, bulan pertama ni memang sangat mencabar, even untuk Wak Lan yang dah ada pengalaman handle kantin.  Inilah masanya masing-masing saling menyesuaikan diri dengan keadaan yang serba baru.  Allah jua yang mengikat hati kita supaya saling berkasih-sayang dengan ikhlas, dan memudahkan segala urusan.  Aku baru tau doa Rabitah tu untuk tujuan sebegini. 

* risau dah lama tak jengah sifu kat Sastera.  Lagi dekat nak settle, lagi banyak cabaran yang datang!!!

*  tengahari semalam lepas zuhor aku dan anak-anak menghantar tempahan beriani ke madrasah Naqib untuk kawan-kawan kelas lain.  Cash, alhamdulillah RM220.  Tapi kerusi belakang basah kena tumpahan kuah sayur.  Kami pun dapat makan bersama di rumah tetamu, sambil dengar cerita Naqib tentang kehidupannya sebagai pelajar.  Dia akan insyaAllah habis juz 18 beberapa hari lagi, dan sempat didenda berjemur untuk vitamin c tiga jam 8.30-11.30 am sebanyak tiga kali kerana tak lancar saba'.  Dia tunjuk line putih kat tepi pelipis, kesan tangkai spec yang tak kena cahaya matahari.  Nampaknya ustaz tak pakai rotan pulak.  Sebelum ni pernah juga dia tunjuk tapak tangan ada line merah.  Alhamdulillah, aku tak kisah dan percaya yakin kepada kebijaksanaan ustaz dalam mendidik anakku.   Katanya selepas tu dia sungguh-sungguh melancar saba' dan berjaya melepasinya.  Alhamdulillah.

* kedai makan memang perlukan kecekapan yang tiptop selain kelazatan, kelancaran dan kelicinan kerja.  Juga kebersihan.  Keramahan dan keikhlasan.  Jangan berkira sangat untuk menghalalkan beberapa sen ekstra, kalau memulangkan baki duit.  Pelanggan akan sangat menghargainya.  InsyaAllah.

*  Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki.  Dunia hanya sementara dan nilainya tak lebih dari sebelah kepak lalat.  Kita berusaha mencari rezeki halal, untuk mendapatkan keredhaan Allah.  Dunia bukanlah tujuan dan maksud.  Jangan terpedaya dengan dunia. 

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing